~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 12 May 2015

Nur Hidayah 59



Dapat sikit sangat tapi post juga kalau tunggu nanti lama sangat pula mak teh hilang menyepi. Mungkin juga akan berubah sedikit kalau mak teh sambung lagi..tapi kalau tak sempat inilah akhiran nya cerita Nur Hidayah ni. Dia akan bernikah dengan doktor Johan dan hidup bahagia..



            Bila agaknya nak jumpa ye..saya ni kerja syift jadi Sabtu dan Ahad bukan waktu cuti saya.” Doktor Johan cuba melayani permintaan nenek bakal isterinya. Kalau nak anaknya kena pikat orang tuanya dulu.

“Kalau macam tu lagi senang kita jumpa masa orang bekerja.Nanti saya SMS alamat rumah.. doktor datang terus kerumah saya ni boleh ye”.

“In Syaa Allah..boleh”.

Dengan persetujuan itu tiga hari kemudian Johan Hamdi mendatangi Tengku Faridah dirumahnya. Kagum dia melihat kemewahan rumah kediaman Tengku Faizal. Tapi apa nak dihairankan kediaman tuan punya Hotel yang gah diMalaysia tentulah mewah. Ringan juga mulutnya memuji..

“Besarnya rumah puan. Beli tahun berapa ni”.

“Ini rumah pusaka, arwah bapa mertua saya yang punya, sebab dato’ anak tunggal dia lah mewarisinya.. Dulu kawasan ni tak ada siapa nak duduk doctor, kata orang tu tempat Jin bertendang. Dulu masa saya baru duduk sini kirikanan hanya dua tiga biji rumah sahaja yang berpenghuni..tapi sekarang jangan sebut berduyun-duyun orang nak, sampai tak kira berapa kita letak harga diaorang pun masih nak juga”. Emm peramah juga Tengku Faridah ni..bisik hati doctor Johan.

“Betul tu puan kawasan stratijik yang baik macam kawasan ni siapa yang tak nak, semuanya senang, banyak kemudahan kat sini. Dulu orang tak Nampak kebaikan kawasan itu yang orang tak ambil kisah, lagi pun dulu tak kemudahan awam jadi  Kuala Lumpur itu rasa jauh itu sebabnya yang orang tak mahu duduk sini kan.”.

“Dahlah .. jom kita minum bibik dah siapkan minuman. Doktor dah minum ke”.

“Orang bujang minum bila sempat..kalau jumpa gerai barulah minum puan”..Tidak susah mengajak Johan Hamdi, dia terus sahaja bangun dengan sekali ajak  sahaja. Ialah apa sampai hendak dirayu rayu suruh makan..dah kata rezeki jangan ditolak. (Tak masuk dalam cerita mak teh tak suka kalau mengajak orang makan dirumah kita sampai berkali-kali. 10 x ajak baru nak bangun kemeja hidangan..anda macam mana).

Banyak juga hidangan yang terhidang dimeja makan. Pulut kukus, tauhu sumbat dan lempeng dicicah dengan serunding kelapa.

“Banyak puan masak untuk sambut saya datang ke…perasan pula saya”.

“Tak adanya perasan.  Tapi saya ni sejak dapat cucu menantu yang pandai masak, semuanya teringin. Ditambah ada teman nak makan sama-sama terus teringat, bila dah teringat, itu yang minta bibik buatkan. Lempeng ni cucu menantu  yang ajar..cicah dengan kuah lemak atau kari semalam sedap doktor, tapi hari saya makan cicah dengan serunding kelapa sahaja..rasalah”.Sambil menghulur semangguk serunding kepada doktor Johan mulutnya juga tidak berhenti bercerita.


“…Jangan terkejut pula yang ini serunding kelapa yang dah digaul dengan udang kering itu pun cucu menantu saya yang ajar. Biasanya kita makan serunding daging kan.”Sambil makan mereka berbual-bual.Tengku Faridah ramah orangnya dimata Johan Hamdi. Tetapi… entahlah kata orang tak kenal maka tak cinta..lagi pun kita tidak dapat mengukur dari pertemuan pertama. Betul ke begitu. Sedang bercinta bertahun-tahun masih tidak mengenali pasangan cintanya, inikan pula baru jumpa sekali.
(resepi serunding kelapa orang Jawa. Kelapa parut dicampur ala-ala atau udang kering atau daging. Untuk nasi ambang serunding ini satu kemestian kalau tak ada, tak ada keistimewaan pada rasa nasi ambeng http://resepicikguani.blogspot.com/2012/09/serunding-kelapa.html).


“Doctor. makanlah..makan kenyang-kenyang ye, saya nak ajak Dr.  berjalan hari.. boleh”. Ehh ni satu rasuah ke, dah di suruh kita makan lepas tu dia ajak berjalan. Jalah ketempat yang betul ke ketempat yang salah… hssy jangan buruk sangka tak baik, nanti tak memasal dapat dosa kering. Ingat hati doctor Johan

“Boleh..ehh tapi dato’ tahu tak puan nak jalan dengan saya ni “.Timbul satu idea di kepala doctor Johan untuk menolak ajakkan Tengku Faridah.

“Dah dua tiga kali dah saya cerita dengan dato’ hasrat hati saya ni. Kenapa dr. Johan takut mata lebam ke? Tak usah takut dengan dato’ tu, dia tak kuat mana pun, tenaga orang tua kuat manalah kan...makan ye.” Diakhir kenyataan ada tawa yang keluar dari bibir tua Tengku Faridah. Kelakar juga orang yang bernama Tengku Faridah bisik hati Doktor Johan. Tapi rasa bimbang tetap ada, biar pun nampak ramah dan kelakar namun..Ahh pandai Tengku Faridah ni dah diumpanya kita makan banyak-banyak nak dibawanya kita entah kemana..hati doctor Johan berteka teki.

Selesai makan manakala Tengku Faridah sudah pun bersiap, doktor Johan tak terkata bila Tengku Faridah beria mengajaknya. Cecah sahaja punggung di kerusi kereta Tengku Faridah mula berkenalah dengan bakal cucu menantu lelakinya.

“Nenek nak panggil apa kamu ni Johan ke Hamdi..atok kata nama kamu Johan Hamdi kan”.


 “Panggilah apa-apa yang puan nak panggil ..tapi biasanya orang panggil saya Johan. Dulu masa saya kecil ayah kata dia namakan saya Johan sebab dia nak supaya saya sentiasa menjadi PENDAHULU dari semua peserta.” Ada senyum segaris dibibir doctor Johan  bila mengenang zaman kecilnya.. zaman dia dan ayahnya yang bahagia.

 Dia mengikuti sahaja apa kehendak nenek bakal isterinya. Mereka kepusat Bandar rupanya. Yang sebenarnya Tengku Faridah mahu merelisasikan impiannya. Dia mahu menjadi nenek pengantin yang sibuk membuat persiapan untuk hari bahagia cucunya. Dia ke butik ANGGUN  yang biasa dikunjunginya. Dia mahu mencari baju ahli keluarganya dan baju bakal pengantin dihari pernikahan Nur Hidayah dan Johan Hamdi nanti.. Tengku Faridah dan Johan Hamdi dialu-alukan oleh pekerja butik ANGGUN.


“Masuk..datin masuk..tenguk-tenguklah dulu kemudian pilih.” Tengku Faridah melihat-lihat baju yang bergantungan dirak baju untuk wanita. Johan Hamdi hanya mengekori macam body guard lagaknya pun ada.


“Johan kamu suka warna apa?”.


“Saya tak kisah semua warna saya suka”.


“Kalau Hidayah suka hijau lumut dan coklat”.


“Dia cakap ke dia suka warna tu ke datin..”. Bila mendegar pekerja butik Anggun memanggil Tengku Faridah datin terus sahaja dia membetulkan panggilannya.


“Tak lah, nenek tenguk baju dia banyak warna tu..dulu ada sekali kami pilih baju hanya warna-warna tu juga yang menjadi pilihannya. Jadi nenek berandaian Hidayah suka warna tu”.


“Oh..ni datin nak beli untuk siapa”.


“Nenek dulukan untuk kamu berdua dulu..kita beli baju kurung untuk Hidayah dan kamu pilih kemeja batik biar sedondon..kan cantik ..nampak sehati sejiwa kita dengan pasagan kita. Baju ni nenek nak buat hantaran masa majlis kamu nanti”.


