Cerita mungkin tersangkut-sangkut..belum
habis lagi tapi mak teh dah teruja nak post. Ceritanya rasa macam keterlaluan.
Mak teh rasa kehidupan yang mak teh cerita kat bawah ni tak ada dialam reality kan..harap
sudi baca sebagai satu cerita sahaja.
Dengan keyataan itu menjadikan hati Tengku
Faris hangat. Bila hati dah panas suaranya menjadi tinggi. Api perbalahan sudah
memercik ke pasangan suami isteri yang dulunya sehati sejiwa sama haluan. Rasa sungguh tercabar bila kenyataan terbentang
didepan mata. Dan akhirnya pertengkaran
yang membawa natijah perpisahan. Pada mulanya dia hanya ingin merungkai
persoalan dan tanda tanya yang berkampung didalam hatinya sahaja. Tidak terfikir hingga menjadi perpisahan pula.
Rupanya kasih sayang yang disulam selama
lima tahun tidak cukup kuat untuk menyimpul hati mereka hingga kehujung nyawa,
buktinya kini mereka sudah menjadi orang
lain selepas talak dijatuhkan………..
Malam itu sengaja dia tidak keluar berhibur. Habis
waktu bekerja dia menunggu isterinya dirumah. Hatinya bagai digaru mahu tahu
apakah yang menyebabkan tingkah isterinya berubah. Masuk sahaja isterinya
keruang tamu, itu yang ditanya oleh suaminya. Katerina terkejut dengan sergahan
dan pertanyaan yang bertubi-tubi dari
suaminya. Suaminya yang duduk disofa yang agak terlindung dari padangan
matanya. Dia hairan mengapa suaminya dirumah waktu itu, selalunya selepas waktu
bekerja suaminya akan terus bertemu kawan-kawan minum atau makan-makan kemudian
mereka akan terus kekelab malam.. Soalan suaminya tidak dijawab dia pula yang
bertanya kembali. Hasratnya tadi dia hanya pulang untuk mengambil barangan
peribadi. Maklumlah kononnya dia sedang merajuk kepada sang suami itulah sebab
nya dia tidak pulang kerumah tiga empat hari..
“Ehh you tak keluar malam ni?”
Sudah dua bulan Tengku Faris
menyedari tingkah isterinya bagai mahu melarikan diri darinya. Mengapa agaknya.
Sudah lama dia mahu bertanya tetapi dia juga sibuk..sibuk dengan ajenda menghiburkan
dirinya sendiri. Pertanyaan di
hatinya menggasak ingin tahu namun tiada siapa yang mampu memberi tahu. Akhirnya dia mengambil keputusan. Dia sendiri mahu
menjalankan siasatan dari hati kehati dengan isterinya, mengapa dan kenapa tingkah isterinya berubah. Habis waktu bekerja, dia menunggu isterinya dirumah.Malam itu sengaja dia
tidak keluar berhibur.
Tercongol sahaja dirinya
diruang tamu itu yang keluar dari bibir suaminya. Yang sebenarnya cara khidupan mereka sama, ajenda menghibur diri satu kemestian. Dia akan mengikuti
kemana sahaja suaminya pergi. Hanya sekarang, sejak dia bertemu semula kekasih
lamanya dia sudah membawa haluanya sendiri. Baginya perkahwinan mereka sudah mahu
mencecah usia lima tahu sudah terasa kehambaranya. Kehidupan mereka sama sahaja
setiap hari. Perasaan jemu sudah mula bertandang dalam diri bila setiap hari hanya memendang
wajah yang sama dan aktiviti yang sama. Adakah semua orang begitu. Tetapi hairanya ada pula orang berkata.. makin
lama usia perkhawinan rasa sayang makin kukuh didalam hati??. Itu sebabnya ada
orang bermadah aku kutunggu dipintu syurga. Ialah rasa tak puas hidup bersama
didunia, diakhirt pun mereka nak bersama- sama juga.
