Dah habis semua baju-baju you, you ambil”.
“Kalau nak ambil semua mau tak muat
kereta Tengku ni. Saya ambil mana yang
masih cantik lagi, buat ganti-ganti pergi kerja nanti”.
“Habis yang lain tu?”.
“Saya dah tinggalkan nota..kalau suka
boleh ambil, tak suka boleh buangkan sahaja semua baju-baju tu”.
“You tak sayang ke? Kalau you nak
ambil lagi boleh kita berpatah balik ambil sikit lagi”.
“Tak perlulah, dah ada sikit tu pun
jadilah. Saja nak ambil untuk kenangan saya dengan mama saya.”
“Emm..I tenguk rumah nenek you tu
besar juga”.
“Memang besar, rumah lamakan.. kata
mama rumah tu rumah peninggalan nenek dia ertinya moyang saya. Selepas nenek
dan mama meninggal, saya duduk sorang kat rumah tu”.
“Berani juga you duduk sorang dalam rumah yang besar macam
tu.”.
“Berani tak berani kena berani lah. Masa
tu saya memang terpaksa berani. Saya dah takada sesiapa lagi..harap diri
sendiri sahaja. Masa tu lah saya menlancar surah Yassin, Tengku. Itulah
keperitan,tetpi keperitan tu dapat saya memajukan diri saya. Lepas mama meninggal saya terdengar, along
minta izin ibunya nak ambil saya menjadi isteri, sebab dia kesian tenguk saya
duduk sorang. Masa tulah saya dengar
ketegasan mak long tak mahu saya jadi menantunya”.
“Macam mana Hidayah boleh dengar mak
long cakap macam tu”.
“Masa tu mama dah meninggal saya dah
habis final exam, saya nak isi boring SPA dan JPA dalam Internet jadi saya pun
pergilah rumah mak long, kebetulan lagi seminggu dia dah nak naik kapal semula.
Berlum sampai rumah mak long saya dengan dalam rumah mak long macam bunyi orang
bertengkar. Saya ni jahat suka sibuk hal orang .. saya menelinga dan itulah
yang saya dengar. Kesempatan along pergi
kerja sebulan, masa tu mak long suruh saya keluar dari rumah tu. Mahu tak mahu
saya terpaksa keluar.Bermula dari situ saya memang seorang kat dunia ni. Tiada
waris tiada saudara tempat nak bersama masa susah. Tapi dengan ujian itu saya
boleh berdikari.” Oh kesihanya darah daging ku yang lahir tak dimaknakan oleh
keluarga termasuk dirinya sendiri.
“.Hidayah pergi mana lepas tu?.”Makin
berminat Tengku Faris menyelusuri kisah darah dagingnya sedari kecil.
“Di Malaysia ni hanya satu tempat
sahaja yang saya dah biasa sangat.Dari saya TADIKA hingga saya di tingkatan
satu saya dah duduk disitu.”
“Kat mana tu..”
“Seremban…mama kerja diSeremban
sebelum dia pergi ke Arab Saudi.Saya pergi Seremban rumah sewa lama kami.”
“masa you kecik you tak duduk kampong
mama you ke? Habis bila mama kerja you duduk dengan siapa?ada orang tolong jaga
you ke?”.
“Sejak saya masuk tadika saya dah
duduk dengan mama rasanya umur saya 6 tahun. Nenek tak mahu jaga saya kerana
status saya.Nenek tak nak bela saya, dia kata susah dia nak bercampur dengan
masyarakat kampong bila saya ada. Kalau saya diabawa ketempat keramaian tentu
ada orang bertanya saya anak siapa..bila disebuat anak Syarifah Jamilah nanti
orang akan bertanya balik anak nenek yang bernama Syarifah Jamilah kan belum
bernikah. Kalau orang dah ditanya nak kena jawab tapi dia malu nak jawab, malu
pada kenyataan yang cucunya lahir tiada ayah. Itulah delima nenek bila saya
ada.. Jadi dia suruh mama bela sendiri anak luar nikah dia.
