~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 24 November 2012

Bab 27 Tidak terkikis kesal dihati



           

Harum segar bunga melati, 
Disusun rapi di dalam puan,
Berhajat besar rasanya hati,
Teruna kami mencari teman.


            Sudah tiga tahun perceraian Loqman dan Liza. Sudah hampir tiga tahun juga Loqman bertugas Di Ibu Pejabat Polis Derah Sepang. Dia tinggal bersama  seorang pegawai polis bujang dikurters polis berdekatan tempat kerjanya. Jika hari cuti dia akan pulang kerumah mama dan papanya diPort Dickson. Setiap ada kelapangan dia akan mengujungi anak perempuannya yang di Kuala Pilah. Kadang-kadang dia membawa anaknya kePort Dikson dan bermalam dirumah datuk dan neneknya di Port Dikson pula. Hubungan ayah dan anak juga cucu, datuk dan nenek menjadi rapat. Dua keluarga yang sememangnya ada hubungan kekeluargaan menjadi rapat kerana  cucu mereka yang keletah, periang dan manja.

         Hubungan keluarga Amirah dan keluarga Loqman tidak terjejas, mereka masih berhubungan terutama kerana cucu mereka. Perceraian anak-anak mereka tidak dijadikan alasan untuk mereka bermasam muka.. mereka menerima sebagai suratan yang telah ditakdirkan. Ialah siapalah kita yang hendak mempertikaikan takdir dari Nya. Oleh itu apa yang terjadi anggaplah sesuatu yang mempunyai hikmah dipenghujungnya.. kita tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian hari. Tetapi setiap ahli keluarga dipihak papa dan mama Loqman mahupun dipihak ayah dan ibu Amirah mendoakan agar anak-anak mereka bersatu kembali hidup se bumbung sebagai suami-isteri suatu hari nanti. Apatah lagi kini Loqman sudah  tiga tahun menjadi duda. Amirah pula begitu sukar menerima pengganti Loqman. Adakah dia menanti Loqman?. Jika dipandang dari mata kasar dia tidak menunggu Loqman atau siapa-siapa pun... Amirah seakan serik untuk berumahtangga. Itu yang membimbangkan keluarganya.


                     Minggu itu Loqman tidak dapat berjumpa anaknya yang di Kuala Pilah kerana kesibukan kerjanya. Untuk menggantikan dirinya papa dan mamanyalah yang menjenguk Ain Nur Syifa. Anaknya itu sudah keletah bercerita. Begitulah pada kebiasaan mereka, akan bergantian menjenguk Ain Nur Syifa diKuala Pilah. Malam itu ketika Loqman sampai dirumah keluarganya..kemuraman mamanya terkesan di wajahnya.


“Assalamnualaikum...Ma Syifa apa khabar ma.” Terjengul sahaja dimuka pintu dan terpandang sahaja wajah mamanya soalan itu yang ditanyanya dulu. Dia tahu mereka keKuala Pilah minggu itu. Serasa sudah tidak sabar dia mahu mendengar berita anak dara kecilnya yang tidak dapat dijenguknya.


“Dia ok aje..dia dah pandai mengeja sikit-sikit Man.” jawap papanya.. mengenai cucu mereka  yang kini sudah berusia 5 tahun. Dia telah dimasukkan kesekolah TADIKA KEMAS oleh datuk Abdul Rahimnya. Entah mengapa mamanya bagai tidak mahu bersuara malam itu. Dia hanya mendiamkan diri tidak menjawab dan menyampuk bila papanya bercerita tentang cucunya. Loqman jadi hairan dengan keluarbiasaan mamanya, kalau tidak mereka berdua berebut-rebut hendak menceritakan kerenah cucunya itu kepadanya.


“Kenapa mama.. Man nampak macam sedeh saja, letih ke ma?”. Risau hatinya melihat tingkah mamanya yang seperti tidak bermaya.


“Ialah.. Man, mama rasa letih pulak hari ni.”


“Selalu tak pulak... lepas jumpa Syifa..mesti gembira saja wajah mama dan papa.”


“Alah Man..mama kamu ni risau..tadi ada orang datang merisik Amirah.” Terang papa Loqman mengenai kerisauan isteri kesayangannya. Merah muka Loqman dek denyutan jantungnya yang laju lalu mengepam darah naik kemuka. Perkabaran itu bagai bom yang meletup ditepi telinganya. Sudahlah minggu lepas Adnan (adik Amirah yang nombor dua) berkata mahu memasangkan bekas isterinya dengan kawanya sekerjanya. Ini ada pula orang datang merisik. Hatinya jadi tidak keruan.. Tidak dapat dibayangkan jika Amirah menerima orang lain sebagai ganti dirinya..Mahu gila dibuatnya. Ohhh..Dia tahu kini  banyak yang menyaingi dirinya, untuk memenangi hati bekas isterinya.

