Sudah lima bulan Tengku Faris pulang semula
kepangkuan daddy dan mommynya. Cara kehidupanya tidak berubah. Hidupnya
bertambah senang kerana dia tidak memikirkan apa-apa lagi. Makan pakainya ada yang menguruskan.. Bibik yang menjadi pembantu
rumah mommynya, suruh sahaja semuanya siap. Duit… daddynya akan menghulur, biar pun agak bingit telinga mendengar bebebalan daddynya. Tetapi tidak
menjadi apa pada Tengku Faris, dia akan menjadi tuli sekejap.. janji
duit masyuuk poket.
“Apalah
nak jadi dengan Ris ni..dah tua dah,
umur pun dah lima puluh lebih..Ris tahu tak cucu Ris nak masuk 4 orang
dah Ris..tapi Ris masih tak berubah juga.Duit pun masih minta pada daddy”.
Ketika baru dua tiga minggu dia baru
pulang dari luar Negara dia meminta duit daddynya tidak bising, tetapi bila
sudah selalu meminta itulah yang keluar dari mulut daddynya. Yang menjadi
belelan Tengku Faizal bernyanyi dibibir tuanya.. kerana dengan duit hulurannya
anaknya pergi dikelab malam, berpeleseran mencari hiburan dan memuaskan diri. Dia
merasa sangat bersalah kerana sama bersubahat dengan kemungkaran yang dilakukan
oleh anaknya. Mana tak rasa bersalah, pulang anaknya dari keleb malam pada
pukul dua atau tiga pagi dalam keadaan
mabuk dan dihantar oleh perempuan.
“Habis Ris dah tak ada duit, kenalah minta dengan
daddy..Ris duduk London daddy suruh balik..bila Ris dah balik Ris tak ada
duit..itu yang minta dengan daddy. Lagi pun Ris ada hakkan keatas perniagaan
daddy tu. Ris hanya ambil hak Ris sahaja.”.
“Tau
pun, kalau dah tak ada duit kerjalah dengan daddy..tak kan tak kerja tahu-tahu
duit datang pada Ris. Dan Ris tahu juga perniagaan tu perniagaan kita bersama,
jadi bertanggungjawablah. Itu semua untuk kehidupan Ris juga. Jangan nak
harapkan daddy yang dah tua ni. Cubalah bawa bertaubat. Daddy bukan apa, kalau
Ris guna duit untuk makan tak apa..ni duit yang daddy bagi Ris guna pergi kelab
malam..daddy rasa bersalah kerana bersubahat dengan Ris buat maksiat. Cuba Ris
pandang daddy ni. Daddy dah tua.. kubur
dah melambai-lambai, pahala entah ada entah tidak, tapi dosa dah pasti bila
daddy turut bersubahat dengan Ris melakukan maksiat. Di Akhirat nanti daddy nak
jawab apa bila Allah tanya daddy.. cuba fahami daddy yang dah tak lama lagi nak
masuk kubur Ris. Kesiankanlah daddy ni Ris”. Bersungguh-sungguh Tengku Faizal
merayu anaknya minta dikasihani.
“Inilah
yang Ris malas nak balik..Ris jemu dengar daddy berleter tentang kehidupan Ris,
tentang kubur tentang Akhirat”.
“Macam
manalah daddy tak berbunyi, Ris tu dah
tua cubalah berubah. Bertanggungjawablah … tak dengan daddy dan mommy dengan
diri Ris pun jadilah. Daddy dan mommy tak selama hidup Ris. Kalau kami dah mati
kat mana pula Ris nak minta duit, takkan dengan Farid kot..tak malu ke..seorang
papa minta duit dengan anaknya untuk pergi berhibur. Tak ke pelik bunyinya”.
Mommynya pula menyampuk bila mendengar
leteran suaminya kepada anak dudanya yang sudah tua bangka. Tetapi kata-kata
daddynya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja. Bila mommynya
mula membuka mulut terus sahaja Tengku Faris angkat punggung. Dia meneruskan
juga langkah untuk pergi berhibur malam
itu. Seperti biasa malam itu dia pulang pukul dua pagi dengan keadaan yang
mabuk. Dia dihantar oleh sebuah teksi. Dengan keadaan yang terhuyung hayang dia
memuka pintu pagar. Bila pintu pagar tidak boleh dibukanya digoncangnya pintu
pagar itu sekuat hati dengan lolongan memanggil mommynya.. sambil itu ruih
mulut nya menceceh entah-apa-apa.
