Burung
puyuh payah dijerat,
Larinya
laju menyusup batang,
Pokok
budaya, bunganya adat,
Dirisik
dulu baru dipinang.
Makin hari Farhan merasakan Fatin makin
menjauh darinya.Pagi itu alangkah berdebar hatinya Farhan melihat Fatin Najihah
yang baru turun dari motosikal.Tetapi pagi ini dia dihantar oleh seorang
jejaka. Farhan dengan debaran hatinya memandang Fatin yang sedang bercakap-cakap dengan pemuda itu
dihadapan pintu masuk kehospital. Setelah turun dari motosikal tadi dia tidak
bergesa untuk merekod kedatanganya pula.Setelah menanggalkan topi keledarnya
dia masih berbual dengan pemuda itu dihadapan pintu masuk. Mereka nampak sungguh
mesra. Fatin gelak besar kemudian ditutup
mulutnya dengan tangannya, manakala tangan yang sebelah lagi menepuk bahu
pemuda tadi. Reda gelaknya dia menghadiahkan
senyum dan lirikkan manjanya kepada pemuda itu. Pemuda itu pula
tersengeh-sengeh dengan lirikkan yang diterima dari sigadis. Nampak manja sahaja
tingkahlaku siFatin. Dia tidak sedar ada hati yang menanah melihat tingkah lakunya. Entah apa yang melucukan mereka berdua. Seperti pasangan yang
bahagia sahaja pada pandangan mata Farhan. Cemburu dihati Farhan mula
menyerang, dia mula membayangkan jika dia ditempat pemuda itu ohh..Dia tidak
menunggu lama melihat sahaja adigan didepan matanya. Jam menunjukkan 10 minit
lagi pukul 730 minit..mungkin sebab itu Fatin tidak bergesa untuk punch
kad..masih awal lagi. Farhan menghampiri untuk memberi salam selebihnya hendak
menyiasat siapakah gerangan pemuda itu kepada Fatin.
“Assalamualaikum
awal sampai hari ini”.
“Waalaikaumsalam..Ohh
Encik Farhan” Salamnya dijawap oleh mereka berdua. Serentak.
“Teh
ini anak Haji Bakar yang duduk sederet dengan rumah kita”.
“Ateh
kenal…abang kerja kat sini juga ke?” Ateh dan Farhan bersalaman..tapi Fatin
meminta diri sebelum berlalu dia berkata perlahan.
“
Teh..Petang nanti akak call..assalamualaikum.”
“OK..Waalaikumsalam.”Ateh
masih tidak dapat bergerak bila Farhan mula bertanya itu dan ini.
“Oh
ini adik Fatin..sekolah lagi ke?”
“Belajar
lagi..saya baru dua hari balik dari MIRI cuti sebulan itu yang hantar kakak ni,
sebab saya nak pakai motor hari ni. Petang karang saya ambil pulak dah motor
satu saja, itulah yang pakai berganti-ganti.”
“Kalau
macam tu petang nanti biarlah kakak Ateh tu balik dengan abang saja..kita pun
berjiran satu taman perumahan satu lorong pulak tu.”
“Entah
lah bang, kakak saya tu payah
sikit…mesti dia tak mahu.”
“Kenapa??dia
tu anti lelaki ke?…atau dia dah ada pak we.”
“Anti
lelaki tu tak tahulah..tapi kalau pak we rasanya tak ada, sebab lelaki yang nak
rapat dengan dia pun takut”.
“Ehh..kenapa
pulak”.
“Dia
tu ganas sikit..pada saya dia tu garang semacam, cakap pun kasar takut lelaki
nak rapat dengan dia”.ha ha ha Ateh mentertawakan tingkah kakaknya yang
sememangnya agak kasar sedikit dari tingkah seorang gadis. Maklumlah hanya
Fatin yang berlainan ganger dalam mereka berenam beradik.Tentulah dia
terikut-ikut lasak adik beradik lelakinya.
“Ohh
ye ke..tapi abang suka pulak orang yang macam tu..pandai mempertahankan diri.”
Dalam hati Farhan dia ingin merapati adik Fatin yang seorang ini, supaya dia
dapat merapati kakaknya pula nanti.
