Sarah mengambil beg pakaianya dan
menuju kerumah emak angkatnya.
Sedang Puan Siti NurBahiah hendak mengangkat takbir kedengaran suara
perempuan memberi salam diluar rumah.
Sangkanya kakak iparnya yang memberi salam. Cepat-cepat dia menuju pintu
untuk mencari kepastian mengapa kakak iparnya datang kerumahnya di tengah
Magrib buta. Mungkinkah ada kecemasan???.
Alangkah terkejutnya Puan Siti
NurBahiah, melihat kemunculan anak angkatnya di muka pintu.Hatinya melonjak kegembiraan
lalu dipeluk kemas anak angkatnya dengan rasa bersyukur. Malam ini dia bakal
berteman dan bakal ada teman berbual.
“Sarah dah makan?”
“Belum mak, balik lepas pejabat tadi
pukul 430, tapi masa nak kelaur dari KL tadi jalan sesak sikit, highway ok,
kereta berjalan lancar saja. Tu yang lewat..mak dah solat?”.
“Belum lagi tengah nak angkat takbir
tadi dengar Sarah bagi salam mak
berhenti, jomlah kita salot sama mak tunggu. Kenapa tak cakap nak
balik?..” Sambil menarik tangan anak anagkatnya masuk kerumah bmereka berbasa
basi dia depan pintu masuk kerumah.
“saja nak bagi kejutan kat emak..mak
solatlah dulu Sarah cuti hari ni”.
“Ialah mak solat dulu nanti kita makan
sama ye”. Sarah merasakanh emak
angkatnya sentiasa memaknakan kehadiran
dirinya. Bahagia hati Sarah ada ibu tempat dia bermanja.
Walaupun
hanya emak angkat yang baru dikenali belumpun sampai sebualan, namun kelembutan
dan sikap keibuan Puan Siti sangat menyenangkan hati Sarah.Tidak disangka
hilang kasih sayang seorang suami dia mendapat kasih sayang seorang ibu pula.
Ialah Allah itu Maha Adil dan Maha pengasih. Yang sebetulnya bahagia itu ada
dimana-mana. Carilah bahagia kita
sendiri jangan menempel kasih orang yang menyebabkan orang ditempel menderita. Itulah
prinsip hidup Sarah sekarang.
Sementara
menanti emak angkatnya selesai solat, Sarah kedapur menghidang makanan.
Semenjak dia menyewa besama Maryam dia tidak kekok lagi melakukan kerja-kerja
dapur, dia sudah pandai memasak yang mudah-mudah..nasi goreng atau pun mengoreng telur, itulah hikmah dari
perceraianya. Biar pun pahit namun ada manisnya. Dia sudah ada kepandaian untuk
kehidupan yang akan diharungi sendirian.
Setelah selesai emak ankatnya solat dia kemeja makan, Sarah sudah
menantinya untuk mejamu selera. Tersenyum
lebar Puan Siti melihat makanan sudah siap berhidang.
“Alhamdullih mak masak lebih hari ni Sarah.
Mak tadi macam terasa-rasa Sarah nak balik, rupanya memang Sarah balik, suka
sangat hati mak ni Sarah. Tapi lauk tak sedap sangatlah Sarah, lauk orang
kampong. Ikan puyu ni si Mizan yang memancing dengan ayah dia pagi tadi. Banyak
juga diorang dapat..emak tolong siang tadi, itu yang dapat sikit ni.” Sambil
bercerita senyuman emak angkatnya tersungging dibibirnya bagai tidak mahu surut
dari hujung bibirnya. Sarah juga begitu dia merasakan sangat bahagia bila ada
orang yang ambil berat tentang dirinya.
“Mizan
tu siapa mak?”
“Abang siYam..ayahnya Zurin dengan
Zira”. Sarah terbayang lelaki muda yang merenungnya tadi. Wajahnya nampak
garang.
“Yam tu ada berapa adik beradik mak?.”
“Tiga orang saja..kakaknya yang datang
masa raya hari tu, Mizan dengan Yam.. entahlah keturunan kami ni macam tak
banyak. Emak nipun tiga beradik juga. Ayah siYam tu abang sulong emak. Abang
emak sorang lagi mengajar kat Sarawak laki bini cik gu, tapi dua tiga tahun lagi nak pencen katanya nak balik sini.
