Limau muda dibuat acar,
Tumbuk lumat halia sekati,
Sekali dua kata terlancar,
Jangan disemat didalam hati.
Sepanjang mereka menjadi suami isteri baru sekali ini
Fatin merajuk hingga dia pulang kerumah orang tuanya.Selalunya jika dia marah atau
merajuk hanya dengan kata-kata lembut dan sedikit gurauan hatinya sudah
terpujuk.Tapi sekali ini dia begitu nekad.Dia tidak menduga akan itu tindakkan
isterinya.Yang sebenarnya Farhan terkedu dengan tingkah isterinya tadi. Belum
sempat dia memasang stratigi memujuk..isterinya sudah meninggalkan dirinya tercongok
sendirian. Lagipun Farhan bukan pandai untuk memujuk.
Sedang dia memikir-mikir barulah dia tersedar keadaan
sekeliling, cepat-cepat dia turun kebawah untuk memastikan keadaan isteri dan
anak-anaknya. Tetapi hampa..isteri dan anak-anaknya sudah tiada.. mungkin sudah
menaiki teksi. Dia naik semula kerumah, dia bagai orang kebingunan.Terasa
begitu kosong rumahnya.Sunyi terasa dimana-mana.Dia kedapur kemudian kebilik
anak-anaknya akhir sekali dia bilik tidurnya sendiri lalu dia merebahkan
dirinya.Matanya dipejamkan supaya dapat terlena.Dia ingin berehat seperti yang
disarankan oleh isterinya tadi.Tetapi matanya terkebil-kebil pula.Mengapa
lenanya tidak mahu singgah kemata.Perutnya pula berbunyi tanda minta diisi.
Bila dilihat jam dipergelangan tanganya sudah pukul dua petang. Dia bangun
kemeja makan.. semuanya sudah siap terhidang hanya tinggal menyenduk nasi
sahaja. Selalunya nasinya juga isteri yang akan
menyendukkan untuknya. Mengapakah setelah ditinggal sendirian barulah
Farhan tersedar, semua isterinya yang melakukan
untuk dirinya.
Makan bersendiri dalam keadaan yang sunyi tampa
tangisan dan gelak ketawa anak-anaknya ditambah lagi dengan ketiadaan suara
isteri yang selalu berlagu ditepi telinga rupanya tidak menimbulkan selera.
Walau pun dihadapanya adalah masakkan kegemaranya. Ayam masak kari bersama
kentang. Dia hanya makan sedikit sahaja. Perut masih minta diisi namun
seleranya sudah tertutup mati..akhirnya nasi yang hanya luak separuh terjun
ketong sampah didapur. Seleranya tumpul
tertutup. Selesai berkemas dia mengambil wuduk untuk solat zohor..kekalutanya
tadi menyebabkan dia terlupa solat zohor. Selesai bersolat Farhan termenung
lagi disejadah. Dia rasa bersalah menjengah hatinya kerna membiarkan isterinya
pergi ..Dia tahu isterinya belum
menjamah makan tengaharinya. Pada kebiasaanya isterinya akan menyuapi
anak-anaknya dahulu kemudian dia akan
menemani dirinya untuk mengambilkan apa sahaja keperluan dirinya dan akhir
sekali baru lah dia makan untuk diri sendirinya. Itulah Fatin Najihah isterinya..dia
akan mendahulukan suami dan anak-anaknya. Kesal menerpa hatinya… mengapakan dia terlalu mengikutkan
rasa hatinya tadi.
Hajjah Noraini terkejut dengan kedatangan anak perempuan tunggalnya
bersama anak-anaknya hanya dengan menaiki teksi sahaja. Dia sudah menjangkakan
mungkin ada perselisihan faham antara mereka
suami isteri. Bila melihat wajah keruh anaknya dia tidak bertanya.
“Abang angah masuk..dah makan?” neneknya bertanya.
Sambil menyambut huluran salam anak dan cucu-cucunya. Fatin tidak bersuara dia
hanya memerhati tingkahlaku anak-anaknya sahaja. Diwajahnya tergambar keletihan
dan kesedihan.
