Kalau ubi hendak dijual,
Jual sekali pegaga di sawah;
Berdetak di hati terbit kesal,
Manalah terduga akannya padah.
Jual sekali pegaga di sawah;
Berdetak di hati terbit kesal,
Manalah terduga akannya padah.
Seminggu
lepas satu pertengkaran, bermula lagi satu pertengkaran. Petang itu Loqman
pulang dari kerja agak lewat. Ada kes
yang perlu ditangani. Hamper pukul 630 petang baru dia sampai kerumah.. Sampai
dirumah dilihatnya, isterinya sudah bersantai diruang tamu sedang menonton
televesyen. Dia sedang mengikuti satu drama Korea bersiri kegemaranya yang bermula
dari pukul 6.00 petang hingga 7.00 malam. Loqman kedapur mencari apa yang boleh
dimakan kerana perutnya terasa sangat lapar.
Hari itu hampir seharian dia ditidak dapat mengisi perut kerana
kesibukkan tugas. Kerja yang menghimpit menyebabkan dia terlupa untuk makan
tengahhari.
Dia sudah tidak sabar untuk mengisi perutnya. Apabila
di bukanya periuk nasi..periuk nasi itu kosong, yang ada hanya sisa nasi
semalam yang sudah basi. Semalam Loqman menghabiskan nasi dalam periuk itu
dengan menuangkan sedikit kuah kedalamnya. Itu adalah cara mamanya membersihkan
nasi dalam periuk.. ”Man habiskan nasi tu
jangan tinggal sebutir pun..mama tak mahu ada nasi walau sebutir pun terbuang.
Kita disini wajib bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan, negara kita
aman dan makmur, kita tak pernah kelaparan....cuba Man tengok negara-negara
miskin dengan negara bergolak, ditimpa pula bencana alam.. kita kena pandang
semuanya dan sentiasalah berdoa supaya negara kita tidak ditimpa musibah. Jadi
rezeki yang Allah bagi jangan dibazir..takut Allah turunkan bala kepada kita
pula Nauzubillah.” Itulah kata-kata mamanya supaya dia sentiasa bersyukur
diatas rezeki yang dilimpahkan kepada kita. Jadi untuk membersihkannya dituang
sedikit air atau kuah supaya basah sedikit kedalam periuk bagi memudahkan periuk tadi
dibersihkan. Bagi orang-orang yang tidak bernasib baik, sebutir nasi cukup
besar ertinya. Setelah nasinya habis terlupa pula dia hendak membasuh periuk
itu semalam. Periuk kuah pun masih tertangkup diatas sinki sebelah tempat
basuhan pinggan. Tidak bergerak selepas
dicucinya semalam.
Berasap
kepala Loqman bila apa yang dicari tidak ada. Sudahlah badannya letih perutnya
pula lapar. Bila dipandang isterinya
pula sedang leka dihadapan televisyen dengan senyum simpulnya. Tetapi senyuman itu bukan untuk dirinya.
Senyuman itu untuk hero Korea yang sungguh kacak dimata Liza. Kebetulan jalan
cerita sedang menayangkan adegan romantis teruna dara yang sedang berkasihan ketika itu. Loqman keruang tamu sambil bercekak pinggang dan mempamirkan wajah
garangnya.
“Liza!! masak untuk aku malam ni.” Dengan
suara yang agak tinggi, matanya tajam
memandang kearah isterinya. Hatinya sungguh panas dengan tingkah laku isterinya
yang tidak pernah mahu berusha menyenangkan hatinya. Liza yang sedang mengikuti
drama Korea terkejut mendengar jekahan suaminya. Mendengar bicara kasar
suaminya, Liza juga memandang suaminya dengan wajah garangnya juga, panas
hatinya bila dijerkah sebegitu.
“Macam tu ke cara abang nak suruh orang
masak untuk abang?” Liza bangun dan
bercekak pinggang juga. Dia tidak mahu mengalah, matanya juga tajam memandang
suaminya. Dalam hatinya syaitan berbisik ‘Tak
boleh nak tenguk orang senang.. ingat aku takut ke..kalau kau boleh tunjuk
garang.. aku juga boleh’. Sebenarnya Liza sudah makan di luar tadi sebelum
di pulang kerumah. Bagi Liza cukup mudah jika sudah terasa lapar dia lah yang
harus mencari makanan. Perut sendiri tentulah maklum bila masa hendak diisi.
