I
Biar pun enjin kereta sudah berdengung tapi
kereta masih statik tidak bergerak dan Tengku Faris seperti orang diluar sedar,
fikiranya melayang..Dia memusingkan badan mengadap dan merenung Nur Hidayah..yang
sebetulnya dia cuba meneka mengapa Nur Hidayah menjadi marah. Dia merasakan Nur
Hidayah marah bila dia mengatakan dia mahu menjadikan Nur Hidayah kawan atau pun
teman, adakah kerana perkataan itu menjadikan Nur Hidayah angin satu badan.
Melihat
perbuatan Tengku Faris Nur Hidayah cuba membuka pintu kereta. Dia mengambil
keputusan untuk menaiki keenderaan awam sahaja. Rasanya itu lebih selamat dari
sekereta dengan Tengku Faris. Tetapi pintu tidak boleh dibuka..Nur Hidayah
menjadi kalut..
“Kenapa
Tengku kunci pintu. Buka!! biar saya naik bas sahaja..bukalah. Kalau tak saya
jerit nanti”.
“Kenapa
sampai nak menjerit Hidayah. I tak buat apa pun pada you. Lagi pun ini kan
tempat awam you nampak tu orang lalu lalang”.Bibir Tengku Faris memuncung menghala pada pasangan yang melintasi keretanya.
“Habis
kenapa Tengku kunci pintu kereta ni?”.
“You
duduk elok-elok, I hanya nak Tanya you..I rasa you marah dengan I. I nak tahu
apa yang menyebabkan you marah, I ada tersalah cakap ke?” Lirih kedengaran
suara Tengku Faris seperti orang menagih simpati. Nur Hidayah mengikuti
cadangan Tengku Faris dia duduk elok-elok di kerusi sebelah pemandu.
“Ok..saya
rasa marah dengan sikap Tengku yang sewenag-wenang menjadikan hubungan lelaki
dan perempuan mudah bagi Tengku. Tengku tak pernah nak fikir kesan dari
hubungan itu. Saham seorang perempuan akan jatuh merundum kalau dia dah
pernah rapat atau intim dengan lelaki. Hendak-hendak dia pernah melahirkan anak
luar nikah. Pernah tak Tengku fikir nasib wanita yang macam tu. Kemudian anak
luar nikah hasil seronok yang tak halal, pernah Tengku fikirkan mudah ke
kehidupan mereka”.
“Hidayah
kenapa you fikir sampai kesitu. I hanya nak you menjadi teman I. Kalau kita ada
keserasian kita bolehlah menjadi pasangan suami isteri. I memang suka pada
you..I hanya nak you suka pada I, itu yang I bagi peluang you mengenali diri I
ni. Jika you kata you tak mahu cara macam tu, boleh sahaja kita terus nikah. Lepas
nikah nanti, baru cari keserasian boleh ke macam tu. Yang sebetulnya memang I
nak jadikan you isteri I yang sah”.
“Mudahnya
Tengku mengambil keputusan utnuk mengambil saya jadi isteri”.
“Bukan
baru hari ni sahaja I fikir, sejak pertama kali I jumpa you hati I dah rasa I suka
dengan you. Dari saat tu I dah fikir. Fikir I nak serumah dengan you. Itu
sebabnya I selalu pergi meja you. Dapat pandang you hati I tenang. Dengar suara
you I jadi bersemangat nak bekerja. Tetapi bila melihat you selalu mengelak, I
rasa you tak suka sebab I dah tua. Betul ke macam tu Hidayah. Itu sebabnya I
cadangkan supaya kita berkawan, nanti you boleh bezakan antara kawan lelaki
you yang muda dengan I. Kalau dah macam tu you masih pilih yang muda, I tak terkilan
dan I akur tentang kekurangan I yang dah berusia.” Lembut sekali penerangan
yang diberi supaya Nur Hidayah memahami apa yang ada dihatinya.
Pada
Nur Hidayah mungkin kerana lama Tengku Faris menetap diluar Negara dia tidak
dapat membezakan cara Islam dan bukan Islam mencari pasangan. Islam ada cara tersendiri untuk menentukan jodohnya. Dia tidak tahu hamaba seperti kita boleh meminta bantuan yang Maha Mengetahui.. siapa yang sesuai untuk menjadi pasangan nya..tunaikanlah solat Istiharah untuk meyakinkan diri sendiri tentang jodoh
yang datang. Nur Hidayah beralah dia juga melembutkan suaranya..
