Dua
hari kemudian Syarifah Aminah dan anak keduanya menghantar Syed Borhan
kelapangan terbang KLIA untuk dia pulang semula ke Kota Kinabalu dan seterusnya
kekapal tenpat dia bertugas. Dalam
perjalanan pulang dia meminta anak keduanya singgah di Seremban, tujuanya mahu singgah ditempat Nur Hidayah
bekerja. Segala maklumat tentang tempat Nur Hidayah tinggal sudah diperolehi
dari Makcik Nora majikan Nur Hidayah.Sebelum mereka pulang dari rumah kenduri
kahwin saudara sebelah arwah suaminya Syarifah Aminah sudah meminta kad
perniagaannya syarikay catering dimana Nur Hidayah bekerja. Sekali lagi Nur
Hidayah terkejut dengan kehadiran Syarifah Aminah dan Syed Bukhari, di depanpintu
rumah majikannya. Ketika dia dipanggil mengatakan ada orang yang mahu
berjumpanya oleh pekerja makcik Nora Nur
Hidayah sedang menolong para tukang memasak menyediakan masakan untuk tempahan.
Melihat kemunculan emak saudaranya Nur Hidayah sudah dapat menjangkakan apakah
tujuan dia datang menenuinya.
Sibuk
Makcik Nora meyuruh Syarifah Aminah masuk kerumahnya..namun ditolak dengan
baik.
“Assalamualaikum..ini
rumah Makcik Nora tu ke..saya ni mak long Hidayah. Dia ada ke, tadi saya pergi
rumah yang dia sewa, dia kata Hidayah tengah kerja”.
“Ohh
inilah mak long Hidayah yang call tanya almat rumah hari tu. Masuklah puan…
puan nak jumpa Dayah ye nanti saya panggilkan dia”.Setelah Nur Hidayah muncul
dari ruang dapur terus dia menemui maklongnya yang masih duduk diberanda rumah
majikannya.Salam di beri dan dihulur..
“Dayah
apa kahbar”.
“Khabar
baik”.
“Hari
tu along ada jumpa Dayah ke?”Soal Syarifah Aminah memulakan siasatanya.
“Ada..”.
“Dia
cakap apa kat Dayah”.
“Tak
cakap apa, hanya dia nak tolong Dayah
cari kerja”.
“Oh..”
Ertinya akan ada lagi pertemuan seterusnya detik hati Syarifah Aminah..
“Dayah!!
Rasanya Dayah boleh tahu apa tujuan mak long datang jumpa Dayah ni kan. Tapi
untuk lebih jelas lagi..mak long cakaplah. Mak long minta tolong Dayah pindah
dari sini cari kerja lain. Pergilah jauh sikit dari Seremban ni..supaya tak
terserempak dengan along lagi”.
“Mak
long kemana lagi Dayah nak pergi.Dayah bukan ada kawan.Dayah pun tak ada
saudara selain adik-beradik mak long dan mak long sekeluarga.Hanya kat sini
Dayah ada kenalan”.
“Itu
mak long tak kira..Dayah mesti pergi dari sini juga sebelum along balik cuti bulan
depan. Ni mak long baru balik hantar dia ke KLIA”.
“Tapi Dayah nak pergi mana mak long”.
“Kalau Dayah tak nak pergi dari sini mak long
akan cakap dengan Puan Nora tu siapa Dayah sebenarnya”.
“Sampainya hati mak long buat Dayah macam
ni..mak long tak pernah fikir keselamatan Dayah”.
“Mak long terpaksa sampai hati Dayah. Biar
Dayah susah sekarang dari esok-esok mak long
yang susah. Sekarang Dayah hanya
bawa diri Dayah sahaja. Esok-esok ..akan berderet yang akan
mengekor kamu. Lagi susah dan lagi
sampai hati mak longbuat Dayah. Bab keselamatan diri Dayah itu atas kepandaian fikiran
Dayah sendiri, kalau Dayah pergi tempat yang bahaya tentu bahaya lah hidup
Dayah. Ni Mak long bagi duit 5 ribu
ringgit.Gunakan ..sementara Dayah dapat kerja lain. Mak long minta Dayah keluar
dari Seremban ni secepat mungikn. Ingat jangan hubungi along minta tolong dia
carikan kerja untuk Dayah dan jangan bagi tahu dia kemana Dayah pergi, juga
tolong bagi tahu makcik Nora kalau along datang bulan depan cari Dayah jangan
cakap mak long jumpa kamu”. Sekali lagi Nur Hidayah terpaksa melarikan diri
dari syed Borhan diatas permintaan Syarifah Aminah. Kemanakah dia mahu
melarikan diri…
Balik dari menolong Makcik Nora, Nur Hidayah
termenung panjang dibiliknya. Mengenangkan cerita mama nya 8 tahun dulu, sebelum mamanya
bertolak ke Arab Saudi untuk memulakan
kerjayanya disana dulu.Malam itu malam terakhir mereka menduduki rumah sewa
sebelah rumah jiran mereka mak cik Salmah.
