Pagi hari murai berkicau,
Mencari makan dihujung pekan,
Di dalam kilat ada kilau,
Rupanya
awan mengandung hujan.
Sepulangnya
dari Kuala Pilah terus sahaja Puan Sharifah
menghunginya anaknya. Loqman tinggal bersama kawan bujang dikuarters
polis di Bandar Baru Salak Tinggi. Jika cuti kelepasan Am atau Sabtu dan Ahad
sahaja dia akan pulang ke Port Dickson menemui papa dan mamanya atau keKuala
Pilah menemui sijantung hatinya Ain Nur Syifa.
“Assalamualaikum...Man tengah buat apa tu
Man.. tengah kerja ke? “
“Waalaikumsalam... Man baru balik dari KLIA mama, tadi ada kerja sikit kat bangunan
kerajaan KLIA.. ada apa mama?”
“Man boleh balik PD tak lepas habis kerja nanti? kita bincang kat rumah dalam
telefon macam tak sesuilah pulak, nanti kerja Man terganggu. Banyak
mama nak cakap ni.”
“Bincang apa mama?”
“Alah kita bincang pasal
Mirah lah.. balik ye Man.”
“InsyaAllah..Man cuba petang nanti.”
jantung Loqman berdegup kencang bila nama Amirah disebut. Tadi dia kebangunan kerajaan KLIA.
Dia terjengah-jengah ketempat parking kereta yang dikhaskan untuk para pekerja.
Dilihat kereta Amirah ada terpakir disitu. Kereta SAGA 1.3 berwarna ungu gelap,
tetapi tidak ternampak tuannya. Sehingga dia selesai berurusan kelibat Amirah
juga tidak kelihatan. Dia hampa.. tapi hati rindunya terubat sedikit kerana
sudah melihat keretanya. Hai ..Loqman tak nampak tuannya, nampak kereta sudah
memadai baginya.. teruk juga angau
Loqman pada jandanya rupanya.
Petang itu dia pulang kePort
Dickson seperti yang diminta oleh mamanya. Selepas makan malam mereka bertiga
berbincang diruang tamu rumah mereka.
“Pagi tadi mama dan papa pergi Pilah. Papa dan mama dah sampaikan hajat
kita. Bagi pihak Pak Su dan Mak Su tak ada masaalah, tapi mereka tak tahu macam
mana penerimaan Mirah pula..Pak Su kata kamu kena tanya pada Mirah sendiri.”
Jelas mamanya.
“Bila Man kena jumpa Mirah..dia tu cutinya
tak tentu..kadang-kadang hari Sabtu dan Ahad pun kerja.. cuti kelepasan Am pun
kerja juga, lagi pun Man ada kerja Sabtu dan Ahad ni.”. Bunyi kalam kabut
sahaja Loqman mencelah kata-kata mamanaya.
“ Dengarlah dulu cakap mama, ni belum
habis mama cakap.. Man dah potong.”rungut Puan Sharirah dengan kekalutan
anaknya.
“Ialah Man dengar ni.” Hatinya menjadi
tidak sabar dan jantungnya mula berdegup kencang bila nama Amirah disebut itu
yang menyebabkan dia menjadi kalut.
“ Kenapa pulak Sabtu dan Ahad ni Man kerja
pula..Mak Su kata tadi Amirah mula bercuti
Jumaat ni, jadi mama rasa elok Man ambil cuti juga masa tu, betul tak
papanya”. Papa Loqman mengangkat
wajahnya bila dirinya diminta memberi pendapat. Sedari tadi hanya isterinya
yang teruja berkata itu dan ini kepada anaknya, dia hanya mendiamkan diri
kerana dia ingin memberi peluang kepada cikgu Sharifah melepaskan isi hatinya.