“Saya
tak pandang orang tu tua ke muda untuk menjadi suami saya…tapi
saya cakap terus terang, saya tak sesuai untuk Tengku”.
“Kenapa
tak sesuai, cuba you terangkan pada I. I nak tahu sebab-sebab you menolak I
jadi pasangan you.. Kalau you tak
pandang usia apa lagi yang you jadikan sandaran untuk memilih teman hidup you
atau suami you”.
“Memang
saya tak pandang usia tapi yang saya ambil kira penerimaan seorang lelaki itu
setelah tahu siapa saya”.
“I
terima you walau pun siapa you. Kalau nak kata, you anak orang miskin dan you
kena tanggunag adik-adik yang ramai.. ok fine I terima juga”.
“Bukan
sebab harta dan bukan sebab nak tanggung adik yang ramai..Tapi kita tak sekufu
dalam erti lain tak setaraf. Tengku berketurunan. Kalau nak dikira saya ni dengan orang biasa pun tak layak. Kita
ni sangat berbeza seperti langit dengan bumi”.
“Kalau
I kata, I tak pernah pandang semua tu. I tak pernah rasa istimewanya diri yang
ber gelaran Tengku. Lagi pun I tak pernah tetapkan, pasangan I akan ber
bergelar Tengku juga. Kenapa you cakap dengan lelaki biasa pun you tak sesuai..I nampak you sama
macam perempuan lain yang boleh dijadikan pasangan pada mana-mana lelaki pun.
Atau you wanita yang bertukar jantina. .maksud I you dulu lelaki tapi tukar
pada wanita”.
“Nauzubillah..Tengku
tahu tak perbuatan tukar jantina ni haram..kerana mengubah ciptaan Allah. Bab Tengku
tak kisah nak terima saya itu sebab Tengku tak kenal saya”.
“Yang
sebenarnya siapa you. Cuba bagi tahu tentang diri you supaya I tahu siapa you
dan kenapa you macam rasa rendah diri sangat”.
“Tengku
pernah tenguk resume saya dan tahu tak nama penuh saya?”..
“Tak
pernahlah, tapi nama penuh you pernah Farid bagi tahu..Nur Hidayah binti
Abdullah betul ke?”.
“Betul
itu nama penuh saya, nama dalam kad pengenalan dan nama dalam sijil beranak.
Tengku tahu tak dengan berbin kan Abdullah seorang itu mungkin pertama sememang nya
nama ayahnya Abdullah, kedua dia seorang anak angkat dan yang ketiga dia anak
tak sah taraf itu bahasa sopan, tapi yang biasa kita cakap dia anak luar nikah”.
“Ohh
jadi you yang mana satu..jangan kata awak anak luar nikah pula”.
“Memang
itulah kenyataannya..saya anak luar nikah ..jadi layak ke saya menjadi pasangan
orang berketurunan seperti Tengku?”.
“I
rasa kesian dengan keadaan you, I tak sangka you macam susah nak bergaul dengan
orang ingatkan you sombong, rupanya ada cerita lain disebaliknya”.
“Itulah
kisah saya..dan saya tak pernah mengharap datang seorang lelaki menghulur kasih
untuk menjadikan saya ni isteri dia. Saya dah lama bersedia menjadi wanita
bujang yang tiada hubungan istimewa dengan lelaki. Hubungan saya
dengan lelaki saya bataskan hanya hubungan rakan sekerja dan majikan sahaja. Ok sekarang
Tengku dah tahu. Boleh kita balik sekarang hari dah beransur petang dah ni”.
Mendengar
permintaan Nur Hidayah barulah Tengku Faris mengerakkan keretanya. Perlahan sahaja Tengku Faris memacu keretanya.
Dia memandu pun di lorong sebelah kiri. Dalam tekun memandu kepalanya
ligat memikir bahasa yang paling lembut untuk memenangi hati Nur Hidayah..
