Sudah sebulan Tengku Fairs bekerja membantu
daddy dan anaknya menguruskan perniagaan hotel mereka dan boleh katakan setiap hari
dia menanti saat Nur Hidayah
tidak berpuasa.Namun rasanya bagai menanti buah yang tak gugur.Hatinya sangat
kecewa. Lama dia berfikir mahu tahu bila hari Hidayah tidak berpuasa. Tiba-tiba
dia terfikir mahu bertanya kepada teman sekerja Nur Hidayah.Lalu dipanggilnya
Nur Fatihah masuk kebiliknya.
“You boleh
tolong I tak”.
“Tolong
apa Tengku..kalau bab akaun ni Nur Hidayah lebih tahu dari saya”.
“Tidak
bukan soal kerja yang I minta tolong..I hanya nak tahu bila masanya Nur Hidayah
puasa.Dia tu memang setiap hari puasa ke?”
“Kalau
dia tak uzur memang dia puasa Tengku”.
“Jadi
bila dia uzur??”
“Kalau
Tengku nak tahu bila..Tengku datang dalam pukul 10.15 minit.. dia masih
dimejanya buat kerja ertinya dia uzur.”
“Kalau
dia tak ada kat meja masa 10.15 pagi tu dia pergi mana?”
“Dia
ke Surau buat solat sunat DUHA. Tapi waktu makan tenghhari dia akan tetap kesurau
sebab dia akan tidur sekejap waktu lunch tu.”.
“Oh..kenapa
pula dia tidur, dia ada keluar malam ke?”
“Tak
tahulah..agaknya dia ada buat solat malam agaknya. Itu yang mengantuk tu.”
“Ohh.”
hanya itu yang keluar dari bibir Tengku Faris..tetapi yang sebenarnya dia tidak
faham apa yang diperkatakan oleh rakan
sekerja Nur Hidayah. Hendak bertanya lebih banyak ada rasa malu pula. Sebab dia
sudah merasakan dirinya tua, tetapi erti
solat Duha juga dia tidak tahu, solat malam juga dia tidak tahu. Sedang kan
solat lima waktu pun dia sudah lama terlupa untuk melakukanya. Berkenaan solat
satu apa pun dia tidak tahu.Tiba rasa MALU menerpa hatinya.
“Fatihah!
Tolong I boleh..tolong bagi tahu I bila Hidayah tak puasa ye. I memang nak ajak
dia makan, nanti I akan tapaukan you, apa sahaja yang you nak, kalau dia kelaur makan dengan I. Boleh..”.
“Boleh
tu boleh lah Tengku tapi janagn buat jahat dengan dia. Hidayah gadis baik.
Kalau Tengku buat jahat dengan dia Allah akan balas Tengku.”
“Mana
I nak buat jahat dengan dia. I hanya nak ajak dia keluar makan sahaja.
Percayalah cakap I. Lagi pun kalau saya nak buat jahat nanti busuk Hotel daddy
I ni, kan tak elok.I dah tua Fatihah, I tahu baik buruknya kalau buat jahat
dengan pekerja I sendiri”. Janji Tengku Faris meyakinkan Nur Fatihah. Lagi pun
dari segi air muka Tengku Faris bukannya orang ganas atau garang orangnya.
Lama menunggu akhirnya datang juga peluang.
Semalam Nur Fatihah memberi tahu, dalam dua tiga hari itu Nur Hidayah tidak
berpuasa. Keesokkan harinya dengan wajah
marah dia menghampiri kemeja Nur Hidayah…
“Hidayah!!
You memang tak sudi nak temankan I minum ye..You nampak I ni tua sangat ke
sampai you rasa tak sesuai kalau I
berjalan dengan you”. Akhirnya itulah ayat yang keluar dari bibirnya kerana dia
sudah tidak tahan menahan hati yang kecewa. Menanti Nur Hidayah mengatakan dia
boleh makan kerana dia tidak berpuasa, seperti yang dimintanya tempuh hari..
“Bukan
macam tu Tengku….” Terkejut Nur Hidayah bila dijerkah sebengitu. Sebenarnya dia
malu dijerkah begitu, malu didengari oleh staff yang lain. Tentulah pekerja
lain yang berdekatannya mendengar dia dimarahi
oleh papa kepada bos mereka. Ada lima orang staff dibahagian pengurusan yang membantu Tengku Farid cucu kepada
pemilik Hotel mereka. Kemudian mereka dibahagikan untuk menguruskan di 4 bahagian
pula.. Terdapat lima orang penyambut tetamu setiap syif akan ditugaskan dengan
dua orang. Bahagian yang paling ramai pekerjanya adalah di bahagian
peyelengaraan dan dapur.
