Anak beruk didahan rendang,
turun meniti ditepi paya..
Huduh buruk dimata orang
Handsome, lawa, kacak lagi,
di mata saya.
Ketika Edlan makan malam,
malam itu dia menceritakan masaalah Farhan kepada isterinya Suhaila. Mereka
memutuskan akan kerumah Farhan malam esok kebetulan esok hari Jumaat malam
Sabtu, ini bermakna keesokkan harinya mereka tidak bekerja. Isteri Edlan
bekerja diPutra Jaya sebagai pegawai Tadbir disebuah agansi kerajaan. Dia berulang
alik dari Putra Jaya dengan menaiki bas ketempat kerjanya. Suaminya akan
menghantarnya dan menjemputnya diperhentian bas tidak jauh dari rumah mereka.
“Su abang rasa masaalah Farhan tu
makin beratlah, abang kesian tenguk dia ..selepas Fatin baca SMS Nur Saleha dan kedatangan
Saleha kat hospital hari tu. Keadaan rumah tangga mereka makin teruk.”
“Kan abang kata, Fatin dah duduk
dengan Farhan semula”.
“Memanglah serumah..dia pun tak
pernah lupa pada tanggungjawab dia
sebagai isterinya..makan pakai Farhan memang dia jaga..tapi tiada kemesraan,
tak ada nak berbual-bual macam dulu dia dingin dengan Farhan..Kata Farhan asal
telefon Farhan bergetar atau berbunyi dia akan cepat-cepat melarikan diri
seolah-olah dia tidak mahu mendengar atau mengganggu perbualan Farhan”.
“Emm..Bang! Su rasa bersalah sangat..kalau Su tak bagi
nombor Farhan pada Saleha tentu perkara ni tak akan berlakukan, tentu rumah
tangga dia tak diduga macam ni..tapi kalau Su jadi Fatin pun Su akan curiga
juga.. bayangkanlah ada orang yang nakkan suami kita kalau suami kita pun nak…
tentu jadikan.” Sebenarnya apa-apa yang berlaku pada Farhan, Edlan menceritakan
juga kepada isterinya…
“Abang rasa persengketaan mereka tu
sia-sia sebab memang Farhan tak terniat nak kahwin dengan Saleha tu..sepatut
Fatin janganlah dihukum dia macam tu.”Edlan
cuba membela sahabat baiknya dimata isterinya.
“Itu bukan hukum bang..tapi rasa
bimbang, Bimbang suami dia akan
menghianati kasih sayangnya selama ini..tentu dia sedeh..kalau dah sedih hati
tak ceria perilaku kita pun akan terjejas”.
“Ialah tu”.
“Ia bang Su kan wanita juga..sama
macam Fatin..bimbang suami dirampas wanita lain, bimbang suami akan kahwin
senyap-senyap..bila dah khawin suami pula berat sebelah. Sebetulnya kalau para
suami yang berpoligami boleh berlaku adil tak mengapa..tapi biasanya dah kahwin
lain mereka ni mengabaikan tanggung jawab mereka. Biasanya yang baru akan
mendapat lebih perhatian..maklumlah baru dapat..dimata suami mestilah lebih
cantik ditambah pula pandai bermanja kata-katanya pun lembut saja dipendengaran…
lama kelaman kita yang dah lama ni akan ditinggalkan..banyak kes-kes yang macam
tu”.
“Kes macam tu memang ada dan tak dapat
dinafikan. Su kalau rumah tangga kita jadi macam rumah tangga Farhan..abang
mohon Su belajarlah percayakan abang”.
“Kenapa abang cakap macam tu..abang ada niat ke nak berbini lebih…”
“Abang tak pernah berniat pun..tapi manalah
tahu kita pula diduga macam tu…abang takut Su.. takut dugaan yang tak dijangka.
Pada abang.. pengalaman ayah abang, abang pegang..abang tak akan mengulangi
kesilapan ayah abang. Su seorang pun dah cukup abang dah cukup bahagia sekarang
ni. Su dah lahirkan dua dan dah nak masuk tiga anak abang cukuplah tu dan kalau
Su tak mampu lagi nak mengandung lagi pun tak apa.kalau..ramai sangat anak tak
jadi manusia yang berguna pun tak guna juga. Lagi pun kalau berbini dua tentu
rumah asing-asing kejap sana kejap sini
anak-anak tak terkawal tingkahnya.”
