(mak teh tak
berapa pandai nak terangkan crita tentang genY dan X ni , tapi mak teh pernah
dengar satu ceramah seorang doctor cerita hal macam ni. Kalau kita nak anak
lelaki bersamalah masa kita subur. Macam mana nak tahu waktu subur kita.suhu
badan wanita akan lebih panas sedikit dari biasa. Guna jangka suhu untuk
menentukan, jangan hanya pegang leher atau tekap
tangan kat ketiak saja. Waktu subur seorang wanita hanya sehari sahaja setiap
bulan dan setiap wanita tak sama waktu suburnya. Itu yg mak teh tahu.) Yang lama sikit nak post sebab nak
buat ayat perenggan nilah tapi boleh tak faham apa yang mak teh cuba sampaikan.
Selesai solat Nuri mengambil anak-anaknya dan
didudukkan dipangkuanya. Pehanya dilapik dengan kain batiknya. Dia mengambil
AlQuran. Dia mahu mengaji. Dia mahu membaca surah Mariam malam itu untuk
anaknya yang didalam kandungan. Setelah
tahu dirinya hamil, dia akan membaca tiga surah untuk dirinya dan juga bayi
dalam kandunganya. Surah Maryam agar dia mudah bersalin kelak, Surah Yusuf agar
anaknya cantik wajah dan cantik
tingkahlakunya dan Surah Loqman agar anaknya bijak nanti. Syukri ingin
mengambil anak-anaknya supaya bacaan isterinya tidak terggangu.
“Meh sini anak
baba duduk dengan baba tenguk tv”.
“Tak apalah bang,
biasa pun memang macam ni, biar mereka temankan saya baca Quran”. Syukri membiarkan
sahaja apa yang mahu dilakukan oleh isterinya.
Dia juga turut duduk disisi isterinya. Dia
mahu mendengar suara isterinya mengaji. Sebenarnya dia suka mendengar suara
isterinya bila mengalunkan bacaan ayat suci terdengar sahdu dan sayu. Selesai
mengaji anak-anaknya sudah merengek mahu ditidurkan. Nuri kebilik mengangkat
anak perempuanya manakala Syukri pula mengangkat anak lelaki mereka. Bila azan
Isyak berkumandang sekali lagi mereka mendirikan solat Isyak berjemaah.
Malam
tadi dua tiga kali anak perempuannya bangun dan menangis. Nuri bangun melayani
anaknya dia keruang tamu kerana tidak mahu menggangu tidur suaminya. Tetapi
bila tangisan anaknya semakin kuat Syukri terjaga juga dia bangun untuk
membantu isterinya. Dia memegang dahi anaknya.
“Kenapa anak baba
ni. Tak sedap badan ye. Badanya tak lah panas sangat. Selsemanya masih ada ke
Nuri”.
“Kalau dah
menangis ni tentu selsemanya datang balik. Saya dah sapu Vicks dah, tapi
meragam juga.”
“Meh baba pula
yang dukung.”
“Tak apa bang,
pergilah abang tidur esok abang nak kerja”
“Habis Nuri tak
kerja ke esok?”.
“Saya lain saya
uminya..”
“habis abang ni
siapa? Dahlah Nuri meh sini abang dukung pula”. Malas dia mahu memanjangkan
rasa kecil hatinya dengan isteri yang didepan mata, Syukri mengendurkan
suaranya. Syukri tahu dia yang menguris hati Nuri dia harus bersabar dengan
kata-kata Nuri.
Nuri menyerahkan anaknya kepada suaminya.
Didukungan Syukri anak dara berhenti menangis. Syukri membawanya keadalam bilik
mereka.
“Nuri ambilkan
abang minyak”
“Minyak apa?”
“Abang nak urut
sikit badan Nuha, hari tu abang tenguk
alang (adik perempuan Syukri yang ketiga) buat macam tu bila anak dia
demam, anak dia diam macam selesa bila
emak dia buat macam tu”. Nuri menghulur sebotol kecil minyak baby oil ketangan
suaminya.
