~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 31 October 2013

Bab 32 Siapa aku dihatimu







Hari berganti hari, dari hari sudah menjadi bulan, kini kandungan Nuri sudah memasuki usia lima bulan. Setiap kali memandang isteri tuanya hati Syukri menjadi sedeh. Dimanakah istimewanya dirinya sebagai suami kepada Nurizana. Lama dia menunggu Nuri membuka mulut untuk memberitahunya dirinya sedang mengandung,  dari awal mengandung hingga sudah memasuki usia lima bulan tidak pernah Nuri membuka mulut. Penantianya  bagai menanti buat yang tak gugur.

Nuri tidak pernah mengadu denganya keadaan dirinya selama dia mengandung. Biasa dia melihat cerita-cerita tentang alahan atau keinginan makan orang mengandung tetapi semua itu tiada ada pada Nuri atau mungkin ada tetapi disorok dari pengetahuanya. Sakit pening juga biasanya akan ditanggung sendiri. Sebenarnya Syukri sangat berkecil hati kerana dirasakan diri bagai tidak penting pada isterinya yang bernama Nurizana bt Hj Mohd Zain.

Pada suatu hari ketika dia duduk dirunag tamu. Nuri juga ada bersama sedang melayani anaknya yang sudah lasak.

“Nuri! Agaknya bila Nuri nak bagi tahu abang yang Nuri sedang mengandung. Agaknya bila Nuri dah sakit nak bersalin baru Nuri nak bagi tahu abang. Nuri tahukan Nuri mengandung sejak dari awal lagi? Tapi kenapa Nuri tak bagi tahu  abang. Nuri tak cakap pun Nuri dah mengandung berapa bulan, kenapa Nuri. Abang ni siapa pada Nuri. Dimana letaknya abang dalam hidup Nuri. Tidak layakkah abang tahu apa-apa tentang Nuri. Tentang kandungan Nuri. Abang rasa Nuri tak anggap  abang ni suami Nuri”. Pada pendapatnya dia tidak akan dapat mendengar pengakuan Nuri jika dia tidak bersuara. Menanti dan menanti lama-kelaman sabar Syukri tidak dapat ditahan lagi. Itulah yang keluar dari bibirnya kerana desakkan hatinya yang  ingin mendengar pengakuan Nuri sendiri.

“Sepatutnya Nurilah yang tanya abang macam tu, Nurilah yang tanya kat mana letaknya Nuri ni hati abang, lagi pun mana tahu Nuri mengandung?” Seperti kandungan pertama kali kedua keadaan fizikal Nuri juga begitu, hanya kelihatan Nuri berisi sedikit dari dulu, mungkin sekarang ini dia agak berselera dan badannya naik sedikit berat badanya kini sudah mencapai 45 kg. Perutnya hanya nampak besar sedikit dari perutnya ketika dia tidak hamil. Jika tidak diperhatikan betul-betul dia tidak kelihatan seperti orang mengandung. 

“Abang tahu pada perubahan diri abang sendiri, dari mula Nuri mengandung abang tak boleh masuk kedai makan. Kalau abang tak makan nasi kat rumah ni bermakna satu hari abang tak makan nasi. Itulah sebabnya kalau Nuri kerja kadang-kadang abang balik sini juga cari apa yang boleh dimakan. Ada tak Nuri ambil tahu hal abang”.

“Saya tak mahu kita bergaduh hal macam ni. Kalau abang rasa saya menyusahkan abang dan sakit mata abang nak pandang saya pergilah abang balik rumah Sarah. Yang sebetulnya keputusan saya tetap sama, lepas saya bersalin ni, lepaskan lah saya. Saya tangguhkan permintaan saya sebab saya mengandung. Ataupun kita pergi jabatan ugama bila abang  ada masa, kita tanya boleh tak isteri yang sedang mengandung diceraikan, biar saya hidup dengan anak-anak saja bang. Niat hati  saya ni dah lama sangat tertangguh”.  Terkedu Syukri mendengar apa yang diucapkan oleh Nuri. Lain yang ditanya lain pula jawabnya. Dia tidak menyangka pernyataan tidak puas hatinya mendapat jawapan yang sebegitu.

            Kini tahulah Syukri isi hati Nuri. Sangkaanya sungguh meleset dari air muka yang lembut, rupa tidak sama dengan hatinya. Hati Nuri sekeras kerikil. Disangkanya dulu setelah lama dia dimadukan dia boleh menerima Sarah dengan hati terbuka rupanya tidak. Sudah satu tahun lebih dia menikahi Sarah, namun Nuri masih tidak dapat menerima apa yang telah dilakukanya. Syukri menarik nafas dalam.

“Kenapa Nuri cakap macam tu? Abang hanya nak hak abang, abang nak tahu anak abang yang dalam kandungan Nuri tu berapa bulan dan bila dijangkakan Nuri bersalin. Itu saja”.

“Entahlah”…itu yang keluar dari mulut Nuri bersama keluhan.

Nuri yang sebenarnya tidak sukakan pertengkaran, untuk tidak memanjangkan pertelingkahan mereka, Nuri bangun menuju kebiliknya. Syukri mengeluh lagi. Dia merasakan sangat sukar untuk berbicara dengan Nuri sekarang ini. Tidak lama kemudian Nuri muncul semula dan mengunjukkan sekeping kad kepadanya. Ohh sangkaanya meleset rupanya, tadi dia menjangkakan Nuri melarikan diri kebilik, kerana tidak mahu dia tahu tentang kandunganya. Sungguh Syukri sekarang ini bagai sudah tidak tahu membaca apa yang ada difikiran dan seakan tidak mengenali peribadi Nuri.

Nuri memberi kad pemeriksaan bulananya kepada Syukri. Diharap Syukri dapat memahami apa yang ditulis dalam kad mengandung itu dan mengetahui maklumat mengenai janin dalam kandunganya.

Percakapan mereka diruang tamu rupa diperhatikan oleh Sarah dibilik bacaan Syukri. Kebetulan malam itu adalah malam giliran Syukri dirumah isteri tuanya. Sudah lama Sarah ingin mengetahui apakah yang menyebabkan suaminya selalu memerap dibilik kerjanya. Setelah diselidiki rupanya Syukri mengintip pergerakan isteri tuanya tapi mengapa.?? Kini Dia tahu apa yang ingin diketahui oleh Syukri tentang isteri tuanya.

Berita yang baru didengarinya tadi menimbulkan kembali keinginannya . Keinginan ingin mengadung dan mempunyai anak sendiri. Lawatanya kepulau Dayang Bunting tidak mendatangkan hasil. Cara itu tidak berkesan. Dia merancang mahu kehospital pakar sakit puan untuk menguji tahap kesuburan dirinya.


Setiap hari semua orang sibuk dengan tugas. Dari celik biji mata mahluk Allah yang bergelar manusia sibuk memenuhi tanggungjawab hinggakan masa yang berlalu bagai tidak disedari. Dengan kesibukkan itu tidak terasa waktu berganti. Begitulah Nuri dari bulan pertama kini Nuri sudah sampai ke sembilan bulan sepuluh hari usia kandunganya. Dia sudah didatangi tanda untuk bayinya keluar dari kantung rahimnya. Selama Sembilan bulan sepuluh hari dia membesar disitu. Itulah tempat sementara sebelum dia menjadi penghuni dunia. Saatnya telah tiba untuk dia keluar menjenguk dunia.