“Terima ksih bang kerana pilih Su
jadi isteri abang..Su pun bahagia sangat selama kita serumah..tapi macam mana
dengan Farhan..Su rasa macam Su yang mulakan masaalah mereka..macam mana nak
pulihkan kepercayaan Fatin pada Farhan.”
“Kita cari jalan..kita perlu tolong
Farhan yakinkan Fatin tu”.
========================
Selepas solat magrib malam Sabtu
itu, Farhan suamiisteri dikejutkan dengan kedatangan Edlan sekeluarga.Namun
tetap disambut gembira oleh Farhan.
“Apa mimpi kau datang ni Su..biasanya
balik kerja saja kau tidur.”
“Siapa yang cakap macam tu..ni tak
lain lah mesti you yang jadi radio bergerak ni.”Sambil bercekak pinggan Suhaila
memandang suaminya dengan raut muka geramnya. ‘Tunjuk garang tak padan dengan perut yang sudah memboyot kedepan’, detik hati Edlan.. dia hanya terkekek melihat tingkah isterinya.
“Dah itu kebenarannya…abang cakap
aja, lagi pun memang betulkan.”
“Ialah..ialah..betullah tu..I datang
sebenarnya tenguk bakal menantu, dah
besar ke? Sejak tenguk kat hospital hari tu tak sempat lagi nak jenguk dia.”
Dalih Suhailah untuk menutup malunya..kerana rahsianya terbongkar.
Sudah menjadi kebiasaan Suhaila
akan merehatkan diri sebentar ..bila sampai dirumah ketika dia pulang dari
kerja..ditambah dengan keadaan dirinya yang sudah sarat..tentulah dia merasa
letih dan penat. Suaminya juga memberi kerja sama dengan menjaga anak-anak yang
ada dan kemudian membantunya mencuci pakaian. Itulah cara orang berumah tangga
berat sama dipikul ringan sama dijingjing.
“Hssy..tak baik cakap macam tu
Su..biarlah diaorang tentukan jodoh mereka sendiri, lagi pun manalah tahu anak
you tu tak suka isteri yang lebih tua dari dia nanti… tapi confirm ke yang dalam
kandungan you tu lelaki”. Sangkal Farhan tentang jodoh anak-anak mereka.
“InsyaAllah..dah dua kali scan doctor
kata lelaki”. Edlan pula mejawab bagi pihak isterinya. Dia gembira sebenarnya
kandungan isterinya kali ini menunjukkan dia akan mendapat akan bayi lelaki. Mereka
dipersilakan masuk.Fatin pula mula mengangkat anak daranya keruang tamu.
“Ikut tarikh due, kak Su dulu
bersalin..tak sangka Fatin pulak bersalin lebih awal. Tinggal akak yang rasa berdebar-debar tunggu hari ni”.
“Alhamdulliah..tulah perancangan
Allah siapa yang tahu”. Fatin pula menjawab meramahkan diri pada kawan-kawan
suaminya yang datang berziarah. Farhan pula mula membuka VEDIO tape karton
untuk anak-anak sahabatnya.
“Along, angah nak cerita apa Acik Han
buka kan.”
“Cerita Doremon ada Acik Han?”
“Ada ni…pilih nak yang mana satu”.
“Duduklah dulu..tengok anak dara
kecil tu asyik tidur saja ”. Fatin melangkah kedapur.
“Ha biar abang siapkan air”.Setelah
selesai melayani anak-anak sahabatnya Farhan
kedapur untuk menghalang isterinya menyediakan air untuk tetamu mereka.
“Farhan tak payahlah susah-susah..kami
sebetulnya dah makan..kami dari Kentucky fried chicken, ada orang tu malas nak
masak hari ni..alang-alang lalu singgahlah sekali rumah kau ni. ”. terang Edlan
menerangkan keadaan mereka.
“Ohh dah kenyanglah ni”..balas Farhan pula.
“Tak payah susah-susah Han kami dah
kenyang ni.”tegah Suhaila pula bila dilihatnya Farhan tetap kedapur tidak
keluar hanya Fatin sahaja yang sudah
terjengul dipintu dapur”.
“Tak ada susahnya air bujang saja..”
laung Farhan dari dapur.
“Anak dara awak ni sapa nama..hari tu
masa datang belum bagi nama lagi kan”.
“Amni Umamah”. Itulah nama yang diberi oleh Farhan kerana dia ingin sekali
meletakkan nama itu untuk anak mereka. Biar anaknya membawa nama cucu Rasullah.