…Tapi bila saya duduk dengan mama, tak
ada pula orang nak kan mama..sebab bila orang suka, mama akan berterus terang dia pernah lahirkan
anak luar nikah. Kalau pun ada orang boleh terima keadaan dia, tapi selalunya
keluarga dia pula yang tak boleh nak terima. Kadang-kadang saya terfikir saya
lahir menyusah kan mama..Ohh..saya beremosi pula. Haa sejak itulah saya dah
diajar duduk sendiri. Mama ajar..balik sekolah makan makanan yang dah mama
sediakan, kemudian habis kan kerja sekolah.”
“Kenapa you pergi rumah sewa lama mama
you. Ada orang yang you kenal ke kat
situ, yang you harap boleh tolong you.”. Dalam hati Tengku Faris rasa sangat
bersalah pada wanita yang melahirkan dan dilahirkan kerana perbuatanseronok dirinya.
“Saya ingat dua baris belakang rumah
sewa kami dulu,ada jiran kami yang
menjalankan perhidmatan katering dan sentiasa memerluka pekerja..saya pergi
situ untuk minta kerja dengan mak cik
tu. Alhamdullilah mak cik tu terima saya kerja dengan senang hati. Dia pun
masih ingat saya, dia ingat saya sebab dulu mama ada tolong arwah emaknya yang kena angina ahmar. Saya bekerja dengan
dia hamper dua tahun”.
“Banyak gaji yang dia bagi”.
“Banyak mana lagi seorang pramusaji.
Kebanyakkan pekerjanya budak-budak yang sedang tunggu peperiksaan SPM. Bekerja hanya cari duit suka-suka sahaja atau cari
duit poket sendiri. Tak macam saya, saya kerja sebab nak menyambung kehidupan,
saya tak boleh nak harap duit simpanan mama, duit tu sayaakan gunakkan kalau saya terdesak sahaja”.
“Hidayah! You kan ada ijazah kenapa
tak memohon kerja dengan kelulusan yang ada, kalau kerja dengan ijazah yang you
ada, tentu you dapat gaji yang berbaloi dengan tenaga yang you berikan.”.
“Masa tu baru sebulan saya habis final
exam, belum grad lagi. Tapi ialah lepas grad saya memohon macam-macam kerja pun tak dapat juga. Masa tu
saya tak boleh nak memilih kerja sangat , saya tak fikirkan gaji setimpal ke tidak dengan kelulusan
saya..janji ada tempat tinggal, makan dan duit sikit pun dah memadai. Lagi pun
kerja catering ok juga, sebab bab makan
dah tak payah fikir, kita hanya cari duit untuk sewa bilik sahaja.”
“Oh you sewa bilik bukan rumah. You
sewa bilik ramai-ramai ke?”.
“Tak juga, kebayakkan kawan-kawan saya
orang dekat-dekat situ sahaja, mereka duduk dengan keluarga.Saya seorang yang
menyewa bilik.”
“Tapi duduk kat rumah orang kan bahaya”.
“Takk..jiran sebelah rumah saya yang
menenguk-negukkan saya dulu yang carikan bilik rumah pasangan warga emas.Dah
rezeki saya, anak-anak warga emas tu semua dah duduk rumah asing jadi adalah
bilik kosong untuk disewa. Alhamdullilah kedatangan saya pun dialu- alukan,
kerana mereka nak jadikan saya ni kawan. Kalau tak mereka duduk berdua sahaja.
Hanya dihujung minggu rumah dia dikunjungi oleh anak-anaknya yang dah ada
kehidupan sendiri..selain dapat kawan, mereka dapat juga tempias rezeki
makanan”.
“Tempias rezeki makanan yang macam
mana tu?”
