~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 1 February 2015

Nur Hidayah 14




Sudah sebulan Tengku Fairs bekerja membantu daddy dan anaknya menguruskan perniagaan hotel mereka dan boleh katakan  setiap hari  dia  menanti saat Nur Hidayah tidak berpuasa.Namun rasanya bagai menanti buah yang tak gugur.Hatinya sangat kecewa. Lama dia berfikir mahu tahu bila hari Hidayah tidak berpuasa. Tiba-tiba dia terfikir mahu bertanya kepada teman sekerja Nur Hidayah.Lalu dipanggilnya Nur Fatihah masuk kebiliknya.

“You boleh tolong I tak”.

“Tolong apa Tengku..kalau bab akaun ni Nur Hidayah lebih tahu dari saya”.

“Tidak bukan soal kerja yang I minta tolong..I hanya nak tahu bila masanya Nur Hidayah puasa.Dia tu memang setiap hari puasa ke?”

“Kalau dia tak uzur memang dia puasa Tengku”.

“Jadi bila dia  uzur??”

“Kalau Tengku nak tahu bila..Tengku datang dalam pukul 10.15 minit.. dia masih dimejanya buat kerja ertinya dia uzur.”

“Kalau dia tak ada kat meja masa 10.15 pagi tu dia pergi mana?”

“Dia ke Surau buat solat sunat DUHA. Tapi waktu makan tenghhari dia akan tetap kesurau sebab dia akan tidur sekejap waktu lunch tu.”.

“Oh..kenapa pula dia tidur, dia ada keluar malam ke?”

“Tak tahulah..agaknya dia ada buat solat malam agaknya. Itu yang mengantuk tu.”

“Ohh.” hanya itu yang keluar dari bibir Tengku Faris..tetapi yang sebenarnya dia tidak faham apa  yang diperkatakan oleh rakan sekerja Nur Hidayah. Hendak bertanya lebih banyak ada rasa malu pula. Sebab dia sudah merasakan dirinya tua, tetapi erti solat Duha juga dia tidak tahu, solat malam juga dia tidak tahu. Sedang kan solat lima waktu pun dia sudah lama terlupa untuk melakukanya. Berkenaan solat satu apa pun dia tidak tahu.Tiba rasa MALU menerpa hatinya.

“Fatihah! Tolong I boleh..tolong bagi tahu I bila Hidayah tak puasa ye. I memang nak ajak dia makan, nanti I akan tapaukan you, apa sahaja yang you nak, kalau dia   kelaur makan dengan I. Boleh..”.

“Boleh tu boleh lah Tengku tapi janagn buat jahat dengan dia. Hidayah gadis baik. Kalau Tengku buat jahat dengan dia Allah akan balas Tengku.”

“Mana I nak buat jahat dengan dia. I hanya nak ajak dia keluar makan sahaja. Percayalah cakap I. Lagi pun kalau saya nak buat jahat nanti busuk Hotel daddy I ni, kan tak elok.I dah tua Fatihah, I tahu baik buruknya kalau buat jahat dengan pekerja I sendiri”. Janji Tengku Faris meyakinkan Nur Fatihah. Lagi pun dari segi air muka Tengku Faris bukannya orang ganas atau garang orangnya.

Lama menunggu akhirnya datang juga peluang. Semalam Nur Fatihah memberi tahu, dalam dua tiga hari itu Nur Hidayah tidak berpuasa.  Keesokkan harinya dengan wajah marah dia menghampiri kemeja Nur Hidayah…


“Hidayah!! You memang tak sudi nak temankan I minum ye..You nampak I ni tua sangat ke sampai you rasa  tak sesuai kalau I berjalan dengan you”. Akhirnya itulah ayat yang keluar dari bibirnya kerana dia sudah tidak tahan menahan hati yang kecewa. Menanti Nur Hidayah mengatakan dia boleh makan kerana dia tidak berpuasa, seperti yang dimintanya tempuh hari..

“Bukan macam tu Tengku….” Terkejut Nur Hidayah bila dijerkah sebengitu. Sebenarnya dia malu dijerkah begitu, malu didengari oleh staff yang lain. Tentulah pekerja lain yang berdekatannya mendengar dia dimarahi  oleh papa kepada bos mereka. Ada lima orang staff  dibahagian pengurusan  yang membantu Tengku Farid cucu kepada pemilik Hotel mereka. Kemudian mereka dibahagikan untuk menguruskan di 4 bahagian pula.. Terdapat lima orang penyambut tetamu setiap syif akan ditugaskan dengan dua orang. Bahagian yang paling ramai pekerjanya adalah di bahagian peyelengaraan dan dapur.

