~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 30 October 2012

Bab 23 Tidak terkikis kesal dihati


              
             
Cik Mahat orang di desa,
Mengambil upah membuat raga,
Luar sihat dalam bisa,
Cari bomoh ubatkan saya.


            Bila Amirah kedapur, rupanya ibu mertuanya sudah mula memasak. Daging yang sudah dihiris nipis-nipis sudah dijerah diatas dapur. Puan Sharifah  sudah mendengar permintaan anaknya tadi,  jadi untuk mempercepatkan proses  penyediaan  masakkan, dia berdahuluan melakukanya, bila bekas menantunya menghampiri dan berkata sesuatu kepadanya...

“Mama rasanya elok kalau kita buatkan air susu ke holick untuk abang Man, untuk alas perutnya dahulu, sebelum dia makan makanan keras, sebab kata Liza dah lama dia tak makan nasi.”

“Eloklah tu Mirah..pergilah buatkan..daging ni pun baru direbus..belum empuk lagi.” Amirah mencapai sebiji mug . Dia membuka kabinet tempat dia  menyimpan bahan-bahan  untuk minuman dulu, gula milo dan holick..keadaannya tidak banyak berubah. Masih ada holick di kabinet, dia masih mengingati itulah minuman kegemaran bekas suaminya dulu. Dia membancuhkan secawan. Dia keruang tamu semula untuk memberi bekas suaminya minuman itu.

“Abang Man bangun dulu minum ni, untuk alas perut sementara Mirah masak.” Loqman cepat membuka matanya bila mendengar suara Amirah..Encik Abdul Majid membantu anaknya duduk supaya dia dapat minum. Encik Abdul Majid yang membantu anaknya memegang cawan, kerana anaknya  tidak berdaya. Setelah dia merasa sedikit minuman itu dia memandang Amirah yang sedang berdiri merhatikan dirinya, mata sudah  berkaca-kaca. Dia berkata dengan perlahan..
“Terima-kasih Mirah..Mirah masih ingat lagi minuman kegemaran abang dan rasanya masih sama lagi macam Mirah buat dulu.” Loqman terus meneguk  minuman kegemaranya dulu dengan gelojoh.

“Man minumlah perlahan-lahan nanti tersedak.” tegur papanya bila melihat perlakuan anaknya.
“Ialah abang Man minumlah perlahan-lahan air tu panas.” sokong Amirah akan kata-kata bekas bapa mertuanya.

“Abang dah lama tak minum holick ni Mirah..rasa sedap sangat holick ni.”

“Ialah minumlah habiskan kalau tak cukup Mirah boleh buatkan lagi sementara dia ada kat sini.” kata papanya perlahan. Loqman menghabiskan minumanya.

Amirah kedapur semula untuk dia mula memasak. Ketika dia dapur bekas ibu mertuanya menghampiri...

“Mirah… mama nak solat dulu ya..papa tu pun entah dah solat entah belum tu. Zohor dah lama ni.”

“Pergilah..biar Mirah buat pula.” Amirah menyambung kerja-kerja bekas ibu mertuanya, manakala Puan Sharifah menghampiri suaminya yang sedang membaringkan anak semula setelah menghabiskan minumanya. Puan Sharifah mencuit bahu suaminya dan bertanya..

“Bang… abang dah solat ke..jomlah kita solat dulu..Mirah tengah masak tu.”

“Ialah papa pun belum solat lagi.” Puan Sharifah kedapur semula menemui Liza.

 “Liza bilik mana yang mama dan papa boleh masuk..kami belum solat zohor ni.” Liza menunjukkan bilik tetamu untuk kedua orang mertuanya.

“Mama masuklah bilik ni... ni ada telekung dan kain pelikat gunalah.”

            Liza kedapur semula, dia menghampiri Amirah yang sedang menumis bahan-bahan untuk masak kicap daging. Dua ulas bawang putih sebiji bawang merah sederhana besar, setengah inci halia dan sejemput lada hitam yang telah ditumbuk halus. Itulah bahan untuk masak kicapnya. Setelah tumisan tadi berwarna kekuningan dan berbau harum dituangnya daging yang telah direbus tadi, dimasukkan juga kicap kemudian dibiarkan mengelegak hingga air daging tadi hampir kering. Apabila daging betul-betuk empuk. Dia memasukan hirisan bawang besar dan sebiji lada hijau yang dibelah dua untuk hiasan masak kicapnya. Leka Amirah memasak diperhatikan oleh Liza disisinya. Untuk berbual dengan Liza dia tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Tiba-tiba  Liza menegurnya...

“Mirah terima-kasih kerana datang.” dengan wajah yang ditundukkan memandang lantai.

“Kak Liza..saya juga minta maaf..saya datang ni bukan kerana apa, sebab suami kak Liza tu abang dua pupu saya..tiada niat dia hati saya untuk kembali bersama dia.. percayalah.” tiada niat dihati  Amirah untuk merebut Loqman kembali, baginya yang sudah lepas biarlah terlepas. Ikhlas hatinya mendoakan kebahagian Loqman dan Liza suami isteri.

“Taak kak Liza tak fikir pun macam tu..kak Liza tahu Mirah dengan abang masih sedara lagi. Kak Liza tak kisah Mirah..asalkan abang sihat semula itulah yang kak Liza nak cakapkan…kak Liza juga kesian tenguk dia macam tu.”

“Kalau kak Liza dah rasa macam tu eloklah ..esok-esok jagalah suami  kak Liza tu baik-baik, jagalah makan minum..abang Loqman ni anak bungsu jadi dia manja sikit”.

“InsyaAllah kak Liza ingat pesan Mirah tu.” mereka berdua saling membantu memasak didapur. Kemudian Liza bersuara..

“Sebetulnya kak Liza tak pandai sangat memasak..masak kicap pun kak Liza tak tahu..hari tu abang ada minta kak Liza masakkan masak lemak daging salai campur buah bacang..tapi kak Liza tak buat sebab kak Liza tak tahu macam mana nak masak, buah bacang pun kak Liza tak kenal macam mana benrut rupanya.”

“Kak Liza belajarlah dengan mama..saya dulu pun belajar dengan mama, mama tu banyak masakkan yang dia pandai. Masak kicap ni pun saya belajar dari dia.”
“Oh ye ke..ni mungkin dua tiga hari juga mama duduk sini..kak Liza nak belajar dengan dialah”. Kedengaran ceria suara Liza. Mereka berdua memasak didapur sambil berbual.

=========================================================
           
Selesai masak Puan Sharifah cepat-cepat menyedukkan makanan untuk anaknya dahulu. Dia maklum Loqman berselera makan kerana kedatangan Amirah. Inilah kesempatan menyuruh anaknya makan untuk memberinya tenaga.

“Man bangun ..makan sikit, ni Mirah dah masakkan daging masak kicap dan bayam masak rebus. Mama saja masak nasi ni lembik sikit, supaya perut Man tak sakit nanti..bangun Man.” Loqman membuka matanya. Matanya memandang sekeliling seperti tercari-cari sesuatu. Dia seolah-olah bermimpi kedatangan Amirah tadi..dia mencari lagi bayangan wajah yang dirinduinya.

“Kenapa Man makanlah ni ..mari mama suapkan.”

“Mama..Mirah mana…tadi rasanya Mirah ada kat sini..mama panggilkanlah Mirah datang sini.”  Apabila namanya disebut lagi oleh Loqman, Amirah memandang kearah Liza…lalu Liza berkata..

“Pergilah Mirah..dia abang Mirah juga..asalkan abang sembuh kak Liza tak kisah.” jika Liza sudah berkata dan menganggapnya begitu, Amirah senang hati. Amirah menghampiri Loqman.

“Abang Man makanlah supaya abang Man bertenaga..makanlah sikit pun jadilah.”

“Mirah ambillah kerusi bulat tu, duduklah sini..abang nak Mirah suapkan abang hari ini saja.. tolonglah Mirah.” Amirah menuruti semua kehendak Loqman. Dia mengambil bangku bulat dan duduk dihadapan Loqman perlahan-lahan dia menyuapkan Loqman, sambil diperhatikan oleh mama, papa dan Liza dengan hati yang sayu. Meleleh air mata Amirah  dipipinya menahan sendu dihati.

“Kenapa Mirah menangis.” tanya Loqman.. mereka yang lain sudah beredar, kerana tidak dapat menahan kesedehan melihat adegan itu. Terasa betapa peritnya, kasih yang terpaksa dipisah.

“Mirah gembira abang Man dah boleh makan..tak lama lagi abang Man sihatlah ni..jangan lupa makan banyak sikit nanti..supaya abang Man bertenaga. Abang Man banyak tanggungjawab.. abang Man kena ingat…banyak tanggung jawab abang Man sedang menanti.”

“Abang ingat Mirah…tak lama lagi anak abang akan lahir sorang lagi..abang akan cuba kuat… abang akan cuba Mirah..terima kasih Mirah..kali ini abang tidak salah memilih penasihat.” terkedu Liza mendengar perkataan akhir yang diucapkan oleh suaminya, terasa dirinya disindir.

“Satu lagi abang Man… “

“Apa dia Mirah..cakaplah.”