Bila Nuri kebilik air untuk membuang hajat, dia melihat seluar dalamnya telah dicemari oleh sedikit lender bercampur darah. Patulah selepas solat Asar tadi pinggang nya dirasakan agak lenguh sedikit. Kebetulan pula hari itu giliran suaminya dirumahnya. Walaubagaimana pun dia harus memberitahu suaminya agar dapat dia bersiap sedia. Tetapi dia takut suaminya lewat datang kerumahnya pula.  Sedang dia mahu mencari nombor suaminya tiba-tiba telefon yang sedang dibelek  berdering.  Nama suaminya yang tertera...

“Asalamualaikum, Allhamdulliah…” belum habis dia berkata-kata


 suaminya dengan gaya kecemasan mencantas kata-katanya. Bila mendengar suara suaminya yang cemas dihujung talian Nuri menangguhkan niatnya, dia ingin mendengar dahulu apa yang akan diperkatakan oleh suaminya. Nuri dengan sabar memberi lalu suaminya menyampaikan sesuatu yang penting kepadanya dahulu. Tampa salam tampa bertanya khabar suaminya menyatakan kesusahan yang dialami oleh madunya.

“Nuri! malam ni abang tak dapat datang rumah Nuri ye, abang bawa Sarah pergi klinik ni, dia sedang dimasukkan air kedalam badanya. Dia keracunan makanan, sejak tengahhari tadi cirit beret dan muntah-muntah teruk pulak tu, bila doktor check, doctor kata teruk dan terpaksa dimasukkan air.”. Kedengaran cemas suara suaminya dihujung talian.

Tadi bila telefonnya berdering dilihat nama suaminya yang tertera Nuri berdahuluan  memberi salam, dia bersyukur kerana suaminya menghubungi dirinya. Mungkin suaminya mendapat ‘rasa’ bila anak dalam kandungan mahu melihat dunia tidak lama lagi. Tetapi lain pula yang sampaikan oleh suaminya, Nuri tidak jadi  untuk menyampaikan berita tentang dirinya.

Sebenarnya Nuri mula tersedar bila ditegur oleh suaminya tempuh hari kerana tidak memaklumkan keadaan kandunganya. Jadi sekarang ini dia mahu memberi hak suaminya agar dia tahu kelahiran anaknya, tetapi lain pula jadinya.


“ok, pergilah tenguk Sarah. Dia kat mana sekarang ni.?”

“Dalam bilik rawatan, tengah masukkan air, kata doctor memakan masa 4 jam juga nak masukkan air tu. Abang nak bagitahu Nuri malam ni abang tak datang rumah Nuri ye.”

“ok, abang jagalah Sarah assalamualikum” hanya itu yang keluar dari bibir Nuri. Tidak kedengar nada marah disuara Nuri pada pendengaran telinga Syukri, dia mengandaikan Nuri memahami keadaanya. Syukri jadi lega.

Nuri menelan semula apa yang mahu disampaikan tadi. Dia berkira-kira bila memandang jam didindingnya yang sudah menunjukkan 830 malam jika dicampur dengan 4 jam, tentu sudah pukul 1230 pagi. Jika mahu menunggu suaminya datang mungkin sudah tidak sempat dia hendak kehospital, mahu dia terbesalin dirumah seorang diri. Lagi pun tidak guna dia menyuruh  suaminya datang tentunya suaminya mahu menemani isteri mudanya yang sedang sakit. Dia mengambil keputusan akan kehospital dengan menaiki teksi sahaja. Dia berkemas keperluanya  yang hendak di bawa kehospital. Dia juga  menyiapkan keperluan Wafi untuk dihantar kerumah kak Ton. Setelah siap dia meletakkan beg yang mengandungi  keperluanya di luar pintu supaya senang nanti untuk dia mencapainya.

Nuri kerumah kak Ton yang berselang lima pintu dari rumahnya. Dia berjalan kaki sambil mendukung Wafi yang sedang tidur dan bekalan untuk Wafi. Mungkin kerana bebanan yang berlebihan, badan yang sedang sakit tidak mampu menanggung, sakit dipingganya makin terasa lebih kuat dari tadi. Kelihatan rumah kak Ton masih terang dan riuh. Kedengaran kemeriahan orang bergelak ketawa dan berbual didalam rumah ‘oh anak-anak kat Ton ada yang balik’ detik hati Nuri.

“Assalamualikum.” Laung Nuri didepan pintu, kerana pagar masih belum berkunci Nuri membuka pintu pagar dan terus menuju di hadapan pintu. Cepat sahaja pintu dibuka terjengul wajah anak sulong kak Ton yang masih menuntut tahun tiga di Universiti Putra Malaysia, Bangi.

“Ibu!! kak Nuri datang...” Terkedek-kedek kat Ton menjengah  pintu. Hairan dirinya kata  Nuri kerja esok pagi kenapa malam ni dia datang pula. Sedang kepalanya tertanya-tanya, keluar  suara Nuri menerangkan keadaan dirinya.

“Kak Ton tolong jagakan Wafi malam ni ye, saya dah sampai harilah  kak Ton.”

“Ya Allah kenapa tak call saja Nuri , kak Ton boleh datang. Ni dukung anak bawa bekal anak lagi, Nuri, Nuri. Datang sakitnya ke Nuri?” Sambil mengambil Wafi dari dukungan Nuri, sambil matanya meneliti muka Nuri yang kelihatan pucat, mungkin dia menahan sakit.

“Tadi tu tak sakit sangat, tapi ni dah terasa sakitnya, lemah rasanya lutut saya ni kak.” Perlahan suara Nuri bagai tidak bertenaga.

“Ya Allah, Syukri mana? tak call dia?”

“Tadi Nuri call tapi dia tengah bawa Sarah keklinik keracunan makanan tengah dimasukkan air, kena tunggu 4 jam lagi katanya, kalau nak tunggu dia takut tak sempat”.

“Nuri tak cakap Nuri dah sakit?.”

“Tak apalah biar dia uruskan yang kat sana, saya kat sini boleh minta tolong akak”.

“Habis siapa nak hantar Nuri pergi hospital?”

“Saya nak panggil teksi. Ok kak Ton  takut tak sempat pula. Terima kasih ye kkak jagakan Wafi malam ni.”

“Bahaya rasanya naik teksi malam-malam macam ni Nuri, kalau Nuri tak keberatan akak minta tolong along hantarkan, tapi pakai kereta Nuri boleh? Along dah ada lessen kereta.” Kak Ton nyatakan sekali kelebihan along anaknya takut pula Nuri tidak beranai untuk menyerahkan keretanya sekejap.

“Boleh”. Hanya itu yang keluar dari mulut Nuri matanya dipejamkan tangannya pula mencengkam bahu kak Ton dengan kuat,  bila sakitnya tiba-tiba datang. Tahulah kak Ton Nuri menahan sakit. Pilu hati mkak Ton melihat nasib Nuri. Tapi apa yang hendak dikata ujian Allah pada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

“Along!!” Tidak lama anak yang mendengar kata, sudah berdiri disisi ibunya.

“Ye bu”.

“Jom kita bawa kak Nuri ni pergi hospital. Nuri bawa kunci kereta?.” Kak Ton menyoal Nuri pula.

“Tak kak Ton! Nuri letak di atas meja kopi tadi, memang niat nak panggil teksi saja tadi, itu sebabnya saya tak keluarkan kereta.”

