Itulah
mommy I, dia masuk Islam kerana nak kahwin dengan orang Islam. Mungkin hatinya
juga ikhlas, namun yang I kesalkan ayah, kenapa setelah berjaya menarik seorang
wanita kejalan yang lurus mesti berhenti sekerat jalan pula. Kenapa menjadikan
mommy Islam hanya sekadar untuk dijadikan seorang isteri kemudian dibiar kan
terkapa-kapa tak dibantu lansung untuk mendalami Islam. Bukan mommy sahaja yang dibiarkan I juga mencari sendiri
apa itu Islam. Mungkin ayah rasa belajar disekolah sudah cukup untuk kita tahu apa
itu Islam. Hidayah you dah ada yang tunggu ke?”.Entah kenapa sedang tekun Nur
Hidayah mendengar kisah mommynya, Doctor Johan Hamdi menukar jalan cerita.
Potong stemm betullah dia ni. Desis hati Hidayah.
“Tunggu nak kemana..sedari pagi saya disini dan saya
tak cakap pun saya nak pergi mana-mana apatah lagi orang menunggu saya.”.Hairan
Hidayah dengan pertanyaan yang tiba-tiba terpacul dari bibir Johan Hamdi.
“Allah..saya tak masukdkan Hidayah nak pergi
keman-mana. Memang betul orang kata, budak Sains ni tak romentik..kalau nak
bahasa berkias pun jadi orang tak faham. Emm..Kalau saya menyampaikan maksud
dalam bahasa yang terang boleh tak.. senang I, you pun tak salah faham kan.”
Nur Hidayah senyum segaris dengan pertukaran cerita dortor yang didepan mata.
Yang sebetulnya dia tidak faham apa maksud
yang diperkatan oleh pemuda bermata sepet dan bertubuh kurus dihadapanya.
Namun dijawab juga supaya tidak dikatakan tak ambil kisah orang bercerita.
“Saya lebih suka macam tu sebab saya ni pun bukan budak
sastera..saya budak akaun, tahu kira duit sahaja..mata pun dah jadi mata
duaitan”. Kha..ha..gelak besar Dr. Johan mendengar lawak selamba Nur Hidayah.
“Ok..ok..sebetulnya saya nak tanya..awak dah ada buah
hati ke selepas kematian suami awak.”.
“Kalau saya kata ADA, buruk sangat perangai saya kan,
baru enam bulan lebih suaminya meninggal
saya dah cari penggantinya”.
“Apa pula buruk perangai, kenyataan.. yang pergi tetap
pergi, dia pergi pun memang dah tak akan kembali lagi pada kita. Jadi kita yang
masih hidup ni teruskan lah kehidupan kita. Allah pun tak suka kita menangisi orang yang
dah pergi mengadapnya kan. Lagi pun kan Allah dah tetap kan waktu berkabung
seorang isteri hanya tiga bulan sahaja.
Waktu IDDAH tu samalah juga dengan waktu berkabung kan, selain nak memastikan
wanita itu tidak mengadung, ia juga adalah waktu untuk menzahirkan rasa sedeh
seorang isteri diatas kematian suaminya. Saya serius nak tahu awak dah ada yang
tunggu ke”.
“Betullah tu..tapi bukan senang nak cari pengganti. Entahlah
boleh ke saya cerita tentang cerita peribadi saya..sedang kita belum kenal
lama”.
Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan
itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi
suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami
pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan
ke atas pemergian suaminya. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah
s.w.t. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan
meneruskan hidupnya dengan kesabaran.http://halaqah.net/
“Apa salahnya anggaplah I ni kawan yang boleh diajak
mendengar masaalah you. Yang sebenarnya perkara ni penting pada saya. I tak mahu kerana I, you all
berperang dan akhirnya putus. I juga tak mahu jadi punca kemusnahan satu perhubungan.
Yang penting sekali saya tak mahu jadi perosak.”.
"Entah ye ada ke..tapi macam tak ada harapan".
