Terbelah dua batang meranti,
Hanyut dari tanah seberang,
Dari berdua menyakitkan hati,
Biarlah tentu saya seorang.
Hatinya bertanya lagi ..jika Liza
dapat memenuhi apa yang diangankan dapatkah dia membuang bayangan Amirah.
Dapatkah dia melupakan Amirah dan dapatkah nama itu dikikis dari hatinya.
Mungkin boleh. Dia akan mencuba dan dia akan berusha.Tetapi entahlah….. mengapa
Liza tidak mahu memahami dirinya, mengapa Liza tidak mahu tahu apa yang
dicarinya. Mengapakah Liza tidak dapat langsung membantu..Telalu banyak
‘mengapa tentang Liza’ yang tidak dapat dijawab oleh hati dan mindanya.
Loqman mencari-cari silapnya. Mencari
duri yang sentiasa memcucuk rumah tangganya bersama Liza.. dimana??.. dimanakah?...jika
dia terjumpa pasti akan sepantas kilat dicabut dan dibuangnya kedalam laut. Agar segera rumah tangga mereka seperti rumah
tangga papa dan mamanya yang sentiasa
bahagia. Walaupun bukan tidak ada pertengkaran dan salah faham ..ialah bak kata
orang sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri…tetapi mengapa
mereka boleh dengan segera memaafkan antara satu sama lain. Ahhh...Loqman
mengeluh sendirian entah untuk yang keberapa kali. . Mungkinkah ini balasanya
kerana mensia-siakan Amirah. Kesalnya datang
lagi menikam-nikam hati yang sememangnya sudah parah.
Dia
merenung lagi keadaan rumahtangganya sekarang..jika keadaan tidak berubah,
wajarkah dia terus mempertahankan dan meneruskan perkahwinan yang pincang.
Duduk didalam rumahtangga yang huruhara,
rumahtangga yang tiada keamanan, rumahtanga yang sentiasa tegang dengan api
kemarahan dan pertengkaran, rumah tangganya
yang sunyi dari gurausenda dan gelakketawa. Jika keadaan sekarang tidak dapat diubah
sanggupkah dia menanggungnya sepanjang
hayat.. Loqman mengeluh sendiri, jiwanya merintih lagi. Berat mindanya
memikirkan masaalah rumah tangganya seorang diri. Bagaimanakah caranya
untuk dia membentuk Liza menjadi isteri
idamanya. Bagaimanakah dia mahu membina bahagia dalam rumahtangganya kalau
hanya dia seorang yang berusha. Makin difikir makin memberat minda jadinya.
Lamunan
Loqman terbang melayang bila suara azan Isyak yang berkumandang dikaca
televisyen menyapa gegendang telinganya. Lembut mendayu merayu supaya semua
hamba Allah sepertinya bersegera menunaikan kewajipan menyembahNya. Sambil
meraup wajahnya Loqman beristifar berulang kali memohon keampunan kepada Allah
yang Maha Berkuasa. Dia bangun untuk menunaikan solat Isyak pula. Selesai
bersolat dia berdoa dengan kerendahan dirinya semoga Allah memberinya petunjuk untuk
menyelesaikan masaalah rumah tangganya. Hanya padaNya dia mengadu…dia sudah
tidak sanggup lagi menghadapi kemelut itu seorang diri. Nampak macam remeh tapi
menyakitkan hati.
======================================
Loqman nekad kali ini.. jika Liza
tidak juga pulang kerumah sewa mereka dalam masa dua atau tiga hari lagi, dia
akan kerumah ibubapa mertuanya di Simpang Renggam mencari jalan penyelesainya.
Dia sudah tidak sanggup dengan keadaan hidup seperti sekarang ini. Ada isteri
tetapi seperti tidak beristeri, ada anak seperti tidak beranak. Jalan untuk dia
sendiri menyelesaikan masaalah rumah tangga mereka nampak kabur dan kelam. Dia
mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari keluarga mentuanya pula. Supaya
dapat mereka sama-sama mencari jalan penyelesaian mengatasi masaalah rumah
tangganya bersama anak mereka Liza.
Itulah tekadnya. Bagi Loqman untuk meminta bantuan dari keluarganya di PD itu
tidak mungkin. Dia tidak mahu kepincangan rumahtagganya diketahui oleh papa dan
mamanya. Jika keadaan boleh diselesai kan dengan cara baik dan Liza boleh
mengubah sikapnya diatas nasihat keluarganya..Loqman bersyukur. Dia berazam
akan menjadi suami yang terbaik untuk Liza. Tetapi jika Liza sudah tidak boleh
diubah lagi, dia lebih rela hidup sendiri. Itulah tekad yang ada di kepala
Loqman.
