“Sudah lah Idahh..apa nak
di kecoh-kecoh kan sampai ke perkataan cerai Daaah.Jangan kerana harta kita
hilang pertimbagan Idahh. Idah dulu tak macam ni..kenapa Daah”. Lembut sahaja
Tengku Faizal menengur perbuatan isterinya. Isterinya yang sentiasa ‘cool’
bertukar watak pula.
Tengku Faizal bangun mahu merapati dan menenangkan isterinya yang sudah naik hantu..entah mengapa
Tengku Faridah naik angin dan keluar tuduhan yang bukan-bukan pada wanita
yang belum pun seminggu menjadi menantu mereka. Agaknya bila
mendengar si anak mahukan bahagian hartanya..bertambah angin bila mengetahui
asal usul negeri kelahiran sang menantu muda.
“Tidak bang Idah geram
sangat dengan perangai perempuan yang tak sedar dek untung. Dah lah anak luar
nikah, baru kahwin tak sampai seminggu dah tunjukan belang sebenar
dia..PENGIKIS..Kalau dasar anak luar nikah yang kurang diajar macam nilah. Ris
pun satu nampak muda, nampak cantik lansung tak fikir panjang tak selidik dulu
terus sahaja nak jadi kan bini. Ris tak pernah terfikir ke, kenapa dengan
senang dia terima Ris, Ris tak terfikir ke dia nak cari kesenangan cara mudah. Ni mesti emaknya yang
ajarperangai macam ni agakanya”.
“Idah..dah lah
Idaah..jangan disebut lagi, mama Hidayah kan dah lama meninggal”.
“Idah tak puas hati
dengan Ris ni, kenal belum lama lagi dah diajak nikah. Mommy tenguk Ris ni
macam orang sasau sahaja bila jumpa Hidayah..awak jampi apa haa(memalingkan muka nya secara spontan
soalan itu yang keluar dari mulut Tengku Faridah).. sampai Faris tak nampak
keburukkan awak perempuan Pengikis”. Perkataan pengikis dijeritkan oleh Tengku
Faridah supaya jelas. Dengan perkataan yang bagai peluru ‘machine gun’ keluar bertubi-tubi tak sempat orang di ruang tamu nak
mencelah.Tengku Faris melihat mulut Nur Hidayah terkumat-kamit mengucapkan
Astagrfirullah berulang kali. Tidak tahan hatinya mendengar Nur Hidayah dihina
oleh mommynya, dia mesti mencari perkataan atau ayat yang boleh mendiamkan
mulut mommynya yang sedang menceceh.Bingkas dia bangun dengan suara lantang dia
memanggil mommy agar berhenti mencerca.
“Mommy!!..jangan digelar
anak Ris macam tu mee..kalau mommy nak tahu Hidayah adalah anak Ris ..anak luar
nikah Ris, dan Ris nak kan bahagian Ris tu untuk Ris bayar fidyah Ris.Hidup Ris
tak lama lagi mommy daddy”.Memang berkesan kata-kata Tengku Faris. Sebab dengan
seuntai ayat Tengku Faridah terus jadi bisu mendengar butiran pengakuannya.
Bukan sahaja mommy malah mulut daddy nya ternganga tetapi tidak mengeluarkan
suara.Tengku Faizal yang mahu mendekati isterinya tadi menukar arah berpusing
dan mula melangkah menuju kearah anaknya. Ruang tamu yang riuh dengan suara
Tengku Faridah menjadi sunyi.
“Ris cuba ulang sekali
lagi apa yang Ris kata tadi “.Pinta Tengku Faizal dia mahu memastikan yang
telinga nya tidak salah dengar.
“Daddy duduklah biar Ris
jelaskan satu –satu..”Suara Tengku Faris sudah jadi perlahan.Kenyataan harus dijelaskan,
dia tidak boleh berahsia lagi, dia sudah terlepas cakap.Tengku Faizal mengikuti
arahan anaknya dia duduk dihadapan anaknya dengan mata yang masih terarah
kepada anaknyanan seorang. Hanya bahasa mata sahaja Tengku Faizal memberi
isyarat supaya anaknya menyatakan kebenarannya.