Umamah binti Ash merupakan anak Zainab putri Rasullah yang tua..selepas
kematian Fatimah Az-Zahrah dia berkahwin dengan Ali bin Abi Talib R.A diatas
permintaan Fatimah sendiri.
Fatin bersimpuh dilantai beralas
tikar yang sudah dibentang kan oleh suaminya tadi. Suhaila duduk berhampiran Fatin
dan memandangnya dengan pandangan bersalah.
“Fatin Kak Su datang ni nak minta
maaf..betul-betul minta maaf diatas semua
kesulitan yang berpunca dari Kak Su.”
Fatin memandang dengan pandagan hairan.
“Kenapa kak Su..Fatin tak faham.”
“Kak Su rasa bersalah sangat tentang
panggilan-pangilan dan massage dari Nur Saleha. Sebenarnya kak Su yang bagi dia
nombor Farhan pada dia... ingatkan sebagai seorang kawan tapi lain pulak
jadinya. Yang kak Su tahu mereka tak pernah bercinta dulu. Kalau diikut cerita
abang Lan..masa dalam kelas pun hanya sekali dua saja mereka bertegur sapa… itu
pun sebab bercakap-cakap hal pelajaran. Yang sebetulnya kan Nur tu susah nak
cakap dengan lelaki..kecuali yang betul-betul rapat dengan dia..lagi pun masa
ditahun dua lagi dia dah bertunang
dengan sepupu dia. Masa tu sepupu dia dah jadi houseman kat Hopital
Tengku Ampuan Rahimah Klang, di akhir pengajian Nur Saleha mereka
kahwin..taksangka pulak.. dia boleh hantar massage macam tu kat Farhan.” Ketika
itu Farhan sudah menatang dulang air dan sepinggan keropok ikan yang baru
sahaja digorengnya.
“Su kenapa buka cerita lama.”
“I rasa bersalah sangat..sebab
macamnya I lah yang memulakan masaalah you dengan Fatin, jadi I nak jelaskan.”
“Ia Fatin kami tak tahu macam ni jadinya.. yang kami tahu
NurSaleha bukan jenis yang macam ni dulu..I baca massage dia tu pun I terkejut.” sambung Edlan.
“Sebetulnya bukan Farhan saja suka
dia..ada dua tiga orang lagi yang suka termasuklah I... Pada I tak salah kalau
kita suka sebab dia memang cantik masa tu. I dengar antara kami ada yang dah
hantar e-mil cinta pun..tapi dia tak layan, memang hatinya dah tetap pada
sepupu dia. Memang bertuah sungguh bekas
suaminya..Nur Saleha ni jenis yang setia pada yang satu, dia bukan jenis
perempuan yang suka main kayu tiga, pada hal yang suka dia tu semuanya handsome.
Tapi tak termasuk I.. I ni dah lah rendah serba serbinya kurang. Tapi dah nasib diakan..apa nak buat.”
“Ehh abang pun suka kat dia juga
ke???” Suhaila terkejut bila suaminya
mengaku ada hati pada Saleha juga.
“Alah
suka sajalah Su itu pun dulu sekarang dah tak rasa apa pun .. Su ingat
dia pandang abang yang macam putra katak ni, dahlah tak ada rupa pendek pulak
tu..kalau dia pakai kasut yang ada tumit sikit tenggelam abang dibuatnya. Su
nak tahu Shahir yang handsome macam
pelakun Hindi tu pun dia tak layan..ini kan pula abang..abang ni hanya layak
dengan Su aja.”Edlan agak rendah sedikit dari Farhan mungkin ketinggianya hanya
170cm sahaja. Tetapi orangnya agak kacak wajahnya ada iras pelakon Rosyam Nor
sedikit.
“Ialah tu..kalau dia layan tentu
jadi. Pendek ke tinggi ke..orang tak kisah, tapi nenek Su cakap dulu cari suami
lebih rendah sedikit dari isteri kalau dapat pasangan yang macam tu orang kata
murah rezeki.”
“ia ke??.. tapi Saleha tu memang tak
layan abang dulu… mungkin dia tak tahu kelebihan suami pendek agaknya.. kenapa Su
tak ceritakan pada dia dulu?Kalau tak tentu dia kejar abang.”
“Abang menyesal ke dia tak layan
abang…”.