Syukri mula mengurut perlahan belakang badan
anak perempuannya Nuha. Nuha kelihatanya diam akhirnya terlena. Dia tidur dalam
keadaan meniarap. Setelah anaknya lena barulah mereka berdua menyambung tidur.
Syukri sampai
kebengkel agak lewat. Pada hal dia sama-sama menghantar anak-anaknya kerumah
kak Ton. Tetapi setelah menghantar anaknya dia masuk semula kedalam rumah.
“Nuri pergilah
kerja, abang yang kunci pintu ni nanti. Nak pergi ginihari rasanya awal sangat
bengkel buka pukul sembilan. Nanti pukul lapan setengah abang pergilah, lagi
pun abang nak sambung makan mee. Sedap pulak mee hoon putih macam tu”. Ketika
itu jam menunjukkan pukul tujuh pagi.
”ialah saya pergi
dulu”. Nuri mencapai tangan suaminya menyalami dan mencium tanganya itulah
tanda hormat seorang isteri kepada suaminya. Selagi lelaki itu suaminya dia
akan berbuat begitu sehinggalah dirinya dilepaskan kelak.
Mereka
bersarapan mee hoon Singapore pagi itu. Setelah makan Syukri masuk kebilik
tidur dan merebahkan dirinya. Matanya mengantuk memang minta untuk lelap walau
sepicing. Tidak sempat untuk fikirannya merawang dia sudah terlena. Lena yang
sungguh lena hingga terdengar bunyi
dengkuran. Akhirnya dia terjaga pada pukul 10 pagi. Ketika dia sampai
dipejabatnya Sarah sudah ada dimejanya.
Syukri terus sahaja berlalu masuk kebilik pejabatnya. Melihat Syukri
tidak memperdulikkan dirinya Sarah mengekori suaminya kedalam pejabat suaminya.
“Kenapa bang
nampak letih saja. Dahlah masuk lambat”.
“Nuha demam malam
tadi. Dia meragam hidung tersumbat”.
“Nuri kerja hari
ni?”.
“Kena kerja sebab
dah MC dua hari, hari ni dia kerja waktu pejabat. Untuk tiga hari ni kena kerja
pagi”.
“Oh..abang dah
minum ke”.
“Minum tu sudah
hanya menangtuk saja, ni”
“Oklah Sarah
keluar dulu”.
“Ialah abang pun
nak turun kebengkel, nampaknya banyak kereta tu. Kesian pulak diorang”.
Tengahari itu wakyu
makan tengahari Nuri keklinik berhampiran untuk memastikan kata-kata suaminya
yang mengatakan dia mengandung adalah benar. Dia diperiksa oleh seorang doctor
wanita Melayu pula.
“Apa masaalah
puan?” sapa doctor wanita itu lembut.
“Saya nak
pastikan saya mengdung ke tidak.”
“Ok..dah ambil
air kencing” ketika itu muncul seorang nurse membawa sekali alat menguji
kehamilan yang telah direndam dengan air kencing Nuri selama setengah jam.
“Dah, kat luar
tadi nurse dah ambil sample air kencing saya”.
“Doktor ini puan
ni punya” Nurse menunjuk alat menguji kehamilan yang telah dicelup kedalam air
kencing Nuri.
“kalau melihat
timbul dua garis pada alat ni, positive puan mengandung.. jom kita scan pula nak tahu berapa minggu
kandungan puan”.
Dari paparan
discreen computer Nuri dijangkakan hamil dua minggu.
“Doktor macam
mana boleh saya mengandung?, saya baru lepas bersalin 3hari lagi masuk
empat bulan, saya belum pernah datang
bulan lagi selepas pantang dan anak saya menyusu badan. Kata orang selagi kita
tak keluar haid tidak mungkin kita mengandung, betul ke doktor?”
“Puan ada darah
nifas berapa hari”.
“Lebih kurang 40
hari”.
“Dalam masa 40
hari tu ada tak darah tu kering kemudian seminggu lepas tu datang lagi.”
“Ada, selepas
saya bersalin darah keluar dengan banyak tapi makin lama makin sedikit hingga
hamper 30 hari kemudian bersih. Seminggu kemudian keluar balik dengan banyak
selama 7 hari lepas tu barulah bersih betul. Lepas tu saya tak pernah lagi
keluar darah. Bukan itu bermakna saya belum pernah didatangi haid selepas saya
bersalin. ”.