Seperti yang dijangka, jika Liza
merajuk dia tidak akan pulang dalam masa sehari dua. Mahu seminggu dia duduk
dirumah emak dan abahnya. Sebenarnya bukan Liza tidak rindu kepada
suaminya..rindu akan kemesraan dan gurau senda mereka. Tetapi kerana egonya dia
mahu Loqman datang memujuk dan meminta maaf diatas kekasaranya. Dia ingin
menjadi wanita yang begitu bermakna disisi Loqman. Dan suaminya merasai betapa
perlu kehadirian dirinya dalam kehidupan rumah tangga mereka. Dia juga ingin
melihat suaminya sengsara merinduinya, seperti suaminya menderita ketika merindui
bekas isterinya dahulu. Dia ingin sekali melihat Loqman merintih dan hilang
pedoman ataupun lagi jelas gila kerana dirinya. Itulah yang ingin sekali
dilihatnya. Selama ini Liza sering mengadu kepada emak dan abahnya bahawa
Loqman sering mengabaikan kebajikan dirinya. Dia juga mengatakan suaminya
sering tidak menghiraukan dirinya dan selalu bercakap kasar denganya. Dia tidak
pernah melihat segalanya tindakkan suaminya berpunca dari sikap dirinya
sendiri.
“Kalau suami kamu
yang bersalah biar dia datang pujuk dan mina maaf. Orang lelaki ni jangan
dibagi muka sangat nanti dia dipijak kepala kita..ingat kita orang perempuan ni
senang-senang saja dia buat tak tentu, ikut suka hati dia saja..Liza duduk sini
lama sikit biar dia terasa susah- nya bila kita tak ada”. Liza mengikuti segala
tunjuk ajar emaknya.
“Tunjukkan pada
suami kamu tu...kamu takkan mati kalau dia buat tak tahu..tunjukkan pada dia,
kami masih mampu lagi menjaga kamu dengan baik.” Itu pula nasihat dari abahnya.
Liza pula bagaikan dungu mengikuti sahaja apa yang diperkatakan oleh kedua emak
dan abahnya.
Itulah sebabnya jika mereka
bertengkar Liza akan duduk lama dirumah emak dan abahnya. Dia ingin membuktikan kepada mereka, suaminya yang bersalah dan datang meminta
maaf kepadanya. Tetapi tindakkanya memakan dirinya sendiri. Tindakkan membuat
hubungan mereka semakin renggang ..keserasian yang diharap makin menjauh dari
kehidupan harmoni rumahtangga mereka. Mereka berdua tertekan dalam kekusutan
yang tidak tahu dimana puncanya. Sering juga terlintas dihati Loqman dimanakah
keserasian yang dirasakan semasa mereka masih berkawan dulu. Mengapakah setelah
menjadi suami isteri terlalu sukar mencari rasa bahagia dan gembira antara
mereka. Apakah kerana cara mereka bernikah atau pun tiada restu dari ibu bapa
terutama disebelah pihak Loqman. Tetapi jika dilihat dari mata kasar papa dan
mamanya seperti sudah menerima Liza sebagai menantu. Hanya Liza sahaja yang
keberatan untuk berkunjung kePort Dickson menziarahi mereka.
Untuk mencari jalan keluar akhirnya
Loqman mengambil keputusan... Dia sahaja yang turun kerumah ibu dan bapa mertuanya
seperti yang telah difikir tempuh hari. Loqman sangat berharap cara itu
dapat menyelesaikan masaalah rumah
tangga mereka. Namun setelah
berbincang dari permulaannya yang tenang
hingga keadaan menjadi berbahang, keluarga Liza juga tidak dapat meyelesaikan
masaalah mereka. Keluarga Liza lebih memihak kepada anak mereka sendiri. Dimata
mereka Liza dipihak yang teraniaya. Kedua abah dan emak Liza mendengar dan
memepercayai apa sahaja yang diberitahu oleh anak mereka tentang kisah
rumahtangganya. Liza sering mengatakan
Loqman asyik teringat jandanya sahaja, sedangkan dirinya terbiar dan
terabai. Tidak ada jalan lain lagi bagi Loqman, akhirnya dia kepejabat ugama
untuk mencari jalan memecah kebuntuannya. Telah setahun Loqman berulang alik
kepejabat ugama…Temujanji demi temu janji, kaunseling demi kaunseling, namun
Liza tetap tidak nampak dimana kesilapan dirinya. Dia tidak dapat mengubah dirinya.
Ditambah dengan sokongan keluarganya yang memihak kepadanya makin menutup
matahatinya.