Dulu
dia tertanya-tanya mengapa nenek dan makcik-makcik tidak menyukai dirinya.Biar
pun sesekali terdengar juga bisikkan emak-emak saudarnya berbisik antara mereka mengata
diri dan mamanya tetapi kedudukan ceritanya tidak jelas dan pasti, apa yang
didengar itu betul atau tidak. Malam itu terungkai segala tanda Tanya yang selalu berlegar
kepalanya.. Status dirinya lah yang menyebabkan dia dan mamanya tidak disukai oleh keluarga sendiri.
Sepanjang
enam belas tahun dia duduk dan dibesarkan dibawah jagaan neneknya, tidak pernah
sekali pun neneknya membawa ketempat orang ramai..apatah lagi untuk kerumah
orang kenduri. Dirinya diperuk didalam rumah… disimpan seperti dara pingitan.
Mujurlah mamanya bersungguh-sungguh mengajar
dirinya supaya menjadi anak yang pandai dalam pelajaran. Diajar nya
mengaji supaya dirinya tahu selok belok dalam berugama. Masuk sahaja di ke
darjah enam dengan gigih mamanya mengajar dirinya kata supaya dia boleh
mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.
Katanya lagi dengan keputusan UPSR yang cemerlang nanti boleh melayakkan
dirinya memasuki sekolah menengah Ugama. Dan jika sudah belajar disekolah ugama
itu mamanya tidak susah lagi mahu menghantar kekelas tambahan lain untuk dia
memajukan diri. Kerana sekolah ugama itu sudah disiapkan waktu belajar
tambahanya dan guru-guru yang bakal membimbing murid-murid.
“Dayah..belajar pandai-pandai ye, mama
teringin Dayah masuk sekolah menengah Haji Mohad Said kat Sikamat Seremban tu.
Kalau Dayah dapat sekolah tu nanti, senanglah mama datang selalu jenguk
Dayah”.Ketika itu mamanya bekerja sabagai jururawat di Hospital Pakar Seremban.
“Ma!dekat ke sekolah tu dengan rumah
sewa mama”.
“Dekatlah..tu yang mama nak sangat
Dayah masuk sekolah tu”. Dia bersungguh merealisasikan impian mamanya, akhirnya
dia mendapat 5A dalam peperikan UPSRnya.Kemudian dia dikehdaki menduduki
temuduga untuk melayakkan dirinya memasuki sekolah itu dan akhir nya dia
berjaya belajar di sekolah itu.
Ketika dia ditinggakat tiga mamanya
meminta izin dirinya untuk dia bekerja jauh dari Malaysia.
“Dayah! Mama dapat tawaran kerja kat
Arab Saudi..apa pendapat Dayah patut tak mama pergi”.
“Wahh ma!!kenapa jauh
sangat..”.Terkejut dia ketika itu mendengar penjelasan mamanya.
“Mama rasa nak tambah pendapatan mama
ni, kalau kat sana nanti gaji mama empat lima kali lebih besar dari kerja kat sini. Mama rasa
mama nak pergilah. Kerja lima enam tahun kat sana mama simpan duit, lepas tu
mama berhentilah. Duit tu nanti mama nak beli rumah kita sendiri.Kita duduk dan
kerja kat Seremban ni, tak payahlah kita tumpang duduk rumah nenek kat kampong
tu”.
“Kenapa ma..mama macam sedeh sahaja”.
“Mama tahu dan mama Nampak, semua
kakak-kakakdan kakak ipar mama
termasuklah nenek tak suka kita.Dia jaga Dayah kerana terpaksa sahaja.Mama
kesian Dayah, mama tak suka orang pandang hina pada Dayah. Lagi satu.. Dayah
nak tahu kakak-kakak mama tu takut sangat kalau mama cakap dengan suami
mereka, dia takut suami mereka akan
tergoda dengan mama. Mama rasa mama sentiasa dicurigai. Entahlah Dayah”.
“Kenapa ma mereka macam tu”.