“Mirah tengok..abang Man sekarang ni macam Adam dalam cerita Nur Kasih tu.” sambil makan mereka bercerita.. sesuap demi sesuap nasi masuk kemulut Loqman di suapkan oleh Amirah. Dulu semasa mereka masih suami isteri drama bersiri Nur Kasih tidak pernah terlepas mereka ikuti bersama.

“Hensemlah abang ni.. Mirah tergodalah ye.”

“Tak langsung.. sebab muka abang ni macam Adam masa kena tawan dengan pengganas India tu.. berserabai dan comot.. sampai susah lah nak cari mulut abang Man ditutup dek misai abang Man ni... lepas ni kemaskan lah diri abang Man, kasihan Liza dia nak juga tenguk abang kemas dan rapi”.

“Yalah..abang akan pergi bergunting dan bercukur nanti.” habis sepinggan Loqman makan disuapkan  oleh Amirah.

=============================================
           
            Sudah tiga hari Puan Sharifah dan Encik Majid dirumah anaknya, sementara kedua mertuanya ada dirumah mereka, Liza meminta izin ibu mertuanya untuk ketempat kerja kerana sudah seminggu lebih Liza tidak bekerja.

“Mama..rasanya  Liza nak pergi kerja esok boleh tak mama, dah lama Liza tak kerja, takut ada apa-apa nanti.”

“Pergilah  nampaknya Loqman pun dah semakin sihat, mungkin lusa mama dan papa pun nak balik PD.”

            Pagi itu Liza ketempat kerja dengan memandu sendiri kereta suaminya. Keadaan Loqman juga sudah semakin pulih. Ketika minum pagi Loqman bertanyakan masak kicap yang dimasak oleh Amirah, dia hendak makan bersama nasi goreng buatan mamanya.

“Man.. masak kicap tu dah habis, nanti mama masakkan yang lain ye.” Loqman hanya memandang mamanya, nasi goreng yang hendak dimakan bersama daging masak kicap tidak jadi disentuhnya. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya lalu bangun mahu meninggalkan meja makan.

Puan Sharifah memegang tangan anaknya yang mahu meninggalkan meja makan..

“Man..Man tunggu dulu ada masak lemak daging salai dalam peti sejuk tu .. Amirah juga yang masak hari tu.. nanti mama panaskan ye.” Loqman duduk semula menanti mamanya memanaskan lauk yang diperkatakan oleh mamanya. Selesai makan Loqman keruang tamu kembali.. dia baring disofa. Dia sudah sembuh tapi mungkin masih letih. Puan Sharifah masih lagi didapur berbincang dengan suaminya.
“Bang.. macam mana ni bang, Loqman tak mahu makan, jika tidak ada lauk yang dimasak oleh Amirah, tadi tu kalau tidak dia tak makan.. Alhamdullilah masih ada masak lemak daging salai dalam  peti sejuk Mirah juga yang masak hari tu dia makan lah.”

“Kita minta tolonglah Amirah masakkan lagi..kita belilah daging banyak sikit, suruh dia masak kicap dan masak lemak daging salai banyak sikit, biar boleh bertahan dua tiga hari…esok dah betul-betul sihat pandailah dia nak makan apa.” cadang papa Loqman

“Ialah nanti Pah telefonkan Mirah minta tolong dia masakkan.” Puan Sharifah menghububgi Amirah…

“Assalamualaikum…Mirah ..mama ni ..Mirah, Mirah kat mana ni..”

“Waalaikumsalam.. mama..Mirah ada kat rumah ni  petang nanti baru nak pergi kerja malam..kenapa mama.”

“Mirah nak tidur ke..mama nak minta tolong lah Mirah.”

“Tak lah mama..lepas Zohor nanti baru Mirah tidur..Mirah pergi kerja pun pukul lima petang. Mama nak minta tolong apa cakaplah kalau boleh Mirah tolong Mirah tolong.”

“Mama nak minta tolong Mirah masakkan lauk untuk Loqman..boleh tak Mirah.”

“InsyaAllah boleh.. kak Liza ada?”

“Liza pergi kerja hari ini …dah lama sangat dia tak kerja katanya, sementara mama dan papa ada ni, dia pergi kerja, mungkin esok atau lusa mama dengan papa dah nak balik PD..itu pun kalau Loqman dah beul-betul baik..hari ni nampak dah baik sikit..tapi tadi dia tanya masak kicap hari tu, bila dah habis dia tak mahu makan pulak. Mama nak masakkan dia tak mahu, mama bimbang baru nak baik dia dah tak mahu makan.”
“Boleh..boleh Mirah boleh masakkan tapi kena tunggu Mirah nak pergi beli daging dulu lah.”

“Nanti papa dan mama hantarkan  Mirah pergi supermarket..kalau naik teksi nanti lambat pulak.”

“Tak apalah mama Mirah pergi sekejap saja..nanti dah masak Mirah call mama.”

“Mirah tak nak masak kat sini ke?”

“Kak Liza tak ada kat rumah, jadi Mirah masak kat rumah Mirah ni, dah siap nanti Mirah call.”

“Kalau macam tu biar mama dan papa datang rumah Mirah ..mama rasa  nak masak banyak sikit. Selain masak kicap, masakkan juga masak lemak daging salai ..dan satu lagi Loqman minta masakkan sayor boncis  campur bunga kobis dan carrot dengan udang hidup, boleh Mirah. Mirah tunggu sekejap mama dan papa dah keluar pintu ni kita pergi supermarket sama-sama ye.”

“Ok.. Mirah tunggu.” setelah berpesan pada Loqman yang sedang baring dirunag tamu Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah bergegas kerumah Amirah.

=====================================================
           
            Kini Loqman sudah beransur sihat. Kedua papa dan mamanya juga telah pulang ke Port Dickson. Dia juga sudah mula bekerja. Perubahan pada peribadi  Loqman sangat ketara.  Dia tidak seceria dulu. Kini gurau senda dan usik-megusiknya ditempat kerja bersama rakan dipejabat sudah tidak kedengaran keluar dari mulutnya lagi. Sifat cerianya hilang entah kemana. Dia menjadi seorang yang pendiam dipejabat mahu pun dirumah. Dia berkata-kata hanya pada yang perlu sahaja. Walau pun begitu dia menjalankan  tugasnya seperti biasa.

            Pada diri Liza perubahan pada sikap suaminya sangat dirasai. Untuk megembalikan sifat suaminya dia perlu berubah. Kini dia  juga sudah mengubah sikit dirinya.  Dia cuba memasak untuk suaminya. Mereka sudah jarang membeli atau makan diluar. Jika dia tidak tahu memasak sesuatu masakkan yang dikehendaki oleh suaminya, dia akan menghubungi ibu mertuanya diPort Dockson. Dia sudah belajar memasak jarak jauh dengan ibu mertuanya diPort Dickson.

            Dia juga sudah tidak pernah menyebut nama Amirah  lagi. Dia tahu dimana dirinya didalam hati suaminya. Dia akan berusha  mahu meletakkan dirinya dicarta teratas didalam hati suaminya. Kerana itulah dia berusha mengubah dirinya. Walau bagaimanapun Liza tetap tidak selesa dengan perubahan suaminya yang sudah jauh berbeza dari dulu. Terasa rumah tangga mereka hambar dari gurau senda dan gelak ketawa. Mereka tidak semesra sebelum mereka kahwin dulu. Hubungan suami-isteri terlangsung hanya kerana keperluan batin sahaja. Kehidupan harian terasa jemu. Walaupun kelihatanya rumah tangga mereka harmoni. Sering juga terfikir dibenaknya mungkinkah dia terlalu lambat mengubah dirinya..masih adakah sifat ceria dan mesra  suaminya untuk dirinya jika di melakukan semua kesukaan suaminya. Dicubanya juga berbual atau berjenaka dengan suaminya, tetapi terasa susah pula untuk mengembalikan sifat ceria suaminya, kerana suaminya kini begitu susah untuk membuka mulut berkata-kata seperti dulu.

=======================================
            Ketika usia kandungan Liza masuk sembilan bulan mereka ditukarkan ke Johor. Rupanya dalam diam Loqman meminta dirinya suamiisteri ditukarkan keJohor Bharu. Loqman berjumpa ketua jabatannya menceritakan masaalah dalaman dirinya. Dia memohon jasa baik ketuanya, supaya dia ditukarkan segera keJohor di negeri kelahiran isterinya. Loqman sungguh bertuah dan bersyukur kepada Allah, kerana mempunyai ketua yang bertimbang rasa. ..permohonanya diluluskan segera. Dalam diam  dan nampak sihat rupanya Loqman memendam rasa. Jiwanya masih tidak sesihat mana.

            Kenangan  bersama Amirah tinggal di rumah itu sentiasa mendera mindanya. Rumah itulah yang menyaksikan permulaan kehidupannya bersama Amirah suatu waktu dulu. Rumah  yang di anggap tempat honeymoon mereka selepas mereka diijabkabulkan. Rumah itulah juga yang menyaksikan pengalaman pertamanya menjadi suami. Dirumah itu jugalah dia mengecapi erti kebahagiaan kerana dapat bersama wanita yang diidamkan sejak dia remaja lagi.  Tetapi dirumah itu segala deritanya bermula diatas kesilapanya. Dia merasa sungguh-sungguh menyesal. Rasa kesal itu yang sentiasa mendera jiwanya kini. Dia merasakan selagi dia didalam rumah itu kenangan-kenangan itu sentiasa membelengu dan menyeksa diri dan mindanya. Untuk mengurangkan tekanan dan untuk mencari ketenangan Loqman minta ditukarkan ketempat lain.  Dia memilih negeri Johor untuk dia berhijrah. Itulah yang dilakukan.   