Dia tu anak ramai sikit lima orang semua lelaki. Emak ni langsung tak ada
anak.”
“Rezeki anak Allah yang bagi mak.
Kalau kita nak sangat pun kalau Allah belum nak bagi tak dapat juga”.
“Ilah Sarah, emak pun tak harap sangat..emak
kahwin pun dah tua, kalau ada rezeki adalah kalau tak ada pun tak apa. Mak tumpanglah
kasih Sarah, Maya, Mizan dan Yam pun tak apa. Lagi pun manalah tahu anak-anak
suami emak sayang kat emak suatu masa nanti bertambah lagi anak-anak emak”.
“Ialah mak Sarah ni pun macam emak
juga, dapat tumpang kasih emak pun Sarah bersyukur sangat. Tapi kenapa emak
dengan abang emak tu berjarak sangat.”
“Entahlah Sarah, dengar cerita arwah emak emak dulu nak dapat emak ni
dia berubat sana sini amalkan petua yang dia bagi barulah dapat emak ni anak
perempuan tunggal, masa tu abang emak yang nombor dua tu dah sepuluh tahun.
Macam emak siYam tu nak dapat anak pun susah sangat. Jaraknya jauh-jauh. Maya
dengan Mizan tu kalau tak silap berbeza enam tahun kemudian Mizan dengan Yam
lagi jauh, Mak ingat siMizan tu dah
sekolah baru siYam tu lahir”.
“Mereka merancang kot mak”.
“Tak lah.. kita orang kampung mana nak
merancang-rancang. Entahlah kata dukun yang mengurut emak siYam rahim dia
tinggi itu sebabnya susah nak lekat. Emak siYam tu kalau nak mengandung kena
jumpa dukun urut, turunkan rahimnya barulah lekat. Yang sebetulnya kita ni
kalau anak ramai lagilah suka. Meriah”.(Cara berurut ni jangan dicuba, lebih
baik guna cara hospital. Ni mak teh dengar pada cerita orang keliling saja.
Kalau ada yang tahu kongsilah).
Sedang
mereka hendak menyuap nasi kedengaran suara halus memberi salam dari luar
rumah. Puan Siti NurBahiah bangun untuk membuka pintu. Rupanya Maryam dan dua
orang anak saudaranya yang datang bertandang.
“Ehh kata lepas Isyak baru Yam
datang”. Itu soalan yang keluar dari mulut Sarah bila melihat Maryam terjengul
di ruang makan mak sunya.
“Ni haa budak kecil berdua ni tak
menyempat nak jumpa akak, Yam tak sempat nak makan lagi dah di gesanya Yam
hantarkan mereka kesini. Kakak ni..
katanya minta akak suap diaorang makan”. Sambil memuncungkan bibirnya menunjuk kearah
anak buahnya yang tua. Sarah berdiri
diambag pintu ruang tamu, melihat sahaja sahabat nya yang baru nak masuk
kerumah yang berwajah cemerut tanda tidak puas hati dengan kerenah anak
buahnya. Kemudian dia kembali kemeja makan kerana makanan mereka tidak
bertutup.
“Mak su Yah! ni mak bagi masak lemak
daun turi, Yam bawa nasi Yam Mak su,
perut Yam ni lapar sangat, geram betul dengan budak dua orang ni. Tak
sempat nak makan dibuatnya kita ni. Mererngek-rengek tak meyempat lansung ”.
Bebel Maryam yang masih tak habis lagi dengn geramanya kerana tingkah dua orang anak saudaranya. Sambil
menatang pinggan nasi yang dibawa dan sebekas sayur dari rumahnya. Sedang
mereka berkisah dimuka pintu Zurin dan Hirah sudah berdahuluan duduk dipangkuan
Sarah.
“Tenguk tu tenguk tu manja bukan main
budak berdua tu dengan akak”. Maryam melihat sahaja anak buahnya.
“Kalau macam tu jomlah kita makan..Mak
su pun baru nak menyuap nasi tadi.