Sesungguhnya Loqman sudah berusha
menjadi suami yang bertimbang rasa..suami yang tidak cerewet dan suami yang
sedia membantu tetapi segalanya bagai tidak bererti pada Liza. Loqman juga
sudah berusha dengan bersungguh-sunggauh mempertahankan rumah tangganya. Kadang-Kadang
dia hairan dengan sikap Liza yang seperti tidak sayangkan rumahtangga mereka,
sedangkan dulu rasanya dia yang beria-ia mahukan dirinya. Sehingga dia diperangkap untuk menjadi suaminya, tetapi
setelah dirinya terikat dengan ucapan ijab dan kabul mengapa ikatan itu
dipersiakan. Kini Loqman redza dengan
ketentuan Ilahi, jika itulah takdirNya dia pasrah.Tidak guna jika hanya dia
sahaja yang beria-ia mahu menyelamatkan rumah tangganya, tetapi Liza tidak
berusha mahu mengubah perangai dan pendiriannya. Akhirnya untuk kebaikan kedua
belah pihak, perpisahan adalah jalan yang terbaik. Sekali lagi lagi Loqman
melafazkan perkataan CERAI. Sekali lagi Loqman tewas dalam cabaran
berumahtangga. Hak penjagaan anak lelaki mereka Nazrul Halim jatuh kepada Liza.
Terlerai juga satu lagi ikatan
perkahwinan. Walau pun dengan cara itu dapat merungkai kekusutan rumahtangga,
tetapi yang tetap menjadi mangsa adalah anak yang tidak berdosa. Anak yang akan
kehilangan kasih sayang ibu dan ayah mereka sedikit demi sedikit. Selepas
percerain Loqman dan Liza disahkan
dipejabat kadi, Loqman minta dirinya ditukarkan ke tempat lain. Dia ingin
keluar dari negeri Johor yang banyak melakar kenangan pahit bagi dirinya.
Dia ditukarkan keIbu Pejabat Polis
Daerah Sepang yang terletak diBandar Baru Salak Tinggi didalam negeri Selangor
pula. Kini dia sudah semakin hampir dengan keluarganya. Bila ada sahaja kelapangan
dia akan pulang kerumah papa dan mamanyanya diPort Dickson. Hatinya kini sudah
tenang. Jika ada masaalah dia akan berkongsi dengan papa dan mamanya. Sejak dia
bertungas di Bandar Baru Salak Tinggi
sudah kerap kali di keKuala Pilah menemui anak perempuanya yang sudah
bijak bercerita, walaupun umurnya baru mencecah 3 tahun. Itulah yang menghibur
hatinya. Walaupun dia tidak pernah melupakan anak lelakinya yang diJohor tetapi
bekas keluarga mertuanya yang diJohor berbeza denagn bekas keluarga mertuanya
di Kuala Pilah. Mertuanya yang diKuala Pilah menyambut baik dan mengalu-alukan
kedatangan dirinya untuk melawat anaknya. Tetapi yang diJohor bagaikan tidak
suka bila dia berkunjung untuk melihat anaknya. Bak kata orang lain padang lain
belalng..lain orang lain pula caranya.
Setelah hampir dua tahun Loqman dan
Liza bercerai, Liza bernikah semula
dengan pemuda yang sekampung dengannya. Lelaki itu sudah tiga tahun menduda
kerana kematian isterinya ketika
melahirkan anak sulung mereka. Suami baru Liza merupakan saudara jauh keluarga
sebelah emaknya. Dia bekerja disebuah bank diKuala Lumpur. Setelah bernikah Liza
terpaksa berpindah tempat kerja kerana mengikut suami barunya. Mereka bekerja
dan menetap di Kuala Lumpur. Anaknya yang bersama Loqman tinggal dikampung
bersama emak dan abahnya diSimpang Renggam. Amat malang anak yang ditinggal
kerana perpisahan ibu dan bapa mereka. Jika dulu Halim ditinggalkan oleh
ayahnya, kini mamanya pula meninggalkan dirinya kerana mengikuti suami barunya.
Yang sebenarnya suami baru Liza Rosli
agak keberatan untuk tinggal sebumbung dengan anak isterinya dari suami lain.
Jadi tinggallah anaknya bersama neneknya
diSimpang Rengam Johor dengan penuh kemanjaan tetapi tampa
perhatian.
What a sad story.... Yg merana si Loqman ler... Apa jadi dgn Amirah agaknya? Tak boleh ker both of them get together again and start afresh?
ReplyDeleteTak sabar lak nak tau perkembangan Amirah...
ReplyDelete