Memang benar suara Tengku Faris bergema memnuhi ruang kerja mereka. Dia bersyukur hanya seorang kawan nya sahaja yang belum keluar minum..saff lain kesemuanya sudah turun minum kerana ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1020  pagi waktu rehat pekerja pejabat.Tentu sahaja dia mendengar apa yang diperkatakan oleh Tengku Faris

“Haa kalau bukan macam tu..temankan I lunch nanti, I ada benda nak tanya…” Garang sahaja suara Tengku Faris

“Tapiii…”

“Tak ada tapi..tapi..ini arahan..bukan jauh hanya kat kafe kita ni sahaja. Ingat lunch nanti turun, you tau tak  I tak makan dari pagi tadi lagi”. Tetapi seperti biasa dia hampa.Memang benar setelah Tengku Faris beredar dari mejanya terjengul kepala sahabatnya Nur Fatihah disebelah,yang belum keluar rehat lagi. Dengan senyuman gatalnya..

“Apa lah kau ni Dayah papa bos ajak makan minum tak pernah nya kau nak ikut. Sesekali ikutlah, kesian dia dah sebulan dia ajak kau tak pernah nya kau ikut.Jatuh tau air muka dia kalau kau selalu menolak. Nanti disuruhnya dato’ berhentikan kau kerja  kan susah. Sekarang ni kerja susah nak dapat”.

“Macam mana aku nak ikut, aku puasa”.

“Bukan aku tak tahu sejak semalam kau ABC kan ( Allah bagi kau cuti), betul tak..apa kau tipu kau puasa pulak..pergilah.. kesian dia macam terhegeh-hegeh pada yang tak sudi saja.”.

“Ehh kau tak kesian aku ke, aku ni lagi lah kesian, kalau aku terima ajakkan dia nanti ada pula orang cakap ..aku nak tanggkap ‘JERUNG’. Mulut orang ni bukan boleh ditutup. Sebelum timbul fitnah baik kita elak Tehah”

“Apa pula kau yang tangkap jerung, bukan dia ke yang nak memikat burung merpati”.

Kerana takut ajakkan tidak diterima, Tengku Faris kebilik anaknya meminta bantuan. Setelah dia duduk dihadapan anaknya.

“Farid boleh tolong papa tak”.

“Tolong apa pa”.

“Papa nak ajak Hidayah temankan papa makan. Ni dari pagi tadi papa tak makan, hanya makan malam tadi sahaja.Tapi dia tu asyik menolak sahaja..ada sahaja alasanya..puasa memanjang.Harini tolong arahkan dia teman kan papa.”

“Papa ni lain macam sahaja dengan Hidayah tu..ada apa-apa ke pa”.

“Entahlah Farid, hati papa ni dah rasa suka dengan dia.Farid rasa sesuai tak papa dengan dia. Papa rasa nak seriuslah dengan dia”.

“Apa yang menyebabkan papa rasa tak sesuai tu, nak kata dia tak nak dimadu papa single sekarangatausebab usia ke?Tapipapa tak nampak tua sangat.Nampak macam usia  empat puluhan sahaja”.

“Hssy Farid ni jangan puji lebih-lebih, nanti perasan pula papa ni. Farid yang sebenarnya papa sedar papa dah tua, itu sebabnya papa nak cari pasangan yang boleh hidup sama-sama dengan papa. Kali ni kalau papa kahwin, papa nak sampai ke hujung nyawa papa. Dan hanya dia seorang wanita dalam hidup papa”.

“Kalau macam tu papa kena tanya dia, kalau dia tak kisah jalan saja lah”.

“Pada pandangan mata Farid dia tu memang masih single ke..pernah tak Nampak dia keluar makan dengan lelaki atau ada tak lelaki call dia”.Entah mengapa Tengku Faris merasa sangat tertarik dengan Nur Hidayah makin dia menolak ajakkannya makin hatinya ingin mendekati.

“Farid tak pernah ternampak pula.Tapi dia tu tak pernah keluar makan. Kalau dia keluar dari tempat kerjanya tu..biasanya dia pergi surau ataupun waktu balik sahaja. Kalaukita tanya pasal makan pula dia kata dia puasa. Papa nak tahu Halim dulu pun minat dengan dia. Tapi dia tak pernah nak terima ajakkan Halim..lama-lama Halim give up. Diani memang tak berminat nak berkawan dengan lelaki pa. Tapi kalau papa sungguh-sungguh papa tanyalah dia..”. Memang benar bukan sahaja papanya yang mencuba, Halim sahabat baiknya dulu juga pun pernah mencuba, namun akhir nya dia menarik diri bila tidak pernah bersambut ajakkanya.Terkenang lagi aduan  Halim kepadanya suatu waktu dulu.

