Sudah dua hari sejak Tengku Faris makan
tengahhari di Melaka bersama Nur Hidayah.Sudah dua hari juga dia memikirkan
kata-kata Nur Hidayah bahawa ‘antara
lelaki dan perempun tiada istilah kawan. Lelaki dan perempuan umpama mangnet yang berkainan kutub’. Dan dia
mengakui akan kebenaran kata-kata Nur Hidayah.
Pada kebiasaan selesai makan malam mereka tiga beranak duduk diruang
tamu berbual-bual sambil minum kopi atau teh.Dan pada fikiran Tengku Faris ketika itulah waktu yang
paling sesuai untuk dia mengeluarkan apa yang ada dia hatinya. Bulat hatinya ingin
mengambil Nur Hidayah sebagai isteri. Dia menyuarakan hasrat hatinya kepada
daddy dan mommynya.
“Daddy!!Kalau
Ris dengan Hidayah tu padan tak daddy”.
“Haa
apa Ris cakap..Ris suka kat budak
Hidayah tu???PA Farid tu??.”
“Ialah
daddy, ada lagi ke wanita yang bernama Nur Hidayah yang kerja dengan kita
daddy.”
“Tak
adalah..tapi kenapa pula Faris pilih dia”.
“Ris
rasa, Ris teringin kahwin dengan gadis Melayu yang bertutup rapat. Ris nak
beristeri dengan wanita yang hanya Ris sahaja yang tahu apa yang ada dibadanya
daddy..jadi kalau dengan Hidayah tu rasanya boleh tak daddy”. Wahh begitu
berterus terang Tengku Faris dengan kehendak hatinya. Tapi ialah untuk apa malu
–malu atau bertangguh- tangguh bukan dia anak remaja lagi dah tua bangka umur
pun lagi 6 ke 7 tahun dah nak masuk keusia warga emas.
“Ris!!daddy
nak cerita dengan Ris tentang budak Hidayah tu, kemudian Ris fikir sendiri
sesuai tak Ris dengan dia. Nur Hidayah tu bukan calang-calang budak. Dia
alim, solat fardu tak pernah tinggal, dia buat solat Duha lagi. Kalau itu yang kita
nampak kat pejabat kita, tak mustahil kalau kat rumah dia buat solat malam
juga. Dia mengamalkan puasa Nabi Daud..puasanya berselang hari, tapi kadang-kadang dia puasa setiap hari. Ris rasa
Ris sesuai ke dengan dia.”
“Jadi
daddy rasa Ris tak boleh lah dengan dia..sebab Ris ni jahat”.
“Bukan
jahat tapi Ris tu solat pun tak pernah..Cuba Ris cakap jujur dengan
daddy..sudah berapa lama Ris tak solat?”.
“Apa
perlunya solat, hanya untuk jadi suami”.
“Jangan
pandang ringan pasal tak solat Ris. Solat ni tiang agama..perbuatan kebaikan
kita dan apa-apa pun kebaikan yang kita lakukan bergantung pada solat kita.
Jika kita tak solat segala kebaikan yang kita buat tak diterima oleh Allah
Ris. Bila kita nikah dengan seorang wanita, kita ni akan jadi suami. Suami ni
kepala keluarga. Tegaknya sebuah rumah bergantung pada suami Ris...suamikan
pembimbing kejalan yang benar pada anak isteri kita. Wanita macam Hidayah tu
tentulah akan pilih bakal suami seorang yang beriman dan yang baik. Untuk
dikatakan seorang lelaki itu beriman, lelaki tu mestilah tak tinggal solat, tak
tinggal puasa dan buat sedekah jariah pada fakir miskin. Papa Tanya adakah Ris
dalam golongan orang yang macam tu. Beriman ke Ris kalau solat pun tak pernah
buat, apatah lagi puasa dan bersedekah
pada fakir miskin”.. Tengku Faris mendiamkan dirinya, tiada perkataan hendak
menjawab pertanyaan daddynya.Kemudian dia mengangkat punggug menuju
kebiliknya.Tidak lama kemudia dia muncul semula. Pakainya sudah bertukar kini
dia memakai T-shirt polo dan berseluar
jean..gaya nak kekelab malam. Ketika dia melangkah kepintu, dia ditegur oleh mommynya yang
baru keluar dari dapur.