Ditambah sekarang ini Liza sedang berusha untuk menurunkan berat badanya yang
agak berisi sedikit selepas dia melahirkan anak. Dia tidak akan makan makanan
berat selepas pukul tujuh malam, itulah sebabnya dia makan dahulu sebelum dia
pulang kerumah tadi.
“Habis nak cakap macam mana?..kau yang tak
ada otak, dah tahu balik cepat.. masak lah..ni apa pun tak ada.” Liza bukan
tidak tahu sekarang ini suaminya sememangnya tidak mahu makan diluar. Jika dia
benar-benar mahu keadaan rumah tangganya harmoni apa salahnya dia menanakkan
nasi untuk suaminya..lauknya mungkin
boleh difikirkan sendiri oleh suaminya. Bukan kah jika sudah ada nasi
senang untuk merancang. Masak nasi goreng juga boleh. Mengapa Liza tidak dapat
memikirkan perkara yang boleh memperbaiki hubungan mereka suamiisteri. Sebenarnya Liza mempunyai ego
yang sangat tinggi. Dia mahu suaminya merayu jika mahukan pertolongan darinya.
“Jangan
nak salah kan orang pulak..dah tahu balik lambat kenapa tak makan sekali kat
luar.” Pada Liza pula jika suaminya menyuruhnya dengan suara yang lembut atau
memujuknya mungkin dia akan melakukanya apa yang dikehendaki oleh suaminya.
“Heyy ..Liza dah berapa kali aku cakap
dengan kau haa, aku tak suka makan kat luar..aku nak makan dalam rumah
ni..faham.” Suara Loqman makin tinggi. Benar kata orang jika marah syaitan
makin menambah api kemarahan biar makin marak menjulang.
“Kalau macam ni cara abang layan saya
..baik saya balik rumah emak saja, nak tenguk tv pun tak senang.”Bentak Liza
sambil meleparlan bantal kecil tanda protesnya. Itulah jalan mudah bagi Liza
menyejukkan hatinya yang sudah berbahang. Liza melangkah laju menuju kebiliknya
untuk bersiap balik kerumah emaknya di Simpang Renggam..padanya perjalanan
bukan jauh sangat, sejam lebih sikit sudah sampai. Malas dia mahu mengadap
wajah suaminya yang seperti kucing yang sedang bergaduh. Cuba sesekali
perhatikan kucing yang sedang bergaduh, selalunya akan menyeringai untuk mempamirkan
taringnya.. mungkin hendak menunjukkan kepada pihak lawan taring siapa yang
lebih panjang.
“Itulah sajalah helah engkau nak lari dari
tangung jawab..kau jangan balik petang ni. Ini arahan aku. Aku suami kau.. aku
berhak keatas diri kau.” mendengar tegahan suaminya Liza berhenti menoleh
kepada suaminya.
“Ingat abang saya ni siapa... orang gaji,
orang bodoh yang boleh arah-arah sesuka hati saja.”
“Kan aku dah cakap engkau tu isteri aku,
kau sepatutnya patuh arahan aku..kalau tak bersedia menjadi isteri aku, kenapa
kau perangkap aku menjadi suami kau dulu”. Loqman sudah mengungkit perkara
lama... kisah nikahnya dulu.
“Kenapa asyik nak cakap cerita lama,
perangkap ke, terperangkap masuk perangkap ke perkara semua dah terjadi apa nak
buat”. Bingit jadinya rumah sewa yang dihuni oleh sepasang suamiisteri yang
sedang berperang mulut.
“Kalau macam tu ikut arahan aku..masak
untuk aku malam ni, aku dah lapar ni.” Liza meneruskan langkahnya masuk kedalam
bilik.
Pada
sangkaan Loqman tentulah Liza tidak jadi balik kerumah emaknya, setelah dia
memberi arahan yang begitu tegas tadi. Bukan kah dia seorang inspector polis
tentu sekali suaranya garang dan tegas jika dia memberi arahan. Ditempat kerjanya
dia sorang ketua yang tegas pada tugasnya, setiap arahan yang keluar diri
mulutnya akan dipatuhi oleh semua anak buahnya. Dia melangkah kedapur semula untuk
menanak nasi. Loqman mula berkira-kira didalam kepalanya. Padanya biarlah dia menanak nasi dan Liza
pula akan memasakkan lauk untuknya. Sementara Liza masak lauk untuknya, dia
ingin mandi dan bersiap sedia untuk solat Magrib..selepas solat nanti barulah
dia makan. Sebab itulah dia berdahuluan
menanak nasi. Loqman sebenarnya suami yang bertolak ansur dan sering membantu
memandangkan dia ingin menerima Liza seadanya.. tapi sangkaanya meleset. Sedang
dia membasuh beras, dia terdengar deruman kereta dihadapan rumahnya, dia
berlari menuju kepintu utama bila dijengah keluar, kereta VIVA berwarna hitam milik isterinya sudah
meluncur keluar dari pintu pagar rumah sewa mereka.