“Betullah cakap mama tu..Man sendiri pergi
berbincang dengan Amirah tentag hasrat kita tu, sebab ibu dan ayahnya memang dah setuju
kalau kamu tu jadi menantu mereka lagi. Tapi kalau Man ada kerja Sabtu dan Ahad cutilah hari Isnin..kerja tetap
kerja.. itu tanggungjawab yang harus didulukan. Perkara ni jangan buat
tergopoh-gopoh.”
“Ialah papa...Man akan memohon cuti hari Isnin. Berapa hari agaknya Man nak
cuti papa?”
“Ikut suka Manlah cuti Man banyak lagi?”
“Banyak ... Man nak bincang kat mana
mama,papa?”
“yang seeloknya bincanglah kat rumah
mereka..Amirah tak akan mahu kalau Man ajak dia keluar, papa jamin memang
Amirah tak akan ikut Man keluar, walaupun ayah dia benarkan.”
“Betul kata papa tu Man, Amirah ni lain.”
Sokong Puan Sharifah akan kata-kata suaminya.
“Oklah, Man akan turun Pilah hari Isnin nanti,
kalau dia kata setuju saja Man akan
nikah terus. Man dah beli cincin, baju dan telekung hantaran untuk Mirah. Papa dan mama nak tenguk?.”
“Patutlah mama tenguk tadi Man bawa beg
besar, bila Man beli?”
“Hari tu.. Man ada kerja kat Putra Jaya, ada
masa sikit Man jalan-jalan kat Alambandar.. terjumpa pulak yang Man berkenan..
itu yang beli tu.”
“Man ni terlebih pantas pulak..mana dia
mama nak tenguk cincin dan barang-barang yang Man beli tu, sesuai tak.” Loqman
kebiliknya mengambil barang-barang yang telah dibelinya untuk Amirah dan
sedikit barang untuk dirinya, supaya nanti Amirah tidak bersusahpayah
membelikan hantaran balas untuk dirinya pula. Loqman juga ingin menunjukkan
kesungguhanya memiliki Amirah kembali kedalam hidupnya. Dalam diam rupanya dia
sudah bersiap sedia.
“Ni mama,papa..yang ini barang untuk Man dan
yang ni Mirah nak bagi untuk balasannya. Sehelai sejadah, sepasang baju melayu
berwarna hijau muda sama warna dengan baju yang untuk Amirah dan sehelai kain
pelikat. Ok tak mama”
“Ok lah ni, tapi Man kamu tu nak nikah
kali kedua nak bagi hantaran juga ke Man?.
Rasanya tak payahkan papanya. Kalau cincin ni tak apalah kan..”
“Dah beli tak apalah..baju ni nanti pakai
masa nak nikah, elok ni sama warna
hijau...yang lain lain ni kamu boleh juga pakai untuk pakai harian
nanti..betul tak mamanya.”
“Elok juga cadangan papa tu...”
“Man tak nak bersanding.Man nak nikah saja. Kami pun dah pernah bersanding dulu,
lagi pun kami dah ada anak..malu pulak nampak dek Syifa. Nikah kemudian buat
makan-makan jemput jiran-jiran tepi rumah memadailah kan papa.. boleh tak buat
macam tu.” Setelah lama berbual dan berbincang barulah mereka tersedar
perbincangan mereka sudah terlalu jauh.
“Kita cakap-cakap ni macam dah nak jadi betul. Kita terlupa pulak Mirah
belum cakap setuju lagi kita dah berangan..kalau dibuatnya Mirah tak setuju
macam mana. Kita ni.. macam kata peribahasa ‘Burung
terbang dipipiskan lada.’” Loqman terkedu bila papanya berkata begitu. Sesungguhnya
mereka bertiga beranak, sungguh mengharapkan kehadiran Amirah dalam keluarga mereka,tapi kata-kata
papa nya memang ada kebenarnya.
