~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 17 October 2013

Bab 16 Siapa aku dihatimu






            Nuri membiarkan suaminya berlalu setengah jam. Lagaknya seperti bond yang cuba menjejaki penjenayah. Dia mahu menyiasat pergerakkan suaminya waktu itu. Dia nekad menyiasat kerana hasil siasatanya nanti akan menentukan status dirinya, isteri atau janda. Dia kerumah yang didiami oleh Sarah. Sudah lama Nuri tahu dimana Sarah tinggal, bila dia dengan tidak sengaja berjalan diwatu malam ketika suaminya digiliran isteri mudanya. Dia melihat kereta Syukri terpakir disitu, dan dia juga tahu tingkat berapa madu dan suaminya tinggal. Sebenarnya Nuri pernah menunggu mereka pulang dari makan malam dia menyorok dibalik pokok melihat pergerakkan mereka. Ketika itu hatinya sedang libang libu untuk memaksa hatinya menerima kenyataan dirinya dimadu. Itulah penangan hati yang terpaksa, apa yang dilakukan juga seakan tampa sedar. Tetapi sekarang ini dia ke kediaman Sarah dengan  tujuan mencari kepastian.

Sampai dikawasan apartmen yang didiami oleh Sarah, dilihat kereta Syukiri terpakir ditempat pakirnya. Nuri memberhentikan keretanya dibelakang kereta suaminya. Dia menaiki tangga hingga ketingkat satu dan menunggu dipintu grill yang berkunci. Nuri mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Syukri. Lama deringan tidak berjawab, Nuri menunggu dengan sabar hingga deringan terputus. Tiga kali mencuba barulah panggilan Nuri bersambung, cepat-cepat Nuri bertanya.

“Hello Assalamualaikum, abang kat mana?” Nuri cuba menduga suaminya. Dia ingin mendegar jawpan dari suaminya, jujur atau bohong.

“Abang kat bengkel, kenapa Nuri, Nuri nak pesan beli barang ke?” Bohong, kenapa harus berbohong kepadanya itulah detik hatinya yang pedeh. Jika benar dirinya sudah tidak dihati suaminya dia tidak akan memaksa, lepaskan dirinya secara baik. Kasih, cinta dan sayang tidak boleh dipaksa, kalau terpaksa nanti menyiksa. Hatinya merintih menerima kenyataan.

“Nuri dah keluar ni, Nuri singgah bengkel ye”.

“Ehh!! tak payahlah abang dah nak balik ni, Nuri kat mana sekarang ni?”

“Kat depan pintu rumah Sarah, cuba abang buka pintu sekarang”. Nuri tercegat dipintu grill yang berkunci, pintunya pun bertutup rapat.  Sabar Nuri menanti Syukri membuka pintu.

Mendengar jawapan Nuri Syukri jadi tergamam, dia terkaku sebentar mencerana apa yang didengari. Kemudian dia tersedar, sebenarnya dia didalam bilik diatas katil bersama Sarah, kalamkabut Syuri bangun mencapai kain pelikatnya. Dia tidak teringat keadaan dirinya dengan hanya berkain pelikat, tidak berbaju dan rambut yang kusut dia membuka pintu rumah mencari kepastian. Bagai mahu pengsan bila melihat Nuri tercegat dihadapan pintu dengan seyuman sinisnya.

“Kenapa abang suka tipu saya, siapakah saya ini dihati abang, dimanakah saya dihati abang sekarang ini. Saya hanya meminta tiga hari sahaja untuk menentukan kedudukan saya dia hati abang, untuk saya menentukan saya akan terus bersama abang. Tapi sekarang ternyata saya tidak lagi ada dihati abang. Tujuh hari abang betul-betul melupakan saya, tiada call tiada SMS, saya minta tiga hari sahaja abang melupakan Sarah tapi abang tak mampu...”. Dengan suara rendah Nuri menyoal suaminya. Hatinya cukup sakit dengan pemandangan dihadapan mata.

“Nuri abang terangkan, dengar dulu. Selama kat kampong bukan abang tak ingat Nuri tapi Nuri yang minta tak mahu abang call atau SMS”.

“Untuk tujuh hari abang mampu menunaikan permintaan saya, tapi tiga hari untuk saya kenapa abang tak mampu. Sekarang saya tahu ujian saya berjaya.” Ohh rupanya dia sedang diuji. Syukri tersedar dari lenanya.

“Nuri tolong dengar abang terangkan satu-persatu”..

“Tak perlu dan tak payah abang,  jawab nya sudah nyata dan saya yakin kedudukan saya dihati abang, tak payah abang nak terangkan..”