            Begitu juga kehidupan Loqman, dilihat dari luarnya dia sudah sihat sepenuhnya tetapi hatinya didalam tidak siapa yang tahu. Sesekali Loqman terasa dia ingin meluahkan derita batinnya tetapi kepada siapa?. Ingin dia meluahkan kepada mama dan papanya sudah tentu dia akan disalahkan. Memandangkan Liza tidak lama lagi akan melahirkan anaknya, tentulah Liza memerlukan perhatian dan penjagaan selepas bersalin nanti. Untuk dia mengharapkan mamanya mungkin Liza kurang selesa. Walaupun selepas dia sakit dulu hubungan mama dan isterinya berjalan dengan baik, tetapi dia tahu Liza bukan seorang yang mudah melupakan.. peristiwa di halau selepas hari pernikahan mereka dulu masih tersimpan kemas diingatan isterinya itu. Ini terbukti apabila Loqman mengajaknya pulang kePD untuk sehari dua Liza keberatan. Untuk mencari jalan penyelesiaan Loqman minta mereka ditukarkan keJohor. Dia mengharapkan jika dia berpindah keJohor mereka akan berdekatan dengan keluarga Liza, mungkin sedikit sebanyak mereka boleh membantu.    

            Hari dan bulan sudah pun berganti tampa bolih ditahan. Terbenam dan terbitnya sahaja matahari maka hari pun berganti dengan begitu cepat sekali. Liza pula sudah melahirkan seorang zuriat lelaki untuk  Loqman. Diberikan nama Nazrul Halim. Bapa mertuanya yang beria-ia mahu memberi nama cucu dari anak kesayanganya. Loqman hanya menuruti kemahuna keluarga Liza. Sebenarnya dia tidak mahu bertegang urat dengan abah  Liza yang pada pandagan matanya hanya mengikut kemahaunya sahaja  dan tidak mahu berbincang terlebih dahulu walau pun itu adalah anaknya. Mungkin dia seoang ketua kampung jadi sudah terbiasa dengan sifat tegasnya.

            Liza sungguh bangga dengan dirinya. Jika dibanding kan antara dia dan Amirah, dia lebih istimewa kerana dia melahirkan zuriat lelaki untuk suaminya, manakala Amirah hanya dapat memberi seorang anak perempuan.  Itulah yang ada difikiran Liza. Sebenarnya sikap Liza yang suka berbangga kepada dirinya tidak pernah berubah. Segala jenis ‘TER’ ada dalam dirinya. Baginya dirinya adalah yang teristimewa.

            Selama berpantang Liza duduk dan dijaga oleh ibunya diSimpang Rengam Johor. Pada hari-hari cuti sahaja Loqman akan menjenguk isteri dan anak lelakinya dirumah ibu dan bapa mertuanya. Setelah habis pantang bersalinnya Liza kembali kerumah yang telah disewa oleh Loqman di Johor Bahru. Liza sudah mula bertugas. Dia tidak lagi bekerja diJabatan polis, tetapi dia ditukarkan kejabatan kerajaan negeri Johor pula. Pada mulanya keluarga Liza mempelawa mereka tinggal serumah. Tapi  Loqman teringat pesanan mamanya dahulu, sebelum dia berhakwin dengan Amirah lagi. Setelah berkeluarga sendiri, paling elok duduklah berasingan dari ibu bapa untuk mencari pengalaman. Pengalaman menjadi ketua keluarga. Pengalaman mengenali pasangan dan pengalaman mencari harta untuk hidup suami isteri serta anak-anak yang bakal lahir. Pada pandang Loqman kata-kata mamanya ada benarnya.

“Bang...emak ajak kita duduk sini, senang kita tak payah nak cari pengasuh untuk Halim, emak sanggup jaga anak kita.”

“Tak payahlah.. kita kan dah ada rumah sewa..lagi pun bila lagi kita nak hidup berdikari.”

“Alah abang ni..lama-lama kita pandailah...lagipun Liza kekok lagi nak pegang budak kecil ni, nak mandikan baby pun Liza tak pernah buat lagi.”

“Belajarlah dari sekarang..Liza  masih ada masa lagi...ada dua minggu lagi Liza nak kerja..belajar hari-hari tentu pandai.”

“Liza takutlah bang..nanti apa-apa jadi kita menyesal tak sudah”.  

“Tapi kalau tak belajar sampai bila nak pandai..takkan selamanya emak nak buat untuk kita.” Setelah berbincang, Loqman masih berkeras mahu mereka hidup berdikari. Akhirnya Liza sudah tidak terkata bila alasan tidak diterima oleh suaminya. Tetapi masih ada juga azam dihatinya... bila tiba masanya suaminya akan mengikuti kehendaknya.
           

Thursday 25 October 2012

Bab 22 Tidak terkikis kesal dihati



Kalau berbiduk usah berdayung,
Kalau berdayung bilakan tiba;
Kalau duduk jangan bermenung,
Kalau bermenung kan tiba hiba.


            Tidak terkesan apa pun dihati Amirah dengan pertemuannya yang terakhir dengan bekas suaminya. Dia tidak mengharapkan lagi kehadiran lelaki yang bernama Loqman bin Abdul Majid ke kamus dalam hidupnya. Padanya semuanya berkenaan Loqman sudah menjadi sejarah.  Dia tidak merasa sedih atau marah atau pun dendam pada lelaki itu. Baginya yang sudah terjadi, biarkanlah biar lah pergi. Dia tidak mahu mengenangnya lagi. Walau apa pun kedudukan mereka sekarang, dia masih menghormati Loqman kerana dia ayah kepada anaknya dan dia juga masih abang dua pupunya. Ikhlas dari hatinya mendoakan kebahagiaan Loqman. Tekadnya padu akan membesarkan dan memberi pelajaran secukupnya kepada anaknya tampa meminta bantuan bekas suaminya. Dia juga akan membantu adik-adiknya untuk berjaya dalam pelajaran. Itulah azam dan cita-citanya.

            Kemaafan adalah jalan yang terbaik. Baik untuk diri dan anaknya dan juga baik untuk kedua belah kelaurga. Walaupun ikatan pernikahan antara mereka sudah terlerai, tapi ikatan persaudaraan antara mereka tetap utuh sampai bila-bila. Loqman pula adalah ayah kepada anaknya. Tiada sekatan jika Loqman masih ingat dan berkesempatan pada bila-bila masa sahaja dia boleh menjenguk anaknya dirumah ibu dan ayahnya diKuala Pilah. Sudah banyak kali Amirah memperkatakan kepada bekas suaminya perkara itu. Amirah redha dengan ketentuan Allah bahawa jodohnya bersama Loqman sudah tidak ada lagi. Tetapi ikatan azali antara Loqman dan anaknya tidak boleh diputuskan.

            Tetapi tidak pada Loqman sejak pertemuan mereka dihari Raya Korban hinggalah pertemuan yang terbaru ditepi padang berhadapan dengan bangunan AMCOB, dia sering mengingatinya. Pertemuan-pertemuan itu amat bermakna dan terkesan dalam dirinya.  Jiwa  sentiasa memburu bayangan bekas isterinya. Rindu sentiasa menguliti hatinya. Rasa bersalah dan rasa kesal sering mengocak ketenangan hidupnya. Makin hari semakin bercelaru fikiran Loqman. Makin hari makin tertekan jiwanya. Bukankah sudah diperingatkan oleh orang-ornag yang sudah berpengalaman perkara yang lepas jangan dikenang, jika dikenang merosak badan. Tetapi untuk menepisnya Loqman tidak mampu. Dia tidak berdaya untuk memujuk hatinya yang sentiasa bergolak. Dia tidak mampu lagi menepis rindunya yang meruntun. Dia kalah dengan gelodak jiwanya yang seakan menderanya. Benteng ketenanganya sudah mula goyah. Kerana rasa kesal  dan rasa bersalah menghunjam hati setiap kali dia menghembuskan nafasnya.

            Kini Loqman lebih banyak termenung. Dia lebih suka duduk menyendiri sambil  mem- bayangkan saat bahagia dirinya bersama Amirah. Tetapi bila dia sedar Amirah tidak lagi dalam gapainya dia mula menyesal.. menyesal dengan perbuatanya, menyesal akan kesilapanya dan rasa berdosa atas kesalahanya. Kesalnya datang mendera hati-nuraninya. Dia sudah tidak menghiraukankan keadaan sekeliling lagi. Kalau dulu dia hanya mendiamkan diri dan termenung tetapi kini dia sudah mula menangis bila kesal itu datang. Perasaan itu sudah terlahir diperbuatanya. Dia sudah tidak berselera untuk makan, makannya hanya terpaksa kerana untuk kelangsungan hidupnya sahaja. Tidur malamnya sentiasa dalam keresahan.