“Man sudah tiga orang masuk merisik Amirah, yang datang tadi pensyarah.. bujang lagi. Kata wakil budak tu tadi, budak tu pensyarah di Mertrikulasi Kuala Pilah dah lima tahun dia penjadi pensyarah kat situ. Tapi dia orang Kelantan, Amirah tu muda lagi takkan dia nak hidup sorang-sorang sampai tua..mama takutlah Man, lama kelamaan ibu dan ayah Mirah tu paksa Amirah menerima  salah seorang dari mereka, ..Man tak ada niat ke nak jadikan  Mirah isteri Man semula.” soal mamanya bernada sayu. Puan Sharifah ingin tahu pendirian anaknya tetang bekas isterinya.

“Mama, papa memang Man nak jadi suami Mirah balik, tapi mahu ke Mirah terima Man. Man sedar Man banyak buat salah pada dia. Yang sebetulnya dah banyak kali Man terserempak dengan dia waktu Man jumpa Syifa, tapi Man nampak Mirah macam mengelak saja dari jumpa Man, lebih-lebih lagi bila dia tahu Man dah bercerai dengan Liza, lagi nampak dia macam nak menjauhkan diri dari Man.” Sebenarnya Loqman memendam rasa sendiri..dengan peristiwa ditolak permintaan nya dua tahun lalu.  Bagi Puan Sharifah gembira hatinya bila  mendengar sendiri pengakuan anaknya, yang dirinya masih mahukan Amirah menjadi isterinya semula.



         Dia tidak memberitahu sesiapa akan penolakkan Amirah terhadap dirinya, tapi dia tidak berputus asa. Di sentiasa berdoa agar pintu hati Amirah terbuka untuk menerima dirinya kembali.  Tetapi selama dua tahun ini Loqman tidak nampak kelu bagaimana dia boleh  membuka kembali pintu hati bekas isterinya. Tiada tempat untuk dia meluahkan duka hatinya. Dia hanya  mengadu dan mengharapkan pertolongan pada Allah yang maha Esa. Tidak kira berapa lama dia akan menunggu.. menunggu pintu hati Amirah terbuka untuknya. Dia akan berusha sendiri untuk medapatkan Amirah semula . Sebenarnya dia malu untuk meminta bantuan mama dan papanya. Dilihat dari mata kasarnya papa dan mamanya bagai tidak mengindahkan lagi hubungannya dengan Amirah. Tetapi sangkaanya meleset. Dia tidak menyangka papa dan mamanya begitu berharap agar Amirah menjadi menantu mereka semula. Lamunan Loqman terbang melayang bila mendengar suara papanya. Papanya hairan.. sedang mereka bertiga membincangkan soal Amirah... Loqman berangan entah sampai kemana.


“Man kita ni tengah berbincang macam ni puun Man.. boleh berangan” Loqman terpinga-pinga dan termalu. Untuk menutup malunya dia berkata...


“Bukan papa...Man bukan berangan... Man ni tengah cari jalan macam mana nak cakap dengan Mirah.. tapi Man rasanya macam  tak nampak jalannya....bagilah Man jalan nak buat macam mana papa.. mama.”

“Man....jumpa Amirah dan cuba tanya sendiri.” papanya pula memberi cadangan.


“Macam mana Man nak jumpa dengan dia?? kalau Mirah asyik mengelak dari bertembung dengan Man, SMS Man pun dia tak balas, call apatah lagi.. papa dan mama tolong carikan Man jalan supaya Man dapat bercakap-cakap dengan Mirah...masa tu Man akan cuba tanya Mirah.”


“Macam mana ye papanya?” Oh tiga beranak itu berbincang untuk memecahkan kebuntuan..mencari peluang untuk anak bungsu mereka...seperti ahli koperat yang menjari peluang perniagaan lagaknya.


 “Mama, papa yang sebetulnya  mama dan papa kena tanya pada keluarga Mirah dulu..mau ke lagi pak su dan mak su bermenantukan Man lagi.. mana tahu pak su dan mak su pun dah tak suka Man jadi menantu dia.. Man nak tanya pada keluarganya rasa tak tercakap pulak sebab Man sedar Man yang buat salah dulu.”

“Oh ye tak ye jugakkan..Kami boleh tolong tanyakan..tapi Man mesti berusha bersungguh-sungguh tunjukkan yang kita memang mengharap sangat Mirah masuk balik dalam keluarga kita”.

