Nuri
membiarkan suaminya berlalu setengah jam. Lagaknya seperti bond yang cuba
menjejaki penjenayah. Dia mahu menyiasat pergerakkan suaminya waktu itu. Dia
nekad menyiasat kerana hasil siasatanya nanti akan menentukan status dirinya,
isteri atau janda. Dia kerumah yang didiami oleh Sarah. Sudah lama Nuri tahu
dimana Sarah tinggal, bila dia dengan tidak sengaja berjalan diwatu malam
ketika suaminya digiliran isteri mudanya. Dia melihat kereta Syukri terpakir
disitu, dan dia juga tahu tingkat berapa madu dan suaminya tinggal. Sebenarnya
Nuri pernah menunggu mereka pulang dari makan malam dia menyorok dibalik pokok
melihat pergerakkan mereka. Ketika itu hatinya sedang libang libu untuk memaksa
hatinya menerima kenyataan dirinya dimadu. Itulah penangan hati yang terpaksa,
apa yang dilakukan juga seakan tampa sedar. Tetapi sekarang ini dia ke kediaman
Sarah dengan tujuan mencari kepastian.
Sampai dikawasan apartmen yang didiami oleh Sarah, dilihat kereta
Syukiri terpakir ditempat pakirnya. Nuri memberhentikan keretanya dibelakang
kereta suaminya. Dia menaiki tangga hingga ketingkat satu dan menunggu dipintu
grill yang berkunci. Nuri mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi
Syukri. Lama deringan tidak berjawab, Nuri menunggu dengan sabar hingga
deringan terputus. Tiga kali mencuba barulah panggilan Nuri bersambung, cepat-cepat
Nuri bertanya.
“Hello Assalamualaikum, abang
kat mana?” Nuri cuba menduga suaminya. Dia ingin mendegar jawpan dari suaminya,
jujur atau bohong.
“Abang kat bengkel, kenapa
Nuri, Nuri nak pesan beli barang ke?” Bohong, kenapa harus berbohong kepadanya
itulah detik hatinya yang pedeh. Jika benar dirinya sudah tidak dihati suaminya
dia tidak akan memaksa, lepaskan dirinya secara baik. Kasih, cinta dan sayang
tidak boleh dipaksa, kalau terpaksa nanti menyiksa. Hatinya merintih menerima
kenyataan.
“Nuri dah keluar ni, Nuri
singgah bengkel ye”.
“Ehh!! tak payahlah abang
dah nak balik ni, Nuri kat mana sekarang ni?”
“Kat depan pintu rumah
Sarah, cuba abang buka pintu sekarang”. Nuri tercegat dipintu grill yang berkunci,
pintunya pun bertutup rapat. Sabar Nuri
menanti Syukri membuka pintu.
Mendengar jawapan Nuri Syukri jadi tergamam, dia terkaku sebentar
mencerana apa yang didengari. Kemudian dia tersedar, sebenarnya dia didalam
bilik diatas katil bersama Sarah, kalamkabut Syuri bangun mencapai kain
pelikatnya. Dia tidak teringat keadaan dirinya dengan hanya berkain pelikat,
tidak berbaju dan rambut yang kusut dia membuka pintu rumah mencari kepastian.
Bagai mahu pengsan bila melihat Nuri tercegat dihadapan pintu dengan seyuman
sinisnya.
“Kenapa abang suka tipu
saya, siapakah saya ini dihati abang, dimanakah saya dihati abang sekarang ini.
Saya hanya meminta tiga hari sahaja untuk menentukan kedudukan saya dia hati
abang, untuk saya menentukan saya akan terus bersama abang. Tapi sekarang
ternyata saya tidak lagi ada dihati abang. Tujuh hari abang betul-betul
melupakan saya, tiada call tiada SMS, saya minta tiga hari sahaja abang
melupakan Sarah tapi abang tak mampu...”. Dengan suara rendah Nuri menyoal
suaminya. Hatinya cukup sakit dengan pemandangan dihadapan mata.
“Nuri abang terangkan, dengar
dulu. Selama kat kampong bukan abang tak ingat Nuri tapi Nuri yang minta tak
mahu abang call atau SMS”.
“Untuk tujuh hari abang
mampu menunaikan permintaan saya, tapi tiga hari untuk saya kenapa abang tak
mampu. Sekarang saya tahu ujian saya berjaya.” Ohh rupanya dia sedang diuji.
Syukri tersedar dari lenanya.
“Nuri tolong dengar abang
terangkan satu-persatu”..
“Tak perlu dan tak payah
abang, jawab nya sudah nyata dan saya
yakin kedudukan saya dihati abang, tak payah abang nak terangkan..”