‘Tidak cukup tegas ke suara aku tadi..rasanya
aku dah buat macam aku buat pada diaorang kat tempat kerja...Tak padan dengan
wajahnya yang lembut, tapi hatinya keras macam batu..lebih keras dari batu
rupanya.’ Ditempat kerjanya jika sesekali dia bersuara
keras seperti itu, semua anak buahnya menikus mungkin gerun mendengar suaranya
yang garang. Loqman kedapur semula meneruskan kerjanya memasak untuk santapanya
malam itu. Dia teringat petua yang diberi oleh
mamanya, ‘Man..Kalau nak nasi yang
kita tanak cepat masak, bila sudah
dibasuh beras tadi, untuk memasak masukkanlah air panas InsyaAllah dalam masa setengah jam nasi
sudah boleh dimakan’ itu petua mamanya dia ingin mencubanya malam itu.
Didalam
kepalanya merancang lauknya malam itu. Telur dadar yang dicampur dengan sedikit
kacang boncis sebagai sayurnya dan dua tiga biji cili api dihiris tebal. Dia akan
memakannya bersama kicap pekat manis cap kipas udang itulah kuahnya. Dia mencari
sesuatu didalam peti sejuknya yang boleh dijadikan tambahan kuahnya malam itu.
Rupanya masih ada lagi sambal sotong
semalam yang masih boleh lagi dimakan. Dia memanaskan sambal sotong semalam
dengan mencampurkan sedikit air kedalamnya, apabila sudah agak lama
mengelegagak dia menutup api dapur dan
memebiarkan sahaja sambal tadi didalam kuali. ‘Nanti masa nak makan dituangkan saja sambal itu kedalam nasi. Mudah
tidak banyak menggunakan mangkuk...nanti aku juga yang akan berkemas dan membasuh pinggan
mangkuk.’ Itulah yang ada dalam
benaknya. Dia sudah tidak memikirkan lagi isterinya yang telah meninggalkan
dirinya sebentar tadi.
Dia
teringat cerita seorang rakan sekerjanya tentang dirinya sendiri...‘aku kan Man tak pandai nak makan kalau nasi kuah dan lauk bercampur dalam
satu pinggan. Kalau aku nak makan aku akan suruh isteri aku hidang atas meja.
Aku bersyukur emak dan ayah aku carikan aku jodoh gadis yang tak bekerja senang
nak layan aku dan anak-anak’. Tapi bagi Loqman dia tidak kisah itu semua.
Ada orang sudi memasakkan untuknya pun sudah memadai baginya. Bertambah-tambah
sekarang, jika ada orang yang sudi menemani dan menolong dia memasak pun dia sudah
amat besyukur. Sambil dia melakukan kerja-kerja didapur Loqman mencari-cari
cerita dalam mindanya supaya tidak terasa jemu dan terdera melakukan semua
kerja seorang diri.
Sementara
menantikan nasinya betul-betul masak, dia mandi dan mengambil wuduk untuk solat
Magrib. Habis sahaja azan yang berkumandang di surau berdekatan dia terus
mendirikan solat. Selesai membaca doa Loqman kedapur semula. Dia ingin mengisi
perutnya yang sedari tadi sudah menyanyi minta diisi. Diambilnya pinggan
diisinya nasi, dituang semua sambal sotong didalam kedalam kepinggan nasinya. Diatas meja juga
sudah tersedia sepiring telor dadar yang telah digoreng bersama kacang bonces,
cili api dan hirisan bawang besar. Dia memandang semuanya dengan ucapan
ALLHAMDULLILAH..Bersyukur dia kepada Allah kerana masih memperuntukkan rezeki
untuknya malam itu. Dalam
soal makan Loqman bukan jenis orang yang cerewet. Dia boleh bertolak ansur.
Dengan
ucapan Bismillah dan doa makan dia menyuap rezekinya malam itu dengan perlahan.
Dia tidak memikirkan isterinya lagi...dia pasrah. Sebenarnya dia sudah biasa dengan keadaan itu.