“Nuri tunggu akak kat sini, akak dengan along ambil kereta mana kunci rumah? kak lang tolong jaga kan adik Wafi ni. Kalau dia bangun buatkan susu. Ibu dengan along nak hantar kak Nuri pergi hospital. Ambilkan kerusi duduk Nuri tunggu akak sekejap, jom long ”  Wafi yang sedang lena bertukar tangan.

 Kemudian Laju langkah kak Ton sambil menarik tangan anak sulongnya menuju kerumah Nuri.  Sebenarnya ada rasa cemas dihati kak Ton melihat keadaan Nuri. Dia takut Nuri tidak sampai kehospital bayinya sudah keluar pula. Bila melihat Nuri juga mengikutinya langkahnya, kak Ton membebel lagi...

“Nuri duduk saja nanti along datang dengan kereta Nuri tu”.

“Tak apalah kak ton Nuri jalan ni nak senaman sikit, kata orang kalau banyak berjalan bersalin senang. Tak apa kak Ton jalan dulu Nuri jalan perlahan-lahan, kak Ton ambil sekali beg saya kat tepi pintu semua kad mengandung ada dalam tu.”

“Ok..ok”. Laju langkah kak Ton biar pun terkedek-kedek dek badanya yang gempal. Macam jalan itek pun ada.

Malam itu juga Nuri selamat melahirkan anak perempuan. Mungkin kerana dia berjalan tadi bayinya mudah keluar. Setelah keduanya siap dibersihkan mereka berdua ditolak masuk kewad.  Kak Ton dan anaknya Along menjenguknya sebelum mereka berdua pulang kerumah.
 Semasa diwad tadi Nuri terkejut bila dihampiri oleh kak Ton dan anak lelaki sulongnya.

“Ya Allah kak Ton kenapa tak balik lagi, Nuri tak apa, kat sini dah ada doctor dan nurse yang jaga Nuri. Kesian along tentu dia mengantuk”.

“Tak apalah,  kak Ton nak pastikan Nuri selamat bersalin. Boleh along ni belajar iqamatkan baby sekali”. Along anak kak Ton yang mengiqamatkan anak perempuan Nuri. Menjelang subuh barulah kak ton sampai kerumah.

“Terima kasih kak Ton terima kasih banyak-banyak”. Mata Nuri berkaca-kaca dia sedeh, orang lain juga yang meniqamatkan anaknya. Inilah nasib anak-anak yang ayahnya ada dua tanggung jawab. Dan inilah kisah isteri yang suaminya mempunyai lebih dari satu isteri. Walaupun cuba dielak namun terjadi juga, walaupun sudah bersiap sedia namun tidak juga dapat mengelak. Jadi redza sajalah.

Diperjalanan pulah Kak Ton menasihati akak lelaki yang sedang memandu kereta.

“Long!  along pandanglah kak Nuri tu jadikan pengajaran. Kalau along dah kerja nanti, kalau nak kahwin tak payahlah sampai dua tiga. Tak akan terkejar kita dengan tanggung jawab. Tenguk kak Nuri tu sakit nak bersalin ditanggung sorang-sorang kesian ibu tenguk dia”.

“Ia bu along pun sedeh iqamatkan anaknya tadi, sepatutnya ayah atau atuknya yang iqamatkan dia, ni along yang belum tamat lagi belajar  dan tak ada pengalaman hidup laksanakan tugas tu. Along kesian dia bu.Kenapa abang Syukri tak datang dia tak tahu kak Nuri dah sakit nak bersalin ke bu?”

“mana nak terkejar yang kat sana sakit juga. Tapi kak Nuri ni baik sangat, dia tak cakap dia sakit nak bersalin bila dengar yang kat sana pun sakit. Dia lebih suka kita tolong dia dari mengganggu suami dan madunya.Ibu rasalah itu tanda sakit hati seorang isteri yang dimadu long. Dia nak tunjuk dia ‘boleh’ walaupun tampa pertolongan suaminya”.





Wednesday 30 October 2013

Bab 31 Siapa aku dihatimu






Petang itu selepas solat Asar Syukri memerap dibilik kerjanya hingga menjelang waktu Magrib. Apabila azan berkumandang barulah dia keluar dari bilik kerjanya.
Nuri bekerja digiliran siang hari itu. Kebiasaan dahulu dia akan sampai kerumah pukul 630 petang. Hari ini nampaknya Nuri tiba agak lewat sedikit,  hampir 645 petang mungkin jalan sesak agaknya. Sampai sahaja dia dirumah Nuri terus sahaja menanggalkan tundung nya,  anaknya dibaringkan di atas tilam kecil yang disediakan, terus sahaja dia kebilik tidur mereka bila keluar dia sudah memakai baju rumah, wajahnya juga basah mungkin dia membasuh muka. Kemudian dia duduk disofa ruang tamu dan menyelak baju seluas-luasnya. Dia mengeluarkan payu daranya. Kelihatan anaknya dengan rakus menghisap puting susunya. Tanganya pula tidak lepas mengusap lembut rambut hitam anaknya dengan penuh kasih sayang. Rasa sayang seorang ibu yang tepancar dari riak wajahnya. Kemudian kedengaran Nuri berkata-kata kepada anaknya.

“Sayang hari ni hari terakhir sayang nenen dengan umi, esok belajar isap susu botol tau. Esok umi belikan Wafi susu yang sedap.” Setelah anak kenyang dipanggung anaknya dibahu lalu ditepuk perlahan belakang anak sehingga sendawa.

Kemudian dia mengambil pendukung lalu anaknya didukung,  Syukri tahu Nuri mahu kedapur memasak untuk makan malamnya. Tidak lama Nuri didapur kedengaran laungan azan dari masjid berkhampiran. Tidak lama lepas itu Nuri keluar dari dapur. Dia meletakkan anaknya ditilam kecil tadi. Kemudian dia kebilik air. Keluar dari bilik disudah bertelekung, Nuri menunaikan solatnya diruang tamu rumah mereka. Dan anaknya diletakkan disisinya
Cepat-cepat Syukri keluar dari bilik. Dia mahu mengajak Sarah bersolat.

“Sarah siap kita solat sekarang..abang nak cepat ni”.

Tampa banyak bantahan Sarah mengikuti arahan suaminya. Selesai solat mereka keluar makan. Selesai sahaja makan Syukri menghantar Sarah pulang.
“Abang tak turun pergilah naik, abang tunggu kat sini saja. Kalau ada apa-apa kat tangga jerit kuat-kuat abang datang. Dahlah pergi abang tengukkan dari sini”.

            Dalam hati Sarah tertanya-tanya mengapa suaminya tidak menemaninya masuk dahulu tidak seperti kebiasaanya. Biasanya suaminya akan mengikutinya hingga masuk kerumah, duduk sebentar sambil menyambung bual. Sarah menjadi hairan dengan tingkah suaminya bagai tergesa mahu cepat berlalu. Tadi pun suaminya hanya menemani dirinya makan sahaja. Bila dirasakan Sarah sudah selamat meluncur laju kereta Syukri kedestinasinya. Rumah Nuri.

Ketika Syukri membuka pintu dan memberi salam dilihat Nuri sedang menyuapi anaknya makan. Syukri menghampiri anak dan isterinya diruang tamu. Anaknya duduk di walker yang dibelinya tengahhari tadi.