“Yang Ris kata tadi.. Hidayah adalah anak luar nikah
Ris.Ris nak bahgian Ris tu sebab Ris nak bayar fidyah untuk puasa-puasa Ris
yang terhutang. Dan yang akhir sekali
Ris disah kan HIV positif. Daddy tahu kan orang yang ada HIV positf akan hanya
ada masa lebih kurang lima tahun sahaja untuk hidup”. Habis sahaja peneranganya
Tengku Faris menekup mukanya dengan dua tapak tangannya.Dia sudah teresak-esak.
Ngeri rasanya mahu mengahadapi kematian yang tak lama lagi dengan tiada apa-apa
bekalan pahala dan dia tahu dosanya yang bertimbun. Hidayah menghampiri bagi
meminjamkan bahunya. Namun dia tidak bersuara.
Tengku Faizal
suami isteri terkedu mendengar jawapan dari anaknya. Lama mereka
memperoses data yang baru diterima. Jika anaknya adalah HIV positive ini bererti anaknya adalah pesakit AIDS..Ya
Allah!!! Jerit mereka didalam hati tak terluah. Seluruh badan mereka terasa lemah
selemah-lemahnya menerima kenyataan anaknya.Melihat daddy dan mommynya tidak
bersuara…
“Mommy daddy..kalau mommy
dan daddy takut berjangkit, Ris boleh duduk rumah lain”. Mendengar suara
anaknya barulah Tengku Faridah tersedar dari rasa terkejutnya.
“Tidak Ris..Ris duduk lah
sini biar mommy jaga Ris, tak payah orang luar jaga Ris, mommy boleh jaga Ris.
Tentang berjangkit itu tak apa mommy pun
dah tua bila-bila masa akan mati juga. Mommy tak kisah kalau dijangkiti ADIS
sekali pun. Ris!!kalau boleh ditukar biarlah mommy yang dapat dari Ris. Ris
masih muda, masih boleh bekerja tolong daddy dan Farid. Mommy ni duduk rumah,
makan tidur makan tidur sahaja.” Itulah hati seorang ibu, kalau boleh biar dia
yang menanggung masaalah anaknya, malah
mati juga dia rela jika nyawanya boleh ditukar sesuka hati..
“Ris reda mommy. Mungkin
dengan penyakit ni, Ris diberi peringatan untuk bersiap sedia untuk menemuiNya.
Ini yang Ris belajar dari Hidayah mommy..Ris belajar reda dengan apa yang
diberi oleh Allah sebagai kasih sayangNya. Sekarang ni Ris nak cuba
melangsaikan hutang Ris pada Allah, hutang puasa mommy..”.
“Jadi Hidayah tahulah
yang Ris ada ADIS ni”.
“Tahu mommy. Hidayah tahu
dari sebelum kami nikah lagi”.
“Jadi apa tujuan dia
nikah dengan Ris..Nakkan harta dengan cepat.Memandangkan Ris akan mati tak lama
lagi”.
“Ya Allah mommy, jangan
cakap macam tu mommy. Dia anak Ris. Dia sayang Ris sebagai ayah dia. Dia nak
bantu Ris kembali kepangkal jalan sebelum Ris tutup mata mee. Lagi pun memang
dia ada hak keatas harta Ris kan”.
“Ris!! mommy nak ingatkan
jangan mudah percaya cakap orang. Ris baru sahaja kenal Hidayah, Ris tak tahu perangai
dia macam mana..Mommy hairan kenapa Ris buta-buta percaya sahaja cakap dia. Betul ke dia tu
anak Ris, Ris dah buat ujian DNA. Jangan sebab dia bertudung nampak baik Ris percaya segala cakap dia”.