Seperti hari-hari biasa semuanya yang dilakukan seorang diri. Walaupun ketika
itu isterinya ada dirumah, dia juga akan kesaorangan didapur kerana pada kebiasanya
isterinya sudah makan dahulu diluar sebelum pulang kerumah. Jika difikirkan
mereka bukan seperti pasangan suamiisteri, tetapi lebih tepat sebagai rakan
serumah, yang akan melakukan kerja sendiri-sendiri. Entahlah dia mana silapnya rumahtangga
mereka. Kemesraan antara mereka sudah sukar
untuk dicari. Berpunca dari sikap Loqmankah atau pun dari sikap Liza. Dalam keadaan tenang
selalu Loqman memikirkan akan kekusutan ikatan antara mereka. Dia tercari-cari simpulan
kusut tetapi tidak tahu dimana puncanya. Sudah sering kali dia bertanya pada
dirinya sendiri..Inikah kesilapan yang harus ditanggung sepanjang hidupnya..
semoga ada jalan keluar dari masaalah yang membelenggu rumahtangganya. Itulah
doanya yang sering dipohon diakhir solatnya.
Selesai
makan malam dan berkemas Loqman duduk sendirian diruang tamu. Peti televisyennya
sedang menyiarkan Buletin Utama, namun tidak
satu berita pun yang melekat dalam kepalanya, malah tajuk-tajuk berita pun dia
tidak tahu hujung pangkalnya. Mindanya melayang merewang kedunianya yang lain.
Dia didunia impiannya. Dahulu dia
mengimpikan sebuah rumahtangga yang harmoni penuh dengan kasih sayang,
kebahagiaan dan kegembiraan. Seperti rumah tangga papa dan mamanya. Rumahtangga
yang seperti satu pasukkan. Dianggotai
oleh papa, mama along, angah dan dirinya. Ketika itu mereka akan bekerjasama
dalam semua hal. Pulang papanya dari kerja akan disambut oleh senyuman manis
mamanya dan gelak tawa mereka bertiga (along angah dan dirinya). Waktu makannya
pula, mereka sekeluarga makan sambil bercerita. Seperti keadaanya bersama
Amirah dulu...kenangan bersama Amirah singgah lagi di kepalanya. Secara tidak sedar nama Amirah tersebut
dan meniti dibibirnya, matanya sudah berkaca-kaca.
“Mirah abang rindu sangat pada Mirah..maafkan
abang sayang, masih adakah harapan abang untuk bersama Mirah semula, abang
mengharapkan Mirah dalam hidup abang ni sayang.” Rintih Loqman seorang diri.
Loqman
merindui kehangatan rumah tangganya bersama Amirah. Dalam keadaannya
bersendirian dirumah, bayangan bersama Amirah bebas merawang dalam layar mindanya
tiada ganguan. Loqman merindui waktu-waktu yang sudah dilepaskan. Mengapakah
jadi begitu.. mengapakah dia tidak merindui Liza isterinya yang boleh didakap
bila-bila masa. Dia memejamkan matanya,
sesalnya menerpa hatinya. Terasa sungguh pedihnya seperti luka yang disimbah
cuka.
Sudah
begitu jauh dia melarikan diri dari jasad
Amirah untuk mencari kebahagiaannya sendiri. Tetapi mengapa tiada juga
rasa bahagia dan gembira untuk dirinya. Mengapa bayangan bersama Amirah juga yang masih dicari dalam
mindanya. Mengapa hidupnya terasa hampa
dan kosong tampa Amirah. Setelah jauh dia meninggalkan jasad Amirah mengapakah Liza tidak merebut peluang
mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Amirah. Hidupnya kini berdua tetapi
sentiasa kesaorangan. Sudah dicuba
mengisi Liza diruang kosong hidupnya, tetapi
mengapa makin digapai makin jauh
keserasian antara mereka... mengapa kebahagiaan bersama Liza semakin dicuba dihampiri semakin menjauh dia lari dari
dirinya.
Sian Loqman. dapat isteri cantik, kawin free lagi tapi tak bahagia...
ReplyDeletekesian lak kat loqman... u asked for it....
ReplyDeleteKalau Liza masih taknak berubah, pegilah pujuk rayu Mirah semula, gunakanlah anak, makbapak dan makbapak mertua utk menyatukan kembali ikatan. Itupun jika Amirah sudi menerima loqman kembali. Rasanya selagi Liza & Loqman masih suami-isteri, Amirah sanggup mengenepikan kebahagiaan diri sendiri asalkan rumahtangga Loqman tenteram.
Kadangkala bila kita tak bersyukur dan suka kepada perkara-perkara plastik ni itulah akibatnya.
ReplyDeleteNice story.