Pada
Loqman jika kedua papa dan mama mengharapkan kehadiran Amirah, dirinya apatah
lagi memang itulah harapan agar Amirah bersetuju menerima dirinya kembali,
itulah juga doanya setiap hari.. Harapannya makin menggunung bila mendapat sokongan papa dan mamanya dan juga
ibu dan ayah Amirah sendiri, itulah sebabnya dia lupa diri sebentar tadi. Tetapi
yang lebih menguatkan lagi harapanya adalah janji adik Amirah yang akan cuba membantu
membuka pintu hati kakaknya untuk menerima dirinya tempohhari. Yang sebenarnya
Loqman ada terserempak adik Amirah yang numbor dua (Adnan) DiPutra Jaya sebelum
itu....
Ketika dia keluar dari Masjid Putra Jaya,
belakangnya ditepuk oleh seseorang,
ketika ditoleh...
“Assalamualaikum apakhabar abang Man.”
“Waalaikumsalam..baik..lama betul tak
jumpa angah..apa macam sekarang?. Dah makan? Jom kita pergi makan.” mereka
bersalaman dan berpelukkan dihadapan pintu masjid.
“Jomlah angah pun belum makan lagi memang
cadang nak makan selepas Jumaat.” Panjang bual mereka hari itu.
“Abang Man kerja kat sini ke?..tapi tak
pernah terserempak pun”.
“Takk..Abang masih kerja kat Ibu Pejabat
Polis Daerah Sepang..ni datang ada kes mahkamah.. ingatkan lama nak selesai
rupanya sekejap saja.”
“Angah macam mana...bila lagi nak
berdua..kerja dah ada..calon dah ada?”
“Entahlah abang Man, calon memang dah
ada..tapi angah ni anak lelaki yang tua, tanggung jawap pada ibu bapa lebih
besar dari anak perempuan..tapi kalau angah kawin dan kak Mirah tak kawin lagi,
tentu dia yang akan memikul tanggungjawap tu. Angah tak mahu macam tu bang, angah
akan tunggu sampai kak Mirah kawin dulu, lepas tu barulah angah fikir nak
kahwin. Tapi kak Mirah tu susah sikitlah bang...kalau kita sebut saja pasal
kawin, naik angin dia satu badan. Bila ayah dan ibu yang tanya banyak pula
alasan yang dia bagi. Dia tu sepatutnya dah tak payah fikir sangat pasal keluarga
lagi..ayah dah tak susah sangat. Angah dan Tirah pun dah kerja dah bagi ayah
ibu duit.” Keluh Adnan mengenai kakaknya. Loqman hanya mendiam- kan dirinya
sahaja. Perit hatinya jika ada cerita yang bersangkutan dengan Amirah.
“Abang Man nak tahu, ada sekali angah
cadangkan kawan angah. Dia ni dah agak
berusia kalau tak salah umurnya dah nak masuk 38tahun, orangnya pemalu dengan
perempun, tu yang tak dapat cari girlfrend..dia minta tolong angah carikan. Dia
kata dia tak kisah anak dara atau pun janda..dia memang nak sangat berumah
tangga.. jadi angah tanya kak Mirah kalau dia setuju angah jalankan. Angah
bukan apa, kawan angah ni baik orangnya.. penyabar lagi pun orangnya pandai
berjimat cermat, ekonomi dia pun dah stabil maklumlah kerja dah lama. Dia pun
memang dah sepatutnya berumah tangga. Tapi
bila angah cakap dengan kak Mirah..dia marah angah sampai sekarang. Perkara tu
angah cakap tiga ke empat bulan dulu. Tapi sampai sekarang kalau angah call dia
tak angkat pun, takut sangat kita ungkit pasal tu. Kalau jumpa kat rumah ayah,
siap dia bagi amaran kat angah lagi.. kalau sebut saja perkara tu, dia tak akan
keluar bilik. Bukan itu saja abang Man, ibu ada cakap juga dengan angah, bila
ada orang datang merisik dia kat kampung tu, tapi semuanya dia tak nak. Angah berharap
sangat dia kahwin..tapi kalau macam tu gayanya bila lah agaknya dia kahwin
lagi. Pening kita orang dibuatnya....entah lah abang Man kak Mirah tu macam dah
serik nak kahwin.”
