~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 21 June 2013

Bab 26 Bimbang


Aku memancing berkail emas,
Orang bertangguk tepi muara,
Kasih kuberi tidak berbalas,
tidakku kesal ini jadinya.


Lamunan Farhan melayang bila Arief Edlan datang lagi mendekati dirinya dan menyapa.

 “Haa termenung!! angau ke?..Kau belum jawab pertayaan aku Han, jadi ke kau dengan Saleha tu?”

“Hsyy terkejut aku.. cakap tu cuba perlahan sikit.. Nanti orang ingat aku ada skandal pulak bila kau cakap aku angau”. Terkekek Edlan ketawa melihat kekalutan Farhan. Dengan suara perlahan seakan mengeluh bila Edlan duduk disisinya.

“Lan sebetulnya rahsia aku dengan Saleha dah bocor. Isteri aku dah tahu. Rupanya dah dua bulan dia tahu aku selalu berSMS dengan Saleha. Tapi yang sebenarnya   aku dengan Saleha tu tak ada apa-apa, hanya kawan biasa macam aku dengan engkau..tapi yang lain sikit hanya Saleha tu perempuan..itu saja. Bukan aku nak berahsia dengan isteri aku. Sekadar  berSMS dengan kawan tak kan tak boleh kot. Tak sangka dia dah salah anggap.”

“Kau kata dia yang salah anggap..kau jangan lupa Han, Saleha dah ajak kau kahwin dengan dia..dan kau pun dah berangan nak kahwin dengan dia..kau kata isteri kau yang salah anggap..kalau isteri aku, tak tahulah macam mana dia melenting.”

“Tak lah Lan sejak engkau bagi nasihat kat aku hari tu dan sejak kau ceritakan kisah ayah engkau… aku dah tak ada niat lagi kearah itu… betul-betul ni aku tak akan mencari pesaing isteri aku lagi..pada aku dialah isteri aku dunia dan akhirat. Terima kasih Lan kaulah kawan aku dunia dan akhirat..masa aku hamper tersasar lorong kau tolong ingatkan.. terima kasih Lan”.

“Alhamdullilah kalau kau dah fikir macam tu.. Tapi Han macam mana isteri kau boleh tahu tentang Saleha..dia ada terbaca message kau ke?”.

“Petang semalam..masa kami balik dari rumah keluarga aku, aku singgah beli susu anak aku, sebab nak cepat aku tertinggal handfon aku dalam kereta, masa tu pulak siSaleha ni massage aku. Isteri aku tolong jawabkan…ehh aku belum tenguk macam mana bunyi message yang dia hantar. Handfon aku pun belum aku masukkan baterinya. Tolong Lan aku betul-betul tak ada mood nak tenguk. Kepala aku berdenyut ni.”  Farhan  meraba poket seluarnya mancari telefon bimbit dan baterinya sekali dan menyerahkan kepada sahabatnya. Setelah siap dipasangkan bateri Edlan juga yang tolong mengaltivkan telefon bimbit Farhan dia juga tolong meneliti massage-masasage  yang masuk ke telefon bimbit Farhan.


        Selepas minum dan menyiapkan anak-anaknya untuk dihantar kerumah pengasuh, Farhan hanya sempat mencapai telefon bimbitnya di hujung katil sahaja pagi tadi.

“Amboi banyaknya miss call..dari Saleha ke ni Farhan..Ehh  sampai sepuluh miscall…yang last pagi tadi Han pukul enam pagi. Agaknya bangun tidur saja dia terus call engkau ..gila ke dia ni.“

“ada massage yang petang semalam  tak? Cuba baca aku nak dengar.” sambil berpeluk tubuh dan memejamkan matanya Farhan menyoal sahabatnya, bukan Farhan yang meneliti telefon bimbitnya tetapi Edlan sahabatnya yang menliti telefon bimbitnya.

“Ada satu ohh..pukul enam tadi dia massage kau Han..aku baca ye apa bunyinya”

“Aku nak yang petang semalam”.

“Ahh kau aku nak baca yang ni dulu..”