“Nuri! Sarah demam..” Nuri memandang dengan senyuman sinis.
Sarah yang terpinga-pinga
dengan tingkah suaminya yang kalamkabut meninggalkan dirinya tadi, dia keluar
dari bilik tidur mereka. Mendengar suara suaminya berbalas kata dengan seorang
perempuan, lagi besar tanda Tanya dikepalanya.
“Siapa bang!!”. bila
ditunggu suaminya yang keluar bilik tidak masuk, sedang perlakuan mereka baru
setengah jalan, Sarah keluar bilik mencari kepastian. Laju langkah Sarah keluar
dari bilik dengan hanya memakai kain didada (berkemban).
Ketika itu pandagan Nuri bertembung dengan keadaan
diri Sarah. Makin terbakar hatinya.
“Demam panas ke? itu yang sampai tak pakai baju. Jangan datang lagi pada saya. Saya sudah
bersedia. Saya memohon dengan rendah hati luangkan lah sedikit masa untuk saya,
kita pergi kepejabat kadhi esok.”. Syukri
menoleh kebelakang, bila mendengar suara Sarah. Dia mengeluh melihat keadaan Sarah.
Fikiranya kusut sekusut rambut dikepalanyanya yang memang berserabut.
“jangan lupa ye bang, esok
hari Isnin pejabat khadi dah buka dan esok saya masih bercuti lagi, kita selesaikan
cepat perkara kita. Saya senang, abang berdua pun senang”.
Nuri berlalu dengan hati yang cukup parah. Rasanya tiada ubat yang boleh
meredakan rasa sakitnya. Rasanya baru sahaja berhenti darah yang mengalir,
belum lagi kering lukanya, kini luka itu
tertoreh lagi dengan torehan yang
semakin dalam. Namun tiada lagi air mata yang mengalir, hati bagai keras membatu. Sepeninggalan Nuri, Syukri longlai ditepi pintu. Haruskah dia
berkejar kerumah Nuri atau membiarkan sahaja isterinya itu mengubati sendiri luka
hati yang ditorehnya tadi.
Tadi dia kerumah Sarah kerana tidak sampai hati mendengar rintihan Sarah.
Dalam esak tangisnya dia menyatakan kerindunya bila ditinggalkan tiga hari tampa panggilan dan tampa SMS. Syukri
maklum keadaan Sarah yang baru merasai manisnya cinta dan indahnya rasa bila dibelai
dengan kasih suami yang baru dikecapi. Walau niat dihatinya tadi hanya sekadar
menjengukkan muka, tapi Syukri tidak mampu untuk menolak godaan yang manja dari
isterinya Sarah. Memang diakui Sarah memang pandai mengoda. Tetapi untuk
berterus terang dengan Nuri, dia tidak sampai hati. Berterus terangnya akan melukai hati Nuri pula, jadi dia berbohong
sedikit. Dia mengharapkan bila Sarah dijenguk sekejap rindunya akan terubat
sedikit kemudian dia akan segera pulang kerumah Nuri semula. Itulah niatnya
tadi. Manalah tahu dia tersangkut dengan
godaan Sarah dan dia tidak sampai hati menolak kehendak Sarah. Tetapi yang paling tidak disangka Nuri mengekorinya
pula.
Bagi Sarah pula walaupun sudah diingatkan berulang kali, namun
keinginannya bersama suami tidak dapat dibendung dengan kata-kata pujukkan
sahaja. Sarah dihadapan pintu bilik pula hanya memandang sayu kearah suaminya
namun tidak berani mendekati. Suaminya
nampak begitu tertekan. Dalam hati Sarah rasa menyesal ini semua akibat
rayuannya. Dia tahu kerana perbuatannya suaminya tidak dapat mematuhi janji pada isteri pertamannya. Tapi apa kan
daya semuanya sudah terlambat perkara sudah terjadi, nasi sudah menjadi bubur.
Syukri bangun mengheret kakinya dengan lesu menuju kedalam bilik.
Melihat suaminya masuk kebilik Sarah mengekorinya dari belakang. Dilihat
suaminya merebahkan diri diatas katil mereka dengan lemah. Sarah mendekati...
“bang Sarah minta maaf”.
“Tak ada apa yang perlu
dimaafkan, semua ni salah abang”.
“Nuri cakap apa tadi? Sarah
tak berapa dengar”.
“Entahlah, apa yang abang
faham dia ajak abang pergi pejabat kadhi”.
“Bila??”
“Entahlah, bila abang
senang nanti”.