“Nak berhantaran juga ke datin”.


“Buatlah untuk kenangan. Walaupun kenangan itu tak sehebat kenangan pernikahan kali pertama Johan pun tak apa. Nenek nak Hidayah ada kenangan yang indah ketika dia diraikan kerana  menjadi isteri Johan”.  


“Ialah datin saya ni ikut sahaja mana yang elok”. Kemudian mereka ke rak baju Melayu pula. Tidak lama mereka berasa dirak baju melihat-lihat, keluar tuan punya butik. Mereka ditunjukkan kebahagian baju yang lebih istimewa. Di bahagian itu Tengku Faridah menyuruh doctor Johan memilih untuk baju pernikahanya pula.


“Pilih warna lembut ye. Ni untuk baju nikah” Akhirnya Johan Hamdi memilih warna putih susu untuk hari bersejarahnya. Setelah mendapat persetujuan dari Johan Hamdi, sepasang baju kurung batik Terengganu  dan sehelai baju kemeja lengan panjang, menjadi pilihan Tengku Faridah. Kedua-duanya berwarna coklat coco siap berbungkus dalam kotak hadiah. Kata doctor Johan..


“Puan boleh tak baju-baju ni bungkus dalam kotak supaya tak ditenguk dek orang”..


“Boleh..Tapi baju melayu dan baju kurung ni untuk dipakai masa akad nikah tak payah bungkus ye. Ini hadiah dari nenek ye..sekarang jom kita pergi tempah baju bersanding pula..mereka ke butik pengantin pula. Sambil berjalan mereka berbual dan Tengku Faridah membuka ceritanya.


“Nenek bukan tak mahu ajak Hidayah, tapi Hidayah ni penjimat orangnya. Bukan sekali nenek ajak tapi dia tak pernah nak bawa nenek ni berjalan. Dia kata dia tak mahu nenek berhabis untuk dia nanti membazir. Mungkin masa kecil hidupnya susah dia jadi macam tu. Dia kata buat yang wajib sahaja dah memadai, dia pun ada cakap dengan atuk dia nak nikah kat pejabat khadi sahaja. Dia nak baca doa selamat dengan kita-kita sahaja  tak payah jemput orang. Kita-kita Johan tahu siapa tak?”


“Tak tahu datin”.


 “Panggail lah nenek.. Johan kan dah nak nikah dengan cucu nenek baju nikah pun dah beli dah. Kita-kita tu keluarga abangnya Tengku Farid berserta datuk dan nenek cucu menantu nenek. Tapi nenek rasa macam tak wajar sahaja..Kita jemput orang ajak makan niatkah kita nak bersedekah. Kemudian kalau pakai cantik-cantik dan jemput orang bukan nak bermegah-mengah. Niatkan lah tujuan kita hanya nak menghebahkan pernikahan kita. Pakai cantik untuk menyerikan diri, supaya orang nampak kita gembira melaksanakan sunah Nabi yang mewajibkan setiap umatnya bernikah kalau ada kemampuan. Betul tak Johan”.


“Betullah tu.”


“Johan nak tahu Hidayah ni kuat kerja. Nak suruh dia cuti pun susah sangat..dia lebih suka kerja tolong atuk dan abangnya. Nak ajak hari Sabtu pula atuk kata biarlah dia rehat..sebab kalau dia kerja memang dia kerja bertungkus lumus. Hari Ahad nya pula dia belajar mengaji dengan nenek isteri Farid”.


“Ohh sibuk nya Hidayah ni”.


“Memang sibuk sebab dia kata dia tak suka buang masa..dia tu bukan tak pandai mengaji. Dulu selalu juga nenek dengar dia mengaji sedap suaranya. Tapi masih nak belajar lagi, dia nak mengaji dengan taranum sekali katanya. Johan nak tahu dia lancar Yassin. Nenek tahu dari cerita arwah papanya Tengku Faris. Nenek kesian dengar cerita kehiudupan Hidayah masa kecilnya.. dia dah duduk sorang kat rumah arwah nenenya dulu. Kata arwah papanya dari umurnya 15 tahun lagi dia dah duduk sorang.  Masa tu neneknya dah meninggal dan mamanya pula kerja kat Arab..sebab takut duduk rumah besar sorang sorang dia baca Yassin sampai lancar...kesian kan Johan”.


“Nek memang Hidayah hidup susah ke masa kecilnya”.








Thursday 7 May 2015

Nur Hidayah 58



Sudah seminggu Tengku Faizal, cucunya dan isteri masing-masing pulang dari Mekah. Mereka berdua pun sudah memulakan kerja. Dipertengahan minggu itu, hampir pukul sepuluh pagi dia didatangi oleh seseorang.Tadi semamsa dia dihubungi oleh penyambut tetamu dia sudah dimaklumkan akan kunjungan seseorang untuk menemui dirinya. Hatinya mula berdebar. Dan dia masih mengingati  lelaki yang akan memasuki biliknya sebentar lagi. Bila mendengar pintunya diketuk terus sahaja dia bersuara menyuruhnya masuk.


“Silakan masuk”. Jemput PAnya menjemput orang yang mahu menemui dirinya.


“Terima kasih. Asalamulaikum Dato’. Apa khabar”.Cepat sahaja Tengku Faizal memandang kepintu bila mendengar suara lain yang menyapanya.  Seorang pemuda terjengul di ambang pintu biliknya. Lalu peristiwa enam bulan  dulu terbayang diruang mata.


“Walaikumsalam ..masuk doctor, masuk.. Mimi tolong hidangkan kami minuman ye”. Dengan spontan Tengku Faizal bangun dan menghulur tangan. Mereka bersalaman lalu Tengku Faizal membawanya duduk di sofa yang tersedia dibiliknya. Sebelum PAnya berlalu sempat lagi dia meminta.


“Ada apa ye doctor datang ni..nak cakap pasal Hidayah ke..macam mana dengan kesihatanya doctor. Ada yang tak kena dengan Nur Hidayah..dia dijangkiti ke?.” Baru sahaja cecah punggung di sofa itu pertanyaan yang di tanyai oleh Tengku Faizal. Yang sebenarnya hatinya jadi berdebar dengan kunjungan doctor yang tidak disangka-sangka. Berdebar Tengku Faizal kerana takut mendengar berita yang tidak baik untuk cucu perempuanya.


“ Nauzubillah janganlah hendaknya sampai kesitu..In Syaa Allah kesihatanya ok dato’. Keputusan ujian darah kali kedua ni pun tak ada tanda-tanda dia dijangkiti. Dato’ saya datang ni memang nak cakap pasal Hidayah tapi bukan  berkenaan kesihatanya”.


“ohh lega bila dengar you cakap macam tu. I ni bila nampak you tadi macam nak pecah rasa jantung..ingat ada cerita tak baik. Nak Tanya pasal peribadi lah ni”..


“Kiranya macam tulah. Kalau Nampak saya tak beradap maaflah dato’ saya tak berniat nak menghina Hidayah ..tapi ialah saya tak ada siap yang nak diharapkan untuk berbincang perkara macam ni. Maklumlah yang sebenarnya emak saya Cina yang masuk Islam kerana nak kahwin dengan ayah saya. Jadi dia dibunang oleh keluarga. Keluarga ayah pula tak mahu emak saya..jadi kami dibuang juga. Itulah sebabnya saya tak ada siapa siapa yang diharap dapat uruskan hal saya ni. Nak harapkan emak sekarang ni sejak dia diserang angin ahmar bahasa yang keluar dari bibirnya orang tak faham, saya fahamlah sikit-sikit maksud yang dicakapkan.”


“Allah! kesihanya you..tapi nak buat macam mana kan, takdir Allah kita kena terima dan setiap hambaNya  akan diuji dengan berbagai ujian hendak bertabah sahaja, supaya kita mendapat ganjaran pahala dengan ketabahan kita,  doctor”.


“Dato’ yang sebenarnya saya datang jumpa dato’ nak minta keizinan...Saya nak menjadikan Nur Hidayah isteri saya. Saya harap dato’ tidak memandang saya  tak beradap, sebab saya sendiri yang bertanyakan hal ni pada dato’. Betul ke saya jumpa dato’ ni,  sedangkan dato’ adalah bekas bapa mertua dia”.. Kata-kata doctor Johan tersekat-sekat kerana malu..tapi dia terpaksa kerana jika dia malu dia tidak akan dapat memilikI wanita  yang telah mencuri hatinya. Di datang menenui Tengku Faizal diatas nasihat kawanya  Azrul Azam.