“Ris
nak kemana tu??” Tegur Tengku
Faridah.Ditanganya menatang sebuah dulang yang diatasnya ada tiga biji cawan dan seteko air.
“Entahlah
my..Ris rasa nak cari kawan”.Memang benar hatinya berniat mahu ke kelab malam
yang biasa dikunjungi.
Dia ingin mencari kawan untuk berhibur. Dia
ingin melepaskan rasa hatinya yang tidak puas, dia ingin menghilangkan rasa
kecewa dan kalau boleh dia tidak mahu mengingati kata-kata daddynya tadi.
Tetapi apa yang salah pada kata-kata daddynya tadi. Jika difikir semua
kata-kata daddynya itu benar. Tentu
sahaja Nur Hidayah akan memilih suami yang yang beriman seperti dirinya juga. Tentu
dia mahu suami yang yang boleh menjadi
imamnya ketika mereka solat berjemaah dirumah. Berpuasa dan kalau ada rezeki
keMekkah bersama-sama.. Itulah bahagia seorang isteri itulah ciri suami idaman
para isteri. Bagaimanakah dia mahu
menjadi imam dan bagai mana dia mahu menjadi suami idaman sedangkan sudah
terlalu lama dia tidak bersolat. Rupanya tidak mudah mahu menjerat Nur Hidayah
dan yang pasti kini hatinya pula yang terjerat pada gadis naïf dan polos itu. Jika gadis biasa mudah sahaja baginya, hulur
sahaja wang ringgit, ucapkan sahaja kata-kata pujian mereka akan terus melekat.
Ada rasa terkilah dihati Tengku Faizal mendengar
jawapan anaknya tadi. Dia rasa menyesal mengeluarkan kenyataan tadi. Anak baru
hendak berubah dan kini mungkin dia akan memulakan tabiat lamanya
lagi..berhibur dikelab malam dan bermabuk-mabuk.Tengku Faizal juga tahu anaknya
cuba mengubah dirinya kerana Nur Hidayah. Tapi hakikatnya dia tidak tergamak melihat
anaknya merosakkan seorang gadis sebaik Nur Hidayah.Tidak tergamak mahu
memperjudikan nasib seorang gadis kerana mahu anaknya berubah. Jika perubahan
yang baik itu kekal hingga kehujung nyawa anaknya tidak mengapalah.Tetapi jika baru sebulan dua berkahwin Tengku Faris balik
semula ketabiat lamanya, itu yang ditakuti oleh Tengku Faizal sebenarnya. Dia
sudah masak dengan sikap anaknya, nama dan keturunannya sahaja beragama Islam, perangai nauzubillah..sama
sahaja dengan orang kafir.
Menderum sahaja kereta baru Tengku
Faris.Tengku Faizal meluahkan apa yang ada dihatinya kepada sang isteri yang
sedang menuang air untuk dirinya.
“Idaah
salah ke abang.. kalau kita mengingatkan
untuk menjaga kebaikan seorang gadis”.
“Apa
maksud abang?”.
“Faris
tu keluar mungkin kecewa dengan kata-kata abang tadi”.
“Abang
cakap apa dengan dia tadi”.
“Dia
kata dia berkenan dengan PA Farid Nur Hidayah tu..Tapi abang tanya kat dia
sesuai ke Hidayah tu dengan dia”.
“Kenapa
abang tanya macam tu cantik sangat ke Nur Hidayah tu..tapi anak kita pun hensem
juga kan, walau dah berumur tapi dia macam tak makan tua kan bang.”.
“Ida
ni puji anak sendiri pula”. Tapi memang
begitulah sifat Tengku Faridah yang akan memandang anaknya dalam semua kebaikkan,
maklumlah anak hanya seorang. Itulah intan itulah kaca.Tetapi bagi Tengku Faridah anaknya selalu intan dimatanya.
“Ida
nak tahu siapa Nur Hidayah tu”.
“Tahulah
Ida, abang kata tadi dia PA Farid”.
