Anak petani
membawa cangkul,
Rehat
sebentar ditepi tebing,
Yang berat
sama dipikul,
Yang ringan
sama dijinjing.
Amirah
menghubungi suaminya tadi, kerana dia ingin meminta suaminya menemaninya
kepasar atau supermarket, untuk membeli barang-barang keperluan dapur yang
telah kehabisan. Dia juga ingin membeli sedikit daging untuk dimasak kicap.
Tiba-tiba ada rasa berkeinginan makan masak kicap daging pula. Kebetulan sayur
bayamnya juga telah kehabian. Pada masa ini,
hanya bayam sahaja yang boleh melalui kerongkong nya, jika sayur lain
dia akan merasa mual dan loya. Jika dia memakan juga, dia akan memuntahkan kembali makanan itu. Apabila
mendengar nada tinggi suara suaminya tadi, keinginan meminta dirinya ditemani
menjadi terbantut.
Walaupun
suaminya tidak menemaninya, Amirah tetap meneruskan juga rancanganya pagi itu .
Dia bercadang untuk ke supermarket yang paling hampir dengan tempat kerjanya
yaitu surpermaket Giant di bangunan AMCOB. Dari pejabatnya dia hanya perlu berjalan
kaki sahaja untuk kesupermaket itu . Semua barang-barang yang perlu dibeli
sudah disenaraikan. Sambil itu dia merancang didalam kepalanya...
‘Rasanya awal sangat kalau terus pergi 0830 , walaupun aku jalan lenggang kangkong
mengambil masa 30 minit .. supermaket buka 1030..rasanya duduk sini dulu minum
sikit .. kemudian baring sekejap ok kot..nanti 10 pagi nanti baru aku
keluar..jalan 20 minit... oklah tak lama lepas tu supermaket dibuka..dapat juga
aku rehat sekejap.” Amirah berkira-kira dan merancang apa yang akan dilakukan sebentar lagi..Dia
mengambil keputusan untuk berihat sekejap.
Dalam
masa nak rehat sekejap dia terlena. Dia tersedar apabila ada pegawai lain yang
memasuki bilik rehat tersebut. Dia melihat jam dipegelanganya tanganya, yang sudah
menunjukkan lima belas minit lagi pukul sebelas pagi.
“Allah..dah nak pukul sebelas rupanya.” Kalamkabut Amirah
bangun dan melipat selimut yang digunakan. Dia sudah terlewat.
“Ehh.. kau tak balik lagi ke Mirah.” Ida Helme kawan satu
rumahnya dulu menegur.
Ketika
melapur diri dahulu Amirah, Siti Zawana, Ida Helme dan Ain Nasuha berkenalan,
kebetulan pula mereka melapur diri dihari yang sama. Selepas itu mereka sama-sama mencari rumah sewa dan sepakat
duduk disebuah pangsapuri ditaman
Paramount. Tapi kini Amirah sudah berumah tangga tinggallah mereka bertiga
menyewa disitu. Oleh kerana mereka berempat sudah serasi, mereka tidak bercadang untuk menggantikan
tempat Amirah. Bagi mereka buat masa sekarang susah untuk mencari kawan yang
serasi dan boleh bertolak ansur. Kebetulan kempat-empat sahabat itu tidak
ditempatkan keluar dari Petaling Jaya. Walau pun mereka tidak ditugaskan
dibahagian yang sama. Hanya Amirah dan Ida sahaja yang berkerja ditempat yang
sama mengikut giliran tetapi tidak sama waktu
pula. Siti dan Ain bekerja waktu
pejabat.
“Aku ingat nak beli barang dapur sikit kat Giant
AMCOB…barang rumah dah habis, kalau dah balik susah aku nak keluar lagi, almaklumlah badan dah berat ni. Biasanya restday
macam ni kalau aku tertidur memang susah nak bangun”. Balas Amirah dia sudah menyimpan selimutnya dan membetul-betulkan tudung dan bajunya yang
menjadi tidak kemas kerana dia baring tadi.
“kau dah ok ke Mirah..
dah tak mabuk lagi …kau tak ajak suami kau?”
“Mabuk juga sikit-sikit kalau salah makan ..suami aku kerja
hari ni katanya, aku terpaksa juga beli sebab barang dapur dah habis langsung..
tu yang duduk dulu ni, rupa-rupanya terlena pulak..oklah aku balik dulu..terima
kasih kejutkan aku.”
