Janji seminggu yang diuntukkan oleh Nur Hidayah pada
dirinya sedang menghampir tarikh luput. Demi untuk mengelakkan sebarang
penderitaan pada wanita yang dikasihinya Azrul mahu mengalihkan rasa sukanya
pada gadis lain seperti yang dicadangkan oleh ibunya. Dia tidak boleh
mementingkan diri jika dia sudah tahu akibat nya bila dia meneruskan
hasrat hatinya. Dia juga tahu pendirian ayahnya yang tidak akan berkompromi
jika dia tidak bersetuju. Namun hati sangat berat untuk menukar arah rasa. Mampukah dia?.. In Syaa Allah demi untuk kebaikan semua dia akan berusha.
Kenapalah ayah dan ibunya hanya memandang status anak
tak sah taraf Nur Hidayah. Kenapa mereka tidak memandang pada kebaikkan yang ada pada Nur
Hidayah. Itulah detik hatinya yang kesal dengan sikap kedua ibu dan ayahnya. Hidupnya
jadi bingung bila kepala asyik memikir kehendak hatinya dan kehendak
orang tuanya. Susah rupanya mahu membunuh rasa yang sudah mula bertunas. Dek kerana bingung..Malam itu selesai makan malam dan
solat Isyak dia kelur mencari angin. Bagai tidak berpijak dibumi nyata keretanya
dipandu ketempat kebiasa dia melepak bersama sahabat baiknya Doktor
Johan. Kebetulan pula kedatanganya bersamaan dengan sahabatnya yang juga baru sampai.
“Assalamulaikum ..Hai kau nak lepak sini juga ke Jo tak
kerja kau malam ni.”
“Waalaikumsalam..aku baru balik kerja Zam. Aku tengah
lapar gila ni..dapat makan tengahari sahaja tadi. Itu pun hanya makan sandwich
kirim dengan kawan tadi. Ni baru nak merasa makan nasi kalau ada..dapat makan
nasi goreng pun jadilah. Jom oder jom”. Tidak sempat menanti pelayan datang
Doktor Johan menuju ke arah ruang dapur memesan makanan. Selesai memesan di menuju kemeja yang diduduki oleh sahabatnya. Bila dia sampai
dimeja terus sahaja sahabatnya
menceceh-ceceh berleter macam mak nenek..
“Kenapa yang jadinya macam ni..kau nak diet ke. Setahu
aku hanya perempuan sahaja yang berdiet bagai ni. Kau kena jaga kesihatan
Jo..kalau dah sakit nanti yang susah kau juga. Mana nak jaga mak kau lagi...” Nasihat seorang sahabat yang
mengetahui keadaan sahabatnya.
“Diet apa bendanya ..banyak dah tegur badan aku ni
macam papan sekeping, aku pun perasan badan dah rasa ringan sangat ni kalau
ditiup angin macam nak terbang sahaja rasanya. Tapi nak buat macam mana memang aku
tak sempat nak makan, pesakit ramai, dah seminggu dah macam ni. Emak aku dah
dua hari aku tak jenguk Zam. Entah apalah ceritanya dia tu”.
“Kau kena jenguk juga Jo..jangan nak harapkan bibik
sahaja. Dahlah hanya kau sahaja anak
dia. Kesian dia..macam mana keadaan ada perubahan tak..dia dah bertambah baik
ke?”
“Nak berubah apanya..masih macam tu juga. Semuanya
harapkan bibik buat untuk dia. Aku sebenarnya teringin sangat nak jaga mak aku
sendiri..tapi buat masa sekarang tak terbuat lagi. Kesian mak aku tu…”
Sememangnya
Azrul Azam mengasihani ibu sahabatnya yang sudah tidak berdaya kerana serangan Angin ahmar. Sebelah badannya sudah tidak berfungsi.
Dia bergerak pun menggunakan kerusi roda. Sudah hamper tiga tahun ibu
sahabatnya berkeadaan begitu.
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan
yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak
tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel
otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh
bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara
tiba-tiba.
“Tak dapat jaga dia kau jenguk jadilah, tenguk keadaan
dia macam mana”.