            Liza yang didepan mata sudah tidak dihiraukannya lagi. Jika isterinya berbicara dengannya, Loqman seakan tidak mendengar.. dia hanya didalam dunianya sendiri. Yang ada dihati Loqman kini hanyalah rasa kesal dan rasa bersalah. Ditambah dengan rasa rindu yang bagai thsunami membadai dan menghempas kalbunya menyebabkan lemas dalam dirinya sendiri. Kini Loqman bagai orang yang kehilangan semangat untuk meneruskan kehidupan. Hari-harinya menjadi suram dan mendung.

“Bang... abang ni kenapa ..Liza tenguk dalam seminggu dua ni asyik termenung saja..abang ingatkan siapa ..abang ingatkan Amirah ke?” soal isterinya yang sedang hangat hati kerana apabila dipanggil suaminya ketika itu tidak memberi apa-apa reaksi. Tetapi dengan soalan itu Loqman menangis sambil menekup muka dengan kedua belah tangannya. Hingga teresak-esak dia menangis. Liza menjadi terkejut lalu menghampiri suaminya.

“Abang sakit ke baang?” tanyanya hairan dengan tingkah suaminya. Suaminya hanya mendiamkan diri. Dia mengesat air mata yang membasahi pipinya dengan tapak tangan lalu memejamkan matanya. Liza terkejut sebenarnya, tiba-tiba suaminya menangis teresak-esak seperti budak kecil apabila diajukan soalan yang terkandung dengan nama Amirah jandanya.

=======================================
           
            Pagi itu ketika dia membuka mata suaminya tiada dipembaringannya. Entah pukul berapa suaminya bangun Liza tidak tahu. Dia bangun pun matahari sudah tinggi mencacak didada langit. Subuhnya!! entahlah dalam mimpi mungkin. Dia menjengah keruang tamu, ohh dilihat suaminya ada duduk disofa sambil menyandarkan diri. Dia melihat tangan suaminya menyapu air mata yang mengalir dipipinya. Timbul pulak soalan dihati Liza melihat tingkahlaku suaminya.’Dia menangis lagi’. Tetapi kerana perutnya sudah menjerit minta diisi dia terus sahaja kebilik air untuk mandi kemudian bersiap untuk mencari makanan itu niatnya. Selesai mandi dia keluar dari bilik air dia memandang suaminya yang masih  duduk disofa. Kelihatannya mata suaminyanya terkebil-kebil memandang syiling seakan memikir sesuatu. Setelah siap bersolek lebih kurang dia menghampiri suaminya untuk mengajaknya keluar makan. Bukan makan pagi lagi tetapi makan tengahhari..Kiranya ‘two in one lah’ makan pagi campur makan tengahhari Perut didalam sudah sedari tadi sudah minta diisi. dia bangun pun sebab perutnya menyanyi minta diisi, . kalau tidak lebih baik dia tidur menyambung mimipinya.  Suaminya masih diam membatu duduk disofa tidak berganjak sedari tadi. Liza menjadi hairan sejak dia bangun dari tidur tadi Liza melihat suaminya sudah duduk disofa, kini dia sudah siap bersolek suaminya masih juga disitu tidak berganjak..apakah yang difikirkan oleh suminya...

 “Bang..Jomlah kita pergi makan, Liza dah lapar ni.” Seperti biasa Liza akan berwatak manja bila mengajak..tetapi ajakan manja  isterinya juga sudah tidak diperdulikkan oleh Loqman. Dia mula merebahkan dirinya pula, mulutnya tidak terbuka untuk menjawap pangilan isterinya matanya pula dipejamkan. ‘Ehh tidur pulak dia ni bila kita ajak dia makan...tadi menangis..tapi ni pejam pula matanya’ detik hati Liza bingung dengan tingkah suaminya.

“Bang cuba cakap bang..abang tidur lagi ke..bangunlah siap kita pergi makan.” Liza menyedari sudah lama suaminya tidak bersuara...entah sudah beberapa hari ini terlalu sukar untuk mendengar suara suaminya. Hatinya menjadi geram pula bila dilihat suaminya diam membatu. Diam suaminya menyebabkan Liza menjadi buntu untuk bertindak. Dileteri  suaminya tapi seperti bercakap dengan tunggul kayu. Lama kelamaan Liza mengalah.  Dia penat. Dia pun diam.

“Oklah Liza masak hari ini..tapi Liza masak yang ringkas saja..Liza masak telur dadar dengan tumis sayur kobis..boleh tak?..Liza nampak ada sayur kobis dalam peti sejuk tu.”  Mahu tidak mahu akhirnya Liza kedapur juga kali ini dia mengalah. Liza cuba mencari perhatian suaminya. Dia melakukan apa yang selalu di ingini oleh suaminya yaitu memasak dirumah.

            Liza merasa dirinya sudah tidak dihiraukan lagi oleh suaminya sejak kebelakangan ini. Ingin juga dia berbual atau bercerita namun terasa dia berbual  sendirian walaupun suaminya ada didepan mata, kerana suaminya bagai tidak memberi reaksi  dengan apa yang  diperkatakan... Dia kedapur meninggalkan suaminya diruang tamu. Dalam hatinya tertanya-tanya kenapa sejak kebelakang ini Loqman jarang bersuara, apakah yang sedang difikirkan.
Setelah selesai  memasak dia keruang tamu, mengajak suaminya makan bersama. Rupa suaminya lena disofa yang diduduki sejak tadi. Ketika dia mengejutkan suaminya dirasanya badan suaminya panas.

“Abang demam ni..jomlah kita makan lepas tu makan ubat.” namun Loqman masih berdiam diri, ‘entahkan tidur entahkan berangan dia ni’ itu detik dihati Liza..lalu digoyangnya sedikit badan suaminya agar dia bangun.

“Bang bangunlah.. Abang demam ni kita makan…makan sikit pun tak apa..lepas tu makan ubat.” suaminya membuka mata.

“Bang jomlah kita makan.. nasi dah masak tu..lepas tu makan ubat.” Liza mengulangi kenyataanya, lalu  menarik tangan  suaminya supaya bangun.

“Pergilah... abang tak selera ni..Liza makanlah dulu.” akhirnya suaminya bersuara juga dengan suara yang garau dan lemah.

“Jangan lah macam tu..abang kena makan, sebelum makan panadol..lepas tu boleh tidur.” dengan rasa yang malas Loqman bangun...mengikuti langkah isterinya kedapur.

            Hanya dua tiga suap sahaja Loqman menjamah makanan yang disediakan oleh isterinya, dia sudah menolak pinggannya. Tekaknya terasa pahit. Dia sungguh-sungguh tidak berselera. Kemudian dia keruang tamu dan baring ditempatnya semula. Dia suka baring disofa itu.. kerana dulu ketika bersama Amirah dia sering bermanja dan baring diriba Amirah sambil menonton talivisyen disitu. Disitu juga dia merasa tenteram. Selesai makan Liza keruang tamu bersama panadol dan segelas air suam.

“Bang nah ni ubatnya…makan.” Liza menghulurkan panadol dan segelas air suam yang di bawanya tadi ketangan suaminya. Loqman bangun mengambil ubat yang diberikan dan menelanya.

“Abang kalau nak tidur.. tidurlah dalam bilik.” Liza menarik tangan suaminya agar dia tidak merebahkan badannya kembali. Dia berusha menarik tangan suaminya suaya tidur didalam bilik mereka agar lebih selesa.

===================================================
           
            Sudah dua hari Loqman demam. Tidur malamnya asyik meracau..tiada nama lain yang disebut melainkan ’Amirah’. Dalam sehari berkali-kali nama ‘Amirah’ disebutnya. Dia memanggil-manggil nama itu dengan mata terpejam dan linangan air mata. Pada mula panas juga hati Liza bila suaminya asyik memanggil-manggil nama bekas isterinya. Tetapi bila dipandang keadaan suaminya yang seakan tidak sedar apa yang keluar dari mulutnya, dia merasa kasihan pula. Dia memujuk hatinya agar bersabar sedikit, mungkin suaminya tidak sedar apa yang terkeluar dari bibirnya. Masuk hari ketiga, suaminya semakin lemah dia tidak mahu makan, hanya air sahaja yang ditelannya, itupun kalau disudukan kemulutnya. Liza terpaksa mengambil cuti selama suaminya tidak sihat.

“Bang bangunlah mandi lepas tu kita pergi klinik..”Loqman bangun mengikuti apa sahaja diarahkan oleh isterinya. Dia sudah seperti lembu dicucuk hidung. Dia sudah tidak dapat berfikir untuk dirinya sendiri.

            Walaupun sudah pergi keklinik namun demam Loqman masih tidak mahu kebah.Terasa panas badannya masih berbahang. Malah racaunya semakin menjadi-jadi. Yang menjadi Liza sangat bimbang kadang-kadang secara tiba-tiba suaminya itu akan menangis teresak-esak sambil memanggil nama ’Amirah’ walaupun matanya terpejam. Liza sudah tidak tahan melihat keadaan suaminya. Dia mula bimbang jika apa-apa terjadi tentu dia akan disalahkan. Pagi itu dengan hati yang berat dia mencari nombor telefon ibu mertuanya lalu menghubunginya.

“Assalamualaikum…mama ini Liza isteri Loqman…mama tolonglah datang sini.” Liza merayu ibu mertuanya. Dia sudah mati akal melihat keadaan suaminya semakin hari semakin parah.