Kakak dan adik dah makan.Ehh mana
budak berdua ni tadi??”
“Ni haa mak dah duduk kat Sarah ni
mak”.
“Belum mak su, Yam dah senduk nasi dah
diaorang sibuk pula menangis nak kesini, tak boleh nak tunggu lagi, tu yang
datang ni bawa bekal lagi..”.Maryam menjawab bagi pehak anak buahnya.
“Ada lauk untuk anak-anak kamu tu Yam.
Lauk mak su pedas ni”.
“Tak apa mak biar Sarah goreng telur
hancur”. Zurin dan Zira makan disuapi
oleh Sarah kerana mereka yang mahu Sarah menyuapi mereka. Selesai makan dan
berbual sebentar Maryam meminta diri.
“Dah kakak adik meh kita balik mak su
dah nagtuk ni”.
“Mak Su pergilah mak su balik kakak
ngan adik nak tidur dengan mama”.Zurin yang sudah petah bercakap mengeluarkan
rancangannya. Sedari tadi dia dan adiknya tidak lepas dari pangkuan Sarah,
seakan rindu benar mereka. Begitulah anak-anak kecil yang mengharapkan kasih seorang ibu. Bila ada orang yang
menghulur kasih dengan ikhlas mereka dapat merasainya.
“Kak Sarah!! Dari kita sampai tadi
Zurin ni panggil akak mama, tau kak. Akak tak kisah ke?”
“Ye ke Yam diorang ni panggil akak
mama?. Ingat akak dia panggil Yam mama. Masa nak balik raya hari tu sekali dia
panggil akak mama…tapi masa tu akak rasa dia panggil tersalah orang. Masa tu
amak rasa mungkin dia tersalah pandang.. dia pandang akak macam Yam, jadi akak
diamkan saja”. Sambil berkerut-kerut dahi Sarah bercerita.
“Taklah, memang dia panggil akak mama.
Dari kita sampai tadi.. sampai nak datang sini, yang sikakak ni tak habis-habis
dengan mama dia. Akak tak kisah ke diaorang ni panggil mama kat akak”.
“Kalau betul pun akak tak kisah Yam,
hanya panggilan sahaja bukan akak rasa sakit pun kalau diorang ni panggil
‘mama’ kat akak.Janji mereka ni rasa gembira. Lagikan kalau kita dapat
membahagiakan hati anak yatim kita dapat pahalakan mak. Akak ni Yam nak cari
pahala banyak-banyak Yam. Akak ni dahlah tak ada siapa-siapa lagi, amal ibadat
pun yang biasa-biasa saja. Dapat akak pahala dengan cara ni. Akak beryukur
sangat Yam. Dengan Rahmat yang Allah bagi ni dapat jumpa dan kenal anak-anak
buah Yam ni. Yam! Sebenarnya akak rasa
bertuah sangat diorang ni nak manja dengan akak. Tak ada anak sendiri dapat
tumpang manja anak orang pun jadilah.” Cepat-cepat Sarah menyeka air mata yang
sudah bergenag ditubir matanya. Dia
menuturkan apa yang ada dihatinya. Ketika itu Zurin mendongak memandag kewajah
Sarah. Mungkin dia ingin memandang wajah yang dirindui.
“Kenapa mama nangis sakit ye kakak
duduk kat pangku mama”. Zurin sudah bangun mahu duduk dilantai.
“Ehh tak lah mama gembira dapat peluk
kakak ngan adik macam ni”. Sarah menarik dan memeluk dua beradik anak yang
kehilangan kasih ibu dengan kejap.. penuh dengan kasih ibu. Tetapi itulah yang
dirasakan waktu itu. Dia sayang dan kasihan dengan anak-anak buah Maryam yang
kecil lagi sudah kehilangan kasih ibu.
“Eloklah tu Sarah Yam, memang betul
kita ni kalau membahagiakan hati anak yatim dapat pahala. Hidup kita pun akan
diberkati Allah. Kamu jangan tak tahu doa anak yatim sangat didengari oleh
Allah. Jangan sekali kita sakiti hati anak-anak yatim tau Sarah, Yam.”.