“Banyak tak anak baba ni makan, mmm sedap ye”. Hanya Syukri yang berkata-kata. Isteri disebelahnya diam membisu tampa kata. Kedengaran ocehan anaknya bila babanya bercerita dengannya.

“Ok tak walker ni Nuri,  abang tak tahu nak beli yang macam mana.”.

“Ok,  senanglah nak bagi Wafi makan, taklah comot muka dia.” Syukri lega dapat menyenangkan tugas isterinya menyuapi anaknya makan.

“Nuri masak apa malam ni”.

“Saya masak telur dadar dengan tumis kacang buncis sahaja,tak ada lauk lain”. Syukri bangun melihat apa yang ada diatas meja.

“Abang belum makan lagi ke?”. Pertayaan itu sebagai basa basi dari Nuri sahaja. Pada kebiasaannya Syukri akan makan dahulu bersama isteri mudanya, barulah dia datang kerumahnya. Tetapi hari ini dia datang agak awal dari biasa.

“Belum Nuri,  abang nak makan dengan Nuri.” Entah mengapa sekarang ini seleranya hanya dirumah Nuri. Makanan dikedai tidak mendatang selera walaupun dia lapar. Berkerut-kerut dahi Nuri mencerana kata-kata suaminya.

“Kalau macam tu kena tunggu saya masak sikit lagi lah, nanti saya masak kan telur mata masak kicap boleh tak?.”

“Ok juga tu, Syukri kedapur dan membuka peti sejuknya kalau ada lauk semalam yang boleh dijadikan tambahan.

“Ni ada sambal belacan ada timun ni, abang kopek timun ni ye.”.

“kopeklah”. Selesai menyuapi anaknya Nuri kedapur semula, untuk memasakkan telur mata masak kicap seperti yang dijanjikanya tadi. Anaknya dibiarkan duduk di’walker’. Pulang sahaja dia petang itu sudah ada tersedia walker diruang tamu. Nuri tahu pasti Syukri yang membeli untuk anak mereka.

Laju sahaja tangannya membuat kerja-kerja. Dia mengoreng tiga biji telur mata kerbau. Sementara menggoreng telur dia menumbuk bawang merah dan bawang putih dicampur lima enam biji cili api,  ditumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga  kekuningan,  dimasukan telur mata kerbau tadi dan dicurah kicap tiga empat kali curahan dan akhir sekali barang besar yang sudah dimayang kasar tadi. Selesai memasak mereka kemeja makan menjamu selera. Licin segala yang ada diatas meja. Seperti pertandingan makan pun ada keadaan mereka berdua. Mereka berdua sememangnya sedang kelaparan.

“Alhamdullilah..” Itulah ucapan yang keluar dari mulut Syukri dan Nuri bila keduanya sendawa. Syukri memandang Nuri  kebetulan Nuri juga memandang suaminya dihadapannya. Akhirnya mereka ketawa melihat gelagat masing-masing.


Pertama kali Syukri melihat tawa Nuri yang tidak pura-pura. Sejak dia bernikah sekali lagi, dia tidak pernah lagi melihat tawa Nuri yang ikhlas dari hati, selalunya tawanya bagai dipaksa atau pura-pura. Ketika  dibilik tidur Nuri juga melayaninya dengan ikhlas. Malam mereka berlalu dengan damai. Syukri merasa sangat bahagia.

Ketika Nuri menghantarnya diambang pintu sambil mengelek anaknya...

“baba pergi kerja ye sayang, minum susu banyak-banyak nanti cepat besar ye sayang”. Ciuman dihadiahkan di kiri kanan pipi anaknya, dan sebuah lagi singgah dipipi isterinya. Nuri terkaku sekejap dengan perbuatan suaminya. Cepat sahaja dia memusingkan badan mahu masuk kedalam rumah.

“Tunggu kejap Nuri abang nak ambil susu yang abang beli hari tu”. Nuri menghentikan  langkahnya .Dia ingin  tahu susu yang diperkatakan oleh suaminya.

“Nah, susu ni yang abang beli hari tu, tak tahu nak bagi siapa, nak buang sayang pulak, jadi kalau ada kawan-kawan Nuri yang anaknya minum susu ni bagilah kat mereka”.

“Susu ni elok ke?”

“Elok, baca dari keterangan yang tertera susu ni hampir menyamai susu ibu, itu yang abang beli bagi Wafi hari tu”.

“Emm..”Silih berganti Nuri memandang tin susu ditanganya dan wajah suaminya yang sedang memberi senyuman manis kepadanya.

“Bila Nuri nak berhentikan Wafi dari susu badan?” Syukri memberanikan diri bertanya.

Dari bukti-bukti yang dikumpul Syukri yakin Nuri berbadan dua lagi. Dari cara dia makan dan bicara bersama anaknya malam tadi Syukri merasai bahawa Nuri mungkin hamil lagi.  Juga diiringi dengan seleranya sendiri yang memilih menguatkan lagi telahanya. Dalam hatinya berazam akan mencari kepastian.

“Kenapa??”. Suara Nuri jadi garang, mengapa suaminya mempertikaikan bila dia mahu memberi anaknya dengan air susunya.

“abang kesihan Nuri, Nuri ni kurus sangat. Wafi pulak menyusu, takut Nuri tak cukup tenaga nanti”. Mendengar bicara suaminya yang risau keadaan dirinya Nuri hanya menundukkan pandangan sahaja. Bila isterinya tidak menjawap kata-katanya

“Tak apalah, kalau Nuri masih nak susukan Wafi pun tak apa, abang tak kisah janji Nuri sihat dan cukup tenaga nak jaga Wafi. Kesihatan Nuri bukan untuk Nuri sorang sekarang, Wafi pun perlukan kesiahatan Nuri. Abang pergi dulu ye”.

            Tampa diduga oleh Nuri suaminya mengahadiahkan cukupan kedahinya pula. Sudah lama adigan itu tertinggal dalam kamus hidupnya sejak suaminya bernikah sekali lagi. Oh..oh peritnya. Matanya jadi berkaca. Hajat hatinya hendak melepaskan diri dari suaminya tapi kini dia terikat lagi. Yang pastinya sembilan bulan akan datang dia akan disisi Syukri untuk kepentingan anaknya. Disabarkan hati dengan pujukkan demi untuk kebahagiaan anaknya.

“Janganlah sedeh Nuri.  Abang minta maaf menyebabkan kesedehan muncul dalam hidup Nuri. Maafkan abang sayang”. Hati Syukri terhiris melihat kesedihan di mata isterinya.

Ketika dia sampai Sarah sudah ada dimejanya. Syukri menghampiri isteri mudanya.

“Dah minum?”

“Belum tunggu abang”.

“kan abang dah pesan kalau abang dari rumah Nuri tak payah tunggu abang kalau nak minum. Abang dah makan kat ruamh dia tadi, pergilah kalau nak minum.”

 “Ok Sarah turun dulu, abang nak kirim apa-apa ke teh ke?”.

“Abang dah kenyang ni.” Syukri masuk kedalam biliknya dan menutup pintu.

Sebenarnya Syukri mahu cepat melihat apa yang dilakukah oleh Nuri melalui CCTVnya. Dia ingin mencari kepastian.