“Abang dengan angah dah makan tadi, tapi ibu suap
sikit saja abang rasa nak makan lagi lah nenek”.Cucunya yang tua mengadu. Angah
disebelah hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda menyokong aduan abangnya.
“Ialah nanti nenek suapkan, nenek ada masak sup ayam
dengan kentang tadi…kakak letak anak kamu yang kecil tu…kakak dah sembayang? kalau belum pergi sembayang dulu dah dekat
pukul tiga ni.” Fatin meletakkan anaknya yang kecil diruang tamu dia kebilik
air mengambil wuduk. Apabila sikecil mula merengek Hajjah Noraini mengambil
lalu diangkatnmya cucunya.
“Abang dengan angah tunggu sekejap ye nenek nak dukung
adik, biar ibu sembahyang dulu nanti baru makan ye.” kedua orang cucunya hanya
mengangguk kepalanya sahaja.Selesai solat, Fatin mengambil anaknya yang kecil
dari dukungan neneknya.
“ Aman nak tidur ye…meh nenen, kita tidur kat bilik
ye.” (Nenen bagi istilah Fatin
sekeluarga adalah menyusu) Fatin masuk kebiliknya untuk menyusui anaknya. Bilik
itu adalah biliknya, tiada siapa menghuni bilik itu walaupun kini dia sudah
berumah tangga.Jika sesekali dia pulang kerumah ibunya dibilik itulah mereka
sekeluarga tidur.
Kini anaknya yang kecil sudah pun terlena, giliran
anaknya yang dua orang pula untuk ditidurkan.Anak-anak Fatin dan Farhan
dibiasakan tidur diwaktu tengahari.Seteleh semuanya tidur Fatin pula mengisi
perutnya ditemani oleh ibunya didapur.Dia kelaparan sebenarnya.Sedari tadi dia
belum menjamah makanan lagi.Ketika bersarapan pagi tadi dia hanya sempat minum
secawan milo panas sahaja.Pagi itu Farhan tidak sabar-sabar hendak kerumah ayah
dan ibunya yang sudah dua minggu tidak dikunjungi, kerana dua minggu itu dia
sibuk dengan kerjanya.Ketika dirumah ibu nya pagi tadi pula, dia sibuk mengawal
tingkah-laku anak-anaknya. Dirumah ibu mertuanya pula belum sempat dia menarik
nafas lega Farhan sudah naik angin dan mengajaknya pulang.
Selesai makan mereka dua beranak keruang tamu. Haji
Rasid tiada dirumah dia kekebun arwah ibunya membersihkan kebun ibunya yang
sudah mula naik semak.Ketika itu barulah Hajjah Noraini bertanya perihal anak
perempuanya.
“Kenapa kakak balik tak sama Farhan..kakak bergaduh
ke?.” Hajjah NurAini mula menyiasat. Seingatnya sepanjang perkahwinan anak
perempuanya tidak pernah anaknya pulang sendirian tampa ditemani oleh suaminya.
Dia bersyukur kerana kelihatnya menantunya itu seorang yang bertanggung jawab
dan penyayang kepada isteri dan anak-anaknya.
“Kakak taklah bergaduh..hanya nak bagi dia rehat saja.
Dia dah letih dengan kenakalan abang dan angah yang tak tahu duduk diam.”
“jadi kakak kecik hatilah bila suami kamu tu marahkan
anak-anak.. jangan macam tu kakak,
mereka kan anak-anak dia juga. Sepatutnya kalau Farhan marahkan anak, kakak
jangan masuk campur..sebab dia marah untuk kebaikan anak kakak juga.”
“Ibu!!..kakak tak kisah kalau abang marah anak..mereka
semuanya anak dia, kakak tak kisah sebenarnya..tapi yang kakak tak tahan dengan
bahasa yang digunakkan untuk marahkan anak-anak..dia selalu kata anak-anak macam
kera macam beruk..kakak tak tahan dia umpamakan anak-anak macam tu.”