“Teh..boleh
tak abang nak minta tolong”.
“Tolong
yang senang-senang bolehlah bang”.
“Abang
nak minta tolong Ateh, kalau kakak Ateh telefon petang karang minta ambil,
cakaplah ateh ada hal lain..yang sebenarnya abang nak tanya dia sesuatu..tapi
tak ada peluang nak tanya..tolong abang, Teh”.
“Boleh
ke macam tu…nanti salah Ateh pulak tak jaga kakak sendiri.”Jawab Ateh jujur.
“Abang
janji abang tak buat apa-apa kat dia..lagi pun
kita kan berjiran ..kalau ada apa-apa jumpalah ibu dan ayah abang..abang
tak boleh lari Teh.. tolong abang Teh…sekali ni saja.” Bagai merayu Farhan
meminta pertolongan, terbang semua malunya kerana desakkan hati.
“Ini
nombor abang kalau kakak call minta ambil ..ateh call abang… bagi tahu kakak
ateh dah nak balik..tolong ye Teh..abang mengharapkan pertolongan Ateh..minta
tolong sangat-sangat.” Bersungguh-sungguh Farhan mengambil peluang yang ada,
mungkin peluangnya tidak berulang dua kali.
“Ok
InsyaAllah..tapi janji jangan buat apa-apa kat kakak Ateh tu..”
Kalau hati dah suka lautan api pun sanggup
direnangi..Walaupun bukan lautan api yang direnangi oleh Farhan, tetapi bukan
mudah untuk Farhan melempar sifat malunya untuk merayu. Kini dia berpengang
‘kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’. Mengenangkan dia tidak
mahu berputih mata seperti apa yang terjadi kepada NurSaleha dulu dia menekan
malunya jauh kedasar hatinya.
“Oklah
tapi janji jangan buat apa-apa kat kakak Ateh dia seorang saja kakak yang Ateh
ada..janji tau” sekali lagi Ateh meminta Farhan berjanji agar kakaknya tidak di
zalimi.
“Dengan
nama Allah abang berjanji ..abang hanya nak tanya dia saja”.
Hari
Farhan bermula dan berlalu ceria.Harapannya yang layu tersiram dengan impian
yang makin mengembu.Berkembangan berbagai harapan didalam hatinya.Dia berdoa
didalam hati semoga ada jodohnya dengan gadis jiran setaman dan selorong
dengannya.
Farhan sungguh gembira petang itu bila di
hubungi oleh adik Fatin yang bergelar Ateh.Ateh menerangkan yang kakaknya sudah
mahu pulang.Farhan keluar memerhati di pintu keluar yang selalu dilalui oleh
Fatin.Dia melihat kelibat orang yang ditunggu, kelihatannya laju sahaja langkah
Fatin mungkin menuju perhentian bas atau pun perhentian teksi. Farhan mula
bergerak menuju kekeretanya.Bila dia berselisih dengan Fatin yang sedang berjalan
dengan laju, dia memberhentikan keretanya dihadapan laluan Fatin, alangkah
terkejutnya Fatin bila secara tiba-tiba sebuah kereta berhenti dihadapanya.Bila
Farhan keluar dari keretanya dia mempelawa Fatin untuk menaiki keretanya.
“Assalamualaikum..sorang?..hari ni balik naik bas ke?”
“Waalaikum salam” Fatin terkelu tidak tahu apa hendak
dijawabnya.
“Mehlah naik dengan abang..abang pun nak balik ni”.
“Terima kasih tak apalah saya balik naik bas saja.”
“Jomlah apa salahnya balik sekali dengan abang..kita
pun satu taman perumahan..pada kereta abang kosong naik lah”.
“Betul tak apa..saya boleh balik naik bas..sampai
nanti saya telefon adik saya ambil kat bas stand.”
“Kenapa kakak tak sudi ke naik kereta abang yang berjenama
Malaysia ni?.”Kereta Farhan kereta Nasional SAGA FXL yang berwarna coklat.Terdengar
sayu suara Farhan bila ajakkannya ditolak. Dia sebenarnya sudah malu bila ada
dua tiga orang tertoleh-tolah kearah mereka.Terasa pula dirinya seperti hidung
tak mancung pipi pula tersorong-sorong.
