Makin
melarat cerita ni. Ingatkan sampai bab 25 sja.. jangan ada yg jemu bila membaca
ye…
Bila melihat suaminya bagai tidak menuruti kemahuanya
sekali lagi Tengku Faridah memohon.
“Bang!
jomlah jumpakan Ida dengan Hidayah di hospital. Ida betul-betul nak minta maaf
ni. Ida dah sedar Idah bersalah tuduh Hidayah yang tidak-tidak..tolonglah bang”.Rayu Tengku
Faridah dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Sememangnya dia rasa kesal dengan
apa yang diperkatakan..namun apalah yang hendak dikata nasi sudah menjadi bubur
cucunya sudah menerima padah dari kata-katanya yang tidak difikirkan sebelum dia menunuh secara melulu.
“Tak
payahlah Ida nak kehospital…Hidayah dah keluar hospital pagi tadi. Dia duduk
wad semalaman sahaja, sebab badannya tak cukup air. Mungkin dia tak makan dan
tak minum selama empat hari tu.”
“Habis
yang kata abang jarinya bengkak tu dan dia demam tu macam mana.”.
“Ialah
jarinya bengkak tu sebab pecah kena kepit supaya dia mengaku dia yang merancang
perbuatan tu.. macam yang Idah cakapkan pada pihak polis tu. Dia demam mungkin
sebab tidur kat simen tampa lapik..biasanya macam tulah, dia akan disuruh tidur
kat simen tampa selimut tampa alas, itulah cara polis bagi tekanan pada pesalah”.
Makin pedih hati Tengku Faridah mendengar cerita cucunya yang teraniaya kerana
kata-katanya.
“Sekarang
ni dia kat mana..kenapa dia tak balik sini”.
“Entahlah
Ida abang pun tak tahu..dengar cerita Farid dia ada rumah..mungkin dia balik
rumah dia”.
“Jomlah
kita pergi rumah dia. Ida betul-betul nak minta maaf dengan dia. Ida bersalah
dengan dia, tolonglah bang”. Rayu Tengku Faridah. Mendengar suara sayu dan
lelehan air mata yang meleleh dipipi sang isteri Tengku Faizal tidak sampai
hati..dia menghubungi cucunya Tengku Farid mahu bertanya di mana Nur Hidayah.
Ketika telefon bimbit Tengku Farid berdering dia
sedang membantu isterinya menjaga anak. Sementara Nur Jannah dan nenek Bedah
sedang menyediakan makan tengehari mereka sekeluarga. Nur Hidayah juga ada duduk
disudut yang lain dia menjauhkan diri dari anak-anak saudaranya.
“Hidayah
meh lah sini jagakan anak –anak abang sekali”
“Tak
mahulah abang Farid, keputusan darah Dayah belum tahu lagi, Dayah takut nanti
tak pasal-pasal mereka kena jangkitan pula”. Tadi sampai sahaja dia dari
hospital terus sahaja dia mandi dan menukar bajunya. Dia memakai baju kurung NurJannah yang semenangnya satu saiz
dengannya.
“Kalau
dah tak nak tolong abang jaga anak..nak masak pun tak boleh pergilah Hidayah
rehat kat bilik..nanti dah siap kak Jannah panggil makan”.
“Tak
mahulah Dayah nak tenguk nenek Bedah masak. Masak apa hari nek”…Sedang mererka
berbual-bual kedengaran telefon Tengku
Farid berbunyi, rupanya Tengku Faizal yang menghubungi..
“Assalamualaikum
tuk..ada kat sini, Farid nak dia betul-betul sehat. Datanglah..ialah-ialah
datanglah”.
“Atuk
kenapa bang..”.
“Atuk
kata nenek nak datang makan kat sini. Masak nasi lebih sikit nanti ye. Tambah
lagi ayamyan nak di goreng tu..atuk tu kalau dah makan denga Arif dan Aisyah
lupa orang keliling.” Mereka terus berbual tidak menyedari Nur Hidayah sudah
menggigil ketakutan bila mendengar Tengku Faridah mahu datang berkunjung kerumah
Tengku Farid. Dia bangun menuju anak tangga untuk naik keatas.