“Ini semua salah abang.. ngah, mungkin
sikap abang dulu menyebabkan dia serik
nak kahwin lagi. Abang minta maaf sangat-sangat ngah, cakaplah dengan ayah dan
ibu angah, abang minta maaf banyak-banyak, sebab perangai abang dulu menyebabkan
kak Mirah serik nak kahwin, yang sebetulnya abang menyesal sangat atas
perbuatan abang tu.” Dengan wajah yang sayu Loqman menyatakan kekesalanya.
“Ehh tak adalah macam tu. Dah ditakdirkan
jodoh abang Man dengan kak Mirah hanya setakat tu apa nak buat. Janganlah abang salahkan diri
abang. Kalau dah ditakdirkan kita macam tu redha sajalah abang.”
“Entahlah ngah...abang menyesal sangat
dengan apa yang abang dah buat pada
Mirah dulu.”
“Sorrylah bang.. angah dah buat abang
sedeh pula, dahlah bang kita jangan pikir pasal kak Mirah lagi, kalau ada jodoh
dia, IsyaAllah kawinlah dia. Emm abang Man bila lagi? takan nak jadi macam kak
Mirah juga? Abang jadi solo lagi pun dah tiga tahun kan?.” Adnan cuba
menceriakan keadaan bila dilihat mendung diwajah bekas abang iparnya.
“Abang sebenarnya tunggu kakak angah, kalau dia
nak lagi kat abang ni abang nikahlah dengan dia, kalau dia tak nak,
abang pun rasa tak nak nikah lagi.” kedengaran sedih suara Loqman meluahkan isi hatinya.
Walaupun bekas adik iparnya cuba menceriakan keadaan.
“Kenapa pula macam tu?”
“entahlah ngah..abang rasa, abang hanya
sesuai dengan dia saja..dengan perempuan lain abang rasa macam susah nak cari
keserasaian.”
“Serasi macam mana abang Man?.”
“Cara hidup kita seharian..cara makan
kita.. abang ni susah nak ubah cara makan kita dengan orang lain..kalau kita sama kita kan senang ngah. Kita ni kalau
masak lomak tiap-tiap hari pun tak apo tak gitu ngah.”
“Ialah bang, angah pun macam abang juga..tapi
angah sejak kerja ni,cuba juga nak ubah cara makan, lagi pun angah berkenan pun
dengan bukan dengan orang Negeri Sembilan..dia orang Selangor jadi angah kena
belajar juga makan asam pedas dan nasi kerabu..rasanya ok juga.. tapi kalau
dapat masak lomak daging salai mak mentuo lalu belakang ko.. lalu dopan ko..
angah buat tak tahu saja asalkan langsai ‘misi’ kito.” berderai ketawa dua
beradik dua pupu tidak mengira orang keliling lagi.
“tapi abang tak tahulah.. rasa tak boleh
nak masuk pulak. Ni haa kuah lemak ayam ni tak macam masakkan emak kita..kalau
dapat sipi-sipi pun tak apa.. ini entah apa-apa rasanya..tak terasa podeh..tak
terasa asamnya, tak berbau serainya pun ....tu yang abang tak suko sangat makan
kat luar, banyak bonar yang tak terkenan kat tokak kito.” kata Loqman pula.
Adnan hanya memandang bekas abang iparnya yang makan macam orang tak lapar
terkuis-kuis saja sedari tadi.
“Bang..Abang tak pernah tanya kak Mirah ke
abang nak rujuk dengan dia balik?”
“Abang nak cerita pun malulah ngah..sebab
semua ni memang salah abang. Abang
sebenarnya masih sayang kat kakak Angah tu, sayang abang pada dia masih macam dulu tapiii..”. Loqman
menghentikan bicaranya..dia merasa malu lalu menundukkan mukanya berpura-pura
memandang nasi yang hendak disuapnya.