“Farid aku suka lah dengan pembantu aku tu Farid.Aku tenguk baik budaknya. ”.

“Kalau dah suka cubakau masuk..pratikkanlah ilmu kasanova kau tu..mesti cair punyalah..Hero Malaya mana tak cair anak dara yang diusha oleh hero Malaya”.

“banyaklah kau hero Malaya, dah sebulan aku cuba..setakat cakap pasal kerja memang rancak..ajak keluar sahaja terus terkatup mulut dia”.

“Kau ni baru ajak sekali dah putus asa.Cubalah lagi.Tunjukkan pada dia yang kau berminat dengan dia”.

“Dia ni bukan macam perempuan biasa Farid, tunjuk kita hansom sikit dah tak berkelip mata pandang kita. Aku pakai baju branded di pujinya pun tidak aku ni. Aku sikat rambut pacak dia pun tak heran.Dia ni tak pernah nak nampak aku buat kelainan semuanya tu untuk dia pandang aku. Aku rasa dia ni buta..tak sensitive pada orang keliling..agaknya dia memang budak kampong. Nak kata muda tak lah muda sangat, ikut dalam resume dia hari tu, dah dekat 26 tahun umur dia”.

“Cubalah kau ajak makan ke, minum ke”.

“Kalau ajak makan memang tak akan dapat lah Farid, hari-hari dia puasa.Bukan puasa Isnin dan Kahmis lagi dah. Hari-hari Farid..setahu aku puasa nabi Dauh pun berselang hari kan.Kau tahu Farid sejak bulan lepas lagi aku cuba, tapi tak pernahnya dia nak ikut.. tak pernah dia tak puasa. Aku rasa memang dia tak minat dengan aku lah”.

“Kalau macam tu cubalah ajak keluar makan malam”.

 “Entahlah Farid, aku ni sejak aku dah jadi baik ni, aku tak pernah lagi ajak anak dara orang keluar malam. Rasanya puasa tu memang alasan dia tak nak keluar dengan aku kot.”.

“Kalau dia dah tak sudi..jangan kau nak terhegeh-hegeh pula, nanti orang kata hidung tak mancung, pipi jangan nak tersorong-sorong. Cari sahaja yang lain.”.

“Hidung aku tak mancung ke Farid..Bukan ke hidung aku ni macam hidung Shah Rukh Khan”.

“Banyaklah kau punya Shah Rukh Khan..kulit Rukh Khan adalah. Aku kalau ada adik perempuan memang aku kenekan kat kau tau Lim.Tapi ialah pada aku kalau dia tak mahu jangan dipaksa, nanti lain jadinya. Putus cinta separuh jalan ni sakit Lim..baik tak payah merasa”.

“Tapi sayang juga..susah nak dapat klon-klon Nur Jannah kau tu..aku ni kalau dapat sikit-sikit macam bini kau pun jadi lah. Yang aku suka peribadi dia bukan kerana kecantikkan dia. Bertudung rapat, tak bermake-up, sopan dan tak tergedik-gedik.”.Hingga keakhir Halim tidak dapat menakluki hati dan cinta Nur Hidayah dan kini Halim sudah pun mendirikan rumah tangga dengan gadis se negeri denganya. Ingatan Tengku Farid terhadap sahabatnya yang sudah pun berpindah Ke Penang terhenti, bila papanya menyambung kata.

“Itulah yang papa nak tanya,tapi dia tu kalau diajak keluar asyik menolak sahaja, takkan papa nak Tanya kat office  kat meja dia tu, baru haru satu office dengar.Kalau dia tolak papa, tak ke malu papa nanti.Farid tolong ye buat dia boleh temankan papa makan. Papa yang sebenarnya dah lapar sangat ni”. Mendengar papa nya yang bersungguh Tengku Farid menurut kehendak papanya.

Yang sebenarnya Tengku Farid kasihan melihat papa yang terkenen-kenen dimeja Nur Hidayah.Runtuh ego papanya bila setiap pagi tertebeng merayu sigadis yang seperti tidak sudi kepadanya.Nanti waktu makan tengahhari sekali lagi papanya kemeja Nur Hidayah.Tetapi setiap kalinya papanya akanpergi dengan wajah yang hampa. Susah juga mahu mengajak Nur Hidayah keluar makan rupanya.Kelihatanya dia gadis naïf dan polos tetapi rupanya dia sorang gadis yang berpendirian tegas.Setelah papanya keluar dari biliknya,  Nur Hidayah dipanggil pula masuk kebiliknya.

