~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 4 May 2015

Nur Hidayah 57




Yang sebenarnya sebulan sebelum doctor Johan terserempak dengan Nur Hidayah, dia  ada bertanya sahabatnya Inspektor Azrul Azam tentang perkembangan hubunganya dengan Nur Hidayah. Sementelah sahabatnya ada bercerita tentang hasrat hatinya untuk menjadikan Nur Hidayah suri hatinya. Azrul Azam begitu mengkagumi balu muda dari awal pertemuanya mereka lagi. Walau pertemuan mereka bukan lah ditempat yang romentik yang mendamaikan minda..mana nak damainya berjumpa dilokap tempat yang ditakuti oleh semua orang yang tidak berkenanan.

“Mak kau dah balik”. Ketika itu mereka sedang melepak sehabis waktu bekrja di tempat biasa mereka melepak. Di sebuah restoren, sambil makan malam mereka bercerita tentang diri mereka.

“Dah dua minggu dah diorang balik. Ibu ayah aku tu lebih risaukan ayam dan itek dia tak makan dari aku ni anak dia. Aku ni bukan sebarang anak tau. Aku memegang dua status dalam keluarga aku, anak sulong dan anak lelaki tunggal penyambung keturunan mereka..tapi tenguklah ayam dan itek diorang yang didulukan.” Dr. Johan tergelak kecil melihat sahabatnya yang bercakap berapi-api mengeluarkan emosi tak setabilnya.

“Janganlah macam tu Zam..mereka yang sebenarnya tak selesa duduk kat Bandar. Pergerakkan mereka terhad. Nak berkebun kiri kanan rumah orang,  ada tanah sejengkal pun kau dah letak kereta dan motor kau..habis apa aktiviti mereka nak buat. Mereka bukan muda yang boleh mengadap computer main game atau mengadap tv tenguk move”. Lembut sahaja suara Dr. Johan menerangkan ketidak bisaan kedua orang tua sahabatnya duduk kuartes polisnya.


“Betul juga apa yang kau cakap..nak pergi masjid pun kena tunggu aku bawakan.. ayah aku kalau kat sini dia takut nak bawa kereta, dia kata kat sini kereta banyak dan laju.. kemudian tak ada sivik, bila potong main potong sahaja tak tenguk pun kiri kanan”.


“Mana nak sempat tenguk kiri dan kanan Zam, semuanya nak cepat sampai. Itu yang main redah sahaja. Emm Zam apa cerita kau dengan gadis yang kau minat tu. Ayah kau dah bagi green light ke?”.


“Maksud kau dengan Nur Hidayah mana gadis dah ..dia dah jadi balu tapi balu muda.. emm aku rasa aku tak boleh nak teruskanlah Jo.. Ayah aku yang beria tak bagi aku ambil dia sebagai isteri..dia kata susah, anak luar nikah ni akan melahirkan jenerasi yang sukar dibentuk. Walau pun aku cuba yakin yang Hidayah boleh mendidik anak dengan baik, namun mereka masih ragu.”


“Ibu kau tak bantu kau menyakinkan ayah kau ke”.


“Entah, dalam hal ni ibu macam sokokng ayah pula..jadi aku terpaksa ikut cakap  mereka. Aku boleh berkeras..tapi aku takut akibatnya akan terkena pada dia suatu hari nanti, aku tak nak dia susah. Jadi kau rasa macam mana..nak ikut kata hati aku ke atau aku ikutkan sahaja kata-kata mereka dan cari gadis lain.”.



“Aku tak beranilah nak bagi pendapat. Ni bab hidup dan masa depan kau..kalau  aku tersalah bagi pendapat nanti kau yang menyesal sepanjang hayat. Aku ambil contoh emak aku..ikut rasa hati mati kering sorang. Keluarga sebelah dia dah buang dia, keluarga belah ayah aku langsung tak ambil tahu..sebab kehadiran emak aku memang diorang tak pernah nak terima dan perginya mak aku dalam keluarga mereka sangat dialu-alukan.  Sudahnya dia terkontang kanteng sendiri. Tapi bab kau lain kau sama bangsa. Macam aku lain lah Cina yang nak masuk Melayu kan”.


“Kadang-kadang  aku tak faham dengan bangsa aku sendiri..Sepatutnya bila salah seorang anak mereka berjaya mengIslamkan seseorang, mereka akan merasa bangga, sebab perbuatan  itu besar ganjarannya disisi Allah..tapi lain pula pada keluarga ayah kau kan”.