“Ceritalah bang.. apa yang nak dimalukan.. kita nikan masih adik beradik walaupun
bukan adik ipar lagi tapi masih adik beradik dua pupu, mana tahu angah boleh
tolong. Kita sama-samalah cari jalanya.” mendengar Adnan berkata begitu, Loqman
mula berfikir mungkin ini peluangnya mendapatkan Amirah semula. Dia harus
menceritakan cerita sebenar dan isi hatinya.
“Yang sebetulnya setahun lepas abang bercerai dengan isteri
abang orang Johor tu , abang dah cakap kat Mirah yang abang nak rujuk
balik kat dia.. Asal mulanya macam ni...abang ternampak
kakak angah keluar dari bagunan kerajaan
kat KLIA. Abang beranikan diri call dia..mula-mula dia ok. Bila dengar kak Mirah kamu tu macam ok saja
kat abang, abang pun selalu call dia.
Dia layan abang macam biasa, kami cerita pasal Syifa, kadang-kadang pasal keluarga
abang. Bila abang rasa macam dia dah boleh terima abang balik.. abang cakaplah
hajat abang nak rujuk balik. Dia marah
abang dan lepas tu lansung dia tak jawap call atau SMS abang sampai sekarang.
Abang rasa kalau cakap-cakap sebagai seorang kawan atau sebagai adik beradik
dia tak kisah, tapi kalau bab nak jadikan dia isteri kita balik, dia tak boleh
nak terima. Dia memang dah buang abang dalam hidup dia ngah.” Kelihatan sayu
wajah Loqman dimata Adnan menceritakan rahsia yang dipendamnya selama ini.
“Jadi abang adalah jumpa kak Mirah kat KLIA tu.”
“Bukan jumpa, cakap-cakap ‘face to face’.. abang hanya pandang
dari jauh saja kemudian cakap dalam tetefon..tapi sekarang ni dah tak ada
lagi..dia tak jawab call abang..abang hanya dapat pandang dia dari jauh
saja.” Loqman menundukkan wajahnya
melindungi matanya yang sudah mula berkaca-kaca seakan mahu menangis, mengambarkan
kesedihan hatinya.
“Tapi abang Man.. memang abang
sungguh-sungguh ke nak rujuk balik dengan kak Mirah?”
“Jangan tanya macam tu angah. Abang ni
kalau dia cakap setuju sahaja.. jam-jam ni juga abang nak nikah dengan dia balik..abang
betul- betul nak rujuk balik dengan dia..abang menyesal ceraikan dia dulu.. menyesal
sangat-sangat.”
“Yang sebetulnya kenapa boleh abang
ceraikan kak Mirah dulu..sorry lah bang kalau angah tertanya perkara yang abang
nak lupakan.”
“Tak apa ngah..supaya jadi pengajaran pada
angah dan pada abang juga..lagi pun abang memang nak cerita dengan seseorang,
supaya lega dada abang ni..cerita ni abang tak pernah bagi tahu sesiapa, dengan
mama dan papa abang pun abang tak cerita. Sebab abang betul-betul malu dengan
kebodohan diri abang ni. Tapi ngah.. simpan cerita yang pedih ni rasa macam
simpan bom dalam hati..kadang-kadang tu macam nak pecah dada abang ni, bila
terkenang dan kita kesal sendiri.” Loqman mula menceritakan kesilapanya dulu
untuk dikongsi bersama bekas adik iparnya.