Memang benar suara Tengku Faris bergema
memnuhi ruang kerja mereka. Dia bersyukur hanya seorang kawan nya sahaja yang
belum keluar minum..saff lain kesemuanya sudah turun minum kerana ketika itu
jam sudah menunjukkan pukul 1020 pagi
waktu rehat pekerja pejabat.Tentu sahaja dia mendengar apa yang diperkatakan
oleh Tengku Faris
“Haa
kalau bukan macam tu..temankan I lunch nanti, I ada benda nak tanya…” Garang
sahaja suara Tengku Faris
“Tapiii…”
“Tak
ada tapi..tapi..ini arahan..bukan jauh hanya kat kafe kita ni sahaja. Ingat
lunch nanti turun, you tau tak I tak
makan dari pagi tadi lagi”. Tetapi seperti biasa dia hampa.Memang benar setelah
Tengku Faris beredar dari mejanya terjengul kepala sahabatnya Nur Fatihah
disebelah,yang belum keluar rehat lagi. Dengan senyuman gatalnya..
“Apa
lah kau ni Dayah papa bos ajak makan minum tak pernah nya kau nak ikut. Sesekali
ikutlah, kesian dia dah sebulan dia ajak kau tak pernah nya kau ikut.Jatuh tau
air muka dia kalau kau selalu menolak. Nanti disuruhnya dato’ berhentikan kau
kerja kan susah. Sekarang ni kerja susah
nak dapat”.
“Macam
mana aku nak ikut, aku puasa”.
“Bukan
aku tak tahu sejak semalam kau ABC kan ( Allah bagi kau cuti), betul tak..apa
kau tipu kau puasa pulak..pergilah.. kesian dia macam terhegeh-hegeh pada yang
tak sudi saja.”.
“Ehh
kau tak kesian aku ke, aku ni lagi lah kesian, kalau aku terima ajakkan dia
nanti ada pula orang cakap ..aku nak tanggkap ‘JERUNG’. Mulut orang ni bukan
boleh ditutup. Sebelum timbul fitnah baik kita elak Tehah”
“Apa
pula kau yang tangkap jerung, bukan dia ke yang nak memikat burung merpati”.
Kerana
takut ajakkan tidak diterima, Tengku Faris kebilik anaknya meminta bantuan. Setelah
dia duduk dihadapan anaknya.
“Farid
boleh tolong papa tak”.
“Tolong
apa pa”.
“Papa
nak ajak Hidayah temankan papa makan. Ni dari pagi tadi papa tak makan, hanya
makan malam tadi sahaja.Tapi dia tu asyik menolak sahaja..ada sahaja
alasanya..puasa memanjang.Harini tolong arahkan dia teman kan papa.”
“Papa
ni lain macam sahaja dengan Hidayah tu..ada apa-apa ke pa”.
“Entahlah
Farid, hati papa ni dah rasa suka dengan dia.Farid rasa sesuai tak papa dengan
dia. Papa rasa nak seriuslah dengan dia”.
“Apa
yang menyebabkan papa rasa tak sesuai tu, nak kata dia tak nak dimadu papa
single sekarangatausebab usia ke?Tapipapa tak nampak tua sangat.Nampak macam
usia empat puluhan sahaja”.
“Hssy
Farid ni jangan puji lebih-lebih, nanti perasan pula papa ni. Farid yang
sebenarnya papa sedar papa dah tua, itu sebabnya papa nak cari pasangan yang
boleh hidup sama-sama dengan papa. Kali ni kalau papa kahwin, papa nak sampai
ke hujung nyawa papa. Dan hanya dia seorang wanita dalam hidup papa”.
“Kalau
macam tu papa kena tanya dia, kalau dia tak kisah jalan saja lah”.
“Pada
pandangan mata Farid dia tu memang masih single ke..pernah tak Nampak dia
keluar makan dengan lelaki atau ada tak lelaki call dia”.Entah mengapa Tengku
Faris merasa sangat tertarik dengan Nur Hidayah makin dia menolak ajakkannya
makin hatinya ingin mendekati.
“Farid
tak pernah ternampak pula.Tapi dia tu tak pernah keluar makan. Kalau dia keluar
dari tempat kerjanya tu..biasanya dia pergi surau ataupun waktu balik sahaja. Kalaukita
tanya pasal makan pula dia kata dia puasa. Papa nak tahu Halim dulu pun minat
dengan dia. Tapi dia tak pernah nak terima ajakkan Halim..lama-lama Halim give
up. Diani memang tak berminat nak berkawan dengan lelaki pa. Tapi kalau papa
sungguh-sungguh papa tanyalah dia..”. Memang benar bukan sahaja papanya yang
mencuba, Halim sahabat baiknya dulu juga pun pernah mencuba, namun akhir nya
dia menarik diri bila tidak pernah bersambut ajakkanya.Terkenang lagi aduan Halim kepadanya suatu waktu dulu.