“Nuri! Sarah demam..”  Nuri memandang dengan senyuman sinis.

Sarah yang terpinga-pinga dengan tingkah suaminya yang kalamkabut meninggalkan dirinya tadi, dia keluar dari bilik tidur mereka. Mendengar suara suaminya berbalas kata dengan seorang perempuan, lagi besar tanda Tanya dikepalanya.
 
“Siapa bang!!”. bila ditunggu suaminya yang keluar bilik tidak masuk, sedang perlakuan mereka baru setengah jalan, Sarah keluar bilik mencari kepastian. Laju langkah Sarah keluar dari bilik dengan hanya memakai kain didada (berkemban).
 Ketika itu pandagan Nuri bertembung dengan keadaan diri Sarah. Makin terbakar hatinya.

“Demam panas ke?  itu yang sampai tak pakai baju.  Jangan datang lagi pada saya. Saya sudah bersedia. Saya memohon dengan rendah hati luangkan lah sedikit masa untuk saya, kita pergi kepejabat kadhi esok.”.  Syukri menoleh kebelakang, bila mendengar suara Sarah. Dia mengeluh melihat keadaan Sarah. Fikiranya kusut sekusut rambut dikepalanyanya yang memang berserabut.

“jangan lupa ye bang, esok hari Isnin pejabat khadi dah buka dan esok saya masih bercuti lagi, kita selesaikan cepat perkara kita. Saya senang, abang berdua pun senang”.

Nuri berlalu dengan hati yang cukup parah. Rasanya tiada ubat yang boleh meredakan rasa sakitnya. Rasanya baru sahaja berhenti darah yang mengalir, belum lagi kering lukanya,  kini luka itu tertoreh lagi  dengan torehan yang semakin dalam. Namun tiada lagi air mata yang mengalir,  hati bagai keras membatu. Sepeninggalan Nuri,  Syukri longlai ditepi pintu. Haruskah dia berkejar kerumah Nuri atau membiarkan sahaja isterinya itu mengubati sendiri luka hati yang ditorehnya tadi.

Tadi dia kerumah Sarah kerana tidak sampai hati mendengar rintihan Sarah.  Dalam esak tangisnya dia menyatakan kerindunya bila ditinggalkan tiga hari tampa panggilan dan tampa SMS. Syukri maklum keadaan  Sarah yang baru merasai manisnya cinta dan indahnya rasa bila dibelai dengan kasih suami yang baru dikecapi. Walau niat dihatinya tadi hanya sekadar menjengukkan muka, tapi Syukri tidak mampu untuk menolak godaan yang manja dari isterinya Sarah. Memang diakui Sarah memang pandai mengoda. Tetapi untuk berterus terang dengan Nuri, dia tidak sampai hati. Berterus terangnya akan  melukai hati Nuri pula, jadi dia berbohong sedikit. Dia mengharapkan bila Sarah dijenguk sekejap rindunya akan terubat sedikit kemudian dia akan segera pulang kerumah Nuri semula. Itulah niatnya tadi. Manalah tahu  dia tersangkut dengan godaan Sarah dan dia tidak sampai hati menolak kehendak Sarah. Tetapi  yang paling tidak disangka Nuri mengekorinya pula.

Bagi Sarah pula walaupun sudah diingatkan berulang kali, namun keinginannya bersama suami tidak dapat dibendung dengan kata-kata pujukkan sahaja. Sarah dihadapan pintu bilik pula hanya memandang sayu kearah suaminya namun tidak berani mendekati. Suaminya  nampak begitu tertekan. Dalam hati Sarah rasa menyesal ini semua akibat rayuannya. Dia tahu kerana perbuatannya suaminya tidak dapat mematuhi  janji pada isteri pertamannya. Tapi apa kan daya semuanya sudah terlambat perkara sudah terjadi, nasi sudah menjadi bubur.

Syukri bangun mengheret kakinya dengan lesu menuju kedalam bilik. Melihat suaminya masuk kebilik Sarah mengekorinya dari belakang. Dilihat suaminya merebahkan diri diatas katil mereka dengan lemah. Sarah mendekati...

“bang Sarah minta maaf”.

“Tak ada apa yang perlu dimaafkan, semua ni salah abang”.

“Nuri cakap apa tadi? Sarah tak berapa dengar”.

“Entahlah, apa yang abang faham dia ajak abang pergi pejabat kadhi”.

“Bila??”

“Entahlah, bila abang senang nanti”.