“Emm dah nasib emak aku nak buat macam mana..Hanya aku bersyukur aku lahir dalam ugama yang betul..ugama yang indah dan ugama yang boleh aku berpegang kejalan yang benar. Kau tahu Zam kerana aku lahir dalam Islam aku dapat menangkis kehidupan social masa aku belajar kat Abedeen Scotland tu dulu. Aku bersyukur sangat dapat duduk sebilik dengan anak pak Imam. Dia yang ajar aku solat hajat minta terang hati tenangkan jiwa. Kau tahulah belajar medic macam mana.

…Lepas tu dia  ajar aku baca ayat KURSYI dan ayat SERIBU DINAR untuk menguatkan iman aku dari terpengaruh dengan social yang tak sesuai dengan kita, dia kata ayat tu sebagai pendinding agar kita tak mudah terikut dan lemah hati bila ada yang mengajak. Aku tenguk ramai saja kawan-kawan kita yang berugama Islam kekelab malam kononnya nak release stress..bila belajar macam nak pecah kepala. Mereka silap kenapa tak minta pada Yang Maha Mengasihani minta dengan Dia supaya kita senang belajar…

 Aku betul-betul bersyukur sebab aku Islam, jadi anak pak Imam tu ajar aku. Aku rasa sangat beruntung dapat belajar keluar negara selain dapat jadi doktor dapat juga aku ilmu ugama. Kalau aku masih kat Malaysia boleh ke aku belajar dengan ayah aku  macam mana seorang Islam itu hidup. Itulah pada mulanya aku kesana sebab nak belajar Medic  tapi secara tak langsung aku belajar tentang Islam dengan lebih dalam lagi.   Dapat peluang mengenali Islam bukan dengan ayah sendiri dan dinegara sendiri yang semua orang mengetahui negara kita Negara Islam. Aku mengenali Islam dibumi yang sememang penduduk tempatannya berlainan anutan dengan kita, Itulah HIDAYAH namanya. Allah memberi Hidayah kepada sesiapa juga yang Allah kehendaki betul tak Zam.” Azrul Azam hanya menganggukkan kepala mengiakan kata-kata sahabatnya.. dia memandang sahabatnya dengan wajah simpati sebab dia tahu sejarah keluarga sahabatnya.


“Aku minta maaf aku tercerita hal aku pula..Zam!! aku tak boleh nak tolong kau dalam hal yang macam ni”.


“Tak apa sekurang-kurangnya dari cerita mommy kau dan kau sendiri dapat membuka mata aku.. aku dah dapat satu keputusan”.


“apa keputusan kau?”.


“Biar lah aku sakit sekarang dari dia yang sakit kemudian..aku kenal ayah aku, kalau dia tak setuju sampai bila pun dia tak akan setuju. Dia akan mengungkit-ungkit kemudian hari. Biar pun aku ni anak jantan tunggalnya. Dia tak akan berkompromi”.


“Kau jangan Zam, cerita mak aku lain dan cerita kau lain..Habis hati kau macam mana pula. Yang sebetul nya apa perasaan kau pada dia”.


“Bila aku dengar apa yang abang sepupunya cerita.. aku jadi kasehan kat dia, aku pun kagum dengan dia.  Yang paling aku terkejut bila dia lancar Yassin..jarang orang perempuan yang masih muda lancar surah Yassin”.


“macam mana kau tahu lancar baca Yasiin,  masa tu dia dah tahu ke yang suaminya dah meninggal”.


“Dia baca Yassin bukan untuk siapa-siapa..masa tu dia nak tahan rasa sakit bila hujung jarinya dikepit”.


“Ohh..aku rasa masa dia tunggu suaminya kat luar bilik kecemasan dulu tu, dia baca Yassinlah Zam. Mata dia pejam dan mulutnya terkumat-kamit. Kau tak cerita ke pada keluarga kau kelebihan dia tu”.


“Dah Jo, bab dia rajin solat sunat pun aku dah cerita dah, bak kata lain semua kebaikan dia aku ceritakan pada mereka. Yang aku tak cerita macam mana aku kenal dia, dan dimana aku mula kenal dengan dia sahaja. Kalau aku cerita aku kenal dia kat balai sebab dia kena lokap, mungkin lagi kuat tentangan ayah aku. Mungkin juga diharamkan langsung aku berjumpa dengan Hidayah tu. Kesiahan kan Hidayah tu sebab statusnya dia ditolak..insaf betul aku ni..Bila tahu kisah dia, aku selalu ingatkan diri aku ni, janganlah kita menabur benih pada tanah yang bukan hak kita. Biar pun umur tara kita memang dah patut menabur benih”. Dua jejaka ketawa bila bercerita mengenai diri mereka. Namun bukan cerita kosong cerita yang menimbulkan keinsaf pada diri sendiri.


