Potong ara potong kelapa,
Potong mari belakang mati,
Mabuk arak tidak mengapa,
Mabukkan janda merosak diri.
Perkhawinan Tengku Farid dan Nur Jannah telah mencapai usia tujuh tahun
lebih. Kini kehidupan Tengku Farid sudah jauh berbeza dengan kehidupanya suatu
ketika dulu. Dia tidak pernah lagi keluar malam bersuka ria bersama kawan-kawan.
Tetapi jadual hidupnya seharian penuh terisi. Dia tidak pernah rasa bosan malah
rasa lebih bermakna. Kenalannya bertambah ramai sejak dia dan datuk Ibrahimnya
menjadi ahli jawatankuasa surau yang
berhampiran dengan taman perumahan mereka. Tidak hanya dengan orang-orang muda
sahaja dia bergaul malah dengan orang-orang yang telah berusia, ini menjadikan
dirinya semakin matang. Jika ada kelapangan mereka sekeluarga akan sembahyag
berjemaah disurau. Terasa seronok solat jemaah beramai-ramai, biasanya selesai
solat akan diadakan pula ceramah ugama
untuk menambah pengetahuan agama. Datuk Ibrahim juga menggalakkan Tengku Farid
membawa anak-anaknya yang sudah besar sedikit sembahyang berjemaah disurau.
Kata datuk Ibrahim, mengajar anak-anak biar dari kecil jika sudah terbiasa, besar
nanti taklah malas atau malu untuk kesurau atau ke Masjid.
Kini rutin hidupnya di penuhi dengan anak-anak yang telah bertambah tiga
orang dan tidak lama lagi InsyaAllah seorang lagi. Dia dan isterinya Nur Jannah
bersetuju setelah mereka mempunyai enam orang anak Nur Jannah tidak perlu lagi mengandung
lagi.
“Jannah abang rasakan cukuplah anak kita enam orang, lepas Jannah bersalin
yang ni kita tumpukan masa nak besarkan anak-anak kita pulak. Kita bagi
pelajaran secukupnya, terutama pelajaran ugama.”
“Kenapa bang.. abang tak suka nampak Jannah gemuk ke?.”
“Bukan macam tu sayang..yang sebenarnya abang suka nampak Jannah macam ni,
nampak seksi tau, tapi abang kesian tenguk Jannah tiap-tiap tahun mengandung..ni
ha baru tujuh tahun lebih kita kahwin dah nak masuk lima orang Jannah lahirkan
anak untuk abang.. lagi pun abang kesian nampak Jannah letih melayan anak
dengan perut besar macam ni.. tahun depan Arief dan Aisyah kan dah sekolah darjah
satu, tentu nak tengukan pelajaran dia orang... takkan nak harap cikgu kat
sekolah saja.. jadi abang fikir Jannahlah yang kena tengukkan..abang ni dapat tenguk
sikit-sikit saja masa malam, itupun kalau abang tak letih. Sekarang ni abang
dah mula sibuk syarikat perlukan hidmat abang. Lagi pun abang teringin nak
pergi keMekkah”.
“Kalau macam tu abang pergilah..pergi buat Umrah dulu esok-esok barulah
pergi Haji..Jannah tunggu anak-anak dulu..nak tinggalkan mereka.. rasanya masih
kecil sangat..lagi pun kalau dalam setahun dua ni tentu yang dalam perut ni
masih menyusu lagi”.
“Kalau boleh abang nak pergi dengan Jannah..itulah sebabnya dah bersalin
yang ini kita tutup kedai..kita daftar dulu..lima tahun kemudian kita pergi
buat Haji sama-sama ok tak? Lagi pun sebelum kita keMekah abang nak belajar betul-betul dengan atuk...abang nak mempersiapkan diri,
..semoga kita dapat haji yang MABRUR”. Itulah impian Tengku Farid
sekarang...impian untuk melancong dan berseronok sudah lama dilupakan.
