~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 25 August 2012

Bab 9. Jangan ada rahsia



Gaya tak berpaling,
 Tapi mata menjeling.

               Menu makan malam NurJannah pada malam itu cukup mudah, ikan sardin tin ditumis bersama cili api dan bayam masak rebus. Sebelum memulakan kerja memasaknya NurJannah membaca Bismillah dan Umul Kitab yaitu surah Al-Fatihah. Itu adalah ajaran neneknya dikampung dulu agar kita mendapat ganjaran pahala apa yang kita lakukan dengan nama Allah. Dia mula megeluarkan bahan-bahan untuk dimasak hari itu ‘Janji kenyang dan boleh tarik selimut malam ini. Oklah tu…’ fikir mudah Nur Jannah.

Bagi Nur Jannah, memasak bukan perkara yang rumit. Sejak di tingkatan satu lagi, dia sudah mula memasak untuk datuk dan neneknya. Waktu itu dia bersekolah pada sesi petang. sementara datuk dan neneknya pergi menoreh getah, Nur Jannah akan mengemas rumah, membasuh pakaian dan menyediakan makanan tengahari untuk mereka bertiga supaya ringan beban neneknya selepas membantu datuknya di kebun.

Itulah cara Nur Jannah meringankan kerja-kerja neneknya. Walaupun Nur Jannah adalah cucu tunggal yang manja, tapi manjanya bertempat. Ini kerana, dia tetap membantu datuk dan neneknya membuat kerja-kerja rumah tanpa mengeluh. Bagi datuk dan neneknya walaupun NurJannah cucu tunggal mereka, dia diwajibkan juga memebuat kerja-kerja rumah dan memasak bukan untuk diri mereka sahaja malah untuk kepentingan diri cucunyaitu sendiri. Cara itu merupakan latihan untuk dirinya, agar boleh berdikari bila mereka berdua sudah tiada nanti. Kalaupun Nur Jannah sudah berumah tangga ilmu itu juga berguna untuk dirinya. Dengan kata lain cucunya yang manja itu terpaksa diajar dengan ilmu rumahtangga. Nur Jannah sering diingatkan oleh datuk dan juga neneknya.. Kata mereka setiap kali seorang isteri membuat sesuatu kebajikkan untuk suaminya dengan niat kerana Allah dia akan mendapat pahala, itu adalah janji Allah kepada umat manusia, janji Allah kepada seorang wanita yang bergelar isteri.

Istilah ‘manja’ pada Nur Jannah adalah berbaring di ribaan neneknya, atau sesekali kalau dia tidak sihat dia akan tidur di bilik datuk dan neneknya, atau mengikuti kedua datuk dan neneknya pergi ke mana sahaja, itulah istilah manja bagi Nur Jannah. Tetapi membantu neneknya di dapur dan memebuat kerja rumah itu merupakan tanggungjawab yang mesti di lakukan untuk menunjukan yang dia kasih dan sayang kepada mereka selain untuk meringankan kerja-kerja nenek dan datuknya.

Sejak masuk ke dapur lagi Nur Jannah sudah berkira-kira dalam hati dia ingin masak lempeng cicah sambal sadin untuk sarapannya esok pagi. Dia mengikuti kebiasaan neneknya dikampung akan memasakkan lempeng untuk sarapan pagi bila ada kuah kari atau masak lemak ataupun sambal semalam yang tidak habis. Ahh..sedapnya hingga menjilat jari NurJannah membayangkan kelazatan masakkan neneknya. Kenangan NurJannah kezaman silam bersama nenek dan datuknya dikampung Kuala Selangor terbayang-bayang dirunag mata. Dia tersenyum sendirian.

Walaupun dikepalanya sibuk memikir menunya untuk esok pagi bibirnya pula terkumat-kamit perlahan seolah-olah dia sedang bercerita ketika dia memasak. Apakah yang di bicarakan oleh Nur Jannah seorang diri di dapur. Ini ada satu kebiasaan yang baik untuk di contohi dari Nur Jannah. Sepanjang waktu memasak Nur Jannah memastikan dirinya berwuduk. Ketika membasuh apa sahaja yang hendak dimasak dia akan berselawat keatas nabi dan ketika memasak pula dia akan membaca surah TOHA.. ayat satu hingga ayat lapan diulang-ulang sehingga dia habis memasak. Ilmu itu dipelajari dari neneknya. Kata neneknya amalan elok diamalkan supaya masakkan yang dimasak mendapat keberkatan dari Ilahi. Orang yang memakan juga mendapat keredaan Allah. Begitulah datuk dan neneknya memberi tunjuk ajar kepadanya agar hidup kita sentiasa dalam keredhaan dan lindungan Ilahi dan Nur Illahi mendakapnya walau dimana dia berada.