Berkejar Tengku Faizal menuruni anak tangga
supaya dia cepat sampai kehadapan pagar untuk membuka pintu pagar. Yang sebenarnya mereka merasa malu dengan
tingkahlaku anak mereka yang membuat bising dihadapan pagar dalam keadaan
mabuk. Bunyi bising yang dilakukan oleh anaknya mungkin mengejutkan jiran
sebelah menyebelah banglo yang sedang diulit mimpi. Kadang-kadang terkeluh juga
mereka suami isteri. Bila anak jauh dimata dinegara orang risau akan keadaan
dirinya. Ni anak didepan mata juga menjadikan mereka tak senang nak menghirup
udara, nafas mereka sentiasa sesak dengan tingkah anak yang sudah tua. Mana
taknya tingkah si anak tidak langsung berubah biar pun sudah berbuih mulat
menasihatinya..Entahlah tidak terkesan langsung nasihat dari daddy dan mommynya
ketika dia mahu ke kelab, malam tadi. Itu cerita malam tadi..
Diwaktu paginya pula..berkali-kali Tengku
Faridah kedalam bilik untuk mengejutkan anaknya bangun bersarapan. Dari suaminya
masih didalam bilik bersiap untuk ketempat kerja, hinggalah menjamu selera
dimeja makan, sudah hamper licin makanan didalam pinggan anaknya masih belum
bangun lagi.
“Faris!!..bangunlah
kita minum sama-sama”. Biar pun sudah digoncang badan anaknya dengan kuat namun Faris hanya
bersuara..’emm’kemudian dia menyambung tidur nya semula. Bagaimanakah mahu
mengubah cara hidup anak mereka..cara hidup Tengku Faris tak seperti manusia
biasa, siang tidur malam berjaga.
Mengeluh dua warga emas tu melihat anak nan seorang tetapi tak terdidik. Bagaimanalah
orang tu anak berderet kadang-kadang memasuki 2 angka namun semuanya baik
terdidik dalam pelajaran dan kehidupan. Itulah rezeki Allah dan itulah dugaan
Allah. Melihat air muka sedeh isterinya Tengku Faizal bersuara.
“Biar
lah Dah tak kan bangun nya..dah malam tadi pun baliknya pukul dua pagi macam
mana nak bangun”..Tengku Faridah duduk menemani suaminya minum, namun kesayuan diraut wajah tuanya jelas dimata.
“Apalah
nak jadi dengan Faris ni bang. Hidup tak macam orang, siang tidur malamnya
berjaga. Idah sedeh mengenangkan dia tak jadi orang. Ni kalau tak petang tak
bangun dia ni bang..Bila agaknya Faris nak berubah. Tak pernah Idah nampak
dia solat. Kita ni makin lama makin tua, ada ke Fatihah untuk kita masa kita
dalam kubur nanti. Sedeh Idah kalau Faris tak berubah sampai kita menutup
mata. Kadang-kadang Ida terfikir juga baik kita tak payah ada anak kalau dapat
yang macam Faris ni..Idah sebenarnya teringin sangat tenguk dia SOLAT bang”.
“Tak
baik Idah cakap macam tu. Tapi ialah kita ni, serba salah dibuatnya. Duduk jauh kita pun risau. Dah duduk serumah lagi risau kita dibuatnya..
Abang yang sebetulnya malu dengan jiran-jiran kita. Entahlah Idah Faris ni dari
kecil sampai ketua macam tak pernah nak menyenangkan hati kita”.
“Kat
mana silap kita bang yang menyebabkan Faris jadi macam ni. Ini mungkin silap
Idah tak perna nak tegur bila dia buat salah. Tapi dulu Idah tak sampai hati
nak marah dia..sebab hanya dia sorang anak kita. Tak sangka sayang yang Idah bagi
inilah jadinya. Maafkan Idah bang tak dapat nak didik anak abang menjadi anak
yang berguna…usahkan dengan orang, dengan bangsa, dengan kita pun dia tak
berguna rasanya”. Keluh Tengku Faridah. Dia benar-benar buntu dengan sikap
anaknya.
