Sudah
seminggu Tengku Faizal, cucunya dan isteri masing-masing pulang dari Mekah.
Mereka berdua pun sudah memulakan kerja. Dipertengahan minggu itu, hampir pukul
sepuluh pagi dia didatangi oleh seseorang.Tadi semamsa dia dihubungi oleh
penyambut tetamu dia sudah dimaklumkan akan kunjungan seseorang untuk menemui
dirinya. Hatinya mula berdebar. Dan dia masih mengingati lelaki yang akan memasuki biliknya sebentar
lagi. Bila mendengar pintunya diketuk terus sahaja dia bersuara menyuruhnya
masuk.
“Silakan
masuk”. Jemput PAnya menjemput orang yang mahu menemui dirinya.
“Terima kasih. Asalamulaikum Dato’. Apa
khabar”.Cepat sahaja Tengku Faizal memandang kepintu bila mendengar suara lain
yang menyapanya. Seorang pemuda
terjengul di ambang pintu biliknya. Lalu peristiwa enam bulan dulu terbayang diruang mata.
“Walaikumsalam ..masuk doctor, masuk..
Mimi tolong hidangkan kami minuman ye”. Dengan spontan Tengku Faizal bangun dan
menghulur tangan. Mereka bersalaman lalu Tengku Faizal membawanya duduk di sofa
yang tersedia dibiliknya. Sebelum PAnya berlalu sempat lagi dia meminta.
“Ada apa ye doctor datang ni..nak cakap
pasal Hidayah ke..macam mana dengan kesihatanya doctor. Ada yang tak kena
dengan Nur Hidayah..dia dijangkiti ke?.” Baru sahaja cecah punggung di sofa itu
pertanyaan yang di tanyai oleh Tengku Faizal. Yang sebenarnya hatinya jadi
berdebar dengan kunjungan doctor yang tidak disangka-sangka. Berdebar Tengku Faizal
kerana takut mendengar berita yang tidak baik untuk cucu perempuanya.
“ Nauzubillah janganlah hendaknya
sampai kesitu..In Syaa Allah kesihatanya ok dato’. Keputusan ujian darah kali
kedua ni pun tak ada tanda-tanda dia dijangkiti. Dato’ saya datang ni memang
nak cakap pasal Hidayah tapi bukan berkenaan kesihatanya”.
“ohh lega bila dengar you cakap
macam tu. I ni bila nampak you tadi macam nak pecah rasa jantung..ingat ada
cerita tak baik. Nak Tanya pasal peribadi lah ni”..
“Kiranya macam tulah. Kalau Nampak saya
tak beradap maaflah dato’ saya tak berniat nak menghina Hidayah ..tapi ialah
saya tak ada siap yang nak diharapkan untuk berbincang perkara macam ni.
Maklumlah yang sebenarnya emak saya Cina yang masuk Islam kerana nak kahwin
dengan ayah saya. Jadi dia dibunang oleh keluarga. Keluarga ayah pula tak mahu
emak saya..jadi kami dibuang juga. Itulah sebabnya saya tak ada siapa siapa yang diharap dapat uruskan hal saya ni. Nak harapkan emak sekarang ni sejak dia diserang angin ahmar bahasa yang keluar dari
bibirnya orang tak faham, saya fahamlah sikit-sikit maksud yang dicakapkan.”
“Allah! kesihanya you..tapi nak buat
macam mana kan, takdir Allah kita kena terima dan setiap hambaNya akan diuji dengan berbagai ujian hendak bertabah
sahaja, supaya kita mendapat ganjaran pahala dengan ketabahan kita, doctor”.
“Dato’ yang sebenarnya saya datang
jumpa dato’ nak minta keizinan...Saya nak menjadikan Nur Hidayah isteri saya.
Saya harap dato’ tidak memandang saya
tak beradap, sebab saya sendiri yang bertanyakan hal ni pada dato’.