“Betul tu kakak kita jangan sekali menyamakan
anak-anak kita pada benda atau perkara yang tak elok..bukan ke kata-kata ibu
dan ayah merupakan doa kepada semua anak-anaknya. Sepatutnya kakak tegurlah
dengan elok kalau Farhan cakap macam tu, jangan terus keluar rumah macam ni.”
“Kakak dah cakap banyak kali dengan dia macam tu..tapi
abang macam tak boleh nak ubah perangai dan perkataan dia..sekarang ni abang
macam dah lain sikit..suka marah-marah.. dah tak sabar macam dulu lagi.. kalau
dia dah marah didepan orang pun dia marah kakak..pagi tadi tu dia
jerit-jeritkan kakak ni didepan ibu dia..bila kakak tak melawan makin menjadi-jadi
pulak dia.”
“Ialah kakak, kita ni suami isteri kena banyak
bersabar kalau satu tengah marah yang satu lagi kena diam..kalau tidak makin
melarat jadinya, rumah tangga kita juga yang tak aman. Kalau dilihat sekarang
ni bukan hanya kita berdua saja..kita kena tenguk pada anak-anak juga.” Nasihat
Hajjah Nur Aini kepada anak perempuan tunggalnya..Sebagai seorang ibu dia harus
memberi tunjuk ajar..bagaimana mahu
hidup berkeluarga. Dia tidak mahu berat sebelah memenangkan anaknya walaupun
itu anak perempuan tunggalnya..anak kesayangan seluruh ahli keluarganya.
“Sebab kakak sabarlah kakak diam tapi kakak dah tak
tahan lah bu..kat rumah tadi dia cakap
macam tu lagi pada anak-anak dia..dia cakap kakak ni menyusahkan dia.. dia kata
semua dia nak kena buat, entah apa yang dia buat pun kakak tak tahu..tadi kakak
masak pun sorang-sorang, dah lah balik dah nak
tengahari. Abang kalau dah marah dia memang tak nak tolong kakak..
tolong jaga anak pun tak nak. Terkial-kial kakak sorang nak masak anak lagi…” Fatin mula mengadu
perbuatan suaminya kepada ibunya. Walaupun dia begitu bersimpati pada anak kesayanganya tetapi
harus bijak mengawal dirinya. Dia tidak mahu
terlalu memberi sokongan kepada anak perempuanya takut mendatangkan
perkara yang tidak baik dikemudian hari. Dia hanya perlu memberi sokongan moral
tatapi tak harus masuk campur dalam urusan rumah tangga anaknya suami
isteri..walaupun hatinya sedeh anak kesayanganya diperlakukan begitu oleh
suaminya.
“Sabarlah kakak…sebaiknya kita ni bertolak ansur..dan
belajar memaafkan.” Mendengar kata-kata ibunya Fatin mendiamkan dirinya. Dia
memandag ibunya sayu kemudian dia bersuara dengan suara yang lirih. Dia tahu
ibunya tidak akan menyokong seratus peratus akan segala tindakkanya.
“Ibu… kakak nak duduk sini dalam seminggu boleh tak
bu..kakak nak abang betul-betul berehat..kakak nak berulang kerja dari sini.”
“Tadi masa kakak keluar mintak izin tak?..kalau tak minta izin ibu
tak berani nak benarkan. Berdosa seorang isteri yang keluar rumah tampa izin suaminya.. dosanya berpanjangan
selama dia berada diluar rumah suminya. Ibu sayang kakak… Ibu tak nak kakak menanggung
dosa..”. Lirih kedengaran luahan sayang Hajjah NurAini kepada anak perempuanya.
Ingat!! itulah hakikatnya seorang anak perempuan yang sudah berumahtangga
syurganya sudah dibawah tapak kaki
suaminya. Allah tak redha selagi suami tak redha kepada seorang isteri. jika kalian mati tidak mendapat redha suami kalian
tidak akan mendapat redha Allah SWT, kerana redha Allah SWT bergantung kepada
redha suami.