“Bukan macam tu”.
“Kalau tak macam tu… naiklah janganlah malukan abang
dah dua tiga orang pandang kita..dia orang ingat, abang jual minyak urat tak laku..naik
lah.” Pohon Farhan sambil bergurau untuk membenamkan rasa malunya.Terdengar di
telinga Fatin suara Farhan yang sayu seakan minta simpati dan dikasihani.Fatin
menjadi serbasalah untuk menolaknya.‘Alah
tumpanglah sekali..lagi pun dia jiran satu lorong’, detik hatinya, sambil
itu dia tersenyum geli hati pula, bila mendengar Farhan berkata ‘dia jual minyak urat tak laku’..apakah
maknanya…dia mengurat aku ke?? Tanya hatinya. Entah lah Fatin lu fikirlah sendiri…
Farhan ingin kepintu sebelah untuk membukakan pintu
keretanya yang disebelah penumpang.
“Tolong jangan buka kan pintu untuk saya ..tolong”
pinta Fatin bersungguh.
“Ok ..naiklah.”Ketika Fatin masuk kekereta Farhan,
Farhan sudah tersenyum ceria.’Akhirnya laku
juga minyak urat aku’ detik hati Farhan yang nakal.
“Esok kalau Ateh nak pakai motor lagi tumpang
abanglah…abang tunggu.” pelawa Farhan mencari satu lagi peluang, kok Fatin
bersetuju alangkah indahnya dunia hatinya.Kereta Farhan sudah mula bergerak.
“Ehh..tak apalah esok mungkin Ateh tak guna motor
lagi..pagi tadi tu makcik saya mintak tolong hantarkan dia pergi pasar..esok
tentu tak lagi..lagi pun angah kata dia balik esok jadi bolehlah pakai motor
angah pulak.” Ketika keretanya melalui sebuah taman bunga, Farhan membelok
kesebatang pokok yang jauh sedikit dari jalan laluan kereta, Farhan
memberhentikan keretanya.
“Ehh..kenapa berhenti kat sini..kereta ada masaalah
ke?”Soal Fatin terpinga-pinga. Hatinya mula dipagut bimbang.Farhan tidak memberi
jawapan kepada soalan Fatin.Selamba sahaja wajahnya lalu memberhentikan keretanya.
“Kakak ..abang nak tanya ni, jawab dengan jujur ye.”,
Farhan tidak memandang wajah Fatin dia hanya memandang lurus kehadapan, dia
tahu kalau dia memandang tepat kewajah Fatin mungkin Fatin akan menjadi tidak
keruan kerana malu. Dia juga mungkin tidak terkeluar apa yang telah dia
rancangkan didalam kepalanya, lagi parah jika tersalah ‘tanya’. Pada Farhan dia perlu bertanya mungkin hanya ini peluang
yang ada.Kedengaran tegas suara Farhan memulakan misi hatinya.
“Nak tanya apa ni…macam polis penyiasat nak menyiasat
saja bunyinya.” Fatin membuat leluncon untuk meredakan ketegangan hatinya.
Farhan tergelak lepas ..pandai juga dia ni buat kelakar. Bila ketawanya reda
dia bertanya dengan wajah serius menandakan dia benar-benar ingin tahu.
“Kakak..kenapa kalau abang ajak minum dan ajak tumpang
kereta..kakak macam takut-takut..kakak ni dah ada yang punya ke?.”
“Mana ada..”
“Habis ..kita nikan jiran apa salahnya kita ambil
berat antara satu sama lain..cakaplah dengan abang secara jujur betul ke hati
kakak belum ada yang punya”.
“Tak ada…tapi saya ni tak nak mengutip dosa walau pun
kecil..kita macam ni pun dah berdosa walaupun kita jiran dan kenal pulak tu,
tapi kita tetap bukan muhrim..berdosa kan..Encik Farhan sekolah menengah agama
tentu En.Farhan tahu..lagi pun saya macam dah terbiasa dengan undang-undang
sekolah ..saya macam diperhatikan oleh ustaz saja kalau saya bercakap dengan orang lelaki yang bukan
muhrim saya.”
