~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 30 April 2013

Bab 16 Bimbang



Jolok jolok siasam pauh,
Jangan di jolok sarang penyengat,
Angkat doa jari sepuluh,
Minta doa  biar selamat.


Sudah mencapai tujuh bulan usia perkahwinan Farhan dan Fatin. Hati Hajjah Fatimah bimbang lagi. Hati ibu mana yang tidak bimbang bila anak menantu mereka tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menambah bilanganan keluarga walau sudah tujuh bulan usia perkahwinan mereka.

“Bang! kenapa agaknya Fatin tak mengadung lagi ye bang, rasanya dah tujuh bulan mereka tu nikah…ada masaalah ke mereka berdua tu.Mah bimbang lah bang.Takut  semua masaalah berpunca dari anak kita.” Suatu hari diluahkan  juga kerisauan yang bersarang dihati kepada suaminya.

“Ingatkkan abang saja yang bimbang..Mah pun fikir macam tu juga rupanya”.

“Ialah mana kita tak risau bang, Farhan lain dari anak kita yang lain.. malunya tu berlebih-lebih sangat..Alhamdullilah ada juga yang nak kahwin dengan dia..tapi tulah kalau dah ada yang sudi ..Farhan pulak tak pandai nak bahagiakan isterinya kesian pulak saya kat Fatin tu”. Kedua orang tuanya mula membayangkan sikap negetiv anaknya.

“Abang pun macam tu jugalah Mah nantilah abang tanyakan Edlan..mana tahu Edlan tahu”.

 Untuk anaknya Farhan..Haji Abbu Bakar suami isteri akan merasa lebih bimbang, kerana Farhan malunya lebih  dari anaknya yang lain. Dia takut sifat malu anaknya menyebabkan dia tidak menjadi suaminya yang sepatutnya.Kerana  sikap yang pemalunya segala masaalah akan disimpan sendiri itulah kebiasaan Farhan. Dulu katanya dia tidak suka menyusahkan kedua ibu dan ayahnya dengan masaalahnya,  tapi dengan cara  begitu Hajjah Fatimah dan Haji Abu Bakar lagi bertambah bimbang hatinya. Mereka tidak dapat membaca akan masaalah anaknya yang seorang itu untuk di beri pertolongan atau nasihat ataupun tunjuk ajar. Untuk membantu apa yang patut mereka suami isteri berusha mencari dimana kecacatan Farhan dan isterinya.

Hendak dikatakan mereka tidak bahagia tidak juga, setiap kali pulang kerumah mereka, dilihat kemesraan jelas tergambar dari tingkah laku mereka berdua.  Farhan pula seakan tidak mahu berenggan dari isterinya..dimana isterinya disitulah dia akan menampel, walaupun ketika itu isterinya didapur atau mencuci kain. Dari pandangan mereka berdua  Farhanseakan mahu isterinya sentiasa didepan matanya. Hendak dikatakan Fatin pula yang tidak mahu melayani Farhan tidak juga ..dia tidak  menampakkan dirinya rimas atau terganggu bila suaminya mendekati dirinya. Itulah yang nampak dimata mereka.

Mereka tertanya-tanya apa yang  meyebabkan menantu mereka  tidak menampakkan sudah mengandung. Jika dikira usia tujuh bulan itu sudah terlalu lama untuk mereka mendapat tanda-tanda untuk menimang cucu dari Farhan. Abangnya dahulu (merujuk kepada  Ahmad Fadzli )masuk sahaja usia perkahwinan mereka empat bulan isterinya sudah mengandung. Farhan lain pula sudah tujuh bulan lebih masih melum menampakkan apa-apa. Bila ditanya kepada Farhan dia berkata belum ada rezeki. Bila ditaya kepada Fatin pula dia akan  berkata  ‘Farhan kata nanti dulu’.Pernah juga dia menasihati mereka berdua..

“Farhan..kalau isteri kamu tu susah nak megandung  cepat-cepatlah carikan ubatnya..nanti  kamu tak ada anak.”

“Biarlah dulu ayah ibu…nanti adalah.” Itulah jawapan Farhan acuh tidak acuh, bagai tidak ambil pusing akan kata-kata ayah dan ibunya.

Kerana bimbang keadaan anaknya Haji Bakar mengambil tindakkan  menyiasat masaalah anaknya dari kawan baiknya Arief Edlan. Malam itu dia menghubungi  Edlan mencari puncanya masaalah anaknya.

“Assalammualaikam..apa kahbar Lan, lama tak datang rumah.” Haji memulakan bicara.

“Waalaikumsalam..khabar baik…pakcik apa kahbar. ”

“Baik juga…sejak Han kahwin lama kamu tak bawa anak isteri kamu datang rumah..kamu ada bergaduh dengan Farhan ke?”.

“Hyyis  Pakcik..saya  kalau dengan Farhan tak pandai nak bergaduh..sebab apa kalau saya tanya satu..jawabnya juga satu..kalau dengan Su lagi pandai saya bergaduh, tanya satu.. sepuluh patah dijawabnya”. Hah..ha..ha.

“Ia ke Lan tapi jangan gaduh selalu..gaduh sikit-sikit tak apalah itulah asam garam rumah tangga”.

“Ialah pakcik..tak lah gaduh sampai dua tiga hari tak tegur..gaduh-gaduh sayang saja pakcik”. Sebenarnya Edlan seorang yang peramah dan mudah diajak berbual.. orangnya sentiasa ceria. Edlan suami isteri mempunyainya kerektor yang sama mudah mesra dan pandai bergaul  walau dengan siapa juga.

“Lan sebetulnya pakcik nak tanya kamu pasal Farhan.” terus sahaja Haji Bakar kepada masaalah yang hendak diketahuinya. Dia tahu hanya  AriefEdlan  teman Farhan yang paling rapat, kawan dari mereka diMetrikulasi hinggalah ditempat kerja. Dulu Edlan juga sering datang berkunjung kerumah mereka..itulah kawan yang paling sesuai  dan paling memahami anaknya yang seorang itu.

“Pasal apa pak cik..dia ada masaalah ke?” Untuk anaknya Farhan Haji abu Bakar suami isteri lebih bimbangnya..kerana sifat semula jadi Farhan yang pemalu dan pendiam..

“Entahlah Lan..inilah yang pakcik nak tanya pada kamu ni..ada tak dia cakap apa-apa masaalah dia dengan isterinya dengan kamu Lan. Farhan ni satu dia tak akan cerita masaalah dia dengan pakcik, itu yang pak cik dan mak cik  bimbang...mana tahu dia ada cerita masaalah dia dengan isterinya dengan kamu.”

“Tak ada lah pulak..mereka berdua tu bergaduh ke pakcik, yang saya nampak selama ini Farhan nampak gembira saja lepas dia kahwin, kalau datang kerja wajah Farhan nampak bahagia saja.”

“Ialah memang nampak bahagia..tapi yang kami risaukan dia tu tak nampak macam  nak dapat anak.”

“Pakcik bimbangkan yang nilah ye..ohh kisahnya.”

“Ialah Lan..pakcik rasa mereka kahwin dah lama dah tujuh bulan lebih… tapi belum lagi ada tanda-tanda mereka nak dapat anak. Abang dia dulu empat bulan isteri dia dah mengandung..pak cik takut kalau Farhan ada masaalah ‘tentang itu’.Pak cik ada juga risik pasal tu pada dia, tapi dia bukan nak cerita masaalah dia pada kami.Pak cik bukan apa kalau pakcik tahu dia ada masaalah’tentang tu’pakcik bolehlah usha carikan ubatnya.” Terang Haji Bakar kedengaran sayu suaranya dihujung talian.


Arief Edlan  teringat lagi semasa Farhan baru bernikah dahulu, ayahnya juga bimbang dengan tindak tanduk Farhan. Haji Bakar seakan mendesak dirinya menyelidik perihal Farhan. Ketika itu Haji Bakar memberitahu  hampir seminggu Farhan asyik menghantar isterinya tidur dirumah kedua ayah dan ibunya. Pada mulanya Edlan juga terkejut, sehingga terpaksa  menghubunginya sahabatnya mencari kepastian darinya, walaupun ketika itu Farhan masih didalam mood pengantin baru ialah baru seminggu bernikah. Untuk melegakan perasaan ayah dan ibu sahabatnya, Edlan cuba dirisik peribadi sahabatnya  untuk memastikan kesihatan luar dan dalamnya. Setelah dirisik barulah Edlan tahu tujuan Farhan sebenar...rupaya dia ingin merasa menjadi seorang kekasih..dia ingin mengalami bagaimana rasa orang bercinta. Farhan oh Farhan tidakkah kau tahu segala tingkahnya membimbangkan kedua ayah dan ibumu Farhan oii.

“Lan..aku ni tak pernah  ada peluang menjadi seorang  kekasih sebelum nikah, jadi aku nak rasalah ni.”

“Jadi kau nak  jadi seorang kekasihlah ni..setelah kau menjadi seorang kekasih apa yang kau rasa…  ceritalah kat aku apa yang  kau rasa Han.”

“Emm..Masa dalam masjid..dia salam tangan aku nak batal air sembahyang aku tak rasa apa, mungkin masa tu orang tengah ramai, aku rasa  semua mata  pandang kat  kami, lagi pun flash camera lip-lap-lip lap..aku rasa malu, itu yang tak terasa apa pun. Tapi masa dalam kereta diperkarangan masjid masa nak balik itu..aku cuba pengang tangan dia, masa tu aku rasa macam terkena renjatan eletrik rasa panas menjalar pada seluruh urat saraf aku..tapi aku rasa suka pulak..  macam naik ke awan aku sekejap. Aku rasa macam kat dunia lain masa tu, jadi aku pejamkan mata..boleh pulak ibu aku nampak..dia tanya kenapa..aku jawablah aku pening kepala. Dah ibu aku pulak risau..ibu aku tu tak tahulah risau memanjang..  cepat-cepat dia hulurkan aku panadol suruh telan kat situ juga..Bila aku kata tak apa..mulalah dia buka cerita aku yang aku ni takut makan ubat sedangkan kerja dekat ubat-ubatan…malu betul aku denga isteri aku yang nampak terseyum-senyum..ia..tak ia aku masukkkan jugalah panadol dalam mulut aku.. aku kemam sahaja ubat tu aku berharap kalau ubu aku pandang tempat lain aku nak buang..sampai nak cair ubat tu dalam mulut ..mak aku tak alihkan muka dia dari pandang muka aku ni..Ahhh seksa betul..lepas tu cepat cepat aku keluar kereta bila rasa macam dah nak muntah.” Edlan ketawa besar mendengar cerita lucu dari pengalaman sahabatnya. Bila ketawa sahabatnya reda Frahan menyambung ceritanya.