“Tak payah ujian
DNA, Ris memang percaya cakap dia. Bukan
sebab dia bertudung dan nampak baik tapi perasaan Ris ni..rasa yang Ris rasa..
mengatakan dia orang yang rapat dengan Ris,
mommy”.
“Jadi apa tujuan Ris
nikah dengan dia dan Hidayah!!Apa tujuan kamu nikah dengan Faris”. Jika Nur
Hidayah adalah adalah anaknya..Ini bermakna Nur Hidayah adalah cucunya, sama seperti Farid. Mereka
berdua adalah darah dagingnya sendiri.
Tetapi yang membezakan dua orang cucunya adalah, Nur Hidayah lahir diluar
pernikahan antara anaknya dengan wanita yang melahirkan Nur Hidayah itu sahaja.
Tapi betul ke dia anak pada Tengku Faris? rasa tidak percaya berligar di kepalanya.
“Datin..saya ni tak ada siapa
yang sudi nak ambil saya sebagai isteri yang sah, bila tahu saya anak luar
nikah”
“Haa Ris kan betul apa
yang mommy fikir. Dia hanya nak ambil
kesempatan dari kesanggupan Ris ambil dia jadi isteri. Ris tak fikir ke..dia
tahu Ris ada penyakit bahaya pun dia sanggup mengadaikan dirinya demi
harta..demi nakkan hidup yang senang dan mewah cara mudah.”.
“Mommy dengarlah dulu apa
yang Hidayah nak cakap me. Ris sedeh mommy hina anak Ris macam ni. Mommy tahu
tak, keadaan dia sekarang sebab perlakuan salah Ris dulu.Kesusahan dan kehinaan
dia sekarang adalah kesalahan Ris. Cuba mommy di tempat dia, mahukah mommy jadi
anak luar nikah. Tapi sebab kejahilan Ris dulu, dia lahir dengan kehinaan
sekarang mee”. Tengku Faris menangis lagi. Air matanya berjujuran, Tengku Faizal
pula yang menghampuri dan menepuk-nepuk belakang anaknya perlahan. Tengku Faizal memang sudah tidak
terkata..fikirannya jadi kosong menerima kenyataan tentang anak yang ditatang
bagai minyak yang penuh selama ini dijankiti HIV positiv.
“Ha sekarang kamu cakap
lah kenapa kamu sanggup membahayakan diri nikah dengan Faris, sedang kamu tahu
Faris ada penyakit ADIS. Apa terdesak sangat ke hidup kamu selama ni, sampai
sanggup membahayakan diri sendiri..kamu tu masih muda lagi”.
“Tengku masih boleh kah
saya menarik diri dari janji saya. Saya berjanji saya tak akan terserempak dengan Tengku lagi.
Saya janji saya akan pergi dari Kuala Lumpur ni.” Nur Hidayah memandang kearah
Tengku Faris ketika menuturkan kata. Dia mahu menarik semula janjinya.
“Hidayah nak pergi
mana?.You nak bunuh diri ke Hidayah”.
“Aztagfirullah..saya tak
akan melakukan perkara bodoh macam tu. Membunuh diri umpama melemparkan diri sendiri ke dalam neraka.
Saya tidak akan melakukan perkara bodoh seperti itu, hanya kerana perkara kecil
macam ni. Saya tak kisah pandangan hina manusia pada diri saya..Yang saya
harapkan hanya pandangan Allah pada saya
sahaja. Tengku jangan bimbangkan saya..bumi Allah ni luas. Dan rezeki
Allah yang halal pun banyak.Janji kita beusha In Sya Allah..Allah akan memberinya”.