“Bacalah aku nak dengar” Edlan memabaca massage dari Saleha untuk Farhan ‘Farhan I sayang you, dah lama I sayang you percayalah.’

“Ámboi jiwangnya.. macam mana isteri kau tak marah, kalau ayat itu yang ditujukan untuk suaminya..agaknya macam mana bunyi massage yang dia hantar semalam ye Han..cuba kita cari.” Edlan mencari massage didalam inbox telefon bimbit Farhan sambil mencari mulutnya tidak berhenti berbicara.

“Han isteri kau isteri yang baik.Tengoklah  Allah dah tunjukkan kecurangan kau.” mendengar perkataan curang, mata Farhan membuntang memandang  raut muka sahabatnya yang sibuk meneliti telefon bimbitnya.

“Aku curang ke Lan????..macam mana kau boleh kata aku curang jumpa pun tak pernah kau kata aku curang??.”

“Kau curang dalam perasaan. Kau kalau dah berSMS ada ke ingat keliling?. Masa tu kau tak ingat anak isteri kau lagi dah, tentu tumpuan kau pada Saleha sorang.. .betul tak? dan kau jangan lupa kau dah ada niat nak kahwin dengan dia. Haa ada pun nasib baik Fatin tak  delete.” Setelah membaca massage yang dihantar oleh Nur Saleha petang semalam yang dibaca oleh Fatin.

“Cuba kau baca Han, aku nak baca malulah..beraninya dia cakap rindu-rinduan pada kau…aku tak sangka Saleha macam ni.. ni ha..dia kata kau tunggu dia sepuluh tahun. Dan kemudian dia kata dia akan bersabar menunggu hingga isteri kau bersalin, betul ke dia ni Han, aku tenguk dia ni macam pemalu dulu..betul ke dari dia ni, Han ” soal Edlan mencari kepastian.

“Itulah yang aku terkejut tu..aku macam tak percaya  bila Fatin cakap macam tu pada aku malam tadi”. ”. Berulang kali Edlan menyatakan keraguanya pada Farhan.

 “Dalam hal ni aku rasa kau yang salah. Kau curang dalam perasaan. Kalau kau tak layan dan bagi harapan tentu Saleha tak hantar massage macam ni.”

“Lan ..sumpah aku tak pernah bagi dia harapan.. aku hanya nasihatkan dia supaya bersabar…. kemudian aku kata carilah seorang lelaki yang baik untuk mengganti suaminya itu saja.. aleh-aleh dia kata akulah yang paling sesuai jadi pengganti suami dia. Aku cakap aku dah ada isteri dan isteri aku sedang megandung 7 bulan. Dia kata dia rela bermadu..aku nak kata apa? aku tak cakap pun aku suka dia.”

“Aku tanya  ni..kau kena jawab dengan jujur. Selelaps dia cakap macam tu ada tak kau cakap yang kau tak perlukan dia lagi atau cakap kau tak suka dia?”

“Aku tak lah sekejam tu..zup..zup cakap macam tu. Aku cuba bayangkan kalau aku ditampat  dia tentu aku rasa kecewa sangat,  dahlah suami dia tinggal dia ..kemudian aku pula cakap macam tu ..aku ni bertimbang rasa Lan”.

“Timbangrasa.. timbangrasa juga, kalau dah jadi macam ni..apa nak ditimbangkan ..rumahtangga kau jadi cagaran tau. Han aku nak tanya kau satu minggu berapa kali kauorang  berhubung”. Seperti seorang penyisat Edalan bertanyakan beberapa soalan ditujukan kepada sahabatnya untuk mencari dimanakah silapnya Farhan…

“Memang selalulah kadang-kadang tiap-tiap hari tapi sejak seminggu ni dah tiga hari kami tak berhubung”.

“Siapa yang panggil dulu”.

“Memanglah  aku yang panggil dia dulu. Aku pesan dengan dia kalau aku dah free aku panggil dia. Tapi tujuan aku hanya nak pinjamkan telinga  aku ni pada dia.. nak bagi dia rasa ada orang boleh dengar masaalah dia… dia tak susah sorang-sorang. Aku simpati dengan dia.”