“Abang nak ikutkan cakap
dia ke? Kalau dia nak kan perpisahan abang turutkan ke?”.
Bagi Sarah yang sudah mula tamak dengan kasih suaminya mula terfikir.
Jika suaminya melepaskan Nuri, dia berjanji akan menjadi isteri terbaik buat
Syukri. Dia akan melahirkan anak-anak Syukri tak kira berapa orang yang Syukri
mahu. Dia sanggup, asal Syukri menjadi miliknya seorang. Itulah isi hati
seorang isteri sebenarnya. Pada mula memang sanggup bermadu tetapi setelah melaluinya,
janji pada diri mula terlupa pula. Janjinya dulu akan bekerjasama, akan
bertolak ansur, akan berlebih kurang dan akan mengingatkan suami pada kewajipan jika
suaminya terlalai melebihkan dirinya.
Sarah sudah membaringkan
dirinya disebelah Syukri..
“Sebenarnya apa yang Sarah
nak tahu, Sarah nak tahu perasaan abang pada Nuri ke?” Sarah hanya mendiamkan
diri. Sebenarnya ada rasa geram dihati Syukri dengan tingkah Sarah, tapi apa
hendak dikata Sarah berhak keatas dirinya. Sememangnya susah untuk dia mahu
menyenangkan atau memuaskan hati dua orang yang dipertanggungjawapkan
kepadanya.
“Terus terang abang kata
kan abang sayang Nuri, sangat sayang. Hidup abang tak akan macam ni kalau tak
ada Nuri. Abang mulakan hidup bila dia masuk dalam hidup abang, Sarah. Mungkin
kalau ditakdirkan abang belum lagi ber jumpa Nuri dan belum serumah dengan
Nuri, Sarah pun tak nak kat abang ni.”
“Kenapa abang cakap macam
tu, macam mana abang tahu Sarah tak nak kat abang, masa abang susah”.
“Entahlah tapi mana ada orang yang nak hidup susah.
Tapi tidak Nuri, dia terima abang dalam hidup dia sedari abang tak ada apa-apa.
Masa abang mula berkenalan dengan dia, abang cerita kan apa yang abang yang
abang ada dan apa yang menjadikan punca rezeki abang”.
“Apa yang abang ada masa tu?”
“Yang abang ada hanya
sebuah bengkel kereta yang disewa dan makan pun kais pagi makan pagi kais
petang makan petang. Maksudnya kalau ada orang baiki kereta adalah abang duit.
Kalau tak ada sama-samalah kami berlapar.
Masa tu bersungguh Nuri berjimat.”
“Macam mana cara Nuri
berjimat?” soal Sarah ingin tahu.
“Kami tak pernah makan
luar. Beli barang-barang asas sahaja beras garam bawang. Masa tu kami hanya ada periuk
letrik sahaja. Dapur pun tak ada.. masak air untuk minum pun dalam periuk eletrik tu juga. Awal pagi Nuri akan masak air banyak-banyak untuk dijadikan air mati minuman kami. Lepas tu barulah dia masak.”
“Habis makan nasi putih
dengan garam saja ke?”
“Tak lah sampai macam tu.
Nuri masak lauk, masak sayur semua dalam periuk letrik tulah. Sebelum masak
nasi. Dia masak kuah dulu, masak sayur
akhir sekali baru masak nasi. Tapi lauk hanya yang berebus saja. Misalnya kalau
ayam dan ikan dia akan masak kari, lemak atau asam pedas. Tak pernahlah abang
makan ikan atau ayam goreng. Sebab tak ada dapur untuk mengoreng. Kalau sayur
tu dia tumislah juga sebab tak guna banyak minyakkan macam kita mengoreng.
.... Minum pagi pun macam
tu juga. Baki kari atau asam pedas akan dipanaskan kemudian dimasukkanlah mee
kuning atau meehon sayur dan telur kedalam kuah tadi. Itulah minum pagi kami.
Masa tu abang tak kisah, janji perut kenyang dan ada tenaga nak buat kerja pun
jadilah. Abang bersyukur dan bertuah sangat beristerikan Nuri, yang memahami
kesusahan abang. Dan pandai membantu walaupun bukan dengan wang ringgit masa
tu..
..Tapi Alhamdullilah rezeki
dia memang murah, tak lama kami kahwin, dia dapat kerja. Abang malu nak cerita
Sarah, abang malu sangat.”
“Ceritalah kenapa nak malu
pula”. Hatinya jadi sakit pula mendengar cerita tulus suaminya.Dibenaknya
terlintas mengapa bukan dia yang bersusah payah bersama Syukri ketika Syukri
baru hendak memulakan hidup. Jika bersamanya bolehkah dia menjadi seperti Nuri.