Betul ke saya jumpa dato’ ni, sedangkan
dato’ adalah bekas bapa mertua dia”.. Kata-kata doctor Johan tersekat-sekat
kerana malu..tapi dia terpaksa kerana jika dia malu dia tidak akan dapat
memilikI wanita yang telah mencuri
hatinya. Di datang menenui Tengku Faizal diatas nasihat kawanya Azrul Azam.
“Asalamulaikum..Zam! kau free malam ni
jom kita lepak tempat biasa. Aku ada benda nak cerita kat kau lah Zam”.
“Ok set..tempat biasa..ehh kau tak
kerja ke”.
“Aku kerja pagi ni..esok kerja pagi
lagi..jadi malam ni aku freelah”. Bila Azru Azam sampai di tempat yang
dijanjikan kelihatan Doktor Johan sudah sedia menanti.
“Cepat kau sampai..dah habis pun air
kau”.
“Aku lapar sangat..tu yang aku oder air
fresh mangga ni nak alas perut, sementara kau datang aku sedut dah tinggal suku
gelas ni ha”.
“Kau tak makan sejak bila ni..jangan
cakap kau makan malam tadi sahaja yang jadi kau kelaparan”.
“Aku makan roti..hanya aku tak jumpa nasi dari malam tadi itu yang
lapar sangat ni”.
“Carilah patner Jo boleh uruskan makan
minum kau”.
“Aku nak cerita pasal patnerlah ini
yang aku ajak kau lepak ni..jom oder dulu sambil makan, boleh sambil kita
bercerita”. Mereka memesan makan berhidang malam itu, untuk memenuhi selera mereka yang kelaparan.
“Ceritalah..” pinta azrul Azam sambil
tanganya menyuap nasi kemulut.
“Zam! yang sebetulnya aku terjumpa
dengan Nur Hidayah dua minggu lepas.Tapi sebelum tu aku nak tanya kau, kau masih
menaruh harapan pada dia ke”.
“Aku tak boleh terus berangan bila
ibu ayah aku tak setuju..aku takut kalau ikut kan kata hati aku, DERITA yang menanti.
Kalau aku sahaja yang menderita tak apalah, tapi aku kesian dia dari kecil dia
menderita Jo..biarlah dia dapat lelaki lain. Lelaki dan keluarga lelaki yang
boleh meneriman dia seperti yang dia mahukan”.
“Kalau kau dah cakap macam tu..rasanya
aku yang nak dengan dia. Yang sebetulnya macam ni..masa aku terserempak dengan
dia dua minggu sudah, terus sahaja aku pasang niat nak jadi terus dengan
dia..jadi aku bawa dia jumpa mommy aku. Aku nak tenguk sendiri boleh tak dia
terima aku dengan mommy aku yang macam tu”.
“Apa hasil yang kau dapat”.
“Alhamdullilah..masa aku sampai mommy
aku memang tengah tak terurus langsung..bibik entah pergi mana. Kau tahu bau
rumah aku tu tak boleh nak cakap apa..geram betul aku dengan bibik..bayaran
lebih yang aku bagi pun tak menjamin dia jaga mommy aku dengan baik Zam geram
betul aku..tapi nak buat macam mana mommy aku tak nak aku hantar di kat rumah
penjagaan orang tua”.
“Kau ceritalah aksi Nur Hidayah yang
dah sampai rumah kau tu”.
“Oh ye..bila aku suruh dia masuk, dia
masuk. Aku tenguk dia tak tutup hidung pun. Aku yang sebetulnya rasa dah nak
termuntah dengan bau hancing dari bilik mommy aku, entah dah berapa hari bibik
tak cuci bilik air mak aku tu Zam..”
“Kau kena jenguk mak kau selalu lah
Jo..Kita tak boleh harapkan bibik sahaja. Kesian mak kau”.
“Entahlah sejak seminggu ni, kemalangan
banyak betul. Aku kena dipanggil bertugas memanjang. Masa tu..aku baru balik kerja malam
dah dua malam aku kerja malam. Memang tak sempat aku nak jenguk emak aku Zam.