Nur Jannah sudah terlupa suaminya diruang tamu. Didalam hatinya mengatakan tentulah suaminya telah pergi. Pada kebiasanya suaminya itu akan keluar semula selepas selesai mandi dan bertukar pakaian. Dia tidak menghiraukanya apa yang berlaku diruang tamu. Perutnya sudah lapar kerana seharian tadi dia tidak menjamah makanan. Dia hanya meminum air kosong sahaja sepanjang hari itu. Setelah kerja-kerja di dapur sudah selesai. Dia mula menghidang makananya diatas meja makan dan mula mengambil pinggan.

“Hmm.. Nasi, lauk dan sayur pun dah masak …apalagi makanlah, perut pun dah berdendang minta diis.i”  tutur Nur Jannah perlahan untuk dirinya. Dia tersenyum sendirian memandang rezekinya petang itu. ‘Alhamdulliah’. Bisik hatinya bersyukur diatas rezeki yang telah diuntukkan kepadanya malam itu. Sememangnya hari ini dia lapar kerana tidak membawa bekalan pagi tadi. Nasi goreng untuk bekalnya pagi tadi telah di makan oleh suaminya yang tidak di sangka-sangka bersarapan bersamanya. Entah apalah mimpinya malam tadi tiba-tiba minum pagi di rumah bersamanya pula.

Nur Jannah mengangkat tangan memebaca doa makan, Bismillahirahmannirohim Allahuma bariklana Fimarazaktana Wakina Azabanar. Ertinya Ya Allah berilah keberkatan kepada kami diatas rezeki yang telah engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azaapi neraka. Lalu dia meraup kedua belah tanganya kemuka.

Ketika dia memulakan suapan pertamanya bila ditegur oleh suaminya yang sedang berdiri di ambang pintu bilik utama mereka. Alangkah terkejutnya Nur Jannah hingga tersedak dan terbatuk-batuk di buatnya. Pedih sungguh anak tekaknya almaklumlah tersedak sambal sardi cili api.…Nur Jannah menepuk-nepuk dadanya…sambil tangan kanannya mencapai gelas air suam yang ada dihadapanya lalu meminumnya.
“sorry..sorry abang terkejutkan Jannah.” Kata suaminya dengan rasa bersalah sambil berjalan menghampiri meja makan.

“Abang nak makan ke?, tapi Jannah hanya masak sambal sardin dan bayam merah masak rebus saja ni.” Nur Jannah bertanya setelah batuknya reda. Tetapi dahinya masih berkerut menahan kepedihan tekakanya.

“Boleh juga nampak macam sedap saja lauk Jannah malam ni” Tengku Farid sudah duduk di kerusi di hadapan isterinya sambil pandanganya memandang lauk di atas meja. Sambal sardin yang dihiasi dengan bawang besar dihiris bulat dan sayur bayam yang berwarna merah airnya. Kelihatanya sungguh menyelerakan. Hidangan Jannah malam itu lain dari hari-hari kebiasaanya jika dia makan bersama-sama kawan-kawanya dihotel atau direstoren. Hatinya ingin mencuba masakkan makan malam isterinya. Nur Jannah bingkas bangun menuju ke dapur sambil berkata…

“Tunggu sekejap Jannah buat telur dadar…kejaaap saja.” Nur Jannah memanaskan kuali dan menuang sedikit minyak masak ke dalamnya, memecah dua biji telur yang telah di basuhnya terlebih dahulu kedalam mangkuk dan menghiris sebiji bawang besar lalu dimasukkan kedalam telur tadi, dikacau dengan sedikit garam, apabila minyak di kuali panas dia memasukkan bahan tadi, sudah siap pun telur dadarnya. Sungguh cekap dia membuat kerja-kerja itu. NurJannah meletakkan sepinggan nasi yang masih berasap nipis di hadapan suaminya dan sepiring telur dadar yang di goreng bersama hirisan bawang besar diatas meja sungguh harum baunya membangkitkan selera.

“Cepatnya Jannah masak tak sampai 15 minit omelet dah siap.”

“Bukannya susah pecahkan telur kacau lepas tuang dalam kuali, lainlah kalau masak daging nak kena rebus sampai lembut.” jawab isterinya selamba. Tidak membayangkan sedikit kesusahan pun. Petang itu mereka makan sambil berbual-bual.

“Jannah memang selalu makan malam cepat macam ni ke… ni baru pukul 6.30 dah dinner, tengah malam nanti tak lapar ke?” bicara Tengku Farid beramah mesra sambil menyuap nasi ke mulutnya.