“Kalau dah abang
kata begitu Jannah ok saja.” itulah
perancangan Tengku Farid untuk anak-anaknya dan masa yang mendatang untuk mereka sekeluarga.
Di pagi hari cuti atau Sabtu dan Ahand pula, selalunya dia akan membantu datuk
Ibrahim dan nenek Zubaidahnya di luar rumah bercucuk tanam. Walau pun tidak
banyak tanaman yang di tanam, kerana hanya tanah di sekeliling rumah sahaja
tetapi boleh juga dia mengeluarkan peluh dengan kerja-kerja mencangkul dan
memotong rumput. Di tepi tepi pagar banglonya nenek menanam pegaga dan ulam raja, datuk pula
menanam pokok ubi kayu dan pokok pisang di belakang rumah. Dengan adanya
tanaman seperti itu sesekali dapat juga mereka makan sayur-sayur kampung kata
nenek ‘lepas juga rindunya pada
sayur-sayur kampung yang telah biasa dimakannya dulu’. Dan sesekali dapat juga mereka sekeluarga
makan lepat ubi atau lepat pisang. Kueh kegemaran NurJannah dan mamanya Tengku
Raihana.
Kini Tengku Farid sudah mula mengemari masakkan kampung terutama masak
lemak cili api daun pegaga bersama udang dan masak lemak pucuk ubi atau pucuk
ubi rebus dimakan bersama sambal tumis ikan bilis. Di hadapan rumah ada juga mereka menanam pokok-pokok bunga dan
pokok-pokok cili berselang seli untuk
menambah seri rumahnya. Sambil menemani anak-anak bermain dihadapan rumah Nur
Jannah bersama suaminya akan megembur-gembur tanah didalam pasu atau menabur
baja sebulan sekali. Jika rumput sudah panjang sebulan sekali pulaTengku Farid
membantu datuk Ibrahimnya memotong rumput menggunakan mesen rumput. Tengku Farid
tidak pernah pula megupah orang membersihkan sekeliling rumahnya. Ini atas
permintaan datuk Ibrahimnya, dia ingin mengerjakan semua itu untuk megeluarkan
peluh katanya. Tapi kata-kata datuk ada
kebenaranya, sesekali jika Tengku Farid membantu membuat kerja-kerja itu terasa
segar pula badannya. Jadi kini sudah menjadi kebiasaan Tengku Farid juga
melakukan kerja-kerja tersebut di waktu-waktu dia ada kelapangan. Itulah cara
mereka beriadah setiap hujung minggu, sambil mengeluarkan peluh dapat juga
meluangkan masa bersama satu keluarga.
Setiap malam pula selepas solat Magrib Tengku Farid belajar mengaji atau berzikir dengan datuk Ibrahim. Jika malam
itu hari Khamis malam Jumaat pula mereka
sekeluarga akan membaca surah Yassin dan lepas itu bertahlil pula. Kadang-kadang Tengku Khalidah dan keluarga
anaknya Tengku Raihana atau Tengku
Faizal suamiisteri datang menyertai mereka membaca surah Yassin dan bertahlil. Semakin
meriah kehiduapan Tengku Farid. Hari
Jumaat malamnya pula datuk menggalakkan mereka sembahyang sunat Taubat. Kata datuk solat sunat taubat afdal dilakukan
di antara waktu Magrib dan Isyak.
Empat orangnya anaknya yaitu Tengku Arief Danial,Tengku Nur Aisyah, Tengku
Ahmad Zaid dan Tengku Ahmad Zikri sudah besar. Sudah boleh di ajar mengenal
Alif,ba,ta, Tengku Farid mengajarnya sedikit demi sedikit, dia memasukkan ilmu
itu ke dada anak-anaknya. Didalam hati Tengku Farid berazam menanamkan ilmu
agama sebanyak yang mungkin kedalam diri anak-anaknya, supaya kehidupan mereka
kelak di atas landasan Islam. Dia takut membayangkan kehidupan lampaunya akan
di lalui oleh anak-anaknya pula...nauzubillah minzalik minta dijauhkan dari
segala kejahilan dan kesesatan dari semua anak-anaknya.. itulah doanya setiap kali lepas sembahyang.