“Pernah tak kau cepat-cepat putuskan talian kalau kau berhubungan”.

“Takkanlaaah sampai hati aku nak putuskan talian sedang dia cerita masaalah dia”.

“Kat sini aku dah dapat tangkap kau yang bagi dia harapan..kau yang layan dia.”

“ Tapi aku anggap dia kawan aku saja Lan..sebab tulah aku layan dia. Macam aku layan kau”.

“Aku lain Han ..cuba kau kira dalam seminggu berapa kali kau call aku? Aku dah kira dah dalam sebulan kadang tak sekali pun kau call aku Han.”

“Kau lainlah kan hari-hari kita jumpa. Lagi pun aku ikhlas nak dengar masaalah dia supaya dia tak tertekan sangat dengan masaalah yang dia hadapai.”

“ Kau mesti ingat Han buat baik ni berpada-pada..jangan memakan diri semdiri.  Dalam hal call ni Han, tiada alasan hari-hari jumpa dan tiada alasan kau rasa dia sebagai kawan. Tapi yang pasti kau dah bagi dia harapan secara tak sedar.”

“Jadi nak buat macam mana? Silapnya aku nak buat baik.. jadi benda tak baik pula pada aku..aku pun dah tak tahu nak buat macam mana, perkara ni dah jadi semakin rumit... aku rasa isteri aku macam dah tak percayakan aku lagi. Aku nak cerita dengan kau apa yang jadi malam tadi.”

“Ceritalah kalau boleh aku tolong aku tolong ..kita cari jalan sama-sama”.

“Malam tadi tu masa kami dah nak tidur sekali lagiu Saleha hantar message  pada aku..dari situ aku tahu yang isteri aku tahu tentang Saleha…dia suruh aku jawap tapi aku tak jawap..Bila dia dah tidur aku call balik Saleha.”

“Kau memang cari naas lah Han ..kenapa kau tak jawab depan dia.. sepatutnya kau tunjuk kejujuran kau jawab depan dia. Satu lagi kalau dia tahu kau menghubungi Saleha balik habis kau”.

“Lan..aku sebenarnya nak bagi Saleha kata putus yang aku tak nak dengan dia hari ni dengan kau”.

“Habis kenapa kau call dia malam tadi?…kau cakap apa dengan dia?”

“Malam tadi tu aku dah tak tahan geram sangat dengan dia.. jadi masa isteri aku dah tidur tu aku tegaskan pada Saleha aku memang dah tak perlukan dia dalam hidup aku lagi..tapi bila aku masuk bilik aku nampak tangan isteri aku tengah menepuk –nepuk punggung anak aku yang merengek mengigau…kau agak kan Lan dia sedar tak aku call Saleha”.

“Aku tak dapat nak agak Han tapi aku tak dapat nak bayangkan.. apa tindakan Fatin selepas ni…Malam tadi tu dia meragam tak?”.

“Tak adalah pulak dia meragam atau mengamuk sakan.. bila aku suruh dia tidur..dia ikut saja”. Kemudian Edlan melembutkan suaranya untuk menasihati sahabatnya. Dia merasakan mungkin Farhan akan mengahdapi masaalah dengan isterinya  selepas ini. Setelah mendengar apa yang dicerita oleh sahabatnya tadi.

“Entahlah Han..mulai dari sekarang kau bersiap sedialah..kuatkan mental dan fizikal kau untuk mengahadapai segala cabaran berumah tangga. Berserahlah pada Allah. Kalau kau betul-betul tak ada rasa apa dengan Saleha..biarkan aje..dah jangan kau fikir lagi. Kau tumpukanlah pada keluarga kau… anak-anak dan isteri kau itu lebih penting. Kalau dia call cakap yang tidak-tidak kau abaikan saja, jangan layan lagi..sekarang ni tiada istilah kawan lagi dah…
            Han…kau nak tahu perasaan wanita ni halus, kadang-kadang dengan layanan kita yang sedikit, ambil berat kita yang tak seberapa.. mereka dah rasa macam kita sayang dia..itu yang timbul rasa mengharap kasih kita pulak..lagi pun  kalau dah berSMS tak ingat keliling…tentu kau ambil banyak masa dengan dia, dia pun akan rasa kau suka kat dia. Aku boleh bayangkan masa kau berSMS tentu kau tak ingat anak isteri kau lagikan, tentu tumpuan kau pada Saleha sorang  berjam-jam...betul tak.”