“Darah yang
keluar selama hamper 30 hari selepas puan bersalin itu darah nifas puan, dan
kering dalam seminggu. Bila darah keluar
balik itu darah haid puan yang pertama selepas bersalin. Puan tak keluar darah
lagi sebab puan dah mengandung. Puan! Bila kita dah datang haid selepas
bersalin ertinya ovary kita sudah mengeluarkan telur itu waktu subur seorang
wanita. Jika ada sperma ketika itu, 90% persenyawaan akan terjadi. Yang
sebenarnya, jika seorang wanita itu tiada masaalah Rahim dan sperma juga tidak
bermasaalah peluang untuk seseorang itu mengandung cukup tinggi. Sebab sperma
akan boleh bertahan hidup dalam Rahim seorang wanita selama empat hari. Jika
dalam masa emapt hari ada pelepasan telur dari ovary wanita tadi, persenyawaan
akan terjadi, terbentuklah janin.Ini sebagai pengetahuan puan sahaja lah,
…Jika sperma masuk
kedalam Rahim seorang wanita ketika wanita itu subur maksudnya ketika ovarinya
melepaskan telur kemungkinan tinggi dia akan menadapat anak lelaki, tetapi jika
sudah empat hari sprma telah berada dalam Rahim baru tiba waktu subur wanita
tadi jika terjadinya persenyawaan anak yang bakal lahir adalah anak perempuan.”
“Haa macam mana pulak tu doctor.”
“Yang sebenarnya setiap
sperma mengandungi gen X dan Y tetapi gen Y lebih agresif dari gen X. Tetapi
GenY boleh hidup hanya dua hari sahaja dalam Rahim seorang wanita. Sedangkan
gen X akan hidup selama empat hari. Jadi
kalau masa tu telur sedang dilepaskan tentulah gen Y ini akan sampai dahulu kerana
dia pantas dan cergas maklumlah lelaki. Jika genY yang sampai dulu pada telur
yang baru dilepaskan oleh ovary dapatlah kita anak lelaki”.
“Ohh! Begitu
tinggi risiko seorang wanita itu mengandung rupanya.” Keluh Nuri, dia merasa
sangat kecewa mendengar jawapan doctor.
“Mestilah itulah
sebabnya kita harus berhati-hati. Jika kita makan pil perancang keluarga jangan
miss walaupun satu hari. Kena ingat betul-betul.” Tampa sedar keluar keluhan di
bibir Nuri.
Kenapa puan?”.
“Saya yang
sebetulnya tak bersedia untuk mengandung lagi, anak saya baru nak masuk empat
bulan”.
“Habis puan nak gugurkan?
Tapi pada saya kita sebagai orang Islam
janganlah sampai buat macam tu. Terima sajalah rezeki dari Allah. Tapi
selepas bersalin yang ini puan kena
hati-hatilah. Banyak cara kita boleh merancang kelahiran anak. Kalau puan suka
puan boleh makan pil perancagn keluarga. Kalau tak suka makan ubat, guna sahaja
kaedah IUD.
Alat Instrauterin
(IUD)Alat ini berbentuk 'T'. Kalau puan nak pakai alat ni doctor yang akan dimasukkan
alat ini ke dalam uterus. Ia adalah alat yang fleksibel. Tujuan alat ini adalah
untuk mengganggu pergerakan sperma dalam
ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:
1. Paragard Copper T 380A yang melindungi
terhadap kehamilan selama 10 tahun.
2. Progestasert Progesterone T pula, perlu
diganti setiap tahun.
Atau guna kaidah
Implant
"Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam
kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam
di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara
berkesan selama lima tahun. Dua kaidah ni memang berkesan.
Kalau puan tak
suka yang ni, puan boleh sahaja meminta suami puan memakai kondom ketika
hubungan suami isteri dijalankan. Yang sebenarnya banyak cara untuk kita
mencegah kehamilan zaman dah modenkan tapi ialah kalau Allah nak bagi kadang
kita terlalai sedikit dah jadi, jadi terima sajalah rezeki Allah.”.