Ketika dia membuka lat topnya terpapar aksi Nuri yang sedang duduk disofa .sambil menyusui anaknya. Dia sedang melekapkan telefon bimbintnya ketelinga..oh dia sengang menghubungi seseorang. Apabila talian bersambung..

“asalamualaikum..nenek apa khabar”.

“walaikum salam..baik”.

“Nuri pulak macam mana?”

“Nuri baik saja nek…Atuk ada balik jenguk nenek tak sekarang ni.”

“Alhamdullilah sejak Pak Su kamu balik hari tu selalu juga atuk jenguk nenek. Giliran nenek dan nenek muda pun dah tetap, dua hari kat rumah nenek dua hari lagi kat rumah nenek muda, kadang-kadang tu kalau masa tu giliran nenek muda atuk tetap jenguk nenek.Duduk cerita-cerita baru dia balik”.

“Alhamdullilah, kalau atuk dah berubah doalah pada Allah agar perhatian atuk pada nenek berpanjangan”.

“Memang itulah doa nenek Nuri. Sekarang ni nenek tak perlukan apa-apa lagi. Nenek hanya perlukan perhatian atuk sahaja.”

 “Nek sebenarnya Nuri nak tanya, kalau orang tu dah mengandung boleh tak dia susukan anaknya”.

“boleh tu boleh, tapi takutlah kita yang tak cukup zatlah nanti. Kenapa Nuri tanya? Nuri dah mengandung lagi ke?”

“Haah nek, entahlah nek baru niat nak minta dilepaskan, tapi boleh ke kita bercerai masa kita tengah mengandung”. Berbahang  muka Syukri bila mendengar apa yang telah dirancang oleh isterinya Nuri.’ Itukah yang ada di hati Nuri?’

“Boleh, tapi suami berdosalah menceraikan isteri yang sedang mengandung. Pada nenek, Nuri jangan fikirkan diri kita saja,  Nuri kena fikir anak juga, Nuri tak kesian kat anak ke, nanti dia lahir tak ada ayah. Takut orang pandang serong pada kita, biasanya orang akan pandang serong pada janda yang tiba-tiba menandung, takut orang menyangka kita jahat sampai mengandungkan anak luar nikah. Kesiahan kat anak Nuri”. Lembut nenek busu menasihati cucu yang senasib dengannya.

“tapi Nuri dah tak sanggup nak tanggung rasa sakit ni nek, sampai hati abang Syukri bagi sakit ni pada Nuri.”  Air mata Nuri sudah mula berjujuran, dia teresak-esak melepaskan apa yang ada dihatinya. Syukri dibiliknya juga merasa sedeh dengan apa yang diucapkan oleh Nuri. Ada rasa kesal kerana memberi kesakitan itu pada Nuri. Dia tidak menyangka setelah setahun lebih kepedihan hati Nuri akibat dimadu masih dirasainya. Malah semakin sakit bila mendengar apa yang diperkatakan kepada neneknya. Kini dia mengakuai apa yang dikatakan oleh emaknya dihari raya tempuh hari benar. Kata emaknya sakit bermadu makin lama makin sakit.

“Kita kena sabar, sekarang hidup kita bukan untuk kita seorang Nuri. Ingat anak-anak, Nuri”.

“Baiklah nek Nuri akan cuba bersabar..Nuri akan cuba bersabar selagi termampu.” Tangisan Nuri berlagu sayu. Syukri juga sudah berkaca-kaca matanya dalam hatinya bertanya begitu sakitkah hati seorang isteri yang dirinya dimadukan.. Itulah lelaki tidak akan pernah merasa betapa sakit hatinya bila dirinya diduakan.

Sudah terjawab segala persoalan yang berputaran sejak seminggu dua ini. Benar telahanya. Nuri hamil lagi. Dalam hati berlagu riang anaknya akan bertambah seorang lagi. Dia keluar dari biliknya dilihat Sarah sudah ada dimeja kerjanya. Entah bila dia balik, Syukri tidak sedar. Sarah memandang kearahnya. Dari pandangan mata Sarah, suaminya dalam keadaan sedang gembira.

“Ada good news ke bang? abang macam happy saja”.

“Tak adalah abang baca facebook kawan-kawan tadi”.

“Ohh”.

“Sarah nanti Sarah makanlah dengan Maryam, abang nak keluar ni, abang balik lewat sikit”.

“Abang nak pergi mana?”

“Adalah”. Sarah sebenarnya takut untuk bertanyakan lebih lajut tentang urusan suaminya. Takut-takut suaminya melenting. Lagi pun selama dia menjadi isteri Syukri, Syukri melayanya dengan baik. Sebenarnya Syukri mahu pulang kerumah Nuri ingin menemani Nuri. Mungkin dengan selalu bersama Nuri dapat mengurangkan sedikit rasa sakit hatinya.

Syukri kepasar raya, dia ingin membeli barang basah. Tekaknya teringin makan ikan pari bakar dicicah dengan air asam. Tekaknya juga teringat masak kari ketam. Besar sungguh selera Syukri. Bila isterinya berbadan dua.

Perubahan pada Syukri yang sudah tidak lalu makan di kedai makan dapat dirasakan oleh Sarah. Hari itu dia bertanya kepada suaminya. Sebenarnya dia rasa gembira kerana sudah lewat dua hari dari tarikh datangnya darah haidnya.

“Bang! kenapa sekarang abang tak makan tengahhari kat kedai, asyik balik makan rumah Nuri saja . Kalau Nuri tak ada abang pun makan roti saja kenapa bang?”.

“Entahlah Sarah abang tak lalu nak makan  bau kedai makan busuk sangat, abang macam terbau makan basi pun ada dalam kedai tu. Sarah bau tak?.”

“Tak pula, yang Sarah cium bau makan yang dalam trai tulah. Bang! Sarah dah lewat dua hari ni, agaknya Sarah lekat bang, itu yang menyebabkan abang tak boleh nak masuk kedai makan. Dulu masa Nuri mengandungkan Wafi abang macam ni juga kan?”.

“Ia ke Sarah? abang tak ingatlah”.

“Sarah ingat esok nak pergi checklah bang. Kalau Sarah dah mengadung Sarah kena berhati-hati. Boleh tak kalau diawal kandungan Sarah ni, Sarah cuti kerja. Nanti kalau kandungan dah besar barulah Sarah kerja semula”.

“Boleeh, ikut suka hati Sarah lah”. Syukri kasehan melihat Sarah yang penuh dengan harapan. Syuki sedeh melihat keinginan melampau Sarah yang inginkan dirinya mengadung.  Dengan wajah yang cukup gembira Sarah berlalu kemejanya untuk menyambung kerja yang dihentikan untuk memberitahu suaminya tetang kelewatan kunjunangan darah haidnya bulan itu. Syukri tahu Sarah  akan kecewa lagi bulan itu.

Tuesday 29 October 2013

Bab 30 Siapa aku dihatimu.







Petang itu mereka solat Asar berjemaah. Selesai solat Nuri terus kedapur. Dia mahu memasak permintaan suaminya tadi, ayam digoreng dengan tepung  Kentucky bersama sos nya sekali. ‘Cepat dia makan cepatlah dia balik’ itu yang ada difikiran Nuri.