"Apa maksud awak? ada ke tak ada? jangan segan saya hanya nak tahu. Kalau awak dah ada pilihan hati, saya tak mahu ganggu. ".
"Entah ye ada ke..tapi macam tak ada harapan".
"Apa maksud awak? ada ke tak ada? jangan segan saya hanya nak tahu. Kalau awak dah ada pilihan hati, saya tak mahu ganggu. ".
“Hssy doc. Tak adalah sampai dia jadi pilihan hati
saya..tapi dua bulan sudah dia ada cakap yang DIA SUKA SAYA”.
“You dah bagi jawapanya”.
“Belum, kerana jawapan saya mestilah hasil dari penerimaan kedua orang tuanya dulu. Saya
beri tempuh seminggu untuk dia berbincang anak beranak itu pun setelah dia bagi
tahu siapa saya sebenarnya kepada ibu dan ayahnya.”
“orang tua dia dah jumpa you”
“Dah..”
“Wah kalau dah sampai membabitkan orang tua, harus lah
dah serius ni”.
“Entahlah serius ketidak mungkin juga serius. Saya tak
tahu.. masa saya ajak dia jumpa sebab nak pulangkan sesuatu dia ajak makan
sekali. Bila sampai kat restoran kedua ibu ayahnya dah ada. Jadi saya makan
dengan mereka. Mungkin dia nak mengelakkan fitnah itu sebabnya dia ajak
keluarganya sekali.”
“Bila kejadian tu”.
“Dua bulan sudah, tapi sampai sekarang dia senyap
sahaja. Doktor rasa apa penerimaan keluarga dia, bila dia orang dah tahu siapa
saya. Boleh ke saya pegang pada tarikh luput syarat saya. Dan saya kata kan
keluarganya tidak dapat menerima saya menjadi ahli keluarga dia, kerana status saya?”.
“Hai ada tarikh luput juga ke? Ingatkan barang sahaja
yang ada tarikh luput..”.
“Adaa..saya kata hari tu seminggu selepas pertemuan
kami yang sekali lagi. Dia mesti call bagi jawapan. Kalau dia tak call..erti nya kedua orang tua
nya tidak boleh menerima saya dan kami boleh bebas hidup seperti biasa. Sekarang
dah dua bulan berlalu.”.
“Kenapa you bagi tarikh luput singkat sangat seminggu
mana nak sempat berfikir.”.
“Doktor..kalau betul dia atau keluarganya memang tak
kisah dan boleh menerima saya seadanya dalam masa satu hari pun dah boleh
tetapkan hati bagi jawapan”.
“Memang betul kata you..tapi kalau dia memang betul
sukakan you hanya keluarganya sahaja yang rasa keberatan sedikit nak terima
you…macam mana? Pada I bagi lah dia waktu panjang sedikit, untuk beri dia
peluang memujuk kedua ibu ayahnya menerima you.. I rasa masa yang you beri terlampau
pendek untuk proses memujuk. Sekurang-kurang bagilah dia tempuh sebulan ke.”
“saya tak mahu sebab pujukkan keluarga nya menerima
saya. Saya nak kelaurga dia terima saya seadanya..walaupun setelah tahu siapa
saya. Sebab penerimaan selepas pujukkan akan ada kesanya dibelakang hari.”
“Apa maksud Hidayah..” Berkerut-kerut dahi doctor Johan
untuk memahami kata-kata Nur Hidayah.
“Ditakdir suatu
hari nanti berlaku sesuatu yang buruk pada kehidupan kami tentulah PUJUKKAN itu
akan disebut kerana tersilap mengambil keputusan ..mesti akan terkeluar
kata-kata ‘itulah dulu lagi emak ayah dah
cakap’ saya yang sebenarnya tak suka ayat tu. Ayat tu akan menimbulkan rasa
kesal kat hati..Tapi bila mereka terima saya dengan rela dan lapang dada, biar
pun ada keburukkan atau musibah dibelakang hari, mereka boleh menerima dengan
hati yang terbuka, dan mungkin mereka boleh menerima nya dengan redha sebagai
ketentuan Allah.”