“Biasanya bos katering saya tu,kalau makanan tak habis dia bagi pada
semua para pekerjanya. Saya ambillah bagi kat pasangan yang saya tumpang bilik
tu..Ialah kita duduk tumpang rumah orang, kena pandai mencari apa yang mereka
suka..betul tak. Mama yang ajar macam tu, kalau kitaberbuat baik akan dibalas
baik itu pesan mama.”.Ada segaris senyum tersungging dibibir Hidayah, mungkin
dia terkenang pada arwah mamanya. Tengku Faris bersyukur anak gadisnya pandai
membawa diri. Namun hatinya terhiris mengenangkan anaknya yang terhimpit dengan
kesusahan hidup, sedari kecil diajar berdikari. Sedangkan dirinya duitnya
ditabur-tabur di kelab malam dan pusat hiburan, malah sudah menjadi kebiasaan
duitnya akan dikebas oleh perempuan yang menjadi teman tidurnya.
“Macam mana boleh Hidayah kerja kat
hotel daddy”.Tengku Faris bertanya lagi bila terasa cerita Nur Hidayah menjerut
tangkai hatinya.
“Suatu hari syarikat catering tu
mengambil tempahan kenduri kahwin di Seremban 2.Tak sangka pula rumah itu rumah
saudara sebelah suami mak long saya. Saya terjumpa dengan mak long dan semua anak-anaknya yang
memenuhi undangan mereka. Mungkin dari pertemuan yang tidak disangka-sangka itu
along bertegas mahu mengambil saya
sebagai isteri. Sebab tiga hari selepas pertemuan itu mak long datang menemui
saya. mak long memang bersungguh nak saya keluar cari kerja lain yang jauh dari
Seremban. Memang mak long menentang kehendak anak sulongnya.”.
“Dayah!mak long minta tolong
sangt-sangat..tolong pergi cari kerja lain..pergi jauh sikit dari Seremban ni. Mak
long tahu bulan depan kalau along balik dia akan cari Hidayah lagi..tolong
Dayah”.
“Mak lonnng Dayah nak pergi
mana..Dayah takada kawan mak long..nak cari kerja bukan nya senang. Kerja kat
sini Dayah tak kacau sesiapa pun”.Nur Hidayah buat muka sayu sambil
merayu.Walau pun dia buat muka kasihan namun tidak laku di mata Syarifah
Aminah.
“Memang kamu tak kacau sesiapa
pun..tapi along ..along akan cari kamu itu yang dia cakap dengan mak long. Dia nak ajak kamu kawin, lepas kamu berdua nikah dia nak ajak kamu
duduk kat Labuan atau pun Kota Kinabalu supaya kamu berdua tak dijumpai oleh
orang yang kenal kamu kat sini.”.
“Dayah tak pernah minta along kahwin
dengan Dayah mak long, Dayah anggap along tu abang Dayah.. mana boleh kahwin”.
“Tak!!mak long tak percaya. Kamu kalau
dipujuk-pujuk dek along nanti lama-lama kamu akan ikut juga. Ingat Dayah walau
apa pun alasannya, walau pun sampai mak long dalam tanah sekali pun, mak long
tak restu Dayah jadi isteri along. Ni mak long bagi Dayah duit..mak long rasa
cukup lima ribu ringgit ni untuk sampai Dayah dapat kerja lain nanti. Dayah
pergi lah kuala Lumpur, kat sana tentu banyak kerja. Hanya satu mak long pesan
jangan jual diri..jaga maruah diri. Dayah jaga maruah diri Dayah bukan untuk
orang lain tapi untuk Dayah sendiri. Jadikan Dayah dan mama Dayah sebagai contoh. Orang kalau nak ambil kita jadi
isteri mesti yang SUCI ingat pesan mak long, Dayah.”.
“You ambil duit yang mak long bagi
tu”.
“Ambillah, dia dah bagi. Biarlah dia
bayar harga cinta anaknya hanya lima ribu ringgit sahaja, saya tak kisah. Tapi
duit tu memang bermenefaatkan pada saya
ketika itu. Saya menampung kehidupan
saya dengan duit tu. Saya tak usik pun duit simpanan mama.”.