“Ehh maksu Yah yatim tu bukan ke orang
yang tak ada ayah. Ni Zurin dan Zira
ayah dia ada lagi hanya emaknya sahaja yang tak ada”.
“Lebih kurang lah tu..tapi tak ada
emak lagi sedeh Yam biasanya masa kita kecil kasih ibu tu lah yang penting, kan
ibu yang akan membelai dan mejaga anak-anaknya masa kecil, dialah yang
menyusukan dan menyuapi anak-anaknya. Baik hati Sarah, semoga dengan ikhlasan
hati kita Allah memberkati hidup kita dikemudian hari InsyaAllah”. Sarah
menciumi kepala dua orang anak kecil dipangkuanya dengan hati yang sebak.
Terdetik
dihatinya sedangkan dia yang sudah dewasa sangat merasai kehilangan seorang
ibu, inikan pula Zurin dan Zira yang masih kecil. Dia berjanji pada dirinya
selagi kasihnya diperlukan oleh anak-anak yang dipangkuanya dia akan
menghulurkanya dengan ikhlas.
Hari
semakin malam. Mata Maryam sudah mahu tertutup kerana badannya letih. Ialah
dari tempat kerja tadi mereka menerus perjalanan balik keMelaka. Walaupun dia
tidak memandu namun keletihanya terasa juga.
Dia bangun meminta diri mahu beransur kerumahnya keluarganya. Dimatanya
sudah terbayang tilam dan bantal didalam biliknya yang telah lama tidak
dipeluk.
“Jom kakak adik mak su dan ngantuk
ni”.
“Mak su kakak ngan adik nak tidur
dengan mama”. Bila Maryam menarik tangan anak saudaranya, sekali lagi Zurin mengatakan dia mahu tidur
bersama mamanya. Zira walaupun dia tidak
pandai berkata-kata namun dia memahami apa yang disampaikan oleh kakaknya dia
mengangguk-angguk kepala tanda menyokong apa yang diperkatakan oleh kakaknya.
“Hissy kakak ni. Kakak tak boleh nak
tidur sini, nanti ayah kakak ngan adik marah. Ayah kakak tu sebulan sekali
cuti, nak juga dia tenguk muka kakak ngan adik yang comel ni puas-puas. Kan
ayah kakak baru balik. Kita balik dulu, esok siang kita jumpa mama kakak ngan
adik lagi ye.” Lembut Mayram memujuk
anak buahnya bila mendengar nasihat mak sunya tadi.
“Nanti mama balik kakak tak nampak”
Sambil mencebik mahu menangis sikakak yang sudah petah meluahkan apa yang ada
dihatinya. Sebenarnya dia sangat takut ditinggalkan lagi.
“Kakak tahu tak.. selagi mak su tak
balik mama ni tak balik juga tau.Mama ni tak tahu jalan nak balik KL kalau mak
su tak ada”. Maryam pula geram hati dengan kedegilan anak buahnya, itulah yang
keluar dari mulut Maryam. Berderai ketawa Puan Siti Nurbahiah dan Sarah
mendengar penerangan siYam mengula-gulakan akan buahnya..Bila mereka mula
mencebik hendak menangis. Sarah pula cuba memujuk…
“Kakak ngan adik balik dulu ye, ni dah
malam nanti ayah kakak marah.Kalau ayah
dah marah nanti mama tak boleh balik sini lagi. Esok siang datang sini lagi
kita boleh main ye, siang ayah tak marah. Yam boleh ke diorang panggil akak ni
mama Yam. Takut emak ayah Yam salah faham kat akak ni”. Sarah Takut bila dia
membahasakan dirinya ‘mama’ pada Zurin dan Zira nanti akan timbul salah faham
pada keluarga Maryam pula nanti.
“Kan tadi Yam yang tanya akak boleh
ke?, ni dia tanya kita balik pula. Emak dan ayah Yam tak kisah janji
budak-budak ni bahagia mererka tak
adanya salah faham kak. Dia tahu cucu dia dan mak pun kenal akak macam mana.”
“Bila sikakak ni mula memanggil Sarah
mama”.Soal Puan Siti NurBahiah menyelidik. Maryam mula memegang dagunya. Dia
mula memikir kemudian dia mengeluarkan mengeluarkan hujahnya yang boleh
diterima pakai juga.