“Jangan
cakap macam tu, bukan silap Idah sorang, abang pun silap juga silap kita kerana
bagi dia kemewahan yang berlebihan. Tapi sekarang dah tak boleh nak buat macam
mana lagi rebung dah jadi buluh. Berdoa sahaja lah agar suatu hari nanti dia
berubah Idah..” Kemudian mereka mendiamkan diri sambil menyuap rezeki kedalam
mulut.
Selesai makan Tengku Faizal memohon diri
untuk ketempat kerjanya. Sayu pandagan mata Tengku Faridah melihat langkah kaki
suaminya yang sudah dimama usia. Sudah
lama dia kasihan melihat suaminya yang sudah berumur 75 tahun, namu masih
menguruskan pernigaanya untuk mencari rezeki mereka sekeluarga.
“Abang
pergi dulu ye.. Idah tenguk-tengukkanlah si Faris tu..perlahan-perlahan
nasihatkan dia. Mudah-mudah dia dengar cakap Idah. Idah cakaplah lembut- lembut
ye. Dengan abang mungkin dia malas nak dengar, sebab suara abang ni kasar macam
mengarah sahaja itu yang hatinya jadi keras..tapi mana lah tahu bila dengar
suara Ida hatinya jadi lembut pula.”.Hati ibu bapa mana tidak risau, anak yang
sudah mencecah lima puluh tahun masih tidak tahu bertanggung jawap pada dirinya
sendiri. Kerja nya hanya berhibur. Pulangnya
dini hari dalam keadaan mabuk pula tu. Kadang-kadang yang menghantar pulang
entah perempuan mana, dengan baju SUBHANALLAH..
berbaju seperti tak berbaju. Mereka juga malu dengan jiran-jiran
disekeliling mereka, yang kebanyakkan beragama Islam.
“Ialah
bang, nanti Ida cakap perlahan-pelahan kat dia..Idah harap dia nak pergi
kerja pun jadilah. Kalau dia pergi kerja
taklah dia bosan dan tidur waktu siang..manalah tahu bila dah penat kerja, dia
tak keluar malam lagi kan bang”.
“Idah
cubalah..cuba nasihatkan dia supaya dia tolong anaknya Farid tu, semalam Farid
tak datang kerja lagi, Farid bagi tahu
abang dia demam. Kesian abang tenguk Farid tu..terkejar-kejar untuk menunaikan
tanggung jawabnya.”
“Ia
ke bang penat sanagt ke..ialah beranak rapat sangat entah-entah demam nak dapat
anak lagi bang”.
“Entahlah
Idah.. yang boleh beranak tak tahu pula nak merancang..anak setahun
sorang..cubalah merancang sikit..abang kesian tenguk Jannah tu dengan Arif dan
Aisyah baru tiga tahun dah ada adik.
Kalau Idah kata demam nak dapat anak lagi, si Zaid tu umur berapa Dah, rasa
belum setahun rasanya anak Farid nombor tiga tukan..”
“Belum,
rasanya baru Sembilan bulan”.
“Ida!!abang
bercadang nak jenguk Farid malam ni Idah
nak ikut”.
“Elok
juga tu bang, Idah pun rindu nak jenguk cicit kita Aisyah
tu. Suka dengar keletah dia.”.Kemudian Tengku Faizal menghulur tangan untuk
disalami oleh isterinya.
Sepeninggalan suaminya ketempat kerja Tengku
Faridah duduk termangu diruang tamu sambil menanti anak yang sudah tua bangka
bangun. Waktu sarapan pagi sudah berlalu, kini matahari sudah mengalah. Sambil duduk diruang tamu
berseorangan diri, Tengku Faridah membayang semula zaman lampaunya. Ketika diri tahu dia sudah
mengandung satu-satunya zuriat dia dan suaminya, dia sangat bahagia, tidak
sempat suaminya masuk kedalam rumah dia dengan bangganya dia memberi tahu
suaminya. Ketika itu umurnya baru menjengah usia 19 tahun dan dirinya baru 3
bulan sah menjadi isteri Tengku Faizal.