 “Betul tu Zam, sebab  anak kita juga yang menderita macam tu. Biar sebaik mana tingkah laku mereka, kehadiran mereka masih ditolak oleh masyarakat sekeliling.”


“Bukan masyarat sahaja yang tak pandang dia, keluarga sebelah emak dia pun tak boleh nak ambil dia jadi menantu, tau Jo”.


“Mana kau tahu”.


“Dia sebetulanya diminati oleh abang senoir aku masa aku kat UIA dulu. Abang senior yang selalu tolong aku rupanya sepupu pada Hidayah ni. Dia lah yang bagi tahu aku Hidayah ni rajin solat sunat. Dia ceritalah dari usia remaja lagi dia minat kat Hidayah tapi di tentangan oleh emak dia. Emak dia menentang sebab status anak tak sah taraf Hidayah”. 

“Ohh”.

“Aku doa kan semoga ada seseorang dengan keluarganya sekali yang boleh menerima Hidayah seadanya. Amin”.
  
“Amin”.


“Kau tak call dia lagi selapas ibu ayah kau tak boleh terima dia. Kesian dia tentu dia ternanti jawapan dari kau..mana tahu dia ada menaruh harapan setelah kau luahkan  isi hati kau pada dia dulu.”.


“Aku tak sampai hati nak call Jo. Biar lah, lagi pun dia dah cakap.. masa aku cakap aku suka kat dia, kemudian dia bagi syarat, dia akan terima aku selepas ibu dan ayah aku boleh terima dia, walau pun setelah mereka tahu siapa dia. Kemudian dia bagi masa seminggu aku mesti call dia,  jika aku tak call dalam masa tu, dia akan mengatakan ibu dan ayah aku tak dapat terima dia  dalam keluarga kami. Jadi aku harap dia akan ambil kira dengan apa yang dia cakapkan”.


“Walau pun dia cakap macam tu.. mana tahu sebenarnya dia masih mengharapkan kau ambil dia jadi isteri. Kadang-kadang orang ni, lain yang di cakap kat mulut lain pula yang diharap dalam hatinya. Kau bagilah kata putus cakap terus terang agar dia tak ternanti dan terharap.”.


“Aku tenguk dia ni lain lah Jo..dia nak mengharapkan penerimaan keluarga kita dulu, barulah dia akan untukkan hatinya untuk kita Jo. Dia ni jenis berhati tabah.”. Dengan penerangan itu lah Dr. Johan mula berdoa semoga di dipertemukan dengan Nur Hidayah sekali lagi.


Pagi itu matanya sungguh berat sudah dua hari dia bekerja disyit malam dibahagian truma and emergency. Badan yang terasa melayang kerana letih, matanya mahu terpejam kerana mengantuk. Dia berjalan  dengan pantas. Yang sebenarnya niat hatinya mahu cepat menghilangkan diri sebelum namanya diseru bila keadaan memaksa. Entah mengapa minggu itu banyak kemalangan berlaku mungkin musim cuti umum. Tapi itulah senario diMalaysia bila musim cuti sahaja banyaklah kemalangan yang berlaku. Ditambah pula masaalah kekurangan kakitangan yng melanda hospital tempat dirinya bertugas. Sungguh dia takut tenaga yang sudah tinggal sedikit diperlukan lagi demi untuk menyelamatkan nyawa. Jadi dia berusha melarikan diri secepat mungkin..


.. Kerana jalanya menunduk dia tidak melihat ada manusia yang baru keluar dari pintu melintas dihadapanaya. ..lalu direpuhnya. Hampir tumbang mangsa yang menjadi rempuhan, suaranya pula terjerit kerana dia terperanjat. Suara yang kelaur dari mangsa rempuahannya tahulah dia  yang dirempuh adalah seorang wanita. Cepat sahaja tanganya menggapai lengan mangsa yang sudah terdorong kedepan mahu tersembam. Bila badanya menegak dan wanita iut juga sudah stabil kedudukan barulah dia melihat wajah wanita itu. Ohh dia juga sekeping seperti fizikalnya juga. Dan bila diamati rupanya wanita yang berdiri dihadapanya adalah wanita yang selalu disebut didalam doanya . Alhamdulillah doanya terkabul. Cepat sahaja rancangannya berputar dalam kepala..untuk merecanakan sebuah hubungan. Dan sejak pertemauan yang tidak dijangka itu, mereka kini sudah tiga kali berjumpa. Sebabnya dia yang meminta bantuan dirinya ditemani untuk menemui mommynya.