“Emm bencinya..berlakun
baik depan orang, tapi pantang lepa semuanya nak dikebas. Pengikis. Agaknya
perangai emaknya pun sama macam kamu, ialah mana nak tumpah kuah kalau tak ke
nasi. Ris agaknya dulu emak dia nak perangkap Ris, itu sebabnya dia serahkan
diri pada Ris, Ris tak perasan ke, orang nak dajalkan kamu Ris. Cuba Ris buka
mata Ris tu.Entah-entah sebelum dia mati dia pesan pada anaknya cari
Ris dan kaut harta Ris.”.
“Tengku!Saya minta maaf.
Saya tidak mampu menunaikan janji saya.
Saya tak mampu masuk dalam keluarga Tengku dengan rasa curiga dari ahli
keluarga Tengku. Dan telinga saya tak mampu mendengar bila mama saya diceca.
Tapi untuk ‘meminta’ saya rasa tak
sanggup.Kalau Tengku rasa kasihankan saya, Tengku ucapkanlah.. saya terima dengan
reda. Hanya jika kita sudah tiada hubungan lupakan lah saya. Anggaplah saya
tidak pernah ada dan muncul dalam hidup Tengku. Anggaplah kita tak pernah kenal
dan tak pernah berjumpa. Saya berjanji saya tak akanmuncul dihadapan Tengku
lagi. Tolonglah Tengku…”. Nur Hidayah sudah tidak mampu bertahan mendengar
perkataan Tengku Faridah yang bak sembilu menghiris perasaanya. Tengku Faris faham
apa yang diminta oleh Nur Hidayah..cepat dia mendekati anak merangkap
isterinya. Dicapai kedua tangan Nur Hidayah di letakkan kedadanya dia merayu.
“Jangan tinggal papa
Hidayah.Papa memang sangat mengharapkan Hidayah dalam hidup papa yang dah tak
lama ni. Lagi pun untuk memutuskah hubungan kita, papa tak mampu. Papa akan
menambah dosa papa, sebab menceraikan isteri yang baik akan berdosa. Hidayah
adalah isteri yang baik, isteri yang tak ada salah untuk diceraikan. Kasihani
papa Hidayah, papa ni tak ada pahala untuk dibawa bertemu Allah..ni nak
menambah dosa papa yang sedia ada. Hidayah papa takut mati dengan dosa yang
masih berkepuk..tolong jangan tinggalkan papa Hidayah.. toloonglah.” Tengku
Faris sudah teresak-esak,mukanya sudah ditangkupkan dipangkuan Nur Hidayah.
Merayu dan mencari simpati.
“Tapi macam mana ye
Tengku..keadaan kita tak mengizinkan. Saya percaya Tengku boleh berubah dengan
bantuan orang-orang yang menyayangi
disekeliling Tengku”.
“Tidak Hidayah ..tidak,
papa tak mampu untuk melakukannya tampa Hidayah..banyak yang papa tak tahu..”
“Tengkuu antara isteri
dan ibu, Tengku wajib mendahulukan ibu, kerana untuk seorang lelaki syurganya
di bawah tapak kaki ibunya..dulukanlah ibu Tengku”.
“Baiklah Hidayah”. Tengku Faris berpusiang mendapatkan Tengku
Faridah mommynya.
“Mommy, maafkan Ris mommy..Ris
memohon sangat, dengan hidup Ris yang makin singkat ni, Ris nak mencari arah
hidup Ris sendiri. Izin kan Ris hidup sendiri dengan tanggung jawab Ris. Ris
tak akan meminta bahagian Ris lagi. Mulai hari ini Ris akan kerja untuk
menampung hidup Ris dengan tanggungjawab Ris.”Tengku Faris mencapai tangan mommynya
lalu dicukup meminta restu. Kemudian dia berpaling kepada Tengku Faizal.
“Daddy..Ris akan kerja
lusa. Hari ni Ris berusha cari rumah untuk kami”.
“Faris!!!..sampainya hati
Ris pilih Hidayah dari mommy yang dah bagi kasih sayang pada Ris berpuluh
tahun. Ingat Ris, mommy ni emak Ris, emak yang mengandung dan melahirkan Ris
dengan susah payah.”.