“aku tak tahulah ayah ibu aku selalu bimbangkan aku …dia tak nampak aku ni dah cukup dewasa..tahulah aku nak jaga diri. Selalu aku tertanya dengan sikap mereka apalah yang nak mereka bimbangkan aku.  Aku takut nanti asyik mereka bimbangkan aku.. mereka diserang sakit darah tinggi yang serius pulak nanti”.

“Eloklah Han dia bimbangkan kau tandanya dia sayang kan kau”.

“Ialah sayang tu sayang lah..tapi janganlah berlebih-lebih aku dah rasa macam aku ni tak pandai jaga diri pulak..sedangkan aku dah ada tanggung jawap…itu sebabnya aku duduk asing”.


“Eloklah tu.. tapi sebelum buat sesuatu tu fikirkanlah benda tu patut kau buat ke tidak jangan sampai ayah ibu kau bimbang . Ahh sekarang sambunglah cerita kau.. kata kau nak rasa menjadi seorang  kekasih..aku nak tahu kisahnya yang kau asyik hantar isteri kau kerumah ayah ibu dia. Cakap terus terang dengan aku.. kau tak  ada  rasa sayang ke kat isteri kau tu .. setahu aku punyalah beria kau nak pikat dia dulu”.

“Ehh apa pulak tak sayang… masa aku tahu dia tu siapa.. aku dah rasa sayang kat dia Lan..  rasa sayang aku melimpah-limpah macam lavar gunug berapi ..maklumlah rasa sayang yang dah terpendam lama..hangat membara.”

“Amboi dahsyatnya…Habis kenapa kau asyik hantar dia kat rumah ayah ibu dia??”

“Sebelum aku jadi suami hari tu, aku tak berpeluang nak  bercinta dan menjadi kekasih dia, jadi sebelum aku betul-betul jadi  suami aku nak rasalah dulu walaupun kami dah nikah.”

“Masa tu apa yang kau buat?”.

“Buat macam orang bercinta tulah, aku  jalan sambil pegang tangan dia, duduk  rapat-rapat, aku cakap pun bisik-bisik kat tepi telinga dia. Aku rasa sangat seronok Lan. Kemudian  dapat berbual-bual sambil pandang muka dia, dia disenyum pada aku aku rasa bahagia sangat.. Aku jadi leka, tak terasa waktu yang berjalan, tiba-tiba dah petang . Tapi masa aku hantar dia balik aku  rasa siksa sangat…paling sedeh  masa kita nak berpisah, nak lepaskan dia masuk pagar rumah dia. Bila dia dah masuk.. aku jalan kaki sorang aku rasa hati aku kosong.. Kemudian malamnya bila aku call dia, hati aku jadi sayu pulak.. sedeh sabab tak nampat muka dia..pada aku tak cukup dengar suara.. aku nak pandang dan pegang dia. Masa tu aku rasa rindu sangat walaupun baru saja aku hantar dia balik. Heran aku..  aku dah ada rasa rindu pulak. Nak tunggu pagi rasa lama sangat. Bila jumpa aja esoknya aku memang tak akan lepaskan tangan dia.. kehangatan tangan dia yang menjalar kat badan akau memberi aku semangat. Tapi Alhamdulliah aku dah nikah kan Lan..kalau tak tentu aku mengutip dosa setiap kali jumpa dia ialah berpengang tangan dan pandang yang bukan muhrim kita kan berdosa. Lagilah kalau terlajak melakukan  sesuatu yang belum halal untuk kita. Aku sebetulnya nak bagi nasihat tapi kau dah kahwin pulak.”  

“Haa nasihat apa pulak tu”.

“Ialah pada siapa-siapa yang belum kahwinlah..bercintalah selepas nikah itu lebih baik dari sebelumnya..kalau kita terlajak perkara-perkara yang sepatutnya.. kita dah nikah dah halal tak apa..sebab apa Lan aku rasakan masa tu ..memang aku nak pegang saja tangan dia dan rasa nak peluk pun ada, tapi sebab ayah dan ibu aku ada, terbatas sikit kelaku aku”.

“Ohh itulah sebabnya..kau asyik hantar isteri kau kat rumah ayah dan ibu dia tu. Kau ni…kau tahu tak perbuatankau tu membuatkan ayah dan ibu kau bimbang. Dia suruh aku tanya kat kau apa masaalah kau..kau tak ada nafsu ke?”.

Astaghfirullah.. Aku dah agak dah.. dari pandangan mata ibu aku dia bimbang dengan segala tidak tanduk aku…. .Tapi  Lan Aku tak tahulah  ayah ibu aku selalu bimbang apa yang aku buat..mereka rasa aku ni tak betul saja.. aku tahulah apa yang aku buat akukan dan dewasa dah tua pun macam yang kau cakap hari tu.”

“Ialah kenapa kau tak cakap tujuan kau sebenar pada mereka..kau biarkan mererka tertanya-tanya tentulah mereka bimbang”.

“Alah perkara orang muda takkan nak bagi tahu..malulah aku walaupun mereka itu ayah ibu aku..biarlah ada rahsia sikit”.

“Han masa kau bertunang dulu macam mana..kau tak rasa apa ke, masa kau bawak dia jalan-jalan.”

“Kan aku dah cerita dengan kau dulu..dia tak nak aku bawa dia keluar jalan-jalan..ajak makan kat kantin hospital pun dia tak nak. Dulu aku rasa tak yakin dia dah terima aku sebagai tunang dia. Sebab apa..dia tak pernah nak tunjuk dia ada hubungan dengan aku, tak pernah dia nak tunjuk yang dia suka kat aku, bila  terserempak  pun dia hanya beri senyumanya saja kat aku ni. Dia tak pernah pun nak tanya khabar. Yang menjadikan aku kuat hanya ikatan pertunagan tu orang tua kami yang jalankan. Aku berpegang hubungan aku dengan dia tak akan sia-sia sebab ibu ayah kami yang pegang..ikatan itu lebih teguh dan kuat..kalau apa-apa terjadi, itu sudah dibawah tanggung jawap orang tua bukan senang nak putus. Betul tak Lan.”

“Tapi kau tak rasa ke yang dia terpaksa terima kau kerana orang tua kauorang. Dalam masa bertunang tu tak ada ke kau call dia..cerita-cerita..tanya macam mana rasa hati dia pada kau.”

“ada juga.. tak berapa patah dia cakap, dia putuskan talian..itupun suara dia garang macam mak tiri…dia hanya layan aku kalau berSMS sahaja..itu pun kena jaga cerita. Kalau masuk bab hati dan perasaan…memang dia tak jawap sampai pagi..”.

“Hah dasyat tu..kalau aku aku tak yakin dengan hubungan macam tu.. kenapa agaknya dia macam tu.. memang dia tak suka kat kau ke?.. dia terima kau sebab ayah dan ibu  yang paksa dia terima kau sebagai tunangan dia ke?”.

“Aku dapat juga jawapan bila akau tanya macam tu.”

“Bila???..masa kau dah nikah dengan dia ke?”

“Taklah masa dua minggu kami nak nikah..dia kata nak bercinta lepas nikah”.

“Tapi aku tabik kat kaulah Han tahan kau dengan hubungan yang macam tukan..hubungan yang  tak pasti..hubungan yang yang tak ada kata-kata mesra dan hubungan yang tak jumpa-jumpa...hubungan yang boleh menunjukkan dia suka kat kau … tapi aku rasa pendirian dia lebih kurang kau saja Han”.

 “Itulah persamaan aku dengan dia..tapi aku tak tahulah ada ke keserasian aku dengan dia ialah aku dengan dia masih belum mengenali.”

“Keserasian ni .. kita kena cari juga Han, lagi pun kau dah nikah dengan dia, cari sajalah tak salah dia dah jadi isteri kau.  Mana yang kau tak suka.. cakap terus terang dengan dia. Kau cakap juga dengan dia apa yang dia tak suka.. jangan kau simpan.. Benda yang kita tak suka kalau kita simpan.. lama-lama akan meletup masa tu dah tak guna nak cakap..apa-apa pun kita mesti berterus terang dengan pasangan jangan ada rahsia ..itu petua yang ayah aku bagi kat aku. Macam aku dengan Su, walaupun aku kenal sebelum kami nikah lagi tapi ada juga benda yang aku tak suka..biasanya kita ni, masa bercinta lain, masa dah serumah tu lain. Tapi sungguh ke kau tak pernah sekalipun keluar dengan dia sebelum kau nikah?.”

“Ada sekali Lan… aku ajak dia jalan..bahagia betul rasanya..tapi masa tu aku heran sangat..aku dah tak rasa malu lagi dengan dia aku rasa bahagia sangat”.

“Haa!! kan aku dah agak tentu ada sekali..bila Han kau tak cerita pun dengan aku.. kau sorok ye..tak aci betul kau ni..masa bahagia kau sorok masa tengah kritikal kau cari aku..macam ni ke kawan…aku tak kira kau mesti cerita apa yang jadi masa kau ajak dia jalan tu”.




p/s.. Mak teh minta maaf kisah Farhan jalan dengan  Fatin tunggu bab satu lagi ye…





Friday 26 April 2013

Bab 15 Bimbang


Mak teh minta maaf bab ni agak panas sedikit..kalau boleh yang belum berkhawin jangan baca …Nanti menjadi satu kesalahan pada mak teh pula.





Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.



Fatin sudah terjengul dipintu dapur dia memberi salam sekali lagi, dijawab oleh kedua mentua dan adik iparnya. Dia menghulur bekas yang berisi  ikan masin yang telah digoreng dirumah ibunya tadi.

“Ibu, ayah ni ada ikan masin dah goreng ,kakak nak jodohkan dengan masak lemak pucuk ubi tu.” cepat-cepat Hajjah Fatimah menyambut huluran menantunya lalu berbicara dengan perlahan.

“Pergilah cepat pujuk..merajuk agaknya dia tu.” Hajjah Fatimah masih berbicara perlahan ditepi telinga menantunya. Fatin mengambil dua biji kurma diatas meja dan terus  masuk kebilik dimana suaminya berada. Apabila dibuka pintu bilik dilihat suaminya sedang baring telentang seolah-olah dia tidur.Perlahan Fatin menghampiri suami yang masih memejamkan matanya. Dia memberi salam ditepi telinga suaminya perlahan.

“Assalamualaikum bang..Dah Magrib kenapa abang tidur ni..jomlah kita buka.” Bila dilihat suaminya tiada beriaksi dia baring di atas dada suaminya lalu memberi sebuah kucupan dibibirnya..hangat.  Dalam diam Farhan sudah terpujuk. Dia membuka matanya. Fatin tahu suaminya suka kalau dia berbuat demikian. Setelah sebulan lebih mereka menjadi suami isteri, Fatin tahu apa yang disukai oleh suaminya. Ketika mereka berduaan dirumah berehat-rehat atau baring di bilik Fahan akan menyuruh diri nya baring diatas badannya. Membelai rambutnya dan sesekali singgah ciuman dibibir atau dipipinya. Pada Farhan perlakuan seperti itu menyatakan dirinya disayangi.