“Dia
memang PA Farid, abang baca rezume dia dulu, umurnya muda dua tahun dari Farid,
bertudung rapat walaupun tak pakai tudung labuh macam Jannah tapi dia bertudung
yang memang menutup aurat. Solat fardu tak pernah tinggal dan tak pernah
lewat..dia buat lagi solat Duha. Setiap hari kalau waktu rehat pukul 10 15 pagi
dia mesti hilang. Abang suruh kawan dia cari rupanya dia disurau tengah solat
itu yang abang tahu dia buat solat Duha. Hari-hari puasa.Jika itu peribadi dia
Idah rasa sesuai tak kalau Faris nak ambil dia jadi isteri.Faris ni bukan kita
tak tahu perngai dia.”
“Kalau
Ida ..kita tanyalah dulu dengan siapa namanya tadi.. tak kiralah dia tua ke
muda, kalau dua-duanya dah suka.. pada Ida ok aje. Lagi pun Ida kesian Faris tu
tua-tua macam tu tak ada teman nak dia bersenang lenang.”
“Nur
Hidayah..Kita jangan nak kesian kan anak kita sahaja dan musnah hidup anak dara orang pula
Ida”.
“Ida
taklah nak musnahkan hidup Hidayah tu..tapi manalah tahu dengan peribadi
Hidayah, mahu anak kita bertukar menjkadi macam dia juga. Ida tak harap dia
jadi alim sangat, pakai seban dan pakai jubbah, dapat dia sembayang lima waktu
dan puasa pun jadilah”.
“Tapi
dia tu muda sangat, kalau ikut umur macam ayah dengan anak sahaja.Lagi pun
abang tak yakin dengan sikap Faris..takut perangai dia tu berubah hanya sebelum
dia dapat. Kalau sudah ditangannya perangai lamanya akan dia buat balik. Ida
bukan tak tahu dia tu bergelumang dengan air syaitan dan betina keliling
pinggang. Kalau ikut abang, abang lagi kesian Nur Hidayah tu. Takut Faris
mensia-siakan hidupnya.”
“Ida
rasa Faris sekarang ni dah berubah, dia memang betul-betyul nak cari
isteri..bukan setakat nak dijadikan hiburan sahaja. Dia perlukan teman hidup .
Cuba abang tenguk sekarang dah lama dia tak pergi kelab malam dan dah lama dia tak mabuk.. Mungkin dia rasa dia dah tua itu yang dia berubah. Tapi perubahan dia
perlukan isteri yang memberi perangsang..mungkin isteri sebaik Nur Hidayah”.
“Entahlah
Idah kita tunggu dan lihat sahajalah nanti. Kalau dia betul-betul berkenan
dengan Nur Hidayah kita sokong sajalah nanti”.
Tengku Faris memandu Volksegan Jetta dengan
kelajuan sederhana sambil itu dia memikirkan tentang dirinya. Dia mengakui
kata-kata daddynya tadi benar dan dia sememangnya tidak layak untuk Nur Hidayah. Ya dia akui
Nur Hidayah hamba yang taat pada Allah.. Dia tidak pernah culas dengan solatnya
walau dalam apa keadaan apa sekali pun. Dia tahu semasa makan tengahharinya
diMelaka tempuh hari, lama Nur Hidayah ke tandas wanita yang sebenarnya dia
juga kesurau wanita untuk bersolat. Jika dihotel tempat kerja mereka lagilah..
masuk sahaja waktu solat, dia akan meninggalkan semua kerjanya untuk menunaikan
kewajipanya kepada Allah.
Dia?Ya sejak dia di alam remaja lagi sudah
sering meninggalkan solat, terutama ketika dia keluar bersama kawan-kawannya,
pada mula dia terlupa namun sekali terlupa menjadi kebiasaan dan akhirnya solat
sudah tidak menjadi kewajipanya lagi untuk diingati tiba waktunya. Dia juga
tidak rasa berdosa meninggalkan solat. Sampai di bumi Qeen Elizebeth lagilah
dia langsung terlupa pada solat. Dan kini setelah dia pulang semula keMalaysia
dan umurnya sudah mencapai lima puluh dua tahun dia tidak pernah lagi bersolat,
walaupun setiap kali waktu solat mommynya akan mengingatkan dirinya. Dalam pada
berfikir sampai juga kaki ketempat yang sudah lama tidak dikunjungi.