“Farid
aku suka lah dengan pembantu aku tu Farid.Aku tenguk baik budaknya. ”.
“Kalau
dah suka cubakau masuk..pratikkanlah ilmu kasanova kau tu..mesti cair
punyalah..Hero Malaya mana tak cair anak dara yang diusha oleh hero Malaya”.
“banyaklah
kau hero Malaya, dah sebulan aku cuba..setakat cakap pasal kerja memang
rancak..ajak keluar sahaja terus terkatup mulut dia”.
“Kau
ni baru ajak sekali dah putus asa.Cubalah lagi.Tunjukkan pada dia yang kau
berminat dengan dia”.
“Dia
ni bukan macam perempuan biasa Farid, tunjuk kita hansom sikit dah tak berkelip
mata pandang kita. Aku pakai baju branded di pujinya pun tidak aku ni. Aku
sikat rambut pacak dia pun tak heran.Dia ni tak pernah nak nampak aku buat
kelainan semuanya tu untuk dia pandang aku. Aku rasa dia ni buta..tak sensitive
pada orang keliling..agaknya dia memang budak kampong. Nak kata muda tak lah
muda sangat, ikut dalam resume dia hari tu, dah dekat 26 tahun umur dia”.
“Cubalah
kau ajak makan ke, minum ke”.
“Kalau
ajak makan memang tak akan dapat lah Farid, hari-hari dia puasa.Bukan puasa
Isnin dan Kahmis lagi dah. Hari-hari Farid..setahu aku puasa nabi Dauh pun
berselang hari kan.Kau tahu Farid sejak bulan lepas lagi aku cuba, tapi tak
pernahnya dia nak ikut.. tak pernah dia tak puasa. Aku rasa memang dia tak
minat dengan aku lah”.
“Kalau
macam tu cubalah ajak keluar makan malam”.
“Entahlah Farid, aku ni sejak aku dah jadi
baik ni, aku tak pernah lagi ajak anak dara orang keluar malam. Rasanya puasa
tu memang alasan dia tak nak keluar dengan aku kot.”.
“Kalau
dia dah tak sudi..jangan kau nak terhegeh-hegeh pula, nanti orang kata hidung
tak mancung, pipi jangan nak tersorong-sorong. Cari sahaja yang lain.”.
“Hidung
aku tak mancung ke Farid..Bukan ke hidung aku ni macam hidung Shah Rukh Khan”.
“Banyaklah
kau punya Shah Rukh Khan..kulit Rukh Khan adalah. Aku kalau ada adik perempuan
memang aku kenekan kat kau tau Lim.Tapi ialah pada aku kalau dia tak mahu
jangan dipaksa, nanti lain jadinya. Putus cinta separuh jalan ni sakit
Lim..baik tak payah merasa”.
“Tapi
sayang juga..susah nak dapat klon-klon Nur Jannah kau tu..aku ni kalau dapat
sikit-sikit macam bini kau pun jadi lah. Yang aku suka peribadi dia bukan
kerana kecantikkan dia. Bertudung rapat, tak bermake-up, sopan dan tak
tergedik-gedik.”.Hingga keakhir Halim tidak dapat menakluki hati dan cinta Nur
Hidayah dan kini Halim sudah pun mendirikan rumah tangga dengan gadis se negeri
denganya. Ingatan Tengku Farid terhadap sahabatnya yang sudah pun berpindah Ke
Penang terhenti, bila papanya menyambung kata.
“Itulah
yang papa nak tanya,tapi dia tu kalau diajak keluar asyik menolak sahaja,
takkan papa nak Tanya kat office kat
meja dia tu, baru haru satu office dengar.Kalau dia tolak papa, tak ke malu
papa nanti.Farid tolong ye buat dia boleh temankan papa makan. Papa yang
sebenarnya dah lapar sangat ni”. Mendengar papa nya yang bersungguh Tengku
Farid menurut kehendak papanya.
Yang sebenarnya Tengku Farid kasihan melihat
papa yang terkenen-kenen dimeja Nur Hidayah.Runtuh ego papanya bila setiap pagi
tertebeng merayu sigadis yang seperti tidak sudi kepadanya.Nanti waktu makan
tengahhari sekali lagi papanya kemeja Nur Hidayah.Tetapi setiap kalinya papanya
akanpergi dengan wajah yang hampa. Susah juga mahu mengajak Nur Hidayah keluar
makan rupanya.Kelihatanya dia gadis naïf dan polos tetapi rupanya dia sorang
gadis yang berpendirian tegas.Setelah papanya keluar dari biliknya, Nur Hidayah dipanggil pula masuk kebiliknya.