“Kalau lapar nanti Jannah buatlah air milo makan dengan biskut kering cukuplah, tapi biasanya Jannah jarang lapar sebab Jannah dah terbiasa makan waktu begini sejak dari kampung lagi. Nenek dan datuk Jannah jarang makan selepas Magrib. Jadi macam dah terbiasa. Lagipun bila duduk sorang macam ni Jannah jadi pemalas, bila dah malam tu ingat nak golek-golek saja atas katil.” jawab Nur Jannah bersahaja.

“Penat sangat kerja kat office ke?”

“Taklah penat sangat..Jannah ni tolong-tolong nenda saja..tapi tak tahulah..agaknya dah tak ada aktiviti-aktiviti lain..itu yang jadikan badan kita malas.” Dia memandang wajah suaminya lalu menyambung bicaranya…

“Kesian abang.. sesekali abang makan kat sini lauk sadin saja, kenapa tak cakap nak makan sini tadi, kalau tidak boleh Jannah beli lauk kat restoran seberang jalan ni saja.” Nur Jannah menyambung bualnya. Sesuap demi sesuap nasi masuk kemulut Tengku Farid tak sedar sudah satu pinggan habis, tapi selera masih mahu dilayani lagi. Tengku Farid menghulurkan pinggan yang telah kosong kepada isterinya lalu…

“Abang rasa macam nak tambahlah Jannah.. ada nasi lagi tak?.. rasa sedap pula sambal sardin ni,”

“Nasi kosong satu ” Nur Jannah memandang ke sisi seolah-olah ada pelayan yang akan melayan mereka, berguraulah tu. Dia ke dapur mengambil nasi untuk suaminya. Tengku Farid tergelak kecil.Lucu juga isteri aku ni desis hatinya.

“Nasi kosong satu siap” Nur Jannah menghulurkan pinggan yang telah di isi nasi kepada suaminya.

“Luculah Jannah ni..sup bayam ni pun sedap tapi rasa macam berbahang sikit..tapi Jannah kenapa warnanya merah?.. Jannah bubuh sirap ke.” Sewaktu isterinya mengambilkan nasi untuknya tadi, dia menyudu dan menghirup kuah bayam yang berwarna merah..terasa sedap pula dilidahnya. Tengku Farid meletakkan sudu ditangannya dan menyambut pinggan yang di hulurkan oleh isterinya yang telah diisi dengan nasi.

“Nanti masuk buku tiga lima ye bayar hujung tahun.” balas Tengku Farid sambil tergelak menyambung gurauan isterinya tadi.

“Takadanya bubuh sirap.. bayam merah ni kalau dimasak memang macam ni, warna dari daunnya yang keluar. Tu air nya jadi merah.”

“Kalau bayam hijau airnya jadi hijau ke Jannah.”

“Kalau bayam hijau tidak pula..airnya tetap jernih..mungkin ada keistimewaan bayam merah ni..Jannah pernah baca dalam satu artikal dulu. Sayur bayam ni banyak khasiatnya. Dia megandungi kalsiam. Sesuai untuk orang orang yang ada sakit kurang darah atau animea tapi yang paling bagus untuk orang mengandung adalah bayam merah kerana bayam ni boleh meningkatkan kandungan Hemoglobin dalam darah.”

Seronok makan malam hari itu, kerana ada teman berbual, itulah yang di rasakan Nur Jannah petang itu. Bagi Tengku Farid juga rasa seronok juga, sesekali lari dari topik-topik serius bila berbual dan dapat juga mendengar ceramah kesihatan walau pun tidak pasti akan kebenaran akan kata-kata isterinya tadi.

Selesai makan Nur Jannah sibuk mengemas dan membasuh pinggan mangkuk di dapur, sementara suaminya duduk kekenyangan berehat di atas sofa di ruang tamu sambil menonton televisyen. Selesai mengemas Nur Jannah ke ruang tamu mendekati suaminya.
“Kalau abang nak keluar nanti tolong kunci pintu ye” Tengku Farid hanya memandang tanpa reaksi.

Nur Jannah masuk ke bilik mengambil pakaianya serta tuala mandi untuk mandi di bilik air dapur. Untuk mandi di bilik air di dalam biliknya di takuti Tengku Farid ingin menggunakan bilik air tersebut sebab di lihatnya Tengku Farid masih belum mandi dan belum juga menukar baju kerjanya lagi. Selesai mandi dan berwuduk Nur Jannah menjenguk ke ruang tamu namun dilihat suaminya masih lagi duduk disofa leka menonton televisyen pula.
‘Kena sembayang di bilik sebelah nampaknya’ gumam Nur Jannah perlahan. Tengku Farid pura-pura leka menonton tv tetapi sebenarnya ekor matanya memerhatikan pergerakkan isterinya. Bakat orang ‘gaya tak berpaling tapi mata menjeling’.


No comments:

Post a Comment