“Habis kalau pesakit lelaki kakak buat macam mana?.”
“Pesakit tu lain..itu dah tanggungjawab.”
“Ohh..macam tu, abang minta maaf kerana salah faham
selama ni..ingatkan hati kakak dah ada yang punya..itu yang nampak sombong
semacam dengan abang.Kakak abang akan jadikan kita tidak berdosa kalau kita
duduk berduaan macam ni.” di dalam hatinya berdetik betul juga kata adiknya
pagi tadi setelah berhadapan dan bercakap agak panjag terlihat Fatin seperti
orang yang garang dan tegas.
“Apa maksud Encik Farhan.”
“Abang dah lama suka pada
kakak..harap kakak dapat terima abang dalam hidup kakak.” Fatin jadi terpinga
kerana tidak tahu akan maksud kata-kata jejaka disebelahnya. Farhan menghidupkan
injin keretanya semula, hatinya berbunga riang.Senyum tersunging
dibibirnya. Hingga sampai dihadapan rumah keluarga Fatin mereka tidak berbicara
lagi. Tapi dihati Farhan nekad dia akan menyuruh ibunya meminang anak gadis
Haji Rasid untuk dijadikan suri hatinya. Sebelum turun dari kereta Fatin
mengucapkan terima kasih.
“Terima kasih kerana sudi tumpangkan saya.”
“Kalau kasih yang Fatin hulurkan memang sudah lama
abang tunggu dan abang memang mengharapkanya dan sekarang ni abang dah
terima.Terima kasih juga kerana sudi menerima ajakkan abang”. Bertambah terpinga
Fatin mencari maksud kata-kata Farhan.
‘Entah apalah pakcik sorang ni merapu tak tentu pasal..kalau demam makan lah ubat, kerja kat ubat-ubatan apa pasal sakit tak nak makan ubat pulak..takut makan ubat apa ke??’.Itulah yang keluar dari mulut Fatin setelah pintu kereta Farhan ditutup.Laju langkahnya menuju pintu pagar rumah keluarganya.
‘Entah apalah pakcik sorang ni merapu tak tentu pasal..kalau demam makan lah ubat, kerja kat ubat-ubatan apa pasal sakit tak nak makan ubat pulak..takut makan ubat apa ke??’.Itulah yang keluar dari mulut Fatin setelah pintu kereta Farhan ditutup.Laju langkahnya menuju pintu pagar rumah keluarganya.
Malam minggu berikutnya Haji Rasid
suami-isteri terkejut diatas kedatangan jiran sebelah rumah mereka. Walaupun
kedatangan tetamu itu tidak
dijangka-jangka mereka tetap disambut dengan ramah oleh kedua ibu dan ayah
Fatin Najihah.
“Masuklah..masuklah” jemput Haji Rasid pada
Encik Hakimi dan Puan Faizah yang merupakan jiran sebelah rumah mereka. Sudah
berbelas tahu mereka berjiran sejak taman perumahan itu siap dibena dan mula
menerima pembeli. Mereka adalah antara pembeli terawal yang menduduki taman
perumahan itu. Pada mulanya Taman perumahna itu jauh terpencil dari Bandar Seremban. Tetapi dek pembagunan yang pesat, ditambah pembukaan Lapanganan
Terbang KLIA di Sepang Selangor, Bandar Seremban mendapat tempiasnya sedikit. Kini
telah banyak taman-taman perumah yang dibina diatas permintaan orang ramai
disekeliling taman perumahan mereka.
Harga rumah disitu juga sudah jauh lebih tinggi dari masa mereka membelinya dahulu.
“Oh Kimi dengan Fiza akak ingat siapa tadi. Duduklah
dulu akak kedapur sekejap”.Setelah siap bertudung Hajjah Nor Aini menjenguk
keruang tamu ingin memastikan siapa yang datang. Dia mendengar orang memberi salam ketika dia
dalam bilik tadi.
“Kak Ani jangan susah-susah kami lepas
makan malam…dah tinggal berdua ni..makan pun rasa tak selera lah kak.”