“Ha cuba Ha baring kat atas abang ni.”

“Hsyy buat apa..kesianlah abang, kan Ha ni berat nanti penyet pula abang Ha tindih.”

“Alah terasa pula dia berat..tak apalah abang suka Ha baring atas abang ni meh lah.” Itulah permintaanya  suaminya.Sejak dari tu dia sering baring didada suaminya sambil berbual atau terlena sekejap.

“Baca Bismillah baca doa..buka mulut… makan kurma ni.” Fatin mengarah suaminya macam kanak-kanak rebina. Farhan membuka mulutnya.. menerima suapan kurma dari isterinya   yang telah dibuang biji...dia mula memeluk isterinya erat. Dikucupnya sekali bibir isterinya.

“ Bang jomlah kita buka..Ha pun belum makan lagi.” Sebenarnya Farhan bukannya tidur..apabila dia mendengar pintu bilik dibuka dari luar dia pura-pura tidur supaya isterinya  akan memujuk rajuknya. Ahh Farhan manjanya kian menjadi.

“Sayang dah balik?”. Satu pertanyaan yang tak releven…

“Dah..jomlah kita makan, ibu dan ayah tengah makan tu.”

“Abang rindu sayang, kenapa lama sangat naik atas tu..Ha tak ingat abang ke?.”

“Abang ni.. Ha naik tadi pun dah pukul 6 ni baru pukul tujuh setengah abang kata lama..nanti lepas solat kita naik atas ye, kesian ibu kat atas tu tak sihat.. tak ada siapa nak tolong masak.. ayah yang masak..jomlah cepat kita makan, nanti nak pergi sana lagi.”

“Ialah macam mana abang nak bangun sayang atas abang ni.” Farhan memicit hidung isterinya.

“Ohh..terlupa pulak dah sedap dapat baring kat tilam empuk lupa pulak kat mana kita ‘landing’”.

“Ialah tu.”Farhan ketawa bahagia mendengar gurauan isterinya.

Mereka keluar dari bilik, Farhan memegang kedua belah bahu dari belakang isterinya.Dia seakan menyorong isterinya keluar.

“Dia tidur bu..agaknya penat sangat masak.”

“Han ke yang masak???” ibunya pura-pura terkejut..

“Han tolong kakak sungguh-sungguh bu itu yang penat.” Farhan memberi alasan..

“Ialah tu..dah cepatlah buka tu..tenguk ayah kamu ni makan tak berbunyi-bunyi..sedap sangat ke?”

“Apa yang tak sedapnya masak lemak pucuk ubi memang ayah nak suruh ibu masakkan tapi tak tercakap lagi alih-alih balik ni dah siap masak lemak pucuk ubi..kakak ambil kat mana pucuk ubi ni.”

“Kakak petik yang ayah tanam tu..minta maaf ye yah.. tak minta izin dah ambil dulu..tadi yang sebenarnya kakak terlupa nak masak untuk kita berbuka ni..dah petang baru kakak ingat ..itu yang main ambil saja pucuk ubi ayah tu.”

“Tak apa memang ayah nak minta ibu kamu masakkan tapi tak tercakap pulak..nanti seminggu lagi dah berpucuk baru lagi lembut daunnya..ni ikan kering ni kamu dapat kat mana?.”

“Ibu kat atas memang nak bagi, tapi hari tu kakak lupa nak ambil..Atih kan belajar kat Miri dia beli banyak..ayah kat atas tu tak boleh nampak ikan kering asyik suruh goreng saja ibu takut darah tinggi ayah naik.”

“Ialah kita dah tua-tua ni kena beringat sikit…nak jaga kesihatan. Kan mencegah tu lebih baik dari mengubati”.

“Ialah tu… ibu nampak dari tadi ayah makan macam tak ingat orang..jaga lah kesihatan sikit”.

“Ibunya ni pun baru nak menikmati ikan dah kena tegur.. bukan selalu kita makan ikan masin. Ikan terubuk masin ni mana kita pernah makan, lagi pun rasanya tak berapa masin, cuba  Mah makan..sedap pulak rasa lemaknya”.

“Dah lama ibu cari ikan masin terubuk ni…kat supermarket kita tak ada”.

“Ikan terubuk masin ni memang tak ada kat sini Mah oii..kalau nak kita kena  pergi Kuching Serawak, ikan ni memang terkenal kat sana..Kalau adik kakak balik sini lagi esok kirimkan lagi ye..”

“InsyaAllah”.

Selesai mereka sekeluarga berbuka..Fatin mengemas dan mencuci pinggan manggkuk di tempat basuhan pinggan, ibu mertuanya datang menghampiri.

“.dahlah kakak kita sembayang Magrib berjemaah dulu.”

“Ialah bu tapi nanti kakak nak naik kat atas nak tolong ayah dan ibu masak.  Tadi kakak tinggalkan kesini mereka masih belum siap memasak lagi.”

“Pergilah..kat sini dah siap masak. Sempat pulak kakak buat ketupat .Siapa yang anyam ..ibu ingat nak rebus nasi impit ni dah ada ketupat daun kelapa rasanya tak payahlah…ibu dah senang tak payah buat apa-apa”.

“Kakak yang anyam tapi  abang yang isikan berasnya tadi.” Hajjah Fatimah rasa bahagia melihat anak menantunya bertolak ansur dan tolong menolong . Dia membayangkan  kebahagiaan kehidupan anaknya Farhan dikemudian hari. Kemudian dia menyambung kata-katnya.

“ lagi pun ibu dah balik ni… pergi tolong ibu kakak pulak.”  Sesungguhnya Hajjah Fatimah ibu mertua yang memahami. Selesai solat Fatin kedapur semula menyiapkan basuhan pinggannya yang terkendala.

“Dahlah kakak pergi naik atas..biar ibu yang buat tu, dah masak ni pun dah senang sangat.. kesihan ibu kamu tu pergilah..dah malam ni nanti mana tahu Farhan nak balik pulak..bukan boleh dikira sangat suami kamu tu, kalau dia kata nak balik.. dia balik.” Sedang mereka berdua didapur terjengul Fitri dipintu dapur.

“Kak tolong buatkan kek coklat tu lagi rasa macam tak cukuplah.”

“Kamu ni belum makan lagi dah kata tak cukup..ibu pun belum tenguk lagi..seloyang  takkan tak cukup, kamu bukanya suka makan kek. Ohh kat sini kamu letak kek patut ibu tak Nampak.” Fitri meletakkan kek di tepi peti sejuk agak tersorok dari pandangan mata ibunya.

“Dah habis setengah..tadi ET lapar jadi ET ‘bedallah’ ..tu tinggal lagi setengah loyang .“ terang Fitri jujur tadi sebenarnya dia tengah lapar.. Bila kakak iparnya menyuruh dia merasa rendang dan makan dengan ketupat dia merasakan ketupat hanya sedikit ditakuti tidak cukup pula untuk hidangan hari raya esok pagi .Dia mencuba makan kek coklat yang kelihatan basah dan menyelerakan. Entah kenapa seleranya sangat megemari kek coklat kakak ipar barunya…keknya terasa lembab manis tetapi terasa pahit sidikit. Mungkin coklat yang banyak menyebabkan kek itu terasa sungguh lazat di lidahnya.

‘Nanti kalau akak sempat  akak buat..ET dah taburkan coklat rise yang berwarna kat kek tu?”

“Tak sempat tabor pun dah sedap..kalau tabor lagilah, mahu ibu pun tak sempat nak tenguk kek tu.”

“Ialah tu..sebenarya kakak tak suka sangat kek coklat rasanya kan pahit sikit..tapi hanya kek itu yang kakak  pandai buat… itu yang buat kalau ada orang yang suka..bu ada loyang lebih tak, kakak nak pinjam, nanti kalau kakak sempat kakak nak buat kat rumah ibu kat atas..ibu kat atas mesti buat kek ni juga.. biasanya kakak juga yang kena buat.”

“Kakak dah biasalah buat kek tu?”

“Biasa sangat bu..apa-apa hal diorang minta buatkan kek tu..Hari jadi adik dan abang ke atau adik dan abang buat jamuan sekolah,selalu diorang minta buatkan kek ni..Kek  coklat ni kalau masukkan dalam peti sejuk pun tak apa. kata diaorang kalau sejuk lagi sedap itu yang buat banyak boleh simpan dalam peti sejuk tahan lama...”. Hajjah Fatimah menghulur Loyang kepada menantunya. Setelah mengambil loyang dari ibu mertuanya Fatin keluar mendapatkan suaminya yang sedang menunggunya diruang tamu.

“Jomlah dah malam ni, nanti kita nak balik pulak..untuk apa loyang tu, Ha.” soal suaminya bila melihat isterinya membawa loyang kosong.

“Nanti kalau sempat nak buat kek coklat lagi kat rumah ibu atas.”

“Ehh..ia tak ia kan  tadi Ha kata  buat kek mana dia?abang tak rasa pun.. tunggu abang nak rasa kek tu dulu.” Farhan merupakan pengemar kek. Tidak kiralah kek apa memang dia suka. Sepeninggalan Fatin keruang tamu tadi, ibu mertua dan anaknya Fitri mula memotong kek coklat yang sudah tinggal tiga suku Loyang. Laju langkah Farhan menghampiri ibu dan adiknya…

“ET ni kalau makan tak ingat abang Han kan ..senyap-senyap saja dia makan kek ni sorang-sorang dah tinggal banyak  tu aja. Rasa tak cukup sampai esok kan bu.. .teruk betullah ET ni.” Panjang leher Farhan menjenguk Loyang kek bila dilihat mulut adik dan ibunya penuh dengan kek.Mereka sedang makan kek buatan isterinya.

“Tulah abang Han yang merajuk buat apa Alahmdullilah ada lagi..kalau tidak nampak loyang saja.”

“ET ni jangan cakap macam tu malu dengar dek kak Fatin..ehh selalu ET tak suka makan kueh manis..ini tak menyempat pulak diam-diam dia makan sorang…tinggal banyak ni.. ibu baru makan sepotong tau Han.” ibu mereka memperkatakan bila menyedari keluarbiasaan anaknya yang seorang itu..

“Ialah ET selalu tak suka ..meh sikit nak rasa tentu sedap.”Hairan ibu dan abang dengan selera Fitri yang bukan pegemar kek menjadi suka pulak.

       Mereka bertiga beranak menikmati kek coklat didapur.  Setelah merasa merasa sepotong tidak cukup.. sepotong lagi masuk kemulut Farhan. Bila ditunggu suaminya tidak keluar-keluar Fatin berdahuluan kerumah ibunya. Mengenangkan dirumah ibunya ketupat pun belum lagi diisi. Bukan dia tidak biasa berjalan seorang dikawasan perumahan mereka setakat sepuluh buah rumah yang memisahkan rumah keluarganya dan rumah keluarga suaminya tidak menjadi masaalah. Dengan ucapan Bismillah dan Ayah Kursi, Fatin melangkah tampa memberi tahu suami dan ibu mertuanya.