“Hidayah
nak kemana tu..kata nak tenguk nenek Bedah masak”.
“Tak
apa lah Tengku saya nak bersiap..saya rasa nak balik rumah saya”. Kedengaran
ada gigilan disuara Nur Hidayah.
“Kenapa
Hidayah??..you sejuk ke..kenapa abang dengar suara you macam suara orang
menggigil.” Tengku Farid datang mendekati Nur Hidayah sambil mendukung anak kecilnya yang
berusia lima bulan. Nur Hidayah berjalan
perlahan menuju ke anak tangga, kemudian dia terjelepuk ditepi tangga.
“Jannah
tolong tengukkan Hidayah ni. Hidayah you tak sihat lagi ke??..”. Bila mendengar
suruhan suaminya dengan cepat Nur Jannah berlari mendapat kan Hidayah yang
sudah terjelepuk. Entah mengapa kepala lututnya jadi lemah bila teringatkan
Tengku Faridah..Hidayah yang sudah terjelepuk ditepi tangga menyembunyikan
mukanya dicelah dua lututnya. Kedengaran esakkan kecil.. Nur Hidayah menangis
rupanya. Badannya pula menggigil bukan kerana kesejukkan tetapi ketakutan.
“Saya
dah cukup sihat..saya nak balik sekarang kalau Tenku tak boleh nak hantar tak apa, saya boleh
balik naik teksi..tapi pinjamkan saya duit dulu..tolong Tengku”. Rayu Hidayah..
“Ehh
kan abang kata, Hidayah duduk sini biar sampai betul-betul baik baru boleh balik
rumah Hidayah tu”. Bila melihat Nur Hidayah makin mengigil..Nur Jannah
merasakan…
“Bang!!
Tak boleh ni bang..call atuk semula suruh atuk jangan datang”.. Sejekap itu
juga Tengku Farid menekan nombor datuknya. Bila mendengar deringan dan nombor
cucunya yang tertera Tengku Faizal tidak menunggu lama, dia menekan butang
menerima panggilan, kata- kata Nur Hidayah dihujung talian didengari oleh
Tengku Faizal suami isteri kerana Tengku Faizal menggunakan ‘loud-speaker’
ketika menjawab panggilanya. Mendengar saranan
Nur Jannah cepat Nur Hidayah mengangkat muka nya.
“Jangan..jangan
biar dato’ dan datin datang..tapi saya nak balik tolong Tengku. Tolonglah
pinjamkan saya duit puan”. Panggilan Nur
Hidayah jadi bertukar semuanya, bila mendengar kedatangan Tengku Faridah. Mereka
tahu Nur Hidayah truma bila mendengar nama Tengku Faridah.
“Hidayaah.
Dayah tak sorang dalam dunia ni abang kan ada.”. Sedeh Tengku Farid melihat
keadaan adiknya lalu diseru nama adiknya lembut untuk menenangkanya.
“Ia..ia,
saya tahu. Tapi jangan halang dato’ dan
datin datang rumah Tengku..saya tak mahu jadi penghalang hubungan Tengku dengan
mereka..Tengku jangan susah-susah saya boleh naik teksi”.
“Ok..ok..Hidayah
naik atas menyorok kat bilik kunci pintu
bilik ye, nanti kalau mereka datang abang
cakap you dah balik..pergi cepat naik atas. Jannah ambilkan kunci bilik bagi
Hidayah yang simpan”. Helah Tengku Farid supaya Nur Hidayah tidak pulang
kerumahnya.
Mendengar janji Tengku Farid, Nur Hidayah jadi lega
cepat sahaja dia naik kebilik yang sudah disiapkan untuk dirinya. Sampai
didalam bilik cepat sahaja dia naik keatas katil dan berselubung dengan selimut
yang sememang ada diatas katil. Nur Jannah menambah kata untuk menyedapkan hati
adik iparnya.