“Maafkan mama Dayah..Ini semua
kesilapan mama..tapi yang mama kesalkan silap mama Dayah pun turut
menggungnya.Dayahmama cerita ni untuk pengajaran Dayah..Dayah ambillah sebagai
pengajaran Dayah.Dayah jagalah diri Dayah elok-elok. Dayah! Silap mama dulu
rasanya tak boleh nak terhapus sepanjang hidup mama ni. Dan yang kasihanya silap mama ni Dayah pun terpalit sama ..mama minta maaf sangat-sangat pada
Dayah. Mama dapat merasakan kehidupan remaja Dayah akan melalui jalan sukar..”Nur
Hidayah hanya mendiamkan diri menanti mamanya meneruskan ceritanya.Sudah lama
dia ingin tahu bila melihat sikap ahli keluarganya seakan curiga dan menjauhkan
diri apabila dia atau mamanya mendekati mereka.
“Mama harapkan janganlah Dayah mengharap
kehadiran cinta lelaki..kadang-kadang kita tidak tahu keihklasan mereka. Kalau
Dayah nak bersuami cerita terus terang siapa diri Dayah, kemudian minta dia
bagi tahu juga keadaan Dayah pada ibu dan ayahnya agar mereka tahu. Kalau
memang benar-benar mereka ikhlas mereka akan terima Dayah dengan senang hati. Tapi
kalau mereka tahu setelah kita menjadi ahli keluarga mereka kita yang akan
susah nanti. Tambah teruk bila kita dah ada anak..kesihan meraka akan kehilangan
kasih ibu ayah, ingat tu Dayah”.
“Ingat ma..mama buat macam tu juga
ke ma”.
“Ia Dayah..Mama tak mahu hanya anaknya
sahaja yang sayang dan suka pada kita. Tetapi ada larangan keras dari pihak ibu
dan ayah dia. Mama tak mahu Dayah menghadapai kesukaran selepas kita nikah
nanti”.
”Wahh mama!! Dayah baru ditingkata 3
ma, mama dah fikir Dayah nak nikah pula ni”.
“Mama tahu..mama hanya mahu Dayah
bersiap sedia. Jangan mudah jatuh cinta dan jangan nak buktikan cinta dengan
tubuh badan kita, sebelum kita sah dengan lafaz ijab dan qabul. Mama yang tersalah
jalan dulu dan mama sangat menyesal, tapi sesal dahulu pendapatan sesal
kemudian tidak berguna..mama tahu keluarga mama malu dengan kita berdua Dayah.
Sejak Dayah lahir nenek tak pernah ketawa gembira bila bercampur dengan orang kampong. Adik
beradik mama pula memang tidak menyenangi kehadiran mama dan Dayah… itu
sebabnya mereka sudah jarang nak balik kampong jenguk nenek bila mama ada. Mama
ada terdengar mereka takut nak balik kampong bawa anak-anak bujang
mereka..takut kalau-kalau anak bujang mereka tersangkut hati dengan Dayah”.
“Ehh kenapa tatut tersangkut hati
dengan Dayah..lagi pun mereka tukan lelaki kalau tersangkut hati dengan Dayah
tak ada salahnya..Dayah ni kan gadis,
lain lah kalau Dayah ni jantan juga macam diaorang”.
“Bukan sebab itu mereka takut Dayah..(agak lama Jamilah mendiamkan diri mencari kekuatan
untuk membuka pekungnya sendiri.. dia
mahu bercerita supaya NurHidayah tahu..)Dayah ini silap mama Dayah..silap mama
suatu masa dulu..Silap kerana meletakkan cinta yang utama sebelum memandang
halal haram kita sebagai wanita dan yang penting silapnya tidak berpengang pada
ugama yang dah atuk dan nenek bekalkan pada mama.
…Untuk membuktikan cinta, mama
gadaikan maruah mama pada dia..pada lelaki yang mama tak kenal hati budinya,
walau pun kami kenal dari sejak sekolah menengah lagi..kerana bukti cinta
itulah mama lahirkan Dayah sebelum kami sah didalam ikatan ijab qabul yang
wajib bagi setiap pasangan Islam.Bila
Dayah dah ada dalam perut mama ni dia lari tinggalkan mama. Mama
sebetulnya dibutakan dengan rasa cinta yang mengunung pada dia..rupanya dia
kaki perempuan.”
Nur Hidayah dapat memahami apa yang
diceritakan oleh mamanya berkenaan lelaki yang menyebab kan kelahiran dirinya.
