Yang sebenarnya sebulan sebelum doctor Johan terserempak
dengan Nur Hidayah, dia ada bertanya
sahabatnya Inspektor Azrul Azam tentang perkembangan hubunganya dengan Nur
Hidayah. Sementelah sahabatnya ada bercerita tentang hasrat hatinya untuk
menjadikan Nur Hidayah suri hatinya. Azrul Azam begitu mengkagumi balu muda
dari awal pertemuanya mereka lagi. Walau pertemuan mereka bukan lah ditempat
yang romentik yang mendamaikan minda..mana nak damainya berjumpa dilokap tempat
yang ditakuti oleh semua orang yang tidak berkenanan.
“Mak kau dah
balik”. Ketika itu mereka sedang melepak sehabis waktu bekrja di tempat biasa
mereka melepak. Di sebuah restoren, sambil makan malam mereka bercerita tentang
diri mereka.
“Dah dua
minggu dah diorang balik. Ibu ayah aku tu lebih risaukan ayam dan itek dia tak
makan dari aku ni anak dia. Aku ni bukan sebarang anak tau. Aku memegang dua
status dalam keluarga aku, anak sulong dan anak lelaki tunggal penyambung
keturunan mereka..tapi tenguklah ayam dan itek diorang yang didulukan.” Dr. Johan
tergelak kecil melihat sahabatnya yang bercakap berapi-api mengeluarkan emosi
tak setabilnya.
“Janganlah
macam tu Zam..mereka yang sebenarnya tak selesa duduk kat Bandar. Pergerakkan
mereka terhad. Nak berkebun kiri kanan rumah orang, ada tanah sejengkal pun kau dah letak kereta
dan motor kau..habis apa aktiviti mereka nak buat. Mereka bukan muda yang boleh
mengadap computer main game atau mengadap tv tenguk move”. Lembut sahaja suara
Dr. Johan menerangkan ketidak bisaan kedua orang tua sahabatnya duduk kuartes
polisnya.
“Betul juga
apa yang kau cakap..nak pergi masjid pun kena tunggu aku bawakan.. ayah aku kalau
kat sini dia takut nak bawa kereta, dia kata kat sini kereta banyak dan
laju.. kemudian tak ada sivik, bila potong main potong sahaja tak tenguk pun
kiri kanan”.
“Mana nak
sempat tenguk kiri dan kanan Zam, semuanya nak cepat sampai. Itu yang main
redah sahaja. Emm Zam apa cerita kau dengan gadis yang kau minat tu. Ayah kau
dah bagi green light ke?”.
“Maksud kau
dengan Nur Hidayah mana gadis dah ..dia dah jadi balu tapi balu muda.. emm aku
rasa aku tak boleh nak teruskanlah Jo.. Ayah aku yang beria tak bagi aku ambil
dia sebagai isteri..dia kata susah, anak luar nikah ni akan melahirkan jenerasi
yang sukar dibentuk. Walau pun aku cuba yakin yang Hidayah boleh mendidik anak
dengan baik, namun mereka masih ragu.”
“Ibu kau tak
bantu kau menyakinkan ayah kau ke”.
“Entah,
dalam hal ni ibu macam sokokng ayah pula..jadi aku terpaksa ikut cakap mereka. Aku boleh berkeras..tapi aku takut
akibatnya akan terkena pada dia suatu hari nanti, aku tak nak dia susah. Jadi
kau rasa macam mana..nak ikut kata hati aku ke atau aku ikutkan sahaja
kata-kata mereka dan cari gadis lain.”.
“Aku tak
beranilah nak bagi pendapat. Ni bab hidup dan masa depan kau..kalau aku tersalah bagi pendapat nanti kau yang menyesal
sepanjang hayat. Aku ambil contoh emak aku..ikut rasa hati mati kering sorang. Keluarga
sebelah dia dah buang dia, keluarga belah ayah aku langsung tak ambil tahu..sebab
kehadiran emak aku memang diorang tak pernah nak terima dan perginya mak aku
dalam keluarga mereka sangat dialu-alukan.
Sudahnya dia terkontang kanteng sendiri. Tapi bab kau lain kau sama
bangsa. Macam aku lain lah Cina yang nak masuk Melayu kan”.
“Kadang-kadang
aku tak faham dengan bangsa aku
sendiri..Sepatutnya bila salah seorang anak mereka berjaya mengIslamkan
seseorang, mereka akan merasa bangga, sebab perbuatan itu besar ganjarannya disisi Allah..tapi lain
pula pada keluarga ayah kau kan”.