Sebenarnya mereka adalah saudara dua pupu
sebelah emak mereka..emak mereka yang bersepupu. Dugaan Allah tak terduga dia
kehilangan ibu kandung ketika usianya masih bayi lagi. Kerana kelahiran
dirinya, ibunya kehilangan nyawanya sendiri. Ketika umurnya menjelang usia 10
tahun ayahandanya berkahwin lagi dengan wanita lain. Tujuan ayahandanya mahu
dirinya yang sedang meningkat remaja boleh didik oleh seorang ibu.
Maklumlah remaja seorang anak gadis
tentulah berbeza dengan remaja sorang anak lelaki.
Tetapi sayangnya wanita yang sudi berkahwin
dengan ayahandanya hanya sudi kepada ayahandanya sahaja, dia tidak sudi pada kehadiran
dirinya. Ditambah bila dia dapat melahirkan anaknya sendiri. Bila dibelakang ayahandanya
diri didera. Dia diarah melakukan semua kerja-kerja rumah. Sudahlah begitu makannya
juga bercatu. Hidupnya tersiksa ketika itu. Piatan ditelinga juga sudah tidak
boleh dikira lagi. Tetapi Allah Maha Mengasihani akhirnya perbuatan ibu tirinya
kedapatan juga oleh ayahandanya sendiri.
Untuk kebaikan dirinya, akhirnya dia
dipelihara oleh sepupu ibunya iaitu ibu kepada Tengku Faizal. Setelah dewasa
dia diambil menjadi menantu. Walau pun diawal kehidupannya dirundung malang
namun setelah dia dewasa Allah memberi kemanisan dalam hidupnya. Dia
dikurniakan mertua yang sangat baik. Dia disayangi oleh kedua ibu dan baba
mertuanya.Tiga bulan perkahwinanya dia disahkan mengandung.
“Bang
tadi Ida pergi klinik dengan bonda…”. Belum habis dia bercerita kata-katanya
sudah dipintas oleh suaminya..
“Kenapa??
Siapa yang sakit Ida ke bonda?”.
“Idalah…”
“Haaa…sakit
apa?? ..Wajah suaminya begitu bimbang..tahulah dirinya sangat disayangi oleh
sang suami. Terus dirinya diterpa dan dibelek.
“abang
tak nampak apa-apa pun ni..Idah ok saja ni”?”.
“Kenapa
abang ni..malu lah kalau bonda nampak nanti”. Ketika itu mereka diambang pintu
masuk..Tengku Faridah menyambut kepulangan suaminya pulang dari kerja…
“Ialah
abang nak tenguk mana yang luka..mana tempat yang sakit”. Tengku Faridah ketawa
lucu melihat kekalutan suaminya.
“Tak
adalah luka pun tak ada yang sakit..sakitnya nanti tunggulah Sembilan bulan
sepuluh hari bang..lama lagi tu.. doktor kata tadi baru dua minggu”.
“Ida
ni sakit apa? boleh tunggu bila nak sakit
pula??” Begitulah kalau orang tak berpengalaman semua tak terfikir oleh
Tengku Faizal. Tapi ialah ketika itu Tengku Faizal baru berusia 23 tahun,
tetapi kedua ayahanda dan bondanya sudah memberinya tanggung jawab untuk
menjaga seorang isteri. Habis sahaja dia belajar terus sahaja kedua orang
tuanya menyuruhnya berkahwin dan bekerja menguruskan perniagaan ayahandanya.
“Abang
ni..tak sakit apa pun tapi tadi doctor kata Idah dah mengadung baru dua
minggu”.
“Haa..”
Hanya itu yang kelaur dari mulut suaminya ketika itu, kemudian dirinya ditarik
dalam pelukkan, sebuah kucupan hangat singgah diumbun-umbunnya, mungkin itu
tanda terima kasih dari sang suami. Bahagia mereka berdua hanya Allah sahaja
yang tahu kerana diberi rezeki anak..zuriat yang bakal mewarisi keturunan
mereka kelak.
BAHAGIA
itu lah yang dirasainya sepanjang
kehamilan. Dirinya dijaga bagai menatang minyak yang penuh..oleh kedua
mertua dan juga suami tercinta. Bahagia mereka bertambah lagi, saat kelahiran
bayi yang ditunggu merupakan bayi lekaki. Dirinya makin disayangi oleh keluarga
suaminya.Tetapi malang tidak berbau ketika melahirkan dia menghadapi masaalah
sehingga rahimnya terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawanya. Ketika dia
sedar setelah selesai pembendahan, dia menangis dibahu ibu mertuanya..