Anaknya Arief dan Aisyah akan ke darjah satu tahun hadapan. Sekarang ini mereka masih disekolah tadika
berhampiran dengan taman perumahan mereka. Pergi dan balik mereka di hantar dan
di jemput oleh moyang mereka datuk Ibrahimnya, yang telah pun bergelar haji,
kerana tahun lepas mereka menunaikan fardhu haji bersama isterinya Puan
Zubaidah. Sebenarnya Tengku Farid sudah memiliki lima orang anak akan menjadi enam orang tidak lama lagi termasuk
Arief. Muhamad Arief Danial dan Nur Aisyah berusia enam tahun, Ahmad Zaid empat
tahun, Ahmad Zikri tiga tahun dan Ahmad Said setahun lebih. Kini Nur Jannah
mengandung lagi, kandungan yang sudah memasuki usia tujuh bulan. Jika mengikut
imbasan altrasound anak yang dalam
kadungan Nur Jannah menunjukkan anak lelaki juga. Dirancangkan akan di beri
nama dengan nama Ahmad Sukri pula, ini kerana dia suami isteri amat bersukur
mudah dikurniakan anak dan anak-anaknya juga sihat dan sempurna. Ada pasangan yang bertahun-tahun menanti
kehadiran zuriat mereka. Perniagaan datuknya juga telah di serahkan segala pengurusannya
kepada Tengku Farid, datuknya Tengku Faizal hanya datang sesekali dan jika
perlu sahaja.
Bukan sahaja Tengku Farid yang bahagia tetapi
sahabatnya Halim juga sudah bahangia dengan pasangannya. Sejak datuk Ibrahim menunjukkan petua untuk mendapatkan isteri
yang diingini, Halim megamalkan petua itu. Sejak itu juga dia tidak lagi keluar
malam atau melepak-lepak dengan kawan-kawan di kelab malam atau di pub seperti
selalu, ‘ungkapan datuk Ibrahim
dipengannya kuat... orang yang baik akan mendapat jodoh yang baik juga’
jadi dia berusha menjadi ornag yang baik untuk mendapat jodoh yang baik. Halim
mengamalkan juga solat sunat taubat setiap malam Jumaat jika ada kesempatan.Di
malam harinya pula dia menunaikan solat hajat dan istihkarah setahun kemudian
dia berjumpa seorang gadis di sebuah pasaraya ketika membeli belah menemani
sahabatnya Tengku Farid.
Hatinya terpikat pandang pertama.
Bila di selidiki gadis itu sama negeri dengannya ’orang Kedah’. Orangnya hitam manis pemakainnya sederhana, memakai
tudung walaupun tidak bertudung labuh seperti Nur Jannah, tetapi menutup aurat.
Dari keluarga yang sederhana,’orang
bendang’ seperti kedua ibubapanya juga. Mereka bertunang hanya setahun.
Kini Halim sudah pun berumah tangga tiga tahun lepas dengan gadis itu.
Isterinya bekerja sebagai seorang kakitangan kerajaan yang beroperasi di
Petaling Jaya, sudah pun mempunyai seorang anak perempuan dan kini isterinya
sedang mengandung lagi anak kedua InsyaAllah. Dari pandangan mata kasar Halim
bahagia dengan kehidupannya sekarang dan hubungannya dengan Tengku Farid
bertambah akrab. Halim sering bertandang kerumah sahabatnya itu untuk belajar
sedikit tentang ugama dari datuk Ibrahim, kadang-kadang dia datang seorang,
kadang-kadang dia bersama isteri dan anaknya.
================================
Kemunculan Diana dihadapan pagar rumahnya amat mengenjutkan Tengku Farid.
Dia tidak pernah lagi mengharapkan kehadiran Diana..apatah lagi setelah
hampir lima tahun dia tidak pernah menjenguk anaknya..........