“Abang nak ikutkan cakap dia ke? Kalau dia nak kan perpisahan abang turutkan ke?”.

Bagi Sarah yang sudah mula tamak dengan kasih suaminya mula terfikir. Jika suaminya melepaskan Nuri, dia berjanji akan menjadi isteri terbaik buat Syukri. Dia akan melahirkan anak-anak Syukri tak kira berapa orang yang Syukri mahu. Dia sanggup, asal Syukri menjadi miliknya seorang. Itulah isi hati seorang isteri sebenarnya. Pada mula memang sanggup bermadu tetapi setelah melaluinya, janji pada diri mula terlupa pula. Janjinya dulu akan bekerjasama, akan bertolak ansur, akan berlebih kurang dan akan mengingatkan suami pada kewajipan jika suaminya terlalai  melebihkan dirinya.

Sarah sudah membaringkan dirinya disebelah Syukri..

“Sebenarnya apa yang Sarah nak tahu, Sarah nak tahu perasaan abang pada Nuri ke?” Sarah hanya mendiamkan diri. Sebenarnya ada rasa geram dihati Syukri dengan tingkah Sarah, tapi apa hendak dikata Sarah berhak keatas dirinya. Sememangnya susah untuk dia mahu menyenangkan atau memuaskan hati dua orang yang dipertanggungjawapkan kepadanya.

“Terus terang abang kata kan abang sayang Nuri, sangat sayang. Hidup abang tak akan macam ni kalau tak ada Nuri. Abang mulakan hidup bila dia masuk dalam hidup abang, Sarah. Mungkin kalau ditakdirkan abang belum lagi ber jumpa Nuri dan belum serumah dengan Nuri, Sarah pun tak nak kat abang ni.”

“Kenapa abang cakap macam tu, macam mana abang tahu Sarah tak nak kat abang, masa abang susah”.

“Entahlah tapi mana ada orang yang nak hidup susah. Tapi tidak Nuri, dia terima abang dalam hidup dia sedari abang tak ada apa-apa. Masa abang mula berkenalan dengan dia, abang cerita kan apa yang abang yang abang ada dan apa yang menjadikan punca rezeki abang”.

“Apa yang abang ada masa tu?”

“Yang abang ada hanya sebuah bengkel kereta yang disewa dan makan pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Maksudnya kalau ada orang baiki kereta adalah abang duit. Kalau tak ada sama-samalah kami berlapar.  Masa tu bersungguh Nuri berjimat.”

“Macam mana cara Nuri berjimat?” soal Sarah ingin tahu.

“Kami tak pernah makan luar. Beli barang-barang asas sahaja beras garam bawang. Masa tu kami hanya ada periuk letrik sahaja. Dapur pun tak ada.. masak air untuk minum pun dalam periuk eletrik tu juga. Awal pagi Nuri akan masak air banyak-banyak untuk dijadikan  air mati minuman kami. Lepas tu barulah dia masak.”

“Habis makan nasi putih dengan garam saja ke?”

“Tak lah sampai macam tu. Nuri masak lauk, masak sayur semua dalam periuk letrik tulah. Sebelum masak nasi.  Dia masak kuah dulu, masak sayur akhir sekali baru masak nasi. Tapi lauk hanya yang berebus saja. Misalnya kalau ayam dan ikan dia akan masak kari, lemak atau asam pedas. Tak pernahlah abang makan ikan atau ayam goreng. Sebab tak ada dapur untuk mengoreng. Kalau sayur tu dia tumislah juga sebab tak guna banyak minyakkan macam kita mengoreng.

.... Minum pagi pun macam tu juga. Baki kari atau asam pedas akan dipanaskan kemudian dimasukkanlah mee kuning atau meehon sayur dan telur kedalam kuah tadi. Itulah minum pagi kami. Masa tu abang tak kisah, janji perut kenyang dan ada tenaga nak buat kerja pun jadilah. Abang bersyukur dan bertuah sangat beristerikan Nuri, yang memahami kesusahan abang. Dan pandai membantu walaupun bukan dengan wang ringgit masa tu..

..Tapi Alhamdullilah rezeki dia memang murah, tak lama kami kahwin, dia dapat kerja. Abang malu nak cerita Sarah, abang malu sangat.”

“Ceritalah kenapa nak malu pula”. Hatinya jadi sakit pula mendengar cerita tulus suaminya.Dibenaknya terlintas mengapa bukan dia yang bersusah payah bersama Syukri ketika Syukri baru hendak memulakan hidup. Jika bersamanya bolehkah dia menjadi seperti Nuri. Mampukah dia  soal hatinya pula. Sarah mendiamkan dirinya dia mendengar cerita suaminya lagi.