“Hidayah, kalau memang dia suka you sungguh-sungguh, tak
ke you rasa rugi nanti.”.
“Tak apalah saya rugi dulu..sebab apa kalau memaksa
orang suka dan menerima saya, RUGInya
akan datang kemudian hari. Rugi yang akan ditanggunag oleh bukan saya seorang
sahaja. ‘Kemudian hari’ waktu tu mungkin
sudah dua atau tiga orang yang lahir dan yang akan turut sama menerima kerugian.
Tapi kalau sekarang, hanya saya seorang sahaja yang merasa rugi. Itu sebabnya
saya memilih rugi dahulu dari rugi kemudian.”
“Kenapa you pilih suka keluarga dari diri pemuda itu
sendiri. Bukan kah cinta sangat penting dalam hidup berumah tangga dari rasa
suka keluarganya. Sebab dia yang nak
serumah tangga dengan kita bukan keluaraganya.”.
“Doktor!! bukan mudah seorang ibu mahu membawa kita
lahir kedunia ni. Dari peringkat permulaan seorang akan merasa tidak selesa
bila seorang bayi mula membentuk dalam rahimnya..bila dah besar sikit jalan pun
terkengkang kengkang membawa perut dan yang paling hebat seorang ibu mampu
menempuh rasa sakit saat melahirkan. Orang cakap sakit melahirkan anak kurang
sedikit dari rasa sakit masa nyawa kita dicabut dari badan. Jadi saya tak mahu
seseorang itu menyakiti hati ibunya kerana mahu memiliki saya sebagai isteri.
Dan saya tak mahu merenggangkan hubungan anak dan ibu bapa kerana saya. Saya
hadir dalam hidup nya hanya setelah dia segak bergaya dan bekerjaya...
sedangkan kedua ibu bapa memelihara dia dari tapak kakinya sebesar dua jari.
Jadi siapa yang lebih berhak keatas diri seseorang itu.. bakal isteri atau ibu
bapanya. Tapi yang silapnya kita, bila dah rasa suka dia tak terfikir itu
semua.”.
“Kenapa you tak nak cuba dulu..mungkin diawal
perkahwinan mereka tak suka tapi bila you dah melahirkan cucu untuk mereka you
menjadi menantu kesayangan”.
“Saya tak mahu menanggung risiko..perkataan MUNGKIN tak
membawa kepastian sangat merbahaya. MUNGKIN mereka suka itu Alhamdulillah dan MUNGKIN
mereka tak suka hingga keakhirnya. Macam
mana???”.
“Ok sekarang I faham pendirian you dan I yakin
kedudukan you. I anggap you single and available ok. Sekarang masuk bab I
pula..Terus terang I cakap..I sangat perlu pertolongan you. Tapi kalau kita
macam sekarang ni, I umpama tutup lubang gali lubang”.
“Amboi doc. budak sains dah pandai bermain dengan kata
berkias..tapi saya budak akaun memang tak fahamlah maksud tersirat tutup lubang,
gali lubang. Kita sekarang bukannya nak tanam ubi ke, keladi ke atau tanam anak
pisang yang perlukan lubang yang dalam untuk menanamnya.”. Dua duda dan balu
ketawa lucu dengan keyataan sendiri.
“You ni tak lepas pelung kalau nak kena kan I. Maksud I macam ni. I sedar dan I tahu kita ni bukan mahram,
berjumpa dan duduk berbual macam ni mendatang dosa. Memang betul I nak cari
pahala berbuat baik pada mommy I, tapi I terpaksa membuat dosa bila terpaksa
mengajak you datang sini. Apa kata kita halalkan hubungan kita. I
sungguh-sungguh nak kan bantuan you, untuk menjadi anak yang berbakti kepada
ibunya. I nak mencari keredaan Allah
Hidayah, bukan untuk diri I sahaja tetapi untuk mommy I sekali. I tak mahu
mommy I rugi didunia dan akhirat. Didunia ni dia terkontang-kantieg sendiri
bila ayah I tinggalkan dia, bab tu I tak boleh nak buat apa. Tapi untuk
akhiratnya I nak tolong dia..nak ajak dia solat dan mengerjakan semua peritah
Allah yang diwajibkan keatas setiap hambanya. Semoga diakhirat kelak dia akan
menadpat balasan baik dari Allah.”.