Bagi NurJannah agar anak-anaknya mendapat tidur yang cukup selepas
solat Isyak mereka digalakkan masuk ke bilik
tidur mereka. Kecuali hari-hari Sabtu dan Ahad mereka dibenarkan menonton tv
hingga kepukul sepuluh malam. Nur Jannah
masih menepuk-nepuk punggung yang kecil sekali yang masih belum mahu tidur. Dia
merengek-rengek minta ditemani oleh ibunya di bilik kakak dan abang-abangnya. Sejak
kandungan Nur Jannah kian membesar anaknya yang kecil sekali ini asyik meragam
sahaja, mungkin minta di ambil perhatian. Nur Jannah menangani dengan sabar
kerenah anaknya itu. Kata nenek mungkin meragam nak beradik, kalau adik dia dah
lahir nanti InsyaAllah akan oklah tu.Tengku Farid yang baring telentang
sendirian di biliknya sambil menanti isterinya yang menidurkan anak-anak mereka
dibilik lain fikirannya merewang pada kejadian petang tadi..... Matanya
merenung siling bilik, fikiranya melayang mengenangkan kata-kata Diana petang
tadi. ’Ahh..Diana masih tidak berubah
peranginya’ detik hati Tengku Farid.
Petang tadi sedang dia mememani
anak-anaknya Arief dan Aisyah menyelesaikan kerja sekolah di ruang tamu, dia terdengar suara orang
perempuan memberi salam diluar rumah mereka diiringi dentingan locing pagarnya.
Tengku Farid bangun untuk membuka pintu
pagar. Terkejut Tengku Farid melihat Diana tercegat di pintu pagar rumahnya.
Dia memakai baju kurung berwarna merah jambu, rambutnya yang sudah hitam di
biarkan lepas memcecah bahu. Diana masih nampak cantik, badannya juga masih
langsing macam dulu. Dipandangan mata Tengku Farid Diana bertambah ayu dan
sopan bila berbaju kurung. Kalau dulu
nak tenguk dia berbaju longgar pun susah, fesyen bajunya semestinya seksi,ketat
dan terdedah, walaupun untuk kepejabat.
“Masuklah
Diana..apa mimpi you datang ni.” sambil membuka pintu pagar Tengku Farid
mempersilakan bekas isterinya masuk kerumahnya. Bila sampai di ruang tamu, dua
orang anaknya memandang kearah mereka.
“Ini Arief ke?” Diana
mendekati anak lelakinya yang ada di ruang tamu. Sudah hampir lima tahun di tidak berjumpa anaknya. Sebelum dia berkhawin
dengan Johan ada sekali dia bertemu, (Johan anak auntie Maria yang diceritakan
oleh mommynya dulu) ketika itu anaknya sudah pandai berdiri. Umur anaknya
ketika itu hampir satu tahun. Diana terkenang, dan kini baru dia datang lagi
menjenguk anaknya.
“Ya ini Arief...Arief
salam mama…ini mama Arief, mama yang melahirkan Arief” terang Tengku Farid
kepada anaknya Arief, sambil tangannya menolak supaya Arief menghampiri Diana.
“Dah besar anak
kita Farid wajahnya tak berubah ye..tapi banyak mewarisi wajah you Farid..dulu
last sekali I datang dia baru pandai berdiri dan jalan sikit-sikit.”
“Emm..Aisyah
..salam auntie..lepas tu masuk bilik moyang ya. Dengar moyang tengah cerita
dengan Zaid dan Zikri tu.” anak nya menggaguk-aggnguk mematuhi perintah
ayahnya. Ketika kakak dan abangnya hendak menghabiskan kerja-kerja sekolah
tadikanya tadi, monyangnya datuk Ibrahim memanggil cicit-cicitnya yang masih
kecil kebiliknya untuk mendengar dia bercerita katanya, tujuannya supaya tidak
menggangu abang dan kakak mereka menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh
cikgu mereka.