“Waalaimkumsalam..kenapa?..mana  Loqman.” Sungguh terkejut  Puan Sharifah tiba-tiba sahaja Liza isteri Loqman menghubunginya.

“Abang demam dah pergi keklinik tapi tak baik lagi..tolong lah mama datang sini.. Liza tak tahu nak buat apa lagi.” rayu Liza lagi dengan suara yang sayu memohon simpati.

“Dah berapa hari dia demam?”

“Dah masuk empat hari…dia tak mahu makan, asyik menangis saja kalau dia tidur.” Kalau Loqman memejamkan sahaja matanya dia akan menangis dan memanggil nama ‘Amirah’ itulah yang membuatkan Liza menjadi buntu.

“Baiklah nanti papa dan mama sampai.” janji Puan Sharifah, hatinya jadi berdebar..tentu keadaan Loqman teruk..jika tidak tentu isterinya yang tidak pernah mesra denganya menghubunginya.

            Tengahari itu papa dan mama Loqman tiba dari Port Dikson. Bila dilihatnya keadaan Loqman yang tidak terurus dengan badan yang kurus, rasa macam tak percaya Loqman demam baru empat hari tapi badannya kurus macam sudah berminggu dia tidak makan.

“Loqman..Loqman…mama datang ni..kenapa dengan kamu ni Man.” Loqman membuka matanya bila mendengar suara sayu mamanya memanggil namanya.

“Mamaaa... bila mama sampai..” kedengaran suaranya yang  terketar. Dia cuba bangun tepi tidak berdaya lalu dia merebahkan kembali badannya ketilam. Kelihatannya dia begitu tidak bermaya. Seperti orang Afrika yang tidak cukup makan pun ada.  Matanya dan pipinya kelihatan cengkung, rambutnya yang panjang dan misai serta janggut  tumbuh meliar di mukanya.

“Mama baru saja sampai Man, kenapa ni Man..kata Liza Man meracau asyik panggil nama Amirah saja..kenapa Man.” Loqman mula menangis bila nama Amirah disebut.

“Man rasa kosong..Man rasa sakit sangat mama..tolonglah Man mama.”

“Man sakit kat mana biar mama picitkan.”

“Man rasa sakit kat hati Man ni mama…sakitnya mama..Amiraaahh”sambil mengerekutkan badanya dia memeluk bantal disisi sambil memanggil nama Amirah perlahan seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat. Puan Sharifah mengelus-ngelus rambut anaknya dengan penuh rasa kasih sayang. Itulah kasih seorang ibu..walaupun kadang-kadang anak-anak menyakiti hatinya kasihnya tetap utuh tidak berubah.

“Habis kenapa Man panggil nama Mirah.”

“Kalau Man sebut saja nama Mirah, sakitnya Man rasa kurang sikit mama..” Loqman memejamkan lagi matanya, tapi dengan perlahan nama Amirah juga yang dihujung bibirnya.

“Man apa yang boleh mama buat cakaplah..mama akan cuba tolong Man.” Puan Sharifah memberi janjinya. Encik Abdul Majid hanya memandang dihujung katil sejak mereka sampai dia belum bersuara lagi. Dia terkejut sebenarnya melihat keadaan anaknya. Dia termangu tidak tahu apa yang harus dilakukan bila mendengar apa yang diperkatakan oleh anaknya.

“Mama tolong panggilkan Mirah mama..Man rasa nak sangat jumpa dia..Man rindu sangat pada Mirah mama… Man nak minta maaf pada Mirah juga. Macam nilah agaknya Mirah sakit ketika Man ceraikan dia dulu mama. Mama ..papa tolonglah Man.” Loqman memandang mamanya dengan pandangan sayu. Hati ibu bapa mana sanggup melihat anaknya yang kelihatannya sungguh menderita.

“Man.. kamu kan dah ada isteri macam mana isteri kamu nanti Man.” sampuk Encik Abdul Majid kerana perbualan mereka turut didengari juga oleh Liza di ambang pintu bilik mereka.

“Entah lah papa...tapi Man tak tahan sangat rasanya ni..aduh sakitnya Amiraaahhh.” sekali lagi Loqman memeluk bantal sambil memanggil Amirah menahan sakit lagaknya, kemudian dia memejamkan matanya. Hanya esak-esaknya sahaja yang kedengaran. Kedua papa dan mama- nya keluar dari bilik diikuti oleh Liza dibelakang.

“Macam mana ni bang..nak ikutkan ke?”

“Entahlah Pah abang pun tak tahu..Kamu macam mana Liza..Loqman suami kamu segala keputusan ditangan kamu, fikirkanlah mana yang baik untuk kamu juga.” Encik Abdul Majid berpaling, memandang Liza. Liza juga memandang kedua orang mentuanya. Pada pandangan Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah  perutnya Liza belum nampak besar lagi. Mungkin  dalam empat atau kelima bulan. Maklumlah kandungan sulung nampak kecil sedikit. Lagi pun Liza berbadan kecil molek. Kelihatannya Liza memikir-mikir kemudian dia berkata....

“Untuk kebaikan abang panggilkan saja Amirah, kalau mahu dia datang..saya tak sampai hati juga nak tenguk saja…dah dua tiga hari abang meracau panggil nama ‘Amirah’”. Sebenarnya terselit juga rasa simpati dihati Liza dengan penderitaan batin suaminya.

=============================

Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah keapartment Amirah untuk menjemput Amirah.

“Pah kita singgahlah beli apa-apa yang nak dimasak Pah, abang nampak  macam tak ada apa-apa yang nak dimakan kat rumah Loqman tu..abang dah lapar ni”.

“Ialah tadi Pah kedapur juga  tapi nampaknya hanya ada roti dengan kaya saja. Kita ambil Amirah dulu, baru pergi beli barang ye bang.” Sampai diapartment Amirah mereka terus naik hingga kepintu rumah. Encik Majid menghubungi telefon bimbit Amirah. Agak lama baru panggilanya dijawab.

“Assalamualaikum..Mirah papa ni, papa ada depan pintu rumah Mirah ni... buka pintu nak.”

“Waalaikumsalam…terpisat-pisat Amirah yang sedang tidur terkejut bila telefon bimbitnya berdering. Pagi itu dia baru saja pulang dari bekerja syift malam…selepas makan tengahhari dan solat Zohor dia tidur. Tidurnya tak sampai setengah jam telefon bimbitnya berdering. Amirah berjalan menuju kepintu dan membukanya, dilihatnya kedua bekas ibu dan bapa mertuanya berada di depan pintu.

“Ehh..mama papa masuk lah ..minta maaf lama agaknya mama dan papa tunggu, Mirah tidur tadi, lepas solat zohor apa lagi Mirah tarik bantallah. Kebetulan kawan-kawan Mirah semuanya kerja..duduklah kejap Mirah kedapur.”

“Tak payah..Mirah tak payah..mama dengan papa ni nak cepat.” Puan Sharifah mencapai tangan Amirah untuk menghalang dia kedapur.

“Kami ni datang nak minta tolong sangat-sangat dengan Mirah..kalau Mirah tak keberatan nak tolong.” Amirah terhenti dari melangkah. Dia memandang kedua bekas mertuanya dengan pandangan hairan.

“Tolong apa papa mama.”

“Tolonglah kami Mirah…Loqman sakit dia teringin sangat nak jumpa Mirah..keadaannya kurus kering dan tak terurus..kata Liza setiap malam dia meracau memanggil nama Mirah..tolong mama dan papa Mirah”.

“Kalau Mirah datang macam mana pula dengan isterinya..tak marah ke dia?.”

“Isterinya lah yang minta kami datang jemput Mirah..dia pun tak sampai hati tenguk keadaan suaminya.” Terang Puan Sharifah lagi.

“Kalau macam tu tunggu sekejap Mirah siap.” hanya sekejap sahaja Amirah bersiap, dia memakai sehelai T-shirt muslimah yang longgar dan seluar jean biru. Baju itu selalu dipakainya ketika berjumpa Loqman sebelum mereka bernikah dulu.

“Mirah dah siap ni..tapi kesian mama dan papa tak minum ni.”
“Tak apa Mirah..kita pergi beli barang nak masak dulu boleh tak Mirah..mama rasa nak masakkan untuk Loqman”.

“Boleh juga supermarket Giantlah yang paling dekat mama.”

“Jomlah… papanya kita cepat sikit kesian Loqman kita tinggalkan dia.” Sampai disupermaket mereka terus menuju ke bahagian sayur-sayuran. Dengan cepat mereka memilih barang yang difikirkan perlu.

“Mama nak beli, daging banyak sikitlah Mirah dan sayur bayam merah ni kita masak rebus sedap juga kan Mirah. Santan ni beli juga, mana tahu nak masak lemak ke tak payah kita kekedai lagi.” setelah milih mereka membayar di kaunter pembayaran. Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah hendak cepat sampai kerumah Loqman kerana nampaknya Liza belum lagi masak tengahari sedang perut mereka sudah mula lapar. Perut orang tualah katakan yang mesti diisi nasi juga kalau dah tengahhari. Apatah lagi sudah lewat tenghari tentulah perut sudah mula menyanyi-nyanyi minta diisi.