“Kalau itu memang betullah…kadang hampir sejam dua jugalah aku berbalas massage dengan dia. Sebetulnya kadang-kadang aku tak pandai nak matikan cerita kalau tengah berSMS ni.. itu yang jadi lama”.

“Jadi sekarang kau tahulah silap kau kat manakan..apa tindakkan kau seterusnya”.

“Aku kena yakin isteri akulah..dari masaage yang dia dah baca tentu susah sikit dia nak percaya aku..aku akan bersedia segala ragamnya nanti..memang aku yang salah..tapi kalau dah teruk sangat kau  tolong yakinkan isteri aku … boleh Lan”.

“InsyaAllah..kalau aku boleh tolong, aku akan sedaya upaya aku tolong Han..kita ni kawan biar bersama masa susah dan senangkah Han”.

Ketika mahu memulakan tugas selepas waktu rehat mereka, Farhan dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari bahagian isterinya bekerja dengan kadar segera. Laju Farhan kebahagian isterinya bekerja.Terdetik difikiranya sesuatu yang tidak baik berlaku keatas isterinya.

“Encik Farhan, isteri encik sekarang dalam bilik bersalin, dia sudah mahu melahirkan boleh tak bagi kad pemeriksaan setiap bulannya.

“Ehh bukan ke kandungan isteri saya baru tujuh bulan lebih”.

“Itulah yang kami nak tenguk kad pemereksaan bulananya..kalau diikut dari pemeriksaan kandungan isteri encik Farhan masih kecil lagi…tapi  mugkin dia terpaksa juga bersalin walaupun  dalam keadaan pra-matang kerana bukaan pintu rahimnya sudah mencapai 4cm. Saya minta tolong sangat-sangat untuk melihat kad bulananya”.

“ Boleh…rasanya dia letakkan kad pemeriksaan bulananya didalam beg sandangnya. Boleh ambilkan beg sandangnya, saya akan ambilkan kad tu.  Setelah semuanya diuruskan dia meminta izin supaya dia dapat berjumpa isterinya sebentar.

“Ketika Farhan memasuki bilik dimana Fatin dirawat, dilihat perut isterinya diletakkan dengan alat pengesan denyutan jantung bayi. Dia juga melihat geraf-geraf yang turun naik di skreen monitor disebelah katil isterinya.  Masa dia masuk isterinya sedang memejamkan mata entah dia tidur entah menahan sakit..Farhan menghampiri lalu menggengam tangan isterinya yang terasa sejuk.  Fatin membuka matanya, bila dia terpandang sahaja  suaminya dia mula menangis.

“Kenapa..sayang..sakit ke..macam mana boleh jadi macam ni?”

“ Entahlah masa datang kerja tadi Ha rasa sakit pinggang sikit....masa ambil darah pesakit tadi, tiba-tiba Ha turun darah. Itu pun orang lain yang nampak..Ha hanya rasa sakit sikit saja tak sangka pula darah turun banyak.”.

“Ha ada terjatuh ke?”Farhan menyiasat punca pendarahan pada isterinya.

“Malam tadi tu Ha terduduk masa nak buatkan susu Aman. Ha tak nampak plastic tu, Ha terpijak..tapi jatuh tak kuat sangat, Ha sempat berpaut pada bucu meja..agaknya membawa kesan tak, pada baby kita.” Barulah Farhan teringat, plastic itu dia yang membuangkan kedalam bakul sampah dibawah meja makan rumah mereka tetapi tidak termsuk kedalam bakul sampah. Cadangnya dia hendak mencapai dan memasukkan kedalam bakul sampah tetapi ketika itu dia bagai terdengar  seperti telefon bimbitnya berbunyi…selepas dia melihat telefonya dia terus terlupa.