Dia sengaja menyelidiki hati wanita Nur Hidayah, sejauh manakan harapanya pada pemuda yang meluahkan rasa suka kepadanya. Padanya sahabat baiknya Azrul Azam merupakan, seorang pemuda yang lengkap dengan ciri-ciri lelaki idaman gadis, berbadan tegap maklumlah seorang polis tentulah akan kelihatan gagah perkasa.  Wajahnya juga tampan, tampan tak kalau wajah nya ada iras pelakun Amar Bahrin. Kalau dilihat dari kerjaya dia seorang Inspeltor polis yang boleh disandarkan jaminan hidup terjaga dan terbela. Namun memang wanita dihadapanya sekarang tidak memandang semua itu. Dia mementingkan penerimaan kelurga bakal lelaki didalam hidupnya.. Tidak terasa lama menanti masuknya waktu solat Asar bila berbincang soal hati. Saup dari jauh kedengaran laungan azan mengajak semua hamba mengingati Yang Maha Perkasa tuhan sekelian alam.

“jom kita solat.” Ajak Dr.  Johan bila seruan azan tamat. Dia bangun dan menuju bilik mommynya..

“Mommy nak buang air kecil tak mommy”. Sepanjang hari itu mommynya tidak memaki lampin pakai bunag kerana kata mommynya dia tidak selesa untuk memakainya. Bila melihat anggukan mommynya dia didudukkan di kerusi roda lalu ditolak kebilik air. Bila sudah dudukkan mommy ditandas duduk Dr. Johan akan keluar dari bilik air. Keluar dari bilik air Nur Hidayah mengambil tugas untuk memakaikan puan Sakinah telekong. Diruang tamu sudah siap terhampar tiga helai sejadah untuk mereka bersolat. Usai doa dibaca Dr. Johan menghampiri dan menyalami mommynya. Dr. Johan masih duduk disejadah namun Nur Hidayah sudah bangun mahu berkemas sejadah yang digunakan.


“Hidayah! you duduk sekejap, I rasa nak bincang hal kita dengan mommy”.


“Hal persetujuan mommy dr. ke..kalau hal itu, janganlah bincang depan saya..nanti mommy dr. serba salah kalau dia tak suka saya. Saya tak kesah kalau dia tak boleh terima saya”.


“Tak apa..I rasa inilah masa ynag sesuai untuk I tanya persetujuan mommy…mommy Jo nak cerita sedikit dengan mommy pasal Hidayah”.


“Cerita pasal apa Jo”. (Bahasa mommy Johan hanya difahami oleh Johan dan bibik sahaja). Nur Hidayah hanya memerhati melihat mereka berbalas kata.


“Mommy nak tahu Hidayah ni anak luar nikah..kemudian dia pernah kena lokap disyaki merancang pembunuhan suaminya sebab nak kan harta”. Namun Johan Hamdi mengunakan bahasa Melayu yanag difahami oleh Nur Hidayah. Entah mengapa setelah diserang strok bahasa percakapan Puan Maria bertukar kepada bahasa ibundanya yaitu bahasa cina ditambah dengan pelat kerana mulutnya sudah senget. Itu yang menyebabkan Nur Hidayah atau orang lain tidak memahaminya. Untuk memahamkan Nur Hidayah Dr. Johan menceritakan semula apa yang diperkatakan oleh mommynya.


“Ye ke, tapi mommy tak percayalah Jo..mungkin orang salah faham sahaja kot.”.


“Memang betul orang salah faham, sekarang dia dah dibebaskan pun..Kalau Jo nak kahwin dengan Hidayah mommy setuju tak”.


“Dia setuju tak Jo nak kahwin dengan dia?”


“Setuju kalau mommy setuju”.


“Kenapa nak tunggu persetujuan mommy?”.


“Sebab dia takut mommy tak setuju bila tahu dia anak luar nikah dan pernah kena lokap”. Tiba-tiba Puan Maria menangis hingga teresak-esak. Terpaksalah Dr. Johan bangun memeluk dan menenangkan mommynya yang duduk dikerusi roda.


“Ehh kenapa mommy menangis pula, kalau mommy tak suka tak apa, Jo tak jadilah nikah dengan Hidayah. Mommy jangan sedeh Jo tak akan tinggalkan mommy”.