“Tak ada susahnya Fiza..kita minumlah sambil
cerita-cerita bukan senang kita nak jumpa dan duduk berbual macam ni.. akak ni
kalau dah balik kerja tak ada cerita lain terpa dapur dulu”.
“Fiza macam akak juga dulu, tapi dah
tinggal dua orang..ayahnyalah…suruh beli lauk kat kedai saja..hanya nasi saja
yang saya masak..tu yang senang sangat”.
“Saya bukan apa akak kalau Fiza masak rasa
macam tak berbaloi pula... balik kerja terkejar-kejar nak masak..makannya
sikit, lebih baik beli..rasa berselera dan
rasa lapar beli banyak, rasa tak berapa nak makan beli sikit taklah membazir “. Sampuk Encik Hakimi menyambug kata-kata
isterinya.
“Eloklah macam tu esok kalau budak berdua
tu balik cuti ..boleh lah masak semula..duduklah dulu akak kebelakang kejap”.Hajjah
NurAini melangkah kedapur.
Hajjah NorAini kedapur untuk memberi tahu
anak daranya agar menyediakan minuman untuk tetamu yang bertandang kerumah
mereka. Begitulah adat Melayu yang menghormati tetamu tidak mengira masa, walau pun hanya air
kosong sahaja. Didapur dia mengarahkan anak daranya menyediakan air teh o dan keropok Kelantan sebagai
hidangan..
“Kakak buatkan air teh O kemudian goring
sedikit keropok Kelantan dalam peti sejuk tu”.
“Siapa yang datang bu.”
“Mak Cik Fiza dengan Pak cik Hakimi”.
“Apa halnya..datang nak jemput kita makan
kenduri ke?”
“Kenduri apa pulak?”.
“Mana tahu kenduri doa selamat anak-anak
diorang”.
“Ehh Helman dan Helmi tukan baru enam bulan
pergi Austrila”.
“Ialah kenduri kesyukuran anak dia dah
selamat sampai dan belajarlah”. Dua orang anak jiran mereka kembar diberi nama
Muhammad Helman dan Muhammad Helmi. Selepas keputusan SPM diketahui mereka berdua mendapat peluang melanjutkan pelajaran
mereka ke Austrlia.
“Kakak ni ada ke macam tu…dah lah cepat
tenggek air tu jangan penuh sangat nanti lambat pula masaknya, ibu nak kedepan
ni, kalau dah siap kakak hantarkan kedepan ye..Keropok Kelantan ibu letak dalam
peti sejuk tau”.
“Ok kakak tau kat mana ibu simpan…pergilah
ibu kedepan dah siap nanti kakak
hantarkan..nanti lama pulak makcik Faiza duduk tak berteman”.
Hajjah Nur Aini kerunag tamu semula menyertai suaminya
melayan tetamu mereka.
Setelah berbasa basi lebih kurang dan minum
minuman yang dihidangkan oleh Fatin Najihah, kedua suami-isteri itu terus
sahaja kemaksud kedatangan mereka malam itu.
“Abang Rasid, Kak Ani,..saya datang ni bawa
hajat orang…boleh ke saya sampaikan dalam bahasa kita biasa saja..tak pandai
rasanya nak berpantun-pantun dan berbahasa kiasan macam orang tua-tua tu. Saya
ni sebetulnya tak biasa dengan perkara-perkara macam ni, tapi dah kawan minta
tolong kita tolong lah.” terang Encik Hakimi suami Puan Faizah.Ohh..rupanya
Puan Faizah dan Encik Hakimi yang datang bertandang membawa hajat.
“Hajat apa tu Kimi macam besar hajat yang kamu
bawa ni.” Sampuk Haji Rasid. Rasanya sudah tidak sabar ingin mendengar hajat
yang diabawa oleh jiran sebelah rumahnya. Ditambah dengan kata-kata Encik Hakimi yang mahu berpantun bagai.
“Memang besar hajatnya bang… orang nak mencari tapak masjid..saya
pulak tak berpegalaman, itu yang rasa berdebar takut tersalah cakap..” Puan Faizah merupakan sahabat baik Puan Hajjah Fatimah .Dengan persahabatan mereka itu, dia diberi kepercayaan untuk merisik anak gadis Haji Rasid dan Hajjah Noraini yang seorang itu.