“Bonda!!maaf
kan Ida bonda”.
“Dah
jangan bergerak banyak sangat…luka kamu
tu kena jaga..nanti mudharat pula jadinya..Kenapa pulak nak minta maaf
kat bonda..”.
“Idah
tak dapat nak lahirkan cucu untuk bonda lagi..Ida teringin nak bagi bonda cucu
perempuan”.
“Idaaa
ini semua kerja Allah..bersyukurlah walaupun sorang anak kamu. Esok didik
elok-elok..macam bonda pun sorang anak bonda…Faizal jadi juga anak yang baik, sesekali
pandai juga dia tolong ibu buat kerja rumah. Dah jangan sedeh ye. Pasal anak
perempun bila cucu bonda tu dah besar boleh dia bagi kamu menantu.. dapatlah juga kamu anak perempuan nanti. Macam
bonda ni ha bonda dah anggap Ida anak perempuan bonda”. Tetapi bagi dia,
sekarang ini menanti menantu bagai menanti buah yang tak gugur… menanti menantu perempuan duduk
serumah lagilah ..malah bayangan menantu perempuan pun tak pernah lama hadir
dalam hidupnya. Walaupun sudah lima kali anaknya Tengku Faris Ikhwan bernikah, dia
hanya mendengar khabar dan dapat menatap gambarnya sahaja.
Memandangkan hanya seorang sahaja zuriat yang
dapat dilahirkan Faris dijaga dengan
penuh kasih sayang. Apa sahaja kehendaknya dituruti. Dari segi fizikal anaknya
tidak dapat disangkal, dia membesar menjadi seorang pemuda yang cukup sempurna
dengan ketinggian seperti seorang model, wajahnya tampan.. peribadinya nampak
maskulin. Ditambah pula dengan kekayaan yang melimpah ruah yang ditunjukkan
oleh anaknya sendiri menjadikan dirinya digilai oleh para gadis.Tidak disangka
segala kemewahan dan turutan kehendak anak, merosakkan sikap anaknya. Tengku
Faris menjadi seorang pemuda yang sangat suka berhibur dan tidak bertanggung
jawab. Sikapnya membawa ketua. Kini umurnya sudah 52 tahun namun masih sikapnya
masih ditahap anak remaja. Lamunannya terhenti bila mendengar laungan azan
Zohor.
Tengku Faridah masuk kebilik anak dudanya
yang masih lena tidurnya. Sekali lagi Tengku Faridah mengoncang badan anak yang
sudah tua bangka supaya bangun untuk bersolat. Namun masih seperiti tadi. Jawaban
yang keluar dari bibirnya hanya ..emmm ..matanya pula terpejam rapat. Bila
sudah berkali-kali digoncang badan anaknya tetapi tidak menunjukankan dia boleh
bangun, Tengku Faridah berjalan longlai menuju kebiliknya. Dia mahu bersolat kemudian berdoa semoga ada
waktu untuk anaknya berubah. Semoga ada perubahan yang baik muncul dalam diri
anaknya suatu hari nanti. Selesai solat Tengku Faridah berdoa panjang dengan
sepenuh hatinya.
Selesai solat Zohor diberjalan longlai keruang tamu. Agak
terkejut bila dilihat anaknya sudah tercongok diruang tamu dengan rambut
berserabut. Tengku Faris menyandar
disofa ruang tamu tetapi mata masih tertutup seperti masih mengantuk lagi. Biar
pun begitu senyum dibibir Tengku Faridah sudah melebar. Hari itu sudah ada sedikit kemajuan. Belum pukul
dua petang lagi anaknya sudah keluar dari bilik tidur. Semalam anaknya bangun
pada pukul empat petang. Ini bermakna sudah cepat dua jam dari waktu semalam.
“Faris
bilalah Faris nak berubah ni. Faris ni dah tua dah..cubalah kurangkan pergi
kekelab malam dan mabuk-mabuk Faris”.
“Faris
nak hilangkan rasa rungsing. Kalau Faris tak pergi kekelab Faris asyik teringatkan
Kat sahaja mommy”.