“Mommyyy Ris tak pernah
nak pilih siapa-siapa, tidak mommy tidak juga Hidayah. Ris tidak juga nak
membelakang mommy..Ris hanya nak mencari kehidupan Ris. Izinkan Ris duduk rumah
lain. Ris akan jenguk mommy dan daddy..kalau tak hari-hari, Ris akan datang
seminggu sekali. Mommy tetap emak Ris sampai bila-bila pun..fahamilah Ris mommy”.
“Tidak Ris..mommy tak
izinkan Ris keluar duduk asing dari mommy”.
“Tapi untuk berpisah
dengan Hidayah tak mungkin mee..tolong jangan bagi Ris pilihan.Hidup Ris tak lama lagi tolonglah mommy fahami Ris”.
“Idaah dah lah, bagilah
Faris peluang membaiki dirinya sendiri. Bagilah dia peluang mencari hidupnya
sendiri.Kalau Ris yakin dengan Hidayah biarkanlah. Abang akan pasti kan harta
kita selamat. Kalau Idah nak, abang boleh buat surat kita sain satu
perjanjian..apa-apa harta yang akan dikeluarnya semuanya atas persetujuan dari
Ida. Tapi abang minta biarlah Faris mencari hidupnya sendiri.Ini untuk kebaikan
dia Idah”. Lembut Tengku Faizal memujuk sang isteri yang sedang naik angin.
“Bang! Idah bukan nak
tamakkan harta yang tak boleh dibawa masuk kubur tu. Ida hanya nak abang
fikirkan, anak Idah hanya Faris sorang
bang. Idah tak mahu dia dikudakan dan di
perbodohkan oleh perempuan yang nak cari kesempatan. Idah hanya nak jaga dia
sahaja. Nak jaga keselamatan dia. Kenapa abang tak boleh faham hati seorang
ibu.”
“In Syaa Allah tidak
Idah..abang pastikan itu tak mungkin berlaku. Anak kita tak akan dikudakan atau
di tipu oleh sesiapa pun.”.
“Dah lah bang, dahlah
Ris..mommy mengaku kalah.Kalau Ris nak mengubah diri Ris, ubahlah. Mommy tak akan campur lagi urusan Ris anak
beranak atau urusan Ris suami isteri..tapi dengan syarat Ris duduk sini..rumah
ni pun besar.”
“Kalau Ris duduk
sini..Hidayah??”.
“Tak kan kamu berdua
tak faham, kat mana duduk suaminya kat situlah isterinya. Dah pergi naik..
rehat”. Arah Tengku Faridah garang. Dalam hati azam Tengku Faridah akan
memantau kegiatan Nur Hidayah secara senyap. Dikepalanya terfikir-fikir
apa yang diberitahu oleh Tengku Faris tadi.
Namun Tengku Faris tidak bergerak. Melihat tingkah anaknya
Tengku Faridah bangunn dan meletakkan dua tangannya kepinggang dia merenung kearah anaknya dengan garang,
raut wajahnya menunjukkan dia masih marah. Terpaksa Tengku Faizal masuk campur
menyuruh anak dan menantu merangkap cucunya berehat.
“Dah lah pergilah Ris dan
Hidayah naik bilik …rehat..”.
Untuk memenuhi arahan dan sebelum Tengku Faridah naik angin
semula, Tengku Faris dan Nur Hidayah naik kebilik. Sampai ditingkat atas.
“Hidayah..papa rasa
Hidayah ambil bilik papa ni, biar papa masuk bilik ni”. Ada tiga bilik di ruang
tingkat atas rumah kediaman Tengku Faizal. Memandangkan usia mereka yang sudah
tua Tengku Faizal membina sebuah bilik ditingkat bawah untuk kemudahkan mereka.
Bilik Tengku Faris adalah bilik utama dulu jadi bilik itu sememangnya luas dan
lengkap dengan bilik mandi.