Sudah
dua bulan haluan hidup Katerina berbeza dengan Tengku Faris dan dia sangat
bahagia. Malamnya sentiasa penuh dengan keterujaan. Layanan istimewa kekasih
lama yang membuat dirinya bersemangat dan mahu sentiasa bersama lelaki yang
bernama Gorge. Dia pulang kerumah selain mahu mengambil barangan peribadinya,
dia juga mahu menguji rasa bahagianya dimana. Nyatalah hatinya sudah memutuskan
bahagianya hanya bila dia bersama Gorge sang kekasih dan bukanya Tengku Faris suaminya yang sah.
Bila dia disapa begitu terus sahaja dia meluahkan apa yang ada terkandung dihatinya. Dia tidak boleh bertangguh jika dia bertangguh
mungkin bahagia yang mahu digapai akan pergi menjauh dari dirinya.
“Kat!
kenapa sejak akhir-akir ni perangai you dah berubah. Kalau kita bertengkar
sikit ..you akan tinggalkan I.. Kenapa??
Ni dah nak masuk hari keenam you menghilang..you pergi mana?.. you tidur kat mana?”.
“I
rasa.. I biasa sahaja. I ada kat tempat biasa kita lepak. I suka lepak
sorang-sorang sambil nak sejukkan hati.”
“Apa
yang nak dipanaskan..kita bukan tak pernah bertengkar. Bertengkar sikit-sikit
adatlah..itu semua untuk mematangkan sebuah rumah tangga”.
“You
memang macam tu..pertengkaran pada you satu kebiasaan. Jadi biarkanlah I sendiri. You pun bukan
kisah I ada ke, I tak ada ke."
“Siapa
kata I tak kisah. You sangat bermakna dalam hidup I”..
“Elleh..you
kalau sebulan pun I tinggalkan you, you tak rasa apa pun kan, ramai lagi
perempuan yang boleh hiburkan hati you. I rasa.. you tak pernah merasa kehilangan
I, kalau I tinggalkan you hanya setakat empat lima hari macam ni”. Entahlah cara kehidupan yang sebebasnya memilih pasangan menari atau
bertepuk tampar..walaupun mereka ditempat yang sama. ‘Jangan ada rasa cemburu’
itulah perjanjian mereka sebelum mereka mengikat diri mereka dengan
ikatan perkahwinan.
“Siapa
kata..you isteri I, wanita yang sebebasnya kalau I nak bersama you bila-bila
masa pun..tak seperti mereka, kalau mereka rela baru boleh, itu
bezanya antara mereka dengan you”.
“Apa
tujuan you nikah dengan I..adakah hanya untuk seronok sahaja….”
“Kat
I kahwin dengan you supaya kita boleh berkongsi suka duka, kongsi rasa bahagia..kongsi
rasa seronok sama. You pula apa tujuan you terima dan bersetuju nikah dengan I,
sampai you sanggup tukar ugama.”.
“Sama
macam you berkongsi rasa”.
”Tapi
kenapa sekarang you berubah..kenapa?”.
“I
macam biasa sahaja lah Faris…” Tidak sempat ayatnya dihabiskan, suaminya sudah
memintas kaka-katanya.
“You
jangan nak bohong, you bukan seperti biasa.. I sangat merasa perubahan pada diri you.You seakan menjarakkan diri you
pada I, sejak dua bulan ni. Dulu masa kita baru kahwin you
tak macam ni..bertengkar macam mana pun you tak pernah tinggalkan I. Ni hanya
sedikit kesalahan I, you tinggalkan I berhari-hari.You kata you lepak tempat
biasa kita lepak, I kesana cari you tapi
you tak ada. I tanya semua kawan-kawan kita, mereka pun tak tahu you kat mana.
