Yang sebenarnya kunjunganya kehospital ada dua tujuan,
selain dari mahu mengambil ujian darah, dia juga berharap akan bertemu dengan
doctor Johan sekali lagi. Dia mahu memulangkan telekong yang dipinjamnya ketika
dia lokap dulu. Dia sangat bersyukur doa itu terkabul. Senyuman meleret dan mulutnya ramah menjawab mengambarkan rasa
hatinya.
“Dah nampak apa yang melanggar saya, saya tak rasa
macam lori tangki lagi..macam papan sekeping melayang adalah. Oh sorry
doctor melalut-lalut pula saya ni”.
“Awak ni..awak apa khabar sekarang, diri ada rasa
kelainan tak?”.
“Saya Alhamdullilah, rasa macam biasa sahaja. Tapi
kalau ditakdirkan saya dijangkiti, dalam masa enam bulan boleh ke kita rasa ada
perubahan dalam diri kita ke doctor.”
“ Mungkin tak ada rasa atau tanda-tanda, tapi itu semua
bergantung daya tahan diri awak dan juga pada keaktivpan vairus yang ada
didalam diri awak. Saya berdoa awak bebas dari virus tu”.
“Terima kasih doakan saya.Saya yang sebetulnya selalu
berdoa jumpa doctor semula”.
“Haa kenapa pula.Awak nak saman saya ke kerana tak
dapat nak tolong arwah Tengku jadi sihat semula”.
“Saya tak fikir macam tu, kita ni manusia.. Allah
lebih mengetahui apa yang elok untuk hamba-hambanya. Lagi pun saya nampak pihak
hospital telah pun memberi bantuan dengan bersungguh-sungguh. Selama ni saya macam
buntu mana nak cari doctor..dah nama doctor pun saya tak ingat, nampak sangat
saya tak ambil berat dan jenis orang yang tak mengenang budi kan doktor. Yang
sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih diatas pertolongan doktor masa kat masjid tu..”
“Apa pula macam tu saya tak pernah rasa saya dah
berbudi pada awak, pertolongan kat masjid tu semua orang akan buat kalau mereka kat
tempat saya..apatah lagi saya ni doctor perbuatan, itu dah menjadi tanggung
jawab. Tapi bila awak cakap macam ni, saya
bersyukur sangat, sebab ada juga orang yang ingatkan saya.. Yang sebetulnya
kenapa Hidayah cari saya, takkan hanya nak ucap terima kasih sahaja. Ahh
perasan pula saya ni kan rasa macam glamour pula saya ni.. ”.Doktor Johan
mengoyak senyum, dia juga rasa gembira berjumpa Nur Hidayah terasa Allah
memberikan sesuatu kepada nya.
“Mana boleh lupa pada orang yang dah berbudi. Doktor
boleh tunggu sekejap”.
“Awak nak kemana?..lama ke?..sebetulnya saya dah habis
kerja ni nak balik”.
“Ohh doctor baru habis syift malam..oklah kalau macam
tu jomlah ke kereta saya”. Sambil berjalan mereka berbual lagi.
Tidak jauh Nur Hidayah memakir keretanya hanya
dibahagian sisi bagunan hospital. Tadi dia keluar awal jadi dia dapat tempat
yang dekat untuk memakir keretanya. Nur Hidayah membuka pintu JETTA bahagian
belakang dan mengambil sebuah beg kertas lalu diunjukkan kepada Doktor Johan.
“Doktor! saya nak pulangkan telekong ni pada doctor”.
“Ehh telekong?..yang sebetulnya telekong tu saya bagi pada Hidayah, kenapa pula nak
pulangkan pada saya balik.”
“Tak apalah doctor sebab masa saya ambil hari tu tak
tahu apa status telekong ni. Ni dah jumpa jadi saya pulangklan lah.”
“Emm kalau macam tu, boleh tak Hidayah jumpa ibu saya.
Masa saya minta telekong dengan ibu saya dulu, saya ada cerita sikit tentang
awak dengan dia. Masa awak masuk hospital selepas awak bebas hari tu pun saya
ada cerita juga dengan dia. Dia kata dia teringin sangat nak jumpa awak”. Bila
melihat Nur Hidayah mendiamkan diri seolah-olah berfikir..Dr Johan berkata
lagi.