“OOO. ..Kan masa raya hari tu
anak-anak kak Maya ada..dia dengarlah mereka tu panggil kak Maya tu
mama..agaknya dia pun teringin juga”.
“Betullah tu Yam masa kita pasang
langsir. Mereka ada bergaduh sikit, tapi akak tak tahu apa puncanya mereka
bergaduh, tiba-tiba anak kak Maya yang tua tu kata ‘kita ada mama’. Lepas tu
kakak tarik tangan adik dia duduk kat panggku akak ni, dia kata dia pun ‘ada
mama’. Masa tu Yam, akak rasa nak menitik air mata akak ni, sedeh benar dengar
suara Zurin Yam. Akak yang sebetulnya tak kisah kalau mereka nak jadi anak
angkat akak. Yam pun taukan akak ni lama sangat teringin ada anak. Teringin
sangat ada anak kecil panggil akak mama”.
“Alhamdulillah jadi anak angkat akak
lah budak berdua ni..akak jadi anak angkat mak su..anak buah Yam ni jadi anak
angkat kak Sarah..berangkat-anagkatlah kita” khe..khe..khe tiga wanita menahan
sedikit suara tawanya.Orang perempuan
tak boleh ketawa kuat-kuat tak sopan.
“Kak Sarah esok jadi ke kita nak pergi
naikMelaka River Cruise”.
“Rasanya tak payahlah. Akak takutlah
ayah budak berdua ni marah nanti, kalau
kita bawa anak dia”.
“Kalau nak tunggu dia tak ada kena
tunggu sebulan lagilah. Abang Zan kalau cuti sebulan duduk rumah”.
“Tak apalah bulan depan pun bulan
depanlah. Lepas dapat gaji kita pergi”.
“Nak pergi mana ni, berdua buat
rancangan. Tak ajak emak ke Sarah?”
“Tak mak Su kak Sarah ingat esok nak
ajak mak su dengan budak berdua ni naik Melaka River Cruise, kemudian kita naik
Menara Taming Sari esok. Tapi sebab abang Zan ada ni tak jadilah kita pergi.
Kita pergi bulan depan nak. Mak su nak ikut ke?”.
“Eloklah bulan depan boleh mak su
ikut, mak su ni kalau nak berjalan kena
minta izin ayah Is dulu. Pergi mendudu-dudu kita ni dah kahwin tak elok. Kalau
dah bersuami buat cara dah bersuami. Kalau nak keluar minta izin dulu barulah
berkat hidup seorang isteri tu”.Kagum Sarah dengan pendirian emak ankatnya.
Walau pun jarang dijenguk oleh suami namun kesetiaannya tidak berbelah bagi.
Sepeniggalan Maryam kerumah mak su
nya, memberi peluang Mizan menyelidiki siapa Sarah.
“Siapa dia tu mak. Kakak dengan adik
macam rapat sangat dengan dia tu.” Mizan memulakan sesi soal siasatnya.Dia
ingin menjadi detaktif Conan malam itu.
“Kawan serumah dan kawan satu tempat
kerja Maryam.Dia dah tiga kali datang rumah kita ni. Budaknya baik lembut
dengan budak-budak, itu yang kakak dengan adik suka dekat dia tu kot”.
“Mak jangan bagi siYam tu bawa orang
yang tidak-tidak mak. Manalah tahu dia ada niat tak baik pada kakak dan adik,
nanti susah kita”.
“Apalah yang nak diniatkan tak baik
dengan kita Zan. Kita ni bukannya orang kaya yang dia nak culik anak kamu tu.
Atau kamu takut dia goda kamu bila tahu kamu tu duda. Kalau dia nak goda kamu
atau nak pikat kamu tentu dia masuk tadi. Ni bila dia nampak kamu terus dia
pergi rumah mak su Yah. Nanti mak nak selidik Yam ada cerita tentang kamu kat
siSarah ke tak.”.He.He he ketawa Hajjah Nafisah mengetawakan anak
dudanya diikuti oleh ayahnya Haji Marzuki.