“Tak apa papa. Papa guna bilik papa jadi tak payahlah
berpindah bagai, nanti nak kemas lagi. Lagi pun Dayah tak pandai bilik
besar-besar, rasa takut pula nanti. Walaupun papa ada kat sebelah ni”.
“Ok. .Hidayah masuk bilik ni, cari cadar dalam almari baju
tu. Dah siap kemas..masuk bilik papa kejap tau. Nanti kita turun
sama-sama..papa dah lapar ni”.
Mereka hanya makan berdua sahaja walaupun mommy sudah
dijemput oleh Tengku Faris untuk makan tenghhari bersama. Namun dia memeberi alas
an yang waktu makanya belum tiba.
“Mommy Ris dah lapar lah jom kita makan.”.
“Pergilah Ris makan dulu dengan Hidayah mommy makan dengan
daddy nanti..”.
Selelsai makan. Nur Hidayah menemasi meja makan kemudian
mereka berdua bersiap-siap pula mahu kemasjid untuk menunaikan solat Zohor..
Tekad di hati Tengku Faris mahu mencari keredahan Allah, maka dia akan
melakukan apa yang disukai oleh Allah oleh hambanya. Bermulalah kehidupan seorang hamba yang taat bagi Tengku Faris.
Seperti yang diingini oleh Tengku Faris, pagi berikutnya dia
berpuasa dengan niat puasa ganti.Hari pertama berpuasa dirinya lembik bagai
kain buruk di awal hari lagi. Pukul sembilan setengah pagi lagi, dia sudah
menghubungi Tengku Farid anaknya untuk meminjam Nur Hidayah supaya duduk
dibiliknya.
“Farid tolong papa Farid”.
“Nak tolong apa pa…papa kat mana ni?”
“Papa ada dalam bilik papa ni..tapi nak pinjam
Hidayah..tolong ye”.
“Wahh papa ni, janganlah lebih-lebih macam tak pernah ada
isteri asyik nak berkepit 24 jam”.
“Tolonglah Farid papa tak larat ni..pinjam kan Hidayah ye.”
rayu Tengku Faris. Di hujung talian Tengku Farid hairan suara papanya seperti
orang tidak bermaya, letih dan sayu sahaja.
Terkejut beristeri muda ke..tetapi bukan dia tidak pernah
berkahwin..malah sudah lima kali dia bernikah dengan berlainan bangsa pula tu.
“Ialah, nanti Farid suruh mama Dayah jumpa papa.”.Dalam kepalanya
berfikir-fikir, tanganya menekan butang intercom menghubungi Nur Hidayah. Dia
memberitahu agar dia kebilik papanya.Kemudian Tengku Farid menghubungi datuk nya pula untuk mengetahui
perkembangan papanya.
“Asalammualaikum tuk…”
“Walaikumsalam Farid, nak ajak grandpa minum ke? Baru Sembilan
setengah Farid..” Biar pun dia empunya Hotel namun harus juga menjadi contoh
kpada pekerja jangan sesuka hati sahaja keluar minum atau makan sebelum tiba
waktu rehat. Itu prinsip Tengku Faizal.
“Tak adalah. Hari ni Farid puasa sunat bulan Rejab tuk.
Semalam Jannah minta izin Farid nak
puasa sunat satu Rejab. Dia ajak Farid
puasa. Mulanya malas juga Farid nak puasa. Tapi pagi tadi masa dia bangun sahur
mata ni ikut terjaga pula, jadinya Farid pun ikut bersahur juga...rupanya atuk
Ib dan nenek Bedah pun puasa juga hari ni”.Kedengaran ceria suara Tengku Farid
bercerita dengan datuknya.
“Ohh..atuk ada dengar puasa dibulan Rejab ni bagus.”