“Aku tak tahu kau tak balik lagi, aku nak ambil baju
sejuk…aku rasa dah sejuk semacam ni.. masuk-masuk saja dah rasa sampai ketulang sejuknya.”
“Dari malam tadi lagi dah sejuk..aku mengigil sampai tak boleh lena.”
Amirah dan Ida
beriringan keluar dari bilik rehat itu, sebelum keluar sempat Ida berpesan.
“Jalan baik-baik Mirah.. perut kau tu dah besar aku nampak.”
“Insyallah terima kasih Ida…assalamuailkum”.
“Waalaikumsalam.”
Walaupun mereka tidak serumah lagi tapi hubungan mereka baik, maklumlah mereka
semua perantau yang jauh dari ibu dan bapa. Jadi pandai-pandailah membawa diri
dan pandai-pandailah mencari kawan, supaya dapatlah kita bergantung antara satu sama lain. Umpama‘aur dengan
tebing,saling bergantung antara satu sama lain’.
=======================
Ketika
disupermaket Amirah terus sahaja ketempat barang-barang basah, dia memilih
dua jenis sayur untuk suaminya dan sayur
bayam merah untuk dirinya, dia tidak mahu berlengah-lengah kerana dia sudah
terlambat gara-gara tertidur tadi. Dia
melihat senarai barang-barang yang mahu dibelinya..dia ingin pulang
kerumah segera kerana hari sudah menjelang tengahhari dan badanya terasa letih
sedikit.
Selepas
itu dia memilih barang yang hendaki terus sahaja dia kekaunter pembayaran.
Dikaunter pembayaran ketika dia menunggu
giliran untuk membayar matanya melilau
memerhati sekeliling. Alangkah berdebar hatinya, bila terpandang sepasang
teruna dara..yang jalan beriringan sambil ketawa mesra. Sungguh mesra sigadis
memukul manja lengan sijejaka. Romantisnya gaya pasangan yang sedang dilamun
cinta.. seakan dunia ini mereka berdua sahaja yang punya detik hati Amirah.
Jelas kelihatan kemesraan dari bahasa tubuh mereka berdua. Bila sampai dipintu
masuk supermarket.. sigadis mencapai tangan sijejaka dan menariknya. Mungkin
sigadis mengajak teman lelakinya masuk agaknya. Apabila
berpusing lelaki yang berada disamping gadis tadi adalah suaminya sendiri.
Amirah
berpura-pura tunduk mengambil sesuatu didalam bag sandangnya. Dia tidak mahu
memandang adigan itu. Dia tidak tahu mungkinkah suami menyedari dirinya ada disitu atau pun tidak. Jika
ditanya perasaanya, apakah perasaanya ketika itu..dia tidak tahu..tapi dia
tidak menangis. Setelah membayar apa yang telah dibelinya dia keluar dari
supermarket itu. Dia tidak menoleh kedalam supermarket itu lagi. Dia menanti
sebuah teksi untuk terus pulang kerumah.
Sampai
dirumah Amirah tidak memikirkan apa yang dilihatnya tadi. Dia menyibukkan diri
mengemas apa yang dibeli. Terasa dirinya tidak berpijak dibumi nyata. Dia
memulakan masakkanya untuk makan
tengaharinya. Dia masak sambil berzikir
mahu menyibukkan hati kepalanya.
Dia juga
menyibukkan kepalanya dengan petua-petua dari ibunya. Mula-mula dia menanak
nasi, kerana air basuhan beras tadi akan digunakan untuk membasuh sayur-sayuran
yang dibelinya tadi. Dia sentiasa mengamalkan petua yang diberi oleh ibunya.
Kata ibunya air beras elok untuk membasuh sayur-sayuran, kerana ia dapat
menutralkan apa juga bahan kimia yang terdapat pada sayuran tadi. Tidak kiralah
racun serangga ataupun baja kimia yang digunakan. Setelah semua sayuran dibasuh
dituskan didalam bekas. Dia mengambil daging lalu dihiris nipis. Kemudian dia
merebus daging untuk dimasak kicap, daging perlu dihiris nipis sebelum direbus
supaya mudah empuk barulah digoreng
sedikit.
Sementara
dagingnya empuk, Amirah menyediakan bahan-bahan untuk memasak kicap pula.