“Baik ayah.” selepas
bersalaman dan mencium tangan Diana, Aisyah berlari menuju bilik moyangnya, ingin
diikuti oleh Arief tetapi di halang oleh ayahnya.
“Arief tunggu
sini dulu mama nak berbual dengan Arief.” dengan muka memuncung Arief tidak
jadi mengikuti adiknya Aisyah. Aisyah
dan Arief memang seperti kembar.. sudahlah wajah mereka seiras, ke mana sahaja
mereka akan bersama mereka tidak pernah berenggang. Diana menarik anaknya duduk
di sisinya.
“You kat mana sekarang
ni Diana.” Tengku Farid bertanya bekas isterinya setelah lama mereka membisu.
“Setahun.. lepas
kita bercerai I dapat tawaran jadi model di Los Angeles, kebetulan Johan pun kerja kat sana, kami kahwin
dan I pun pindah ke sana, dekat lima tahun jugalah I duduk sana. Tapi sekarang kami
dah
balik Malaysia, dah kerja kat sini pun. Sebabnya emak dia tinggal seorang
setelah ayah dia meninggal dua tahun lalu. Diakan anak tunggal jadi kenalah dia
jaga emaknya. Emaknya pula tak mahu duduk LA tak tahan sejuk katanya. Ah..
alasan dia saja, jadi kenalah I berhenti
kerja kat sana. Tapi I dah kerja balik kat syarikat lama yang I kerja dulu...
dah tiga bulan I kerja semula disitu”.
“Dah berapa anak
you?” Diana memandang Tengku Farid dengan wajah sedehnya... dia tidak mejawab
apa yang di soal oleh bekas suaminya, tapi dia pula yang menyoal bekas suaminya.
Diana ni kalau bab berlakon nombor satu..lagi-lagi bab memancing simpati....
“Farid you memang
dah tak rindu I kan, you tak pernah nak telefon tanya khabar I ni.”
“Diana untuk apa
I nak rindukan you, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi, you pun dah kahwin,
tentu suami you tak suka kalau I asyik kacau you, lagi pun you bukan ada kat
sini selama ni”.
“I dah setahun
pindah sini Farid, you tahu I tak pernah tukar nombor tetefon I ni, I tak
pernah lupakan you, cinta I pada you masih ada.” Tengku Farid sudah tidak sedap
hati mendengar kata-kata Diana.
“Arief pergi
masuk bilik monyang, ayah nak cerita sikit dengan mama Arief ni.” Ariff bangun
memandang Diana, lalu pergi meninggalkan mereka.
“Kenapa you suruh
anak kita pergi.. biarlah dia dengar apa yang kita cakapkan.”
“Tak elok diakan
masih kecil lagi, tak elok mendengar cerita orang tua-tua”.
“You terasa tua
ke Farid, tapi I tak pernah terasa tua”.
“Itu you.. tapi
tidak I, I memang terasa dah tua dan dah
tak patut bermain cinta lagi, yang patut I lasanakan sekarang ni adalah
tangungjawab”. Bila mendengar kata-kata Tengku Farid terus sahaja Diana menyampaikan apa yang telah
dirancang didalam minda...
“Farid I sekarang
dalam proses hendak bercerai dengan Johan. I harap lepas I bercerai nanti
bolehlah kita nikah, lagi pun I dah berubah sekarang you tengoklah ni, sekarang
ni pun I pergi kerja dah pakai baju kurung, kalau you suruh I pakai tudung pun
I akan cuba memakainya”.
“Diana ..kenapa
you tunggu I suruh you pakai tudung, baru you nak pakai, pakailah kerana
kewajipan kita. You perempuan wajib memakainya untuk menutup aurat you, sebab
setiap wanita wajib menutup auratnya untuk megelakkan perkara-perkara tak elok
terjadi pada dirinya, jangan kerana I you pakai tudung itu tak ikhlas namanya”.