“Hidayah. walaupu I dah tahu siapa you, tapi hati I .I masih
nak you jadi isteri I yang sah..you sudi ke?".
“Kan
saya dah cakap tadi saya tak layak untuk menjadi isteri sebab status diri
saya.”
"Status you tu perkara kecil sahaja pada I. I tak nampak apa pentingnya status seseorang wanita itu kalau dia nak dijadikan isteri. Cukup sempurna fizikalnya sebagai seorang wanita dia dah boleh dijadikan isterikan”.
"Status you tu perkara kecil sahaja pada I. I tak nampak apa pentingnya status seseorang wanita itu kalau dia nak dijadikan isteri. Cukup sempurna fizikalnya sebagai seorang wanita dia dah boleh dijadikan isterikan”.
“Tugas
wanita bukan sahaja untuk tempat memuaskan nafsu dan penghibur suaminya sahaja
Tengku. Seorang wanita akan menjadi ibu, pengasuh dan pendidik pada
anak-anaknya”.
“Kalau
dah macam tu apa kaitanya dengan status dia pula..rasanya tak jadi masaalah
pada status dia”.
“Tengku
tahu tak hadzirnya seorang anak luar nikah diatas bisikkan syaitan, jadi tak
mustahil dalam jiwa seorang anak luar nikah ada juga bisikkan syaitan jadi bolehkah
dia menjadi seorang pendidik dan membimbing yang baik untuk anak-anaknya.
Takut-takut bisik-bisikkan syaitan itu
yang dibisikkan ketelinga anak-anaknya”.
“I
tak percaya apa yang you cakap. Pada I kalau you seorang yang tidak
meninggalkan solat tentu dia terhidar dari bisikkan syaitan. Kata orang siapa
yang ada wuduk syaitan tak beranai dekat. Betulkan..jadi macam mana syaitan nak
berbisik pada you, you kan sentiasa ada air sembayang. Setuju ye jadi isteri I..I sungguh-sungguh ni”.
“Itu bergantung pada penerimaan keluarga
Tengku. Biar pun Tengku bersungguh-sungguh tapi kalau keluarga Tengku tak terima
saya, saya juga tak setuju untuk menjadi isteri Tengku. Sekarang ni ..jangan
cakap lagi saya dah bagi tahu siapa saya ..dan saya hanya boleh kata ‘Ya’ kalau
keluarga Tengku menerima saya walaupun setelah meraka tahu siapa saya yang sebenarnya.”
“Hidayah
janganlah macam tu, I memang suka you, tolong bagi I peluang untuk menyayangi you”.
“Walaupun
Tengku suka, tapi keluarga Tengku macam mana pula..”
“Yang
nak you I..tak ada kena mengena dengan keluarga I”.
“Untuk
saya restu keluarga amat penting. Bukan pada saya sahaja tapi untuk zuriat yang
bakal lahir”
“Ia
rasa daddy dan mommy I pun setuju dengan cadangan I ni. You jangan bimbang. You
cakap setuju supaya senang hati I ni”.
“Dengan
persetujuan keluarga Tengku setelah mereka juga tahu status saya”. Memang tegas
gadis yang bernama Nur Hidayah binti Abdullah.
“Hidayah!!
Kalau mereka setuju I nak cepat-cepat kita nikah ye”. Namun Nur Hidayah tidak
membalas kata-kata Tengku Faris bibirnya tertup rapat. Pandangan matanya
kedepan, tiada pandangan atau jelingan untuk Tengku Faris.
Pada Hidayah ada lebih baik dia menjadi
pekerja. Dia tidak suka digoda oleh Tengku Faris. Menunaikan kewajipannya
sebagai pekerja dari mengadap Tengku
Faris yang menceceh entah apa-apa. Dia tidak menyangka kali pertama dia keluar
dengan Tengku Faris itu ayat yang kelaur diri bibirnya. Sudah dua bulan mereka bekerja dibawah satu bumbung
patutlah setiap sehari Tengku Faris akan
mengajaknya keluar makan. Disebelah pagi dia datang untuk mengajaknya minum,
sebelah tengaharinya pula akan mengajak untuk makan tengahhari. Waktu petang nya juga sebolehnya dia mahu menghantarnya
pulang. Kadang-kadang dia menjadi rimas dan malu pada rakan sekerja yang lain.