“Duduklah Hidayah..I nak minta tolong yousikit ni”.

“Tolong apa boss..”

“Duduklah dulu.”Apabila Nur Hidayah duduk,  terus sahaja Tengku Farid menyampaikan permintaanya.

“Hidayah!Emmm Berat rasanya saya nak minta tolong awak ni”.

“Cakap sajalah lah bos”.

“Pertolongan ni bukan pasal kerja Hidayah..pasal peribadi boleh ke?”

“Boleh saja..bos nak minta tolong saya jagakan anak ke?”

“Hissy tak adalah..isteri saya sorang pun rasa macam tak cukup dua anak yang dia jaga Hidayah..Tak tahulah isteri saya Nur Jannah tu penyayang sangat orangnya. Hidayah! Sebenarnya saya nak minta tolong awak terima ajakkan papa saya hari ni. Boleh ye”.

“Saya…saya..”Bila Nampak keberatan untuk menerima pelawaan papanya. Tengku Farid.

“Tolonglah Hidayah..kesian dia tak makan dari pagi tadi lagi”.

“Apa pasal tak makan pula, bibi mogok ke?”Ketawa Tengku Farid mendengar kata-kata PA nya, kadang-kadang Nur Hidayah ni lucu juga orangnya.

“Awak niii, tak adalah bibik mogok. Pagi tadi dia kata terlambat bangun, sebab nak pergi kerja cepat, dia tak sempat makan kat rumah, ingatkan dapat makan dengan  awak”.

“Apalah papa bos ni..kerja dengan daddy sendiri pun kalut nak pergi kerja, kalau pergi pukul sepuluh pun Dato’ takkan marah”.

“Hidayah, yang sebenarnya papa saya baru nak berubah. Mungkin perubahan dia ada kenamengena dengan awak Hidayah.Selama ni papa tak pernah  nak buat kerja kat hotel ni. Jenguk pun bila dipaksa oleh nenek dan atuk saya.Tapi sejak dia kenal awak rajin pula dia datang office buat kerja.Mungkin awak yang menyebabkan dia rajin datang kerja.”

“Apa pulak saya yang jadi pemangkin papa bos datang kerja. Saya tak buat apa pun dengan papa bos tu. Nak kata saya sekarang lebih bergaya nak ambil perhatian papa bos pun tak ada kan.Tenguk baju yang saya pakai sama saja dari saya mula masuk kerja sampai sekarang ni haa”.

 “Memang betul awak tak berubah apa pun, tapi adalah keistimewaan yang dipandangnya pada awak, yang menjadikan dia bersemagat datang kerja. Tapi saya takut kalau awak sentiasa menolak pelawaannya, dia jadi putus asa dan tak datang kerja lagi. Yang sebetulnya susah nak suruh papa buat kerja untuk hotel ni.  lebih suka kerja lain dari menguruskan perniagaan keluarga ni. Awak tahu hari ni dia berkejar datang, sebab nak minum pagi dengan awak, tapi hampa pula bila awak tak mahu. Jadi tengahhari nanti awak pergilah makan dengan dia. Tolong ye..kesiankn lah papa saya Hidayah..boleh ye”. Bersungguh-sungguh Tengku Farid memujuk Nur Hidayah untuk papanya, bila dia mendengar cerita dari datuknya(Tengku Faizal)sejak Tengku Faris kepejabat dan menolong serba sedikit kerja-kerja dipejabat, papanya sudah tidak keluar berhibur dikelab malam lagi.

“Atuk bersyukur sangat Farid..sejak papa kamu kenal Hidayah dia dah tak keluar malam lagi. Ni dah sebulan dia tak kekelab malam dan tak mabuk lagi..istimewa sungguh Hidayah tu Farid”.

“Alhamdulillah tuk..harapnya tak lama lagi papa solatlah ye tuk”.

“In Syaa Allah..tapi kita mesti bantu dia Farid”.”. Kata-kata datuknya berdengung ditepi telinga menyebabkan Tengku Faris berusha memujuk Nur Hidayah menerima pelawaan papanya. Dia juga mahu papanya berubah..berubah menjadi yang kebih baik. Setiap kali solat tidak lupa Farid mendoakan papanya menjadi seorang  muslim yang sejati. Bersolat lima waktu, menjalani ibadah puasa dan menunaikan zakat.





2 comments:

  1. Takperlah mula2 Tg Faris berubah kerana Hidayah... Lama2 nanti, dia berubah kerana Allah swt pula selepas mendpt "hidayah" drp Nya...

    ReplyDelete
  2. Tengku Farid anak yang baik rupanya...

    ReplyDelete