“Asalamulaikum..Zam! kau free malam ni jom kita lepak tempat biasa. Aku ada benda nak cerita kat kau lah Zam”.


“Ok set..tempat biasa..ehh kau tak kerja ke”.


“Aku kerja pagi ni..esok kerja pagi lagi..jadi malam ni aku freelah”. Bila Azru Azam sampai di tempat yang dijanjikan kelihatan Doktor Johan sudah sedia menanti.


“Cepat kau sampai..dah habis pun air kau”.


“Aku lapar sangat..tu yang aku oder air fresh mangga ni nak alas perut, sementara kau datang aku sedut dah tinggal suku gelas ni ha”.


“Kau tak makan sejak bila ni..jangan cakap kau makan malam tadi sahaja yang jadi kau kelaparan”.


“Aku makan roti..hanya  aku tak jumpa nasi dari malam tadi itu yang lapar sangat ni”.


“Carilah patner Jo boleh uruskan makan minum kau”.


“Aku nak cerita pasal patnerlah ini yang aku ajak kau lepak ni..jom oder dulu sambil makan, boleh sambil kita bercerita”. Mereka memesan makan berhidang malam itu, untuk memenuhi selera mereka yang kelaparan.


“Ceritalah..” pinta azrul Azam sambil tanganya menyuap nasi kemulut.


“Zam! yang sebetulnya aku terjumpa dengan Nur Hidayah dua minggu lepas.Tapi sebelum tu aku nak tanya kau, kau masih menaruh harapan pada dia ke”.


“Aku tak boleh terus berangan bila ibu ayah aku tak setuju..aku takut kalau ikut kan kata hati aku, DERITA yang menanti. Kalau aku sahaja yang menderita tak apalah, tapi aku kesian dia dari kecil dia menderita Jo..biarlah dia dapat lelaki lain. Lelaki dan keluarga lelaki yang boleh meneriman dia seperti yang dia mahukan”.


“Kalau kau dah cakap macam tu..rasanya aku yang nak dengan dia. Yang sebetulnya macam ni..masa aku terserempak dengan dia dua minggu sudah, terus sahaja aku pasang niat nak jadi terus dengan dia..jadi aku bawa dia jumpa mommy aku. Aku nak tenguk sendiri boleh tak dia terima aku dengan mommy aku yang macam tu”.


“Apa hasil yang kau dapat”.


“Alhamdullilah..masa aku sampai mommy aku memang tengah tak terurus langsung..bibik entah pergi mana. Kau tahu bau rumah aku tu tak boleh nak cakap apa..geram betul aku dengan bibik..bayaran lebih yang aku bagi pun tak menjamin dia jaga mommy aku dengan baik Zam geram betul aku..tapi nak buat macam mana mommy aku tak nak aku hantar di kat rumah penjagaan orang tua”.


“Kau ceritalah aksi Nur Hidayah yang dah sampai rumah kau tu”.


“Oh ye..bila aku suruh dia masuk, dia masuk. Aku tenguk dia tak tutup hidung pun. Aku yang sebetulnya rasa dah nak termuntah dengan bau hancing dari bilik mommy aku, entah dah berapa hari bibik tak cuci bilik air mak aku tu Zam..”


“Kau kena jenguk mak kau selalu lah Jo..Kita tak boleh harapkan bibik sahaja. Kesian mak kau”.


“Entahlah sejak seminggu ni, kemalangan banyak betul. Aku kena dipanggil bertugas  memanjang. Masa tu..aku baru balik kerja malam dah dua malam aku kerja malam. Memang tak sempat aku nak jenguk emak aku Zam. Masa aku sampai emak aku dah bangun dan dia terkial-kial nak bangun mungkin bila dengar aku bagi salam dia cuba nak bangun. Aku cuba nak bantu dia duduk kat kerusi roda nak tolak dia masuk bilik air. Tapi kau tenguklah aku yang sekeping ni..ditambah dengan makan yang  tak tentu arah sahaja, makan nak hidup saja... jadi tenaga nak angkat mak aku pun kurang.  Aku tak sangka bila dia tenguk aku tengah terkial-kial dia datang tolong.. Dia tak jijik dengan keadaan mak aku. Dari gaya spontan dialah aku yakin dia boleh terima aku dan emak aku”.


“Wah kau dah letak hati kat dia baru kau nak cerita dengan aku kan..kalau aku jawab tadi yang aku masih menaruh harapan dengan dia, macam mana”.


“Aku akan merayu dengan kau minta dia untuk aku”.


“Emmh tak ada maknanya lah Jo. Aku memang tak boleh nak teruskan dengan dia. Hanya aku harap kau boleh jaga dia dengan baik. Kau ceritalah lagi..apa jadi lepas tu. Kau dah tanya, dia sudi tak terima kau”.


“Aku tanya dah, tapi dia jawab macam dia jawap dengan kau dulu lah..dia nak persetujuan emak aku baru boleh dia terima aku”.


“Dia ada tak suruh kau cerita status dia dengan mak kau”.


“Ada ..aku Tanya mak aku depan dia lagi. Dia nampak sendiri persetujuan mak aku tampa banyak soal”.


“Ohh mak kau dah setujulah..”.


“Apalah yang mak aku ada, yang nak memilih sangat menantu. Ada orang sudi terima aku dengan dia sekali pun dah cukup pada mak aku. Aku tahu dia rasa terkilan bila bekas isteri aku tinggalkan aku kerana dia jadi macam tu.”.


“Ohh jadi dia dah terima kaulah”.


“Dah..tapi masaalahnya mak aku nak kami ikut adat..sebab nak memuliakan seorang gadis katanya. Tapi  aku tak tahu kat mana aku nak mulakan langkah bila Hidayah kata dia tiada waris. Zam cuba kau fikirkan macam mana nak mulakan langkah..tak kan nak terus tarik tangan dia pergi pejabat khadi atau nak pergi pada bekas bapa mertua dia. Kau rasa patut ke aku buat macam tu…tapi aku rasa tak patut lah pulakan. Ehh Kau kata hari tu abang sepupu dia kawan kau kan..kau boleh bawakan aku pada ibu bapa sepupunya tu”.


“Aku rasa tak berapa sesuai kau pergi jumpa mak sedara dia, sebab mak saudaranya tu memang tak sebulu dengan Hidayah ni. Aku rasa ada lebih baik kau jumpa dengan bekas bapa mertua dia, selain bekas bapa mertua Tengku Faizal tu atuk Hidayah ..Dia cerita tak dengan kau tentang ni”.


“Cerita..itu yang aku suka dia,  dia tak berahsia tentang dirinya. Dia nak sebelum kita ambil dia jadi isteri tiada rahsia yang disorok..aku rasa kejujuranya”.


“Kalau kau memang dah suka memang baik sahaja yang kau nampak. Tapi bagus juga Hidayah dapat orang yang baik macam kau. Kalau dah jadi suami isteri nanti kalau dia silap sikit jangan kau ungkit perkara  atau kisah dia”.


“In Syaa Allah Zam...”.


“Kalau kau memang nak tahu pendapat aku..Aku rasa..pergilah jumpa Tengku Faizal minta restu. Betul cakap  emak kau tu hormatilah dia sebagai wanita yang baik.”.  Dengan nasihat itu Dr. Johan ke hotel kepunyaan Tengku Faizal menyampaikan hasrat hatinya.


“Doktor ..bekas bapa mertua ni sama tarafnyanya dengan bapa kandung hanya dia tidak boleh menjadi wali dia sahaja, yang lain sama. I adalah mahram Hidayah dunia akhirat. Lagi pun untuk pengetahuan Doktor Johan.. I sebenarnya datuk pada Hidayah..Walau pun syarak mengatakan dia tidak boleh dinasabkan dalam keturunan I, tapi hakikatnya dia tetap cucu I, darah daging I”.


“Jadi dato’ restulah kalau saya nak ambil dia jadi isteri saya”.


“Kecil tapak tangan nyiru I tadahkan. Setuju sangat. Alhamdullilah..masih ada yang sudi ambil cucu saya..terima kasih ye. ”


“Terima kasih dato’. Apa syaratnya kalau saya nak meneruskan hajat saya ni”.