“Ibu sedapkan kek ni memang tak cukup untuk besok..kita makan bertiga pun dah nak langsai ni” suara Fitri dengan mulut penuh.

“Han mana isteri kamu, dia dah pergi kerumah ibu dia ke? Cuba kamu tenguk dia kat depan tu.”

“Ada kat depan tu. Han cakap tadi Han nak rasa kek dia dulu.”Farhan menjawab soalan ibunya dengan mulutnya juga penuh.Penuh dengan kek coklat.

“Tadi kak Fatin suruh ET tabur dengan coklat rise yang berwarna ni tapi ET lupa, kalau tabor tadi tentu ibu dan abang Han tak rasa, ET habiskan sorang”.

“Ohh..ini yang ET letak kat sini ni..nanti kalau kak Fatin buat lagi ibu nak cuba tabor..agaknya lagi cantik bubuh coklat rise nikan Han?”

       Farhan tidak menjawab kata-kata ibunya kerana mulutnya masih penuh dengan kek. Dia keruang tamu, dilihatnya isterinya sudah tidak ada disitu. Dia menyugut sendirian, mula rajuknya datang kembali. Sekarang ini Farhan mudah terasa hati. Jiwa sering terusik jika tidak dihiraukan oleh isterinya.

“Dia ni pantang aku lambat sedikit dah pergi.” sugutanya didengari oleh ibunya yang kebetulan  mengikuti  langkahnya menuju keruang tamu juga.

“Kenapa Han..mana isteri kamu.”

“Dia ni pantanglah Han lambat sikit, dia dah pergi sendiri.” Farhan duduk semula disofa ibunya. Sebenarnya Farhan merasa berkecil hati seakan dirinya tidak diperlukan oleh isterinya.

“Pergilah agaknya dia baru pergi tu..lama sangat tunggu kamu tadi. Kakak cakap tadi ayah dan ibunya kat atas belum siap masak lagi. Ibu mertua Han tu tak sihat hari ni.”

“Malas Han nak pergi..biarkanlah dia..mungkin dia lagi suka kalau Han tak ada.”

“Han jangan macam tu..dia seharian kat rumah kita masak.. tak mengeluh pun.”

“Ini kan rumah mak mertua dia..suami dia ada ka sini mestilah dia ada kat sini.Yang dia asyik nak balik rumah ayah ibu dia kenapa tak tahu ke..kalau perempuan tu dah kahwin dia mesti duduk dimana suaminya duduk.”

“Han jangan cakap macam tu..Sana rumah ayah ibu dia..rumah mertua Han juga… jadi Han kena juga bertolak ansur..petang tadi  tu sepatutnya Han pergi temankan dia, ni Han duduk saja kat rumah kita kenapa?”

“Han tak biasa kat rumah keluarga dia..Han segan.”

“Han.. kita ni kalau dah kahwin dengan seseorang, kita mesti kahwin dengan keluarganya juga ..maknanya kita kena masuk juga dalam keluarga dia, jangan hanya dia saja masuk dalam keluarga kita tak adil namanya. Dia juga pemalu Han..tapi dia boleh membiasakan dan dibuangnya rasa malu kekoknya  bila masuk dalam keluarga kita. Han juga patut buat macam dia buang rasa malu Han tu. Untuk keharmonian rumah tangga.. kalau kita kahwin anak nya dengan keluarganya sekali kita kahwin tau..jangan anaknya saja yang kita ambil, keluarganya  Han tolak tepi..tak boleh macam tu.” Panjang lebar Hajjah Fatimah memberi tunjuk ajar kepada anaknya.Farhan hanya tunduk memandang lantai. Bila melihat Farhan hanya mendiamkan diri Hajjah Fatimah menyambung lagi untuk pengajaran anaknya.

“Han rasakan..kenapa keluarga mentua kamu terima kamu  tu dulu.”

“Sebab apa bu?”Farhan memandang ibu ingin tahu.

“Kata makcik Fiza..sebab Han orang sini..orang yang dekat dengan rumah dia, jadi senanglah anak perempuannya mengujungi dia kalau dia balik rumah kita… Dia akan balik rumah dia juga. Han mesti ingat isteri kamu anak perempuan tunggal mereka, mereka tak nak jauh dari anak perempuan mereka.. jadi Han harus bekerja sama dengan mereka..ibu tenguk isteri kamu tu tak ada yang kurang. Ibu mintak tolong masak dia lakukan dengan sedaya upaya sampai siap..dah siap baru dijeguk ibu dan ayahnya.. ertinya dia mendahulukan kita, mendahulukan keluarga suaminya..jadi apa salahnya Han juga bertolak ansur dengan dia.”

“Habis Han nak buat apa?”

“Hsyy Han ni itu pun ibu nak cakap..pergilah ikut isteri kamu kat rumah ibu ayah dia..kalau dia orang minta tolong, tolonglah..kalau banyak lagi nak buat, malam ni tidur rumah mereka. Yang ibu tahu rumah dia cukup bilik untuk anak-anak  diaorang..rasa-rasa ibu keluarga ada tambah bilik dibahagian atas rumah mereka..ingat tau kalau isteri kamu tak siap masak lagi, jangan balik rumah kamu ..tidur situ.”Hajjah Fatimah terpaksa memberi tunjuk ajar anaknya yang tidak pandai lagi mengedalikan hal rumah tangga dan menjaga hati pasangan dan keluarganya.

“Ialah.. Han pergi dulu  assalamualaikum.” Farhan bangun dari duduknya dan menyalami tangan ibunya.. untuk kerumah ibu  dan ayah mertuanya.

Ketika Farhan sampai kerumah ibu mertuanya dilihat isterinya sedang mengisi kelongsong ketupat dengan beras..rupanya ibu mertuanya belum lagi menjerang ketupat untuk makanan hari raya esok . Farhan memberi salam sekali lagi..kemudian dia duduk bersila disisi isterinya.

“Kenapa Ha tak tunggu abang tadi, bahaya jalan malam sorang-sorang..kalau jadi apa-apa kan susah.”

“InsyaAllah tak ada  apa..lampu jalan pun terang.”

“Lain kali jangan buat lagi tau ..apa-apa tunggu abang..abang kan ada.”

“Ialah Ha tak buat lagi..Ha tadi tu risau ayah ibu tak siap masak lagi.” Fatin memandang lembut wajah suaminya. Kemudian dengan suara manjanya dia meminta pertolongan…

“..kalau abang tak keberatan tolong isi ketupat ni macam kat rumah ibu tadi ye..dah malam ni pukul berapalah nak masak.”

“Ok meh abang tolong… banyak lagi ke?.”

“Ada  dua puluh biji lagi..ibu buat tak banyak empat puluh biji saja..tapi besar-besar” Mereka berdua mengisi ketupat di dapur, sambil berbual bual. Ketika itu kedengaran laungan azan bersahut-sahutan dari masjid dan surau berdekatan taman mereka.  Ibu mertuanya yang baru keluar dari bilik belakang menegur.

“Ohh Farhan bila sampai..ibu kat bilik tak dengar. Ibu nak ajak kakak sembahyang dulu..nanti lepas isyak kita sambung lagi.”

“Baru saja bu..Teruk ke ibu demam.”

“Tak lah teruk sangat tapi rasa sejuk sangat kalau berjalan, itu yang asyik terbaring saja tu..ingat nak suruh kakak siap ambil wuduk.. ayah dah nak solat tu..kita solat jemaah.”

“Ialah bu..tunggu sekejap Han ambil wudu’..cepat sikit Ha”

“Ialah abang ambil wudu’..kat bilik air depan..Ha ambil bilik air belakang”.
============================================================

Selepas Isyak mereka menyambung semula kerja-kerja yang terhenti..

“Haa dah habis pun..”  Kedengaran riang suara isterinya bila kerja-kerja mengisi ketupat selesai..Isterinya walaupun sudah berkahwin namun sifat keanakkan dirinya sering terserlah jika dia keriangan.  Mungkin dia terlupa mengawal bila rasa gembira. Dia terlupa nak control ayu…

“Ha ambil pressure cooker.. abang tolong susunkan dalam periuk ye.”  Setelah selesai  Farhan  menyusun ketupat kedalam periuk. Periuk diangkat dan diletakkan diatas dapur. 


         Fatin ingin memulakan kek coklatnya pula. Pada pandangan mata Farhan isterinya seorang yang cekap dalam kerja-kerja dapur..kerjanya tersusun dan kelihatannya seorang yang bersungguh-sungguh bila  melakukanya. Walaupun sejak  dari rumahnya lagi isterinya melakukan kerja-kerja itu dilihat dia masih bertenaga  dan tidak menyungut keletihan. Sedang mereka sibuk didapur terdengar riuh dihadapan rumah, rupa-rupanya adik dan abang Fatin sampai dari Kuala Lumpur. Kedengaran mereka memberi salam.

“Dah siap ke kakak..sorrylah tak dapat balik cepat...tadi kitaoarang cari barang ohh abang Han yang tolong. Sorrylah bang.” cerita adik bungsu Fatin.

“Kauorang ni saja aja  tau..tahu  ibu demam kenapa  semua ikut angah balik..kesian ayah yang masak lauk.” Ada tiga orang adik Fatin semuanya sedang bercuti. Hanya abang Fatin yang sulong sahaja yang tiada mungkin tak dapat cuti.

“Masa kita orang pergi tadi ibu ok saja..teruk ke ibu demam.” soal  ateh. Mendengar riuh suara anak-anaknya diruang dapur ibu mereka muncul lalu menyampuk.

“Ibu bukannya demam tapi kena sejuk macam selalu tu..agaknya ibu kurang darah  ni..bila ibu bangun saja ibu mengigil. Tolonglah kakak dan abang Han tu kalau ramai-ramai tentu cepat siap…” Ibu mereka sudah memakai baju sejuk yang agak tebal  dan seluar treksuit dan memakai stokin macam baju orang eskimo pun ada.

“Dah nak siap ni tinggal kek ni saja ..ibu nak buat berapa biji.”

“Buat dua jadilah kakak. Adik tolong kakak pukul telur basuh telor tu dulu…pakai dua oven kakak..cepat sikit.”

“Ok kalau macam tu kakak buat tiga biji..nak buatkan ibu kat bawah satu.”

“Satu cukup ke..buatkan lah dua..adik adik kamu semuanya balikkan Farhan.” ibu mertuanya menyoalnya pula.

“Kalau ikutkan malam ni baru sorang yang balik..abang Han tu tak tahulah balik ke tidak sebab isterinya tak berapa sihat, kata ibu teruk juga kakak ipar  Han mabuk mengandung kali ini..itu yang ibu jenguk dia siang tadi.”