“Ialah”. Itu jawapan Nuri cuba redza apa yang
telah direzekikan kepadanya. ‘Dulu
menunggu bertahun-tahun tidak mendapat hasilnya, sekali Allah nak bagi berderet-deret
sampai nak bernafas pun tak sempat’..detiknya dalam hati.
“Walau macam mana
pun puan kena jaga kesihatan dan permakanan puan, supaya darah kita mencukupi
untuk diri dan janin kita.
….Semasa hamil
keperluan zat besi meningkat berikutan jumlah darah dalam badan si ibu
bertambah sehingga 50% dari biasa. Zat besi penting untuk pembinaan
haemoglobin. Haemoglobin ni pula PENTING kerana ia merupakan pengangkut oksigen
dan zat makanan ke seluruh badan dan SANGAT DIPERLUKAN oleh bayi yang sedang
membesar dalam rahim si ibu.
Punca kurang
darah:
Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid
folik dalam zat harian.
Mengalami muntah yang kerap pada trimester
pertama kehamilan.
Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
Tanda - tanda
kurang darah di kalangan ibu hamil:
Pucat
Rasa letih dan tidak bermaya
Kesukaran bernafas / sesak nafas
Sentiasa rasa pening
Rasa pitam bila bangun
Kebas kaki dan tangan
Rasa mengah dan berdebar-debar
Degupan jantung cepat.
Kesan kepada ibu:
Mudah mendapat jangkitan.
Jika berlaku pendarahan keadaan akan lebih
mudarat.
Mudah mendapat penyakit lemah jantung.
Kematian si ibu ketika melahirkan
Kesan kepada
bayi:
Keguguran
Pembesaran janin terbantut
Anak lahir tidak cukup bulan
Anak lahir kurang berat badan
Anak mati dalam perut
Sedikit tips
ringkas untuk ibu hamil yang mengalami masalah anemia(kurang darah)
Banyakkan makan makanan yang mengandungi
zat besi macam kerang, kupang, lala, tiram, ikan bilis...
Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat
seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja,
bayam,pucuk gajus, daun pudina, cekur manis, dan daun remunggai. (Mak teh
panggil daun kelo atau buah kelo untuk masak kari dal)
Elakkan minum teh, kopi atau susu bersama
hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi kerana boleh
mengganggu penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus
buah-buahan lain.
Banyakkan
pengambilan makanan dan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C
untuk membantu penyerapan zat besi yang optimum ke dalam badan..
Semakin besar
bayi dalam kandungan puan, semakin banyak zat besi yang puan perlukan untuk
pembentukan haemoglobin. Ibu-ibu hamil jangan sesekali pandang ringan ye
tentang masalah anemia ni. (peringatan untuk diri sendiri juga). Selain
mengamalkan makanan seimbang, pengambilan Vitalea-Iron 2 biji sehari inshaAllah
boleh membantu menangani masalah anemia ketika hamil.
“Nanti ambil ubat yang diperlukan di kaunter
ye puan..puan mesti memastikan ubat ini habis dimakan untuk kesihatan puan
terjamin dan anak dalam kandungan puan selamat dilahirkan dengan cukup sihat.
Lagi pun anak yang dilahirkan dengan cukup segala zat yang diperlukan insyaAllah
anak menjadi anak yang cemerlang dan ber IQ tinggi.”.
“terima kasih
doctor”.
Panjang lebar penerangan tentang kurang darah
yang diberi oleh doctor wanita yang bernama Mas Norizan dihadapan Nuri. Nuri
keluar dari klinik dengan semangat akan menjadikan semua anaknya cemerlang dari
segala segi, walaupun ketika itu sudah tiada seorang lelaki yang bergelar ayah
disisi mereka. Entah mengapa tiba-tiba Nuri mendapat semangat yang kuat untuk
menempuhi segala dugaan dan ujian yang akan datang kepadanya. Mungkin semangat
itu datang dari anak yang didalam kandunganya.