“Kalau ditenguk dari geraf denyutan jantung ni anak kita ok”.Farhan cuba menenangkan isterinya.

“Tadi doctor dah bagi satu dos untuk kuatkan paru-paru baby.”

“Memang dah nak bersalin ke?”Tanya Farhan lagi mencari kepastian.

“Kata dokor macam tulah..sebab pintu rahim dah terbuka dan kepala bayi pun dah masuk saluran peranakkan..bang kalau apa-apa terjadi pada anak kita Ha lah yang bersalah kerana tak berhati-hati.”

“Jangan fikir macam tu..mungkin dah memang tiba masanya  dia dah keluar, Ha terduduk tu hanya sebagai sebab sahaja, dah jangan fikir sangat ye, sekarang tenangkan hati. InsyaAlLah semuanya ok.” Farhan mengenggam tangan isterinya memberi semangat.

Farhan keluar dari bilik itu. Hatinya dibaluti dengan seribu penyesalan. Jika terjadi apa-apa yang buruk kepada bayi atau isterinya, dia tidak akan dapat memaafkan dirinya sendiri. Kerana asyik memikirkan massage dari Nur Saleha dia melakukan satu kecuian hingga isteri dan anaknya menerima padah.

Tidak lama penantianya selepas Zohor isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Tetapi bayinya agak kecil, berat bayinya hanya 1.85kg sahaja. Walaupun hati Farhan gembira kerana mendapat seorang anak perempuan yang sangat diharapkan, namun jauh disudut hatinya dia rasa bersalah teramat sangat. Dialah yang menyebabkan anaknya keluar cepat dari rahim ibunya.

Sepeninggalan Farhan rupanya Nur Saleha menghubungi Farhan melalui telefon bimbitnya yang ditinggalkan bersama Edlan. Ketika panggilan dari bahagian isterinya bertuagas ..dia tergesa-gesa pergi, tetefon bimbitnya masih ditangan Edlan. Kali pertama dan kedua Nur Saleha menghanatar massage, tetapi tidak dihiraukan oleh Edlan. Akhirnya dia menghubungi pula. Kerana tidak tahan.. Edlan cuba menjawab bagi pihak rakan baiknya.

'Farhan please answer me…please’ dua kali SMSnya tidak berjawab. Kali tiga dan empat kali pula  panggilan yang minta dijawab. Edlan terpaksa menjawab panggilan itu.

“Asalammualaikum..kenapa you macam nak mengelak dari I Farhan.” Bila talian bersambung terus sahaja dia bertanya..Dia tidak mahu membuang masa takut-takut Farhan akan memutuskan talian pula..sayu terdengar suara NurSaleha dihujung talian..meruntun meminta dikasihani.

“Waalaikumsalam..Farhan tak ada..dia ada kecemasan ditempat kerja isterinya.”

“You siapa??”

“I Edlan..Farhan tertinggal  handfon dia. “

“You jangan nak tipu ..I tahu dia ada kat situ.”

“Saleha I tak tipu..Farhan memang tak ada kat sini percayalah cakap I..tapi kalau you nak pesan I boleh tolong sampaikan.”

“Lan I minta tolong sangat-sangat pada you..tolong  pujukkan Farhan supaya terima I…I memang sayangkan dia.” Hanya itu sahaja caranya fikir Saleha..dia tahu hubungan Edlan dan Farhan sangat rapat.

“Sejak bila pula you sayangkan dia, setahu I kauorang tak pernah bertegur sapa masa kita belajar dulu.”

“Dia yang tak nak tegur I..I sebenarnya nak sangat tegur dia tapi..I nikan perempuan takkan I yang nak tegur dulu.”

“Saleha jangalah you nak memutar belit cerita..I tahu semuanya..Masa Su sampaikan hasrat hati Farhan pada you dulu..you kata hati you dah ada yang punya..you dah nak bertunang dengan sepupu you ketika tu, you kata lagi yang you  akan bernikah sebaik  habis sahaja you belajar.. Saleha sebenarnya I tahu masaalah you sekarang..tapi  you kena  sabar, itu dugaan Allah”.