“Ohh macam tu ialah lain anak lain mabuknya..kalau nasib baik kadang-kadang tak mabuk. Ikut rezeki...”

Malam itu hampir pukul satu barulah kerja-kerja memasak di rumah Haji Rasid selesai.Ketika didalam bilik mereka. Isterinya bertanya.

“Bang  nak balik ke.. tidur sini. Masak semua dah siap dah.”

“Suka hati sayanglah..abang ikut saja..tentu sayang penat dari tadi tak berhenti.”

“Kalau ikut Ha lebih baik kita balik kita bukannya jauh sangat rumah kita, lagi pun kita tak bawa baju raya pun, esok nak pakai baju apa? Abang tak kisah ke kalau kita balik. Ha takut abang tak larat nak drive aje.”

Bagai pucuk dicita ulam mendatang saranan isterinya. Bagi Farhan setelah dia berkeluarga dia lebih selesa dirumahnya sendiri. Dia tidak berapa selesa walaupun dirumah keluarganya sendiri. Entah mengapa sekarang ini fikiranya begitu. Rupanya isterinya berfikiran yang sama. Setelah berpamitan dengan ibu dan ayah mertuanya dan memberi alasan kenapa mereka tidak bermalam disitu. Mereka menuju kerumah keluarga Farhan semula.

“Entah-entah ibu dan ayah bawah dah tidur kesian pulak nak kejutkan mereka..mereka penat siang tadi dari KL”.

“Nanti abang call ET..minta dia buka pintu..pegang Loyang ni dulu” Rupanya keluarga Haji Bakar juga belum tidur lagi. Maklumlah malam raya mereka berbual anak beranak.

“Assalamulaikum..” Farhan memberi salam. Ibunya yang membuka pintu. Sebenarnya dia terkejut mendengar suara Farhan memberi salam.  Hatinya kesal dengan sikap anaknya yang tidak pandai menjaga hati keluarga sebelah mertuanya.

“Waalaikum salam..Kenapa Han tak tidur atas saja…dah siap ke kakak masak?”

“Dah bu…ketupat dan kek pun dah siap masak. Ini untuk kita..ibu kat atas suruh buat dua loyang takut esok ramai orang datang.” Jawap Fatin bagi pehak suaminya..yang terkebil-kebil seakan ibu mertuanya memarahi suaminya ketika itu.

“Alhamdullilah akak buat dua..kalau ada lebih esok ET nak bawa balik kolej sikit boleh bu.” Fitri segera menyambut loyang  kek dan mencelah perbualan mereka.

“Kalau kau suka sangat makan kek coklat tu cepat-cepatlah kahwin boleh suruh isteri kau buat kan selalu.” sambung Farhan.

“Alah.. abang Han ni nak makan kek coklat pun kena kahwin ke ?,ET tak habis belajar lagi..nak kerja lagi. Sanggup ke  abang Han nak tanggung belanja kahwin ET..”.

“Kalau abang yang tanggung baik abang saja yang kahwin..”

“Hai Han malam raya ni.. Han cakap pasal nak kahwin lagi ?”. Ibu nya memberi satu jelingan kearah anaknya…dia bimbang perbincangan yang seakan gurauan akan menjadi pertelingkahan antara Farhan suami isteri pula.. mereka tidak tahu tahap cemburu isterinya. Fitri yang faham jelingan ibunya cuba mengubah tajuk perbualan mereka…

“Abang Han..bukan semua orang perempuan tahu buat kek ni..kalau kahwin orang yang tak tahu buat kena belajar juga..nak kahwin dengan adik kak Fatin, kak Fatin pulak bukan ada adik perempuan pun.”

“Tak apa nanti akak ajarlah isteri Wan tu cara-cara nak buat kek ni buat kek ni, bukan susah sangat sekali buat insyaAllah jadi punya..”

“ET jangan lupa taburkan coklat rise tu ye  ..ehh bang jomlah kita balik dah malam ni.” Fatin meletakkan loyang keknya diatas meja dapur diikuti oleh ibu mertuanya dari belakang.

“Kakak bubuhkan sekalilah  coklat rise ni..takut ET lupa lagi nak bubuh.” Fatin mencapai coklat rise yang masih ada di atas meja,  tadi dia juga yang mengambil dari alamari dapur ibu mertuanya.

“Emm..dah bubuh lagi nampak sedap kakak, cantik pun cantik. Kakak.. ibu nak tanya ni kenapa nak balik rumah kamu..Farhan yang ajak balik ke?” ibu mertunya menyoal menantunya perlahan... menyelidik. Ketika itu Farhan bersama adik dan ayahnya diruang tamu.

“Kakak yang ajak abang balik bu..kakak tak bawa baju raya..memang cadang tak nak tidur sini.. itu yang tak bawak baju pagi tadi.”

“Ohh ingat ibu… Farhan yang tak nak tidur sini.”

“Haa..mengumpat Han lah tu” tiba-tiba Farhan terjengul dimuka pintu dapur.

“Issy kamu Han..terkejut ibu..dahlah kalau nak balik... cepat dah malam ni, esok sembayang raya kita pergi sama-sama..kena awal kamu datang sini. Kakak esok tak payah buat makan pagi… lepas subuh  datang minum kat sini.”  Farhan dan Fatin pulang kerumah mereka malam itu juga.

Perjalan tidak memakan masa yang lama ditambah sudah malam keenderaan dijalan hanya lima emam buah sahaja. Tidak sampai sepuluh minit mereka sudah pun sampai. Ketika sampai dirumah..

“Kalau abang nak masuk bilik air masuk dulu..Ha nak mandi ni, badan rasa melekit..nanti abang  tidur dulu jangan tunggu Ha dah malam ni esok abang mengantuk.” Semenangnya Farhan sudah mengantuk sudah hamper menjelang dua pagi.

       Seperti yang disarankan oleh isterinya setelah dia keluar dari bilik air, Farhan menuju kekatil peraduan mereka. Sambil menarik bantal untuk dipeluknya Farhan memejamkan matanya.Tapi lenanya tidak mahu singgah kemata. Kini sudah menjadi kebiasaan Farhan matanya tidak akan terlena jika isterinaya tidak ada disamping. Matanya tidak mahu terlena jika kepala isterinya tidak dibahunya. Farhan mengeluh  ‘lamanya dia ni mandi’. Dia terkebil-kebil  seorang diri dia atas katil memandang siling yang nampak kelam.

            Ketika pintu bilik dibuka dari luar dia dapat melihat isterinya sudah berbaju tidur yang dibelinya  seminggu yang lalu. Sudah dua kali isterinya memakai baju tidur itu. Kain setin berwarna biru lembut dan bertali halus. Dada dan belakangnya agak terdedah, jelas kelihatan kulit putih gebu isterinya. Ketika baju itu dibeli dia mendapat tentangan dari isterinya. Jika perempuan lain baju itu mungkin baju untuk kedinner atau diperagakan untuk tontonan orang ramai. Tetapi dia membeli baju itu untuk dia dirinya sendiri. Untuk melihat kecantikkan isterinya.

“Buat apa abang beli baju macam ni siapa yang nak pakai.”

“Abang nak suruh sayang pakai untuk abang saja.Pakai kat rumah atau dalam bilik kita saja. Abang nak tenguk sayang pakai seksi.”

”Hsyy abang ni macam-macam lah. Kan membazir dahlah harganya mahal. Lepas tu pakai dalam bilik saja tak rugi ke.”

“Ha pakai untuk nampak cantik dan seksi di mata abang rugi ke? Pakai cantik nak suruh orang pandang  itu yang rugi dahlah membuang duit dapat dosa lagi”.


        Akhirnya isterinya mengalah dengan kehendaknya.  Kini dijadikan baju itu baju tidurnya. Baju itu hanya untuk suaminya yang memandang..itulah permintaan suaminya tempuh hari. Bagi Farhan bila terpandang isterinya memakai baju itu jiwanya jadi bergelora. Kehangatan asmaranya menghangat selurh kalbunya. Farhan bangun perlahan menghampiri isterinya lalu memeluk dari belakang.

“Emm wanginya…” bibir dan hidungnya mula mencari sasaran, mulanya dibahu  isterinya yang terdedah kemudian kelehernya pula.

“Kenapa mandi lama sangat ..penat abang tunggu.”  Nafasnya bagai tersekat menahan gelora didadanya melihat keseksian isterinya..ditambah bau harum sabun mandian yang masih melekat ditubuh isterinya.

“Kenapa abang tak tidur lagi..kan dah lewat sangat ni, esok nak bangun pagi.” Farhan sudah tidak dapat berbicara lagi. Dia memusingkan tubuh isterinya supaya menghadap kepadanya lalu ditutup bibir isterinya dengan bibirnya supaya dia tidak dapat berkata-kata.Dia mendakap erat lalu badannya melekap kebadan isterinya rapat. Sentuhan dan belaian suaminya membuat nuluri wanita bergelora. Usapan lembut dan cukupan hangat suaminya membawanya terawang-awang. Dia lemas bila  diperlakukan oleh suaminya begitu.

“Abang…” terdengar begitu manja suara Fatin menahan cumbuan suaminya yang hangat. Kini dia sudah terlupa apa yang hendak diperkatakan.

Farhan mencempung isterinya kekatil, sebelum sempat Fatin menyisir rambutnya. Malam yang menjelang pagi tidak menghalang kebahagiaan mereka. Setelah mereka kembali kealam nyata. Fatin baring diisi suaminya kepalanya sudah diletakkan dibahu suminya. Manakala suaminya pula baring telentang seumpama orang kelelahan.Tiba-tiba Fatin bersuara.

“Bahaya kalau pakai baju ni tak sempat nak buat apa.” Farhan ketawa bila diusik oleh isterinya begitu, Dia memeluk erat isterinya. Akhirnya mereka terlena. Lena dalam bahagia.








Thursday 25 April 2013

Bab 14 Bimbang




Di Tanjung Katung airnya biru,
Disitulah tempat mencuci mata,
Duduk sekampung lagikan rindu,
Inikan pula jauh dimata.


Hari raya Haji akan menjelang beberapa hari  saja lagi.Inilah hari raya pertama Farhan dan Fatin setelah menjadi suami isteri.Sehari sebelum hari raya menjelma Hajjah Fatimah menghubungi Farhan.

“Han esok pagi boleh tak datang sini cepat sikit..ibu nak mintak tolong isteri kamu tu masak untuk raya kita.”

“Kenapa kakak kena masak untuk kita pulak bu?..ibu nak masak banyak  atau nak buat kenduri ?”

“Hyssy..kamu ni Han banyakn tanya pulak..tak boleh ke ibu nak minta tolong dengan menantu ibu tu?”