Terkelip-kelip Nur Hidayah memandang kearah doctor Johan Hamdi. Mungkin
dia mencari jawapan diwajah Johan Hamdi yang beraut wajah seperti Cina. Raut
wajah dan fizikal doktor Johan Hamdi ada persamaan dengan Rasid Sidek pemain
badminton Negara suatu masa dulu.
“Doktor, kalau doctor tahu siapa saya, tentu doctor
akan menjauhkan diri dari saya”.
“Kenapa?..you takut you dijangkiti ADIS..I yakin you
tidak dijangkiti. Tentu arwah suaminya menggunakan perlindungan yang baik untuk
melindungi wanita yang sanggup bergadai nyawa hidup disisi dia.”.
“Itu salah satunya..ada perkara lain yang doktor tak
tahu berkenaan diri saya."
“Apa dia cakaplah..I takut keluarga you yang tak boleh
terima I yang tak berharta ni atau satu
lagi.. sebab keadaan mommy I sendiri. I sedar dari segi kebendaan you lebih
dari I, you dari keluarga yang kaya..lihatlah dari segi kereta yang you pakai.
I hanya mampu beli kereta nasional PESONA sahaja.”.
“Saya tak perlu pendapat orang lain untuk kehidupan
saya. Bab keadaan doctor dan mommy doctor tak ada masaalah pada saya. Jawapan
saya ni ada kaitan dengan status yang saya pegang.”
“Status apa Hidayah, kalau you nak kata you balu, I ni
duda jadi kita serupa dari status, hanya kita berlainan jantina sahaja”.
“Ialah doctor saya tahu tu..kalau kita sama. Jadilah
doctor tu gay atau saya ni lesbian pula”. Dalam serius berbincang terselit juga
lawak selamba Nur Hidayah, menyebabkan perbincangan mereka disulami gelak
ketawa.
“Cakaplah Hidayah apa yang you nak sampaikan..saya
harap awak tak sampaikan dalam bahasa berkias, takut saya tak faham saya ni
masih budak Sains tau. Tadi saya berbahasa berkias awak pun tak faham kan”.
“Untuk makluman doc. saya adalah anak tak sah taraf atau
dalam bahasa kasarnya anak luar nikah.
Doc tahu tak siapa arwah Tengku Faris dalam hidup saya”.
“Dia
suami you”.
“Selain
suami dia adalah bapa biologi saya”.
“Boleh
ye you nikah dengan dia”.
“Untuk
menghalalkan hubungan kami, jika kami mahu duduk serumah dan bersentuhan. Anak
luar nikah dan bapa biologinya tak membawa apa-apa makna dalam hubungan anak
dan bapa, mereka orang asing yang membawa dosa kalau mereka bertemu. Jadi bab
kaya yang doc. sebut tadi tidak untuk saya. Saya tak berhak untuk menuntut
harta keluarga bapa biologi saya walaupun saya anaknya.”
“You
tahu sejak bila Tengku Faris adalah bapa biologi you dan sejak bila pula you
tahu dia mengidap HIV positiv”.
“Sejak
kami belum nikah lagi”.
“Kenapa
Hidayah sanggup nikah dengan bapa kandung yang mempunyai HIV pula tu”.