Sebolehnya
Tengku Faris mahu mengajak Nur Hidayah berbual. Biar perjalan dari
Melaka ke Kuala Lumpuy dapat membongkar kisah hidup Nur Hidayah.
“Hidayah
selama ni you duduk dengan siapa?”.
“Dengan
kawan”.
“Mommy
you”.
“Dah
lama meninggal”.
“Kesianya
you. Jadi you tak ada siapa-siapalah kat dunia ni”.
“Dah
lah Tengku ..saya malas nak cerita benda ni..saya redha dengan keadaan hidup
saya ni”.
“Cerita
lah I nak tahu..I nak tahu tentang semuanya berkaitan dengan you dan mama you.”.
“Mama
saya, dah lima tahun mama meninggal dan
sejak mama meninggal saya dah duduk sorang. Tak ada siapa yang mahu mengutip
anak luar nikah Tengku. Memelihara nak luar nikah ni akan membawa malu dan
musibah”.
“Saudara
mara sebelah mama you?”
“Keluarga
mama saya dah buang saya. Saya ni tak ada sesiapa. Saya hanya ada kawan-kawan kat tempat kerja dan kawan dirumah sahaja. Kalau diorang tahu siapa diri
saya munkin mereka pun akan menjauh kan diri dari saya”.
“Ohh”
satu keluahan terbit dari bibir Tengku Faris menerima
kenyataan yang keluar dari bibir Nur Hidayah. Detik hatinya ‘sedehnya hidup anak luar nikah’. Ada rasa kesal dan kasihan menyelinap dihatinya, terhadap gadis disebelahnya.
“Dah
lah Tengku ..saya malas nak cerita benda ni..saya tak mahu nanti Tengku kata
saya mencari simpati pula. Saya tak sesusah mana kalau nak dibandingkan anak-anak
yang tak cukup makan, emak ayah tak ada kerja tetap, duduk pun dalam rumah yang
hamper nak tumbang. Nak belajar pun tak dapat. Jadi macam mana mereka nak
mengubah hidup kalau pelajaran pun tak ada. Nampaknya kesusahan mereka
bersambung. Hanya menanti takdir mengubah kehidupan mereka. Macam saya tak apa biar lah masyarakat keliling memandang saya hina..tetapi In Syaa Allah kalau saya menjaga ahlak saya. taat pada suruahanNya dan menghidar apa yang dilarangNya saya akan dipandang oleh Allah juga.”.
“Dari
cerita you..I dapat rasakan hina sangat anak luar nikah di Malaysia
ni..kenapa?”.
“Tengku
tahu tak, dalam Islam hukuman orang yang berzina sangat berat..direjam sampai mati..itulah hukumannya. Tengku tahu tak rejam tu apa? dibaling dengan batu. Kalau dah begitu berat
hukumanya, tentulah perbuatan itu sangat tidak elok. Jadi hasil zina itu juga
tidak elok dan dipandang hina walaupun bukan dia yang bersalah dalam hal
kelahiranya.” Tengku Faris terkedu mendengar hukuman orang berzina dalam Islam.
Dia rasa sangat terpukul. Bila melihat Tengku Faris tidak berkata-kata Nur
Hidayah meneruskan ceramahnya.
“Mengapa
masyarakat kita meneliti menantu yang bakal melahirkan keturunan mereka.. semua
orang nak menjaga kesempurnaan keturunan. Biasanya anak luar nikah yang lahir
dari bisikkan syaitan akan melahirkan anak-anak yang sukar dibentuk dan
dididik..kerana dia juga begitu. Para ibu bapa juga tidak akan sanggup menerima
menantu anak luar nikah kerana mereka akan melahirkan anak –yang susah diberi
tunjuk ajar kalau tak betul didik. Boleh dikatakan memperisterikan anak luar
nikah bererti memperjudikan keturunan sendiri ..”.
“I
tak kisah..I yakin you boleh didik anak yang you lahirkan dengan baik.”