“..tempat tinggal abang adalah bilik yang Sara duduk masa mula-mula Sarah sampai kat bengkel abang dulu, itulah tempat tinggal kami selama enam bulan perkahwinan kami. Abang rasa masa tu tiada wanita nakkan abang sebab diorang takut kalau abang tak mampu untuk memberi mereka makan dan pakai serta tempat tinggal...
Selepas setahun berkahwin dia dah dapat kerja dengan gaji tetap, bengkel abang makin maju, abang mampu mengaji pekerja, dan sedikit-sedikit abang kumpul duit untuk beli rumah, rumah yang Nuri duduk sekarang ni. Tak lama lepas tu pemilik bangunan sebelah bengkel abang nak jual rumah kedai dia, Nuri keluarkan duit simpanan dia dan beli rumah kedai tu”.

“Banyak juga duit dia..”

“Dua tahun selepas kami kahwin duit insuran ibu dan ayah dia yang baru dapat dikeluarkan. Semasa hayat ibu dan ayah Nuri beli insyuran naywa, bila Ibu dan ayah dia meninggal kerana kemalangan jalan raya, insyuran tu dapat pada anak-anak. Mereka adik beradik bagi sama rata. Tapi abang dia yang diorang tu bagi bahagian mereka lebih sikit pada Nuri, diorang dah ada bisnes yang dah mantap di Australia.  Itu yang Nuri beli bagunan rumah kedai tu sebagai simpanan masa depan katanya. Dia bagi abang pinjam lagi buat modal beli alat ganti kereta. Dulu bengkel abang itu hanya untuk memperbaiki kereta sahaja. Setiap kali nak barang nak pakai abang kena beli. Nuri kata macam tu rugi sebab charge untuk beli alat  ganti tentu mahal jika kita beli sikit-sikit”.

“Jadi abang terhutang budi dengan dialah, itulah pasalnya abang susah nak lepaskan dia”.

“Abang tak rasa terhutang budi dengan dia, itu sudah sepatutnya suamiisteri mesti tolong menolong. Tapi abang terfikir patut kah abang melepaskan seorang isteri yang begitu memahami, patutkah abang melepaskan seorang isteri yang menerima kita seadanya, dia diterima abang dulu bukan kerana harta abang. Dia menyayangi dan yakin pada abang kerana abang adalah abang. Itulah sebabnya abang sayang sangat pada dia. Rasanya abang tak mampu hidup gembira tampa dia.” Sebenarnya Syukri telah dibuai oleh rasanya.. rasa sayangnya pada Nuri, dia terlupa disebelahnya juga adalah isterinya juga. Dia sebenarnya tidak perlu terlalu berterusterang. Kerana ceritanya mengoris hati isteri yang disebelahnya. Sedang Sarah terpinga-pinga mendegar cerita suaminya satu soalan menerjah gegengang telinganya,

“Jika sekarang ini abang macam dulu mahukah Sarah bersusah payah dengan abang?. Tadi hatinya sendiri baru bertanya kini suaminya pula yang bertanya. Rupanya dengan soalan itu hati Sarah menjadi marah. Bagi Sarah soalan suaminya mempertikaikan penerimaan dirinya. Seolah-olah Sarah menerima Syukri kerana kesenangan dirinya sekarang.

 “Abang ingat Sarah ni apa? mata duaitan. Sarah terima abang kerana Sarah memang sayang abang. Sarah terima abang bukan kerana duit abang”.

“Entahlah Sarah”. Mendengar jawapan dan keluhan suaminya makin terguris hati Sarah.


“Jadi pada abang sekarang siapa Sarah??”. Pantas sahaja Sarah bangun dari sisi Syukri, hatinya ‘terasa’  dengan pertanyaan  suaminya. Syukri hanya terkebil-kebil memandang Sarah dengan detik dihati dia sudah terlanjur melepaskan kata-katanya. Sarah memandang tajam kearahnya menanti apakah yang akan diperkatakan oleh suaminya.

11 comments:

  1. Sedihnya !! Kesian sngt nuri. Nuri jgn give up. Tetap pendirian n tetap trskan hidup. U deserve get a better one !! Kesian nuri .huhu

    ReplyDelete
  2. rasa macam pendek pulak. mak teh, sambung lagi. heheh...
    Padan muka Syukri dah kantoi. ingat senang ada bini 2. Memang masing-masing ada kelebihan. Tapi sebagai lelaki kalau tak mampu nak berlaku adil lepaskan lah sorang. Sayang tapi tak adil tak guna juga.