“Emm dah
nasib emak aku nak buat macam mana..Hanya aku bersyukur aku lahir dalam ugama
yang betul..ugama yang indah dan ugama yang boleh aku berpegang kejalan yang
benar. Kau tahu Zam kerana aku lahir dalam Islam aku dapat menangkis kehidupan
social masa aku belajar kat Abedeen Scotland tu dulu. Aku bersyukur sangat
dapat duduk sebilik dengan anak pak Imam. Dia yang ajar aku solat hajat minta
terang hati tenangkan jiwa. Kau tahulah belajar medic macam mana.
…Lepas tu dia
ajar aku baca ayat KURSYI dan ayat
SERIBU DINAR untuk menguatkan iman aku dari terpengaruh dengan social yang tak sesuai
dengan kita, dia kata ayat tu sebagai pendinding agar kita tak mudah terikut
dan lemah hati bila ada yang mengajak. Aku tenguk ramai saja kawan-kawan kita
yang berugama Islam kekelab malam kononnya nak release stress..bila belajar
macam nak pecah kepala. Mereka silap kenapa tak minta pada Yang Maha Mengasihani
minta dengan Dia supaya kita senang belajar…
Aku betul-betul bersyukur sebab aku Islam,
jadi anak pak Imam tu ajar aku. Aku rasa sangat beruntung dapat belajar keluar negara selain dapat jadi doktor dapat juga aku ilmu ugama. Kalau
aku masih kat Malaysia boleh ke aku belajar dengan ayah aku macam mana seorang Islam itu hidup. Itulah
pada mulanya aku kesana sebab nak belajar Medic
tapi secara tak langsung aku belajar tentang Islam dengan lebih dalam lagi. Dapat peluang mengenali Islam
bukan dengan ayah sendiri dan dinegara sendiri yang semua orang mengetahui negara
kita Negara Islam. Aku mengenali Islam dibumi yang sememang penduduk
tempatannya berlainan anutan dengan kita, Itulah HIDAYAH namanya. Allah memberi
Hidayah kepada sesiapa juga yang Allah kehendaki betul tak Zam.” Azrul Azam
hanya menganggukkan kepala mengiakan kata-kata sahabatnya.. dia memandang
sahabatnya dengan wajah simpati sebab dia tahu sejarah keluarga sahabatnya.
“Aku minta
maaf aku tercerita hal aku pula..Zam!! aku tak boleh nak tolong kau dalam hal
yang macam ni”.
“Tak apa
sekurang-kurangnya dari cerita mommy kau dan kau sendiri dapat membuka mata
aku.. aku dah dapat satu keputusan”.
“apa
keputusan kau?”.
“Biar lah
aku sakit sekarang dari dia yang sakit kemudian..aku kenal ayah aku, kalau dia
tak setuju sampai bila pun dia tak akan setuju. Dia akan mengungkit-ungkit
kemudian hari. Biar pun aku ni anak jantan tunggalnya. Dia tak akan berkompromi”.
“Kau jangan
Zam, cerita mak aku lain dan cerita kau lain..Habis hati kau macam mana pula.
Yang sebetul nya apa perasaan kau pada dia”.
“Bila aku
dengar apa yang abang sepupunya cerita.. aku jadi kasehan kat dia, aku pun
kagum dengan dia. Yang paling aku
terkejut bila dia lancar Yassin..jarang orang perempuan yang masih muda lancar
surah Yassin”.
“macam mana
kau tahu lancar baca Yasiin, masa tu dia
dah tahu ke yang suaminya dah meninggal”.
“Dia baca
Yassin bukan untuk siapa-siapa..masa tu dia nak tahan rasa sakit bila hujung jarinya
dikepit”.
“Ohh..aku
rasa masa dia tunggu suaminya kat luar bilik kecemasan dulu tu, dia baca
Yassinlah Zam. Mata dia pejam dan mulutnya terkumat-kamit. Kau tak cerita ke
pada keluarga kau kelebihan dia tu”.
“Dah Jo, bab
dia rajin solat sunat pun aku dah cerita dah, bak kata lain semua kebaikan dia
aku ceritakan pada mereka. Yang aku tak cerita macam mana aku kenal dia, dan
dimana aku mula kenal dengan dia sahaja. Kalau aku cerita aku kenal dia kat
balai sebab dia kena lokap, mungkin lagi kuat tentangan ayah aku. Mungkin juga
diharamkan langsung aku berjumpa dengan Hidayah tu. Kesiahan kan Hidayah tu
sebab statusnya dia ditolak..insaf betul aku ni..Bila tahu kisah dia, aku
selalu ingatkan diri aku ni, janganlah kita menabur benih pada tanah yang bukan
hak kita. Biar pun umur tara kita memang dah patut menabur benih”. Dua jejaka
ketawa bila bercerita mengenai diri mereka. Namun bukan cerita kosong cerita
yang menimbulkan keinsaf pada diri sendiri.
