Malam ini malam Jumaat,
Ambil bedak sapu dipipi,
Tepuk bantal panggil semangat,
Moga berjumpa didalam mimpi.
Keesokkan harinya majlis dirumah keluarga Farhan pula.
Mereka diraikan oleh jiran-jiran mereka yang sama juga, hanya keluarga mereka
sahaja yang berbeza. Usai majlis, Fatin pula yang mula berkenalan dengan
keluarga Farhan. Ibu mertuanya membantu anaknya memperkenalkan diri kepada ahli
keluarga mereka satu persatu. Setelah malam menghampiri angka 10 Farhan
menghampiri isterinya yang sedang tekun melihat ibunya memanaskan lauk pauk
siang tadi. Ditariknya tangan isterinya menyisih ketepi sedikit..dengan
perlahan dia berbicara.
“Abang hantar kakak balik rumah kakak ye..hari dah
malam ni.”
“Ialah..nak cakap dengan ibu ke?” Farhan mengeleng-gelengkan
kepalanya tanda tidak perlu memberitahu ibunya. Kemudian Fatin mula
mengundurkan dirinya lalu mengikuti langkah suaminya kemuka pintu. Dalam
perjalanan kerumah keluarga isterinya Farhan mencapai tangan isterinya
digengamnya erat. Kemudian jari mereka bersulam antara satu sama lain..ada perasaan
indah yang menjalar dalam urat nadinya lalu diluahkan kepada gadis yang telah
menjadi isterinya yang sah semalam..
“Agaknya macam nilah rasa pasangan kekasih kan kakak.
Itulah pasalnya masa mereka jalan-lalan sambil berpegang tangan, mereka asyik
tersenyum saja dan wajanya pun nampak sangat gembira”.
“Abang sekodeng orang bercinta yee..?” soal Fatin
ingin tahu.
“Taklah abang tak sekodeng orang lah abang nampak
Edlan masa dia jalan dengan Su dulu masa tu diaorang tengah hangat bercinta, kitaorang
kat Shah Alam lagi masih belajar”.
“Hebat juga cinta mereka dari belajar sampai kerja
cinta mereka masih bertahan, ada seseterngah orang tu tamat saja belajar maka
tamat jugalah kisah cinta mereka”.
“Mereka tu setia pada yang satu..Edlan selalu juga ajak
abang, jika dia jumpa Su tapi abang saja
malas nak ikut. Adalah sekali dua abang ikut, masa tulah abang nampak wajah
bahagia mereka berdua..tapi lepas tu
abang malas nak ikut..”.
“Jadi abang nak buat macam merekalah ni..apa yang
abang rasa sekarang ni?”.
“Emm..abang rasa bahagia sangat bila dapat pegang
tangan kakak macam ni tapi rasa sedeh pulah bila dah nampak pagar rumah kakak
..Rasa susah nak lepaskan kakak pergi, rasa macam nak…” ayatnya terhenti lalu
memandag wajah isterinya.
“Kakak tak rasa apa yang abang rasa?” Fatin hanya
tersenyum memperlihatkan lesung pipitnya. Bertambah susah Farhan melepaskan
isterinya. Mereka meneruskan perjalan mereka, perlahan sahaja langkah pasangan
yang baru hendak menikmati rasa cinta ..sambil
menyulam jari jemari mereka.
“Dah sampai ..cepat betul kita sampai kan..itulah
kakak jalan laju sangat belum sempat nak cerita kita dah sampai depan pagar
rumah ayah.”
“Dah rumah kita dekat nak buat macam mana ..takkan nak
merangkak pulak.”
“Isteri abang ni kalau bercakap ada-ada saja..tapikan
abang tak sangka abang dah ada isteri sekarang ni. Rasa macam mimpi
pulak…dengan jiran sendiri pulak tu.”
“Kenapa?…abang menyesal ke kahwin dengan jiran..dari
kecik sampai kebesar dan akan sampai ketua pandang wajah yang sama.”