“Tak apalah kalau awak malu nak jumpa dengan ibu saya
tak apa. Tapi harap, awak boleh lah ambil telekong ni sebagai hadiah dari ibu saya”.
Nur Hidayah menjatuhkan tanganya dengan telekung yang masih ditangan. Memang
dia rasa malu tentang kisahnya, tapi jika difikirkan semula untuk apa rasa malu
dengan takdir dirinya.. semuanya dari Allah. Allah yang merancang perjalanan
hidupnya.
“Jauh tak rumah ibu doktor tu”.
“Tak.. kawasan sini sahaja”.
“Oklah saya nak jumpa ibu Dr..saya nak ucapkan terima
kasih pada dia sebab pinjamkan telekung dia.”
“Kalau macam tu jomlah naik kereta saya”.
“Tak apalah saya naik kereta saya.. saya ikut kereta doctor
dari belakang”.
“Janganlah macam tu..naik kereta saya..awak takut saya
bawa awak ke tempat lain ke”. Kerana desakkan hati yang ingin mengucapkan
terima kasih kepada ibu dr Johan akhirnya Nur Hidayah mengikuti permintaanya.
“Tak lah..ok..ok saya naik kereta doctor”. Malas Nur
Hidayah mahu berbalah..orang dah termakan budi macam tulah tapi jangan sampai
membalas budi dengan mengadai ‘body’.
“Awak tak kerja hari ni”. Didalam kereta mereka
menyambung bualan. Dr. Johan memanjangkan cerita supaya Nur Hidayah tidak kekok
dalam perjalanan menuju kerumah ibunya.
“Bos bagi cuti, tapi kalau tak ada apa-apa nanti saya berniat
nak masuk kerja selepas waktu makan tengahhari. Kerja pejabat ni tak pernah
habis doktor. Tapi kalau tak dihabiskan, tak ada siapa pula nak tolong saya buat
kerja-kerja tu. Kita juga yang terkocoh-kocoh bila bos nak nanti kan”.
“Betulah tu..Terima kasih ye kerana sudi membuang masa
Hidayah, memenuhi ajakkan saya.”
“Alaah doctor ni buat malu saya sahaja cakap macam
tu..Apa pula membuang masa, berziarah ibu dr. kan. Dalam Islam berziarah sesama Islam tu dituntut.”
Dalam sebuah hadis
riwayat Bukhari dan lain-lain, Rasulullah s.a.w. menyatakan: Sesiapa mahukan
rezekinya bertambah, usianya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungi rahimnya.
“Lepas kejadian tu awak tinggal kat mana..Ehh boleh ke
saya tanya macam ni pada Hidayah..macam menyibuk pula saya ni kan.”.
“Tak ada salahnya, saya mengucapkan terima kasih sebab
nak juga dr tahu kisah saya. Saya duduk kat Cheras kat rumah lama saya. Tapi
saya tetap bekerja di tempat kerja lama.”
“Hotel bekas ayah mertua Hidayah tulah”.
“Ia..”
“Sekejap sangat rasanya dah enam bulan suami awak
meninggal kan”. Ada rasa terkejut juga bila Dr. Johan mengambil berat hari
pemergian Tengku Faris. Agaknya semua doctor macam tu ke pada semua pesakitnya.
“Kalau ikut kiraan macam tulah”.
“Kiranya awak dah lepas edahlah kan. Saya takut juga
tadi masa saya ajak awak jumpa ibu saya tak terfikir pula awak sedang dalam berpantang
dari keluar sewanag-wenangnya.”
“Terima kasih kerana mengingatkan”.
Sememangnya
tidak jauh rumah ibu dr. Johan, tidak lama rasanya duduk didalam kereta, dia
sudah berhenti disebuah rumah teres. Ketika Dr. Johan membuka pintu rumah
dengan kunci yang ada ditangannya Nur Hidayah tercium bau hancing dan busuk
dari dalam rumah.Tetapi dia melihat Dr. Johan seperti biasa sahaja, dia tidak menyapu
hidungnya atau lagak yang dia juga mencium bau yang tidak menyenangkan
hidungnya. Selepas memberi salam terus sahaja Dr. Johan masuk ke dalam rumah.