Masa aku sampai emak aku dah bangun dan dia terkial-kial nak bangun mungkin
bila dengar aku bagi salam dia cuba nak bangun. Aku cuba nak bantu dia duduk
kat kerusi roda nak tolak dia masuk bilik air. Tapi kau tenguklah aku yang
sekeping ni..ditambah dengan makan yang tak tentu arah sahaja, makan nak hidup saja...
jadi tenaga nak angkat mak aku pun kurang. Aku tak sangka bila dia tenguk aku tengah
terkial-kial dia datang tolong.. Dia tak jijik dengan keadaan mak aku. Dari
gaya spontan dialah aku yakin dia boleh terima aku dan emak aku”.
“Wah kau dah letak hati kat dia baru
kau nak cerita dengan aku kan..kalau aku jawab tadi yang aku masih menaruh
harapan dengan dia, macam mana”.
“Aku akan merayu dengan kau minta dia
untuk aku”.
“Emmh tak ada maknanya lah Jo. Aku
memang tak boleh nak teruskan dengan dia. Hanya aku harap kau boleh jaga dia
dengan baik. Kau ceritalah lagi..apa jadi lepas tu. Kau dah tanya, dia sudi tak
terima kau”.
“Aku tanya dah, tapi dia jawab macam
dia jawap dengan kau dulu lah..dia nak persetujuan emak aku baru boleh dia
terima aku”.
“Dia ada tak suruh kau cerita status
dia dengan mak kau”.
“Ada ..aku Tanya mak aku depan dia
lagi. Dia nampak sendiri persetujuan mak aku tampa banyak soal”.
“Ohh mak kau dah setujulah..”.
“Apalah yang mak aku ada, yang nak
memilih sangat menantu. Ada orang sudi terima aku dengan dia sekali pun dah
cukup pada mak aku. Aku tahu dia rasa terkilan bila bekas isteri aku tinggalkan
aku kerana dia jadi macam tu.”.
“Ohh jadi dia dah terima kaulah”.
“Dah..tapi masaalahnya mak aku nak kami
ikut adat..sebab nak memuliakan seorang gadis katanya. Tapi aku tak tahu kat mana aku nak mulakan langkah
bila Hidayah kata dia tiada waris. Zam cuba kau fikirkan macam
mana nak mulakan langkah..tak kan nak terus tarik tangan dia pergi pejabat
khadi atau nak pergi pada bekas bapa mertua dia. Kau rasa patut ke aku buat
macam tu…tapi aku rasa tak patut lah pulakan. Ehh Kau kata hari tu abang sepupu
dia kawan kau kan..kau boleh bawakan aku pada ibu bapa sepupunya tu”.
“Aku rasa tak berapa sesuai kau pergi
jumpa mak sedara dia, sebab mak saudaranya tu memang tak sebulu dengan Hidayah
ni. Aku rasa ada lebih baik kau jumpa dengan bekas bapa mertua dia, selain
bekas bapa mertua Tengku Faizal tu atuk Hidayah ..Dia cerita tak dengan kau tentang
ni”.
“Cerita..itu yang aku suka dia, dia tak berahsia tentang dirinya. Dia nak
sebelum kita ambil dia jadi isteri tiada rahsia yang disorok..aku rasa
kejujuranya”.
“Kalau kau memang dah suka memang baik
sahaja yang kau nampak. Tapi bagus juga Hidayah dapat orang yang baik macam kau. Kalau dah jadi suami isteri nanti kalau dia silap
sikit jangan kau ungkit perkara atau
kisah dia”.
“In Syaa Allah Zam...”.
“Kalau kau memang nak tahu pendapat aku..Aku
rasa..pergilah jumpa Tengku Faizal minta restu. Betul
cakap emak kau tu hormatilah dia sebagai
wanita yang baik.”. Dengan nasihat itu
Dr. Johan ke hotel kepunyaan Tengku Faizal menyampaikan hasrat hatinya.
“Doktor ..bekas bapa mertua ni sama
tarafnyanya dengan bapa kandung hanya dia tidak boleh menjadi wali dia sahaja,
yang lain sama. I adalah mahram Hidayah dunia akhirat. Lagi pun untuk
pengetahuan Doktor Johan.. I sebenarnya datuk pada Hidayah..Walau pun syarak
mengatakan dia tidak boleh dinasabkan dalam keturunan I, tapi hakikatnya dia
tetap cucu I, darah daging I”.