“Bunga bukan sekuntum nak kesal apa…
memang dia pilih yang handsome dan bergaya danjuga bekerjaya…pakaj lengkapkan.
Su apa yang Su pandang pada abang..sampai sekali goda saja Su dah sangkut
dengan abang?”.
“ Amboi macam lah kita ni gila sangat
kat awak, sekali goda konon
tersangkut..Tapi dah memang tersangkut..Meh dengar ni ..Su nak bagi pantun
kasih kat bang …
Anak beruk didahan rendang,
turun meniti ketepi paya..
Huduh buruk dimata orang
Handsome, lawa, kacak lagi,
kat mata saya”.
“Amboi anak beruk awak kata kat kita..”walaupun muncung mulut
Edlan mendengar pantun kasih dari isterinya tetapi dalam hatinya bangga dengan
pengakuan isterinya … Fatin ketawa mengegkek mendengar jenaka dua suami isteri
itu...Farhanlah yang paling kuat ketawanya bila mendengar sahabatnya dikenakan
oleh isterinya. Anak Edlan yang leka menonton terpinga-pinga mendengar tawa
kuat pakcik Hannya.
“Anak beruk..anak beruklah janji Su
dah jadi milik abang..Ini sebabnya abang saaayag sangat kat Su.” Edlan datang
menghapiri isterinya mungkin untuk memeluknya..kerana dia memang ingin sungguh
memaknakan kata-katanya tadi.
“Dah-dah bang..ingat ini kat rumah Farhanlah bang, Farhan tengah
puasa tu hormatlah sikit”. Edlan dan Farhan ketawa lepas terbahak-bahak
mendengar gurauan Suhaila, Fatin pula sudah menutup mulutnya dengan kedua belah
tanganya supaya tawanya tidak kedengaran..itulah sikap Suhaila yang suka
berjenaka yang menawan hati Edlan..Isterinya seorang yang happy – go- lucy. Bila
tawa mereka reda Edlan menyambung ceritanya…
“Han you tahu tak kenapa Saleha tak
layan kita dulu.”
“Tak tahu”.jawab Farhan jujur
“Aku ada terserempak dengan sepupu
dia masa tu dia hantar Saleha balik entah dari mana... kau nak tahu rupanya
sepupu yang bakal menjadi suaminya masa
tu..handsome gila. Orangnya tinggi sasa,
berkulit putih, hidung mancung muka dia ada iras-iras pelakun dan penyanyi Sean
Rafunge yang berlakun ADAMAYA tu.. Lepas tu doctor lagi.Patutlah dia tak layan
kita yang masih pelajar, yang belum ada hala tuju lagi.” Macam keretapi express
Edaln menerangkan ciri –ciri dan rupa paras jejaka yang telah menawan hati Nur
Saleha ketika itu.
“Masa dia datang jumpa Fatin kat
hospital tempuh hari, petangnya dia terus balik Penang, kami yang hantar dia
pergi KLIA...Fatin kak Su bukan nak kata
Farhan betul atau menutup kesalahan
Farhan tapi kami cakap yang benar. Farhan tak jumpa dia pun selain jumpa masa
depan Fatin tu saja. Sebab apa kak Su berani cakap macam tu..sejak dia datang
Saleha tak keluar sendirian…dia ada bersama kami, Kak Su dan Edlan saja ambil
cuti nak temankan dia kat rumah kami.”
“Su tak payahlah cakap macam tu..”
“Tak Han..I rasa bersalah sebab
semuanya berpunca dari I..I nak betulkan keadaan..sebab kau orang sebetulnya
hanya mangsa keadaan sahaja”.
Setelah lama tiga sahabat berbual,
Edlan suami isteri mengundur diri untuk pulang. Anak-anak perempun Edlan juga kelihatannya sudah mengantuk. Setelah tetamu pulang Fatin membantu suaminya
berkemas cawan dan piring dibawa kedapur untuk
dibasuh.
“Dahlah sayang..sayang tu masih dalam pantang lagi, biar abang yang
buat.”
“Tak apalah cuci piring dan cawan ni
sikit saja takkan jadi apa-apa.”Setelah dia selesai membasuh cawan dan piring,
Fatin menyertai suaminya diruang tamu..dia duduk bertentang dengan sofa yang
diduduki oleh suaminya, anak kecil mereka sudah dihantar kedalam bilik. Dia
memandang suaminya sayu , kemudian dia bersuara.