“Betul tu Zam, sebab anak kita juga yang
menderita macam tu. Biar sebaik mana tingkah laku mereka, kehadiran mereka
masih ditolak oleh masyarakat sekeliling.”
“Bukan
masyarat sahaja yang tak pandang dia, keluarga sebelah emak dia pun tak boleh
nak ambil dia jadi menantu, tau Jo”.
“Mana kau tahu”.
“Dia
sebetulanya diminati oleh abang senoir aku masa aku kat UIA dulu. Abang senior yang
selalu tolong aku rupanya sepupu pada Hidayah ni. Dia lah yang bagi tahu aku
Hidayah ni rajin solat sunat. Dia ceritalah dari usia remaja lagi dia minat kat
Hidayah tapi di tentangan oleh emak dia. Emak dia menentang sebab status anak tak sah taraf Hidayah”.
“Ohh”.
“Aku doa kan semoga
ada seseorang dengan keluarganya sekali yang boleh menerima Hidayah seadanya.
Amin”.
“Amin”.
“Kau tak
call dia lagi selapas ibu ayah kau tak boleh terima dia. Kesian dia tentu dia
ternanti jawapan dari kau..mana tahu dia ada menaruh harapan setelah kau luahkan
isi hati kau pada dia dulu.”.
“Aku tak
sampai hati nak call Jo. Biar lah, lagi pun dia dah cakap.. masa aku cakap aku suka kat dia, kemudian dia bagi
syarat, dia akan terima aku selepas ibu dan ayah aku boleh terima dia, walau
pun setelah mereka tahu siapa dia. Kemudian dia bagi masa seminggu aku mesti
call dia, jika aku tak call dalam masa
tu, dia akan mengatakan ibu dan ayah aku tak dapat terima dia dalam keluarga kami. Jadi aku harap dia akan
ambil kira dengan apa yang dia cakapkan”.
“Walau pun
dia cakap macam tu.. mana tahu sebenarnya dia masih mengharapkan kau ambil dia
jadi isteri. Kadang-kadang orang ni, lain yang di cakap kat mulut lain pula
yang diharap dalam hatinya. Kau bagilah kata putus cakap terus terang agar dia
tak ternanti dan terharap.”.
“Aku tenguk
dia ni lain lah Jo..dia nak mengharapkan penerimaan keluarga kita dulu, barulah
dia akan untukkan hatinya untuk kita Jo. Dia ni jenis berhati tabah.”. Dengan
penerangan itu lah Dr. Johan mula berdoa semoga di dipertemukan dengan Nur
Hidayah sekali lagi.
Pagi itu matanya sungguh berat sudah dua hari dia bekerja
disyit malam dibahagian truma and emergency. Badan yang terasa melayang kerana
letih, matanya mahu terpejam kerana mengantuk. Dia berjalan dengan pantas. Yang sebenarnya niat hatinya
mahu cepat menghilangkan diri sebelum namanya diseru bila keadaan memaksa. Entah
mengapa minggu itu banyak kemalangan berlaku mungkin musim cuti umum. Tapi
itulah senario diMalaysia bila musim cuti sahaja banyaklah kemalangan yang
berlaku. Ditambah pula masaalah kekurangan kakitangan yng melanda hospital
tempat dirinya bertugas. Sungguh dia takut tenaga yang sudah tinggal sedikit
diperlukan lagi demi untuk menyelamatkan nyawa. Jadi dia berusha melarikan diri
secepat mungkin..
.. Kerana jalanya menunduk dia tidak melihat ada manusia yang
baru keluar dari pintu melintas
dihadapanaya. ..lalu direpuhnya. Hampir tumbang mangsa yang menjadi rempuhan,
suaranya pula terjerit kerana dia terperanjat. Suara yang kelaur dari mangsa
rempuahannya tahulah dia yang dirempuh
adalah seorang wanita. Cepat sahaja tanganya menggapai lengan mangsa yang sudah
terdorong kedepan mahu tersembam. Bila badanya menegak dan wanita iut juga sudah
stabil kedudukan barulah dia melihat wajah wanita itu. Ohh dia juga sekeping
seperti fizikalnya juga. Dan bila diamati rupanya wanita yang berdiri dihadapanya adalah wanita yang selalu disebut didalam
doanya . Alhamdulillah doanya terkabul. Cepat sahaja
rancangannya berputar dalam kepala..untuk merecanakan sebuah hubungan. Dan sejak
pertemauan yang tidak dijangka itu, mereka kini sudah tiga kali berjumpa.