Selesai makan malam pada pukul 7 malam Nuri mengharapkan suaminya pulang kerumah madunya tetapi tidak juga. Mereka sekali lagi solat Magrib berjemaah. Selesai solat Nuri mengambil anaknya dibawa kebilik. Dia mengaji dibilik sambil menantikan solat Isyak. Dia mengharapkan suaminya kebosanan tinggal diruang tamu sendirian dan akan meninggalkan dirinya. Selesai mengaji dia menjengah keruang tamu, dilihat suaminya leka menonton berita Buletin Utama TV3 di televisyen. Nuri masuk semula kedalam bilik untuk menyusui anaknya. Dari ekor matanya Syukri tahu Nuri menjenguknya. Dia juga tahu Nuri mengharapkan dirinya ditinggalkan sebab itulah dia membiarkan diri kesaorangan diruang tamu. ‘Nanti kau’ dia ada misi dalam hatinya. Dia menarik senyum.

Bila azan Isyak berkumandang kedengaran langkah suaminya menuju kebiliknya. Nuri memalingkan muka memandang pintu bilik  terjengul wajah suaminya…

“Jom solat”. Dengan wajah masamnya Syukri mengajaknya bersolat. Nuri menarik putting susunya dari nyonyotan anaknya. Dia kebilik air mengambil wuduk. Selesai memakai telekong dia mengangkat anak keruamg tamu, sejadahnya sudah siap terbentang, suaminya pula sudah menanti disejadahnya. Nuri mengharapkan selesai solat suaminya akan pulang kerumah madunya. Selesai solat Nuri menyalami suaminya dengan berlapik. Suaminya meneruskan zikirnya disejadah. Dia terus sahaja melipat sejadah dan telekungnya, kemudian dia mengambil anaknya untuk ditidurkan sememangnya waktu itu adalah waktu tidur anaknya.

Sedang dia membelai rambut  anaknya, suaminya memanjat katil, dia merapatkan muka kewajah anak yang sedang menyusu.

“Anak baba dah nak tidur ye”. Kemudian dia mencium kepala anaknya. Dia memangkat wajah memandang kearah isterinya pula.

“Umi pun dah nak tidur ke?”. Tidak disangka itu yang keluar dari bibir suaminya dengan nada lembut.

“Emm” Hanya itu yang keluar dari bibir Nuri sebagai jawapan.

“Baba pun nak tidur jugalah”. ‘Ehh dia ni tak balik ke??’ getus hati Nuri yang kerimasan dengan kehadiran suaminya. Nuri sebetulnya buntu dengan sikap ‘tak tahu bahasa’ suaminya.tak tahu bahasa yang dia sedang marah dan tahu bahasa dia tak memerlukan suaminya lagi. Sebenarnya marahnya masih belum hilang.  Marah yang bertimpa-timpa tentulah lama sejuknya.

Suaminya baring rapat dibelakangnya, terasa pergerakkan suaminya yang mengangkat kepala, kemudian bibirnya hinggap dibahu dan kemudian dilehernya pula. Nuri sudah tahu apa yang dikehendaki oleh suaminya dengan perlakuanya. Patutkah dia menolak kemahuan suaminya?. Tetapi bila teringat kata-kata seorang ustazah yang memberi ceramah ditempat kerjanya dua tiga hari lepas, dia jadi redha. Selagi dia masih dalam ikatan perkahwinan bersama Syukri, dia akan menunaikan tanggung jawapnya bila diminta oleh suaminya.
 Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya.
Dia tidak mahu dikutuk oleh malaikat dan dia tidak mahu menaggung dosa kerana menjadi isteri yang nusyuz(derhaka).

Syukri kebengkelnya dari rumah Nuri. Setelah selesai  bersarapan dengan sepinggan nasi goreng, sepiring telur dadar bersama bawang besar dan sepiring timun dia kebengkelnya. Sebelum dia melangkah kepintu sempat lagi Nuri mengingatkan..

“Kalau sempat abang balik cepat, baliklah saya tak suka hal kita tertangguh-tangguh”.

“Emm” itu jawapan Syukri. Tetapi dalam hatinya berkata ‘selepas adanya hubungan suami isteri mana boleh nak bercerai Nuri oiii’  tu adalah salah satu syarat jika kita hendak bercerai sebenarnya. Setelah bersih dari haid atau nifas dan belum lagi mengadakan hubungan suami isteri barulah boleh seorang isteri itu diceraikan. Sebenarnya mahu melepaskan diri ikatan perkhawinan bukanya mudah. Banyak syrat-syarat yang dikenakan.

Yang sebenarnya Syukri hanya memberi alasan sahaja semalam. Hari Isnin itu dia  tidak pergi kemana-mana. Dia duduk dibengkelnya, menyemak senarai barang yang perlu diganti dan juga menyemak perbelanjaan  keluar masuk perniagaanya. Apabila Sarah menghubunginya, dia mengatakan dia di bengkelnya. Sarah datang menemaninya.

“Kenapa abang buat kerja, kan bengkel kita masih cuti lagi”.

“Tak apalah esok senang semuanya abang dah kemas kini ni haa. Lagi pun kalau dah buka bengkel senang abang nak tolong diaorang betulkan kereta pula”.

“Dah tengahhari ni abang nak makan tengahhari kat mana ni?.”

“Abang kenyang lagi ni, pagi tadi abang makan nasi goreng banyak, kenyang sampai sekarang ni. Kalau Sarah nak makan pergilah, abang nak siapkan kerja abang. Lepas makan kalau Sarah nak balik baliklah, tak payah teman abang kat sini. Sekarangkan waktu cuti duduklah kat rumah rehat betul-betul. Lusa kita dah buka bengkel”.

“Tenguklah nanti. Kalau Sarah boring duduk kat rumah sorang, Sarah datang teman abang ye. Betul ke abang tak nak makan ni?”.

“Betul, kalau abang lapar pandailah abang cari sendiri, dah pergilah makan nanti masuk angin perut, Sarah dah lah tak makan, pagi tadi”. Sebetulnya Syukri tidak berselera untuk makan, bila mendengar makanan restoran atau pun gerai tekaknya merasa kembang. Walaupun perutnya terasa lapar namun ditahan. Waktu itu  Syukri takut untuk pulang makan tengahari dirumah Nuri walaupun ketika itu Nuri tidak bekerja. Dia takut Nuri menagih janji.

            Syukri tekun menyemak segala fail, tak terasa masa berjalan. Bila dikerling jam dipergelangan tanganya sudah menunjukkan pukul 415 petang. Hatinya lega. Berlalu sudah waktu office hour yang ditakuti untuk hari itu. Dia ingin kerumah Nuri. Janjinya kepada dirinya. Dia berjanji menguntukkan lima hari untuk Nuri. Seperti dia menguntukkan lima hari untuk Sarah tempuh hari.

Sedang dia menuruni anak tangga telefon bimbitnya berdering. Bila dilihat nama Sarah yang tertera.

“Assalamualaikum, bila abang nak balik? dah pukul empat lebih ni?”

“Ehh abang balik rumah Nuri. Sarah jangan tunggu abang”.

“Bukan ke  malam tadi abang dirumah Nuri?”.

“Kenapa Sarah lupa ni, kan hari raya hari tu abang dah sama Sarah lima hari. Masa ni giliran Nurilah pula. Ok ye Assalamualaikum nanti malam kunci pintu elok-elok ye”. Kecewa Sarah mendengar jawapan suaminya. Sunyinya bersambung rupanya. Oh lagi empat hari, LAMANYA. Jerit hatinya.