“Emm..”Mata
Farhan dijulingkan kelangit seakan berfikir atau mencari apa yang
dirasa…kemudian dia menjawap pertanyaan isterinya.
“Rasanya tak ada rasa kesal dalam hati abang ni… rasa
bahagia adalah. Abang dah ternampak cahaya bahagia dihidup abang masa akan datang…sekarang
hidup abang tak sendiri lagi, dah ada orang yang temankan abang berbual...nanti
kita akan kongsi semuanya..kisah suka
dan kisah duka kita kan kakak. Tapi abang nak tanya kakak jawab dengan
jujur..kakak menyesal tak kahwin dengan abang yang jiran selorong dengan
kakak.. manalah tahu kakak rasa tak ada
cabaran langsungkan kahwin dengan orang dekat”.
“Tak juga, tapi kakak takut abang yang menyesal sebab
dahlah dekat ditambah lagi kakak tak ada keistimewaan..kakak hairanlah kenapa
abang tak pilih nurse banyak yang cantik-cantik
kat hospital tu”.
“Abang tak pilih cantik tapi abang pilih ikut hati
abang..dah hati abang suka kat kakak nak buat macam mana”.
“Ialah tapi kalau abang pandang keliling.. abang akan
nampak sebenarnya abang ada banyak pilihan. Kat hospital itu banyak nurse atau
doctor perempuan yang boleh abang pilih..kakak tak cantik takut bila dah lama,
abang akan rasa menyesal pula.”
“Dengar sini sayang…abang memang dah tetap kan dalam
hati abang, kakak yang abang pilih. Abang tak pernah berani nak pandang wanita
yang bukan muhrim abang selama ni..tapi dengan kakak sekali terpandang..abang
selalu pula memikirkan. Kadang-kadan abang rasa rindu nak pandang kakak.Jadi
abang tetapkan dalam hati kakaklah jodoh abang sebab itulah Allah lorongkan
perasaan ini. Pada abang..abang suka kakak kerana diri kakak bukan pada wajah
atau pada keistimewaan kakak. Abang cakap sungguh dari hati abang ni.” Farhan
menepuk perlahan dadanya menunjukkan kesugguhannya.
“Emm”. Hanya itu yang keluar dari bibir Fatin melihat
ketulusan hati suaminya. Dia percaya.
“Kakak..abang ada satu pantun lama untuk kakak dengar
ye...Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan…”mulalah Farhan membuka puisi pantun lamanya…
sebenarnya dulu Farhan suka membaca buku-buku cerita hikayat..dia suka
kata-kata puisi..dan Farhan juga suka menonton cerita-cerita tahun 70an itulah
Farhan yang berjiwa seni…walau pun dia belajar dalam bidang Sain namun
dihatinya tetap ada sastera untuk menceriakan hatinya.
“Pandai abang berpantun…kalau abang berpantun dengan
nurse-nurse kat hospital kakak berani potong jarilah mesti mereka tersangkut
hati kat abang”.
“Pantun-pantun ni hanya istimewa untuk isteri abang
seorang saja”.
Fatin memandang suaminya memang ada keikhlasan
dimatanya. Dalam hatinya rasa sangat bersyukur disertai dengan rasa kasih yang melimpah.
“Abang baru teringat, lama abang nak tanya kakak…”
“Tanya apa???”.
“dulu masa kita sekolah rendah kita naik kereta Pak
cik Leman kan..masa tu kakak darjah berapa?.”
“ Iss ingatkan nak tanya apa tadi…Entahlah kakak tak
ingat.. rasanya darjah satu sampai darjah dua, lepas tu kita orang dah naik van
pulak sebab masa tu Pak cik Leman dah tukar tempat kerja”.Encik Leman seorang
kerani disekolah Farhan dan Fatin. Dia berbesar hati menumpangkan anak-anak
jiran yang belajar disekolah dia
bekerja. Sementelah tiga orang anaknya
sudah bersekolah menengah dan tinggal diasrama.