“Hidayah masuklah, saya nak jenguk ibu saya dulu”. Dr.
Johan masuk kebilik yang paling hampir dengan ruang tamu. Bila pintu bilik
dibuka makin kuat bau hancing menerjah hidung Nur Hidayah.
Nur Hidayah berdiri tertegak diruang tamu menanti
kemunculan emak dr. Johan. Kemudian dia mendengar bunyi suara wanita yang tidak
difahami apa yang diperkatakan. Kerana hatinya yang ingin tahu, kakinya
melangkah kebilik dimana Dr. Johan berada. Bila dijengah kedalam bilik alangkah
terkejutnya dia melihat Dr. Johan sedang berusha membangunkan ibunya. Mungkin
dia mahu mendudukan dikerusi roda kerana ada sebuah kerusi roda disitu. Dr.
Johan nampak terkial-kial sedikit mungkin kerana tenaganya tidak begitu
mencukupi untuk mengangkat ibunya yang agak gempal sedikit orangnya, sedangkan dia
bak papan sekeping sahaja, itu yang
dikatakannya tadi.
“Maaf ye Hidayah saya nak mandikan ibu saya dulu”.
Dengan suara yang berteran-teran Dr. Johan menerangkan tujuanya.
“Ok..ok.”
Melihat dr. Johan yang terkial-kial mendukung
ibunya..laju langkah kakinya untuk memberi bantuan. Mereka berdua bersama-sama memapah
orang tidak berdaya untuk didudukan dikerusi roda. Sememangnya keadaan ibu Dr.
Johan tidak terurus. Bau hancing tadi rupanya datang dari bilik ibunya. Sampai
didalam bilik air yang sememangnya ada didalam bilik itu, Dr. Johan membuka
lampin pakai buang ibunya.
“Hidayah you keluar lah biar saya mandikan ibu saya
dulu”. Tiba-tiba ibu dr. Johan bercakap dengan bahasanya.
“Hidayah tolong bantu saya angkatkan ibu saya duduk
kat tandas ni pula. Ibu saya kata dia nak buang air besar.” Dr Johan memahami
kata-kata ibunya. Mereka berdua bekerja sama mendudukkan emaknya di tandas
duduk. Setelah didudukkan di tandas duduk mereka berdua keluar dari bilik air.
“Mommy kalau dah..panggil ye” Lembut sahaja Dr. Johan
berkata dengan ibunya. Dibalas oleh ibunya dengan anggukkan laju dan bahasa
isyarat supaya pintu bilik air ditutup, mungkin dia sudah tidak boleh menahan
panggilan alam.
“Macam nilah keadaan ibu saya. Dah hampir tiga tahun
dia berkedaan macam ni. Saya tak boleh nak uruskan dan nak tenguk dia selalu.Saya
minta maaf yang sebenarnya saya menggunakan awak untuk menjunguk ibu saya.” Dr.
Johan membuka cerita dihadapan pintu bilik air. Dia ingin memberi sebab mengapa
dia memerlukan Hidayah untuk menjenguk ibunya namun tertahan bila Nur
Hidayah menghalangnya…
“Ok.Ok kita cerita kemudian..Saya rasa ibu dr. tentu
belum makan lagi, hari dah pukul sepuluh pagi. Kalau ikutkan perut saya, saya
dah rasa lapar sangat, sebab saya tak makan dari malam tadi. Kalau Dr. izinkan
boleh saya masak sesuatu untuk ibu Dr.”
“Terima kasih Hidayah terima kasih
sangat-sangat..nanti saya tenguk apa yang ada kat dapur”. Dr. Johan kedapur
mencari barangan yang mahu dimasak. Kemudian dia keluar semula berjumpa Nur
Hidayah yang sedang mengemasi katil ibunya.
“Dr. boleh tak saya tukar cadar ibu Dr. ni”
“Boleh..cadar tukarnya cuba Hidayah cari dalam almari
baju tu..Saya nak keluar beli barang sikit. Boleh Hidayah tunggukan ibu saya
sekejap”.
“Boleh..pergilah. Tapi tolong belikan saya FEBREZ ye”.Setelah
,membuat permintaan…Nur Hidayah terus membuka pintu almari baju yang
dimaksudkan oleh Dr. Johan.