“Mommy tak kesah Jo nikah dengan Hidayah, tapi mommy terharu kerana masih ada lagi wanita yang nak kan Jo bila dia tahu Jo ada mommy yang macam ni..terima kasih Hidayah”.


'h..macam tu pula kisahnya mommy dr Jo ni, ingatkan dia sedeh bila anaknya nanti asyik dengan bini sahaja'.Itulah kata-kata Nur Hidayah bergema didalam hatinya.


“Tapi dia ni anak luar nikah ..mommy fahamkan anak luar nikah tu apa”.


“Mommy faham..dah jangan sebut perkataan tu banyak kali..Hidayah pun tak suka perkara tu disebut-sebut. Hanya mommy nak ucapkan terima kasih kerana sudi dengan anak mommy”. Ohh pulak dah, tak tahu lah hati perempuan ni memang complicated susah unuk difahami betulkah begitu..


“Haa dengar tu Hidayah.. mommy I tak kisah you siapa..jadi bila kita boleh nikah..” Riang kedengaran suara Johan Hamdi. Tapi dia ditegur oleh mommynya..


“Jangan macam tu Jo, tanya dia pada siapa kita boleh berurusan tentang pertunangan dahulu barulah bernikah”.


“Mommy cakap nak kena bertunang bagai..jadi pada siapa saya nak pinang you”.



            Walaupun rasa malu bila berbincang bab tunang dan kahwin namun Nur Hidayah terpaksa juga menghadapainya. Sebab memang dia tidak tahu, dimana dirinya mahu diletakkan. Untuk diletakkan dirinya sebelah Tengku Faizal dia hanya bekas bapa mertua. Untuk dijadikan dia sebagai datuknya dia bukan datuk pada dirinya dalam hukum syarak. Untuk dia menghalakan dirinya kerumah sebelah mamanya itu sangat tidak mungkin, kerana kehadirannya mungkin akan mencalar persaaan Syarifah Nur An Nisa atau mak long sendiri. Lama Nur Hidayah mendiam diri berfikir akhirnya kedengaran juga suaranya.

                  
“Doctor sebenarnya saya ni tak ada waris yang boleh menangani bab-bab macam ni. Saya rasa pada menyusahkan doctor dan mommy doctor, baiklah dr. cari wanita lain untuk dijadikan isteri”.


“Hidayah yang sebetulnya you rela ke tak rela menerima I ni”. Marah Dr. Johan mendengar kata-kata yang bagai tidak serius menerima lamaranya…


“Bukan tak serius tapi macam susah sangat..Sebab itu dah memang kenyataan nya, saya tak tahu kemana saya nak halakan persoalan kita ni”.  Buntu juga Dr. Johan memikirkan. Nak terus nikah dipejabat kadhi rasa tak sesuai pula. Nanti orang kata dia kena tangkap basah, kahwin free atau kahwin koboi dan yang paling digeruni nikah kerana siperempuan sudah berisi atau mereka sudah terlanjur.





2 comments:

  1. Rasanya Hidayah kena beritahu juga keluarga Tengku Faizal sebagai keluarga bekas mertua. Maklumkan pernikahannya. Rasanya inilah masanya mereka nak menumpang kegembiraan dengan Hidayah.

    ReplyDelete
  2. pas ni kan mahteh buktikan org macam hidayah boleh memberi kebahagian dunia akhirat setelah berkahwin dgn doc.johan daripada mereka yg dr keterunan yg sah taraf kalau tak ada pegangan agama pun hidup rumahtangga tiada bahagia duniaakhirat. Buang sikap org-org kita yg menganggap kalau anak x sah buruk seumur hidup yg sah konon elok aje, hakikat nya tidak benar sama sekali yg paling penting kita hamba allah baik yg lelaki atau perempuan ada pegangan agama, ikut perintah allah&rasul, tahu matlamat/destinasi kita kemana akhirnya, tahu setiap perbuatan kita itu syurga atau neraka. Manusia yg ingkar perintah allah walaupun daripada keterunan sah tetap NERAKA keterunan x sah sekiranya BERIMAN & TAQWA adakah neraka juga kah, adakah akan mendidik mengajak/memimpin manusia lain menuju kerosakan iman. Sy sendiri pun ada saudara/kenalan yg x sah tapi mereka tidak lah seperti apa org kita sangka (buruk perangai) malah mereka lebih bertaqwa/alim dan waraqnya dari sy yg lemah ini. Maka fikir-fikir kan siapa kita di mata allah.

    ReplyDelete