“Bukan tak boleh..tapi  tahu ke dia masak..nanti Han tanya dia..boleh ke dia tolong ibu..tapi yang sebetulnya kenapa ibu nak minta tolong isteri Han ni?”.Soal Farhan dengan nada tidak puas hatinya. Yang sebenarnya dia tidak suka jika tidak dipedulikkan oleh isterinya..Farhan sudah dapat membayangkan jika isterinya sibuk membantu ibunya memasak tentu dia akan terbiar tampa perhatian dari isterinya  nanti.

“Tadi abang Fali (merujuk Ahmad Fazdli anak sulung Hajjah Fatimah) kamu telefon..kak Hanum mabuk teruk sangat..sampai tak boleh nak bangun ..muntah-muntah dah dekat seminggu..dia minta tolong ibu datang sana, tengukkan anaknya, kesian Azmil  tak ada siapa nak tengukkan...abang kamu kata dah seminggu dia duduk kat rumah pengasuh.. tapi  lusakan nak  hari raya pengasuh dia tu nak balik kampong pulak.. Pengasuhnya nak juga bawa  siAzmil tu balik kampong dia tapi takkanlah cucu ibu tu nak berraya kat kampong orang Han.. kesian dia..abang kamu tak terlayankan dia.. ialah mana nak jaga anak  lagi kak Hanum lagi..ibu nak jenguk sekejap..boleh ye Han minta tolong isteri kamu tu.” rayu Hajjah Fatimah.

“Ohh ibu nak pergi  Cheras lah ni.”

“Ia ye Han..tapi kalau ibu pergi tak dapatlah ibu masak..kesian pulak nanti adik-adik  kamu yang dua orang tu balik nak makan apa?..jadi ibu minta tolong kakak masakkan sikit jadilah..ibu dah siapkan bahan-bahannya..boleh ye Han”
’ Tamak pulak Farhan  ni kita nak pinjam isteri dia macam macam dia tanya..dulu macam tak sayang ni nak pinjam sekejap pun banyak soalnya pulak’ bisik hati Hajjah Fatimah.

“Kalau macam tu  bolehlah esok pagi Han datang”.

“Datang pagi sikit ye Han, jangan kamu datang pukul sepuluh pulak..sebab ibu dan ayah nak bertolak lepas subuh esok,rasanya.”

“Amboi paginya.”

“Tak adalah lepas subuh szup..zup terus pergi dalam pukul tujuh pagi..sebab apa pada ibu cepatsampai cepat lah ibu dapat tengukkan siAzmil tu..ibu kesiankan dia, entah abang Ali bagi makan ke tidak.. dia tu makanya susah sikit.”

“InsyaAllah ..Han akan datang secepat mungkin”.

Kesokkan pagi nya ..Farhan sampai pukul tujuh pagi dirumah ibunya.Ketika itu ibunya sudah bersiap-siap untuk bertolak keKuala Lumpur kerumah anaknya yang sulong.Haji Bakar dan Hajjah Fatimah merasa kasihan mengenangkan  cucu sulungnya yang mungkin  terambai kerana masaalah mamanya yang sedang mabuk mengandung.Setiap kali mengadung menantunya yang sulong tu  akan mabuk hingga mendapat cuti sakit..Kadang-kadang dalam sebulan hanya beberapa hari sahaja dia dapat ketempat kerja.Masa menagdungkan Azmil juga dia begitu tetapi keadaanya akan beransur  pulih ketika umur kandunganya mencecah tiga bulan.

Sampai sahaja Farhan dan Fatin diruang tamu Hajjah Fatimah terus sahaja mennyampaikan hatjat kepada menantu yang baru sahaja menyalami dirinya.

“Kakak  ibu mintak tolong sangat-sangat… tolong masakkan ibu rendang ayam dengan rendang daging. Ayam dan daging semuanya ibu dah keluarkan dan dah rendam pun kat dapur tu”.

“Tapi kakak tak pandai nak masak rendang..kakak tak biasa sebetulnya selalu ibu atas yang masak.”

“Kalau kakak tak tahu ..nanti masa nak masak telefon ibu..ibu tunjukkan cara-caranya.” Hajjah Fatimah menoleh kepada anaknya Farhan pula.

“Han tolonglah isteri kamu masak ye..jangan tidur saja pulak..pagi ni tolong pergi pasar sebab ayah tak sempat beli santan semalam.” Farhan merenung kepada ibunya, tanda tidak puas hati.

“Apalah ibu ni ada ke kata Han tidur..dulu memang lah Han tidur tapi sekarang dah lain.” Dia mengerutu perlahan..tapi suaranya masih boleh didengari.

“Ialah sebab dululah ibu cakap macam tu nanti isteri kamu masak sorang-sorang kat dapur kamu sedap tidur pulak..tapi petang nanti adik kamu balik.. dia kata nak balik petang ni.”

“Ibu dan ayah  balik bila?” Tanya Frahan pula.

“Mah kita balik petang nanti  tau ..ayah malas nak tidur sana…ayah suka lagi solat sunat raya kat taman kita ni,  dapat jumpa jumpa kawan-kawan..lagi pun Haji Derus buat korban dia minta tolong dengan abang hari tu”.

“Kalau ayah dah kata macam tu ibu ikut saja ..tapi kita tenguk cucu kita yang kat sana dulu kesian pulak entah makan entah tidak.” Setelah bersiap-siap Haji Bakar suami isterinya bertolak kerumah anak lelaki sulong mereka di Cheras Kuala Lumpur.Sebelum bertolak sempat lagi Hajjah Fatimah berpesan kepada menantunya.

“Kakak kalau tak tahu nanti call ibu ye..kesian menantu ibu ni kena masak pulak untuk raya ni.”

“Tak apa..esok-esok kena masak juga..biarlah belajar dari sekarang.”

Sepeninggalan kedua orang ibu dan ayahnya Fatin dan Farhan berbincang apakah yang akan dimulakan dahulu. Walau Fatin tidak juga biasa dengan masak-masak yang laindari biasa tetapi pengalaman didapurnya banyak membantu dia melakukannya.

“Bang berapa ekor ayam yang nak di masak ni..jomlah kita kedapur tengok apa yang ibu dah keluarkan.”

Mereka berdua menjengah kedapur dilihat ada dua ekor ayam yang berendam dialam sebuah periuk dia atas meja dapur dan mungkin dua kilo daging masih beku lagi didalam besen yang berisi air. Farhan juga turut sama melihat-lihat kedapur.

“Sementara nak tunggu ayam dan daging ni cair baik kita kepasar dulu, kita beli santan dan kelapa parut untuk dia buat kerisik lagi pun kalau pagi rasanya orang belum ramai lagi.” Farhan memberi cadangan kepada isterinya

“Oklah jom kita pergi sekarang..kita pergi naik motor ayah sajalah..naik mkereta nanti susah nak cari parking..kalau dapat parking jauh penat pulak kita nak menapak..dahlah kita puasa ni” kata Farhan lagi. Mereka berdua menjalani puasa 9 Zulhijjah.

 Puasa ini sangat baik…Bagi orang-orang yang tidak mengerjakan Haji, marilah kita sama-sama berpuasa sunat pada hari ARAFAH PADA 9 ZULHIJJA,. Jika kita melakukan dengan ikhlas dan niat semata-mata kerana ALLAH SWT . Allah menjanjikan akan menghapuskan dosa tahun yang  lalu dan tahun yang akan datang. Berita gembira ini dari sabda Nabi Muhammad S.W.A. (Hadis riwayat Muslim).

Mereka berdua kepasar yang berhampiran dengan rumah mereka..membeli keperluan untuk mereka memasak juadah hari raya. Ketika sampai dipasar, dilihat orang sudah ramai..mungkin semuanya sedang mencari bahan untuk masakkan untuk dimasak untuk menjamu di pagi raya esok.  Ketika melintasi orang menjual daun kelapa untuk membuat ketupat isterinya bersuara..

“Bang apa kata kita buat ketupat daun kelapa..Ha..tak berapa suka nasi impit.. lagi pun nasi impit ni lama nak rebus.”

“Abang tak tahu nak anyam ketupat..nanti Ha terkejar-kejarsorang mana nak masak lagi nak anyam keyupat..sempat ke?”

“Kalau setakat tiga puluh biji boleh..nanti abang tolong isikan, Ha akan ajarkan macam mana nak isi ketupat tu nanti. Kita beli seikat cukuplah.Bang beli kacang tanah sedikit..kalau-kalau ibu nak masak kuah kacang nanti..walaupun ibu tak cakap tapi ada setengah orang kalau dah ada ketupat mesti nak makan dengan kuah kacang.”

“Ialah..Fitri lah yang tak dapatnak  tinggalkan kuah kacang ni biasanya…sekilo cukup tak,”

“Cukuplah…ibu kata masak rendang ayam dan rendang dagingkan.”

“Rendang ayam tu untuk ayah dan ibu..sebab diaorang tu ada darah tinggi..kena jaga-jaga sebelum teruk..rendang daging ni untuk kita orang..kita orang ni memang lebih suka rendang  daging dari ayam.”Farhan menerangkan kerpada isterinya satu persatu agar isterinya faham keadaan keluarganya.

“Ohh..Ok kalau macam tu kita beli dua kilo santan, tiga ikat serai, lengkuas  daun kunyit dan daun kelapa untuk dibuat ketupat.”

“Tapi serai kan banyak kat tepi rumah tu, rasa nya  ada lima rumpun serai ayah tanam..kalau yang segar tu lagi elokkan Ha.” Farhan memberI candangan kepada isterinya.

“Okjuga  kalau macam tu nanti kita ambil yang kat rumah saja.. lengkuas ada tak.”

“Abang tak tahu macam mana rupa pokok lengkluas.”

“Kalau macam tu kita beli saja…kalau tak ada nanti sudah juga.” Setelah membeli apa yang perlu mereka bergegas pulang kerumah.

Sampai sahaja mereka dirumah terus sahaja Fatin dan suaminya kedapur.Buat pertama kali Fatin memberi arahan kepada suaminya.

“Ok..mula-mula sekali abang tolong kopek bawang..Ha nak potong ayam, sementara kita sediakan bahan-bahannya, kita goreng ayam dulu.”Fatin menghulurkan bekas yang berisi bawang merah, bawang  putih kepada suaminya. Halia dan lengkuas juga dihulurkan sama.

“Nak kopek berapa banyak ni?” Farhan bertanya lagi, dia sebenarya tidak biasa lagi membuat kerja-kerja dapur maklumlah anak lelaki, ibunya pula seornag suri rumah sepenuh masa. Dahulu masa mereka masih kecil lagi mereka akan kedapur jika dipanggi dan bila waktu makan sahaja, bab masak memasak diserahkan kepada ibunya sepenuhnya. Hanya sekali-sekali membasuh pinggan dan cawan yang telah digunakan itu sahaja.

“Bawang merah tu kopeklah dua puluh biji bawang putih tu kopeklah dua labu.”