Sebiji bawang merah seulas bawang putih sedikit halia untuk ditumbuk bersama
sedikit lada hitam dan akhir sekali dia menghiris sebiji bawang besar dan
sebiji cili merah untuk dimasuk kan kedalam masak kicapnya. Bila masak kicapnya
hamper masak nanti, barulah hirisan bawang besar dan cili merah yang hanya di
belah dua dimasukkan kedalan masak kicapnya tadi. Dia tidak suka bawang besar
dimasak terlalu lama kerana akan hilang rasa manis dan rangup bawang tadi.
Selain untuk menyedapkkan lagi masak kicapnya bawang dan cili merah tadi
dijadikan hiasan masakkanya. Masakannya hari itu masak kicap daging dan bayam
masak rebus sahaja.
Siap
masak di mengambil pinggan dan bersedia untuk makan tengahhari, lagipun waktu
sudah menunjukkan hampir pukul dua petang. Azan zohor sudah setengah jam yang
lalu berkumandang. Ketika di pejabatnya pagi tadi dia hanya makan beberapa
keping biskut dan secawan air milo
sebelum dia merebahkan dirinya dibilik rehat. Alhamdullilah dia tidak merasa
loya makan daging kicap tadi, dia mula mengemas dapur dan mencuci pinggan
mangkuk yang telah digunakan.
Selesai
mengemas dapur, dia kebilik mandi pula. Sambil mandi dan mencuci pakaiannya dan
sedikit pakaian suaminya dengan mengunakan washing michine berdekatan bilik
air. Sementara kain baju dibasuh oleh washing michine dia mandi untuk
membersihkan dan menyegarkan badannya, sambil-sambil itu dia memberus sedikit
bilik mandi yang terasa lama tidak dibasuh. Selesai semuanya dia menyidai
pakaian dan mengambil wuduk untuk solat zohor pula.
Selesai
solat Amirah berdoa semoga diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi segala
dugaan yang bakal menimpa. Selesai solat dan berdoa dia mula terbayang apa yang
dilihatnya tadi.
“Ahh..tak ada apa-apalah mungkin aku salah sangka mungkin
pelanduk dua serupa dengan suami aku.” Amirah cuba menepis apa yang menerpa
mindanya sebab mindanya tidak mahu mengakui lelaki yang dipandangnya tadi
adalah suaminya walaupun pancaindranya melihat dengan jelas itu adalah
suaminya.. Dia merebahkan badannya disejadah lalu memejamkan matanya. Kerana
terlalu letih dia terlena sekejap, dia tersedar apabila terdengar pintu
biliknya dibuka dari luar. Apabila dia membuka mata dilihat suaminya tercegat
diambang pintu bilik mereka.
“Abang dah balik…dah makan?..”Amirah bangun dan membuka
telekung melipat lalu disidai kepeyedai
ditepi dinding.
Pertanyaannya tidak dijawab pleh suaminya, dia hanya
tersengkang dan membatu di hadapan pintu bilik tidur mereka. Loqman memandang
isterinya lama. Amirah juga mendiamkan diri, bila soalannya tidak berjawab. Dia
hanya memandang suaminya dengan pandang tanda tanya. Loqman terkaku seketika
seolah-olah kelu lidahnya untuk berkata-kata dihadapan isterinya.
Memandangkan
suaminya tiada bereaksi, Amirah ingin keluar dari bilik mereka untuk menyiapkan
makanan suaminya pula. Ketika dia keluar dari bilik dia melintas dihadapan
suaminya yang masih tersengkang dimuka pintu.. suaminya bersuara.
“Nak kemana?..”
“Nak siapkan makanan abang.”
“Aku dah makan..tadi.” garang suara Loqman berbicara. Entah
kenapa dia menjadi garang kepada isterinya..mungkinkah dia ingin menunjukkan
ketegasan atau kuasanya atau untuk menutupi kesalahanya. Pada fikiranya jika
ditunjukkan kegaranganya isterinya tidak akan bertanya lebih banyak lagi.
“abang makan kat mana?..dengan siapa?” angin amarah Amirah
mula menyerbu kekepala bila dia mendengar jawapan kasar suaminya. Lebih-lebih
lagi bila dia mendengar perkataan ‘aku’
yang di gunakan untuk ganti namanya. Dia juga mula terbayang apa yang
dilihatnya tadi.