“Hsyy kamu ni Kimi apa yang takut tersalah cakap dengan
abang pulak ni..abang pun jadi takut kamu cakap macam tu..cakaplah kalau abang boleh
tolong abang tolong..tanah kat mana yang Kimi suruh abang carikan?.” Encik
Hakimi dan Puan Faizah tergelak kecil terasa lucu pula bila Haji Rasid benar-benar tidak faham maksud kata-katanya
tadi. Mungkin Haji Rasid dan Hajjah NurAini tidak menyangka anak daranya sudah mula
diintai orang.
“Kita guna bahasa biasalah ye bang..saya ni pun
bukanya padai sangat nak berbahasa macam orang tua-tua berkias dan berlapik”.Makin
temangu Haji Rasid suamiisteri dibuatnya.
“Ialah takkan nak pakai bahasa orang istana pulak..Alah
tak kisah lah kita ni pun bukan tak kenal, jiran sebelah rumah..apa-apa hal
kita sama-samalah kan.”Jawab Haji Rasid..teringin benar rasanya ingin mengetahui
hajat yang dimaksukkan oleh jiranya itu. Orang sebelah rumah ni pula asyik sibuk dengan
bahasanya sajaha..Hai cepatlah..gerutu hatinya yang tidak sabar.
“Fiza lah yang cakap..orang
perempuan ni kalau cakap didengar lembut sikitkan kan bang Aji.” Encik Hakimi menyerahkan tugasnya kepada
isterinya pula.Hai Kimi ni pun satu cakap main pas-pas pulak itulah yang
terdetik di hati Haji Rasid ..Puan Faizah memulakan bicaranya.
“Macam ni kak Hajjah, abang Haji… Hajji Bakar dan
Hajjah Fatimah tu berkenan sangat nak bermenantukan anak perempuan akak dan
abang yang sorang tu.”
“Ohh..barulah kami faham..ialah kita pun bukan biasa
dengan perkara-perkara macam ni..inilah pengalaman pertama..esok-esok dah tak
ada dah..Cuma sekali nilah nampaknya “ Panjang
sebutan o dibibir Haji Rasid suami isteri.
“Untuk anaknya yang mana satu, rasanya anak dia empat
orang semuanya lelaki kan.” soal Haji Rasid meminta kepastian, Hajjah Aini
hanya mendengar sahaja perbualan mereka bertiga. Tetapi terdetik juga
dihatinya..Ohh..sudah besar anak dara kesayanganya, sudah ada orang mirisik untuk meminangan
anaknya. Sedeh pula rasa hatinya. Mereka bakal berpisah dengan anak dara yang cuma
seorang. Tidak lama lagi segala tanggung jawab terhadap anak daranya bakal berpindah ketangan orang lain.
“Untuk anaknya yang nombor dua, rasanya dia kerja kat
Hopital Tuanku Jaafar.”
“Ohh anaknya yang sekolah menengah agama kat bawah tu
dulu ke..Tapi ada dua orang anak Haji
Bakar yang sekolah menengah agama kat bawah tukan?.”
“Haah bang, anak nombor dua dengan nombor tiga yang sekolah kat bawah tu. Tapi
yang nombor dua ni pemalu sikit orangnya..tapi baik
budaknya. Dia tu jarang keluar..kata ibunya kalau tak dipaksa keluar dia
lebih suka duduk dengan ayah ibunya kat rumah. Itu yang liat sikit jodohnya.”
“tapi kalau akak suka budak yang tak keluar rumah senang
nak jaga, tak lah nanti terjebak dengan perkara yang tak elok. Berapa umurnya”
“Kalau tak salah Fiza kak Timah cakap hari tu 28 tahun .. Tapi kalau terperap sangat susah pulak nak lekat
jodoh dia..kawan-kawan dia ramai yang dah kahwin.Itu yang kak Timah bimbangkan. Bila anaknya cakap dia berkenan
kat kakak, cepat saja kak Timah minta tolong kami risikkan ni. Ialah kalau abang haji dan kak hajjah setuju tak susah nak tolong tenguk-tengukkan
anak mereka. Lagi pun senang kita juga kalau bermentukan orang dekat.”