“Apa bagus nya tuk..atuk Ib tak pernah pula cerita tentang
kebaikkan puasa bulan Rejab ni, hanya dia cakap puasa bulan Rejab ni sebagai persediaan
kita nak berpuasa sebulan dia bulan Ramadan sahaja”.
“Alah atuk dengar sahaja, kalau kita berpuasa dalam bulan
Rejab kemudian kita buat solat malam kita akan terlepas dari siksa kubur itulah
kebaikkannya. Tapi janganlah kita puasa kerana itu sahaja..ikut macam atuk Ib cakap
kita puasa untuk persediaan bulan Ramadan. Farid!atuk ni dah tua asyik kejar
harta dunia sahaja, tak ingat langsung nak buat ibadat..”
“Tak apalah tuk. Kalau dah ingat tu esok niatlah lah
puasa, bulan Rejab kan sebulan tuk. Ehh
yang sebetulnya Farid call ni nak Tanya, kenapa dengan pengantin baru tu,
dahlah tak habis cuti dah datang kerja, ni belum setengah hari tak nampak bini
dah dipanggilnya masuk bilik pula. Papa tu mestilah faham, ni kan kat pejabat
tak kan nak berkepit sahaja dengan Hidayah.. apa cerita ni tuk.”.
“Farid! Farid sibuk ke, kalau tak sibuk masuk bilik atuk
sekarang ..kita bincang hal keluarga kita”.
“Ok..Farid datang sekarang”. Setelah Tengku Farid duduk
dihadapan datuknya..mula Tengku Faizal menceritakan apa yang terjadi pada
Tengku Faris..dan siapa Nur Hidayah kepada mereka.
“Satu yang Farid muskil sekarang ni.. Tuk! boleh ke seorang
ayah menikahi anaknya..tak berdosa kah mereka. Kenapa papa tak ceraikan sahaja
NurHidayah tu kalau dah tahu dia anak papa.”.
“Apa pula nak bercerai, mereka tahu mereka anak beranak
sebelum mereka nikah lagi.”
“Habis kenapa mereka nikah juga?? Pelik lah papa dengan
Hidayah ni”.
“Papa kamu cerita dengan atuk hari tu, sebab nak elakkan dosa mereka meneruskan
pernikahan mereka. Sebab kalau mereka tak nikah, mereka jadi bukan mahram dan
kalau bukan mahram ertinya mereka duduk berdua mereka akan berdosa. Sedangkan
papa kamu nak duduk serumah dengan anak
perempuan dia. Dia kata nak tebus segala salah silap dia dengan Hidayah tu.
Atuk sebenarnya kesian juga dengan Hidayah tu..semua orang pandang hina pada
dia termasuklah nenek kamu Farid”.
“Ia ke tuk”.
“Nenek kamu tu, dia curiga dengan kejujuran Hidayah. Pada
atuk Hidayah memang ikhlas nak tolong papa Farid..Yang kita tenguk Hidayah bukan
wanita mata duitan kan Farid. Dia bersungguh-sunguh nak bantu papa kamu
bertaubat. Hari ni dia dah mula puasa ganti. Sahur tadi Hidayah yang temankan
dia bersyahur. Esok atuk pun nak sahur
samalah nak puasa sunat Rejab”.
“Ehmm”.
“Farid rasa tak bagus macam tu, biarlah papa kerja.Jadi dia
tak memikirkan sangat tentang dirinya. Lagi pun susah nak cari Akautan tuk...Tapi
kita jangan bebankan sangat dia dengan kerja yang kita bagi. Biar dia tolong
kita sikit-sikit begitu juga dengan Hidayah, apa pendapat atuk”. Yang
sebenarnya Tengku Faris mengambil alih tugas Halim sebagai Akautan di hotel
mereka.
“Ok juga macam tu. Lagi pun dia kena juga cari duit untuk
menanggung rumahtangga dia. Farid! Apa pendapat Farid kalau atuk nak keluarkan
bahagian papa..supaya dia boleh bayar fidyah dia”.