“Ialah.. bukanlah
pasal you suruh I pakai baru I nak pakai tapi kalau you suruh adalah galakkan
dari you, jadi bersemangatlah sikit I nak pakai.” Diana menjelaskan pendiriannya.
Diana ni bab memutar belit kata-kata memang pandai.
“Lagi satu I dah
cakap dengan you dulu lagi…. I tak mampu nak beristeri dua dari segi mental
mahu pun fizikal.... Diana kenapa you nak berbalik dengan I, kalau I terima you
semula, sanggup ke you terima anak-anak I dengan Jannah seperti Jannah terima
anak you. Kerana I mahu di mana I duduk di situlah anak-anak I duduk, I tak
mahu berpisah-pisah dengan anak-anak I”.
“Kalau setakat Aisyah
seorang I tak kisah, dia pun dah besar dah pandai uruskan hal dia sendiri, dan
kalau pasal isteri dua, I pun tak mahu kongsi suami dengan siapa-siapa pun, pada
I dah lama I berkorban untuk Jannah… sekarang berilah peluang I memiliki you
seorang.” dengan ceria dan penuh yakin Diana menjawab soalan bekas suaminya apabila
mendengar perkataan dari bekas suaminya ‘kalau I terima you semula‘ seakan bekas suaminya mahu menerima
dirinya.
“Nanti dulu.. apa
maksud you, yang you tak nak kongsi I dengan Jannah, you nak I... Tengku Farid
tidak meneruskan kata-katanya..sebenarnya dia takut untuk mengucapkanya perkataan
‘puaka’ itu apatah lagi untuk ditujukan kepada
isterinya NurJannah. Kemudian dia menyambung lagi..
“...dan apa
pengorbanan you pada Jannah, you yang minta
‘bebas’ dari I dulu, kemudian kahwin lain. Itu ke yang
dinamakan pengorbanan untuk Jannah, dan sekarang ni you nak korbankan Johan pula
sebagai ‘cina buta’ dan lepas tu
kahwin dengan I..Diana..Diana... I tak sangka ada juga orang macam you ni ye.”
kemudian Tengku Farid tersenyum sinis..benci hatinya dengan perangai Diana.
Diana seolah-olah memperbodohkan dirinya.
“Ialah..kalau tak
macam tu macam mana dapat kita rujuk semula.” dengan ceria dia menjawab kerana
bekas suaminya tahu apa yang dihajatinya.
Dia tidak tahu
dengan jawapanya tadi, Tengku Farid
sudah menolaknya bulat-bulat.
Tiba-tiba Zaid berlari dari bilik moyangnya sambil terjerit-jerit.
“Ayah..ayah”…tetapi
terhenti bila melihat ayahnya sedang berbual dengan tetamu yang tidak dikenali
olehnya.
“Zaid..sini sayang
dekat ayah.” Tengku Farid melambai kepada anaknya Tengku Ahmad Zaid anaknya
yang nombor tiga, Zaid menghampiri
ayahnya dengan takut-takut, matanya memandang Diana.
“Ini anak I juga
umurnya empat tahun salam auntie sayang. ”
“Comel anak you
ni Farid tapi wajahnya tak macam
you...mungkin macam Jannah ye.”
“Emm...” hanya itu
jawapan Tengku Farid... tidak lama lepas itu terkedek- kedek seorang lagi anak
Tengku Farid yang berumur dua tahun lebih, dia berlari mengikuti abangnya yang
keluar dari bilik moyangnya kerana ingin menyampaikan sesuatu cerita kepada
ayahnya. Dia terhenti dimuka pintu dapur bila melihat ayah mereka bersama
tetamu yang tidak dikenali, lalu Tengku Farid bersuara.