Mampukah dia soal hatinya pula. Sarah
mendiamkan dirinya dia mendengar cerita suaminya lagi.
“..tempat tinggal abang adalah bilik yang Sara duduk masa mula-mula
Sarah sampai kat bengkel abang dulu, itulah tempat tinggal kami selama enam
bulan perkahwinan kami. Abang rasa masa tu tiada wanita nakkan abang sebab
diorang takut kalau abang tak mampu untuk memberi mereka makan dan pakai serta
tempat tinggal...
Selepas setahun berkahwin dia dah dapat kerja dengan gaji tetap, bengkel
abang makin maju, abang mampu mengaji pekerja, dan sedikit-sedikit abang kumpul
duit untuk beli rumah, rumah yang Nuri duduk sekarang ni. Tak lama lepas tu
pemilik bangunan sebelah bengkel abang nak jual rumah kedai dia, Nuri keluarkan
duit simpanan dia dan beli rumah kedai tu”.
“Banyak juga duit dia..”
“Dua tahun selepas kami kahwin duit insuran ibu dan ayah dia yang baru
dapat dikeluarkan. Semasa hayat ibu dan ayah Nuri beli insyuran naywa, bila Ibu
dan ayah dia meninggal kerana kemalangan jalan raya, insyuran tu dapat pada
anak-anak. Mereka adik beradik bagi sama rata. Tapi abang dia yang diorang tu
bagi bahagian mereka lebih sikit pada Nuri, diorang dah ada bisnes yang dah
mantap di Australia. Itu yang Nuri beli
bagunan rumah kedai tu sebagai simpanan masa depan katanya. Dia bagi abang
pinjam lagi buat modal beli alat ganti kereta. Dulu bengkel abang itu hanya
untuk memperbaiki kereta sahaja. Setiap kali nak barang nak pakai abang kena
beli. Nuri kata macam tu rugi sebab charge untuk beli alat ganti tentu mahal
jika kita beli sikit-sikit”.
“Jadi abang terhutang budi dengan dialah, itulah pasalnya abang susah nak
lepaskan dia”.
“Abang tak rasa terhutang budi dengan dia, itu sudah sepatutnya
suamiisteri mesti tolong menolong. Tapi abang terfikir patut kah abang
melepaskan seorang isteri yang begitu memahami, patutkah abang melepaskan
seorang isteri yang menerima kita seadanya, dia diterima abang dulu bukan
kerana harta abang. Dia menyayangi dan yakin pada abang kerana abang adalah abang.
Itulah sebabnya abang sayang sangat pada dia. Rasanya abang tak mampu hidup
gembira tampa dia.” Sebenarnya Syukri telah dibuai oleh rasanya.. rasa sayangnya
pada Nuri, dia terlupa disebelahnya juga adalah isterinya juga. Dia sebenarnya
tidak perlu terlalu berterusterang. Kerana ceritanya mengoris hati isteri yang
disebelahnya. Sedang Sarah
terpinga-pinga mendegar cerita suaminya satu soalan menerjah gegengang
telinganya,
“Jika sekarang ini abang
macam dulu mahukah Sarah bersusah payah dengan abang?. Tadi hatinya sendiri
baru bertanya kini suaminya pula yang bertanya. Rupanya dengan soalan itu hati Sarah menjadi marah. Bagi Sarah soalan suaminya mempertikaikan penerimaan
dirinya. Seolah-olah Sarah menerima Syukri kerana kesenangan dirinya sekarang.
“Abang ingat Sarah ni apa? mata duaitan. Sarah
terima abang kerana Sarah memang sayang abang. Sarah terima abang bukan kerana
duit abang”.
“Entahlah Sarah”. Mendengar
jawapan dan keluhan suaminya makin terguris hati Sarah.
“Jadi pada abang sekarang
siapa Sarah??”. Pantas sahaja Sarah bangun dari sisi Syukri, hatinya ‘terasa’ dengan pertanyaan suaminya. Syukri hanya terkebil-kebil
memandang Sarah dengan detik dihati dia sudah terlanjur melepaskan
kata-katanya. Sarah memandang tajam kearahnya menanti apakah yang akan
diperkatakan oleh suaminya.
Sedihnya !! Kesian sngt nuri. Nuri jgn give up. Tetap pendirian n tetap trskan hidup. U deserve get a better one !! Kesian nuri .huhu
ReplyDeleterasa macam pendek pulak. mak teh, sambung lagi. heheh...