Malam itu walaupun malam giliran dirumah Sarah
namun Syukri pergi juga kerumah Nuri. Tujuanya hanya untuk membantu Nuri
menjaga anak-anak sebelum anak-anak mereka tidur. Tetapi rutin itu menyebabkan
Sarah rasa kehilangan. Jika dulu Syukri selalu menemani dirinya kini keadaan
sudah terbalik pula.
“Sarah, abang dah nak balik ni, abang nak jenguk Nuri
dulu. Kesian pula abang tenguk nanti dia masak sambil, mendukung Nuha.”
“Ehh malam ni
bukan ke abang kat rumah Sarah”.
“Abang ingat tu,
tapi Sarah kena faham anak-anak abang kecil lagi, susah Nuri nak nak masak dan
solat kalau tak ada orang tolong jagakan anak. Abang balik cepat ni sebab masa
ni Nuri tengah nak masak, kesian dia
masak sambil dukung anak. Entahlah sebab dia anak perepuan ke Nuha ni manja
sikit. Abang balik dulu ye. Ingat ye sebelum balik tu pergilah pergilah beli
makan malam sekali, nanti taklah susah nak keluar lagi. Keluar malam sorang-sorang
malam merbahaya. Malam nanti lepas anak-anak dah tidur abang balik”. Ada
sedikit aduan berkenaan anak kecilnya didalam perbicaraan mereka, mungkin
mengharapkan kefahaman Sarah untuk melepaskan dia pergi kerumah isteri tuanya.
“ialah”. Waktu
itu baru pukul 530 petang dia sudah ditinggalkan. Sebelum ini jika malam itu
adalah giliran malamnya suaminya dia akan bersama suaminya selama dua hari.
Jika malam itu giliran rumah Nuri pula selepas Isyak barulah suaminya
meninggalkan dirinya. Kini seawal pukul 530 petang dirinya sudah ditinggalkan.
Sarah sudah mula terasa dirinya terabai.
Tidak terasa masa yang sentiasa berganti,
terasa cepat sungguh hari berlalu kini usia kandungan Nuri sudah berusia lima
bulan. Pagi itu ketika Sarah dan Syukri bersiap untuk kebengkel tiba -tiba
tetefon bimbit Syukri berdering. Dengan pantas Syukri bekejar kebilik mencari
telefon, ditakuti Nuri menguhubungi jika ada apa-apa kecemasan. Kini sudah ada sikap prihatin Syukri kepada
Nuri dan anak-anak. Yang dia tahu Nuha tidak sedap badan lagi hari itu. Malam
tadi dari cctv nya dia menyaksikan tiga empat kali Nuri bangun melayani anak
dara kecilnya. Dia hendak membantu, tetapi Nuri tidak membenarkan kerana malam
itu giliranya dirumah Sarah.
Kerana tidak sampai hati malam itu Syukri
kerumah Nuri, kebetulan kunci ruamh Nuri yang didalam simpananya tertinggal
dirumah Nuri. Lalu dia menghubungi Nuri.
“Nuri buka pintu abang dengar Nuha menangis tu,
biar abang tolong jaga malam ni”.
“Tak payahlah bang saya boleh jaga sorang”.
“Bukalah pintu abang dah ada depan pagar ni.”
“Malam ni tak payah bang. Saya boleh jaga anak
saya, pergilah abang balik, saya ok”.
“Nuri…”belum habis Syukri berkata-kata cepat
dipintas oleh Nuri.
“Bang pergilah balik, walau pun abang tolong
saya jaga anak malam ni, keputusan saya
tetap sama. Saya tak akan mengubah pendirian saya. Jadi pergilah abang balik,
saya nak membiasakan diri saya. Bukan setakat dua saja yang saya akan jaga
sendiri nanti, tapi bakal tiga. Dari sekarang saya kena belajar “. Sungguh
keras hati Nuri. Tidak pernah terjangkau oleh Syukri kekerasan hati Nuri
sebelum ini. Syukri menangis didalam kereta. Dia pulang kerumah dan memerap
dibilik kerjanya. Dia memerhati isteri
dan anak-anaknya dirumah yang lain melalui CCTVnya. Sebal hati Sarah, walaupun
suaminya ada bersamanya namun dirinya dibiarkan terkontang kanteng didalam
bilik sendirian.
baru Sarah ada akal.....macam tu lah yg Nuri rasa bila dia selalu dok ambik masa Nuri. What you give is what you get....