Petang itu Nuri terkejut lagi dengan kemunculan suaminya di muka pintu. Dia yang sedang bermain dengan anaknya diruang tamu merasa hairan. Tetapi tidak terkelaur pertanyaan dimulutnya. Nuri sudah menjadi bisu semula dihadapan suaminya. Dia menghampiri suaminya untuk disalami dan diciumi tanganya kemudian dia bergesa kedapur menyediakan makan malam mereka sekeluarga. Ringkas sahaja makan malam mereka. Masak lemak putih taugeh bersama  tauhu perencahnya udang halus dan  goreng berlada ikan parang. Bubur Wafi akan berkuah kuah lemak itu juga, tetapi untuk ikannya Nuri akan menabur sedikit ikan bilis yang digoreng tampa minyak yang telah dimesen halus.

Petang itu sekali lagi dia melihat suaminya makan dengan begitu bersungguh-sungguh. Hairan dia melihat tingkah suaminya. Akhirnya terkelaur juga soalan dari bibirnya, dengan dahi berkerut.

“Abang tadi  tak makan tengahari ke?”. Tiba melintas dikepalanya sesuatu yang tidak diingini. Adakah dia mengandung? makin kusut kepalanya.

“Tak”. Hanya itu yang kelaur dari bibir Syukri, seakan dia sangat sayang melepaskan nikmat makannya. Keadaan menjadi sunyi kembali, Nuri menyuap nasi kemulutnya. Syukri juga begitu.

Ditempat Nuri bekerja, Nuri merungkai segala pertayaannya semalam kepada seorang rakan setugasnya. Ketika itu tinggal dia dan kakak senior sahaja, staf lain sudah keluar makan tengahari.

“Kak Mirah. Nuri nak Tanya hal peribadi boleh ke?”.

“Ehh apa lah Nuri ni tanya akak macam tu pulak, nak tanya tanya lah tak kira soal kerja atau soal peribadi”.

“Kak boleh ke kita mengadung kalau lepas pantang baru sekali kita datang bulan?”.

“Memanglah boleh, itu pengalaman akak. Anak kedua akak dengan anak ketiga akak beza hanya 1tahun 2 bulan sahaja. Sebab akak mula mengadung lagi masa anak akak yang nombor dua tu baru masuk umur lima bulan”.

“Oh..macam mana tu?”

“Masa tu akak tak tahu lepas kering nifas, akak ada datang bulan, lepas tu datang bulan sekali lagi, bulan berikutnya terus tak datang bila check sah akak dah menagndung sebulan rasanya”.

“Akak bagi susu badan kat anak?”

“Semua anak akak menyusu badan Nuri. Susu badan kan susu terbaik yang Allah bagi kat kita, kita menefaatkanlah, untuk keturunan kita juga. Kenapa Nuri dah sangkut lagi ke?”.

“Tak tahu lagi sangkut ke tak. Tapi masa anak Nuri lima bulan hari tu Nuri ada datang bulan. Ni rasanya belum lagi. Nuri perasan Nuri puasa sebulan penuh tahun ni”.

“Baik Nuri pergi check. Tapi Nuri kalau lepas pantang  kita ada datang bulan walaupun sekali ertinya  kita dah subur, dah ada telur yang dilepaskan oleh ovari kita. Ini bererti rahim kita dah mampu untuk menerima satu lagi persenyawaan.. Kalau kita dah mengandung bolehlah kita berjaga-jaga ye tak”.

“Ialah, Nuri pergi kliniklah, tunggu dia orang balik dulu.” merujuk pada kawan-kawan mereka yang keluar makan. Nuri nekad keklinik hari itu untuk mengetahui keadaan dirinya. Dia akan pergi sendirian tidak perlu Syukri menemaninya.

“Kalau Nuri nak pergi sekarang pun tak apa, akak ada.Pergilah.”

“Akak tak keluar makan ke?”.

 “InsyaAllah akak puasa qadha Ramadan hari ni, dapat juga akak pahala sunat enam kalau akak tak sempat buat nanti. ”

Dengan nasihat kak Mirahnya, terus sahaja Nuri keklinik yang berhampiran tempat kerjanya. Penuh debaran Nuri menanti hasil ujian air kencingnya. Doktor itu menunjukkan alat menguji kehamilan kepada Nuri. Doctor mengesahkan Nuri mengandung dua minggu. Ada kesedihan terselit dihatinya. Telah dua kali dia meminta dilepaskan dan dua kali ini juga anaknya mengikat dirinya lagi dengan babanya. Mengapakah ini yang terjadi. Dalam kekalutan rumah tangganya rahimnya begitu subur menerima benih suaminya dan bernyawa dalam rahimnya. Mampukah dia bertahan lagi kali ini.

“Positiv ni,  Puan mengandung, nampak ni dua garisan dah timbul.” hampir pitam Nuri mendengar apa yang diucapkan oleh doctor wanita India dihadapanya yang begitu fasih berbahasa Melayu.

 “Bila kali akhir puan datang haid”.

“Entahlah hari bulannya saya tak ingat,  tapi rasanya awal bulan puasa”.

“Ok tak apa kita pergi scan sekejap”. Setelah menjalani ujian imbasan. kandungan Nuri dijangkakan sudah dalam usia dua minggu.

“Kalau puan nak tahu tarikh due puan, ada buat catatan bila puan datang bulan”.

“Ada tapi kelender yang kat rumahlah doctor”.

“Ok saya ajar, hari  pertama darah keluar dicampur dengan 7, bulannya ditolak dengan 3, tahun pula campur 1 kalau tak tepat pun sipi-sipilah” Doktor itu tergelak pula dengan lawaknya sendiri.. Nuri juga turut ketawa lucu juga doctor dihadapanya. Contoh hari pertama datang haid
23.6.2013
23+7=30
6-3=3
2013 +1=2014
Jadi tarikh dijangka bersalin 30.3.2014

Sebenarnya setiap hari yang bermula Syukri  merasa takut. Dia takut dengan permintaan Nuri. Minggu lepas setiap kali Nuri bercuti, dia akan menghubunginya bertanyakan kelapangan dirinya namun tidak diindahkan. Dalam minggu itu waktu tengahharinya dia kelaparan. Hendak makan dikedai tekaknya dapat menerima, hendak pulang kerumah Nuri dia takut.  Tetapi kini permintaan itu sudah dua tiga hari tidak dimintanya lagi. Syukri  merasakan ada kelainan pada tingkah Nuri sekarang ini.


Dalam perkiraan Syukri hari itu, Nuri balik dari kerja giliran malamnya. Dia menanti deringan talifon bimbitnya berbunyi, namun tiada.  Pelik Nuri terlupa nak call ke atau dia dipanggil balik bertugas agaknya’. Tengahari itu pulang kerumah Nuri. Dia mahu mengintip Nuri. Bila dilihat kereta Nuri ada didalam pagar dia tahu isterinya ada dirumah. Dia memberhentikan keretanya didepan pintu pagar.  Dimatanya sudah terbayang hidangan yang akan dihidangkan oleh Nuri. Biar pun nasi dengan telur mata kerbau,seleranya sudah terbuka. Kerana perutnya yang lapar dia mengheret kaki masuk kerumah, dengan rasa takut-takut berani. Dibacanya surah TOHA ayat 1-8  berkali-kali agar hati isterinya lembut.

“Assalamualaikum…” Dalam takut yang berani Syukri memberi salam.