“Abang kalau dengan budak tu setuju sangat kan ibunya…tapi tak tahulah sikakak tu.”
“Iya kalau akak pun setuju juga, dah anak dara kita
pun sorang saja kalau dekat ni boleh selalu lah balik jenguk kita tak gitu Fiza
Kimi..tapi walau bagaimanapun kami kena berbincang dulu dengan tuan punya badan. Ikutkan kita orang tua-tua ni kalau cukup ugamanya ada
pekerjaan tetap itu sudah memadai betul tak Fiza Kimi.”Hajjah NorAini
mepersutujui kata-kata suaminya.
“Kalau Fiza dan
Hakimi macam mana pulak..kita dah macam adik beradik nak juga tahu pendapat
kamu berdua.” sambung Hajjah Aini lagi ingin mencari pandangan jiranya yang sudah
dianggap seperti saudara sendiri, maklumlah mereka hidup berjiran sudah berbelas
tahun. Sedangkan Rasullah menghormati dan menyayangi jiran..itulah contoh
terbaik untuk dijadikan panduan dan teladan.
“Saya macam akak juga kalau dah ada ugama dan ada
pekerjaan tetap, yang menjadi dia lebih baik pada Kimi sebab dia kerja dekat sini juga, betul tak kak...lagipun anak mereka tu diajar menghormati orang tua.”
"Ialah kami pun macam tu juga..tapi walau bagai mana pun kami tak dapat nak buat keputusan malam ni kena tanya kakak tu juga.." celah Haji Rasid. Dia sebenarnya tidak suka memaksa anak-anaknya mengikuti kehendak mereka walaupun mereka adalah ayah dan ibu yang mempunyai kuasa mutlak keatas semua annak-anak.
"Ialah kami pun macam tu juga..tapi walau bagai mana pun kami tak dapat nak buat keputusan malam ni kena tanya kakak tu juga.." celah Haji Rasid. Dia sebenarnya tidak suka memaksa anak-anaknya mengikuti kehendak mereka walaupun mereka adalah ayah dan ibu yang mempunyai kuasa mutlak keatas semua annak-anak.
“Kalau macam tu eloklah bincang dengan tuan punya badan supaya tak terjadi perkara yang dikesalkan dikemudian hari. Nikah kahwin ni bukan untuk sehari dua kan bang. Lagi pun Haji Bakar suami isteri tidak tergesa mahukan jawapan. Dia bagi juga akak
dengan abang bincang dulu dengan kakak kemudian dalam seminggu atau dua minggu
ni bagilah jawapan..tapi bersarlah harapan diaorang tu agar hasrat mereka tu
diterima.Yang diaorang berkenan sangat tu sebab dekat. Lagi pun anak lelaki dia
yang tanyakan..maksudnya bukan pilihan ibu ayah tapi pilihn anaknya sendiri.”
“Macam mana boleh anak Haji Bakar tu berkenan dengan
kakak ni..akak tak pernah pula dengar yang kakak cerita pasal budak tu?” Muskil
Hajjah Noraini.
“Akak ni…mereka kan satu tempat kerja..mungkin adalah
dia terpandang kat kakak tu kat tempat kerja mereka”. Tembak Puan Faizah.
“Ialah tu..InsasyaAllahlah..jika ada jodoh budak-budak
tu tak kemana..mungkin dalam seminggu atau dua minggu nanti kami akan bagi jawapan”
putus Haji Rasid ceria.
“Ini cincin belah rotan sebagai tanda.”Puan Faizah menghulur bekas berisi cincin merisik kepada Hajjah NorAini. Sebentuk cincin belah rotan.
Merisik merupakan satu adat orang Melayu
sebelum teruna dara yang terlibat bertunang. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu,
adat ini merupakan tahap awal proses penjodohan sepasang teruna dan dara. Adat yang menemukan wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak gadis. Pertemuan
tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana
ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya
terlebih dahulu.Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang
tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti
perkawinan.Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana
dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu,
adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat
ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki atau orang yang
dipercayai oleh pihak lelaki. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan
untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
No comments:
Post a Comment