Sedang Nur Hidayah mengemasi katil emak Dr. Johan
tercongol seorang wanita dalam lingkungan awal empat puluhan. Dia memandang
hairan kepada Nur Hidayah.
“Non ini siapa..Bagaimana non masuk kedalam rumah”. Orang
Indonesia detik hati Nur Hidayah, tentu dia bibik rumah ni.
“Saya saudara pada bapak Johan...adakah bibik yang
menjaga ibu bapak Johan”.
“Ia ya saya yang diupah menjaga ibunya bapak Johan”.
“Kalau macam tu tolong tukar cadar ni..tukar
semuanya”. Arah Nur Hidayah. Entah mengapa hatinya jadi panas bila membayangkan
keadaan ibu Dr. Johan tadi. Dia
seolah-olah terbiar tidak berjaga. Sedang dia memberi arahan pada bibik ibu Dr.
Johan, kedengaran suara panggilan yang tidak jelas dari dalam bilik air. Cepat-cepat
Nur Hidayah menjenguk bilik air.
“Dah mak cik ye”. Hanya anggukkan yang memberi tahu
keadaanya.
Nur Hidayah menutup pintu bilik air. Dia menyingsing
lengan baju, melipat kainya seperti kain
warga India berkain putih dibawahnya bergaris dan menyelitkan hujung kainnya
dipinggangnya dan membuka tudungnya. Dia mula memandikan ibu kepada orang yang
sudah berbudi kepadanya. Mula-mula disimpah kaki, kemudian perlahan- lahan air
diratakan seluruh badan. Agak lama Nur Hidayah menyabuni ibu dr. Johan. Tentulah
lama dari hujung rambut hingga kehujung kaki Nur Hidayah bermain dengan bueh sabun.Yang
sebenarnya dia terkenang semasa dia memandikan arwah mamanya dulu. Sedang dia
menyempu kepala ibu Dr.Johan, pintu bilik air diketuk dari luar.
“Siapa!!”. Jerit Nur Hidayah dari dalam bilik air.
“Saya!!buka pintu Hidayah”. Cepat-cepat Nur Hidayah
mencapai tudung sarungnya dan menyarug ke kepala. Pintu bilik air dibuka.
“Ada apa Dr.”
“Biar saya yang uruskan emak saya”. Mendengar
kata-kata anaknya cepat tangan Nur Hidayah ditangkap oleh ibu Dr. Johan,
kemudianya gaya menghalau anaknya keluar dari bilik air. Dari perlakuan ibunya Dr.Johan
tahu mungkin ibunya malu, bila dia yang berlainan gander mengurusi dirinya
dibilik air.
“Hidayah kalau dah sudah nanti panggil saya ye”. Dr.
Johan mengerling bibik yang masih sibuk menyalin cadar dan sarung bantal
dikatil ibunya dengan ekor matanya. Kemudian dia kedapur untuk menyediakan makanan.
Seperti yang dipesan setelah selesai membersihkan ibu Dr.
Johan, Nur Hidayah kedapur memanggil anaknya untuk mengangkat ibunya yang sudah
berbungkus tuala. Dr Johan mencempung dan meletakkanya ibuknya diatas katil. Tugas
Nur Hidayah pula memakaikan pakaian ketubuh wanita yang tidak berdaya itu. Selesai
didandani sekali lagi Dr. Johan dipanggil. Pabila terpandang ibunya yang sudah
rapi Dr. Johan menghampiri ibunya dan berbisik perlahan..
“Maafkan Jo mommy..Jo tak dapat uruskan mommy macam
ni..Jo tak dapat nak buat mommy wangi macam ni”. Dia merendahkan badanya dan menciumi kedua
belah pipi ibunya. Hanya air mata yang mengalir lesu dipipinya tanda dia
mengerti dan memahami apa yang dibisikkan oleh anaknya. Yang sebenarnya minda
dan ingatanya masih waras lagi, hanya anggota badanya sahaja tidak boleh
berfungsi kerana serangan angih ahmar atau strok hampir tiga tahun lepas.