ReplyDeleteYessss akirnya nuri btekad nk jga bpisah.....
ReplyDeleteThanks mak teh tuk n3 baru......
Padan muka sarah sekali. Suami dpn mata pun hatinya dirumah lain. Kalau bercerai pun macam tu la nanti. Silap2 lg teruk gila talak.
ReplyDeleteLepas ni Nuri dah tau kaedah merancang keluarga.
Finally ada jugak new n3 pg nie. Thank Q so much mak teh...
ReplyDeleteNow it your turn Sarah tuk merasa apa yang Nuri rasa selama nie. Hahaha (gelak jahat). Biar si Sarah pulak merasa makan hati berulam jantung....
Pagi lagi mak teh dah post, cuti ke.
ReplyDeleteBanyak mane pun mak teh post tetap tak puas baca. Tapi tetap sabar menanti. Faham, menulis(menaip) tak sama mcm membaca. Nway tqsm
kerja, ni tangan gatal nak jwab tpi kerja bnyak, jwb sikit ni yg lain x leh nak jwb.
DeleteAlhamdulillah ada entri baru. Syukri kalau mahu raih kepercayaan Nuri bukan mudah dan bukan sekejap. Nuri dah merana 2 tahun mana mungkin boleh diganti dengan perihatin 9 bulan. Harap ada penyelesaian antara mereka. Rasanya keluarga Nuri dan Syukri perlu campurtangan dalam hal ni.
ReplyDeleteDulu suka sangat skodeng org kat cctv. Sekarang dah mula sebal lak. Tu la, jgn salah guna ye. cctv tu bukan utk hiburan awak.
ReplyDeleteSarah, awak tu pekerja. Syukri tu bos, suka dia la nak masuk@blk keje pukul berapa. Nak tgk anak bini dia. Bengkel tu harta dia orang. Menumpang buat cara menumpang. Buat cara mcm Nuri. Giliran awak suami awak. Jgn cukai2 giliran orang lain.
ReplyDeleteBaru syukri tahu betapa sakitnya hati nuri selama ini.. kalau dia dah sedar diri tu silap perbanyakkan doa dan tinggalkan aje si sarah tu dengan segera.. hahaha ( kelak jahat untuk sarah..) padan muka... Sedih pulak rasa hati dengan kesukaran nuri.. rasa tak sanggup nak sokong supaya dia orang berpisah kalau syukri dah berubah.. Tq mak teh atas post n3 baru..
ReplyDeleteKesian, kesian jugak. Tapi geram pun masih jugak. Sakit hati bila ingat dia tipu Nuri. Semakin Nuri diam semakin menjadi. Bila Nuri dah bersuara baru dia tau langit tinggi rendah.
DeleteKesian nuha seolah-olah menagih kasih sayang dan perhatian daripada baba dia. Kalau syukri selalu mendampingi anak-anaknya mesti dia boleh jadi ayah yang bertanggung jawab... Tindakan nuri tak bagi dia masuk tu amat berbaloi-baloi supaya dia lebih sedar diri... Tuhan nak suruh dia tersedar betapa besarnya kesilapan yang telah dilakukan kepada nuri selama ini... Mak teh tak sabar nak tahu kisah seterusnya... Berilah kebahagiaan pada nuri, kesian anak-anaknya. Tentu mereka amat perlukan perhatian dan kasih sayang mutlak dari baba mereka. huhuhu..
ReplyDeleteApa saje yang syukri buat tak dapat melembutkan hati Nuri. Masa berlalu, hanya tinggal 4 bulan saje Nuri nak bersalin. Pandai² syukri la nak tawan hati anak²nya. Nampaknya Nuha pun dah tau rindu sentuhan babanya. Yang jadi masalah perasaan kasih-an syukri pada sarah yang begitu tinggi. Nuri pulak dah serik hidup bermadu kerana menyedari kekurangan diri berbanding madunya. Antara sayang dan kasihan, syukri kena pilih satu je. Mereka memang tak boleh bersama.