“Lan..tolonglah..I tak sanggup hidup sorang…I tak manpu nak besarkan anak-anak I sendirian”.

“Saleha you tahukan Farhan dah ada keluarga dan isterinya sedang sarat mengandung..janganlah ganggu dia lagi..kesinkanlah dia. Dengan panggilan-panggilan dari you menyebabkan rumah tangga dia mula berkocak. You tau tak, dia sekarang tertekan sangat..mana isterinya yang dah sarat, isterinya tahu  panggilan dari  you untuk suaminya.. ini yang sangat mencabar hati seorang isterinya…tak kan you nak runtuhkan rumahtangga  dia. Rumah tangga dia bahagia selama ni.”

“You tuduh I punca rumah tanbgga Farhan bergolak ke Lan?”

“Macam tulah kiranya Saleha..you perempun tentu you pun tahu.. mana ada perempuan yang suka berkongsi suaminya dengan wanita lain”.

“Mungkin Farhan akan lebih bahagia kalau dengan I..bukan ke dulu dia sukakan  I.”

“Saleha.. Farhan hanya suka saja kat you macam Shahir dan Osman yang suka kat you.. tapi dengan isterinya ni mereka saling mencintai.. lagi pun mereka dah ada anak-anak..harap you faham Saleha. You carilah lelaki lain yang boleh bahagiakan you”.

“Entahlah Edlan kenapa I rasa, hanya dengan Farhan sahaja hidup I akan bahagia”.

“Walau apapun yang you rasa..cubalah fikir.. kalau you teruskan juga niat you,  Banyak jiwa yang akan menderita..isteri dan anak-anak Farhan.. anak Farhan akan menjadi empat orang tak lama lagi, tak kan kita sanggup menghancurkan kebahagian sahabat kita sendiri. Fikirkan lah...I sebetulnya kesian dengan Farhan, dia baru nak bahagia dia baru nak mulakan hidup berumahtangga. Tak macam you habis belajar you dah bahagia dengan husband you yang kacak dan berkerjaya. I tahu dulu betapa bangga dan bahagianya you dapat husband you tukan, lelaki lain yang suka kat you pun you tak pandang”.

“Dapat yang kacak dan berkerjaya bukan menjanjikan bahagia Edlan.. sekarang tenguklah I dah diceraikan, anak I dah jauh dari kasih sayang ayahnya”.

“Kalau you berfikir panjang dulu sekurang-kurangnya  you masih ada husband walaupun terpaksa berkongsi.” Dari cakap-cakap orang..Edlan tahu Saleha lah yang beria-ia mahu diceraikan bila mengetahui suaminya  bernikah dengan bekas kekasih lamanya ketika dia menuntut diluar Negara dahulu.

“Masa tu hati I sakit sangat..I dah tak boleh nak berfikir”.

“Mungkin begitu juga isteri Farhan..you fikirlah jika you teruskan niat you mungkin rumahtangga Farhan juga akan berkecai..I jamin isterinya tidak akan mahu dimadu seperti you juga. Jadi sebelum isteri Farhan jadi macam you..kita sahabatnya  tolonglah dia selamatkan rumahtangganya dan selamatkan nasib anak-anaknya.”

p/s: Penglaman Fatin bersalin tak cukup bulan ni penglaman adik mak teh,
dia jtuh terduduk kerana anknya tersepak pelipat kakinya. Penglaman NurJannah bersalin tak cukup bulan pula penglaman mak teh sendiri...masa tu makteh  tiba2 rasa sakit mencucuk-cucuk dibhgian perut..pergi hspital dktor kata pintu rahim dah terbuka. Mak teh dapat bayi lelaki dng berat 1.85kg pd kandungan mak teh 32 minggu. Skrang anak tu dah berusia 21 tahun...bakal menjadi guru Pendidikan Ugama Islam.


No comments:

Post a Comment