You memang tak pergi sana kan, sebab
mereka semua tak nampak kelibat you sudah lama. Cuba terus terang pada I, you
kemana..” Memang benar Katerina tidak ketempat biasa mereka melepak. Sehabis
waktu bekerja dia akan kekediaman sang kekasih dan berkubang didalam bilik,
mengulangi zaman manisnya cinta mereka. Pada Katerina jika Tengku Faris boleh
buat mengapa pula dia tidak boleh. Suara Tengku Faris sudah mula
tinggi..amarahnya dalam hati sudah menyerbu kekepala bila merasakan isteri mahu
menyorok isi hatinya.
“Kan
I dah cakap I nak menyejukkan hati I ni. Hati I yang berbahang bila melihat
keintiman you dengan Amanda. Bukan setakat peluk di kelab..you angkut dia masuk
bilik”.
“Bukan
tak pernah I buat macam tu. Bukan pada Amanda sahaja yang pernah I bawa dia
kebilik..Sofi, Ane, Marsha mereka semua pernah jadi teman tidur I, bukan you
tak tahu. I tak pernah nak sorok dari you mereka semua. Lagi pun apa yang you
nak kisah kan walaupun apa yang I buat pada mereka..cinta I hanya pada you
seorang. Kat! I hairan sangat kenapa baru sekarang you nak cemburu, you
sekarang memang dah berubah..you sekarang bagai mahu menyekat kebebasan I. I
rasa you macam nak jadi ‘queen control
‘..Kenapa??, you bukan tak tahu I tak suka di queen control”.
“Perempuan
mana yang tak cemburu bila nampak boyfrend dia dengan wanita lain..berseronok
dengan wanita lain. Itu baru boyfrend..Apatah lagi suami..you tu suami I.”.
“Tapi
I tak halang kalau you nak mencari keseronokkan dengan orang lain juga. Kan
kita dah janji.. I boleh menari dan minum dengan sesiapa sahaja yang I suka dan
you juga. I merasa ada perkara lain yang you sorok dari I. You sorok perasaaan
you dari I. You berubah bukan sebab I bersama Amanda..Cakaplah terus terang
Kat. You jangan nak mendera perasaan I, tercari-cari salah I yang menyebabkan you berubah”.
“Janji
kita dulu hanya you boleh menari, minum dan bergelak ketawa sahaja dengan
mereka ..bukan ketempat tidur.”
“Ialah..tapi
kalau I dah mabuk I tak sedar Kat..mungkin bukan I yang tarik masuk
bilik..diaorang yang tarik I, I memang tak sedar masa tu..masa I mabuk I tak
tahu apa yang I buat Kat”.
“Emm entahlah Faris..tapi I dah mula jemu
hidup dengan you.. Sekarang I nak cakap,
ini pun sebab you dah tanya I..jadi lebih baik I berterus terang dengan you”.
Katerina takut-takut duduk disofa dihadapan suaminya yang berwajah agak tegang.
Tetapi dia nekad kalau dia dipukul atau diapa-apakan oleh suaminya lagi senang
kerjanya, perbuatan suaminya akan dapat dijadikan alasan untuk meleraikan ikatan
perkahwinan mereka tapi kena tahan sakitlah sikit. Jika di bawa ke pengadilan
tentu sahaja apa yang dihajatinya berpihak kepadanya.
Janji mereka ..mereka bebas memilih teman berbual, teman menari dan teman
terbahak-bahak. Kerana mereka tahu cinta sejati mereka adalah milik mereka berdua. Balik nanti mereka bersama semula sebagai suamiiasteri. Hanya
sekarang sejak dia bertemu semula kekasih lamanya, dia sudah membawa haluanya
sendiri. Dan kini dia pasti suaminya sudah tidak memberi sebarang rasa pada
dirinya. Debaran rasa cinta sudah tiada. Rasa teruja dan rasa gembira bila
mereka berjumpa sudah tiada. Jadi untuk apa mereka bersama lagi jika semuanya
sudah tidak berasa.
“Faris!!