“Elok juga cadangan atok tu Farid setuju.” diakhir
perbincangan mererka perlu memberi ruang masa untuk Tengku Faris
bertaubat..beramal sementalah umurnya
pun tidak lama lagi.
Dibilik Tengku Faris pula, dia sudah tidak boleh melakukan
kerja. Perutnya dari pukul Sembilan pagi lagi sudah menjerit minta diisi.
Setengah jam berlalu dia menahan perut kini dia sudah tidak mampu untuk
bertahan. Anggota badannya sudah menjadi lemah. Tangannya mencpai tetefon
dimeja, dia mahu menghubungi anaknya supaya meminjamkan PAnya.. Kemudian dia
mengheret kakinya duduk disofa, pada mulanya dia hanya menyandar kan badan
sahaja kemudian badannya sudah meyendeng dan akhirnya dia merebahkan badannya
disofa dengan tangan menekan perutnya yang terasa sungguh lapar. Pengalaman
pertamanya berpuasa semenjak umur
menjadi angka 20 dan duduk jauh dari emak ayahnya diluar Negara. Bila daun
pintu biliknya terkuak, terjengul wajah Hidayah. Terus sahaja dia mengadu
tentang perutnya.
“Hidayah papa rasa lapar sangat..boleh sampai tak hingga
waktu magrib nanti agaknya”.Jika dulu dia mengadu begitu tentu sahaja mommynya
akan menyuruh dirinya berbuka.
“papa kena sabar..papa cuba bayangkan orang-orang miskin
yang tak ada makanan sampai berhari-hari. Itulah yang mereka rasa dengan tiada
harapan. Rasa lapar yang tiada harapan dihujung hari mereka ada sesuatu yang boleh mengisi perut mereka.Tak
macam kita..Kita berpuasa tentu-tentu magrib nanti ada benda nak dimakan dan nak diminum..sedap
pula tu. Sebut sahaja tentu bibik akan buat untuk papa, tapi mereka yang miskin
benda yang dimakan pun tak ada. Tak tahu berapa hari lagi baru mereka boleh
jumpa makanan.Kalau papa bayangkan macam tu In Syaa Allah kita akan dapat
bersabar”.Tengku Faris sudah berbaring dengan mata terpejam. Sambil
membanyangkan apa yang diperkatakan oleh Nur Hidayah sebentar tadi. Nur Hidayah tahu Tengku Faris tidak tidur dia
hanya memejamkan mata menahan perutnya yang kosong.. Sambil duduk dihujung kaki Tengku Faris, dia
bercerita menyampaikan kelebihan orang berpuasa …
“Papa..puasa ni untuk mendidik manusia menjadi sabar.
Kelebihan puasa ni banyak pa, selain sabar menahan perut yang lapar,puasa juga
dapat menahan nafsu batinnya juga. Sebab itulah Allah memberi kelebihan setiap
doa orang yang berpuasa dan akan dipenuhi doanya jika dia berdoa dengan
sesungguh hati In Syaa Allah. Para malaikat pun akan mengaminkan doa
orang-orang yang sedang berpuasa. Pa!setiap apa yang dilakuakan oleh yang
sedang berpuasa adalah ibadat pa..Hidayah pernah baca katanya Diam orang puasa merupakan tasbih,
tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan. Itulah
kelebihan orang berpuasa pa”.
Alhamdulillah..Dengan semangat yang dikuatkan akhirnya dapat
juga Tengku Faris berpuasa hingga tiba waktu berbuka.
Semoga Tg Faris terus berubah dan menjadi insan yang soleh dan Tg Faridah akan sedar kelancangan bicaranya menuduh Hidayah adalah tidak berasas. Moga hidayah memperolehi kebahagiaan hidup dan tiada lagi penghinaan enyakitkan hati..
ReplyDeleteAlhamdulillah Faris dan Hidayah tabah mengahadapi ujian.
ReplyDelete