“Papa..agaknya mahu ke Mirah terima Man balik?..tapi kalau nak fikirkan dah lima tahun kami bercerai takkan tak sejuk lagi marah dia pada Man. Kalau nak dikira tanggngjawab dia pada keluarganya pun sudah hampir selesai. Adik-adik dia dah dua orang yang kerja, tinggal yang Aizat  dan Amran saja yang belum lepas. Lagi pun rasanya mereka dah ada elaun sendiri”. Loqman berkira-kiran dihadapan papa dan mamanya.

“Betulah tu Man.. yang Aizat tu di kursus Pembantu Perubatan. Amran pula dah masuk maktab perguruan, kan mamanya, kalau keluarga dia nak bagi pun, tentu tak banyak.” Sampuk Encik Abdul Majid mengiakan kata-kata anak bungsunya.


“Kalau nak  dikira macam dah habislah tanggujawab Mirah pada adik-adik diakan mama, papa.” Sengaja dia berbicara begitu untuk menyedapkan hatinya.


         Dia tidak pula bercerita yang dia sudah ditolak oleh Amirah dua tahun yang lalu. Pada mulanya dia bagai sudah tidak ada harapan untuk hidup sebumbung dengan Amirah lagi. Tetapi mendengar permintaan kedua orang tuanya dan juga janji adik Amirah timbul semula harapanya.. Memikirkan itu dia menjadi begitu bersemangat.


 “Kalau diikutkan macam tulah..tapi rasanya ayah dia..lima atau enam tahun lagi nak pencen, mana tahu dia nak tanggung ibu dan ayah dia pulak.”


“Lama lagilah pak su nak pencen.”


“Lima enam tahu tu tak lama mana Man..pejam jelik...pejam celik dan lima tahun Man..tenguk saja Syifa tu rasanya baru semalam mama jenguk dia masa kat hospital ni dah lima tahu umurnya..tak terasa lama mana pun Man”.

“Ialah mama...tapi anak pak su selain Mirah dah dua orang yang kerja Adnan  dan Atirah  pun dah kerja..takkan Amirah sahaja yang mereka harapkan.”     


 “Man jangan salah faham ..Amirah ni anak yang bertanggung jawab. Kalau dia terima Man semula, jangan jadi macam dulu, biarkan dia bertanggung jawab kepada ibu dan ayahnya. Dia kan kerja ada gaji, dia tak usik pun duit Man tanggung ayah dan ibu dia.” Mereka bertiga beranak sibuk memikirkan penerimaan Amirah dan langkah-langkah yang patut diambil jika Loqman diterima semula.


“ Walau bangaimana pun kita usha dulu lah mamanya ..cuba kita tanyakan pada keluarga Amirah…  kita berdoalah semoga masih ada lagi jodoh Man dengan Mirah.” cadang Encik Abdul Majid cuba meredakan keadaan.


“Elok juga cadangan papa tu..apa kata  minggu ni kita turun  kePilah.. bincang elok-elok dengan mereka, Pah rasa ibu ayah dia setuju..tapi tak tahulah dipihak Mirah pulak macamana.” kata mamanya pula. Masih terkandung kemuskilan  dari suara bicaranya.


“Man mesti ingat, kalau ada jodoh Man dengan Mirah jangan buat macam dulu..cari kawan yang betul-betul…lagi selamat kalau kita ada masaalah rumah tangga, kita minta lah pendapat kawan yang sama jenis dengan kita. Kalau tak menjadi keberatan bincang dengan papa dan mama pun boleh, sementara kami ni masih ada..kalau kami dah tak ada nanti pandai-pandai Manlah.” papa Loqman memberi ingatan kepada anaknya supaya anaknya tidak tersilap langkah lagi.


“ Papa jangan lah cakap macam tu, Man masih memerlukan papa dan mama untuk membimbing Man. Man selalu buat salah..ni semua salah Man, lepas ni Man ingat pesan  papa tu..Man dah cukup menyesal dan menderita..Man akui ni semuanya silap Man, salah  Man”.


            Tidak sabar menunggu hujung minggu keluarga Loqman turun ke Kuala Pilah membawa hajat Loqman dan hajat mereka juga. Oleh kerana Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah sudah berpencen waktu mereka banyak terluang. Cikgu Sharifah berpencen lebih awal dari waktu yang dijangkakan kerana kasihan melihat suaminya yang sudah hampir setahun berpencen, akan kesaorangan bila dia pergi kesekolah mengajar. Memandangkan semua anaknyanya sudah bekerjaya dan bekeluarga..tidak menjadi masaalah bagi Encik Abdul Majid, isterinya berpencen  dua tahun lebih awal.  Mereka ingin meluangkan masa bersama. Masa terluang mereka akan diisi dengan mengikuti kursus haji dan mendalami ilmu agama. Dijangkakan mereka akan dapat  mengerjakan haji  pada bila-bila masa sahaja, kerana wang simpanan mereka didalam Tabung Haji sudah cukupi syarat  dan waktu pendaftaran mereka juga sudah melebihi lima tahun.