    ReplyDelete
  3. 3 hari jer ujiannya pun x sanggup diharungi..nampak sgt ketidakadilan syukri tu . orang kalau dah pandai berbohong memang akan berbohong saja..biar berkata jujur ..

    ReplyDelete
  4. Hmm.... wanita mmg selalu disakiti hatinya..... Buat apa memendam perasaan dan terperap dlm kesedihan. Keluar drp kepompong yg menyedihkan dan berusaha utk mencari kebahagiaan yg baru. Usah dikenang benda yg sudah lepas yg menyakitkan....

    ReplyDelete
  5. nuri teruskn dgn rancangan...apa kisah bgnan kedai nuri yg punya.tgk si sarah tu blh hidup ke klu susah. si sarah tu sebenarnya sengaja je call syukri dn goda...padahal hari tu kan dh hari ketiga. menyampah sarah dn syukri. nuri gi australia le

    _dibah_

    ReplyDelete
  6. Rasa tiga hari kena tnggal baru sebln jadi istri mak teh yg rasa.Leps sbln kahwin suami kena kursus Falak seminggu. Tga hari kena tinggal tak tau mecam mana nak cakap rindu smpai tak lena nak tidur. Jdi mak teh msukkn dlm rasa Sarah. rasa lojik tak?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada logiknya mak teh, tapi maslahnya Sarah ni isteri kedua. Dari mula dah nampak jelas isteri pertama begitu bertolak ansur. Jadi kena kontrol la sikit. Bukan pentingkan diri sendiri. Apa pun kita tunggu je la sambungan nanti.

      Delete
  7. Kesian nuri tapi kesian juga sarah...masing-masing ada lebihan...nuri baik dan sarah pun baik...sarah sanggup berhenti kerja menjaga emak dia masa sakit...itu menunjukkan dia punya hati yg baik. Skrg ini terserah pada syukri dia perlu bijak untuk menangani masalah...buat keputusan yg bijak...kembali kepada tuhan minta petunjuk kerana sebaik-baik petunjuk adalah drpdNya...bukan senang
    hidup bermadu pasti ada luka dan terluka.

    ~kak min~

    ReplyDelete
  8. Dlm crita ni mmang mak teh nak gambarkan Srah ni baik, hnya nak gambarkan watak sorng suami yg tak sngaja melebihkn istri yg srang lagi, dan mak teh nak gmbar sorng istri yg tak mampu menerima kehadiran madu, lebih2 madu yg terpaksa diterima. Lain madu yg memang dia rela dan ihkhlas menerima dari awal lagi.mksudnya dia sendiri yg mncari clon istri utk suaminya mungkin krna kkekurngan diri.

    ReplyDelete
  9. Walaupun watak sarah nampak masih baik tapi dlm hati dia masih ada tamak..kalau dia sedar diri kedudukan dia sebagai kedua ..pastinya dia bersabar utk 3 hari sedangkan seminggu dia dpt bersama suaminya tanpa gangguan. masakan tiga hari pun tak sanggup..

    saya ada kisah seorang rakan yang maknya menjadi isteri kedua.. dia hanya sekadar nak menumpang kasih..giliran pun dia tidak kisah.. dia kahwin senyap dan berjumpa hanya waktu tgh hari (waktu suami rehat kut) dan bila masa lapang. bila kahwin senyap ni ..maka waktu mlm tidak pernahla mak kawan ni berteman dgn suami.. dia redha mcmtu.. sampailah suaminya meninggal..tengok arwah dikebumipun dari jauh2.. dan diapun x nak menuntut harta walhal suaminya mmg berharta..kerana mereka berkahwin xda zuriat .sebab itu dia tidak kisah tentang harta.

    ReplyDelete
  10. memang sarah tu baik sb jaga mak dia..yp itu dh tanggungjswab anak...klu dia baik betul dia tahu batas bergaul dgn suami orang dan tak akan membontot syukri ke sana sini dlm membuat kerja harian hingga berkahwin. dia tak akn ambil suami org walaupun sblum itu mereka bercinta. mcm mak syukri ckp dia pun perempuan sepatutnya dia dpt merasakn bgmana perasaan nuri bila dimadukn.
    hai....mak teh cepatle teruskn...dh berkobar hati akak dgn perasaan marah kpd syukri yg ambil mudah je hati dn perasaan nuri dr mula bernikah smpi le raya...tak de pun memujuk dn merayu.
    -dibah-

    ReplyDelete