“Zikri..sini
sayang salam auntie.. ini anak I juga umurnya nak masuk tiga tahun, dia berdua
ni rapat sikit abang dia baru masuk setahun tiga bulan dia ni dah keluar, jadi
dia berdua ni memang rapat kemana sahaja mereka akan berdua. Haa..yang ni masih kena tenguk-tengukan lagi bila dia buang
air besar, takut dia basuh tak bersih kalau basuh sendiri.” sengaja Tengku Farid
berkata begitu. Dia terbayang peristriwa enam tahun dulu bila Arief buang air
besar, Diana terus pulang bila di suruh dia menukarkan lampin untuk anaknya.
“Dah salam auntie
kemudian masuk bilik moyang lagi ye..ayah nak cakap sikit dengan auntie ni.”
Tengku Farid mengarahkan anaknya masuk lagi...supaya tidak menggangu tetamu
diruang tamu.
Ketika itu Tengku Farid mendengar suara Jannah
berbicara dengan anaknya yang kecil sekali..
“ Adik nak apa
niii...kita turun bawah ye....jom tenguk abang dengan kakak tengah buat apa...”
“Nanak..nanak ..nak
okong..” kedenganran suara kanak-kanak yang pelat berselang seli dengan suara NurJannah..
“Ayah dukung
ye..ayah kuat adik dukung.. dengan ayah ye.” Mendengar suara isteri dan anaknya
cepat-cepat Tengku Farid mendapatkan mereka.
“Ehh.. kenapa
Jannah dukung Said ni, dia nikan montel, perut Jannah dah besar”.
“Entah apalah
yang dia nak bang, itu tak kena ini tak kena, apa yang dia nakpun Jannah tak
tahu, Jannah rasa letih pulak hari ni…adik ikut ayah ye… ayah dukung….ayah kuat
..ayah dudung adik ye..” Nur Jannah memujuk anaknya yang tidak mahu lepas dari
dukunganya semakin kemas pula dia memeluk leher ibunya...
“Mari..sini ayah
dukung pulak..” Tengku Faid mengambil juga anaknya yang didukung oleh isterinya
walaupun anaknya merangkul kuat leher ibunya...
“Sayaaang ayah
meh ayah dukung..kesian ibu..meh ayah dukung adik ye. “Akhirnya terlepas juga
rangkulan tangan anaknya dari leher
ibunya.
“Jannah jom turun... tapi turun tu elok-elok tenguk bawah ..meh kedepan kejap.”
Tengku Farid mengambil anaknya dari dukungan isterinya sambil sambil turun
menyaingi isterinya sampai dibawah dicapai tangan isterinya supaya mengikutinya
keruang tamu.
“Ehh.. Diana bila
sampai.” Nur Jannah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Diana. Diana
memandang perut Nur Jannah yang sudah besar dan memandang bekas suaminya yang
sedang mendukung seorang lagi anak kecil.
“Tak lama sangat,
baru saja sampai.” Diana menjawab tapi matanya tidak lepas memandang perut Nur
Jannah yang sudah nampak memboyot.
“Duduklah dulu, I
buat kan air, teh o boleh.” sebetulnya air lebih suaminya minum tadi masih ada
di dalam thermos di atas meja. Nur
Jannah menuju ke dapur sebelum sempat Diana menjawab.
“Ini anak I juga
baru berumur setahun lebih kalau adiknya lahir kelak umurnya baru masuk satu
tahun enam bulan. Yang ini memang masih minta di basuhkan bila dia buang air
besar.” kata Tengku Farid sambil mencium pipi anaknya untuk menyembunyikan senyuman
yang penuh makna.
“Berapa orang
anak you Farid.” bernada marah pula Diana menyoal bekas suaminya dengan suara
yang agak tinggi dengan pandangan tajam
menikam wajah bekas suaminya.
“InsyaAllah nak
masuk enam oranglah campur Arief. Yang
sebetulnya I nak cari seorang lagi anak perempuan, biar Aisyah tu ada kawan. Tapi
bila ‘scan’ yang dalam kandungan Jannah
tu lelaki juga. Nampaknya Jannah kena mengadung lagilah tahun depan selepas bersalinkan yang ini nanti.”
selamba Tengku Farid menuturkan. Tujuan hatinya hanya untuk menakut-nakutkan Diana.