            Sampai sahaja di rumah Loqman, Puan Sharifah masuk kebilik anaknya dilihat Loqman sedang mengerekotkan badan. Kedengaran perlahan nama Amirah disebut lagi sambil memeluk bantal dia menangis teresak-esak ditemani oleh isterinya. Isterinya sedang  mengurut-urut  perlahan belakang suaminya.

“Kenapa Liza?..”Puan Sharifah bertanya.

“Entahlah mama ..abang kata sakit ..bila tanya sakit kat mana dia buat macam ni ..nak ke Amirah datang mama.” Liza sudah tidak tahan melihat perlakuan suaminya. Sedeh hatinya. Puan Sharifah sudah tahu dimana sakit anaknya.’dihatinya’.

“Ada dia kat luar tu, nanti mama panggilkan dia.” Mendengar kata-kata mamanya, Loqman mengangkatkan mukanya memandang kepintu.

“Mirah jomlah masuk bilik ..Loqman kat dalam tu.” Puan Sharifah menghampiri Amirah dan mengajaknya masuk kedalam bilik. Amirah hanya tertegak diruang tamu. Dia hanya memandang bekas ibu mertuanya dengan pandangan sayu memohon pengertian. Untuk masuk kedalam bilik itu tidak mungkin baginya. Encik Abdul Majid faham perasaan Amirah, lalu bersuara.

“Panggillah Loqman keluar.. baring kat sofa ni, takkan Mirah nak masuk bilik pula.” tegur Encik Abdul Majid. Puan Sharifah masuk kebilik anaknya semula.

“Man marilah kita keluar, Mirah ada kat luar tu.” dengan dipapah oleh mama dan papanya Loqman keluar dari bilik berjalan perlahan. Badannya mengigil-gigil tidak bertenaga. Jika tidak disangga oleh kedua papa dan mamaya tentu dia sudah jatuh terjelepuk. Didudukan anaknya mereka di sofa diruang tamu. Mata Loqman sudah tidak lepas memandang Amirah yang sedang memandang kearahnya juga. Dengan air mata yang masih mengalir dengan suara yang kedengaran mengigil Loqman bersuara.

“Terima kasih Mirah..sudi Mirah jenguk abang  yang banyak berdosa pada Mirah..Mirah marilah sini abang nak cakap dengan Mirah.” Amirah menghampiri dan duduk diatas lantai, berteleku dihadapan Loqman.

“Kan Mirah dah cakap pada abang Man, Mirah dah maafkan abang Man..tak ada lagi dosa abang Man pada Mirah”.

“Mirah!! inilah kesilapan paling besar yang abang lakukan dalam hidup abang, kini abang terpaksa menaggungnya Mirah. Abang rasa tak sanggup nak menaggungnya Mirah.”  sayu suara Loqman bagai tidak terkeluar dari kerongkongnya. Loqman menangis lagi...dia teresak-esak. Dia sudah tidak malu lagi mengalirkan air mata lelakinya dihadapan semua orang. Rasa kesal dan rasa bersalah yang menyelubungi hidupnya yang menyebabkan dia berkeadaan begitu.

“Abang Man kena kuat ..kita ni manusia tak pernah tak buat silap..jadi kita kena kuat kerana kita ada tanggung jawab…sabarlah banyak-banyak abang Man..banyak orang yang nak bantu abang Man...redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita. Kalau abang Man redha abang Man akan kuat.” Loqman hanya memandang Amirah tidak berkelip seolah-olah jika dia mengelipkan matanya, Amirah akan hilang dari pandagan matanya. Rindunya yang meruntun masih lagi belum lunas lagi. Kata-kata Amirah ditelan terus kehati sanubarinya. Azamnya dia cuba “kuat” menerima takdirnya. Seakan semangatnya datang kembali..

“Laparnya perut abang ni Mirah..boleh tak tolong masakkan abang daging masak kicap dan sayur bayam rebus Mirah.. abang rasa lapar sangat ni.” setelah berkata begitu Loqman merebahkan badannya disofa yang didudukinya. Loqman sudah kehabisan tenaga, tapi yang ada padanya sekarang ini hanya semangat kerana Amirah ada dihadapannya.

“Mirah nak masak ni... abang Man tunggu dulu.” Amirah bangun menuju kedapur…sebelum masuk kedapur dia berjumpa Liza dahulu meminta izin.

“Boleh tak izinkan saya buatkan air dan masak untuk Loqman.” Amirah berdiri memandang Liza yang sedari tadi memandangnya ketika dia berkata-kata dengan suaminya.

“Janganlah cakap macam tu Mirah..buatlah apa saja.. asalkan abang sihat semula, kak Liza tak kisah. Masakkanlah apa yang abang nak.. sebab memang sudah dua tiga hari dia tak makan nasi, dia hanya minum air  dengan sedikit roti sahaja, itupun sebab nak makan ubat.” dia menuturkan dengan ikhlas tiada rasa cemburu ketika itu. Kerana dia sudah buntu melihat keadaan suaminya.
           






Sunday 21 October 2012

Bab 21 Tidak terkikis kesal dihati


            
              Tebang gelam tebang kenanga,  
               Batang tumbang menimpa gadung,
              Kumbang mengidam nak seri bunga,
               Bunga kembang di puncak gunung.


            Loqman yang bersandar dikerusi belakang memejamkan mata seakan tidur..tetapi fikiran masih di rumah Amirah. Dia meneliti setiap inci wajah Amirah yang di pandangnya sebentar tadi.  Pada pandangan matanya Amirah masih seperti dulu seperti ketika mereka baru berkahwin, tidak berubah. Datang rasa rindu hendak berbual dan ada rasa rindu ingin menatap lama wajah bekas isterinya. Datang juga banyak perkara yang dilalui bersama Amirah ingin diulangi. Oh hati mengapa rindu pada yang sudah bukan miliknya lagi.

            Rasa kesal akan perpisahan yang terjadi mendera hatinya. Rindunya yang membuak-buak bagai tidak boleh ditepis lagi. Masih terngia-ngia ucapan dan huluran maaf yang diperkatakan Amirah sebentar tadi dicuping telinganya.  Terasa lembut suara itu memupuk gegendang telinganya. Lahir dalam dirinya keinginan akan kemesraan dulu.  Tapi apa hendak dikata segalanya sudah terlerai. Ikatan suamiisteri yang digengamnya dulu sudah tidak bersimpul lagi. Dia bukan suami Amirah lagi.  Timbul pula soalan dibenaknya  mahukah agaknya Amirah pulang kepangkuanya dan membelai rindunya kembali..menjadi isterinya semula. Bilakah agaknya waktu yang sesuai untuk dia menyatakan hasrat hatinya. Bagaimanakah penerimaan Amirah jika diketahui dirinya sudah berkahwin lagi. Akhirnya itu pula yang timbul di fikiranya. Ahh..makin difikir hati semakin bercelaru. Dalam diam hatinya merintih. Dia sungguh-sungguh meyesali akan keterlanjuaran perbuatanya. ‘Amirah aku masih sayang pada mu’. Itulah jeritan yang membadai didalam hatinya.

            Sudah seminggu pertemuan dihari raya korban antara dirinya, Amirah dan anak mereka. Tapi kenanganya semakin hari semakin segar berkembang mekar dalam mindanya. Setiap hari Loqman terbayangkan wajah comel anaknya dan wajah manis bekas isterinya. Rasa rindu menyerbu dan menyenak melanda hatinya. Loqman kini lebih suka bersendirian sambil memejamkan mata menayangkan kembali wajah-wajah yang dirindui. Dia sudah tidak menghiraukan lagi kehadiran Liza. Liza mula menyedari perubahan dan tingkah laku suaminya, perasaan cemburunya  mula menyerang tidak boleh dikawal lagi.

“Bang …kenapa dengan abang sekarang ni..asyik pejam mata saja..penat sangat kerja ke..atau abang ingatkan yang lain.” Liza menyergah suaminya yang masih bersandar disofa ruang tamu rumah mereka.

            Ketika sampai tadi suaminya membuka pintu rumah lalu duduk menyandar disitu. Hingga dia sudah mandi, berpakaian dan bersolek sedikit, untuk mereka keluar lagi mencari makan malam mereka, dilihat suaminya masih lagi tersandar seperti tadi. Hatinya mula hangat dengan perlakuan suaminya. Walaupun disergah  oleh isterinya dengan suara yang agak tinggi Loqman masih sayang membuka matanya, sayang membuang bayangan bekas isterinya yang terlayar dilayar kepalanya..Bagi Loqman jika dia memejamkan matanya bayangan itu terang dan jelas, manisnya senyuman Amirah melambai kepadanya.

“Emm abang penat ni..Liza nak apa..abang nak tidur sekejap dapat 5 minit pun jadilah, lepas itu jomlah kita masak.” Dia masih beruniform kerjanya. Sambil menyandarkan kepalanya disofa ruang tamu, walaupun dia menjawab apa yang diperkatakan oleh isterinya sebentar tadi. Tetapi matanya masih dipejamkan.

“Apa pulak nak masak ..jomlah kita keluar makan…Liza nak makan pizza malam ni. Tiba-tiba rasa teringin nak makan pizza pulak.” penuh manja dengan suara lembut dia merengek dan memegang lengan suaminya. Pandai sungguh Liza mengubah lakonanya..tadinya garang macam singa betina kini manja macam kucing parsi pula.