“Kenapa abang ceritakan masaalah kita
pada mereka..sekarang ni mungkin mereka kata yang Ha ni cemburu buta.”
“Ha..abang tak ada kawan lain selain
Edlan. Dialah satu-satunya kawan yang rapat dengan abang. Sebenarnya abang tak
tahu mana abang nak ceritakan masaalah abang ni. Dengan ibu pun abang tak boleh
nak luahkan..ibu sekarang ni dah tak mahu lagi bercakap dengan abang. . Kalau
abang datang rumah ayah…sampai abang balik ibu tak tunjuk muka depan abang… ibu
lebih suka duduk kat dapur atau dalam bilik dia. Abang rasa dah penat sangat
menanggungnya seorang diri. Abang hanya mencari tempat meluahkan apa yang ada
dalam hati abang ni saja. Salah ke abang buat macam tu? Abang tak pernah pun
ajak mereka datang rumah kita terangkan pada Ha. ” Mata Farhan sudah merah
menahan tangis.
Lama mereka mendiamkan diri. Fatin
pula menundukkan wajahnya memandang ibu jari kakinya. Hatinya terharu mendengar penderitaan
suaminya..sebenarnya dia juga menderita..dia juga letih dengan keadaan
rumahtangganya. Dia ingin menyelesaikan nya walau apa terjadi agar mereka tidak
terseksa denagn kemulut berpanjagan. Kemudian Farhan bersuara lagi masa inilah
dia ingin meluahkan isi hati nya jika memang dia sudah terlambat untuk
membetulkan semula keadaan..dia pasrah.
“Fatin Najihah..abang nak tanya satu
soalan jawab dengan jujur.” terdengar lemah dan lirih suara Fahan. Fatin
mendongakkan mukanya memandang suaminya dengan pandanganya juga sayu.Suami
isteri yang dilanda masaalah mencari jalan peyelesian yang seakan buntu mencari
puncanya.
“ Sejak seminggu ni kenapa Ha suka lari dari telefon abang kalau dia berbunyi? Cakaplah..
abang nak tahu..”
“Setiap kali handfon abang berbuyi
setiap kali handfon abang bergetar hati Ha menyatakan itu panggilan dari Saleha
bang..Ha kalau boleh tak nak dengar apa yang abang cakapkan dengan dia. Ha
ingin memberi abang hak peribadi abang. Itulah sebabnya setiap kali handfon
abang bercahaya Ha cuba memberi abang ruang untuk bercakap dengan dia. Ha tak
akan mencuri baca massage abang lagi.. cukuplah Ha baca dulu dan Ha pun sudah terhukum
dengan rasa siksa macam ni.”
Makin terkedu Farhan
mendengarnya.Rupanya bukan dia sahgaja yang tersiksa isterinya juga menderita.
Inilah harga kesilapan dirinya sendiri,
Dia tidak menyangka niat yang tidak bersungguh..menjadikan dia suami isteri
terseksa dengan perasaan. Dia ingin meluahkan rasa hati tetapi lidahnya kelu..hanya matanya terkeli-kelip memandag
wajah isterinya.
“Abang dalam sebulan ini Ha rasa
sudah cukup bersedia untuk abang lepaskan Ha. Ha janji Ha tidak akan menuntut
apa-apa dari abang. Ha juga tidak akan menutut nafkah anak-anak dari abang biar
Ha tanggung semua. ”
“Kenapa Ha fikir sampai begitu
sekali, bukan kawan-kawan abang tadi dah cakap yang abang tak pernah bercinta
dengan Saleha, macam mana abang nak
kahwin dengan dia. Dah berkali-kali abang cakap pada Ha, abang memang tak akan
kahwin dengan dia..jadi maca mana lagi abang nak terangkan pada Ha...”
“Sebab Ha tak mahu abang menyesal
kemudian hari dan menyalahkan Ha kerana menyekat kebahagian abang..untuk
berkongsi kasih Ha rasa Ha tak mampu. Ha tak sanggup menahan rasa sakit hati
dan Ha tak sanggup menaggung dosa yang makin bertambah setiap hari. Abang nak
tahu..hati Ha ni setiap Hari mengutuk abang. Rasanya dah berkepuk-kepuk dosa Ha
pada abang.”
“Ha!! Abang akan lebih menyesal kalau
abang kahwin dengan dia.”
“Kenapa pula macam tu?”