Farhan mengikuti segala arahan isterinya..dalam hatinya mungkin ibunya mahu mencuba menantu barunya tentang kerja-kerja didapur agaknya..kesalhatinya kerana menceritakan kepada ibunya yang isterinya tidak tahu memasak dulu. Lamunannya terhenti bila mendengar suara isterinya memberi arahan lagi.

“Halia dan lengkuas ni cuci dulu baru kita potong-potong.”

“Nak siang semua ke?banyak ni”  Farhan  bertanya lagi. Melihat dari gaya isterinya..rasanya dia bukan tidak tahu memasak hanya mungkin tidak mahu menunjuk pandai sahaja.

“Kita kena buat banyak sebab nak masak dua jenis kan kena banyak sikitlah.”

Setelah selesai isteriya memotong  dan mengaramkan ayam dia mengambil alih tugas Farhan pula.

“Abang  tolong  goreng ayam ni. Ha nak keluar ambil serai kat luar..ambil banyak tak apa ke?.”

”Tak apa… takkan ayah dan ibu nak marah bukan kita nak jual..kita nak masak untuk diaorang juga.”

“oklah..Ha keluar dulu ambil serai..tapi tengok minyak dah panas tu masukkan ayam perlahan-lahan jangan sampai terperecik kena tangan pulak nanti.” Fatin keluar mengambil serai ditepi rumah yang ditanam oleh ibu dan ayah Farhan.

Rumah keluarga Farhan adalah tumah teres dibahagian tepi sekali.Ada sedikit ruang untuk bercucuk tanam. Ayah dan ibunya memenefaatkan untuk menam serai pokok ubi kayu dan cili api.  Ketika isterinya terjengul di pintu dapur Farhan bertanya kemuskilan didalam hatinya…

 “Ha..kenapa ayam ni digoreng dulu… ayam ni nak masak rendangkan.. abang rasa ibu tak goreng kalau dia nak masak rendang.” Ketika itu ayamnya sudah pun berenang didalam minyak panas didalam kuali...baru dia teringat cara ibu memasak rendang ayam.

“Ha rasa elok goreng dulu sebab kita masak pagi lagi ni, takut daging ayam ni cepat hancur bila selalu dipanaskan nanti..kata ibu kat atas kalau kita goreng ayamnya dulu rendang kita tak cepat basi. Lagi pun ayam ni ayam kurung.. dagingnya lembut..kalau ayam kampong atau ayam telur lain sikit dagingnya keras.”  Panjang lebar Fatin menerangkan cara kelurganya memasak rendang. Ialah setiap orang lain caranya…tetapi bahanya dan rasanya juga mungkin tidak banyak berbeza.( Ayam telor sama dengan ayam pencen (pencen bertelor)).

“Ohh macam tu…”

“Abang tolong mesinkan ni kalau dah agak hancur masukkan pula bawang  ni ye. Ha nak mula mengayam pula.” Fatin menghulur jag yang mengandungi serai lengkuas dan halia yang sudah diricih tadi.

Fatin mengambil daun kelapa yang dibelinya tadi. Dia mula  mengayam ketupat pula. Dia diperhatikan oleh suaminya dengan terpengun…berdetik dihati suaminya ..sungguh cekap isterinya mengayang ketupat. Bersimpul-simpul daun ketupat ditanganya, sementara  jari jemarinya bagai menari dengan rancak.

“Macam dah biasa Ha mengayam ni. “

“Ialah dah tiap-tiap tahun mengayam ..lagi kan baru raya hari tu mengayam, skillnya tak hilang lagi.Ini yang laju ni “ Farhan tersenyum mendengar jawapan isterinya.

“Kat rumah atas tu siapa lagi yang pandai mengayam ketupat.”

“Kat rumah atas banyak yang tahu..ayah, ibu dan adik pun pandai..hanya abang Ha yang dua orang tu sahaja yang tak tak tahu nak ayam..diaorang berdua tu malas nak belajar tapi bahagian dia kena isi ketupatlah pulak.. yang sebenarnya mengayam ketupat ni seronok kita orang berlumba-lumba siapa banyak dulu tau. Kat sini takada orang nak lawan dengan Ha tapi tak apa ni nak tunjuk keistimewaan Ha pada abang….bertambah tak,  sayang abang pada Ha.” Farhan menhampiri isterinya dia memeluk isterinya dari belakang.

“Bang janganlah Ha dah berpeluh ni busuklah.”

“Abang nak bagi tahu Ha ni..Ha busuk ke..  Ha tak pandai ayam ketupat ke, memang abang tetap sayang sangat dengan Ha..tak sebabnya Ha ada kelebihan baru abang sayang  Ha tau, abang sayang Ha sebab Ha isteri abang..bukan sebab lain”.

“Ialah-ialah..Ha percaya..abang tengukkan ayam dalam kuali tu nanti hangit pula”. Fatin mencari alasan supaya pelukkan dirinya dari dilepaskan oleh suaminya.  

Walaupun sudah sebulan mereka menjadi suami isteri, dia masih malu dengan perlakuan suaminya..apatah lagi diluar bilik dan dirumah mertuanya pula. Tetapi didalam hatinya dia merasa  sangat besyukur walaupun mereka baru sahaja mengenali antara satu sama lain, baru sebulan usia pernikahan mereka, namun terasa kasih sayang antara mereka berdua melimpah ruah. Belum ada lagi pertelingkahan antara mereka lagi. Dia sangat bahagia.Dan menharapkan keadaan itu berkekalan hingga keakhir hayat.

Hampir tengahhari kerja-kerja mengoreng ayam dan mengayam ketupat selesai.Fatin mengajar suaminya mengisi ketupat pula. Ketupat diisi dengan beras yang telah dibasuh dan ditoskan dulu airnya terlebih dahulu.

Tadi sampai sahaja mereka dari pasar tadi Fatin memasukkan kelapa parut kedalam dapur pembakar. Begitulah cara ibunya membuat kerisik. Dengan cara itu kelpa parut akan lebih garing, dan akan berwarna perang pekat dan tahap kehangusan juga akan berkurangan berbanding digoreng didalam kuali tampa minyak..Ketika dia memasukkan kelapa parut didalam dapur pembakar perbuatanya juga ditegur oleh suaminya..

“ha nak buat apa pasang api kat oven tu..kita nak bakar kek ke?..kalau ada kek raya ni sedap juga kan Ha.” Rupanya Farhan pengemar kek.

“Abang nak makan kek ke? Abang suka kek apa?”

“Apa-apa kek pun tak apa asal kan kek..tapi abang tak makan kek kat bekery..takut ada bahan yang tak halal..walaupun ada cop halal kat situ. Tapi kalau tak sempat nanti tak payahlah. Ni nak buat apa Ha pasang oven ni.”

“Ha nak goring kerisik”

“Bukan ke kerisik tu kelapa parut yang digoreng tampa minyak dalam kuali.” Farhan terbayang orang bergotong royong mengacau keresik ketika kehenduri perkahawinan abang  Fadlinya dahulu.

“Betullah tu..tapi Ha nak masak kerisikkali ni pakai oven ..senang  tak payah nak kacau selalu..masak nya pun rata..jadi tak banyak ambil masa kita”.


==========================================================

Fatin  mula menghubungi ibu mertuanya.cara-cara memasak rendang.

“Assalamulaikum..ibu nak masak  dua ekor ayam ni kan, guna cili apa?
cili kering ke… cili api..bu.”

“Waalaikumsalam..cili kering..semuanya ibu dah mesinkan ada dalam peti sejuk tu yang mangkuk besar sikit tu untuk rendang ayam dan yang kecil sikit tu untuk rendang daging..tapi kalau kakak nak pedas sikit masukkan cili api pun ada kat situ.”

“Ok kakak nak masukkan sikit cili api..Ibu masak rendang ni pakai kerisik tak?.”

“Suka hati kakak lah pakai pun tak apa, tak pakai pun tak apa..ikut kakak macam mana nak buat lagi pun ibu terlupa nak beli kirisik  semalam..oh ye kakak, ibu lupa nak cakap kalau tak sempat nanti, nasi impit ibu yang rebus..kita rebus malam nanti..biasa pun ibu rebus malam.”

“Oklah bu.. kalau kakak tak tahu nanti kakak call lagi ye..assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam” Kemudian Hajjah Fatimah meluahkan rasa bimbangnya kepada suaminya.

“Entahlah bang..ada ke rendang kita raya esok.”

“Kenapa Mah..Fatin kata dia tak tahu nak masak ke?.”

“Tidaklah juga dia kata tak tahu nak masak tapi..Mah rasa macam dia tak tahu..betul kata Farhan hari tu isteri dia tak tahu masak yang lain dari biasa.. sebab kalau masak yang  agak susah ni emak dia yang buat.”

“Alah  Mah sepatutnya kita dah  tahu itu… diakan anak perempuan seorang, kalau kita pun entah-entah awak tak kasi dia kedapur langsung, takut terpotong jari atau melecur tangan” Kedua-dua mereka ketawa terasa lucu pula.

“Syyy perlahan sikit bangun pula Azmil nanti..yang macam tu abanglah.. nasib baik kita tak ada anak perempuan kalau ada tentu manja.” Ketika itu mereka berdua sedang menidurkan cucu mereka yang berusia dua tahun, didalam buanian. Kedua anak dan menantu mereka keklinik berdekatan mencari ubat untuk alahan mengandung isteri Ahmand Fadli  yang baru hamil tiga minggu.

Hampir pukul empat petang kerja-kerja memasak Farhan suami isteri selesai. Masak rendang ayam , rendang daging dan juga ketupat mereka. Ketika Fatin sedang mengangkat ketupat..

“Bang semuanya dah masak..kalau abang nak rehat pergilah rehat sementara tunggu asar ni.”

Farhan kelihatan keletihan seharian menolong isterinya didapur.Kebetulan pula mereka berdua berpuasa sunat 9 Zhulhijjah. Farhan menuju kebiliknya dahulu, tetapi sekarang ini bilik itu di huni oleh adiknya yang bungsu kerana dia sudah duduk menyewa bersama isterinya.

Manakala Fatin didapur meneruskan  misinya dia ingin membuat kek coklat kegemaran keluarganya. Resipi itu diajar oleh ibunya ketika dia tingkatan lima. Buat masa sekarang ini dia lebih mahir memasak kek itu dari ibunya sendiri. Setiap kali hariraya ibunya akan menunggu dia pulang untuk memasak kek itu. Dia mecari bahan yang mahu digunakan untuk membuat kek didalam almari dapur ibu mertuanya.Semua bahan yang diperlukan ditemuinya lalu dia memulakan misinya. Hampir pukul lima petang keknya juga telah masak. Dia mengejutkan suaminya yang tertidur..

“Bang bangunlah..kita solat asar” Ketika mereka mahu memulakan solat kedengaran orang memberi salam diluar rumah..bila dijengah adik Farhan yang bungsu tiba dengan menaiki sebuah motorsikal. Ahmad Fitri yang sedang belajar di Universiti Tun Hussin On di Johor.