“Duduklah
Hidayah..I nak minta tolong yousikit ni”.
“Tolong
apa boss..”
“Duduklah
dulu.”Apabila Nur Hidayah duduk, terus
sahaja Tengku Farid menyampaikan permintaanya.
“Hidayah!Emmm
Berat rasanya saya nak minta tolong awak ni”.
“Cakap
sajalah lah bos”.
“Pertolongan
ni bukan pasal kerja Hidayah..pasal peribadi boleh ke?”
“Boleh
saja..bos nak minta tolong saya jagakan anak ke?”
“Hissy
tak adalah..isteri saya sorang pun rasa macam tak cukup dua anak yang dia jaga
Hidayah..Tak tahulah isteri saya Nur Jannah tu penyayang sangat orangnya.
Hidayah! Sebenarnya saya nak minta tolong awak terima ajakkan papa saya hari
ni. Boleh ye”.
“Saya…saya..”Bila
Nampak keberatan untuk menerima pelawaan papanya. Tengku Farid.
“Tolonglah
Hidayah..kesian dia tak makan dari pagi tadi lagi”.
“Apa
pasal tak makan pula, bibi mogok ke?”Ketawa Tengku Farid mendengar kata-kata PA
nya, kadang-kadang Nur Hidayah ni lucu juga orangnya.
“Awak
niii, tak adalah bibik mogok. Pagi tadi dia kata terlambat bangun, sebab nak
pergi kerja cepat, dia tak sempat makan kat rumah, ingatkan dapat makan
dengan awak”.
“Apalah
papa bos ni..kerja dengan daddy sendiri pun kalut nak pergi kerja, kalau pergi
pukul sepuluh pun Dato’ takkan marah”.
“Hidayah,
yang sebenarnya papa saya baru nak berubah. Mungkin perubahan dia ada
kenamengena dengan awak Hidayah.Selama ni papa tak pernah nak buat kerja kat hotel ni. Jenguk pun bila
dipaksa oleh nenek dan atuk saya.Tapi sejak dia kenal awak rajin pula dia
datang office buat kerja.Mungkin awak yang menyebabkan dia rajin datang kerja.”
“Apa
pulak saya yang jadi pemangkin papa bos datang kerja. Saya tak buat apa pun
dengan papa bos tu. Nak kata saya sekarang lebih bergaya nak ambil perhatian
papa bos pun tak ada kan.Tenguk baju yang saya pakai sama saja dari saya mula
masuk kerja sampai sekarang ni haa”.
“Memang betul awak tak berubah apa pun, tapi
adalah keistimewaan yang dipandangnya pada awak, yang menjadikan dia bersemagat
datang kerja. Tapi saya takut kalau awak sentiasa menolak pelawaannya, dia jadi
putus asa dan tak datang kerja lagi. Yang sebetulnya susah nak suruh papa buat
kerja untuk hotel ni. lebih suka kerja
lain dari menguruskan perniagaan keluarga ni. Awak tahu hari ni dia berkejar datang,
sebab nak minum pagi dengan awak, tapi hampa pula bila awak tak mahu. Jadi
tengahhari nanti awak pergilah makan dengan dia. Tolong ye..kesiankn lah papa
saya Hidayah..boleh ye”. Bersungguh-sungguh Tengku Farid memujuk Nur Hidayah
untuk papanya, bila dia mendengar cerita dari datuknya(Tengku Faizal)sejak
Tengku Faris kepejabat dan menolong serba sedikit kerja-kerja dipejabat, papanya
sudah tidak keluar berhibur dikelab malam lagi.
“Atuk
bersyukur sangat Farid..sejak papa kamu kenal Hidayah dia dah tak keluar malam
lagi. Ni dah sebulan dia tak kekelab malam dan tak mabuk lagi..istimewa sungguh
Hidayah tu Farid”.
“Alhamdulillah
tuk..harapnya tak lama lagi papa solatlah ye tuk”.
“In
Syaa Allah..tapi kita mesti bantu dia Farid”.”. Kata-kata datuknya berdengung
ditepi telinga menyebabkan Tengku Faris berusha memujuk Nur Hidayah menerima
pelawaan papanya. Dia juga mahu papanya berubah..berubah menjadi yang kebih
baik. Setiap kali solat tidak lupa Farid mendoakan papanya menjadi seorang muslim yang sejati. Bersolat lima waktu,
menjalani ibadah puasa dan menunaikan zakat.
Takperlah mula2 Tg Faris berubah kerana Hidayah... Lama2 nanti, dia berubah kerana Allah swt pula selepas mendpt "hidayah" drp Nya...
ReplyDeleteTengku Farid anak yang baik rupanya...
ReplyDelete