Sebabnya dia yang meminta bantuan dirinya ditemani untuk menemui mommynya.
Dia sengaja menyelidiki hati wanita Nur Hidayah, sejauh
manakan harapanya pada pemuda yang meluahkan rasa suka kepadanya. Padanya
sahabat baiknya Azrul Azam merupakan, seorang pemuda yang lengkap dengan ciri-ciri
lelaki idaman gadis, berbadan tegap maklumlah seorang polis tentulah akan kelihatan
gagah perkasa. Wajahnya juga tampan,
tampan tak kalau wajah nya ada iras pelakun Amar Bahrin. Kalau dilihat dari
kerjaya dia seorang Inspeltor polis yang boleh disandarkan jaminan hidup
terjaga dan terbela. Namun memang wanita dihadapanya sekarang tidak memandang
semua itu. Dia mementingkan penerimaan kelurga bakal lelaki didalam hidupnya..
Tidak terasa lama menanti masuknya waktu solat Asar bila berbincang soal hati.
Saup dari jauh kedengaran laungan azan mengajak semua hamba mengingati Yang
Maha Perkasa tuhan sekelian alam.
“jom kita
solat.” Ajak Dr. Johan bila seruan azan tamat. Dia bangun dan menuju bilik mommynya..
“Mommy nak
buang air kecil tak mommy”. Sepanjang hari itu mommynya tidak memaki lampin
pakai bunag kerana kata mommynya dia tidak selesa untuk memakainya. Bila
melihat anggukan mommynya dia didudukkan di kerusi roda lalu ditolak kebilik
air. Bila sudah dudukkan mommy ditandas duduk Dr. Johan akan keluar dari bilik
air. Keluar dari bilik air Nur Hidayah mengambil tugas untuk memakaikan puan
Sakinah telekong. Diruang tamu sudah siap terhampar tiga helai sejadah untuk
mereka bersolat. Usai doa dibaca Dr. Johan menghampiri dan menyalami mommynya. Dr. Johan
masih duduk disejadah namun Nur Hidayah sudah bangun mahu berkemas sejadah yang
digunakan.
“Hidayah! you duduk sekejap, I rasa nak bincang hal kita dengan mommy”.
“Hal
persetujuan mommy dr. ke..kalau hal itu, janganlah bincang depan saya..nanti
mommy dr. serba salah kalau dia tak suka saya. Saya tak kesah kalau dia tak
boleh terima saya”.
“Tak apa..I
rasa inilah masa ynag sesuai untuk I tanya persetujuan mommy…mommy Jo nak cerita
sedikit dengan mommy pasal Hidayah”.
“Cerita
pasal apa Jo”. (Bahasa mommy Johan hanya difahami oleh Johan dan bibik sahaja).
Nur Hidayah hanya memerhati melihat mereka berbalas kata.
“Mommy nak
tahu Hidayah ni anak luar nikah..kemudian dia pernah kena lokap disyaki
merancang pembunuhan suaminya sebab nak kan harta”. Namun Johan Hamdi
mengunakan bahasa Melayu yanag difahami oleh Nur Hidayah. Entah mengapa setelah
diserang strok bahasa percakapan Puan Maria bertukar kepada bahasa ibundanya
yaitu bahasa cina ditambah dengan pelat kerana mulutnya sudah senget. Itu yang
menyebabkan Nur Hidayah atau orang lain tidak memahaminya. Untuk memahamkan Nur
Hidayah Dr. Johan menceritakan semula apa yang diperkatakan oleh mommynya.
“Ye ke, tapi
mommy tak percayalah Jo..mungkin orang salah faham sahaja kot.”.
“Memang
betul orang salah faham, sekarang dia dah dibebaskan pun..Kalau Jo nak kahwin
dengan Hidayah mommy setuju tak”.
“Dia setuju
tak Jo nak kahwin dengan dia?”
“Setuju
kalau mommy setuju”.
“Kenapa nak
tunggu persetujuan mommy?”.
“Sebab dia
takut mommy tak setuju bila tahu dia anak luar nikah dan pernah kena lokap”.
Tiba-tiba Puan Maria menangis hingga teresak-esak. Terpaksalah Dr. Johan
bangun memeluk dan menenangkan mommynya yang duduk dikerusi roda.
“Ehh kenapa
mommy menangis pula, kalau mommy tak suka tak apa, Jo tak jadilah nikah dengan
Hidayah. Mommy jangan sedeh Jo tak akan tinggalkan mommy”.