ReplyDeleteSelain dari diabaikan, tindakan Nuri dipengaruhi dengan penderitaan nenek busunya. Lutfi sendiri mengakui dia kurang perhatian bapanya sebab sibuk dengan bini muda.
Deletepadan muka gedik..baru kau rasa..
ReplyDeletedan padan jugak muka syukri bila nuri buat gitu..
biar sama2 sakit jiwa bila dah meniayakan nuri..
thanks mak teh for de n3..
ReplyDeletemak teh mmg best...
mak teh..saya teruja membaca entry semalam yg sarah nak syukri ceraikan nuri..
wahhh..sudah ada konflik nanti dan saya x sabar nak menunggu apa tindakan syukri di atas permintaan gedik tu..
Sayang Mak Teh, 10q for the new n3, so proud of u for being so knowledgeable. Senang hati bila anak dah ke sekolah suami kerja, skg sambil kopi baca n3 baru. Yiiiipppiiiii suka dengan watak keras Nuri sekarang, at the same time satu pelajaran juga untuk both syukri n Sarah. jangAn curi masa madunya. rasaiii lah!!!! Kepala otak masih terfikir yg Nuri ikut dia pulang n find out dia sedang berkemban itu curi masa Nuri. Agak2nya apa perasaan Syukri bila ibunya sendiri yg akan cakap apa yg arwah ibu mertua sumpah dulu. The point is bencilah dgn both of them. Macan novel Teduhan Kasih suami sendiri benci tapi ada insan lain yg akan ada, betul tak kawan2
ReplyDeleteSalam sayang dari Zurich
ketara sangat nuri betul2 jauh hati dgn syukri sampaikan syukri dtg pun dia suruh balik ke rumah gedik..begitulah akibatnya bila lama memendam rasa..syukri dan gedik sama2 kelihatan sakit jiwa..padan muka masing2..syukri sakit jiwa bila nuri tak endahkan dia dan gedik pun sakit jiwa bila syukri tak endahkan dia jugak..ini baru balasan kecil2an..buat baik di balas baik, buat jahat jangan sekali...
ReplyDeleteadui..reti lak menangis si syukri ni bila nuri x pedulikan dia..
ReplyDeletebaru tau rasa sakit dihatikan..
dulu masa tengah seronok dgn gedik bila kangkangan kencundang..
tak pedulikan perasaan nuri kan..
asik perasaan gedik je yang dijaga..
ha..sekarang rasain dua2nya sekali...
mekaseh mak teh tok entry terbaru ni..mcm2 benda saya belajar bila baca novel2 mak teh selain enjoy dgn cerita2 yg menarik dan sentiasa hangat membara...
ReplyDeleteSemuga segala urusan nuri dipermudahkan dan berakhir dengan kebahagian dia anak beranak...dan kalau dpt saya juga nak tengok bagaimana berakhirnya kehidupan gedik n syukri setelah menghancurkan perasaan nuri dan turut menghancurkan hati kita semua..
menangis saya bila nengok bagaimana nuri membawa diri..walaupun syukri ada di depan mata tetapi hatinya dah tepu untuk syukri membantunya..selama 2 tahun dia memendam rasa..selama 2 tahun syukri membahagikan kasih sayang dgn tidak adil..sampaikan dia dah terbiasa dengan kehidupannya sendiri walaupun ada suami tetapi suami dok sibuk nak melayan kerenah sarah..dan hati saya juga turut tepu untuk syukri walaupun dia cuba untuk mengambil hati nuri kembali...
ReplyDeletesukanyaaaa. nuri bertegas dgn pendiriannya. bru si syukri tau betapa hancurnya hati nuri. x mudah nk rawat hati yg hancur dh lebih dua tahun.
ReplyDeleteapa le pulak rancangan sigedik tu nanti.
moga kebahagiaan berpihak kpd nuri bersama anak anaknya.
hati klu sakit masih blh diubat tp klu hancur dn luluh dpt kata nurivsudah ditoreh smpi kering mmg x de ubatnya.