“Betullah tu Zam.. tapi kalau dah malam macam ni aku
nak jenguk pun jadi serba salah..kalau emak aku tu macam orang biasa lain lah,
ni dia macam tu. Aku ni seram juga kalau berdua dengan bibik tu tak kira siang
ke malam..salah aku juga ambil bibik muda tapi kalau ambil yang tua takut tak larat nak angkat emak aku tu..entahlah susah aku nak cakap”.
“Hai tak kan kau dengan bibik pun naik semangat jantan
kau tu”.
“Kau tak nampak cara dia pakai Zam.. walaupun memang pakai kat rumah macam tu. Lagi pun orang yang dah pernah rasa lain Zam. Lain lah kau, kau memang masih bujang trang-tang
tang. Nafsu ni Zam tak kira siapa, janji berlainan jantina dah boleh dah. Tak
kira lah tua ke muda..sama Negara ke berlainan Negara..janji terlaksana. Itulah
nafsu jantan namanya.”.
“Huuh dasyat kau Jo”.
“Itu kenyataan Zam..semua lelaki macam tu..kalau tak
kuat iman memang semua dibedal, betul tak”.
“Betul tu, aku saja aje..Kau kena juga cari isteri.
Carilah calon yang boleh sama-sama jaga emak kau Jo tapi kalau kau cari kali ni
jangan cari macam yang dulu. Cantek memang cantik..tapi cantiknya hanya untuk
kau sahaja”.
“Itu pun satu masaalah Zam. Yang kenal sejak kecil pun
tak nak jaga bila kita dah tak berdaya, inikan pula yang baru kenal. Mahu ke
dia jaga emak aku yang dah jadi baby..”.
“Betul juga cakap kau..arwah isteri kau tu dari kecil
kenal emak kau. Tapi pada aku kahwin ni nasib.. dapat yang baik dan mendengar
kata ‘Alahamdullilah’ dapat yang
kurang baik kita kena didik dia jadi sampai baik..Cubalah kau solat hajat Jo
minta pada Allah pertemukan calon isteri yang boleh terima kau dengan emak kau
sekali.”.
“Memang ada juga aku solat hajat minta macam yang kau
cakap tapi Allah belum nak bagi aku lagi nampaknya. Cakap pasal isteri ni kau
bila lagi umur kita pun dah 33 tahun dah Zam.”
Mereka menghentikan bualan kerana memberi laluan pada
penghidang makanan yang datang menatang dulang kecil berisi sepinggan nasi
gorang Cina dan segelas air kosong. Doktor Johan memang begitu dia tidak akan
meminum air manis selepas makan. Malah
kadang-kadang dia tidak minum, katanya minum nya nanti bila dia sampai
kerumah..ada juga orang yang begitu ye.
Maaf ye ini tak termasuk dalam cerita mak teh tapi
bila dah terjumpa, mak teh suka kongsi sama-sama boleh ye.
Tahukah anda, terdapat 7
waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah
elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu
tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar
sentiasa berada pada tahap terbaik.
7 waktu dimaksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
7 waktu dimaksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Selepas makan
1. Jangan makan
buah-buahan
Makan buah-buahan sejurus selepas
mengambil makanan berat akan menyebabkan perut kembung. Untuk pemakanan yang
lebih sihat, buah-buahan boleh diambil 1 hingga 2 jam selepas makan atau
seeloknya 1 jam sebelum makan.
2. Jangan minum teh
Elakkan minum air teh
khususnya teh ais sejurus selepas makan. Daun teh mengandungi kandungan
asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protien dalam makanan yang
dimakan sukar untuk dihadam.
3. Jangan minum ais
Minum air yang
mengandungi ais sebelum, semasa dan selepas makan akan melambatkan proses
pencernaan perut kerana air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang
baru dimakan. Apabila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan
menyempitkan banyak saluran sehingga menyebabkan lemak berkumpul dan mengundang
pelbagai penyakit terutama kanser dan serangan jantung.
4. Jangan merokok
Kajian daripada pakar
menunjukkan bahawa kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama kesannya
dengan menghisap 10 batang rokok. Ia menyebabkan risiko untuk mendapat pelbagai
penyakit lebih tinggi. Walaubagaimanapun, merokok tetap membahayakan kesihatan,
berhenti merokok adalah lebih baik.