“Abang dah bahagia hidup dengan Ha ..sejak Ha masuk dalam hidup
abang… abang bahagia sangat.. dah empat orang anak kita..rasa dah cukup lengkap
abang menjadi seorang lelaki, jadi untuk apa abang pergi pada orang yang abang
tak tahu boleh ke abang bahagia denganya. Abang tak tahu macam mana abang nak
yakin Ha..tentang benarnya kata-kata abang ni. ……Abang sebenarnya dah tak
sanggup, hidup dalam rasa curiga isteri abang. Abang rasa dah letih sangat tak
dipedulikkan. Abang dah bosan sangat dalam kemuraman rumahtangga kita. Dengan
cara apa yang harus abang bayar kesilapan abang, tolong Ha cakapkan pada abang..
.” Farhan mendekati isterinya lalu duduk dihadapan denganya.Dia membenamkan
muka kepangkuan isterinya.Dia menagis teresak-esak. Farhan menangis??.Sungguh
dia sudah tidak tertahan menanggung musibah akibat kesilapan dirinya sendiri. Akhirnya
air mata lelakinya gugur juga dipangkuan isterinya. Dengan perlahan berkata
lagi dengan isterinya dalam tangisnya.
“Berikan lah semula kepercayaan Ha
pada abang..abang tidak sanggup dicurigai lagi.” Fatin juga menangis diatas
kepala suaminya.Setelah lama mereka berdua menangis Farhan mengangkat mukanya.
“Abang sayang Ha lebih dari
segala-galanya. Ha adalah permulaan hidup abang menjadi lelaki. Ha adalah cinta
pertama abang. Abang sayang
sangat-sangat pada Ha..kebahagiaan abang hanya ada pada Ha saja. Ha percaya tak
cakap abang ni, jawap lah ..jawablah Ha.”
“Ha percaya, Ha pun sayang abang.
Sebab tamak kasih abang, Ha tak sanggup kongsi kasih abang dengan perempuan
lain, pada Ha baik Ha berundur jika
abang dah ada yang dapat bahagiakan abang.”
“Kebahagian abang hanya ada pada Ha
saja..abang bahagia dengan Ha dan anak kita..bahagia abang tidak pada
perempuan lain. Lepas ni jangan ungkit
lagi pasal abang nak kahwin lain. Jangan sebut lagi nama Saleha. Untuk pengetahuan Ha cinta, kasih dan sayang
abang hanya pada Allah dan rasulnya pada
kedua ibu dan ayah abang dan yang selebih nya untuk Ha dan anak-anak abang..dah
tak berbaki lagi abang nak bagi pada
oranag lain..abang cakap ni Ha percaya tak?” Fatin hanya mengangguk-gangukkan
kepalanya sahaja.Farhan mendongakkan untuk memandang keanak mata isterinya yang
masih berair.Kemudian dia berdiri dengan lututnya untuk memberi ciuman dibibir isterinya yang kering.
“Satu lagi permintaan abang ..Ha
jangan takut lagi dengan handfon abang tu, kalau dia berdering atau bergetar
jawab saja. Mulai dari sekarang siapa pun kawan abang dia akan jadi kawan Ha
juga. Biarpun dia itu Saleha. Sebenarnya selepas, dia jumpa Ha kat hospital
hari tu dia ada call abang ajak jumpa..tapi abang tak mahu jumpa dia..sebab
abang dah jelaskan jawapan abang malam
Ha jatuh terduduk tu muktamad dan tak boleh dibawa berbincang lagi. Abang tak
dapat terima dia dalam hidup abang. Lepas tu
dia tak call dan bagi massage kat abang lagi.Tapi manalah tahu esok-esok
dia menghubungi abang lagi, jadi kita jawablah sama-sama kita selesaikan
sama-sama ye".
Fatin menganggukkan kepalanya.
Dengan penerangan kawan-kawan dan peneranagn suaminya Fatin cuba mempercayai kata-kata suaminya. Dia belajar
melembutkan hatinya dan mahu belajar
memaafkan. Semoga ia menjanjikan
kebahagian buat mereka sekelurga. Malam itu Farhan dan Fatin tidur dengan lena.
Hati yang rusuh sudah tenang semula. Doa mereka agar perkara seperti itu tidak berulang. Walaubagaimana pun
mereka akan berhati-hati. Semoga Fatin dan Farhan menjadi semakin
matang bila ditimpa musibah.
No comments:
Post a Comment