“Mommy tak
kesah Jo nikah dengan Hidayah, tapi mommy terharu kerana masih ada lagi wanita
yang nak kan Jo bila dia tahu Jo ada mommy yang macam ni..terima kasih
Hidayah”.
'h..macam
tu pula kisahnya mommy dr Jo ni, ingatkan dia sedeh bila anaknya nanti asyik
dengan bini sahaja'.Itulah kata-kata Nur Hidayah bergema didalam hatinya.
“Tapi dia ni
anak luar nikah ..mommy fahamkan anak luar nikah tu apa”.
“Mommy
faham..dah jangan sebut perkataan tu banyak kali..Hidayah pun tak suka perkara
tu disebut-sebut. Hanya mommy nak ucapkan terima kasih kerana sudi dengan anak
mommy”. Ohh pulak dah, tak tahu lah hati perempuan ni memang complicated susah unuk difahami betulkah begitu..
“Haa dengar
tu Hidayah.. mommy I tak kisah you siapa..jadi bila kita boleh nikah..” Riang
kedengaran suara Johan Hamdi. Tapi dia ditegur oleh mommynya..
“Jangan
macam tu Jo, tanya dia pada siapa kita boleh berurusan tentang pertunangan
dahulu barulah bernikah”.
“Mommy cakap
nak kena bertunang bagai..jadi pada siapa saya nak pinang you”.
Walaupun rasa malu bila berbincang
bab tunang dan kahwin namun Nur Hidayah terpaksa juga menghadapainya. Sebab
memang dia tidak tahu, dimana dirinya mahu diletakkan. Untuk diletakkan dirinya
sebelah Tengku Faizal dia hanya bekas bapa mertua. Untuk dijadikan dia sebagai
datuknya dia bukan datuk pada dirinya dalam hukum syarak. Untuk dia menghalakan
dirinya kerumah sebelah mamanya itu sangat tidak mungkin, kerana kehadirannya mungkin
akan mencalar persaaan Syarifah Nur An Nisa atau mak long sendiri. Lama Nur
Hidayah mendiam diri berfikir akhirnya kedengaran juga suaranya.
“Doctor
sebenarnya saya ni tak ada waris yang boleh menangani bab-bab macam ni. Saya
rasa pada menyusahkan doctor dan mommy doctor, baiklah dr. cari wanita lain untuk
dijadikan isteri”.
“Hidayah
yang sebetulnya you rela ke tak rela menerima I ni”. Marah Dr. Johan mendengar
kata-kata yang bagai tidak serius menerima lamaranya…
“Bukan tak
serius tapi macam susah sangat..Sebab itu dah memang kenyataan nya, saya tak
tahu kemana saya nak halakan persoalan kita ni”. Buntu juga Dr. Johan memikirkan. Nak terus nikah
dipejabat
kadhi rasa tak sesuai pula. Nanti orang kata dia kena tangkap basah, kahwin
free atau kahwin koboi dan yang paling digeruni nikah kerana siperempuan sudah
berisi atau mereka sudah terlanjur.
Rasanya Hidayah kena beritahu juga keluarga Tengku Faizal sebagai keluarga bekas mertua. Maklumkan pernikahannya. Rasanya inilah masanya mereka nak menumpang kegembiraan dengan Hidayah.
ReplyDeletepas ni kan mahteh buktikan org macam hidayah boleh memberi kebahagian dunia akhirat setelah berkahwin dgn doc.johan daripada mereka yg dr keterunan yg sah taraf kalau tak ada pegangan agama pun hidup rumahtangga tiada bahagia duniaakhirat. Buang sikap org-org kita yg menganggap kalau anak x sah buruk seumur hidup yg sah konon elok aje, hakikat nya tidak benar sama sekali yg paling penting kita hamba allah baik yg lelaki atau perempuan ada pegangan agama, ikut perintah allah&rasul, tahu matlamat/destinasi kita kemana akhirnya, tahu setiap perbuatan kita itu syurga atau neraka. Manusia yg ingkar perintah allah walaupun daripada keterunan sah tetap NERAKA keterunan x sah sekiranya BERIMAN & TAQWA adakah neraka juga kah, adakah akan mendidik mengajak/memimpin manusia lain menuju kerosakan iman. Sy sendiri pun ada saudara/kenalan yg x sah tapi mereka tidak lah seperti apa org kita sangka (buruk perangai) malah mereka lebih bertaqwa/alim dan waraqnya dari sy yg lemah ini. Maka fikir-fikir kan siapa kita di mata allah.
ReplyDelete