“Kakak dah minta izin..dia kata dia tak halau kakak
dan tak halang kakak kalau kakak nak pergi rumah ibu.”
“Kalau macam tu bolehlah..duduk sini, anak biar ibu
jagakan..esok kakak pergilah kerja.” Hajjah Nor Aini sudah dua tahun berpencen
kini dia menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Didalam hatinya berdoa agar cepat
tenang dan damai rumahtangga anak dan menatunya dalam waktu terdekat.
Pagi itu Fatin ketempat kerja nya menaiki motosikal
ayahnya. Itulah pertama kali sejak dia berumahtangga dia pergi ketemat kerja
tampa Farhan. Kekok rasanya kerana sudah lama tidak menunggang motosikal.
Hatinya berdebar-debar namun digagahkan juga untuk mencari kebiasaan yang telah
lama ditinggakan. Tetapi entah apalah malang tidak berbau untuk Fatin. Ketika
dia tiba dipersimpangan masuk kehospital sebuah kereta kancil tiba-tiba
membelok tampa amaran. Fatin yang sedang laju juga kearah selekoh..mereka bertembung
di selekoh masuk. Fatin tergolek di tepi jalan. Jatuhan motosikalnya menghempap
kaki. Pemandu kereta KANCIL seorang perempuan itu keluar tergesa-gesa. Dengan wajah pucat dan suara yang mengigil dia meminta maaf. Dia tahu itu kesalahanya kerana tidak memberi
isyarat membelok ketika membelok tadi.
“Ya Allah..maafkan saya..maafkan saya saya tak perasan
tadi. ...kalamkabut anak tengah menangis.”Sambil membantu Fatin mengangkat
motosikalnya.Fatin terdengar suara bayi menangis kuat diadalam kereta wanita
tadi.
“ok…ok tak payahlah..tak payahlah pergi tenguk anak
awak tu tengah menangis..saya ok , saya tak apa-apa” secara spontan Fatin
menegakkan motosikalnya dan dia sudah bersedia untuk pergi. Wanita tadi
terpinga-pinga tetapi tersedar dengan tangisan anakanya diadalam kereta.Sekali
lagi dia meminta maaf.
“Maaf ye..cik tak cedera ke?.”
“Ok..ok saya tak ada apa-apa.” Ketika itu Fatin
sememang tidak merasa apa-apa hanya terasa sengal di bahagian pehanya sahaja mungkin kerana hempapan motosikalnya
tadi. Sampai di tempat kerja barulah
Fatin merasa perit dan sakit dilututnya dan sikunya.Dia kebilik air, dia
menyelak kaki seluarnya dan lengan bajunya dilihat ada luka yang mula
mengeluarkan darah.Seluar dibahagian lututnya juga terkoyak sedikit.Dibasuhnya
luka dilutut dan siku mengguna ubat pembasmi kuman kemudian dia meminta rakannya
memberi satu dos suntikant untuk kancing gigi.Dia dinasihatkan berehat hari itu
dan diberi cuti selama dua hari.Dia pulang semula kerumah.
Pagi itu Farhan terlewat bangun dan terlewat ketempat
kerja. Malam itu dia tidak dapat lena. Hampir
pukul dua pagi baru lenanya singgah dimata, akibatnya dia kelewatan hari itu. Pagi
itu dirasakan rumah sangat sunyi, tiada ribut dan kekecohan seperti selalu.
Tiada lagi isterinya yang terjerit-jerit mengarahkan anak sulungnya.Tiada lagi
rengekkan angah yang menangis kerana tidurnya terganggu. Ribut hanya diri
sendiri yang kelewatan bangun bila tiada situkang kejut. Rupanya dengan
ketiadaan ketawa-tangisan anak-anaknya menjadikan rumahnya kosong dan beku. Dia bergesa ketempat kerja
dengan perut yang kosong. Tidak pernah selama dia berumah tangga dia ketempat
kerja dengan perut yang berbunyi minta diisi. Farhan mengelus perutnya seakan
memujuk agar bersabar .