“Itulah masa kat hospital pertama kali abang nampak
kakak abang tak ingat..tapi rasanya muka kakak ada dalam memori
abang..berhari-hari abang cuba nak ingat”.
Setelah mengenali suaminya dalam beberapa bulan melalui
SMS dan perbualan, kini sudah ada rasa kasih yang terbit di hati Fatin
sementalah hatinya juga masih kosong belum diusik oleh cinta sesiapa, mungkin
itu yang menyebabkan dia mudah sayang pada orang sudah menjadikan dirinya
miliknya tampa ada rasa berbelah bagi, begitu juga Farhan dihatinya kini hanya
ada seorang sahaja wanita yang mengisi ruang hatinya iaitu Fatin Najihah.
“Sayang… abang rasa bahagia sangat..tak nak tanya sebab apa abang rasa bahagia”.
“Boleh juga kalau abang nak bagi tahu”.
“Sebab abang dapat rasa bercinta macam ni, sebelum
menjadi suami lahir dan batin..dapat juga jadi kekasih macam ni, kalau dengan
orang lain boleh ke?. Diharap kita akan memahami antara satu sama lain.”
“InsyaAllah..tapi persefahaman tu kita kena
cari…mungkin berlebih kurang antara kita dan mudah menerima kekurangan antara
kita boleh menimbulkan persefahaman”.
“Kita sama-samalah mencarinya ye kakak..tapi sedikit
sebanyak abang dah rasa antara kita dah ada rasa persefahaman tu…yelah kalau
dengan orang lain boleh ke abang buat macam
ni, waktu siang ambil..bila malam abang hantar pula kakak balik rumah
keluarga kakak… kalau nak buat macam ni juga nampaknya abang kena tidur
masjidlah. Ni Alhadulillah rumah kita dekatkan.” Kemudian mereka berdua ketawa
perlahan..bahagia rasanya ada yang temankan kita ketawa. Itulah rasa dua insan
yang baru hendak mengenal cinta, kasih, sayang dan berpasangan.
“Abang tak pernah jadi kekasih pada seorang
wanita..abang nak tegur perempun pun malu sangat...tapi sekarang dengan kakak
rasanya tidak ada lagi sifat tu pada abang.” Farhan memandang isterinya dengan
pandangan kasih. Fatin hanya mendengar dengan senyumannya..dia juga begitu
sebenarnya. Sikap garang dan selambanya menutup sifat malunya selama ini. Dia
juga merasa malu jika berhadapan dengan lelaki biasa. Jika dibandingkan, diri
mereka sama..(Kita serupa..kata Zainal Adidin penyanyi lagu HIJAU). Tetapi
kalau dengan pesakit lelaki lain pula
rasanya, rasa tanggungjawab dan simpati. Lama mereka berbual di pintu pagar
keluarga Fatin Najihah. Setelah menyedari hari kian larut Farhan meyuruh
isterinya masuk kedalam rumah….
“Masuklah dah malam ni..esok pagi abang datang, jangan
off handfon ye nanti abang call..assalamualaikum.”
“Tak nak masuk dulu?.” bila melihat gelengan suaminya
yang sayu Fatin menjawab salam suaminya.
“Waalaikumsalam”.Fatin hanya memandang langkah
suaminya untuk pulang kerumah keluarganya.
Dia memberi salam untuk isi rumah ayahnya pula sebelum memasuki rumahnya … ibunya terkejut,
dengan kehadiranya yang tidak disangka-sangka.
“Ehh..kenapa kakak balik??..kakak tak tidur sana? Kakak
yang minta dihantar balik ke??.”Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut
Hajjah NorAini. Dia terkejut dengan kepulangan anak perempuanyayang baru dua
hari sah menjadi milik seorang lelaki. Bimbang hatinya jika anaknya itu membuat
onar…maklumlah anak perempuan nan seorang memang ada sedikit sifat manjanya. Terfikir dibenak
Hajjah Nor Aini jika anak daranya yang minta dihantar pulang..susah juga rumah
berdekatan, detik hatinya.