“Abang malas nak keluar petang ni..semalam abang dah beli sotong, udang dan ayam.. masaklah sikit untuk abang. Abang teringin nak masak tom yam..sedap rasanya makan tom yam dengan nasi panas.” Balas Loqman. Dia ingin membentuk  isterinya mengikut apa yang diingini. Loqman mengambil kira contoh yang diberi oleh mamanya. Mamanya Puan Sharifah jarang sekali membeli lauk atau makanan diluar. Dia lebih rela memask sendiri untuk keluarganya walaupun dia sorang wanita bekerjaya. Dia masih ingat kata-kata papanya...

“Man makanlah..,mama dah masak tu”.

“Man teringin nak makan kat restoran yang baru buka tu papa”.
“Buat apalah Man makan kat luar..kat luar tu diaorang masak entah bersih entah tidak..mereka tu masak banyak-banyak jadi kadang-kadang janji basuh saja..Ni mama Man masak masuh bersih-bersih baca selawat dan dimulakan dengan bacaan BISMILLAH lagi. Itulah sebabnya anak-anak papa semuanya lembut hati  dan mendengar kata lepas tu terang hatinya apa yang diajar senang masuk kekepala. Man kita ni kalau selalu makan makan yang kurang bersih hati jadi bebal dan cepat nak marah tau Man”. Ketika itu dia hanya terlopong mendengar keterangan papanya. Kini dia ingin mengajar isterinya.Itu azamnya.

“Alaah malas lah Liza nak masak, Liza letih hari ni..senang kita oder saja kat restoren  tu, boleh terus makan.” Liza memujuk lagi. Bila suami nya membuka matanya,  wajahnya dilembut dan disedehkankan sedikit, agar suaminya temakan pujuk rayunya. Sudah dua hari suaminya memaksa dia memasak dirumah, semalam dan kemarin dituruti juga kehendak suaminya tapi hari ini hatinya  mula memberontak.

“Macam semalam kan sedap kita makan kat rumah..tak payah susah-susah meredah jalan yang banyak kereta nak pergi makan, makan nasi baru masak panas-panas kan sedap.” tambah suaminya juga memujuk.

“Yang kat restoran tu pun nasi baru lepas masak juga..semuanya masih panas lagi..jomlah.. jomlah..” rengekkan Liza bertambah manja diiringi dengan menggoyang-goyangkan badannya macam kanak-kanak ribena pula.

“Kita masaklah..kat rumah, kita masak beras wangi, lagipun abang dah beli semuanya tu..bukannya lama nak masak pun..kita masak cincai saja..jomlah abang tolong.” Liza merasakan semua pujukkan tidak termakan lagi oleh suaminya. Dia mendengus lalu berdiri..merentap tangan yang dilengan suaminya. Dia mula menunjukan sikap keras hatinya pula.

             “Ahh abang ni…kalau nak makan kat rumah.. abang masaklah sendiri..Liza nak keluar juga. Liza nak makan pizza juga malam ni. Liza tak mahu makan nasi.” Liza membentak, terus sahaja dia kebilik semula mengambil bag tangannya, kemudian dia mencapai kunci kereta suaminya diatas meja. Dia melangkah kepintu dia berdoa agar suaminya menuruti langkahnya. Hanya sesekali sahaja  Liza akan menuruti kehendak suaminya, tapi yang selebihnya memang suaminya yang akan menuruti kehendaknya. Loqman membiarkan sahaja isterinya pergi. Liza hampa, tiada pujukkan dari mulut suaminya atau suaminya mengalah dengan kehendaknya.

“Oklah kalau Liza nak keluar pergilah, abang nak masak ni..abang memang malas sangat nak keluar.” Loqman bangun lalu menuju kebilik untuk bertukar pakaian rumah. Liza masih menunggu suaminya diambang pintu keluar dia berharap suaminya bertukar fikiran dan mengikuti kehendaknya. Kini Loqman sudah tidak mampan dengan rengek manja isterinya lagi..dia sudah jemu dengan sikap kepura-puraan isterinya.

            Pada Loqman.. kini dia perlu bertegas dengan isterinya. Dia ingin mengajar Liza berjimat dan masak dirumah. Dia ingin membentuk Liza supaya menjadi isteri yang diigininya.  Jika diikutkan kehendak Liza makin menjadi-jadi perangainya. Bila dikenangkan Liza begitu berkira dengannya. Jika mengikuti rentak Liza keluar makan bersama isterinya nanti tentu sahaja dia yang akan membayar segalanya. Biarlah dia yang keluar makan, biar dia sendiri yang membayar. Kini sudah timbul perbuatan engkau engkau aku aku..tidak ada lagi sifat bekerjasama dan tolak ansur antara Loqman dan Liza, sedangkan sifat itu amat penting untuk hidup bersuamiisteri untuk keharmonian rumah tangga mereka.

            Sewaktu Loqman masuk kebilik untuk menukar bajunya, Liza masih menanti diambang pintu keluar. Dia masih mengharapkan suaminya cair dengan pujukkanya dan mengikuti kehendaknya. Tetapi bila suaminya keluar dari bilik mereka, dilihat suaminya hanya berkain pelikat sahaja, dia sudah tahu jawapanya. Liza memandang dengan hati yang sebal. Hatinya juga  berkeras, untuk keluar mencari apa yang dihajatinya. ’Masak lah kau sorang’ kata hati Liza dia menggenggam kunci kereta suaminya meneruskan langkahnya keluar bersama jelingan tajam untuk suaminya, yang sudah menuju kedapur.

            Tinggallah Loqman masak sendirian, memasak untuk dirinya sendiri. Kalau difikirkan apalah gunanya dia beristeri, jika pulang dari kerja terpaksa memasak sendirian untuk makan malamnya, ataupun terpaksa makan juga dikedai. Sekarang dia sudah tidak peduli apakah tindakkan isterinya, sama ada ingin menemani dia memasak atau pun tidak, dia tetap dengan tekadnya ‘makan malam dirumah’. Selama dia masak dirumah dia merasakan masakkan itu lebih sedap dan lebih bersih. Walaupun kadang-kadang yang dia masak hanya sekadar telur dadar  dan sayur  yang ditumis sahaja. Alhamdullilah pengalaman menolong Amirah memasak beberapa bulan ketika dia menjadi suaminya dulu masih boleh digunakan. Walaupun ketika itu dia hanya menemani dan memandang apa yang dilakukan oleh Amirah. Malam itu dia memasak kuah tom yam ayam. Berbagai bahan dicampur kedalam kuah tom yamnya.. ada sedikit lobak merah, bunga kobis, sotong, udang dan lima enam biji cili api itulah yang wajib agar tomnya berasa pedas. Bukan ke senang satu masakkan tetapi merangkumi tiga fungsi, sebagai kuah lauk dan sayur.

            Selesai masak dia menuang kuah tom yamnya kedalam mangkuk besar, diisinya sekali dua senduk nasi. Dia menyudu sesudu demi sesudu nasi masuk kedalam mulutnya. ’Kalau dengan Amirah tentu aku tak macam ni, makan berhidang dengan dua tiga jenis lauk. Pada kebiasaanya Amirah akan menyediakan kuah, sayur dan lauk seperti ikan goreng atau pun ayam goreng. Makannya juga akan berdua sambil berbual-bual. Ni aku  makan sorang-sorang..ahhh, Amirah rindunya aku padanya.’ Bergenang air mata Loqman bila nama Amirah melintas difikirannya. Dia menyapu matanya dengan belakang tanganya.

            Kini ingatan Loqman kepada bekas isterinya semakin meruntun. Rindunya bergelombang datang tidak mampu ditepisnya lagi. Pagi itu dia menghubungi telefon bimbit bekas isterinya. Dia mendengar suara yang dirinduinya dengan rasa pilu. Suara itu meresap terus kekalbunya. Tetapi Loqman tidak dapat bersuara, hatinya jadi sebak tiba-tiba. Talian diputuskan. Amirah tidak dapat mengesan itu adalah panggilan darinya, kerana dia menggunakan telefon pejabatnya. Keesokkan harinya dia mencuba lagi tetapi mengunakan talian pejabat Amirah pula.

“Hallo…boleh saya bercakap dengan Amirah”

“Puan Amirah tak kerja hari ni…dia akan masuk kerja malam ni ..ada apa-apa pesanan encik.”

“Kalau dia kerja malam ni bila dia balik pula.”

“Dia habis kerja pukul 810 pagi esok ..encik ni siapa”.

“Oklah kalau macam tu ..terimakasih, saya kawan dia.” Loqman menyamar sebagai kawan Amirah.

            Pagi berikutnya Loqman nekad menemui Amirah. Dia tidak sabar lagi ingin menyampaikan hasrat hatinya. Dia ingin Amirah pulang kepangkuanya sebagai isterinya kembali.