“I rasa macam nilah kita terus nikah sahaja..tak payah nak bertunang bagai ..oh ye umur you berapa..kalau tak salah umur Hidayah dah 30 tahun rasanya”.


“Saya dah nak masuk 34 dato’”.


“Haa terus nikah sahaja boleh..nak tunggu apa lagi umur you dan Hidayah pun dah masuk 30 series”.


“Saya ikut sahaja cadangan dato’”.


“Sebelum tu I nak tanya, you kena jujur. You tak ada siap-siapa dalam hidup you. ialah memandangkan you berkerjaya takkan tak ada peminat”.


“Terus terang saya katakana saya pernah nikah dulu..tapi kami dah bercerai  sebab dia nak pergi luar negara kerja kat sana”.


“Ohh!!  tapi mana tahu x-wife you balik dan nak sambung hubungan dengan you”.


“Saya rasa tak mungkin sebab dia tak suka ada tanggungjawab dengan ke hidupan berumah tangga. Dia nak bebas. Itu yang dia cakap dulu masa dia minta cerai.”


“Dia cakap macam tu, tapi hati you pula macam mana..I tak mahu bila you dah dengan Hidayah perkara ni timbul dan menjadi masaalah pada Hidayah pula”.


“Saya dah tak ada rasa dengan dia. In Syaa Allah kalau saya masih waras saya tak akan kembali dengan dia”.


“I menaruh semua kepercayaan I pada you, I harap you dapat bahagiakan Hidayah. Ingat ye kalau you dah dengan Hidayah jaga lah dia elok-elok. Nanti  I balik I bincang dengan isteri I.”




Tidak disangka pulang sahaja dia kebilik sewanya, telefon tangannya berbunyi. Bila dilihat ada nombor yang tak dikenali tertera discreen telefon tanganya.


“Asalamulaikum” ..suara seorang perempuan  dihujung talian memberi salam. Dengar suara macam suara anak dara.. Doktor Johan senyum segaris mentertawakan nalurinya yang dah mula nak minat dengan suara wanita bila hal nikah kahwin dibincangkan tadi.

“Waalaikumsalam..dengan siapa ye saya bercakap ni”.

“Saya Tengku Fairdah nenek Hidayah.. Tadi ada bincang dengan suami saya tentang Hidayah ye”.

“Betul..”.

“Kalau macam tu boleh tak kita jumpa. Cari waktu sesuai yang panjang  sikit. Atau doctor ambil cuti..kita jumpa dan berkenalan”.
  ‘Dah sudah apa pula bala yang nak datang ni’ detik hati Johan Hamdi. Dia tahu  enam bulan dulu Nur Hidayah menjadi orang yang disyaki kerana kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Faridah.








Monday 4 May 2015

Nur Hidayah 57




Yang sebenarnya sebulan sebelum doctor Johan terserempak dengan Nur Hidayah, dia  ada bertanya sahabatnya Inspektor Azrul Azam tentang perkembangan hubunganya dengan Nur Hidayah. Sementelah sahabatnya ada bercerita tentang hasrat hatinya untuk menjadikan Nur Hidayah suri hatinya. Azrul Azam begitu mengkagumi balu muda dari awal pertemuanya mereka lagi. Walau pertemuan mereka bukan lah ditempat yang romentik yang mendamaikan minda..mana nak damainya berjumpa dilokap tempat yang ditakuti oleh semua orang yang tidak berkenanan.

“Mak kau dah balik”. Ketika itu mereka sedang melepak sehabis waktu bekrja di tempat biasa mereka melepak. Di sebuah restoren, sambil makan malam mereka bercerita tentang diri mereka.

“Dah dua minggu dah diorang balik. Ibu ayah aku tu lebih risaukan ayam dan itek dia tak makan dari aku ni anak dia. Aku ni bukan sebarang anak tau. Aku memegang dua status dalam keluarga aku, anak sulong dan anak lelaki tunggal penyambung keturunan mereka..tapi tenguklah ayam dan itek diorang yang didulukan.” Dr. Johan tergelak kecil melihat sahabatnya yang bercakap berapi-api mengeluarkan emosi tak setabilnya.

“Janganlah macam tu Zam..mereka yang sebenarnya tak selesa duduk kat Bandar. Pergerakkan mereka terhad. Nak berkebun kiri kanan rumah orang,  ada tanah sejengkal pun kau dah letak kereta dan motor kau..habis apa aktiviti mereka nak buat. Mereka bukan muda yang boleh mengadap computer main game atau mengadap tv tenguk move”. Lembut sahaja suara Dr. Johan menerangkan ketidak bisaan kedua orang tua sahabatnya duduk kuartes polisnya.


“Betul juga apa yang kau cakap..nak pergi masjid pun kena tunggu aku bawakan.. ayah aku kalau kat sini dia takut nak bawa kereta, dia kata kat sini kereta banyak dan laju.. kemudian tak ada sivik, bila potong main potong sahaja tak tenguk pun kiri kanan”.


“Mana nak sempat tenguk kiri dan kanan Zam, semuanya nak cepat sampai. Itu yang main redah sahaja. Emm Zam apa cerita kau dengan gadis yang kau minat tu. Ayah kau dah bagi green light ke?”.


“Maksud kau dengan Nur Hidayah mana gadis dah ..dia dah jadi balu tapi balu muda.. emm aku rasa aku tak boleh nak teruskanlah Jo.. Ayah aku yang beria tak bagi aku ambil dia sebagai isteri..dia kata susah, anak luar nikah ni akan melahirkan jenerasi yang sukar dibentuk. Walau pun aku cuba yakin yang Hidayah boleh mendidik anak dengan baik, namun mereka masih ragu.”


“Ibu kau tak bantu kau menyakinkan ayah kau ke”.


“Entah, dalam hal ni ibu macam sokokng ayah pula..jadi aku terpaksa ikut cakap  mereka. Aku boleh berkeras..tapi aku takut akibatnya akan terkena pada dia suatu hari nanti, aku tak nak dia susah. Jadi kau rasa macam mana..nak ikut kata hati aku ke atau aku ikutkan sahaja kata-kata mereka dan cari gadis lain.”.



“Aku tak beranilah nak bagi pendapat. Ni bab hidup dan masa depan kau..kalau  aku tersalah bagi pendapat nanti kau yang menyesal sepanjang hayat. Aku ambil contoh emak aku..ikut rasa hati mati kering sorang. Keluarga sebelah dia dah buang dia, keluarga belah ayah aku langsung tak ambil tahu..sebab kehadiran emak aku memang diorang tak pernah nak terima dan perginya mak aku dalam keluarga mereka sangat dialu-alukan.  Sudahnya dia terkontang kanteng sendiri. Tapi bab kau lain kau sama bangsa. Macam aku lain lah Cina yang nak masuk Melayu kan”.


“Kadang-kadang  aku tak faham dengan bangsa aku sendiri..Sepatutnya bila salah seorang anak mereka berjaya mengIslamkan seseorang, mereka akan merasa bangga, sebab perbuatan  itu besar ganjarannya disisi Allah..tapi lain pula pada keluarga ayah kau kan”.


“Emm dah nasib emak aku nak buat macam mana..Hanya aku bersyukur aku lahir dalam ugama yang betul..ugama yang indah dan ugama yang boleh aku berpegang kejalan yang benar. Kau tahu Zam kerana aku lahir dalam Islam aku dapat menangkis kehidupan social masa aku belajar kat Abedeen Scotland tu dulu. Aku bersyukur sangat dapat duduk sebilik dengan anak pak Imam. Dia yang ajar aku solat hajat minta terang hati tenangkan jiwa. Kau tahulah belajar medic macam mana.