Mana hati tak sayang pada anak nan seorang, dialah anak
lelaki dialah perempuan. Dan dialah anak tempat dia mencurahnya segala rasa
suka dan duka. Yang sebenarnya sudah lama dia ditinggalkan terkontang kanteng
seorang tampa suami disisi. Itulah dugaanya. Dia
ditinggal suami kerana perkhawinan yang tidak direstui keluarga.
Setelah menyuapi emaknya minum pagi dengan segelas
horlick dan roti. Dr Johan memanggil bibik yang ditugaskan menjaga ibunya.
“Bibik!!”. Berdiri sahaja bibi diambang pintu dapur
terus sahaja Dr. bertanya dengan nada marahnya. Nur Hidayah hanya memandang. Dia
juga ada dimeja makan turut sama bersarapan.
“Awak pergi
mana tadi??..kenapa tinggalkan emak saya sorang kat rumah?” Terpamir wajah marah
diwajah doktor Johan bila emaknya terbiar tampa diuruskan.
“Saya pergi beli sarapan tuan..”
“Berapa jam kamu pergi beli? Ni berapa hari kamu tak
tukar cadar... Kan saya dah cakap setiap dua hari ganti cadar emak saya tu. Ni
satu lagi dah berapa lama bilik air emak saya tu tak bercuci. hidung kamu tak
menciumnya ke bau hancing ke..hidung tu letak kat mana.. Awak tahu tak, bau
bilik emak saya sampai kedepan rumah”. Dr. Johan tahu ibunya akan membuang air
kecil atau besar didalam lampin pakai buangnya, dan dia juga arif kadang-kadang
ada kotor yang akan terkena pada cadar. Itu sebabnya dia menyuruh penjaga ibunya
selalu mengganti cadar yang digunakan. Dia masih bertimbang rasa tidak menyuruh
bibik mengganti cadar setiap hari.
Bibik yang dimarahi hanya tunduk mendiamkan diri..dia
tahu dia yang bersalah. Dia yang sebenarnya melakukan tugas-tugasnya sambil
lewa sahaja kerana dia tahu hidmatnya sangat diperlukan kerana ketidak upayaan
ibu majikanya. Dia mengambil kesempatan bila Dr. Johan jarang menjenguk ibunya.
Dan hari itu juga kunjungan Dr. Johan tidak dijangka sama sekali.
“Sekarang pergi kemas barang kamu..”
“Kenapa tuan??Apa saya mahu diberhentikan kerja”.
“Ia..awak pun tak boleh nak jaga emak saya dengan baik,
tak guna saya bayar gaji lebih pada kamu.”
“Jadi siapa yang mahu menjaga ibu tuan”.
“Saya nak masukkan emak saya dipusat penjagaan
orang-orang tua, kat sana emak saya lebih terjaga. Ni awak sendiri tenguk pukul
berapa baru emak saya dapat makan. Semalam entah awak bagi emak saya makan entahkan
tidak”.
“Saya bagi dia makan tuan..betul. Kalau untuk yang
hari ini saya betul-betul minta maaf. Saya terlambat tadi, lain kali saya tidak
mengulangi nya.. tolong jangan diberhentikan saya, saya mahu kerja dengan
tuan.. tolonglah untuk sekali ini saja”. Dr.Johan memandang bibik kemudian dia
berkata..
“Bibik pergilah masuk kebilik. Saya mahu berbincang
dengan kawan saya ni”. Setelah bibik meninggalkan mereka diruang dapur Dr Johan
meminta pendapat Nur Hidayah.
“Awak rasa macam mana..elok tak kalau saya hantar
mommy saya kepusat penjagaan orang tua-tua. Saya nak hantar dipusat penjagaan
yang berbayar”.
“Yang sebetulnya Dr tanya mommy Dr sendiri. Saya rasa
fikiran dia masih waras hanya anggota badanya sahaja tak boleh berfungsi.. yang lain
dia ok”.
“Ia tak ia juga kan…”Dr. Johan mendekati mommynya..
“Mommy suka tak kalau Jo hantar mommy kat rumah
orang tua-tua. Kat sana nanti mommy ada
kawan. Makan pun diorang jaga..Jo akan carikan pusat jagaan yang terbaik kat
Malaysia ni”.
dah lama menunggu citer selanjutnya....thank you
ReplyDeleteMesti mak doc ni suka kat Dayah...
ReplyDelete