“Entahlah
ngah masa tu.. bila doktor bagitahu saja Mirah mengandung, abang jadi kecewa
pula. Abang rasa baru saja dapat hidup berdua dengan dia, baru saja nak
manja-manja dengan dia..tak lama lagi
abang nak ‘share’ kasih sayang dia
dengan anak pula. Bodoh betul abang masa tu.. cemburu dengan anak sendiri. Mungkin
Allah nak duga abang..di baginya kakak angah masa awal mengandung teruk sangat mabuk
mengadungnya, sampai tak boleh nak bangun. Ternyata abang kalah dengan duagaan
itu. Angah tahu masa tu abang rasa..abang terkontang kanteng sendiri, abang rasa macam kakak angah dah tak hiraukan
abang. Yang heran kenapa abang jadi lupa.. dia macam tu sebab abang juga. Angah
nak tahu masa tu tak ada rasa simpati abang kat dia..hati ni rasa macam nak
marah saja, bila dia tak hiraukan abang. Makan dan pakai abang dia dah tak
boleh jaga.Dia hanya tergoleek saja atas katil. Bila dia bangun saja.. tempat yang dituju
bilik air.. muntah-muntah kadang-kadang dia duduk dalam bilik air tu dekat
setengah jam..abang jadi rimas dengan keadaan dia. Untuk meredakan tekanan
abang, abang pun mula keluar dengan gadis lain, yang akhirnya dia perangkap
abang jadi suami dia”.
“Ohh abang diperangkap ke?..Macam mana dia
perangkap abang Man?”.
“Itulah dalam pandainya kita, kita terkena
juga. Ngah..kita ni antara lelaki dan perempuan tak boleh menjadi kawan rapat.
Jangan sekali-kali merapatkan diri dan menceritakan masaalah kita terutama
masaalah rumahtangga dengan orang yang
berlainan gander...kalau kita buat juga tanggunglah atas perbuatan kita, sebab
apa tau ngah, kita ni berlainan gander walau macam manapun.. sifat akan
tertarik antara satu sama lain mesti akan terjadi. Kalau dah berlainan sifat,
sama lah macam magnet yang berlainan
kutub, macam mana halang pun dia akan melekat jugakan. Katakanlah memang
abang jujur pada istilah persahabatan
dan tak ada rasa apa-apa, selain dari rasa sebagai seorang kawan..kita tidak
tahu hati dia pulak. Pada mulanya abang macam tulah, abang tak ada rasa apa pun
dengan dia..pada abang dia hanya tempat abang meluahkan rasa tidak puas hati
abang saja.”
“Ceritalah bang macam mana abang boleh
terperangkap.” Angah bagai tidak sabar ingin mendengar cerita bekas abang
iparnya. Seingatnya dahulu abang iparnya yang beria-ia ingin memiliki kakaknya.
Tetapi nikah mereka tidak sampai setahun, sudah berkecai mahligai yang mereka
bina. Umpama mahligai pasir ditepi pantai bila dilanda ombak, sudah roboh tidak
meninggalkan bekas lagi.
“Yang sebetulnya dia tu kerani tempat
abang kerja, jadi kami selalu lah bertemu dan bertegur sapa. Pada mulanya dia tunjuk simpati pada abang..simpati pada
masaalah yang melanda isteri abang yang mabuk teruk.. Abang pun tak perasan
yang dia suka kat abang. Dia selalu ambil berat..bila abang sampai waktu pagi, mesti
dia tanya keadaan abang. Bila nak makan tengahari dia offer diri nak temankan
abang.. Abang apa lagi, bila ada orang tunjuk
baik kat kita, ada orang sudi nak temankan, abang on ajelah...ajak makan dan minum sama-sama.. kat rumah pula kita macam
terbiar saja tak dipedulikan. Bila dah selalu makan minum sama-sama, mulalah
kita ceritakan masaalah kita..masaalah rumahtangga kita. Dek selalu sangat
bersama dia, abang rasa semacam pula kalau tak jumpa dia.”
“Rasa macam mana bang?”