5. Jangan banyak berjalan
Hakikatnya berjalan
kaki elok untuk kesihatan jantung, tetapi pada masa yang sama ia tidak elok
untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem
penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang
diambil.
6. Jangan melonggarkan
tali pinggang
Melonggarkan
tali pinggang selepas makan secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus
terbelit dan tersekat. Kes sebegini kerap dilakukan kerana berasa terlalu kenyang
selepas makan. Jika ingin longgarkan tali pinggang, seeloknya lakukan sebelum
makan.
7. Jangan mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan
peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut
akan berkurangan. Ia bukan sahaja akan melemahkan sistem pencernaan di dalam
perut malah boleh membuat kita buncit.
8. Jangan terus tidur
Jangan terus tidur atau
baring sebaik sahaja selepas makan. Selain akan menyebabkan kenaikan berat
badan ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur,
penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.
Bila pesanan nasi goreng Cinanya mendarat diatas meja
dan pelayan berlalu pergi doctor Johan mula menyusu sesudu demi sesudu..kelihatan
benar dia memang sedang kelaparan. Terpegun Azrul Azam melihat cara sahabatnya
makan tidak seperti biasa BERSOPAN.
“Berapa hari kau tak makan Jo..nampak kau lapar
sungguh ..aku kat depan kau ni pun kau tak pelawa”.
“Haah aku memang lapar gila dah dua tiga hari aku tak
hiraukan makan minum.. jamah makanan sikit sebab nak hidup sahaja. Pesakit
tengah ramai sekarang ni..kau tahulah bila badan dah penat sampai rumah mata
dah tak boleh nak buka ..esok pergi kerja lagi macam robot aku dua tiga hari ni
Zam..dahlah masa aku lebih banyak kat hospital dari dirumah. Tapi hari ni perut
dah tak boleh nak berkompromoi lagi dah. Ni nasib baik ada kau, boleh lah aku
berbual, kalau tak mahu aku tersungkur atas meja ni sahaja. ehh kau tak oder ke
oderlah, makan dengan aku sekali nasi aku dah tinggal sikit ni..kang kau kau
makan sorang pula..”
“Aku dah kenyang..aku dah makan kat rumah tadi. Kan
ibu ayah aku datang melawat aku. Dah hampir seminggu dah diaorang kat rumah aku
tu..tu yang dah lama aku tak jejak sini”.
“Ohh itu kisahnya..patut kau tak terilur nampak aku
makan ni. Lama pula ibu ayah kau datang kali ni. Ada cerita menarik ke yang
lama diorang berkampung kat kuarters kau tu.Kalau tak sehari dua ibu dan ayah
kau dah balik dah.”.
“Tak ada lah saja nak duduk lama kat KL. Nak hirup
udara KL yang banyak asap..dan nak dengar irama kereta, lori, bas dan motor
yang tak pernah berhenti.” Ha ha ha. Diorang kalau dah berjumpa memang tak
kering dari gelak.
“Engkau..”. Sambil bercerita sambil di menyudu nasi
dipinggan..sudah hamper habis nasi masuk keperut.
“Jo!Kau patut kahwin Jo..”
“Tak Zam.. bukan aku sahaja yang patut kahwin..KITA dah patut kahwin..bila dah ada isteri kita tak
akan merayap macam ni mencari makanan untuk mengisi perut kan. Tentu dia akan
sediakan makanan kat rumah. Kalau dapat lebih sayangnya pada kita, dia masakkan
kita sekurang-kurang mee maggi.Kalau aku ada orang siapkan mee maggi kat rumah
pun dah syukur Alhamdulillah.” Ha..
ha..haa dua jejaka bergelak ketawa..bila perut dah berisi.
ha..haa dua jejaka bergelak ketawa..bila perut dah berisi.
“Beranganlah kau Jo..tapi memang betul yang kau cakap
tu Jo. Macam kau pernah juga kahwin tentu dah mengalami masa di belai dan
dimanja kat rumah kan”.
“Entahlah Zam kahwin aku dulu tu macam tak rasa
kahwin”.