“Banyak ke duit simpanan mama”. Pada
Tengku Faris duit lima ribu tidak banyak mana..padanya duit sebanyak itu boleh
dihabiskan dalam masa sehari sahaja.
“Saya bayar
separuh dari harga aparment yang
saya duduk dengan duit simpanan mama, kalau tidak saya tak dapat buat pinjaman
dibank. Dan saya bersyukur sangat, saya ambil duit yang mak long bagi. Dengan duit
itu saya menampung permulaan kehidupan saya diKuala Lumpur. Kalau nak ikutkan
ego saya, saya memang tak nak ambil masa dia bagi tu.”.
“Berapa ribu harga apartment you tu”.
“RM150,000.00 ribu”.
“Taklah mahal sangat..masih ada lagi
rumah harga macam tu kat Kuala Lumpur ye”.
‘Tak mahal dia kata sebab keluarga
dia kaya..kereta Volkwasegen Jetta tu
dia cakap sahaja terus daddy dia belikan entah-entah bayar tunai’ detik
hati Nur Hidayah.
“Rumah tak sebesar mana Tengku. Saya
tak kisah janji ada tempat berlindung cukuplah.”.
“Banyak lagi yang Hidayah perlu bayar
untuk rumah tu. Nak bayar duit kereta lagi cukup ke gaji Hidayah selama ni”.
Tengku Faris berfikiran begitu kerana sepanjang dia megenali Nur Hidayah, gadis
itu sentiasa berpuasa tentu dia berjimat cermat kerana mahu membayar hutang
rumah dan hutang kereta.
“Tengku jangan bimbang, sejak saya
menjadi PA Tengku Farid dato’ bayar gaji saya dua kali ganda. Satu gaji untuk
PA dan satu lagi gaji untuk kerja-kertja akautan.. Untuk pengetahuan Tengku
kereta Kelisa tu dah habis bayaranya. Lagipun kerta tu kereta scondhand. Kereta
tu dulu along yang punya, tapi mama ambil dan bayar penuh dengan along, sebab
along nak pakai duit ketika tu”. Syarifah Jamilah membeli kereta anak saudaranya Syed Borhan. Kebetulan ketika itu
Syed Borhan sangat memerlukan duit yang banyak untuk dia melepaskan jawatan
juruteranya dalam masa 24 jam, untuk dia menerima jawatannya yang sekarang ini.
“Ohh..Hidayah! Memang you ada kenalan
diKuala Lumpur ni”.
Dalam
pada berbual akhirnya perjalanan mereka dari Jelebu ke Port Diksin sampai.
Ketika kereta dipakir mereka sudah mendengar laungan azan zohor dari masjid
berdekatan. Terus sahaja Nur Hidayah mengajak Tengku Faris kemasjid.
“Tengku
jom kita kemasjid. Dah zohor ni”.
“Kita
chek in dulu lah”.
“Kita
solat dululah nanti lepas zohor kita chek inlah” Tengku Faris mengikuti
cadangan Nur Hidayah.
Selelsai
solat mereka bertemu di kereta. Ketika Tengku Faris sampai dikeretanya
kelihatan Nur Hidayah sudah menunggu.
“Memang
selalu you solat kat misjid Hidayah”. Sambil membuka pintu kereta sambil Tenku
Faris betanya, Niat dihatinya dia ingin menegenali NurHidayah secara mendalam.
“In
Syaa Allah kalau ada kesempatan saya suka solat kat misjid. Salat kat masjid
banyak kelebihannya Tengku. Allah dah janji beri pahala 27 kali ganda dari kita
solat kat rumah. Apatah lagi kalau kita solat sorang-sorang kat rumah. Kemudian
Allah akan mengampunkan orang yang solat berjemaah atau solat di masjid…..