…Lepas tu dia  ajar aku baca ayat KURSYI dan ayat SERIBU DINAR untuk menguatkan iman aku dari terpengaruh dengan social yang tak sesuai dengan kita, dia kata ayat tu sebagai pendinding agar kita tak mudah terikut dan lemah hati bila ada yang mengajak. Aku tenguk ramai saja kawan-kawan kita yang berugama Islam kekelab malam kononnya nak release stress..bila belajar macam nak pecah kepala. Mereka silap kenapa tak minta pada Yang Maha Mengasihani minta dengan Dia supaya kita senang belajar…

 Aku betul-betul bersyukur sebab aku Islam, jadi anak pak Imam tu ajar aku. Aku rasa sangat beruntung dapat belajar keluar negara selain dapat jadi doktor dapat juga aku ilmu ugama. Kalau aku masih kat Malaysia boleh ke aku belajar dengan ayah aku  macam mana seorang Islam itu hidup. Itulah pada mulanya aku kesana sebab nak belajar Medic  tapi secara tak langsung aku belajar tentang Islam dengan lebih dalam lagi.   Dapat peluang mengenali Islam bukan dengan ayah sendiri dan dinegara sendiri yang semua orang mengetahui negara kita Negara Islam. Aku mengenali Islam dibumi yang sememang penduduk tempatannya berlainan anutan dengan kita, Itulah HIDAYAH namanya. Allah memberi Hidayah kepada sesiapa juga yang Allah kehendaki betul tak Zam.” Azrul Azam hanya menganggukkan kepala mengiakan kata-kata sahabatnya.. dia memandang sahabatnya dengan wajah simpati sebab dia tahu sejarah keluarga sahabatnya.


“Aku minta maaf aku tercerita hal aku pula..Zam!! aku tak boleh nak tolong kau dalam hal yang macam ni”.


“Tak apa sekurang-kurangnya dari cerita mommy kau dan kau sendiri dapat membuka mata aku.. aku dah dapat satu keputusan”.


“apa keputusan kau?”.


“Biar lah aku sakit sekarang dari dia yang sakit kemudian..aku kenal ayah aku, kalau dia tak setuju sampai bila pun dia tak akan setuju. Dia akan mengungkit-ungkit kemudian hari. Biar pun aku ni anak jantan tunggalnya. Dia tak akan berkompromi”.


“Kau jangan Zam, cerita mak aku lain dan cerita kau lain..Habis hati kau macam mana pula. Yang sebetul nya apa perasaan kau pada dia”.


“Bila aku dengar apa yang abang sepupunya cerita.. aku jadi kasehan kat dia, aku pun kagum dengan dia.  Yang paling aku terkejut bila dia lancar Yassin..jarang orang perempuan yang masih muda lancar surah Yassin”.


“macam mana kau tahu lancar baca Yasiin,  masa tu dia dah tahu ke yang suaminya dah meninggal”.


“Dia baca Yassin bukan untuk siapa-siapa..masa tu dia nak tahan rasa sakit bila hujung jarinya dikepit”.


“Ohh..aku rasa masa dia tunggu suaminya kat luar bilik kecemasan dulu tu, dia baca Yassinlah Zam. Mata dia pejam dan mulutnya terkumat-kamit. Kau tak cerita ke pada keluarga kau kelebihan dia tu”.


“Dah Jo, bab dia rajin solat sunat pun aku dah cerita dah, bak kata lain semua kebaikan dia aku ceritakan pada mereka. Yang aku tak cerita macam mana aku kenal dia, dan dimana aku mula kenal dengan dia sahaja. Kalau aku cerita aku kenal dia kat balai sebab dia kena lokap, mungkin lagi kuat tentangan ayah aku. Mungkin juga diharamkan langsung aku berjumpa dengan Hidayah tu. Kesiahan kan Hidayah tu sebab statusnya dia ditolak..insaf betul aku ni..Bila tahu kisah dia, aku selalu ingatkan diri aku ni, janganlah kita menabur benih pada tanah yang bukan hak kita. Biar pun umur tara kita memang dah patut menabur benih”. Dua jejaka ketawa bila bercerita mengenai diri mereka. Namun bukan cerita kosong cerita yang menimbulkan keinsaf pada diri sendiri.


 “Betul tu Zam, sebab  anak kita juga yang menderita macam tu. Biar sebaik mana tingkah laku mereka, kehadiran mereka masih ditolak oleh masyarakat sekeliling.”


“Bukan masyarat sahaja yang tak pandang dia, keluarga sebelah emak dia pun tak boleh nak ambil dia jadi menantu, tau Jo”.


“Mana kau tahu”.


“Dia sebetulanya diminati oleh abang senoir aku masa aku kat UIA dulu. Abang senior yang selalu tolong aku rupanya sepupu pada Hidayah ni. Dia lah yang bagi tahu aku Hidayah ni rajin solat sunat. Dia ceritalah dari usia remaja lagi dia minat kat Hidayah tapi di tentangan oleh emak dia. Emak dia menentang sebab status anak tak sah taraf Hidayah”. 

“Ohh”.

“Aku doa kan semoga ada seseorang dengan keluarganya sekali yang boleh menerima Hidayah seadanya. Amin”.
  
“Amin”.


“Kau tak call dia lagi selapas ibu ayah kau tak boleh terima dia. Kesian dia tentu dia ternanti jawapan dari kau..mana tahu dia ada menaruh harapan setelah kau luahkan  isi hati kau pada dia dulu.”.


“Aku tak sampai hati nak call Jo. Biar lah, lagi pun dia dah cakap.. masa aku cakap aku suka kat dia, kemudian dia bagi syarat, dia akan terima aku selepas ibu dan ayah aku boleh terima dia, walau pun setelah mereka tahu siapa dia. Kemudian dia bagi masa seminggu aku mesti call dia,  jika aku tak call dalam masa tu, dia akan mengatakan ibu dan ayah aku tak dapat terima dia  dalam keluarga kami. Jadi aku harap dia akan ambil kira dengan apa yang dia cakapkan”.


“Walau pun dia cakap macam tu.. mana tahu sebenarnya dia masih mengharapkan kau ambil dia jadi isteri. Kadang-kadang orang ni, lain yang di cakap kat mulut lain pula yang diharap dalam hatinya. Kau bagilah kata putus cakap terus terang agar dia tak ternanti dan terharap.”.


“Aku tenguk dia ni lain lah Jo..dia nak mengharapkan penerimaan keluarga kita dulu, barulah dia akan untukkan hatinya untuk kita Jo. Dia ni jenis berhati tabah.”. Dengan penerangan itu lah Dr. Johan mula berdoa semoga di dipertemukan dengan Nur Hidayah sekali lagi.


Pagi itu matanya sungguh berat sudah dua hari dia bekerja disyit malam dibahagian truma and emergency. Badan yang terasa melayang kerana letih, matanya mahu terpejam kerana mengantuk. Dia berjalan  dengan pantas. Yang sebenarnya niat hatinya mahu cepat menghilangkan diri sebelum namanya diseru bila keadaan memaksa. Entah mengapa minggu itu banyak kemalangan berlaku mungkin musim cuti umum. Tapi itulah senario diMalaysia bila musim cuti sahaja banyaklah kemalangan yang berlaku. Ditambah pula masaalah kekurangan kakitangan yng melanda hospital tempat dirinya bertugas. Sungguh dia takut tenaga yang sudah tinggal sedikit diperlukan lagi demi untuk menyelamatkan nyawa. Jadi dia berusha melarikan diri secepat mungkin..


.. Kerana jalanya menunduk dia tidak melihat ada manusia yang baru keluar dari pintu melintas dihadapanaya. ..lalu direpuhnya. Hampir tumbang mangsa yang menjadi rempuhan, suaranya pula terjerit kerana dia terperanjat. Suara yang kelaur dari mangsa rempuahannya tahulah dia  yang dirempuh adalah seorang wanita. Cepat sahaja tanganya menggapai lengan mangsa yang sudah terdorong kedepan mahu tersembam. Bila badanya menegak dan wanita iut juga sudah stabil kedudukan barulah dia melihat wajah wanita itu. Ohh dia juga sekeping seperti fizikalnya juga. Dan bila diamati rupanya wanita yang berdiri dihadapanya adalah wanita yang selalu disebut didalam doanya . Alhamdulillah doanya terkabul. Cepat sahaja rancangannya berputar dalam kepala..untuk merecanakan sebuah hubungan. Dan sejak pertemauan yang tidak dijangka itu, mereka kini sudah tiga kali berjumpa. Sebabnya dia yang meminta bantuan dirinya ditemani untuk menemui mommynya.