Delete-dibah-
Cerai je sisarah tu. Biar dia cari laki kaya raya. Kalau dah setiap masa dengan Nuri, baru la boleh kot Nuri pertimbangkan permintaannya. Ada bini macam sarah pun bukan untung apa, mengabiskan duit je. Dah dua tahun lebih, tak reti2 lagi nak masak. Ada hati lagi teringin anak. Arwah maknya tak mau anak keturunan Syukri, mak mertua plk risau anak kebuluran mak pemalas.Mak mertua jgk yang disalahkan. bencinyer....
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu baby ketiga lahir. Adakah kali ini mak teh bagi dia peluang bersama-sama Nuri dan dapat azankan anaknya.
ReplyDeletehati seorang isteri bila di lukai..kena lak cam nuri yg simpan perasaan sendiri...memang payah nak sembuh..sedihnya...
ReplyDeleteadui..nyilu lak baca part yg nuri pergi jumpa doktor tu..di fahamkan lepas pantang je dia terus bersama2 dgn syukri eh..tak sakit ke..kira luka belum baik lagi kan..tapi nak di katakan apa..nuri stok isteri mithali kan..ikut je kehendak suami tanpa membantah..yg suami lak hampeh...kalau datang rumah nuri tak sibuk nak makan, nak ehem2...baru hari ni je nak tunjuk yang dia seorang suami dan bapa bertanggung jawab..tu pun sebab tengok nuri dah dingin..tu di depan mata dah terasa..yg 2 tahun kau buat nuri cam nan hado tu kau tak fikir lak..dok sibuk melayan rengetan si gedik la..dok sibuk melayan godaan si gedik la..dok sibuk nak belikan makanan si gedik la..ngalahkan melayan budak terencat akal..padahal umur tu dah tua..buat malu kaum je...camni punya orang pun hado...
ReplyDeletewow..mak teh mmg superb la..
ReplyDeletecekap dan pantas..
smlm saya outstation..tiba2 pulak wi fi ada problem kat hotel..
baru je sampai rumah..ha sekali tgk berderet2 cerita mak teh update..
terima kasih daun keladi..kalau ada tepek la lagi...
mak teh..nak mintak mak teh describekan nuri seorang yg cantik..
entah kenapa dalam kepala saya dok membayangkan seorang perempuan yang tersangatlah kurusnya sampai melengkung badan kerana menahan derita..
dah tu muka saya membayangkan cengkung dan pucat..
sebab dulu2 mak teh dok cerita yang nuri susah nak makan..
jadi di sebabkan sekarang ni nuri dah tak peduli akan suami dan si gedik tu..
boleh tak mak teh tulis yg nuri sudah semakin happy dengan life dia..
ada ke takde ke si syukri dia dah tak kisah..
yg si gedik tu mak teh sampai la ni saya membayangkan dia seorang yang cantik, menawan, seksi dan pandai menggoda..
padahal pengotor dan pemalas yang amat2..
saya memang tak suka sebab saya typical pembaca novel yang hero mesti kacak, heroin mesti hensem tp kalau watak yg jahat tu suka hati nak cantik boleh kalau hodoh lagi saya suka..
tapi kalau dia cantik pun tetap hodoh di sebabkan perangai jelik dia tu...
sekian..terima kasih...
Saya setuju buat nuri berpisah pergi jauh dkt abangnya..sambung belajar ke...atau kerja tempat jauh...senang hati...berisi dan cantik dan ada org suka kat dia...baru padan muka sukri mak teh......
ReplyDeletetak sabar nak baca post baru mak teh... betul2 tak sabar.
ReplyDeletehehehe..makteh...bila baca ulangkali adamasa rasa kasihan juga dekkat sarah... bila fikir syukri yg benar2 bersalah sebab dia sendiri tak dapat kawal diri dia..kalau dari awal dia betul2 berlaku adil ..takda la nuri terabai dan sarah pun takla terasa juga.. bila dah 2 tahun sentiasa berkepit maybe sarah terasa plak bila tidak dipedulikan... eh yg lain2 jgn marah ya bila saya komen macamni... bukan nak membela sarah just pandangan saya je ..hehehe
ReplyDelete