“Tak adalah bu, sedara diaorang masih ramai, lagi pun rumah
tu tak cukup bilik.”
Kemudian Fatin kebilik air untuk membersihkan diri
kerana badanya rasa melekit dek peluh. Telefon bimbitnya dicampakkan diatas
katil. Selesai mandi dia bersiap sedia untuk tidur bagi merehatkan badannya.
Sebenarnya dia merasa sungguh letih setelah dua tiga hari tidak cukup rehat.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi bila diangkat terdengar suara suaminya memberi
salam.
“Assalamualaikum..sayang pergi mana kenapa tak jawab
tadi?.” Tadi ketika menghubungi isterinya pertama kali..deringan telefon tidak
berjawab..berbagai persoalan timbul..hatinya mula bimbang. Dia memberi masa
lima minit lagi lalu menghubungi sekali lagi begitu juga panggilanya juga tidak
diangkat. Tekad hatinya jika panggilan kali ketiga juga tidak berjawab dia akan
kerumah Haji Rasid mencari kepastian akan keselamatan gadis yang sudah sah menjadi
isterinya selama dua hari ini. Hatinya sudah dijajah bimbang.
“Pergi mandi..biar selesa sikit tidur.“
“Ingatkan pergi mana… abang call dah masuk tiga kali
baru ada orang angkat. Takut pulak isteri abang dalam kesusahan.”
“Kesusahan apanya pulak, kan abang nampak kakak masuk
rumah tadi…Kenapa abang tak tidur lagi?..tidurlah tak penat ke?..esok entah apa
rancangan ibu dan ayah kita. Tidur lah.”
“Macam biasalah abang tak dapat nak tidur..kalau tak dengar
suara kakak.”
“Ialah tu..dulu tak pulak.”
“Dulu mana kita kenal...baru sekarang ni kita kenal..baru
nak mula bercinta, lagi pun dulu tu kakak yang tak kasi call.. boleh SMS saja
kan.”
“Masa tu kakak masih belum jadi mahram abang…sedangkan
suara adalah aurat..selagi kita boleh jaga kita jagalah”.
“Terima kasih kerana mengingatkan ialah kita kalau dah
seronok kadang-kadang terlalai. Kakak! setelah abang kenal kakak, abang dah
mula rasa rindu pada kakak, dah ada rasa saying abang ni pada kakak. Alhamdullilah
kita dah sah jadi suamiisteri kalau tak tentu kita mengutip dosa setiap hari kalau
kita berbual macam nikan. Tapi kalau tak berbual rindu pulak. Dulu kata ustaz
kalau dosa kecil dikutip setiap hari lama-lama akan menjadi daki kehidupan kita,
itulah sebabnya ada sesetengah orang sukar nak menerima kebaikan untuk dirinya.
Sebabnya dosa-dosa kecil tadilah yang meyebabkan ahati menjadi keras”. Fatin
dihujung talin diam hanya mendengar suara suaminya sahaja dia memasukkan apa
yang diperkatakan oleh suaminya sebagai satu nasihat kedalam hatinya.
“Kakak dah tertidur ke?”.
“belum… saja kakak dengar suara abang ni”.
“Cakaplah sesuatu abang nak dengar suara
kakak..sebetulnya sekarang ni memang abang susah nak tidur kalau tak dengar
suara kakak…emm kakak sayang abang tak?”
“Abang ni..kenapa abang tanya…abang tak percaya
ke..ikut dari segi logic kalau tak sayang kenapa kakak sain boring nikah hari
tu..itulah tandanya…” Fatin tidak meneruskan kata-katanya..Lu fikir sendiri lah
beb...
“Emm..itulah tandanya kakak juga sayang abang”. Farhan
menghabiskan ayat tergantung isterinya.
“emm..kalau
itu yang tersirat kat hati kakak baru lagi lena abang tidur malam ni… tidurlah
lah sayang tapi sebelum tu dengar ni ye..