            Loqman menunggu Amirah ditepi pintu pagar tempat kerja Amirah. Dia mengulangi perbuatannya seperti waktu dulu ketika Amirah masih menjadi isterinya. Dia tahu bekas isterinya akan pulang dari kerja syift malamnya, pagi itu. Selepas menghantar Liza kepejabat mereka, dia keluar semula. Dia memberitahu rakan setugasnya pagi itu dia hendak keluar, ada hal peribadi yang perlu diuruskanya, itulah pesanan kepada rakan setugasnya. Lama dia menunggu Amirah dipintu  keluar dipejabatnya. Dulu semasa dia masih menjadi suami Amirah, Loqman akan menunggu Amirah dipondok jaga bangunan pejabat Amirah bertugas, pagi itu dia berbuat perkara yang sama  disitu juga.

            Ramai orang yang masuk dari orang yang keluar. Maklumlah pekerja office hours lebih ramai dari pekerja yang bekerja mengikut giliran. Pekerja office hours pula  masuk sebelum 830 pagi. Sedangkan orang yang keluar mungkin tidak sampai 10 orang. Dia memandang jam dipergelangan tangannya sudah menghampiri jam 820 pagi. Dahulu waktu-waktu seperti itu Amirah sudah keluar dari tempat kerjanya. Loqman terbayang dulu ketika Amirah  masih lagi isterinya..ketika mereka bertemu di pondok jaga, Amirah akan memberi seyuman manisnya kepadanya.

“Abang dah minum.” Itulah pertanyaan yang  akan ditanya oleh Amirah ketika itu...

“Belum.” Itulah jawapanya dengan muka yang masam.. ketika itu hubunganya dengan Amirah tidak begitu baik. Entah mengapa hatinya seperti hendak marah sahaja bila berhadapan dengan Amirah ketika itu. Walaupun jawapanya dingin. Tetapi Amirah tetap melayaninya dengan baik. Jauh disudut hatinya ada juga bahagia kerana  ada orang yang ambil berat tentang dirinya.

“Kesian abang kalau Mirah kerja malam abang lapar...nanti tengahhari abang balik makan tak..abang nak makan apa Mirah masakkan.”...tapi mengapa segala kebaikkan Mirah tidak terpandang olehnya ketika itu. Kini setelah  tiada disisi, dia tercari-cari pula.

            Setelah terasa lama menunggu dia menghampiri pegawal  bertugas yang sedang bertugas ketika itu dan cuba berbual-bual. Dari ekor matanya terlihat orang yang ditunggunya melintas laju menuju kepintu pagar. Dia menghentikan bualannya.  Dia mengejar Amirah yang berjalan laju.

“Amirah..Amirah” dua kali Loqman memanggil nama bekas isterinya, barulah Amirah menoleh. Sekali lagi Loqman bersuara tapi kali ini dia memberi salam.

“Assalamualikum ..Mirah apa kahbar.”

“Waalaikaumsalam” Amirah berhenti lalu memusingkan badan memandangnya hairan, ingin disoalnya Loqman bekerja atau tidak, tetapi dilihatnya Loqman memakai uniform kerja.

“Kenapa abang Man ada kat sini ada kes ke?” tetapi soalan Amirah tidak dijawab oleh Loqman.

“Mirah boleh tak abang nak cakap kejap dengan Mirah.” lembut suara Loqman seakan merayu.

“Nak cakap apa…cakaplah Mirah dengar ni.”

“Tak elok kita cakap kat jalan ni..jom kita cari satu tempat yang boleh kita bercakap dengan selesa..atau pun kita pergi minum dulu, abang pun belum minum lagi ni.”

“Mirah tak nak pergi minum..abang Man sebenarnya lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tak baik makan dan minum berdua nanti menimbulkan fitnah, lebih-lebih lagi abang Man suami orang.” Ohh Amirah sudah tahu dia sudah beristeri lagi rupanya. Terkedu Loqman mendengar ceramah pendek Amirah itu. Walau bagaimana pun dia ingin mencuba, apa yang telah dirancang  didalam hatinya.

“Oklah kalau Mirah tak sudi minum dengan abang..tapi bagilah abang peluang nak cakap dengan Mirah..abang nak bincang hal peribadi ... hal kita berdua.”

“Kalau macam tu jomlah kita duduk kat bangku panjang, depan AMCOB tu..rasanya kat situ boleh kut.” mereka berjalan beriringan kebangku yang disebutkan oleh Amirah, tidak berapa jauh dari pejabat Amirah.

            Loqman berkecil hati bila Amirah cuba duduk menjarakkan diri darinya. Namun dipendamkan sahaja rasa hatinya, takut tersalah cakap nati terus hilang peluangnya. Setelah mereka duduk Amirah menggesa Loqman memulakan bicaranya, kerana dia tidak mahu berlengah-lengah, dia tidak selesa bila berduaan dengan Loqman kini. Dia tahu Loqman kini suami orang.

“Cakaplah cepat..apa abang Man nak cakap..Mirah dengar ni.”

“Mirah..abang minta maaf banyak-banyak dengan Mirah..abang sedar selama ini abang dah melakukan banyak dosa pada Mirah..abang minta maaf.”

“Kan Mirah dah cakap masa kat Pilah hari tu…. Mirah dah maafkan abang lahir dan batin sikit pun tak tinggal kesalahan abang Man pada Mirah.”

“Kalau macam tu kita rujuk balik Mirah….abang nak kita duduk serumah dan bawa anak kita duduk sama..kesian dia tak dapat manja dengan ibu dan ayahnya”.

“Mirah maafkan abang Man tak semestinya kita rujuk…kenapa pulak nak rujuk?”

“Mirah..abang sayang Mirah…..sayang abang pada Mirah masih macam dulu lagi tak pernah berubah.”

“Kita sekarang dah lain abang Man..simpan sajalah sayang abang Man pada Mirah tu untuk isteri abang Man…Mirah doakan abang Man bahagia..dah jangan ingat-ingat lagi pada Mirah.”

“Kenapa Mirah, besar sangat ke dosa abang pada Mirah yang Mirah tak boleh nak maafkan abang.”

“Abang Man tak pernah ada dosa pada Mirah dan Mirah dah cakap pada abang Man…kalau ada pun  Mirah dah maafkan.”

“Mirah.. abang dah berubah sekarang..abang dah berubah terimalah abang Mirah, abang merayu pada Mirah tolonglah terima abang balik, abang betul-betul menyesal lepaskan Mirah.” semakin bersungguh Loqman merayu kepada bekas isterinya.

“Itulah yang susahnya abang Man… memang Mirah nampak abang Man dah berubah, tapi Mirah yang masih tak berubah ..Mirah masih Mirah yang dulu, Mirah yang masih banyak tanggung jawab…dahlah abang Man… biarlah abang Man dengan hidup abang Man dan Mirah dengan hidup Mirah..Mirah bahagia hidup macam ni..pergilah abang Man dengan isteri abang Man..tentu isteri abang Man tengah mengandung sekarang ni...itu yang abang Man meragam ni.” Amirah teringat kejadian setahun yang lalu Loqman berubah kerana dirinya hamil mungkin ‘pembawa budak’ kata orang tua-tua.

“Mirah.. berilah abang peluang..jangan hampakan abang Mirah.” rayu Loqman lirih memohon simpati agar dirinya diterima semula.

“Abang Man jangan sampai pisang berbuah dua kali….banyakkan bersabar… nanti kalau isteri abang Man dah bersalin, perasaan abang pada  dia akan kembali normal..jangan jadi macam ni lagi..pergilah. Sepatutnya abang Man lebih mengasihi isteri abang Man yang sedang mengadung, berilah dia lebih perhatian, jangan abang Man menyesal macam ni lagi …Mirah nak balik ni..fikirkanlah apa yang Mirah cakap ni.” Loqman rasa tersindir dengan kata-kata Amirah tadi. Tetapi bila difikirkan memang ada kebenarnya. Sepatutnya dia lebih menyayangi ketika Amirah mengandung dulu. Kesalnya datang menyerbu hatinya yang semakin pilu. Loqman sudah tidak terkata apa lagi..dia sudah benar-benar kehilangan Amirah. Setelah habis berkata-kata dengan raut wajah yang tenang Amirah bangun. Dia sudah bersedia untuk pulang.

“Mirah.. abang masih sayangkan Mirah lagi, berilah abang peluang menyayangi Mirah..tolonglah abang Mirah.” Cuba Loqman lagi. Sudah tidak malu-malu Loqman merayu kepada bekas isterinya agar dirinya diterima kembali.

“Abang Man..sayangilah Mirah ni macam adik abang Man sendiri, kita pun bukan orang lain, kita masih adik dan abang dua pupu, hubungan itu tak akan putus sampai bila-bila..Mirah pun tak larang abang Man jenguk Syifa  kat Pilah bila-bila masa abang Man suka. Hanya satu Mirah ingatkan jagalah rumahtangga abang Man.. Mirah sentiasa mendoakan kebahagiaan abang Man...Assalamualaikum.” Amirah berjalan menuju perhentian LRT untuk pulang kerumah sewanya. Dia meninggalkan Loqman dengan wajah yang tenang. Tiada senyuman sinis, tiada rasa marah dan dendam yang tersimpan apa yang diucapkan tulus dari hatinya.  Loqman yang ditinggalkan masih termangu-mangu di hujung padang yang semakin panas dek sinaran matahari. Amirah oh Amirah hatinya menjerit..langkah Amirah di ekori dengan pandagan mata. Hidup terasa kosong tak bererti, setelah mendengar jawapan Amirah tadi.