“Yang
dah terjadi biarkanlah. Biar dia cari kebahagian dia ..Faris carilah kebahagian
Faris sendiri”.
“Faris
sebenarnya susah nak tidur malam, kalau dah tak tidur Faris asyik teringatkan dia saja mommy.”
“Faris,
Faris, macam mana nak senang tidur
malam,kalau siang Ris dah bantai tidur sampai ke petang macam ni. Cubalah Ris
pergi jumpa daddy. Ris Tanya apa yang
boleh Ris tolong. Kalau siang penat malam senanglah nak tidur. Mommy minta tolong sangat pada Ris, pergilah
Ris tolong daddy tu, sekarang daddy buat
kerja sorang-sorang tau, daddy tu dah
tua..dah tujuh puluh lima tahun dah umurnya, tak lama lagi dah nak masuk lapan
puluh. Bilalah agaknya daddy nak berihat. Ris tak kesian daddy ke, dari muda
sampai dah tua macam ni masih berhempas pulas mencari rezeki untuk kita. Ris
tahu tak daddy mula kerja dulu umurnya baru 23 tahun, sampai sekarang dia kerja tak pernah cuti.
Cuba Ris kira dah berapa puluh tahun dia kerja untuk kita. Kalau Ris kerja
tentu daddy dapat rehat Ris..” Lembut suara Tengku Faridah menasihati anaknya.
Dia mengharapkan dengan suara lembutnya akan membuka pintu hati anaknya
membantu daddynya. Tetapi sememangnya Tengku Faridah lembut orangnya.Tengku
Faris tidak bersuara dia mendengar mommy
nya bercerita walaupun matanya masih terpejam.
“Riis
dengar tak apa yang mommy cakap ni”.
“Dengar..Salah
daddy juga, yang asyik nak kerja siapa suruh..”
“Kalau
daddy tak kerja, siapa pula yang nak uruskan kerja-kerja tu semua. Kalau dah
telangkup bisness daddy tu, kita nak makan apa??”
“Kan
Farid dah ada...kalau daddy tak turun padang pun rasanya Farid dah boleh hendle
sorang. Dia tu muda lagi tenaga masih kuat”. Biar pun mata tertutup namun dia
mendengar apa yang diperkatakan oleh mommynya. Mendengar anaknya menjawap
kata-katanya Tengku Faridah merasa lega ini bererti anaknya mendengar apa yang
diperkatakanya.
“Memang boleh dia buat sorang... tapi daddy
kesian tenguk Farid terkejar sana sini dengan rumahtangga dia lagi..Ris tak
kesian kat anak Ris tu ke. Sekarang Farid tengah susah, nak kena jaga tiga anak
kecil. Tak kan nak harapkan Jannah sorang. Kata daddy Farid tengah demam ni,
semalam dia tak datang hari entah datang entah kan tidak..jadi terpaksalah juga
daddy jenguk office. Kita ni berniaga jangan
harapkan pekerja buat semua kerja nanti tak jadi apa.. Mommy takut kalau
teruk sangat daddy kerja dia pula yang jatuh sakit. Ris pergilah jenguk daddy
tu”.
“Ialah
mommy..Ris pergi jumpa daddy tanya apa yang Ris boleh buat”. Ada sedikit
kata-kata mommynya yang masuk menusuk kehati Tengku Faris. Sememagnya dia
mengakui daddynya bukan muda lagi untuk diperah
tenaganya untuk memberi diri dan mommynya kehidupan sempurna. Sepatutnya dialah
yang menanggung segala keperluan mereka sekeluarga. Itulah yang terdetik
dihatinya mendengar rintihan mommynya tadi.
“Alhamdullilah..”
Tengku Faridah terus sahaja memeluk anaknya bila mendengar jawapan dari
anaknya.
“Apalah
mommy ni, Faris belum mandi lagi ni..dari kelab malam tadi Ris terus tidur..”.
“Kalau
macam tu pergi mandi..lepas tu kita makan sama-sama ye”. Tengku Faridah
menyapu tubir matanya yang basah kerana
dia gembira. Air mata..air mata gembira kerana janji anaknya yang sudah mahu
menolong suaminya menguruskan perniagaan mereka. Termakbul doa panjangnya tadi.
Dia sungguh bersyukur kepada Ilahi.
No comments:
Post a Comment