“Assalamualaikum…ehh kak Fatin..ibu mana?.”

“Waalaikumsalam ibu pergi KL dengan ayah..akak dengan abang Han baru nak Asar ni”.

“Oklah ET  pun belum sembayang lagi ni.”

“Nak jemaah ke?..akak cakap dengan abang Han tunggu dulu.”

“Boleh juga..tunggu sekejap,  ET  ambil wuduk” Farhan dan Fatin menunggu adik mereka diruang tamu. Selesai bersolat Fatin menyambung kerjanya dia dapur.

“Dahlah tu sayang..rehatlah tak penat ke dari pagi tak berhenti.” Farhan menegur isterinya yang masih didapur entah apa yang dilakukan. Dia menegur isterinya diambang pintu biliknya yang berdekatan dapur.

“Kejap lagi sebab nak buat ‘topping’ untuk kek coklat ni.”

“Ehh Ha masak kek juga ke? Kan abang kata kalau tak sempat tak payah buat”.

“Dah masak pun bang..tinggal buat toppingnya sahaja..Ehh bang ...kita nak masak makan malam juga kan bang.”

“Ia tak ia kan… tak kan nak makan ketupat saja buka nanti..Ha nak masak apa?” Soal Farhan ingin tahu menu berbuka mereka nanti. Mereka berdua  terlupa untuk menyediakan makan untuk berbuka  petang nanti..

“Nampak  ada pujuk ubi ibu gemuk  tepi rumah tu ..kita masak lemak pucuk ubi untuk kuahnya, untuk lauknya makanlah rendang ayam boleh tak bang?.”  Laju sahaja Fatin mengerjakan masak malam mereka yang dirasanya sudah terlambat, mungkin tidak lama lagi ibu mertuanya akan sampai pula. Ketika itu adik iparnya Wan menjengah kedapur.

“Kak Fatin masak apa hari ni?.”

“Akak masak rendang ..tapi terlupa pulak nak masak makan malam kita nanti..ni akak baru jerang nasi ni..nak keluar ambil pucuk ubi..kita masak lemak ubi pulak, lepas tu kita gorenglah sikit ikan kering tentu sedapkan?.”

“ET dah lapar ni..ehh akak dengan abang tak makan tengahari ke?.”

“  Kami puasa..itu yang terlupa tu.. Kalau  ET lapar makanlah ketupat tu dengan rending boleh ET rasakan sekali rendang tu..tapi panas lagi...”. Ketika Fitri merasa masakkan kakak iparnya.Terdetik didalam hatinya.Sedap juga masakkan kakak ipar barunya lebih kurang masakkan ibunya sahaja tetapi lebih pedas sedikit.

“Ok…sedaplah ni. Masinya cukup manisnya pun cukup.” Farhan menjengah kedapur  bila terdengar suara orang bercerita didapur, tiba-tiba hatinya menjadi cemburu pula dengan adiknya sendiri. Walhal bukan dia tidak tahu adiknya yang seorang ini, seorang yang peramah dan manja.Dia cepat mesra walau dengan siapa dia bergaul.Inikan pula kakak ipar yang dikenalnya. Ahmad Fitri mengenali Fatin semasa di sekolah rendah lagi. Mereka bersekalah disekolah yang sama.

Dua tahun mereka bersekolah di sekolah yang sama. Ketika Fatin didarjah  lima dan enam dan  Fitri ketika itu di darjah satu dan dua. Lagi pun Fitri berkawan dengan dua adik Fatin Najiha Ateh dan Uda. Ateh tua setahu dari Zakuan manakala Uda pula muda setahun dari Zakuan.Hanya  adik Fatin yang kecil sekali tidak berapa rapat kerana adik mereka yang kecil agak pemalu dan  jarang keluar rumah. Sesekali mereka ada juga bertegur sapa ketika terserempak disekolah.. kerana mereka jiran selorong. Tetapi rasa cemburu dipendamkan sahaja dia dalam hatinya.Walau bagai manapun rajuknya datang mengusik hatinya.

“Bang lepas masak ni rasanya Ha nak naik atas nak jumpa ibu boleh.” Oleh kerana kedudukkan rumah keluarga Fatin dia atas bukit manakala kedudukkan rumah keluarga Farhan pula dibawah bukit jadi selalu mereka akan mengatakan ibu atau ayah atas dengan ibu atau ayah bawah.

“Pergilah..dah siap masakkan.”

“Dah untuk makan malam Ha masak lemak pucuk ubi tak payah sayur ye bang..pujuk ubi tu Ha masak banyak,  lauknya Ha rasa cukuplah makan rendng ayam tu saja ye bang.”

“Oklah tu..pergilah kalau dah siap.” Tujuan dia mengesa isterinya kerumah ibu dan ayahnya supaya dia tidak dapat berbual-berul dengan adiknya..Ahh Farhan cemburunya tidak dapat diduga..Ketika Fatin melintasi ruang tamu dia bertembung dengan adik iparnya Fitri.

“Ehh akak nak pergi mana tu..”

“Akak nak pergi rumah ibu akak kat atas..ohh ye kalau kek tu dah sejuk nanti ET tolong taburkan coklat rise yang berwarna-warni tu atasnya ye ..Coklat ries ada akak letak atas meja tu..tinggal tabor saja.”

“Ok..abang Han tak ikut ke?.”

“Entahlah..tak payahlah agaknya,  bukannya lama nak naik sekejap saja.. lepas tu akak  turun balik”. Farhan hanya mendengar perbualan isteri dan adiknya diruang tamu, dia sendiri masuk kebilik untuk merehatkan badan yang terasa lesu mungkin kerana dia  berpuasa. Oleh kerana rajuknya dia membiarkan isterinya seorang diri kerumah  ayanh dan ibunya. Fatin pula masih belum memahami tingkah dan kesukan atau kebencian suaminya ialah maklaumlah mereka baru sebulan sahaja duduk sebumbung.Tampa menghiraukan rajuk suaminya ditinggalkan suaminya sendirian dirumah.

Fatin memberi salam dan masuk kerumah ibu dan ayahnya yang berselang hanya sepuluh buah rumah dari rumah ibu mertuanya. Didapatinya ibunya sedang berselimut kesejukkan tetapi masih kedapur juga kerana tiada siapa untuk membantunya.Haji Rasid pula sedang mengacau rendag.

“Ohh..kakak kenapa tak balik pagi..ibu kau ni kena sejuk pulak tak ada siapa yang nak masak.”

“Kakak ada dari pagi tadi lagi tapi masak kat bawah, ibu mertua kakak pergi KL, kakak ipar Farhan tak sihat. Mereka ke sana sebab cucu dia tak ada siapa nak jaga mereka risaukan cucunya...ibu dah siap masak ke?.”

“Belum lagi kakak..ni ayah kau tengah kacau rendang dah nak kering tu kakak cuba rasa masinnya.”

“Kakak puasa hari ni bu… ibu dan ayah tak puasa ke?”

“Puasa juga…tak apalah nanti lepas buka rasalah ayahnya.”

“Ibu dah masak untuk buka.”

“Dah kakak..ayah yang yang masak nasi tadi..tapi makan lauk semalam saja..semalam ibu masak lemak cili api udang dengan pegaga itu yang masih ada lagi, kemudian ayah dah asingkan sedikit ayam goring untuk lauknya. Hari ni semuanya ayah yang buat..ibu hanya tenguk-tenguk sikit saja..ketupat pun belum diisi lagi tapi tak apa kita masukkan dalam presser cookermasak malam pun ok.”

 “Kesian ayah…mehlah kakak kacaukan pulak rendang tu. Tadi kat rumah bawah kakak rebus ketupat juga guna presser cooker dua jam dan masak dalam periuk biasa satu jam kakak dah angkat agak-agak masak tak bu. ”

“Masaklah tu..biasanya  ibumasak macam  tu juga dua jam guna presser cooker sejam lagi guna periuk biasa.”Itu adalah kebiasaan Hajjah NorAini memasak ketupatnya. Setelah ketupat dimasak didalam presser cooker. Dia akan mengankat dan membuang  air rebusan tadi. Digantikan pula  dengan air bersih keperiuk besar yang lain dan merebusnya sekali lagi selama satu jam.

“Kakak nak tolong apa ni lagi yah”. Fatin menanti tugas yang akan diarahkan oleh ayahnya.

“Kakak..kalau kakak nak tolong..tolong ayah gorengkan ikan masin  yang dah ayah basuh tu.”

“Yah..goreng lebih sikit boleh tak yah, nak bagi ibu dan ayah kat bawah,  tadi kakak lupa masak untuk buka itu yang tak asingkan sikit ayam goring untuk lauk buka ni..tapi kuahnya dah siap lah kakak masakan masak lemak pujuk ubi saja kalau jodohkan dengan ikan kering sedapkan yah.”

“Sedap tu..Gorenglah ambil lagi dalam peti sejuk sebelah atas.”

“Ibu memang nak bagi ikan masin tu tapi lupa pulak nak cakap dengan kakak hari tu..Ateh beli banyak …ayah kakak ni bukan boleh makan banyak sangat, nanti naik darah tingginya tapi kalau dah nampak asyik nak oreng saja ayah kakak ni.” Fatin menyambung kerja-kerja memasak ibu dan ayahnya.Ketika azan berkumandang dimasjid berdekatan telefon bimbitnya berdering minta diangkat.Apabila dilihat nama ibu mertuanya tertera.

“Assalamualaikum..ibu kat mana ni?”

“Waalaikumsalam ibu dah sampai tadi lagi..adah ada kat rumah ni..Fatin tak buka sini ke?”

“Rasanya tak lah bu.. kakak nak tolong ibu sini masak pulak..ibu tak sihat ni dia tak siap masak lagi.”

“Kakak rasanya kakak kena balik kejap, buka kat sini..suami kamu tu tak nak makan kalau kamu tak ada..dah azan ni dia masih dalam bilik..balik kejap kakak.. tapi nanti jangan cakap kat Farhan  ibu yang panggil kakak balik ye.” lembut Hajjah Fatimah menuturkan takut kalau-kalau menantunya yang baru ini kecil hati.

“Ialah kakak cakap dengan ibu dan ayah dulu.”Fatin bergegas pulang kerumah ibu mertuanya kembali. Sampai dipintu rumah keluarga mentuanya Fatin memberi salam. Apabila mendengar suara menantunya Hajjah Fatimah memanggil anaknya Farhan.

“Han pergi bukakan pintu isteri kamu tu, pintu berkunci agaknya.”Farhan pura-pura tidak mendengar panggilan ibunya.Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja didalam bilik. Rajuk hatinya minta di pujuk sebenarnya.  Bila terasa lama ditinggalkan isterinya hatinya yang merajuk sedikit tadinya,  makin bertambah. Dia terasa dirinya sudah dilupakan oleh isterinya..Hai Farhan begitu pula yang ada didalam hatinya.