Malam
ini malam jumaat
Pasang
lilin diatas peti
Tepuk
bantal panggil semangat
Moga
kita berjumpa didalam mimpi
..assalamualaikum”
“Amboi
abang pandai berpantun rupanya..terharunya kakak ok tidurlah ye semoga kita
berjumpa didalam mimpi..Waalaikumsalam.” Ulang Fatin akan kata-kata suaminya
dihujung talian. Setelah mengenali Farhan..lelaki ini rupanya sungguh romantic.
Keesokkan
harinya kedua ibu dan ayah Fatin membawa mereka berkenalan keluarga sebelah
ayah Fatin yang tinggal berdekatan taman perumahan mereka. Mereka dibawa
kerumah Pak Long Fatin yang telah
kematian isteri kini dia tinggal bersama anak perempuannya yang sudah pun
berumah tangga. Sambil berjalan Farhan menyulam jari jemarinya isterinya lalu digemgamnya erat..Sambil itu
Fatin menerangkan siapa yang mereka
kunjungi ketika itu..
“Ini
rumah Pak Long ..isterinya dah meninggal tiga tahun lalu.. dia duduk dengan
anak perempuan dia..dulu pak long
seorang anggota polis..dia ni nampak garang sikit tapi hatinya baik. Dia nampak
garang mungkin kerana misainya. Misai macam misai A.Galak dalam drama bersiri
Roda-Roda kota raya tu. Nanti abang janganlah takut bila jumpa dia ye”.
Hampir
petang mereka berjalan dari sebuah ruamh kesebuah rumah.Ramai juga sanak
saudara ayah Fatin, maklumlah ayah Fatin sememangnya anak jati kawasan
itu.Letihnya hanya tuhan sahaja yang tahu.Selepas asar mereka kerumah keluarga
Farhan pula. Kini hanya tinggal adik Farhan yang dua orang sahaja yang masih
belum pulang lagi, kerana mereka sedang bercuti semesta.Fatin didapur menemani
ibu mertuanya menyiapkan makan malam.
“Abang
Farhan kata kakak tak tahu masak.. betul
ke kakak cakap macam tu?.”
“Betul
bu kakak memang tak tahu masak..setakat masak nasi dengan sayur dan goring ikan
atau ayam boleh lah.”
“Itu
dah dikira tahulah..ingat ibu kakak tak tahu masak langsung.”
“Masak
bila ibu kat atas tu tak sempat masak terus pergi kerja..itu yang pandai
sikit..tapi biasanya ibu akan masak dulu sebelum pergi kerja.. kadang-kadang
saja bila terlewat bangun,masa tu ibu tak sempat masak, jadi terpaksalah kakak
yang masak kalau tidak semua adik-adik kebuluran.”
Malam
itun selepas makan malam dan siap berkemas Farhan menghantar lagi isterinya
kerumah kedua ibu dan ayahnya. Tapi dengan pesanan bahawa esok mereka akan
kerumah saudara-saudara di sebelah Farhan pula. Bagi kedua belah keluarga
hairan dengan tindakkan Farhan. Mengapa agaknya dia bagai tidak mahu
bersama-sama dengan isterinya walaupun mereka baru sahaja sah menjadi suami
isteri. Dihati ayah dan ibu Fatin mula
tertanya juga mungkinkah Farhan dipaksa bernikah oleh kedua ayah dan
ibunya. Tetapi dahulu seingat mereka wakil yang merisik anak mereka
mengatakan..Farhan sendiri yang ingin menyunting anak gadis mereka. Tidak
mungkin Encik Hakimi dan Puan Faizah tidak berkata jujur kepada mereka. Mahu
bertanya kepada besan mereka untuk mencari kebenaran rasa terlalu awal.
Entahlah mereka hanya mampu tunggu dan lihat sahaja apakah tindakkan yang
seterusnya. Tetapi bila dilihat dari air muka anak mereka Fatin Najihah seperti
biasa sahaja..nampak juga wajahnya yang bahagia dan gembira bila dia dihantar
pulang oleh suaminya.
No comments:
Post a Comment