“Aku makan dengan kawanlah.” kemudian suaminya diam, Amirah
ingin mendengar perkataan seterusnya
jika suaminya mahu berterus terang, tapi bila suaminya tidak menyambung
perkataanya. Amirah bertaya lagi.
“Kawan laki-laki atau
kawan perempuan?” Amirah mula menyelidik, badan sudah berpusing mengadap
suaminya.
“Suka hati akulah kawan lelaki ke perempuan..ohh sekarang
pandai kau nak control aku pula ye?” Tinggi suara suaminya bergema memenuhi ruang rumah mereka. Sebenarnya dia
teringat kata-kata Liza malam tadi, yang
mengambarkan dia sudah dibawah telunjuk isterinya, kini dia ingin
membuktikan bahawa dia tidak suami yang sebegitu. Dia bukan suami yang telah
'diqueen control' oleh isterinya.
“Bang!! Mirah ni siapa bang …sampai tak boleh
tahu dengan siapa abang makan..Mirah rasa abang dah lain sekarang…kenapa
bang.. apa salah Mirah?”
“Engaku itu yang lain, kau yang selalu tinggalkan aku
sorang-sorang.. kau tak kisahkan aku ni suami engkau.” Loqman mencari kesalahan
isterinya.
“Mirah pergi mana agaknya bang..Mirah kan pergi
kerja..kenapa abang tidak boleh faham dengan kerja Mirah.”
“Kalau kerja macam tu lebih baik berhenti..kau tu lepasan
universiti kerja dengan kerajaan pulak tu, tapi ada pulak kerja malam boleh
percaya ke. Entah-entah...” Belum sempat suaminya menghabiskan ayatnya, Amirah sudah tahu penghabisan ayat suaminya.
Dia dicurigai...
“Jadi selama ni abang agak Mirah pergi mana..pergi
berpoya-poya dengan perut buncit macam ni ..itu yang abang keluar dengan betina
lain siap pegang-pegang tangan lagi, siap bergurau senda gelak ketawa lagi..nak
balas lah konon tu.” mendengar perkataan ‘betina’ Loqman jadi berang. Kerana
dia tahu betina yang dimaksudkan oleh Amirah adalah Liza. Tetapi wanita itu telah
menjadi kesayanganya kini.
“Kau jangan nak naikkan darah aku, kalau kau nak aku tak
keluar dengan orang lain berhenti kerja, jaga makan minum aku dan temani aku
kat rumah ni.”
“Sebelum kita kawin, abang dah janji.. abang benarkan Mirah
kerja. Abang benarkan Mirah bantu keluarga Mirah ..Bukankah dulu Mirah suruh
abang cari wanita lain tapi abang berkeras, dah Mirah buncit macam ni, abang terasa pulak Mirah tak
boleh jaga abang”.
“Jadi kau salahkan akulah ..kau tu yang tak pandai jaga
laki..kau biarkan aku sendiri...aku carilah perempuan lain temankan aku salah
ke?”.
“Tak salah cari wanita lain..tapi tenguklah.. sejak ada
wanita lain kat hati abang..perangai abang dengan Mirah dah lain, abang
dah tak ambil berat kat Mirah lagi.
Cakap pun kasar. Ini belum abang kahwin dengan dia lagi..baru saja brkasih tapi
makin hari kasih-sayang abang pada Mirah makin hilang”. Itulah hakikatnya jika
lelaki memiliki wanita lebih dari seorang. Kadang-kadang secara tidak sedar
yang seorang lagi terbiar dan terabai.
“Jangan kau nak cari salah aku pulak ..kau cari salah kau
dulu baru boleh tuduh aku.”
“Ohh ..Sekarang ni Mirahlah
yang bersalah…dulu Mirah suruh cari wanita lain tak mahu, lepas tu tak sabar-sabar nak nikah, tak sempat nak
tunggu setahun, tak sempat nak tunggu Mirah habis kursus..tak sempat....”
“Ohh jadi kau menyesallah kawin dengan aku?..Kalau kau rasa
menyesal kahwin dengan aku... aku ceraikan engkau sekarang..pergilah engkau
kerja, tolonglah keluarga engkau, aku dah tak kisah..” terkedu Amirah mendengar
apa yang diucapkan oleh suaminya lalu dia bertanya sekali lagi. Mencari
menjelasan.
“Abang sedar tak apa
yang abang cakapkan tadi ?”