Dia sengaja menyelidiki hati wanita Nur Hidayah, sejauh manakan harapanya pada pemuda yang meluahkan rasa suka kepadanya. Padanya sahabat baiknya Azrul Azam merupakan, seorang pemuda yang lengkap dengan ciri-ciri lelaki idaman gadis, berbadan tegap maklumlah seorang polis tentulah akan kelihatan gagah perkasa.  Wajahnya juga tampan, tampan tak kalau wajah nya ada iras pelakun Amar Bahrin. Kalau dilihat dari kerjaya dia seorang Inspeltor polis yang boleh disandarkan jaminan hidup terjaga dan terbela. Namun memang wanita dihadapanya sekarang tidak memandang semua itu. Dia mementingkan penerimaan kelurga bakal lelaki didalam hidupnya.. Tidak terasa lama menanti masuknya waktu solat Asar bila berbincang soal hati. Saup dari jauh kedengaran laungan azan mengajak semua hamba mengingati Yang Maha Perkasa tuhan sekelian alam.

“jom kita solat.” Ajak Dr.  Johan bila seruan azan tamat. Dia bangun dan menuju bilik mommynya..

“Mommy nak buang air kecil tak mommy”. Sepanjang hari itu mommynya tidak memaki lampin pakai bunag kerana kata mommynya dia tidak selesa untuk memakainya. Bila melihat anggukan mommynya dia didudukkan di kerusi roda lalu ditolak kebilik air. Bila sudah dudukkan mommy ditandas duduk Dr. Johan akan keluar dari bilik air. Keluar dari bilik air Nur Hidayah mengambil tugas untuk memakaikan puan Sakinah telekong. Diruang tamu sudah siap terhampar tiga helai sejadah untuk mereka bersolat. Usai doa dibaca Dr. Johan menghampiri dan menyalami mommynya. Dr. Johan masih duduk disejadah namun Nur Hidayah sudah bangun mahu berkemas sejadah yang digunakan.


“Hidayah! you duduk sekejap, I rasa nak bincang hal kita dengan mommy”.


“Hal persetujuan mommy dr. ke..kalau hal itu, janganlah bincang depan saya..nanti mommy dr. serba salah kalau dia tak suka saya. Saya tak kesah kalau dia tak boleh terima saya”.


“Tak apa..I rasa inilah masa ynag sesuai untuk I tanya persetujuan mommy…mommy Jo nak cerita sedikit dengan mommy pasal Hidayah”.


“Cerita pasal apa Jo”. (Bahasa mommy Johan hanya difahami oleh Johan dan bibik sahaja). Nur Hidayah hanya memerhati melihat mereka berbalas kata.


“Mommy nak tahu Hidayah ni anak luar nikah..kemudian dia pernah kena lokap disyaki merancang pembunuhan suaminya sebab nak kan harta”. Namun Johan Hamdi mengunakan bahasa Melayu yanag difahami oleh Nur Hidayah. Entah mengapa setelah diserang strok bahasa percakapan Puan Maria bertukar kepada bahasa ibundanya yaitu bahasa cina ditambah dengan pelat kerana mulutnya sudah senget. Itu yang menyebabkan Nur Hidayah atau orang lain tidak memahaminya. Untuk memahamkan Nur Hidayah Dr. Johan menceritakan semula apa yang diperkatakan oleh mommynya.


“Ye ke, tapi mommy tak percayalah Jo..mungkin orang salah faham sahaja kot.”.


“Memang betul orang salah faham, sekarang dia dah dibebaskan pun..Kalau Jo nak kahwin dengan Hidayah mommy setuju tak”.


“Dia setuju tak Jo nak kahwin dengan dia?”


“Setuju kalau mommy setuju”.


“Kenapa nak tunggu persetujuan mommy?”.


“Sebab dia takut mommy tak setuju bila tahu dia anak luar nikah dan pernah kena lokap”. Tiba-tiba Puan Maria menangis hingga teresak-esak. Terpaksalah Dr. Johan bangun memeluk dan menenangkan mommynya yang duduk dikerusi roda.


“Ehh kenapa mommy menangis pula, kalau mommy tak suka tak apa, Jo tak jadilah nikah dengan Hidayah. Mommy jangan sedeh Jo tak akan tinggalkan mommy”.


“Mommy tak kesah Jo nikah dengan Hidayah, tapi mommy terharu kerana masih ada lagi wanita yang nak kan Jo bila dia tahu Jo ada mommy yang macam ni..terima kasih Hidayah”.


'h..macam tu pula kisahnya mommy dr Jo ni, ingatkan dia sedeh bila anaknya nanti asyik dengan bini sahaja'.Itulah kata-kata Nur Hidayah bergema didalam hatinya.


“Tapi dia ni anak luar nikah ..mommy fahamkan anak luar nikah tu apa”.


“Mommy faham..dah jangan sebut perkataan tu banyak kali..Hidayah pun tak suka perkara tu disebut-sebut. Hanya mommy nak ucapkan terima kasih kerana sudi dengan anak mommy”. Ohh pulak dah, tak tahu lah hati perempuan ni memang complicated susah unuk difahami betulkah begitu..


“Haa dengar tu Hidayah.. mommy I tak kisah you siapa..jadi bila kita boleh nikah..” Riang kedengaran suara Johan Hamdi. Tapi dia ditegur oleh mommynya..


“Jangan macam tu Jo, tanya dia pada siapa kita boleh berurusan tentang pertunangan dahulu barulah bernikah”.


“Mommy cakap nak kena bertunang bagai..jadi pada siapa saya nak pinang you”.



            Walaupun rasa malu bila berbincang bab tunang dan kahwin namun Nur Hidayah terpaksa juga menghadapainya. Sebab memang dia tidak tahu, dimana dirinya mahu diletakkan. Untuk diletakkan dirinya sebelah Tengku Faizal dia hanya bekas bapa mertua. Untuk dijadikan dia sebagai datuknya dia bukan datuk pada dirinya dalam hukum syarak. Untuk dia menghalakan dirinya kerumah sebelah mamanya itu sangat tidak mungkin, kerana kehadirannya mungkin akan mencalar persaaan Syarifah Nur An Nisa atau mak long sendiri. Lama Nur Hidayah mendiam diri berfikir akhirnya kedengaran juga suaranya.

                  
“Doctor sebenarnya saya ni tak ada waris yang boleh menangani bab-bab macam ni. Saya rasa pada menyusahkan doctor dan mommy doctor, baiklah dr. cari wanita lain untuk dijadikan isteri”.


“Hidayah yang sebetulnya you rela ke tak rela menerima I ni”. Marah Dr. Johan mendengar kata-kata yang bagai tidak serius menerima lamaranya…


“Bukan tak serius tapi macam susah sangat..Sebab itu dah memang kenyataan nya, saya tak tahu kemana saya nak halakan persoalan kita ni”.  Buntu juga Dr. Johan memikirkan. Nak terus nikah dipejabat kadhi rasa tak sesuai pula. Nanti orang kata dia kena tangkap basah, kahwin free atau kahwin koboi dan yang paling digeruni nikah kerana siperempuan sudah berisi atau mereka sudah terlanjur.





Saturday 2 May 2015

Nur Hidayah 56



                Itulah mommy I, dia masuk Islam kerana nak kahwin dengan orang Islam. Mungkin hatinya juga ikhlas, namun yang I kesalkan ayah, kenapa setelah berjaya menarik seorang wanita kejalan yang lurus mesti berhenti sekerat jalan pula. Kenapa menjadikan mommy Islam hanya sekadar untuk dijadikan seorang isteri kemudian dibiar kan terkapa-kapa tak dibantu lansung untuk mendalami Islam. Bukan mommy  sahaja yang dibiarkan I juga mencari sendiri apa itu Islam. Mungkin ayah rasa belajar disekolah sudah cukup untuk kita tahu apa itu Islam. Hidayah you dah ada yang tunggu ke?”.Entah kenapa sedang tekun Nur Hidayah mendengar kisah mommynya, Doctor Johan Hamdi menukar jalan cerita. Potong stemm betullah dia ni. Desis hati Hidayah.


“Tunggu nak kemana..sedari pagi saya disini dan saya tak cakap pun saya nak pergi mana-mana apatah lagi orang menunggu saya.”.Hairan Hidayah dengan pertanyaan yang tiba-tiba terpacul dari bibir Johan Hamdi.


“Allah..saya tak masukdkan Hidayah nak pergi keman-mana. Memang betul orang kata, budak Sains ni tak romentik..kalau nak bahasa berkias pun jadi orang tak faham. Emm..Kalau saya menyampaikan maksud dalam bahasa yang terang boleh tak.. senang I, you pun tak salah faham kan.” Nur Hidayah senyum segaris dengan pertukaran cerita dortor yang didepan mata. Yang sebetulnya dia tidak faham apa maksud  yang diperkatan oleh pemuda bermata sepet dan bertubuh kurus dihadapanya. Namun dijawab juga supaya tidak dikatakan tak ambil kisah orang bercerita.