==================================================

         Ketika mereka sampai mereka disambut oleh Puan Halimah.. kebetulan pula Encik Abdul Rahim tidak berapa sihat.. dia bercuti hari itu. Cucu mereka pula sudah kesekolah tadika. Ain Nur Syifa walaupun baru berusia lima tahun tapi sudah dimasukkan kesekolah TADIKA KEMAS yang ada dikampung mereka. Sudah hampir setahun Ain Nur Syifa belajar di kelas tadika itu. Kata datuknya elok cucunya dimasukkan kekelas tadika selama dua tahun supaya dia pandai berkawan dan tidak takut bila kesekolah darjah satu nanti. Lagi pun dapatlah juga dia belajar mengenal hurup dan nombor.


“Assalamualaikum…”papa Loqman memberi salam. Ketika Puan Halimah menjenguk keluar rumah...Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah sudah berdiri dihadapan tangga rumahnya.


 “Waalaikumsalam.. ehh.. kak long, abang long naiklah..” ajak Puan Halimah ramah kepada tetamu yang datang. Mendengar ada tetamu yang datang ayah Amirah keluar dari biliknya untuk memastikan pendengaranya bila mendengar isterinya menyebut kak long dan abang long.. terkejut kerana kedatangan mereka diluar dari kebiasaan. Kebiasaanya mereka datang waktu cuti sekolah ataupun hari Sabtu dan Ahad untuk bertemu cucu mereka Syifa. Ketika Encik Abdul Rahim keluar keruang tamu..


“Ehh..kamu tak kerja Rahim?”


“ Semalam kena hujan...bang long, hari ni rasa tak sihat pula..ingat nak pergi klinik kejap lagi.” Kedenganran suara Encik Abdul Rahim agak sengau..mungkin kerana selsema yang menggangu rongga hidungnya.


“Ialah Rahim badan dah berumur ni kena jaga-jaga sikit.”


“Duduk lah dulu kak long..Limah kedapur sekejap.”


“Limah tak payah susah-susah kami dah minum tadi.”


“Tak adanya yang susah kak long..dah ada ni cekodok pisang dengan lempeng pagi tadi. Syifa teringin makan cekodok pisang bila nampak pisang masak... semalam kak Som bagi pisang awak  tapi dah masak sangat kalau goreng pun nanti dia menyerap minyakan. Atuk dia pulak teringin makan lempeng cicah sambal sardin. Ni ha baru habis masak lempeng. Memang saja Limah masak sambal sardin pagi tadi. Air kopi lebih Syifah pun ada lagi ni.” puan Sharifah mengekori adik sepupunya kedapur. Sama-sama mengambil makanan yang sudah ada dibawah tudung saji dan menyusun didalam dulang.

“..jom lah kita kedepan kak long.” Puan Halimah menatang dulang,  Puan Sharifah pula membawa teko berisi air kopi O. Dua beradik sepupu menyertai suami mereka diruang tamu kembali.

“Emm ...panas lagi air kamu ni Limah.” Puan Sharifah menuang air kedalam cawan.

“Ialah kak long Limah buat pagi tadi masa Syifa nak pergi sekolah..teko ni macam thermos pulak..tau hari tu beli dua ketiga biji..masa itu offer..murah sikit ..ingatkan tak elok.”

“Elok ni Limah” sambung puan Sharifah sambil membelek seakan thermos tetapi berbentuk teko milik adik sepupunya.

Setelah minum dan berbasa basi lebih kurang Puan Sharifah dan Encik Majid terus sahaja menyampaikan hajat  mereka.

“ Rahim,Limah…kak Long dan abang long datang ni bawa hajat …nak sampaikan hajat Loqman dan hajat kami….jika kamu berdua tidak keberatan dan belum lagi terikat dengan janji... besar harapan kami nak jadikan Amirah menantu kami semula …kamu berdua macam mana?.”

“Kalau ikutkan, kami ni tak ada masaalah, kami pun tidak terikat dengan janji siapa-siapa pun…tapi keputusan di tangan Amirah kak.” kata ibu Amirah berterus terang.