“Orang kalau nak buat jahat bukan
sahaja pada yang kaya emak ayah.Mana lah tahu dia culik kerana nak ambil
anggota badan. Sekarang dah ada kes orang bunuh orang kerana nak jual anggota
badan”.Dek kerana dah malu alah Mizan terus sahaja kecerita yang
menakut-nakutkan emakanya.
“Hissy jangan lah kamu fikir sampai
macam tu Zan, takut jadi doa saja nanti.Heee Zan jangan fikir yang macam tu.”
Hajjah Nafisah sudah kengerian membayangkan cucu-cucunya dianiya. Terus saja
ceritanya bersambung…
“Dari cerita siYam, dia ni emak
ayahnya dah tak ada, anak yatim piatu. Adik beradik pula dah buang dia pasal
berebut harta. Jadi dia tak ada tempat nak berhari raya, itu yang Yam bawa
balik rumah kita. Kalau dia tak ikut Yam balik hujung minggu dia tercongok-congok sorang kat Damansara tu.
Jadi Yam ajaklah dia balik sini dapat juga dia main dengan Zurin dengan
Zira”.Balas Haji Marzuki pula.
“Dia tak ada boyfriend ke nak keluar
hujung minggu”.
“Kata Yam dia baru saja bercerai.
Kahwin dua tahun lebih tapi tak ada anak, tu yang dia suka budak-budak. SiZurin
lah manja betul dengan dia. Masa raya hari tu sepanjang dia kat sini asyik
berkepit saja. Kehulu kehilir mengikut kemana dia pergi. Budak sebesar Zurin
perlu orang yang rajin melayan dia berbual Zan. Budak seusia Zira pula perlukan
orang melayan kerenah dan manja dia. SiSarah ni pula memang pandai melayan itu
yang melekat sangat budak-budak tu dengan dia.” Terang Hajjah Nafisah lagi.
“Kenapa ye mak dia bercerai..kalau
diikutkan dua tahun kahwin, rasanya baru sangat”.
“Mungkin dia tak ada anak itu yang
suaminya ceraikan dia”.
“Hssy baru dua tahun kahwin tak ada
anak kena cerai, macam tak lojik saja. Kalau betul apa yang emak cakap kejam
betul bekas suami dia.”.
“Entahlah..tapi kalau kita tenguk
siSarah ni baik orangnya kan ayahnya, sepanjang dia kat sini lah, tak nampak pula dia tu macam perempuan tak
baik, tergedik-gedik. Tadi tu dia tak jadi masuk bila dia nampak kamu Zan”.
“Entahlah emaknya, Zan..dahlah jangan
cerita pasal orang. Emaknya pergilah senduk nasi jomlah kita makan, nanti
sampai malam pun tak habis lagi kita makan asyik berbual hal orang saja.”
Memandangkan Maryam sudah kerumah Mak suYahnya kerana menuruti permintaan dua
orang cucunya. Selepas solat Isyak barulah mereka kemeja makan untuk makan
malam.
Kerana kehadiran abang Maryam
menyebabkan hamper tiga minggu Sarah tidak mengikuti Maryam pulang keMelaka.
“Kak Sarah minggu ni nak ikut Yam
balik Melaka tak?”.
“Akak rasa tak nak baliklah”.
“Ehh kenapa tak nak balik pula”.
“Minggu ni akak nak rehat kat rumah.
Dalam minggu ni kena siapkan penyata kira-kira tahun lepas, kemudian nak semak penyata
bulanan ada yang tak betul pula jumlahnya, akak tengah pening ni nak cari mana
silapnya. Inilah bahana menyambung kerja orang Yam.. Entah macam mana budak
dulu termasukkan salah nombor, puas cari tapi tak jumpa jumlahnya. Pening akak.
Bila diteliti betul-betul rupanya salah masuk nombor.”
“Kalau akak tak balik Yam pun tak
balik lah. Apa kata kita masak specil sikit hari Sabtu dan Ahad ni”.
“Masakkan apa yang specil, yang Yam
tahu ke nak masak selain masak yang biasa kita masak”.