Memang I bercadang nak minta cerai dari you…kita harus menamatkan perkahwinan
kita. I tak sanggup untuk hidup disisi you lagi. You perasan tak makin lama
kita bersama..kita makin tak memahami antara satu sama lain. Hidup kita pun tak
seaman dulu lagi, pantang jumpa ada sahaja yang boleh buatkan kita bertekak
macam ni. Hampir seminggu kita tak jumpa macam inikah cara kita berkominikasi.”.
“You
yang cari gaduh dengan I”
“Memang
I yang cari gaduh tapi tahu tak kenapa sikap I jadi macam ni. I dah tak dapat membendung rasa sakit hati I
ni. Faris! I nak terus terang dengan you, sekarang I tak mampu nak ‘share’ you
dengan wanita lain..semua wanita yang you jumpa, bebas you peluk..walaupun I
ada kat sebelah you..I rasa macam I tak bermakna pada you. Itu yang I rasa
sekarang”.
“Kat bukan kah itu sememangnya kehidupan kita dari
dulu.. dari kita mula berkenalan dan berjodoh. Kita bertemu pun dikelab malam. Memang sejak dulu perangai I
macam ni. I hairan lah, dulu you tak
pula cemburu kalau nampak I peluk wanita lain. Kenapa you nak mempertikainya
sekarang..kenapa you nak cemburu pula sekarang”.
“Mungkin
sebab usia I yang dah meningkat, I rasa tergugat bila disisi you.Untuk
pengetahuann you sekarang I dah tak
mampu melihat tingkah laku you.. Kalau you nak teruskan cara kehidupan you, you
teruskanlah..SEORANG. I minta dengan baik LEPASKAN I. Lagi pun sekarang I dah jumpa balik kekasih
I yang dulu… Gorge… you ingatkan Gorge. Sebelum kita nikah dulu I ada ceritakan
tentang dia pada you.”. Bila tersebut sahaja nama kekasih lamanya wajah dan
suara Katerina bertukar ceria. Lain pula keadaan Faris melihat keceriaan
diwajah isterinya..
“Bila
you jumpa dia”.Wajah Faris yang tadinya tegang menjadi bertambah tegang dan
suaranya menjadi garang.
“Tiga
bulan lepas tapi baru dua bulan ni kami mula intim. Dia yang cari I. Dia yang
nak kami bersama semula. Dia kata dia tak rasa bahagia dengan perempuan lain,
bahagia dia hanya ada pada I katanya. Jadi kami nak bersama semula membina hidup
baru. I pun sebenarnya rasa bahagia bila bersama dengan dia..” Tampa rasa
bersalah Katerina membuat pengakuan bahagianya bersama lelaki lain.
“Bukan
kah dia yang tinggalkan you dulu. You tak rasa serik ke dengan apa yang telah
dia buat pada you”.
“Tak
Faris..yang dulu tu I yang salah faham dengan dia. Di tak bermaksud tinggalkan
I..tapi I tak faham masa tu, I ingatkan dia tak nak dengan I lagi”.Bersungguh-sungguh
Katerina membela kesalahan kekasihnya.
“Begitu
senang you melupakan apa yang dia dah buat pada you. Dah lima tahun dia
tinggalkan you ..you kata dia tak bermaksud tinggalkan you? Mudahnya you
memaafkan dia”.
“Terus
terang I kata..I rasa lebih selesa dengan dia, tapi yang sebetulnya cinta I
pada dia memang masih seperti dulu. Ni baru sehari I tak nampak muka dia I rasa
rindu sangat. I mohon pada you lepaskan lah I. You boleh terus kan kehidupan you tampa
memikirkan I lagi dan I boleh dengan kehidupan I tampa memikirkan rasa bersalah
pada you kerana menduakan you.”