“Kami ni pun suka juga kalau Loqman menjadi menantu kami lagi, ialah anak sedara sendiri.. sekurang-kurangnya Loqman  dah tahu cara dan keadaan kami sekeluarga, lagi pun tidaklah cucu kita berbapa tiri nanti. Apa kata kalau Loqman sendiri yang tanyakan pada Amirah.. sebab kami ni tak dapat nak buat keputusan.”ayah Amirah memberi cadangan.

“Kalau macam tu elok juga, biar mereka saja yang tentukan..biarlah Loqman sendiri yang bertanya pada Mirah, tapi dari pihak kamu berdua tiada halangan lah?.”  soal Puan Sharifah dan Encik Majid, meminta kepastian.

“Pada kami  memang tak ada masaalah..Mirah ni pun dengan orang lain macam tak mahu sahaja bila ada orang nakkan dia..nak di paksa takut lain pula jadinya.” sambung ayah Amirah.

“Kalau macam tu bila agaknya Mirah balik ye Limah...rasanya dah lama juga Mirah tak balikkan.” Tanya Puan Sharifah lagi.


“Ia kak memang dah lama dia tak balik. Katanya buat masa ini tempat kerja dia tu tak cukup orang, sorang kawannya cuti bersalin dan sorang lagi pergi berkursus. Jadi dia terpaksa kerja lebih sikit nak tanggung kerja kawanya tu..tapi tak lama lagi dia dapat cuti macam biasalah kalau kawannya tu dah kerja balik...Tak salah Limah katanya dia akan cuti panjang sebelum habis tahun ni..mula minggu depan .. nantilah  kejap  Limah telefon dia.“ Sekejapan  itu juga ibu Amirah menghubungi anaknya. Setelah selesai sahaja kedua beranak itu berbual melalui telefon Puan Halimah segera menemui mereka yang sedang menanti diruang tamu.


“Kak Long... Mirah kata tadi  dia akan balik lusa, kerana hari ni dia kerja pagi, besok kerja malam dan balik paginya dia akan terus balik sini. Cuti kali ni panjang sikit katanya sebab cuti-cuti yang tertangguh dibayar masa nilah, sebelum habis tahun. Kata Mirah cuti kena dihabiskan kalau tidak nanti, habis macam tu saja..lagi pun kawan dia yang bersalin tu dah kerja balik”.

“Oh macam tu ertinya dia balik hari Jumaat  nilah ye..kalau macam tu kak Long nak balik dululah Limah, Rahim…nak bagi tahu Loqman supaya dia ambil cuti juga..akak yang sebenarnya berharap benar Mirah setuju jadi isteri Loqman lagi.. kesian tenguk cucu kita Syifa..dia dah besar, tenguk kawan-kawan dia ada ibu dan ayah duduk serumah. Dia tak ada pula, sekejap ayahnya yang datang, sekejab ibu dia yang balik kesian dia. Cucu kita tu nak sangat duduk serumah dengan ibu dan ayah dia…. Syifa  cakap macam tu dengan kami, masa Loqman bawa dia datang PD hari tu”.


“Dengan kami pun dia ada cakap juga kak long..tapi nak buat macam mana. Kita berdoalah pada Allah agar masih ada jodoh ibu dan ayahnya.. nanti tercapai jugalah hasrat Syifa nak duduk serumah dengan ayah dan ibunya.”


“Kami beransur dululah Limah, Rahim.”  Puan Sharifah menghulur tangan untuk bersalaman.


“Ehh..tak tunggu Syifa balik ke kak long.” tambah puan Halimah bila melihat kedua besannya sudah mahu beransur  pulang.


“Tak apalah kalau mereka ada jodoh nanti, Syifa tentu datang PD sama ayah dan ibunya.” jelas Puan Sharifah mereka sudah tidak sabar-sabar lagi hendak memberitahu Loqman dan menyuruhnya bercuti dihari Amirah bercuti nanti. Tergambar diwajah mereka harapan agar Amirah menjadi menantunya semula.







4 comments:

  1. Ceriter tetap menarik dan jika buku dah siap di pasaran , sila email saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Yeay...yeay...yeay..... tanda2 kasih nak bertaut kembali dah timbul.....

    Tapi nak ke Amirah kembali kpd Loqman? Dan dptker Loqman mengembalikan kepercayaan Amirah kpdnya?

    Waaa.... tak sabar nak tunggu bab seterusnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss. dah nak masuk part Loqman memujuk Amirah semula.
      Mesti banyak dugaan nie. Amirah macam dah serik.

      Delete
  3. Kalau dilihat rasanya nasib anak Loqman dan Diana lagi menyedihkan kerana tiada kasih sayang ibu bapa, janganlah rosak budak tu sebab dimanjakan oleh datuk dan neneknya.

    ReplyDelete