“Keuh teaw goreng kerang.Ini makanan
kegemaran abang Zan Yam. Dia kalau buat huuu marvellous habis. Kalau dia yang
masak kami semua makan hingga menjilat jari kalau tak malu jilat pinggan hingga
licin. Tak payah nak basuh dengan Sunlight bagai.” Kemudian ada tawa dihujung
kata-katanya. Sarah juga turut ketawa melihat gaya lucu Maryam.
“Ia ke Yam, sedap sangat ke. Yam ni
buat akak kecur air liur saja.”
“Ia ,memamg sedaaap mmm”. Maryam
membayangkan kueh teau buatan abangnya yang sememangnya sungguh lazat.
“Apa yang dibubuhnya sampai sedap
sangat”.
“Entah tapi kalau dia masak, kuehteawnya basah sikit. Makan masa
panas-panas”.
“Habis kalau tak tahu nak bubuh apa
macam mana nak buat Yam”.
“Apa susah yam calllah abang Yam tu,
tanya macam mana nak buat.Yam cakaplah akak nak makan”.
”Haa jangan nak jual akak pula dia
yang teringin kita pula dijualnya. Jangan.. jangan, malu akak. Nanti abang Yam tu tahu akak tak tahu masak”.
“Apa nak malu kak, kalau tak tahu itu yang kena belajar. Orang kata malu bertanya sesat
jalan.Malu nak belajar masak kita tak pandai masak”.
“Ahh pandainya Yam buat pantun ke kata
bidalan tu”.
“Apa-apa saja lah kak, kiranya jadilah
kita masak kueh teaw kan kak Sarah”.
Dua
minggu Sarah tidak menjenguk anak-anak angkatnya. Ridu kepada Zurin dan Zira
hanya Allah sahaja yang tahu. Begitu juga anak-anak buah Maryam kasih yang
dihulur oleh Sarah menyebabkan mereka ternanti-nati kemunculan Sarah. Setiap
hari mereka berdua asyik memandag jalan kalau-kalau muncul kererta Sarah.
Kasihan nenek yang melihat tingkah mereka berdua.
“Kakak adik minggu ni kan mama kata
dia tak balik, tak payahlah tunggu lagi meh dengan nenek, carikan uban nenek ni
sini sayang”. Pujuk neneknya yang kasihan melihat cucu-cucunya..sejak bangun
tidur lagi Zurin dan Zirah duduk dimuka pintu.Kebetulan pula hari itu hari
Sabtu sememangnya pada kebiasaanya hari itu Sarah dan Maryam akan pulang
menjenguk mereka.
“Nek kenapa mama tak balik..dia ada
kata kakak ngan adik jahat ke?” Zurin mula meyelidik mengapa orang yang
dipanggilnya mama tidak pulang menjenguknya.
“Bukan pasal kakak ngan adik jahat
mama tak balik, tapi bos dia bagi dia banyak kerja, itu yang mama tak sempat
nak balik”.
“Jahatnya bos mama..kalau macam tu
mama tak payah kerjalah Nek”.
“Ehh mana boleh tak kerja. Kalau mama
tak kerja dia tak ada duit nanti”.
“Ohh kalau mama tak kerja dia tak ada
duit ye nek”.
“Memanglah kalau tak kerja siapa nak
bagi mama dengan mak su duit”.
“Nenek tak kerja, nenek ada duit tak
nek?”.
“Nenek tak payah kerja, atuk yang bagi
nenek duit. Kalau atuk jual lembu dia atuk bagilah sikit kat nenek sikit”.
“ooo” panjang o yang kelaur dari mulut
Zurin tanda faham kata-kata neneknya. Dia yang sudah berusia 4 tahun memahami
kata-kata neneknya namun adiknya yang baru berusia dua tahun hanya melepek
dipangukan neneknya mendengar kakak dan neneknya bercerita.
Best citer ni..smbungla cpt2..biar sarah ngan mizan..ssuai la...
ReplyDeleteAbg siYam ni mcm serius je orgnya. Tak mesra alam sampai sarah pun takut.
ReplyDeleteNanti mak teh selit la citer Nuri&Syukri. Rindu kat dia orang.
hehe ...rindu juga ngan nuri dan syukri..
ReplyDelete