“Saya lebih suka macam tu sebab saya ni pun bukan budak sastera..saya budak akaun, tahu kira duit sahaja..mata pun dah jadi mata duaitan”. Kha..ha..gelak besar Dr. Johan mendengar lawak selamba Nur Hidayah.


“Ok..ok..sebetulnya saya nak tanya..awak dah ada buah hati ke selepas kematian suami awak.”.


“Kalau saya kata ADA, buruk sangat perangai saya kan, baru  enam bulan lebih suaminya meninggal saya dah cari penggantinya”.


“Apa pula buruk perangai, kenyataan.. yang pergi tetap pergi, dia pergi pun memang dah tak akan kembali lagi pada kita. Jadi kita yang masih hidup ni teruskan lah kehidupan kita.  Allah pun tak suka kita menangisi orang yang dah pergi mengadapnya kan. Lagi pun kan Allah dah tetap kan waktu berkabung seorang  isteri hanya tiga bulan sahaja. Waktu IDDAH tu samalah juga dengan waktu berkabung kan, selain nak memastikan wanita itu tidak mengadung, ia juga adalah waktu untuk menzahirkan rasa sedeh seorang isteri diatas kematian suaminya. Saya serius nak tahu awak dah ada yang tunggu ke”.


“Betullah tu..tapi bukan senang nak cari pengganti. Entahlah boleh ke saya cerita tentang cerita peribadi saya..sedang kita belum kenal lama”.


Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.http://halaqah.net/


“Apa salahnya anggaplah I ni kawan yang boleh diajak mendengar masaalah you. Yang sebenarnya perkara ni penting pada saya. I tak mahu kerana I, you all berperang dan akhirnya putus. I juga tak mahu jadi punca kemusnahan satu perhubungan. Yang penting sekali saya tak mahu jadi perosak.”.


"Entah ye ada ke..tapi macam tak ada harapan".


"Apa maksud awak? ada ke tak ada? jangan segan saya hanya nak tahu.  Kalau awak dah ada pilihan hati, saya tak mahu ganggu. ".


“Hssy doc. Tak adalah sampai dia jadi pilihan hati saya..tapi dua bulan sudah dia ada cakap yang DIA SUKA SAYA”.


“You dah bagi jawapanya”.


“Belum, kerana jawapan saya mestilah hasil  dari penerimaan kedua orang tuanya dulu. Saya beri tempuh seminggu untuk dia berbincang anak beranak itu pun setelah dia bagi tahu siapa saya sebenarnya kepada ibu dan ayahnya.”


“orang tua dia dah jumpa you”


“Dah..”


“Wah kalau dah sampai membabitkan orang tua, harus lah dah serius ni”.


“Entahlah serius ketidak mungkin juga serius. Saya tak tahu.. masa saya ajak dia jumpa sebab nak pulangkan sesuatu dia ajak makan sekali. Bila sampai kat restoran kedua ibu ayahnya dah ada. Jadi saya makan dengan mereka. Mungkin dia nak mengelakkan fitnah itu sebabnya dia ajak keluarganya sekali.”


“Bila kejadian tu”.


“Dua bulan sudah, tapi sampai sekarang dia senyap sahaja. Doktor rasa apa penerimaan keluarga dia, bila dia orang dah tahu siapa saya. Boleh ke saya pegang pada tarikh luput syarat saya. Dan saya kata kan keluarganya tidak dapat menerima saya menjadi ahli keluarga dia, kerana status saya?”.


“Hai ada tarikh luput juga ke? Ingatkan barang sahaja yang ada tarikh luput..”.


“Adaa..saya kata hari tu seminggu selepas pertemuan kami yang sekali lagi. Dia mesti call bagi jawapan.  Kalau dia tak call..erti nya kedua orang tua nya tidak boleh menerima saya dan kami boleh bebas hidup seperti biasa. Sekarang dah dua bulan berlalu.”.


“Kenapa you bagi tarikh luput singkat sangat seminggu mana nak sempat berfikir.”.


“Doktor..kalau betul dia atau keluarganya memang tak kisah dan boleh menerima saya seadanya dalam masa satu hari pun dah boleh tetapkan hati bagi jawapan”.


“Memang betul kata you..tapi kalau dia memang betul sukakan you hanya keluarganya sahaja yang rasa keberatan sedikit nak terima you…macam mana? Pada I bagi lah dia waktu panjang sedikit, untuk beri dia peluang memujuk kedua ibu ayahnya menerima you.. I rasa masa yang you beri terlampau pendek untuk proses memujuk. Sekurang-kurang bagilah dia tempuh sebulan ke.”


“saya tak mahu sebab pujukkan keluarga nya menerima saya. Saya nak kelaurga dia terima saya seadanya..walaupun setelah tahu siapa saya. Sebab penerimaan selepas pujukkan akan ada kesanya dibelakang hari.”

“Apa maksud Hidayah..” Berkerut-kerut dahi doctor Johan untuk memahami kata-kata Nur Hidayah.

“Ditakdir  suatu hari nanti berlaku sesuatu yang buruk pada kehidupan kami tentulah PUJUKKAN itu akan disebut kerana tersilap mengambil keputusan ..mesti akan terkeluar kata-kata ‘itulah dulu lagi emak ayah dah cakap’ saya yang sebenarnya tak suka ayat tu. Ayat tu akan menimbulkan rasa kesal kat hati..Tapi bila mereka terima saya dengan rela dan lapang dada, biar pun ada keburukkan atau musibah dibelakang hari, mereka boleh menerima dengan hati yang terbuka, dan mungkin mereka boleh menerima nya dengan redha sebagai ketentuan Allah.”

“Hidayah, kalau memang dia suka you sungguh-sungguh, tak ke you rasa rugi nanti.”.

“Tak apalah saya rugi dulu..sebab apa kalau memaksa orang suka  dan menerima saya, RUGInya akan datang kemudian hari. Rugi yang akan ditanggunag oleh bukan saya seorang sahaja. ‘Kemudian hari’ waktu tu mungkin sudah dua atau tiga orang yang lahir dan yang akan turut sama menerima kerugian. Tapi kalau sekarang, hanya saya seorang sahaja yang merasa rugi. Itu sebabnya saya memilih rugi dahulu dari rugi kemudian.”

“Kenapa you pilih suka keluarga dari diri pemuda itu sendiri. Bukan kah cinta sangat penting dalam hidup berumah tangga dari rasa suka keluarganya. Sebab dia  yang nak serumah tangga dengan kita bukan keluaraganya.”.

“Doktor!! bukan mudah seorang ibu mahu membawa kita lahir kedunia ni. Dari peringkat permulaan seorang akan merasa tidak selesa bila seorang bayi mula membentuk dalam rahimnya..bila dah besar sikit jalan pun terkengkang kengkang membawa perut dan yang paling hebat seorang ibu mampu menempuh rasa sakit saat melahirkan. Orang cakap sakit melahirkan anak kurang sedikit dari rasa sakit masa nyawa kita dicabut dari badan. Jadi saya tak mahu seseorang itu menyakiti hati ibunya kerana mahu memiliki saya sebagai isteri. Dan saya tak mahu merenggangkan hubungan anak dan ibu bapa kerana saya. Saya hadir dalam hidup nya hanya setelah dia segak bergaya dan bekerjaya... sedangkan kedua ibu bapa memelihara dia dari tapak kakinya sebesar dua jari. Jadi siapa yang lebih berhak keatas diri seseorang itu.. bakal isteri atau ibu bapanya. Tapi yang silapnya kita, bila dah rasa suka dia tak terfikir itu semua.”.


“Kenapa you tak nak cuba dulu..mungkin diawal perkahwinan mereka tak suka tapi bila you dah melahirkan cucu untuk mereka you menjadi menantu kesayangan”.


“Saya tak mahu menanggung risiko..perkataan MUNGKIN tak membawa kepastian sangat merbahaya. MUNGKIN mereka suka itu Alhamdulillah dan MUNGKIN mereka tak suka hingga keakhirnya.  Macam mana???”.