ReplyDeletePadan muka Syukri dah kantoi. ingat senang ada bini 2. Memang masing-masing ada kelebihan. Tapi sebagai lelaki kalau tak mampu nak berlaku adil lepaskan lah sorang. Sayang tapi tak adil tak guna juga.
3 hari jer ujiannya pun x sanggup diharungi..nampak sgt ketidakadilan syukri tu . orang kalau dah pandai berbohong memang akan berbohong saja..biar berkata jujur ..
ReplyDeleteHmm.... wanita mmg selalu disakiti hatinya..... Buat apa memendam perasaan dan terperap dlm kesedihan. Keluar drp kepompong yg menyedihkan dan berusaha utk mencari kebahagiaan yg baru. Usah dikenang benda yg sudah lepas yg menyakitkan....
ReplyDeletenuri teruskn dgn rancangan...apa kisah bgnan kedai nuri yg punya.tgk si sarah tu blh hidup ke klu susah. si sarah tu sebenarnya sengaja je call syukri dn goda...padahal hari tu kan dh hari ketiga. menyampah sarah dn syukri. nuri gi australia le
ReplyDelete_dibah_
Rasa tiga hari kena tnggal baru sebln jadi istri mak teh yg rasa.Leps sbln kahwin suami kena kursus Falak seminggu. Tga hari kena tinggal tak tau mecam mana nak cakap rindu smpai tak lena nak tidur. Jdi mak teh msukkn dlm rasa Sarah. rasa lojik tak?.
ReplyDeleteMemang ada logiknya mak teh, tapi maslahnya Sarah ni isteri kedua. Dari mula dah nampak jelas isteri pertama begitu bertolak ansur. Jadi kena kontrol la sikit. Bukan pentingkan diri sendiri. Apa pun kita tunggu je la sambungan nanti.
DeleteKesian nuri tapi kesian juga sarah...masing-masing ada lebihan...nuri baik dan sarah pun baik...sarah sanggup berhenti kerja menjaga emak dia masa sakit...itu menunjukkan dia punya hati yg baik. Skrg ini terserah pada syukri dia perlu bijak untuk menangani masalah...buat keputusan yg bijak...kembali kepada tuhan minta petunjuk kerana sebaik-baik petunjuk adalah drpdNya...bukan senang
ReplyDeletehidup bermadu pasti ada luka dan terluka.
~kak min~
Dlm crita ni mmang mak teh nak gambarkan Srah ni baik, hnya nak gambarkan watak sorng suami yg tak sngaja melebihkn istri yg srang lagi, dan mak teh nak gmbar sorng istri yg tak mampu menerima kehadiran madu, lebih2 madu yg terpaksa diterima. Lain madu yg memang dia rela dan ihkhlas menerima dari awal lagi.mksudnya dia sendiri yg mncari clon istri utk suaminya mungkin krna kkekurngan diri.
ReplyDeleteWalaupun watak sarah nampak masih baik tapi dlm hati dia masih ada tamak..kalau dia sedar diri kedudukan dia sebagai kedua ..pastinya dia bersabar utk 3 hari sedangkan seminggu dia dpt bersama suaminya tanpa gangguan. masakan tiga hari pun tak sanggup..
ReplyDeletesaya ada kisah seorang rakan yang maknya menjadi isteri kedua.. dia hanya sekadar nak menumpang kasih..giliran pun dia tidak kisah.. dia kahwin senyap dan berjumpa hanya waktu tgh hari (waktu suami rehat kut) dan bila masa lapang. bila kahwin senyap ni ..maka waktu mlm tidak pernahla mak kawan ni berteman dgn suami.. dia redha mcmtu.. sampailah suaminya meninggal..tengok arwah dikebumipun dari jauh2.. dan diapun x nak menuntut harta walhal suaminya mmg berharta..kerana mereka berkahwin xda zuriat .sebab itu dia tidak kisah tentang harta.
memang sarah tu baik sb jaga mak dia..yp itu dh tanggungjswab anak...klu dia baik betul dia tahu batas bergaul dgn suami orang dan tak akan membontot syukri ke sana sini dlm membuat kerja harian hingga berkahwin. dia tak akn ambil suami org walaupun sblum itu mereka bercinta. mcm mak syukri ckp dia pun perempuan sepatutnya dia dpt merasakn bgmana perasaan nuri bila dimadukn.
ReplyDeletehai....mak teh cepatle teruskn...dh berkobar hati akak dgn perasaan marah kpd syukri yg ambil mudah je hati dn perasaan nuri dr mula bernikah smpi le raya...tak de pun memujuk dn merayu.
-dibah-