Ketika dia terjengul kawan-kawanya menerpa
bertanya, mengapa dia sudah hamper sebulan tidak menjenguk mereka disitu. Malam
itu, walau pun dia dikelab malam, namun dia tidak turut berhibur seperti selalu.
Dia hanya memandang disatu sudut. Kemudian datang dua wanita Syakira dan Ane
yang sememang selalu bersama Tengku Faris. Walaupun tidak dipanggil namun
mereka dengan sukarelanya bersedia melayani Tengku Faris sampai kemana pun.
Mereka disambut dengan senyum lebar oleh Tengku Faris.
“Hai!..you
kemana lama menghilang? Kenapa lama tak datang..kami rindu tau”. Rengek Syakira
manja.Tanganya mula merangkul lengan Tengku Faris .
“Haah
lah ..you ok ke…you tak sakit apa-apa kan”.begitu juga Ane menyambung
pertanyaan ..dia disebelah lengan Tengku Faris yang satu lagi.
“Hissy
you berdua ni minta I sakit pula..I ok saja..”
“Habis
kalau ok kenapa tak datang?”
“Saja
aje..sekarang ni I dah mula kerja. Bila dah kerja rasa penat pula. Maklumlah
badan dah tua”.
“Bukan
you dah ada ‘girl’ yang lain, yang menyebabkan
you lupa pada kami kat sini”.
Seronok mereka merapu entah cerita apa-apa.Tetapi
yang pasti bercerita-cerita dalam kain yang melebihi 18XL. Tengku Faris
melayani mereka berbual.. tetapi
beberapa minit kemudian Tengku Faris merasa jemu pula.Kalau dulu cepat
sahaja naik semangat lelakinya dengan cerita-cerita sebegitu. Tampa berlengah
dia akan mengheret salah seorang dari mereka kebilik hotel. Namun tidak malam
itu, semangat lelakinya bagaikan layu bila bayangan Nur Hidayah melintasi
mindanya. Biar pun Syakira dan Ane
mengeleser menguliti dirinya namun ditolak dengan baik. Malam itu dia tidak ada
mood katanya.
“Sorry
darling-darling I..malam ni I tak ada mood”.
“kenapa
dengan you ni”..rengek Ane pula.
“tuuu
ada yang tengah pandang you tu.I perasan dari tadi dia pandang you, you kenal
dia ke”.Tengku Faris cuba mengalih tumpuan dua wanita terhadp dirinya. Bibirnya
Tengku Faris memuncung kearah dua lelaki yang sedang memandang kearah mereka.
Tengku Faris tahu bukan dia yang dipandang tetapi mereka memandang pada
Syakirah dan Ane yang sememngnya gadis
hot dikelab itu. Macam mana tak hot Ane dan Syakirah masih muda, mempunyai
bentuk badan yang cantik, ditambah dengan keletah dan manja orangnya.
“Kenal..tapi
I lebih senang dengan you. You yang gentlemen dengan wanita.. diaorang tu rakus,
gelojoh lepas tu berkira.”.
“Pergilah
pada mereka..malam ni I nak bersendirian”. Mereka menghormati permintaan Tengku
Faris yang minta dirinya ditinggalkan sendirian. Dengan kaki yang berat mereka menjauh dari lubuk emas mereka.
Dari
satu sudut kelab malam, dia memerhati kawan-kawannya berhibur. Dia
memerhati Syakira dan Ane melayani lelaki lain. Dia dipeluk, dicium dan digomol
oleh lelaki yang dilayaninya. Bila dilihat perilaku mereka seperti haiwan pula,
kerana tidak rasa malu mempamirkan perlakuan mesra (mencium dan mengomol)
dikhalayak ramai. Jika nafsu sudah menguasai diri dan ditambah dengan air
sayitan yang mereka teguk terbang semua rasa malu.Tadi kata tidak suka tapi
kini mereka mengekek kesukaan bila lelaki yang kelihatan gairah mendakap
kemuntukkan tubuh mereka. Dia juga seperti lelaki itu dua tiga bulan yang sudah. Dan biasanya akan
berakhir dibilik hotel itu detik hatinya sendiri. Ya itulah dunianya
dulu.Itulah wanita yang dipeluknya sebelum ini. Kini baru dia sedar bekas
isterinya juga begitu.Bukan dia sahaja yang mendakap dan mengucup bibir merkah
mereka.Entah berapa ramai lekaki yang pernah memeluk dan mengomol mereka..