“Ialah kalau dah selalu jumpa
bercerita-cerita..kita akan rasa tak sempurna hari kita kalau tak jumpa
dia..pada abang rasa tu bukan rasa sayang atau rindu..tapi rasa macam tak
lengkaplah hari kita, sebab ada satu aktiviti yang kita tak buat. Lepas tu
makin menjadi-jadi kelaku abang. Kalau mula-mula dulu minum pagi dengan makan
tengahari saja dia temankan abang.. tapi lama-kelamaan makan malam pun abang
ajak dia. Rupanya dalam baik.. dia menanamkan rasa ragu pada isteri kita. Bila
dah ada rasa ragu-ragu pada isteri kita..kita mulalah nak marah saja kalau
pandang muka Mirah. Satu hari kami bertengkar, abang terlepas perkataan cerai.
Bila dah bercerai makin galak abang jumpa dengan dia. Tapi abang memang tak ada rasa apa-apa pada dia..tak rasa pun nak
jadikan dia kekasih.. nak jadikan isteri
jauh sekali. Sebab dia buka citarasa abang. Abang suka wanita yang bertudung
dan tak bersolek. Abang suka wanita yang asli muka dia. Tapi dia ni jenis orang
bersolek tebal. Tapi abang suka dia sebab dia sudi temankan abang, masa abang
tengah sedeh. Ajak saja bila dan kemana, dia tak pernah menolak. Abang
rasa terhutang budi pula dengan dia. Tak
sangka pula.. baik dia ada makna...ada udang sebalik batu. Abang sebetulnya terlupa pula pada kata bidalan ‘ Kalau tidak berada-ada takkan tempua bersarang rendah’...
Masa
abang bercerai dengan Mirah abang tanya
pendapat Liza..dia kata tunggu sampai kak Mirah merayu pada abang, nak rujuk
balik..kalau kak Mirah merayu ertinya kak Mirah masih sayangkan abang dan mengharapkan abang dalam hidup dia..tapi kalau
kak Mirah tak merayu memang dia dah tak sayang kan abang. Abang ni bodoh betul
masa tu abang tak boleh berfikir..abang ikut saja cakap dia. Angah nak tahu,
kak Mirah memang tak merayu pada abang.. walaupun abang bagi tempuh seminggu
untuk kak Mirah merayu..masa kat pejabat kadi pun dia tak cakap apa-apa.. dia
tak salahkan abang apa-apa.
Masa
tu abang rasa memang betul cakap dia ... Mirah tak sayangkan abang lagi. Abang rasa
sedeh sangat. Abang pun kehulu kehilir dengan dia nak hilangkan rasa sedeh
konon. Rupanya dalam diam, dia berpakat
dengan keluarganya perangkap abang supaya nikah dengan dia”.
“Macam mana abang boleh terperangkap?.”
“Hari cuti tu dia ajak abang berkelah
kepantai Danga Bay...sebelum pergi pantai dia ajak singgah rumah dia dulu.. yang
tidak jauh dari pantai tu. Angah tahu bila samapai rumah dia, orang dah ramai.
Dah siap pasang kemah, memang mereka dah siap-siap tinggal tunggu abang sampai
saja. Lepas tu ayah dia ugut abang supaya nikah dengan dia. Siap dengan
pengawal dua tiga orang. Kalau abang tak nak, diorang akan pukul abang..rupanya
bapa dia ketua kampung kat situ. Abang tak ada pilihan abang nikah. Abang sedar
dan abang tak salahkan dia 100%..abang juga salah, abang sendiri yang membiarkan diri abang
diperangkap. Walaupun dia ada cakap kalau abang tak suka dia lepas nikah tu
abang boleh ceraikan dia.. Tapi tak tahulah masa dah lepas nikah tu abang
terfikir baru tiga bulan lepas abang melafazkan cerai untuk kak Mirah.. ni baru
beberapa jam nikah dah nak lafazkan cerai lagi, abang serba salah jadi abang
teruskan jugalah perkahwinan tu. Tapi rupanya tak mampu bertahan lama. Bila ada
berselisih faham sahaja hati sering mengingatkan kita cara dia dapatkan
kita..mulalah terungkit .. Walau pun abang cuba nak terima dia seadanya tapi
tak boleh.. akhirnya kami bercerai juga”.