“Mudahnya
you buang I selepas you jumpa dia. You buat I ni macam kain buruk sahaja, dah
tak nak guna campak dalam tong sampah macam tu ke?. Dulu you juga yang merayu
minta I nikah dengan you..hingga sanggup I ceraikan Najlah kerana nak bersama
dengan you. Ini kah balasan apa yang I korbankan kerana nak bersama dengan you.”
“Dulu
I keliru, I tak faham perasaan I. Bila
hati dah kecewa ada pula orang menghulur kasih, I rasa itu adalah cinta sejati,
rupanya I yang tersilap”. Memang betul kalau bertepuk sebelah tangan manakan
berbunyi..Dulu Tengku Faris tertarik dengan kecantikan Katerina yang berwajah
Cina campur Amereka.
“sejak
bila you tersedar you tersilap..dengan kata lain you tersilap menikah dengan
I”.
“I
cakap terus terang..sejak I jumpa dia balik debaran cintanya tak mampu nak I bendung.
I sentiasa bersemangat sekarang bila membayangkan I akan pergi pada dia. Rasa
nak bersama dia berkobar-kobar.. I tak mampu nak kawal persaan I yang sentiasa
nak kan dia. I memang bersama dengan dia sekarang ni. Itulah I balik ni nak
beri tahu you..Baik kita cari titik penyelesaian perkahwinan kita. Kita
berCERAI itulah jalan terbaik antara
kita..I tak mahu jadikan you dayus bila I bersama lelaki lain. I nak berlaku
jujur dengan you. I tak nak curang dibelakang you. I rasa tak boleh lagi nak
berpisah dengan dia lagi Faris.”. Tengku Faris jadi terkedu mendengar jawapan
isteri yang didepan mata. Begitu berterus terang tampa berselindung lagi.
Sememang kelihatanya Katerina nekad mahukan perpisahan.
“Sanggup
you duduk dengan dia sedangkan you masih
isteri I”.
“I
tahu I salah, tapi I tak mampu nak menidakkan perasaan I pada dia Faris..
Fahamilah I. Kalau pun kita masih suami isteri tapi hati I pada dia, tak guna juga. I derita you pun
derita..perkahwinan kita tak bermakna..”. Tidak disangka kata-kata yang
diluahkan oleh Katerina sama seperti kata-katanya semasa dia mahu menceraikan
isterinya yang bernama Najlah dulu.
“Tak
kan semudah itu Kat.. I masih sayang dan cinta kan you.” Itulah kata-kata
Najlah yang mahu perkahwinan mereka diteruskan dulu. Tidak disangka dia pula
yang mengucapkan untuk menghalang permintaan isterinya yang mahukan perpisahan.
“Tak
guna kita bersama lagi Faris..bila dalam
hati I memang dah penuh dengan bayangan George.
Lagi pun you sanggup ke melihat I
intim dengan dia. I takut you yang hilang sabar nanti. Sebelum terjadi perkara
buruk baik kita berpisah..jadi you tak sakit hati bila nampak I dengan George. Kalau
you lepaskan I, you tak jadi lelaki dayus. Perceraian adalah jalan yang paling
tepat untuk kita Faris . Lagi pun tak lama lagi George akan balik Kanada, I nak ikut dia. Kami akan menetap kat
sana”.Tengku Faris hanya dapat memerhati wajah isteri yang rancak menceritakan
impian masa depanya yang bahagia, tetapi yang nyata impian bahagianya bukan
dengan dirinya.
Bab 1 dah best. Tak sabar nak baca seterusnya...
ReplyDeleteTrimakasih krna setia menanti..crita ada kesinambungan dari crita jangan ada rahsia. crita Tengku Faris..tapi mak teh tak pandai nak bayangkan kehidupan diluar negara..sebab mak teh tak prnah keluar negara..ALASAN apa pun sorry klu tak menepati apa yg mak teh crita ye.
DeleteAssalamualaikum...Alhamdulillah ada entri baru. Terima kasih Sufi_Jamal.
ReplyDelete