“Haa…you tak
kesian isteri you ke.. tiap-tiap tahun you paksa dia beranak.” ketika itu Nur Jannah
sampai ke ruang tamu untuk mengajak Diana minum. Dia terpinga-pinga dia mendegar
suara tinggi Diana.
“Atau pun you
Jannah… memang you nak ikat Farid supaya dia tak dapat lari dari you, you
beranaklah ramai-ramai, you kan memang tahu Farid ni sayang anak-anak dia, jadi
you beranak ramai-ramai.” Makin terpinga Nur Jannah yang tidak tahu hujung
pangkal memandang Diana yang bersuara tinggi seperti memarahi dirinya. Berkerut-kerut
dahinya kehairanan.Tengku Farid hanya tersenyum memandang Diana.
“I yang nak anak
ramai Diana... I rasa seronok setiap kali balik kerja di sambut dengan gelak
ketawa anak-anak I. Air dah siap Jannah,
jomlah kita minum Diana.” tenang sahaja
wajah Tengku Farid..dia bertanya isterinya untuk mematikan kata-kata Diana bila
dilihat Diana sudah mahu membuka mulut untuk berbicara lagi. Kesihan Tengku Farid melihat isterinya yang
masih terpinga-pinga dengan suara tinggi Diana tadi.
“Adik ..mari
dengan ibu pergi tempat oyang (datuk dan nenek Nur Jannah), ayah nak temankan
auntie minum dulu.” Nur Jannah menghulurkan tanganya untuk mengambil anak dari
dukungan suaminya.
“Tak apa..tak apa..
biar ayah hantarkan adik tempat oyang ya.
Diana minumlah I nak hantar anak I ni dulu...” mereka menuju ke bilik
datuk dan nenek Nur Jannah. Meninggalkan Diana minum seorang dimeja makan. Dia atas meja sudah
tersedia secawan air teh o panas dan sepiring popia basah. Nampak sungguh
menyelerakan. Tampa membuang masa Diana menyisip teh o panas dan makan popia
yang terhidang.
“Emm..sedap pulak
popia basah dia ni.” tak perasan Diana sudah menghabiskan tiga biji popia, bila
Tengku Farid muncul di hadapanya.
“Sedaplah popia
basah ni, you beli kat mana Farid”. Dengan mulut yang penuh Diana memuji
kesedapan popia yang dimakannya..
“Bukanya beli,
Jannah buat tadi masa I balik kerja. I ni sejak dia mengandung macam-macam rasa
nak makan. Masa kat offis tadi I teringin sangat nak makan popia basah, I minta
dia buatkan,..habiskanlah… I dah makan tadi, kalau tinggal pun tiada siapa nak
makan, pukul tujuh nanti kami dah nak
makan malam pula”.
“Iya ke.. I
habiskan ni, kebetulan I tak sempat lunch tadi.” Bohong Diana sebenarnya dia makan tenghari
bersama kawan-kawan lamanya. Tampa ragu Diana menghabiskan lima ketul popia
basah. Nampak sungguh dia seperti orang
kelaparan. Entah mengapa sejak dua tiga hari ini Diana terasa mudah lapar. Tengku Farid hanya tersenyum sahaja mendengar
alasan Diana. ’Patut lah marah macam nak
makan orang tadi rupanya dia lapar...sampai lima ketul dia bedal..tak takut lari
diet dia pulak.’ kata-kata Tengku Farid itu hanya di dalam hatinya saja. Selepas
makan mereka ke ruang tamu lagi, Nur Jannah masih memujuk anaknya di bilik
datuk dan neneknya, dia tidak mahu di tinggalkan. Di ruang tamu Diana merayu
lagi kepada bekas suaminya.
“Farid cinta I
pada you masih ada dan I tak dapat nak lupakan you”.
Bencinya dengan perangai Diana ni.Apanak jadi ni.pembaca dah naik emosi pulak. Best.
ReplyDelete