“Mama menyedari setelah semuanya sudah
terlanjur. Dia datang sekali menemui
mama setelah Dayah dah ada dalam perut
mama ni tiga bulan. Masa tu dia suruh mama gugurkan kandungan mama..Tapi mama
tak ikut suruhan dia, sebab mama rasa dosa mama dah banyak nak ditambah lagi
dengan dosa membunuh anak sendiri.Silap mama tak mahu percaya desas desus yang
berbisik disekeliling mama… mama tersedar bila dia datang berjumpa mama
kemudian kami terserempak dengan tunangnya di Universiti. Rupanya tunang dia pun
belajar diUniversiti yang sama dengan mama.”
“Dia juga belajar diUniversiti yang
sama dengan mama ke?”.
“Tak..dia anak orang kaya, tentulah
belajar kat luar Negara..dia belajar kat United Kindom..Kalau dia cuti, dia
datang dari Kuala Lumpur ke Penang
saja-saja nak jumpa mama..perbuatanya itulah yang membutakan mata mama..masa tu
mama rasa dia betul-betul sayang pada mama, kerana dia sanggup datang jauh
hanya kerana rindu kat mama.”.
“Ohh hebatnya dia..mama belajar kat
USM Pulau Pinang..macam mana mama boleh kenal dia”.
“Kami kenal masa kami masih disekolah
menengah masa tu sekolah mama adakan perlawanan bola sepak antara
sekolah-sekolah..Sekolah mama lawan sekolah dia. Lepas tingkatan lima kami
tetap berkawan sampailah mama masuk Universiti..hubungan kami makin rapat masa
mama ditahun tiga..tapi mama kena buang Universiti sebab mama mengdungkan
Dayah…Bila pihak Universiti tahu mama mengandug tampa nikah mama kena buang
Unversiti”.
“Kenapa mama melakukan perkara yang
dilarang ugama..kenapa mama tak fikirkan masa depan mama”.
“Mama dibutakan dengan rasa cinta yang
digula-gulakan oleh dia. Mama dijanjikan dengan janji yang manis -manis..setelah
semuanya terlanjur baru mama tahu dia memang buaya tembaga”.
“Kenapa mama cakap macam tu”.
“Mana tak buaya nya..ingatkan dengan
mama saja dia bercinta rupanya..dalam satu masa tiga orang perempuan dia
pegangnya.”
“Mama tahu..”
“Macam mana pula mama tak tahu. Masa
dia jumpa mama kat Universiti Sains
Pulau Pinang kami terjumpa pula tunangnya yang belajar sama dengan mama tapi
dia baru masuk masa tu, baru tahun pertama rasanya..mereka dah bertunang dan
mereka dijangka nikah sehabis dia belajar enam bulan lagi..ertinya tamat pengajian dia mereka akan bernikah.
Dayah nak tahu tampa pengetahuan keluarga dan Tunangnya rupanya dia dah nikah
dan dah ada anak pun. Masa tu mama dah tak sedap hati tapi segalanya dah
berlaku mama Dayah dah ada dalam perut mama..”.
“Bila mama telanjur dengn dia?”
“Tiga bulan sebelum dia terjumpa
tunangnya kat USM.Sebelum dia pergi keluar Negara belajar setelah cuti
semestanya tamat dia datang jumpa mama. Dia kata dia sayang sangat kat mama ..kemudian dia kata
dia tak sedap hati nak tinggal kan mama kat Malaysia ni, sebab mama ni banyak
peminat..dia hendak kan bukti yang hati mama memang hanya untuk dia”.
“Dulu mama banyak peminat”.
“Banyaklah juga..biasalah kita ni
perempuan kalau lebih menyerlah sedikit dari orang mulalah orang akan pandang
kita dan mulalah nak rapat. Tapi mama tak boleh sembarang kalau nak
berkawan..nenek dah tetapkan hanya orang yang berketurunan sahaja yang boleh
berkawan dengan mama..nenek nak jaga keturunan kami..Syed lah katakan. ..”.
“Ohh..hebat juga nenek tu ye..nampak
macam tak kisah sahaja tapi rupanya nak yang Syed-Syed juga patutlah dalam
keluarga mama tak ada yang tak ada Syed atau Syarifah hanya Dayah sahaja yang
tak ada.”.
“Tiga bulan lepas tu dia balik lagi
sekali..masa tu lah dia terkantoi dengan tunang dia kat USM”.
“Kenapa dia balik kan baru tiga bulan
pergi belajar…dia rindukan mama ke?”