Didalam kereta
Farhan terbayang kebiasaan rumahnya di
waktu pagi. Dengan perilaku isterinya yang terkejar-kejar menyiapkan sarapan
pagi mereka kemudian mennyiapkan keperluan anak-anaknya untuk dihantar kerumah
pengasuh. Setelah mereka selesai solat dan bersarapan barulah isterinya
mengejutkan anak-anaknya yang telah
besar sedikit, anaknya yang kecil akan
dikendung untuk dihantar kerumah
pengasuh. Selepas itu mereka akan ketempat kerja.
Dikala itu Farhan mengeluh didalam hati alangkah
baiknya jika anak-anak ada orang yang
siap mengatur. Tidaklah mereka pagi-pagi buta bersusahpayah menghantar kerumah orang.
Tetapi jika mereka memiliki pengasuh
dirumah akan membataskan pergerakkan dirinya dirumah pula. Dia juga tidak boleh
lepas laku. Dia tidak suka keadaan itu.
.. orang beristeri dia ingin beristeri, orang
beranak dia mahu anak juga. Tetapi setelah beranak dia
menjadi rimas pula. Anak pulak tidak cukup jika seorang dua sahaja. Entah apa yang dimahukan oleh
hatinya dia juga tidak faham. Hai Farhan fahamilah hati mu Dia merasa ingin
bersunyi-sunyi seperti sebelum mereka mempunyai anak dulu.. Ahh Farhan ingin
mengulangai zaman yang tidak mungkin akan berpatah semula kebelakang.
Pagi ini lain pulak ceritanya baru sehari sunyi
mendakap dirinya, harinya sudah tidak tentu arah.Sejak dia berkhawin itulah kali
pertama dia kelewatan ketempat kerja. Itulah kali pertama perutnya pula
berbunyi kelaparan. Dia sudah mula rindu
akan kehadiran isteri dan anak-anaknya. Tetapi selama ini itulah yang diimpikan
agar dapat dia merasa damai.Sampai ditempat kerja sahabatnya menegur..
“Assalammulaikaum..lambat hari ni kenapa? …muka kau nampak
letih, tak sihat ke Han? Orang rumah kau berisi lagi ke..baru lima bulan anak
kau yang kecil takkan dah berisi lagi...”
“Hsyy ke situ pulak kau ni. Aku sihat tapi hati aku
yang tak sihat.” Farhan berkata dengan perlahan.
“Apa pasal pulak hati kau tak sihat…habis orang rumah
kau pun lambat juga ke hari ini?”
“Dia tak ada kat rumahlah yang aku lambat ni.”
“Dia pergi mana?”
“Kau ni Lan kalau menyiasat sampai keakar umbilah.”
“Ialah sebab dah diluar dari kebiasaan..biasanya
isteri kau tak pernah tak ada disisi kau…alih-alih kau ditinggal sorang.. dia
pergi mana?”.
“Entahlah Lan..ini semuanya salah aku.” Farhan
mengakui kesalahanya.Wajahnya ditundukkan nampak murung.
“Takkan kau tak tahu isteri kau pergi mana.Ceritalah
Han kita nikan sahabat..kalau kau tak cerita dengan sahabat sendiri denagn
siapa lagi kau nak cerita. Lagi pun dengan bercerita masaalah kita, mungkin
kita boleh memperbaiki kesilapan kita.”Edlan sudi mendengar cerita sahabat yang
sedang bermsaalah dengan isterinya.Sambil menepuk-nepuk perlahan bahu
sahabatnya memberi semangat.
“Ialah Lan memang aku nak cerita dengan kau..aku percaya
dengan kau..kau lah sahabat aku yang sejati..semua rahsia aku selamat kalau aku
cerita dengan kau Lan”.
“Kau pun sama Han kau pun amanah dengan segala rahsia
aku..aku sebetulnya bersyukur dipertemukan dengan kau sebagai sahabat aku”.