“Waalaikumsalam” kedengaran suara Nuri menjawab salamnya didapur. Bila dijengah dia melihat isterinya sedang sibuk memasak dengan anak didukungan.
 
“Meh sayang baba, kesian anak baba ni, tolong umi masak ye”. Syukri mengambil anak dari dukungan isterinya. Nuri tidak membantah.

“Nuri masak apa hari ni? ”

“Asam pedas ayam dengan tumis bayam saja”.  Jawabnya tampa memandang wajah suaminya. Tangan masih sibuk membalik-balikkan tumisan bayamnya.

“Dah siap masak ke?. Abang lapar betul entahlah dalam seminggu dua ni abang tak lalu nak makan kat kedai, bau kedai makan sekarang ni busuk betul.”
‘Macam mana tak meragam perut awak tu, ni sorang lagi nak keluar, tunggulah sembilan bulan lagi’. Bisik hati Nuri entahlah hatinya geram marah atau pun geram gembira dia tidak tahu.

“Dah tinggal yang ni saja..” merujuk kepada sayur bayam yang sedang dibalik-balikanya didalam kuali.

Sambil mendukung anaknya Syukri memerhatikan  isterinya. Nuri mengambil pengisar makanan (blander)  dan memasukan setengah senduk nasi sayur dan menuang air tumisan bayam..kemudian berapa cubitan ayam goring diatas meja.

“Nak buat apa tu?”

“Nak bagi Wafi makan nasi mesen”.

“Selalunya Wafi makan bubur”.

“Saya malas nak buat bubur, lagi pun nak ajar Wafi makan sayur”.

“Oh.”

Setelah siap nasi mesennya Nuri menghidang nasi pula diatas meja. Ralit Syukri  memerhati isterinya menghidang makan diatas meja. Pemandangan itu biasa jika dirumah Nuri. Dia tidak pelik. Dia sebenarnya sengaja mahu memandang Nuri. Entah mengapa sejak seminggu dua ini hati Syukri sering teringat Nuri, kadang-kadang rindunya pada Nuri bagai tidak boleh dibendung. Entah mengapa perasaan ini sering meyelinap dalam kesibukkan harinya.

“Nasi abang pun dah siap dihidang ni,  abang makanlah dulu, saya nak suapkan Wafi. Meh sayang kita makan..”. Nuri mengambil anaknya dari dukungan babanya.

“Abang nak tunggu Nuri, kita makan sama-sama ye”.

“Kata tadi dah lapar, tak payah tunggu saya, tunggu saya lama, abang makanlah dulu,  nanti abang nak pergi kerja balik kan?”

 Oh dia tak ajak pergi pejbat khadi hari ini’..dalam hati Syukri sungguh bersyukur, mungkin isterinya sudah terlupa tentang perpisahan yang diminta. Tapi timbul juga rasa pelik dihati Syukri. Nuri bukan jenis yang mudah melupakan. Dia bukan Melayu yang mudah lupa. Timbul satu rancangan dihati Syukri. Rancangan mahu memasang camera tersembunyi diruang tamu rumahnya atau CCTV untuk mengetahui apakah yang menyebabkan Nuri berubah. Syukri mahu mengintip pergerakkan isterinya didalam rumah.

“Tak apa , masuk lambat sikit tak apa, tadi abang pun dah habiskan sebiji kereta petang ni biar diaorang yang buat pulak”.

Nuri menyuapi anaknya. Syukri hanya memerhati anaknya makan. Sungguh sabar seorang ibu yang mahu membesarkan anak. Insaf Syukri disitu.

“Suka dia makan nasi hijau macam tu ye, rasa sikit sedap agaknya itu yang Wafi suka”. Syukri mencuit sedikit nasi didalam mangkuk kecil ditangan isterinya.

“emm sedap lemak-lemak.. patutlah Wafi suka”. Tiada komen yang keluar dari mulut isterinya. Itulah Nuri, sifat bisunya datang kembali sejak dia membawa anaknya bermalam kerumahnya tempuh hari. Ia.. dia tahu Nuri marah kepadanya. Tiada senyuman sejak dia sampai tadi, Walaupun begitu tanganya tetap diciumi tanda hormatnya, nasinya siap terhidang dan segala soalan tetap dijawab. Nuri seorang isteri yang baik biar pun dia marah namun kebajikkan dirinya tetap dilaksanakan dengan baik.

Selesai menyuapi anaknya makan mereka pula menjamu selera. Tengahari  itu, Nuri  menyaksikan lagi bagai mana berselera suaminya makan. Dia juga pun begitu sejak seminggu dua ini selera nya begitu besar. Jika selalu dia hanya dapat makan  sesenduk nasi, tetapi sekarang ini walaupun dirasakan perutnya sudah kenyang namun seleranya masih mahu lagi dilayani. Nuri buntu dengan kehendak seleranya. Yang sebenarnya dia tidak mahu suaminya tahu keadaan dirinya. Nuri termenung jauh tidak sedar suami hadapanya melihat pelik kearahnya.

Syukri pelik melihat tingkah isterinya yang termenung panjang ketika sedang makan. Walaupun tangannya menyuap nasi namun lagaknya dia tidak dimeja makan fikirannya melayang jauh. Itu lah yang ditelah oleh Syukri melihat tingkah isterinya didepan mata. Makin kuat tekadnya mahu memasang CCTV dirumahnya semasa ketiadaan Nuri nanti.

“kenapa Nuri..ada yang tak kena ke?”.

Nuri  tersedar dari dari lamunannya bagai orang mencari tapak untuk berdiri.

“Haa..haa” itulah yang keluar dari bibirnya.

“Kenapa ni, tengah makan makan pun boleh berkhayal, nanti tergigit jari tu kang, makanlah cepat sebelum anak menangis tu”.

“Ialah”.


Sewaktu ketiadaan Nuri,  Syukri mengambil kesempatan memasang CCTV di bahagian yang tersosok diruang tamu rumah mereka. Untuk pengitipanya tidak disedari oelh Nuri Syukri telah membeli sebuah CCTV yang canggih, kecil dan tidak menggunakan wayar. Seperti alat pengitipan James Boond gitu. Sekarang ini Syukri menjadi pengintip kepada isterinya sendiri. Hari itu hari pertama dia mengintip isteri tuanya. Pulang sahaja dari kerja bergegas mandi dan menunaikan solat Asar yang sudah dipenghujung.  Hari itu dia membuat kerja-kerja bengkel, kerana bajunya kotor dia mengambil keputusan untuk bersolat dirumah sahaja.

Seperti kebiasaan mereka akan sampai dirumah dalam pukul enam petang. Selepas Magrib nanti barulah mereka keluar semula untuk makan malam. Alang-alang makan malam bersama Sarah Syukri akan melajakkan sedikit lagi waktunya untuk solat Isyak berjemaah bersama Sarah pula. Itulah rutin harian Syukri. Itulah sebabnya dia kan kerumah Nuri selepas Isyak jika malam itu giliranya dirumah Nuri. Tetapi jika dia terleka mendengar bualan Sarah Isyaknya berlarutan hinggak kepukul sepuluh malam. Syukri tidak sedar caranya melebihkan masanya dirumah Sarah. Dan Sarah juga tidak sedar caranya melengahkan masa suaminya kerumah madunya. Tetapi yang sebetulnya dia mahu suaminya selalu didepan matanya.