“Ok sekarang I faham pendirian you dan I yakin kedudukan you. I anggap you single and available ok. Sekarang masuk bab I pula..Terus terang I cakap..I sangat perlu pertolongan you. Tapi kalau kita macam sekarang ni, I umpama tutup lubang gali lubang”.


“Amboi doc. budak sains dah pandai bermain dengan kata berkias..tapi saya budak akaun memang tak fahamlah maksud tersirat tutup lubang, gali lubang. Kita sekarang bukannya nak tanam ubi ke, keladi ke atau tanam anak pisang yang perlukan lubang yang dalam untuk menanamnya.”. Dua duda dan balu ketawa lucu dengan keyataan sendiri.


“You ni tak lepas pelung kalau nak kena kan I. Maksud  I macam ni. I sedar dan I tahu kita ni bukan mahram, berjumpa dan duduk berbual macam ni mendatang dosa. Memang betul I nak cari pahala berbuat baik pada mommy I, tapi I terpaksa membuat dosa bila terpaksa mengajak you datang sini. Apa kata kita halalkan hubungan kita. I sungguh-sungguh nak kan bantuan you, untuk menjadi anak yang berbakti kepada ibunya. I nak mencari  keredaan Allah Hidayah, bukan untuk diri I sahaja tetapi untuk mommy I sekali. I tak mahu mommy I rugi didunia dan akhirat. Didunia ni dia terkontang-kantieg sendiri bila ayah I tinggalkan dia, bab tu I tak boleh nak buat apa. Tapi untuk akhiratnya I nak tolong dia..nak ajak dia solat dan mengerjakan semua peritah Allah yang diwajibkan keatas setiap hambanya. Semoga diakhirat kelak dia akan menadpat balasan baik dari Allah.”.  Terkelip-kelip Nur Hidayah memandang kearah doctor Johan Hamdi. Mungkin dia mencari jawapan diwajah Johan Hamdi yang beraut wajah seperti Cina. Raut wajah dan fizikal doktor Johan Hamdi ada persamaan dengan Rasid Sidek pemain badminton Negara suatu masa dulu.


“Doktor, kalau doctor tahu siapa saya, tentu doctor akan menjauhkan diri dari saya”.


“Kenapa?..you takut you dijangkiti ADIS..I yakin you tidak dijangkiti. Tentu arwah suaminya menggunakan perlindungan yang baik untuk melindungi wanita yang sanggup bergadai nyawa hidup disisi dia.”.


“Itu salah satunya..ada perkara lain yang doktor tak tahu berkenaan diri saya."


“Apa dia cakaplah..I takut keluarga you yang tak boleh terima I  yang tak berharta ni atau satu lagi.. sebab keadaan mommy I sendiri. I sedar dari segi kebendaan you lebih dari I, you dari keluarga yang kaya..lihatlah dari segi kereta yang you pakai. I hanya  mampu beli kereta nasional  PESONA  sahaja.”.


“Saya tak perlu pendapat orang lain untuk kehidupan saya. Bab keadaan doctor dan mommy doctor tak ada masaalah pada saya. Jawapan saya ni ada kaitan dengan status yang saya pegang.”


“Status apa Hidayah, kalau you nak kata you balu, I ni duda jadi kita serupa dari status, hanya kita berlainan jantina sahaja”.


“Ialah doctor saya tahu tu..kalau kita sama. Jadilah doctor tu gay atau saya ni lesbian pula”. Dalam serius berbincang terselit juga lawak selamba Nur Hidayah, menyebabkan perbincangan mereka disulami gelak ketawa.


“Cakaplah Hidayah apa yang you nak sampaikan..saya harap awak tak sampaikan dalam bahasa berkias, takut saya tak faham saya ni masih budak Sains tau. Tadi saya berbahasa berkias awak pun tak faham kan”.


“Untuk makluman doc. saya adalah anak tak sah taraf atau dalam bahasa kasarnya anak luar nikah.  Doc tahu tak siapa arwah Tengku Faris dalam hidup saya”.


“Dia suami you”.    
                  

“Selain suami dia adalah bapa biologi saya”.


“Boleh ye you nikah dengan dia”.


“Untuk menghalalkan hubungan kami, jika kami mahu duduk serumah dan bersentuhan. Anak luar nikah dan bapa biologinya tak membawa apa-apa makna dalam hubungan anak dan bapa, mereka orang asing yang membawa dosa kalau mereka bertemu. Jadi bab kaya yang doc. sebut tadi tidak untuk saya. Saya tak berhak untuk menuntut harta keluarga bapa biologi saya walaupun saya anaknya.”


“You tahu sejak bila Tengku Faris adalah bapa biologi you dan sejak bila pula you tahu dia mengidap HIV positiv”.


“Sejak kami belum nikah lagi”.


“Kenapa Hidayah sanggup nikah dengan bapa kandung yang mempunyai HIV pula tu”.


“Teruk kan saya ni..tapi inilah rasa seorang anak yang teringin merasa kasih seorang ayah. Itu sebabnya saya takut untuk  mengahadapi RUGI KEMUDIAN.. kerana saya tak mahu anak-anak saya..merasa apa yang saya rasa..INGINKAN KASIH SEORANG AYAH KANDUNG. Yang kedua macam doctor dengan mommy doctor, saya tak mahu dia mendapat dua kerugian. In Syaa Allah dengan pernikahan kami dapat membantu dia meraih walau pun sedikit pahala untuk bekalan dia dialam kubur dan akhirat nanti.”.


“Ohh..sekarang baru saya faham you Hidayah. Tapi bab penerimaan saya setelah saya tahu you anak luar nikah sama sahaja, saya tak pandang semua itu. Lagi pun bukan salah you. You sama sahaja seperti orang lain yang suci dari dosa mama dan ayah you. Allah Maha Adil Hidayah, dosa perbuatan zina hingga melahirkan anak tidak ditanggung anak luar nikahnya.”.


“Doktor tahu tak kenapa ada ibu bapa cuba nak elak  bermenantukan anak luar nikah”.


“Kenapa ye?”.


“Kerana kejadianya adalah hasil dari bisikkan syaitan..tentu hasilnya juga terkandung syaitan juga”.


“Kenyataan tu tak betul..bukan kah dah dinyatakan,  setiap bayi yang lahir adalah sebersih kain putih..ertinya dia bersih dari segalanya, dari kesalahan emak ayahnya atau masih bersih dari godaan syaitan yang direjam. Kita yang telah menjadi ibu dan ayahlah yang mendidik anak menjadikan dia yang macam mana.  Hidayah! Kita kalau dah jadi ibu dan ayah jangan jemu nasihatkan  anak, jangan jemu mengingatkan anak dari terjebak perkara-perjara yang boleh menudaratkan diri sendiri. Dan satu lagi jangan jemu berdoa memohon pada Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan yang Maha Mengasihani untuk menjaga dan melindungi  anak-anak kita dari bisikan syaitan yang direjam yang sentiasa cuba menggoda…” Nur Hidayah hanya mendiamkan diri mendengar pendapat dari budak Sains yang dah menjadi doctor, dan bertukar watak dah jadi ustaz yang berhujjah dihadapannya.


“Pada I, I nampak you seorang hamba yang taat pada perintahNya. In Syaa Allah syaitan juga tak mampu dan merasuk diri you,  sebab apa  you pun sentiasa memohon perlindungan dari Allah kan. Dan I berani jamin hati you selalu berzikir mengingatiNya betul ke apa yang I teka.”.


“Mana ada.. jangan lah melebih sangat kalau pandang saya.  Hanya saya sentiasa berwaspada sebab saya tahu kelahiran saya macam mana”.


“Yakinlah diri you juga sama seperti manusia lain..dan sesuai untuk orang lain juga. Macam mana Hidayah dengan permintaan I tadi. I minta kesanggupan  you menjadi sebahagian dari diri I, membantu I menjadi anak yang berbakti pada ibunya untuk mencari keredaan Allah. Sanggup ye I sungguh-sungguh ni”.


“Jawapan saya adalah hasil persetujuan mommy doctor. Saya nak doc. cerita siapa diri saya. Yang bab masuk penjara kerana dituduh pun cerita juga. Harap dic jujur dengan apa yang saya mahukan. Saya harap juga jika mommy doc ragu walau sedikit pun jangan dipujuk. Saya nak dia terima saya seadanya dengan hati yang rela tampa pujukkan”.


“Ok saya setuju dengan permintaan you”.