“Aku tahu dan sedar…aku ceraikan engkau dengan talak
satu..itu kan yang kau minta..itukan yang kau nak.” Loqman sekali lagi
mengucapkan dengan jelas. Loqman mencari kesalahan isterinya pula yang
mengatakan isterinya yang minta diceraikan.
“Rasanya Mirah tak minta pun, ada abang dengar Mirah yang
minta.. ada ke Mirah sebut perkataan cerai” Loqman diam seketika, mencari jawapan.
Loqman cuba
memutarkan semula perbuatan dan kata-katanya yang keluar dari mulutnya sebentar
tadi..mencari-cari suara isterinya dengan perkataan cerai..tetapi dia tidak
berjumpa dengan jawapannya. Dia tidak mendengar isterinya minta diceraikan
tadi. Sesungguhnya isterinya tidak mengucapkan perkataan itu..hanya dia yang
sudah terlepas cakap..tetapi egonya tidak mahu mengakuinya.
Syaitan sudah
bertepuk tangan kegembiraan. Seorang anak cucu Adam sudah tewas ditangannya
hingga terlepas perkataan “CERAI” kerana egonya. Hanya dengan sedikit masaalah
Loqman sudah tewas dalam menangani cabaran berumah tangga. Sedangkan
rumahtangga itulah yang diharapkan sejak dari dulu lagi.
“Tak sangka begitu mudah abang mengucapkan perkataan cerai
untuk Mirah. Mungkin dalam hati abang sudah ada niat untuk menceraikan
Mirah…walau macamana pun, sama ada Mirah minta taupun tak, perkataan itu sudah
terlepas dari mulut abang dengan yakin, bermakna kita sudah tidak halal lagi
untuk duduk berdua begini.” Amirah masuk kembali kedalam bilik. Dia membuka
almari pakaian, dia mengambil begnya lalu memasukkan kesemua baju-bajunya. Dia
terpaksa keluar dari rumah itu. Kerana rumah itu rumah untuk pegawai polis. Dia
sudah diceraikan, dia tidak layak untuk duduk disitu lagi.
Setelah mendengar
kata-kata dari Amirah tadi, Loqman keluar entah kemana mungkin untuk meredakan
perasaannya. Menyesalkah dia.
Yang hairannya Amirah tidak menangis ketika itu, fikiranya
kosong bagaikan dia tidak berpijak
dibumi nyata.
Siap
berkemas pakainya dia keluar dengan hanya menutup pintu rumah sahaja. Kunci
pendua yang ada padanya tidak diambil..dia sudah tidak layak untuk semua itu.
Dia bertawakal kepada Allah akan keselamatan isi rumah suaminya. Dia
mengharapkan setelah dia pergi Loqman akan pulang segera memandangkan pintu
rumah tidak berkunci. Dengan membawa sebuah beg baju dan beg sandangnya yang
selalu dibawanya ketempat kerja, Amirah menanti teksi ditepi jalan. Ketika itu
jam sudah menunjukkan pukul 430 petang, ini bererti waktu orang balik pejabat
tentu teksi susah sedikit. Dia menanti dengan sabar.
Difikiranya terbayang perkara yang telah
terjadi. Dia tertanya-tanya didalam hati.. Betulkah dia sudah diceraikan,
apakah kesalahanya maka dia diceraikan dengan begitu mudah sekali oleh
suaminya.. berbagai persolannya bermain di kepalanya. Dalam pada berfikir sebuah teksi berhenti dihadapanya tampa
membuang masa dia masuk dan mengarahkan alamat yang hendak ditujunya. Tidak ada
tempat lain lagi melainkan ketempat rumah yang pernah disewanya dulu bersama
kawan-kawannya diTaman Paramount. Dia berdoa agar kawan-kawanya masih sudi
menumpangkan dirinya yang sedang mengandung hingga cukup bulan itu.
Teksi
yang dinaiki tiba bersama kawan-kawannya Siti dan Ain yang baru sampai dari
tempat kerja. Dua kawan Amirah ini bekerja waktu pejabat, merekalah yang
menolong mengangkat beg baju yang agak berat, memandangkan keadaan Amirah yang
tidak berdaya. Kawan-kawan Amirah
berpandangan sesama sendiri melihat keadaan Amirah. Pada pandangan mata mereka
wajah Amirah nampak sedih, dia tidak bercakap atau menegur mereka. Mereka sudah
maklum perangai Amirah jika dia dilanda masaalah dia akan mendiamkan diri. Pada
kebiasaanya bila keadaan reda dia akan menceritakan kepada kawan-kawan
masaalahnya.