Puas
memandang Tengku Faris pulang semula
kerumah. Ketika itu jam dipergelangan tanganya baru menunjukkan pukul 11 malam.
Dia sampai dirumah kedua daddy dan
mummynya masih diruang tamu.Tengku Faris duduk berhadapan dengan kedua orang
tuanya. Malam itu dia nekad memperkatakan apa yang ada dihatinya. Dia ingin
berubah dan mahu Nur Hidayah yang menemani hidupnya.
“Daddy..Ris
teringin sangat nak kahwin dengan Nur Hidayah tu. Ris teringin beristerikan
seorang wanita yang suci dan hidup nya hanya untuk Ris sorang sahaja”.
“Boleh..kalau
Ris nak kahwin dengan dia, tapi Ris
mesti berubah dulu.Ris kena solat lima waktu macam dia. Dari sekarang Ris tahan
diri Ris dari kekelab malam berhibur dan
berkepit dengan wanita-wanita yang tak ada ikatan dengan Ris. Kalau mampu berubah macam tu In Syaa Allah mungkin Hidayah boleh mempertimbang kan permintaan
Ris tu. Tapi kalau Ris berubah Ris mesti berubah sampai keakhirnya..”.
“Rasanya
boleh daddy, lagi pun Ris dah jemu dengan hidup macam dulu”.
“Ris
kena fikir betul-betul. Daddy takut perubahan Ris untuk sementara sahaja.. Bila
Hidayah dah jadi isteri Ris, Ris jemu pula dengan dia. Mulalah Ris pergi
ketabiat lama. Nanti Ris mensia-siakan hidup seorang gadis yang baik macam
Hidayah tu.”.
“Ris
yakin Ris mampu mengubah diri Ris ni, kalau Hidayah ada disisi Ris. Daddy!! Ris memang nak mengubah diri Ris ni menjadi
seorang muslim yang taat..Ris dah jemu hidup macam yang sudah-sudah..”.
“kalau
macam tu belajar lah solat semula. Berapa tahun Ris tak solat...Ris masih ingat
ke bacaan dalam solat?”.
“Ris
dah tak ingat daddy..tapi daddy dan mommy boleh tolong ajar kan.” Tampa malu
Tengku Faris mengaku dengan jujur kelemahanya. Basah tubir mata Tengku Faridah
dan mula lah dia mencari bahu suaminya untuk menjadikan tempat dia menumpahkan
air mata kesyukuranya bila mendengar pengakuan anaknya.
Nur Hidayah merasa sungguh lega sudah sebulan
sejak dia menemani Tengku Faris makan tengahhari sampai ke Melaka tempuh hari,
Tengku Faris tidak lagi datang mengajak. Ada juga sesekali dia menemui anaknya
Tengku Farid..namun hanya sekadar lalu dihadapan mejanya. Walaupun matanya
tetap memandang dan memberi senyuman ramah kepada Nur Hidayah.
“Dayah!!Kenapa
papa bos tak pernah ajak kau keluar lagi. Kau perasan tak tadi dia ada lalu
depan meja kau, dia pun tak singgah kan. Kau cakap apa dengan dia..entah-entah
dia kecil hati dengan kau tak”. Rakan sekerja Nur Hidayah mula menyedari perubahan
tingkah laku Tengku Faris pada Nur Hidayah.
“Biarlah
dia.. aku lebih suka dia macam tu”.
“Kau ada cakap kasar dengan dia ke?”
“Mana
ada..agaknya dia dah sedar dirinya yang dah tua”.
“Kau
cakap dia dah tua ke yang jadinya dia tak pernah nak singgah meja kau lagi”.