“Haa macam mana tu..kalau kahwin dengan orang bunian
pun terasa kahwinnya tu tau. Hanya orang lain tak nampak bini kau sahaja”..ha
ha ha gelak lagi dua jejaka tu..sesekali berjumpa memang rasa gembira.
“Aku kahwin tapi perkahwinan tu tak mendatang apa pada aku.. anak tak ada”.
“kalau kau ada anak susah juga..dia dah tinggalkan kau
siapa pula nak jaga anak kau. Nak harap mak kau, dia nak jaga diri sendiri pun
tak boleh”.
“Pasal anak tu lain cerita tapi pasal perasaan aku
ni..Aku tak pernah rasa nikmat menjadi suami yang terjaga. Orang kata kalau
seorang lelaki tu berkahwin kehidupanya akan terjaga tapi aku.. rasanya aku
yang lebih banyak jaga dia, dia tak pernah nak ingat aku Zam..astagfirullah. Apalah
aku ni, dia dah tak ada pun kat sini. Dia dah gembira dengan kerjaya dia..apa yang aku nak mengungkit. Dahlah Zam jangan
kau ingatkan aku pada dia. Kita cerita tentang jodoh kau pula”.
“Inilah yang tengah aku fikir sampai kepala ni dah jadi
macam orang tak betul”.
“Haa ye ke..cuba kau cerita
apa masaalah kau Zam. Kita ada masaalah jagan fikir sorang-sorang tak elok..”.
“Betullah tu Jo. Jo!..aku yang sebetulnya bukan nak kesini tadi, tapi
bila kepala merewang tak sedar aku memandu sampai kesini jumpa dengan kau. Tapi
elok juga dapat aku luahkan apa yang dalam kepala aku ni”.
“Apa pula masaalah kau ni, macam teruk sahaja
bunyinya. Alhamdullilah tak jadi apa masa datang sini”.
“Ehh taklah sampai tak ingat apa aku yang aku
buat..aku masih boleh tenguk jalan. Jo aku sebenarnya dah ada calon untuk jadi
peneman hidup aku. Kat mata aku dia tu cukup sempurna.. untuk sama-sama kita
berbimbing tangan dari dunia hingga akhirat. Tapi ibu ayah aku tak boleh nak
terima dia”. Keluahan berat terlepas dari rengkung yang hampa dan kecewa.
“Pulak dahh..tapi hebatnya kau dalam diam dah ada
calon suri dihati. Dah lama kau kenal
dia, tak pernah pula kau cerita dengan aku. Siapa dia, aku kenal ke?”.
“Rasanya kenal..kau ingat tak ada seorang pesalah yang
kena tuduh bersubahat membunuh suaminya kerana nak kan harta..kau ada bagi
telekong pada dia masa dia dilokap dulu”.
“Ohh perempuan tu siapa namanya..diakan dah dibebaskan..kau
jumpa dia balik ke?”.
“Namanya Nur Hidayah..Kau tahu dia tu rupanya adik
sepupu abang yang sebilik dengan aku masa aku di UIA dulu”.
“Macam mana kau tahu dia adik sepupu abang sebilik kau
Zam.”
“Macam ni..masa siasatan kami jumpa ada nombor
antarabangsa dalam senarai pemanggil yang menghubungi Nur Hidayah ni. Kami pun
call lah nombor tu..itu yang dia datang kebalai nak bagi keterangan. Masa tu
lah dia cakap Nur Hidayah ni adik sepupu dia. Dari keterangan yang dia bagi aku
dah mula suka pada Hidayah ni. Dia ni anak terbiar dari remaja lagi...”.
“Tapi aku tak nampak pun dia tu gadis liar Zam..
sebetulanya aku selalu nampak dia pergi kemasjid dengan suaminya tu. Ingat kan
dulu mereka anak beranak..pada malam kejadian tu baru aku tahu mereka tu suami
isteri. Yang sebetulnya aku keliru juga status dia dengan lelaki tu..dia
panggil papa..tapi masa kat hospital tu dia cakap sendiri dengan aku
suami..entahlah Zam, bingung aku..”.