“Sama-samalah kita Lan, nanti lah kalau ada masa
lapang aku cerita.. dah ramai pesakit tunggu ubat tu..lagi pun aku malulah
dengar dek orang lain, bila mereka dengar masaalah rumah tangga aku.” Farhan
berbisik ketelinga Edlan sahabatnya.
“Ialah aku faham..aku tunggu.” Mereka berdua sahabat
yang akrab, segala masaalah termasuklah yang peribadi akan mereka dikongsi berdua.
Kalau ada masaalah rumah tangga atau apapun masaalah ditempat
kerja mereka akan cuba mencari jalan penyeselasaian bersama. Mereka akan nasihat
menasihati antara satu sama lain .
Seperti yang dijanjikan dia waktu rehat Farhan menceritakan masaalah rumah
tangganya.
“Dia pergi mana..selalu kat mana ada kau kat situlah dia..lagi pun kau ni mana boleh berpisah dengan
isteri kau tu. Aku tak pernah dengar kau berrenggang dengan isterikau walau
sehari sejak kau kawin dengan dia.”
“Dia balik rumah aya ibu dia.”
“kau berdua bergaduh ke..sampai dia tinggalkan kat
rumah kau sorang-sorang”.
“Aku tak bergaduh”.
“Habis kalau tak bergaduh kenapa dia tinggalkan
kau..kau yang saja-saja suruh dia balik rumah ayah ibu dia?”
“Tak juga ..tapi agaknya dia kecil hati dengan aku,
semalam aku marah dia depan mak aku.”
“Takkan marah sikit dia boleh kecik hati, aku tenguk
isterikau tu taklah cepat sangat nak kecik hati..hari tu kau marah dia depan
aku dia tak kisah pun.. entah-entah ada perkataan yang dia tak suka kau sebut
tak.”
“Mungkin juga sebab sudah selalu juga aku cakap dia dan anak-anak
menyusahkan aku..agaknya itu yang menyebabkan dia kecik hati..tapi aku
tengukkan Lan isteri aku nilebih sayangkan anak dia dari aku ni..itu yang aku rasa
naik angina saja.”
“Han kau sedar tak apa yang kau cakap..perkataan yang ‘dia meyusahkan kau’ kalau kau cakap kat
aku pun aku terasa tau.”
“Aku tengah hangin masa tu..hati aku ni meradang saja
tenguk dia manjakan anak-anak dia, beri perhatian lebih pada budak-budak tu
sedangkan aku suami dia dibiarkan saja.”
“Apa maksud kau dibiarkan..dia dah tak hiraukan makan
minum kau atau pakaian kau tak dibasuhnya ke ??tapi aku tenguk hari-hari baju
kau licin bergosok, tak pernah aku tenguk kau pakai basuk atau berkedut dan aku tak pernah nampak kau pakai
baju semalam..aku rasa hari-hari kau ganti baju.”.
“Taklah sampai macam tu..dia masih jaga makan pakai
aku..tapi masa dia ..masa dia lebih banyak dengan memberi perhatian pada
anak-anak..itu yang aku rasa macam dia tak hiraukan aku lagi..tak macam dulu
masa kami belum ada anak hari-hari ada saja gurau senda dia..kalau tak pejam
mata dia takkan berhenti dia bercakap, sekarang ni nak pandang muka aku ni pun
macam tak sempat”.
“Han..Han kenapa sampai macam tu sekali kau minta
layanan dari dia?... Kenapa kau tak fikir dia tu pekerja dan ibu..lagipun kau bagi dia anak
berderet-deret. Cuba kau pandang anak kau yang tua baru empat tahun adik dah
dua..yang nombor dua tu baru dua tahun daah ada adik…anak kau yang kecik lima bulan kan..semuanya belum
pandai lagi menguruskan diri sendiri..buang airnya kena dibasuhkan dan makannya
pun masih bersuap termasuklah yang tua tu. Betul tak Han,”.
“Betullah apa yang kau cakap tu Lan..memang dia ibu
yang sangat ambil berat pada anak-anak dia…”.
No comments:
Post a Comment