“Ehh
mana ada. Aku tak cakap macam tu dengan dia, dia yang mengaku dia dah tua. Dia yang kata mungkin dia sebaya ayah aku kalau aku ada
ayah”.
“Ohh,
ingatkan kau yang cakap. Nenek aku
nasihatkan kalau kita tak suka seseorang kalau kita nak tolak dia, jangan
gunakan kata-kata kasar, kalau kita tak nak ..tolak cara halus cakap elok-elok supaya hatinya tak
terluaka. Biasanya kalau hati dah terluka macam-macam dia boleh buat kat kita..itu
kita kena jaga”.
Nur Hidayah tidak tahu dalam diam, dia sudah
menjadi dara pujaan yang di pujaan
olehTengku Faris. Nur Hidayah juga tidak tahu kini memang Tengku Faris
sudah berubah 100% kerana dia. Kini Tengku Faris sudah belajar membaca
surah-surah dan baca-bacaan didalam solat dengan kedua daddy dan mommynya.Dan
dia juga sudah mendirikan solat yang diwajibkan kepadanya. Tengku Faris sudah
menjadi seorang muslim yang taat. Sudah dua bulan sejak Tengku Faris membawa
Nur Hidayah makan tengahhari di Melaka, rutin harianya masuk sahaja waktu solat Tengku
Faris akan mengajak daddynya kesurau hotel mereka untuk mereka mendirikan solat
fardhu.
Bagi Nur Hidayah, dia tidak menjadi kisah
pada perubahan pada diri Tengku Faris. Malah dia juga merasa lega bila Tengku
Faris tidak lagi mengajaknya keluar atau
memintanya menemani keluar makan atau minum. Dia menjalan kerja seperti biasa dengan
tekun. Jika dia terserempak dengan Tengku Faris dia tetap menunduk tanda
horamat. Tetapi lain pula apa yang ada dihati Tengku Faris.. setiap kali dia
terlihat kelibat Nur Hidayah hatinya meronta. Dia ingin selalu menatapnya. Hatinya
tidak sabar mahu hidup bersama gadis yang dirasakan dapat menenangkan hidupnya.
Tiga bulan Tengku Faris mengubah dirinya.
Kini dia sudah biasa bersolat lima waktu. Setiap hari Jumaat dia kemasjid
bersama anak dan daddynya. Bila dirasakan dirinya sudah cukup bersedia, dia
meluahkan lagi hasrat hatinya kepada daddy dan mummynya.
“Mommy
bila nya yang boleh Ris Tanya Hidayah ni..umur Ris ni makin lama makin tua. Tahun
depan umur Ris masuk yang ke 53 tahu dah”.
“Tanya
lah diri sendiri bila Ris rasa dah bersedia. Kalau dia dah kata YA, barulah mommy
dan daddy pergi rumah dia. Buat lah majlis merisik dan bertunang. Kita nak
ambil anak orang bukan main terjah sahaja.Nanti tak diterima dek emak ayah dia,
susah pula Ris nak pujuk mereka. Dia orang mana Ris?”. Usul Tengku Faridah
“Entahlah
mommy, Ris tak pernah terfikir tanya asal
usul dia”.
“Tak
apa itu perkara kecil sahaja. Kalau dia setuju jadi isteri Ris, walaupun dia
orang KUTUB UTARA atau SELATAN pun,
daddy dan mommy sanggup pergi meminang untuk Ris. Ris jangan bimbang tentang
tu. Esok pergi tanya dia.. sudi ke dia bersuamikan Ris yang dah nak masuk skim
warga emas ni”. Kata Tengku Faizal pula membayangkan mereka tidak kisah asal
usul Nur Hidayah.
“Daddy
ni selalu nak ingatkan Ris ni dah tua”.
Hadoi...hadooiii... naik semput nafas bila fikir hidayah kena kahwin dgn tg faris ni.. Janganlah mereka ada petalian darah.... Biarpun hukum mengatakan boleh tapi adoi tak sanggup... mak teh... kesianya hidayah... Geli geleman rasanya..
ReplyDeletek.mid
Mmg geli k.mid tp derang ni boleh kahwin sebab bukan muhrim walaupn dari benih bapanya..
Delete