1.Sesungguhnya
amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.
2.Solat
berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.
“Adakah
engkau mendengar laungan azan?” Lelaki buta itu menjawab, “Ya.” Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam kemudiannya berkata, “Kalau begitu, penuhilah
panggilan itu (solat secara berjemaah).”
Demi
Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh
para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah.
Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku
tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti
solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.”
“Sesiapa
yang berwuduk untuk solat, lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia terus
berjalan untuk mendirikan solat fardu, lalu dia pun menunaikannya bersama orang
lain atau secara berjemaah atau di masjid nescaya Allah akan mengampunkan
dosa-dosanya.”
Sesungguhnya
solat lelaki yang dilakukan bersama seorang lelaki yang lain lebih afdal (di
sisi Allah) daripada solatnya secara bersendirian. (Begitu juga) solatnya
bersama dua orang lelaki lebih afdal (di sisi Allah) daripada solat yang
dilakukan bersama seorang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan ahli jemaah
maka ia semakin disukai di sisi Allah.”
(yg diatas mak teh petik sikit-sikt
kat mr. google)
Tengku
Faris menyewa sebuah chalet dua bilik di pantai Port
Dickson. Setelah makan tenghahhari Nur Hidayah
membawa beg pakaianya dan album gambar arwah mamanya yang diambil dari rumah
arwah neneknya tadi kedalam chalet. Dia ingin melihat gambar-gambarnya dan
arwah mamanya.Ketika Tengku Faris mahu mengangkat kotak yang berisis baju lamanya Nur Hidayah
melarangnya.
“Kotak yang tu tak payah angkat
Tengku, isinya hanya dua tiga helai kain batik arwah mama dan baju lama saya
sahaja. Saya nak bawa album ni sahaja nak tunjuk pada Tengku gambar lama saya”.
Wajah Nur Hidayah kelihatan ceria..sememangnya dia rasa gembira bila dirasakan
dia mempunyai seorang ayah. Dia sememangnya mendambakan kasih sayang seorang
ayah.
“Tengku kita nak duduk satu bilik ke
Tengku?”. Tanya Nur Hidayah meminta kepastian.
“Hidayah, I tak mampu nak melaksanakan
tanggung jawab I sebagai suami..bila I tahu you anak I. Lagi pun hubungan suami
isteri ni jangan dicuba walaupun sekali pun, tak kira lelaki atau pun
perempuan..sebab kalau dah pernah melakukan walau hanya sekali naluri kita akan
meminta. Itu sebabnya kalau dah sekali melakukan dia akan melakukannya lagi. Papa hidup tak lama, papa tak mahu anak papa
menderita. Setelah dengar apa yang Hidayah cerita, papa takut tak ada orang
yang sudi ambil anak papa sebagai isteri. Papa tak mampu nak bayangkan macam
mana Hidayah nak menempuhi kehidupan dengan naluri isteri yang tandus kasih
seorang suami. Jadi papa harap jangan anggap papa suami Hidayah, anggaplah papa
ni papa Dayah. Kita anak beranak Hidayah”. Sambil mengucapkan kata-katanya air
mata Tengku Faris laju terjun dari tubir matanya. Entah mengapa sejak dia
mengenali Nur Hidayah air matanya bergitu mudah untuk keluar. Mungkin air mata
itu terbit dari rasa kesal dan rasa insaf.
“Terima kasih Tengku. Saya reda dan saya
rela jika itu kemahuan Tengku. Saya pun rasa nak jadi anak Tengku sahaja. Ok
Tengku nak bilik yang mana?”.Nur Hidayah tidak mahu mendera perasaan Tengku
Faris, dia menyuruh Tengku Faris memilih bilik untuk memesongkan rasa sedeh
mereka berdua. Setelah memilih bilik, mereka duduk diruang tamu sambil melihat
gambar-gambar lama.