“Ialah bang kadang-kadang kita ni, selalu
tak berfikir secara waras..main ikut hati saja”.
“Ngah.. abang sebetulnya makin lama abang
duduk serumah dengan Liza, rasa tertipu dalam diri abang makin terserlah kat
mata abang ni, makin abang buang jauh rasa terkilan tu makin dia datang dengan
tingkah laku dia, itulah sebabnya abang tak boleh nak terima dia...entahlah
ngah.“ keluhan berat keluar dari mulut Loqman
lagi.
“Kenapa pula?”
“Dulu masa dia ajak abang pergi berkelah
ke Danga Bay, dia ajak bersungguh-sungguh sangat.. tapi angah nak tau ..sampai kami dah bercerai ni, abang tak
pernah pergi pantai tu dan tak tahu macam mana rupa pantai tu. Dia tak pernah
ajak pun ngah.. selalau abang terfikir ajakkanya dulu tu hanya alasan kerana
dia nak perangkap abang .”
“Ohh ye ke..sekarang ni apa perasaan abang
pada dia?”.
“Abang tak rasa kesal bercerai dengan dia
ngah, tapi abang rasa cukup menyesal bila abang ceraikan kakak angah. Abang
tersedar yang abang sangat sayang kat kakak Angah bila dah setahun kami
bercerai.. pertama kali abang jenguk Syifa..nampak betapa jenihnya mata anak
abang tu, baru abang tersedar abang sangat perlukan mereka berdua. Sejak pada
tu hidup abang ni terasa kosong sangat..hidup abang rasa macam tak ada
semangat. Setiap saat rasa kesal dengan perbuatan abang.. perkataan menyesal mendera
abang walaupun abang cuba menepisnya. Kalau dulu abang tak pedulikan kak Mirah sebab
rasa dia tak sayang abang, tapi sekarang ni kalau kak Mirah tak sayang abang
pun, abang nak balik hidup dengan dia
juga... biarlah dia tak sayang abang tapi abang sayangkan dia, abang akan jaga
dia sampai dia akan sayang pada abang. Abang memang perlukan dia dalam hidup
abang ni..ngah.”
“Kenapa agaknya macam tu ye bang?”
“Entahlah ngah... dengan Liza..hilang
dimata hilang juga dihati, rasa tak teringat langsung..tapi dengan kak Mirah...makin
lama tak pandang, dia makin subur pula kenangan bersama dia .. agaknya masih
ada tak jodoh abang dengan kakak angah tu.” Dengan pandangan kosong dia
memandang bekas adik iparnya.
“InsyaAllah..kita carilah jalanya
sama-sama... nanti angah call
Tirah..kadang-kadang Tirah ni bab-bab macam ni banyak saja akal dia”.
“Kalau angah dan Tirah sanggup tolong..
abang bersyukur sangat. Abang janji kalau masih ada jodoh abang dengan kakak
angah. InsyaAllah abang akan jaga dia sebaik mungkin.” Itu janji Loqman.
Bab ni luahan perasaan Loqman. Tak sabar nak tunggu bab Loqman pujuk rayu Amirah kembali pada dia. Perwatakan Loqman ni macam Tengku Farid gak kot, tapi Tengku Farid dapat penasihat yang betul. ^_^
ReplyDeleteLamanya lahai ku tertunggu2 new entry... akhirnya.....
ReplyDeleteTu lah kau Luqman.... bingai bonar... kang dah meyosal....
Copek... poie pujuk rayu si Amirah tu.... Selawat bebanyak.... berdoalah supayo dio nak terimo kau balik Jang... hihihi.....
yo..boto...copek pujuk dak amirah tu....heheheh
ReplyDeletewalaupun, agak terkesan membosankan sajian ceritanya, kalau orang Indonesia bilang terlalu bertele-tele, tapi aku suka petuah yang terkandung dalam cerita ini, makanya aku selalu mengikuti cerita selanjutnya...
ReplyDelete