“Memang
Tengku tak kisah..tapi keluarga
Tengku..mahu ke Dato’(Tengku Faizal) menerima saya…”
“I
rasa dia pun tak kisah..dia tahu you baik. Dia puji you depan I dan mommy I,
dia recpek habis kat you..dia kata susah nak cari gadis yang taat pada ugama
dan mengamalkan solat sunat. I rasa dia pun suka kat you kalau you jadi teman I
dunia akhirat I. Ok balik ni I bagi tahu mommy I..In Syaa Allah esok dia akan
jumpa you..you suka jumpa dia kat mana kat rumah I?.”. Sudah pandai Tengku Faris
mengucapkan akhirat dan sudah pandai juga Tengku Faris mengucapkan In Syaa
Allah demi untuk memikat gadis disebelahnya.
“Jangan
yakin sangat Tengku..”
“Hidayah..terus
terang I cakap..Hidup I penuh dengan kejahatan selama ni. I bukan penganut
Islam yang baik..biar pun I berugama Islam sejak lahir. Tapi kerana hasutan
nafsu, I jahil dalam berugama. I minta tolong dengan you terima I dalam hidup
you dan bantu I bertaubat. I nak bertaubat Hidayah”. Terkedu Nur Hidayah
mendengar permintaan Tengku Faris. Yang
sebenarnya bila mendengar Nur Hidayah menceritakan hukuman orang berzina
melintas perasaan gerun dihati Tengku Faris dan melintas pula perkataan taubat
dibenaknya.
“Ápa
yang menyebabkan Tengku yakin saya boleh membantu..”
“Entahlah..tapi
bila I pandang you I rasa bersemangat. Yang meyakinkan I you penuh dengan doa..Dari mula kita bertolak dari KL tadi, you
tak putus berdoa. Kereta nak mula berjalan you baca doa, nak makan you berdoa,
habis makan pun you berdoa. I minta
tolong dengan you sungguh-sungguh, bantu I. Boleh ye..I nak jumpakan you dengan
mommy I. I nak yakinkan you yang mommy I tak kisah siapa you untuk jadi menantu
dia. Tolong setuju ye”.
“Tengku
ni sungguh-sungguh ke”.
“Please
Hidayah I am serious..I bawa you ke rumah I ye”
“Tidak!!
Saya tak mahu jumpa kat rumah Tengku..dan saya tak suka jumpa kat restoren”.
“Habis
you nak jumpa kat mana?”
“Tak
kisahlah kat mana-mana janji tidak di dua tempat tu”.
Akhirnya
perjalanan selama hamper 2 jam sampai juga. Bagi Tengku Faris perjalan itu
sangat bermakna. Tapi nekadnya didalam hati dia kan berbincang dengan
keluarganya untuk dirinya memiliki Nur Hidayah. Biar pun perbezaan umur mereka
sangat jauh. Dia sudah berusia 52 tahun manakala Nur Hidayah baru mencapai umur
27 tahun. Janji Tengku Faris pada dirinya sendiri, jika Nur Hidayah setuju dia
akan menjaga Nur Hidayah dengan sepenuh hati. Dia akan bekerja menguruskan
perniagaan keluarga mereka dengan bersungguh-sungguh. Dan yang paling penting pada janjinya dia akan melepas
kebiasaan nya berpoya-poya dan berhibur di kelam malam. Sekarang ini juga
dirinya sudah diubah. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki dikelab. Hanya bersolat lima waktu sahaja yang belum dilakukan.
Suspennya..adakah hidayah ni anak dari perhubungan aruah ibunya dgn tg. Faris...
ReplyDeleteSikit lagi taulah..tpi mlm ni tak ada ye..mak teh tak sempat nak siapkan..
ReplyDeletealahai mak teh. beerdiri bulu roma bila bayangkan andai hidayah benar anak hasil hubungan ibunya dgn tg faris kemudian hidayah kahwin pula dengan tg faris... hadoi tak sanggupnya... Simpang malaikat 44. Janganlah begitu... Kesian hidayah.
ReplyDeleteTak sabar nak baca kisah seterusnya mak teh.
k.mid
BUKAN NUR HIDAYAH ANAK TG FARIS KE???BUKAN HARAM UTK BERKHAWIN kE??SUSPEN LA MAK TEH NIE
ReplyDelete