“Ni gambar saya masa bayi, mama kata berat
masa saya lahir 3 kg. Kata mama biar pun mama tak lalu makan masa mengadungkan
saya, tapi bila lahir saya tetap berat juga. Kesian mama..saya dah makan semua
zat dalam badan dia. Sampai saya besar mama tetap kurus.” He..he terserlah
kecerian diwajah Nur Hidayah bila menceritakan kisah dia dan mamanya.
Tengku Faris meneliti gambar Nur
Hidayah ketika bayi nampak comel. Dia dipangku oleh seorang wanita dan dia mengenali
wanita itu..Syarifah Jamilah. Makin yakin Tengku Faris Hidayah adalah anaknya
bersama Syarifah Jamilah. Ada rasa kesal
muncul disudut hatinya. Dia kehilangan nikmat bahagia menjadi papa pada
anak-anaknya. Nikmat bangga kerana menjadi seorang lelaki yang bergelar papa. Dia
kehilangan nikmat melihat pembesaran anak-anak didepan mata. Ketika Kelahiran
Tengku Farid juga dia tidak merasakan apa-apa..Entahlah kenapa dia tidak pernah
terasa mahu memaknakan kehadiran anak-anaknya. Dia dibuta dan ditulikan dengan
rasa mahu berhibur sahaja. Rasa kesal yang bergayut dihatinya tak mampu untuk
dihapuskan. Nur Hidayah bercerita lagi tentang gambar berikutnya.
“Yang ni masa saya tadika. Ni masa konvo tahun akhir saya kat
tadika. Mama masa ni dah kerja jadi jururawat kat Seremban. Masih saya ingat
lagi mama cerita dia bergaduh dengan supervisor dia nak cuti, sebab nak
menghadiri majlis konvo saya, akhirnya dia hanya dibenarkan bertukar syif
sahaja. Dia diarahkan kerja syif malam.Tapi mama kata dia itu lebih baik dari
tak dapat langsdung melihat saya diatas pentas bercerita.
... Mama kata di TADIKA lagi saya dah
pandai baca buku cerita, ha ni gambar ni saya tengah bercerita atas pentaslah
ni..tapi yang sebetulnya saya tak ingat sangat masa sekolah tadika”. Syarifah
Jamilah sudah bertundung berdiri
disebelah Nur Hidayah dengan senyuman cerianya. Mana tak ceria anak mereka
bijak. Sekali lagi perasaannya rugi mengguris hati Tengku Faris. Dia merasa
rugi kerana tidak dapat menikmati rasa bangga dikurnikan anak yang bijak. Dia
tidak dapat menunjuk-nunjuk diatas kebijakkan anak-anaknya kepada
kawan-kawanya. Dulu dia akan menunjuk riak bangga bila dapat menakluki seorang
wanita cantik yang menjadi rebutan jantan-jantan.
“Ni penyampaian hadiah masa saya dapat
5A dalam UPSR. Dengan keputusan itu membolehkan saya masuk sekolah Ugama
berasrama di Seremban. Masa tu saya dah duduk asrama. Bila hari Sabtu dan Ahad
sahaja mama bawa saya duduk dengan dia dirumah sewa. Rindunya saya dengan
mama”. Tiba-tiba Nur Hidayah mendakap album gambar dan memeluknya erat. Kemudian
dia meneruskan penceritaannya.
Sangat terharu dengan kisah Hidayah ni.
ReplyDeleteTuhan maha kaya... benarlah kata pujangga... Iman tak diwarisi...Walaupun Tg Faris buta hati dalam menegakkan sebuah keimanan di hati.. Hidayah seorang yang sangat patuh dengan keimananya kepada Allah.... walaupun dia hanyalah hasil sosial mama n papanya.. Huih.. terharunya...
ReplyDeleteSayu pulak bila membayangkan Nur Hidayah bercerita. Rindu pada yang telah pergi. Bagi Tgku Faris pulak dah jadi 'tidak terkikis kesal dihati'... :)
ReplyDelete