“Kau ni Jo belum habis aku cerita lagi kau dah potong..dia
tu terbiar tapi terpelihara dari segala kejahatan…” Azrul Azam menceritakan
kisah Nur Hidayah seperti yang didengar dari Syed Borhan.
“Ohh macam tu kisah dia..tapi yang ibu dan ayah kau
tak boleh nak terima dia kenapa? Kalau aku dia dah dikira wanita pilihan
apa.. dia lancar Yassin, solat tak
tinggal dan menutup aurat lagi”.
“Entahlah..tapi yang aku pasti sebab statusnya anak
luar nikahnya tu..tu aku tak cakap lagi dia bekas orang yang disyaki dan aku
berkenalan dengan dia dilokap Jo”.
“Habis kau macam mana”.
“Kalau ikut aku..nak saja aku tipu dia cakap yang mak
aku tak kisah dia jadi menantu. Yang
jadi aku serbasalah dia suruh aku jujur dengan penerimaan keluarga aku.”
Kemudian Azrul Azam juga menceritakan bagai mana Nur Hidayah bersungguh-sungguh
mahu dia jujur dengan penerimaan keluarganya dan kenapa dia perlu kejujuran
Azrul Azam.
“Ohh macam tu kisahnya..tapi betul juga apa yang dia
takutkan. Kita tak boleh nak tahu apa yang berlaku pada masa akan datangkan.
Kita tak tahu rumah tangga kita harmoni sampai kehujung nyawa kita Zaam..dan
yang paling takut bila anak-anak jadi degil..masa tu nanti ibu ayah kau akan
tuduh dia penyebab yang melahirkan keturunan kau macam tu..”.
“Kau percaya macam tu ke..bukan ke anak-anak akan
mengikut apa yang kita didik, mereka akan mengikut ajaran kita”.
“aku pun tak tahu Zam..tapi dari apa yang kau cerita
itulah yang ditakutinya..kau rasa macam yang aku fikir tak”.
“Aku rasa macam tu juga dia takut dipersalahkan bila
melahirkan keturunan aku yang tak elok. Dia tak mahu perkara dia
diungkit-ungkit ..Tapi aku suka dia..kau fikir macam mana”.
“Aku tak boleh nak bagi jawapan untuk soalan kau..kalau
kau rasa boleh, dan nak buktikan semuanya akan ok, teruskan lah”.
“Tapi aku kesian..bila kemudian hari ibu ayah aku
terungkit perkara yang dia tak suka diungkit. Dia tak suka kemudian hari statusnya diungkit dihadapan anak-anaknya. Lepas tu dia bagi
masa seminggu sahaja..kalau aku tak menghubungi dia bererti keluarga aku tak
boleh nak terima dia”.
“Dah tinggal berapa hari tarikh luput panggilan kau”.
“Tinggal dua hari sahaja lagi”.
“Dalam masa seminggu ni kau ada solat sunat Istiharah
ke”.
“Dah tapi tak ada petunjuk yang dia tu untuk aku. Apa
aku nak buat Jo”.
“Kau sedut nafas dalam-dalam kemudian hembus
keluar buat dua tiga kali..In Syaa Allah kau akan rasa tenang. Bila rasa tenang fikir baik buruknya, kalau kau
teruskan hasrat hati kau. Fikir bahagia dia seimbang dengan bahagia kau
juga..jangan kau fikir bahagi kau saja. Itu tak adil pada dia nanti”.
Azrul mengikuti apa yang diajar oleh sahabatnya hatinya menjadi tenang. Sedut nafas
dalam-dalam lepas..sedut nafas dalam-dalam lepas itu caranya untuk menenangkan
hati dan fikiran.
“Jomlah kita balik. Kau tentu dah letih Jo. Balik ni
aku fikir betul-betul. Kau kerja apa esok.”.
“Esok aku kerja malam..dapatlah aku rest esok satu hari”. Doktor
Johan membayar harga makanan yang dimakan kemudian ke kereta masing-masing
untuk pulang kerumah.
Dr. Johan macam tak berkenan kat Dayah je....sapa lagi yang ada untuk membahagiakan Dayah. Tak sabar nak tau ending
ReplyDeleteAlahai pertemukanlah jodoh sempurna buat hidayah....
ReplyDelete