“Mana tak baliknya..Dia kata dia
sedang pening kepala, isterinya kat sana
minta cerai, kemudian anak dia serahkan pada dia..dia pula tak tahu nak jaga
anak, jadi dia balik sebab nak hantar anak bagi pada emak dia. Sampai Malaysia
dia pening lagi dengan permintaan keluarganya yang suruh dia nikah cepat.
Dia datang pada mama untuk melepaskan
tekanan-tekanan itu. Mama memang bodoh..tapikan
Dayah hubungan lelaki dan wanita jangan sekali dicuba. Kalau sekali
terjebak naluri kita akan memintanya lagi..macam ketagih. Yang sebenarnya mama
sudah acap kali melakukannya setiap kali mama jumpa dia. Walau pun mama tahu
ianya merupakan dosa besar, namun mama tak mampu menahan nafsu mama. Masa
mula-mula mama terlanjur mama menangis menyesali tapi ialah mungkin penganagan
ugama mama tak cukup kuat untuk menangkis desakkan nafsu yang meluap-luap.
Hanya satu yang mama bersyukur sangat, mama tak pernah melakukanya dengan orang
lain selain dia..mungkin sebab cinta mama yang kuat.. jadi mama tak sanggup
hendak menduakan dia. ”.
“Masa dia balik yang hantar anak..mamakan
dah mengandungkan Dayah.. Mama tak cakap ke mama dah mengadung ketika itu”.
“Mama cakap dengan dia, mama minta dia
bertanggung jawab..tapi bila mama cakap mama dah mengandung dia suruh mama gugurkan kadungan, sebab dia
tak boleh nak nikah dengan mama.. Dia bagi mama duit dan suruh mama cari
kelinik atau hospital yang canggih untuk gugurkan kandungan mama.”
“Dayah dengar macam senang sangat dia
suruh mama gugurkan kandungan..macam dia bagi duit dia suruh mama beli
gula-gula sahaja”.
“Entahlah Dayah..kalau dah duit yang
jadi pegangan mungkin kita akan jadi macam tu agaknya. Tapi masa tu mama rasa
bodoh sangat, mama tak boleh nak melawan atau mengadu kat keluarga dia. Dia pula
macam tak kisah ..agaknya dia tak memikir langsung tentang dosa yang telah kami
lakukan dan tak ada langsung rasa sayang dengan zuriat yang sedang membesar
dalam perut mama ni. Masa tu barulah mama sedar..yang sebentulnya dia tak
cintakan mama seperti mama cinta kan dia, mama ni sebagai alat melepaskan nafsu
dia sahaja. Kan dia dah tak duduk serumah dengan isterinya.. Tapi segalanya
sudah terlambat.. maruah mama sudah hancur berderai”.
“Kalau Dayah jadi mama Dayah paksa dia
bertanggung jawab pada apa yang dia telah lakukan..”
“Masa kali terakhir dia datang pada
mama, Dayah dah tiga bulan dalam perut. Dia
datang sekejap sahaja. Dia bergesa balik sebab dia kata nak periksa, dia balik sebab
nak hantar anak dia sahaja.Katanya
kepalanya sedang berserabut mana nak perikasa mana nak jaga anak, mana
isterinya minta cerai. Dia cerita kat mama mereka dah tak duduk serumah itu
sebabnya anaknya tak ada siapa nak
jaga.. sedangkan dia nak periksa. Dia minta tolong dengan mama jangan tambah
serabut kepala dia yang tengah nak pakai untuk peperiksaan akhirnya. Jalan
penyelesaiannya mama kena gugurkan kandungan. Masa tu dia bagi cash tiga ribu
suruh mama cari hospital yang terbaik. Tak lama dia pergi luar negeri..dia
masukkan lagi duit dalam akaun bank mama..dengan duit tulah mama sambung
belajar kat kolej kejururawatan swasta selepas mama lahirkan Dayah.”
“Selalu juga dia balik kan mama..macam
dekat sahja UK dengan KL ni. Masa kandungan mama dah besar ada lagi dia jumpa
mama.”.
“Bab duit dia tak susah sebab dia anak
orang kaya, itu sebabnya dia bagi mama tunai pada mama masa kali akhir kami
berjumpa dan masukkan lagi 5 ribu lepas tu...tapi itulah kali terakhir kami
berjumpa, selepas itu bayangnya pun mama tak pernah nampak”.
“Agaknya dia ada balik tapi takut nak jumpa
mama lagi..takut mama paksa kahwin dengan dia”.
Sedih kisah hidup Hidayah ni
ReplyDelete