Selangkah sahaja dia masuk kerumah, barulah
sedikit demi sedikit kenyatan sebenar dirinya dirasai. Amirah menekup mukanya
dengan kedua belah tanganya. Dia sudah terjelepuk di pintu masuk. Dia menangis
teresak-esak. Dua orang kawannya sedang menuju kebilik masing-masing menoleh, memerhati
dan memandang kehairanan kerah Amirah
yang sedang teresak-esak. Tanganya masih menekup mukanya tampa sepatah kata
keluar dari mulutnya. Siti dan Ain merapati bila dilihat tangisan Amirah
tambah menjadi-jadi. Siti memeluk dan Ain pula mengurut-urut belakang Amirah
dengan lembut bagi menenangkannya. Kemudian Ain kedapur mengambil segelas air
kosong, lalu dihulurkan kepada Amirah.
Dia teringat pesan ibunya kalau hendak meredakan tangisan seseorang
berilah dia minum segelas air suam.
“Mirah minum air ini.. minumlah.” Amirah membuka tanganya
lalu menyambut gelas yang dihulurkan. Dia minum sehingga habis.
“Terima kasih….terima kasih Ain terima kasih Siti.” Amirah
menyapu sisa air mata dengan belakang tanganya. Lama mereka mendiamkan diri
bila keadaan agak lega Siti bersuara..
“Mirah mandi lah dulu..kau dah solat asar ke belum?.” baru
Amirah teringat dia belum lagi solat asar.
“ Aku tak solat lagi,
lupa pulak..aku mandi dululah ya.” Amirah membuka bag pakaiannya dan
menyelongkar untuk mencari tuala mandinya.
Tapi perilakunya
bukan seperti Amirah yang mereka kenal. Amirah yang mereka kenal seorang yang
teliti dan pengemas. Tetapi Amirah yang didepan mereka mengirai semua pakainya
di ruang tamu, hingga bertaburan baju-bajunya berseta baju dan seluar kecilnya
hanya kerana mencari sehelai tuala. Sedangkan dahulu dia akan menjemur seluar
dan baju kecilnya dibawah tudung atau dibawah baju nipis supaya terlindung dari
pandangan mata orang. Setelah berjumpa dengan apa yang dicarinya dia
meninggalkan pakaiannya yang bersepah diruang tamu begitu sahaja. Dia menuju
kebilik air. Terdengar dia mandi dan berwuduk lalu masuk kebilik Ain bersolat.
Lama sungguh Amirah solat hari ini.
Rumah
sewa mereka ada tiga bilik. Dahulu bilik-bilik besar mereka kongsi dua orang, ada satu bilik yang agak
kecil dibelakang hanya muat untuk seorang itulah bilik Amirah dulu. Tetapi kini
bilik itu telah dihuni oleh Ida pula. Untuk keselesaan mereka yang hanya tinggal bertiga mereka menghuni
tiap seorang satu bilik.
Ketika Amirah dibilik mandi, Siti dan Ain mengemas
dan memasukkan semula baju-baju Amirah kedalam begnya. Siti meluahkan
kemuskilan dihatinya bila melihat pakaian yang dibawa oleh Amirah.
“Ain, banyaknya Mirah bawa baju ni.. macam nak pindah
aje..kenapa agaknya ye, dia gaduh dengan suami dia ke?. Kemudian beg itu
diletakkan dibilik Ain, kerana antara tiga bilik.. bilik Ainlah yang paling
besar dan mempunyai katil kelamin.
“Entahlah..aku rasa pun ia juga.”
“Kalau dia nak tumpang rumah kita, rasa elok dia duduk bilik
kau Ain. Lagi pun katil kau katil besar. Kesian pulak kalau dia tidur bawah
dengan perut besar macam tu.” Pada mereka berdua, mungkin Amirah sedang ditimpa
masaalah. Sebagai kawan tidak menjadi keberatan jika Amirah mahu menumpang dirumah sewa
mereka..bukan ada pepatah menyatakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
“Ialah memang aku nak ajak tidur bilik aku pun”. Kemudian
mereka berdua kedapur untuk menyediakan makan malam mereka.
No comments:
Post a Comment