“Teruk
kan saya ni..tapi inilah rasa seorang anak yang teringin merasa kasih seorang
ayah. Itu sebabnya saya takut untuk
mengahadapi RUGI KEMUDIAN.. kerana saya tak mahu anak-anak saya..merasa
apa yang saya rasa..INGINKAN KASIH SEORANG AYAH KANDUNG. Yang kedua macam
doctor dengan mommy doctor, saya tak mahu dia mendapat dua kerugian. In Syaa
Allah dengan pernikahan kami dapat membantu dia meraih walau pun sedikit pahala
untuk bekalan dia dialam kubur dan akhirat nanti.”.
“Ohh..sekarang
baru saya faham you Hidayah. Tapi bab penerimaan saya setelah saya tahu you
anak luar nikah sama sahaja, saya tak pandang semua itu. Lagi pun bukan salah
you. You sama sahaja seperti orang lain yang suci dari dosa mama dan ayah you.
Allah Maha Adil Hidayah, dosa perbuatan zina hingga melahirkan anak tidak
ditanggung anak luar nikahnya.”.
“Doktor
tahu tak kenapa ada ibu bapa cuba nak elak
bermenantukan anak luar nikah”.
“Kenapa
ye?”.
“Kerana
kejadianya adalah hasil dari bisikkan syaitan..tentu hasilnya juga terkandung
syaitan juga”.
“Kenyataan
tu tak betul..bukan kah dah dinyatakan, setiap bayi yang lahir adalah sebersih kain
putih..ertinya dia bersih dari segalanya, dari kesalahan emak ayahnya atau masih
bersih dari godaan syaitan yang direjam. Kita yang telah menjadi ibu dan ayahlah
yang mendidik anak menjadikan dia yang macam mana. Hidayah! Kita kalau dah jadi ibu dan ayah jangan
jemu nasihatkan anak, jangan jemu
mengingatkan anak dari terjebak perkara-perjara yang boleh menudaratkan diri
sendiri. Dan satu lagi jangan jemu berdoa memohon pada Yang Maha Mengetahui,
Maha Berkuasa dan yang Maha Mengasihani untuk menjaga dan melindungi anak-anak kita dari bisikan syaitan yang
direjam yang sentiasa cuba menggoda…” Nur Hidayah hanya mendiamkan diri
mendengar pendapat dari budak Sains yang dah menjadi doctor, dan bertukar watak
dah jadi ustaz yang berhujjah dihadapannya.
“Pada I,
I nampak you seorang hamba yang taat pada perintahNya. In Syaa Allah syaitan
juga tak mampu dan merasuk diri you, sebab apa you pun sentiasa memohon perlindungan dari
Allah kan. Dan I berani jamin hati you selalu berzikir mengingatiNya betul ke apa
yang I teka.”.
“Mana
ada.. jangan lah melebih sangat kalau pandang saya. Hanya saya sentiasa berwaspada sebab saya tahu
kelahiran saya macam mana”.
“Yakinlah
diri you juga sama seperti manusia lain..dan sesuai untuk orang lain juga.
Macam mana Hidayah dengan permintaan I tadi. I minta kesanggupan you menjadi sebahagian dari diri I, membantu I
menjadi anak yang berbakti pada ibunya untuk mencari keredaan Allah. Sanggup ye
I sungguh-sungguh ni”.
“Jawapan
saya adalah hasil persetujuan mommy doctor. Saya nak doc. cerita siapa diri
saya. Yang bab masuk penjara kerana dituduh pun cerita juga. Harap dic jujur
dengan apa yang saya mahukan. Saya harap juga jika mommy doc ragu walau sedikit
pun jangan dipujuk. Saya nak dia terima saya seadanya dengan hati yang rela
tampa pujukkan”.
“Ok saya
setuju dengan permintaan you”.
Xsabar nk tau ap trjd sterusnya.. Mintaklah mak dr Johan terima Hidayah......
ReplyDeleteSayapun tak sabar nak tahu cerita seterusnya... moga mak dr johan terima dengan hati terbuka dan mereka hidup bahagia... mana tahukan kuasa tuhan selepas dr johan n hidayah kahwin dan memberi perhatian sempurna mak dr johan boleh sembuh dan blh bertutur dengan jelas semula..
ReplyDeletek.mid