“Jadi dato’ restulah kalau saya nak
ambil dia jadi isteri saya”.
“Kecil tapak tangan nyiru I tadahkan.
Setuju sangat. Alhamdullilah..masih ada
yang sudi ambil cucu saya..terima kasih ye. ”
“Terima kasih dato’. Apa syaratnya
kalau saya nak meneruskan hajat saya ni”.
“I rasa macam nilah kita terus nikah
sahaja..tak payah nak bertunang bagai ..oh ye umur you berapa..kalau tak salah
umur Hidayah dah 30 tahun rasanya”.
“Saya dah nak masuk 34 dato’”.
“Haa terus nikah sahaja boleh..nak tunggu apa lagi umur you dan Hidayah pun dah masuk 30 series”.
“Saya ikut sahaja cadangan dato’”.
“Sebelum tu I nak tanya, you kena
jujur. You tak ada siap-siapa dalam hidup you. ialah memandangkan you berkerjaya takkan tak ada peminat”.
“Terus terang saya katakana saya pernah
nikah dulu..tapi kami dah bercerai sebab
dia nak pergi luar negara kerja kat sana”.
“Ohh!! tapi mana tahu x-wife you balik dan nak
sambung hubungan dengan you”.
“Saya rasa tak mungkin sebab dia tak
suka ada tanggungjawab dengan ke hidupan berumah tangga. Dia nak bebas. Itu
yang dia cakap dulu masa dia minta cerai.”
“Dia cakap macam tu, tapi hati you pula
macam mana..I tak mahu bila you dah dengan Hidayah perkara ni timbul dan
menjadi masaalah pada Hidayah pula”.
“Saya dah tak ada rasa dengan dia. In
Syaa Allah kalau saya masih waras saya tak akan kembali dengan dia”.
“I menaruh semua kepercayaan I pada
you, I harap you dapat bahagiakan Hidayah. Ingat ye kalau you dah dengan
Hidayah jaga lah dia elok-elok. Nanti I
balik I bincang dengan isteri I.”
Tidak disangka pulang sahaja dia
kebilik sewanya, telefon tangannya berbunyi. Bila dilihat ada nombor yang tak
dikenali tertera discreen telefon tanganya.
“Asalamulaikum” ..suara seorang
perempuan dihujung talian memberi salam.
Dengar suara macam suara anak dara.. Doktor Johan senyum segaris mentertawakan
nalurinya yang dah mula nak minat dengan suara wanita bila hal nikah kahwin
dibincangkan tadi.
“Waalaikumsalam..dengan siapa ye saya
bercakap ni”.
“Saya Tengku Fairdah nenek Hidayah..
Tadi ada bincang dengan suami saya tentang Hidayah ye”.
“Betul..”.
“Kalau macam tu boleh tak kita jumpa.
Cari waktu sesuai yang panjang sikit.
Atau doctor ambil cuti..kita jumpa dan berkenalan”.
‘Dah sudah apa pula bala yang
nak datang ni’ detik hati Johan Hamdi. Dia tahu enam bulan dulu Nur Hidayah
menjadi orang yang disyaki kerana kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Faridah.
Mmg Tengku Faizal seorang yang baik. Apa lagi yang hendak disiasat oleh Tengku Faridah. Harap bukan kerana harta lagi. Janganlah Tengku Faridah bersangka buruk lagi. Memang Nur Hidayah ikhlas ke atas Johan dan ibunya dengan syarat statusnya diterangkan dan dijelaskan. Moga Tengku Faridah tidak bersangka buruk lagi.
ReplyDeleteMungkin Tengku Faridah nak beri restu tu... Dia nak berpesan suruh Dr Johan jaga Hidayah baik2... Kan dia dah insaf.... Tak sabar nak baca bab seterusnya mak teh...
ReplyDeletek.mid
This comment has been removed by the author.
Delete