“Hidayah
pura-pura tidur ye..akak tutup dan kunci pintu” . sebelum keluar sempat dia ber
‘wechat’ dengan datuk Faizalnya untuk
memperlihatkan keadaan Nur Hidayah yang mengigil dibawah selimut. Bukan
mengigil kesejukkakn namun mengigil ketakutan.
“Ok
akak kunci pintu ye. Simpan anak kunci elok-elok nanti hilang pula”.
“Ialah”.
Dari bawah selimut Nur Hidayah menjawab.
Kerana sememangnya Nur Hidayah perlukan rehat,
lama-kelaman dari olok-olok tidur akhirnya dia tertidur dengan lena dibawah
selimut. Di kediaman Tengku Faizal
mereka suami isteri melihat ‘wechat’
dari Nur Jannah yang memperlihatkan keadaan Nur Hidayah.
“Tenguk
Dah..betapa teruknya pengalaman yang dilalui oleh Hidayah masa dia ditahan
reman..sampaikan bila dengar sahaja nama Ida dia takut hingga menggigil macam
ni..Idah boleh bayangkan tak,apa yang dilalui masa dia ditahan reman dalam
lokap tu.” Tengku Faridah teresak perlahan. Hatinya jadi sedeh bila dirinya
ditakuti oleh cucunya sendiri. Dihatinya bertanya bolehkah dia membelai dan memberi
kemanjaan pada Nur Hidayah seperti dulu
lagi. Selama dua tahun mereka berkumpul dalam satu bumbung dirinya sudah boleh
menerima kehadiran Nur Hidayah seperti cucu atau anak perempuannya sendiri.
Tetapi bila terduga sedikit.. sikap Tengku Faridah bertukar ke 180 darjah dari
sikap asalnya. Yang sebetulnya dia tidak dapat menerima hakikat bila melihat
anak tunggalnya disakiti atau teraniaya.
“Macam
mana keadaan Hidayah sayang”.. Bila melihat Nur Jananh meneruni tangga Tengku
Farid terus bertanya.
“Naik
katil sahaja terus dia berselubung bang..Jannah suruh dia tidur. Harap-harap
oklah tu.”
“Abang
nak call atuk..tanya dia jadi datang ke tak”.
“Assalamualikun
tuk”..
“walaikum
salam, Apa cerita yang sebenarnya Farid.. dari tadi ke Hidayah ketakutan macam
tu.”.
“Sampai
dari hospital tadi ok sahaja. Lepas mandi dia turun makan bubur sekali lagi.
Dia suka saja..yang sebenarnya kami
tengah kat dapur tenguk Janah dan nenek Bedah masak..tapi bila dengar atuk dan
nenek nak datang terus dia nak balik..kemudian dia mengigil macam orang
ketakutan..”.
“Teruk
agaknya dia kena soalsiasat Farid, itu yang dia fobia bila dengar nama nenek
kamu tu”.
“Entahlah
tuk..tapi yang sebetulnya apa cerita sampai dia kena tahan tu tuk”.
“Yang
sebenarnya kerana perkataan nenek yang
mengatakan Hidayah mungkin bersubahat dengan orang yang pukul papa kamu tu
menyebabkan Hidayah ditahan reman selama empat hari”.Tengku Faizal menceritakan
serba sedikit apa yang diketahuinya dari Inspektor Azam.
“Atuk
harap, Farid boleh jaga adik Farid tu sampai dia sembuh”.
“In
Syaa Allah tuk..Farid akan jaga dia.. Tapi atuk jaganlah datang rumah Farid ni
dulu. Kalau atuk nak datang juga datang sorang jangan bawa nenek, rupanya Hidayah ni takutkan nenek..tapi kesian pula
nenek tu”.
“Tak
apa atuk boleh handle nenek kamu, Farid jangan risau”.
Hampir seminggu Nur Hidayah duduk dirumah Tengku Farid.
Seminggu dia dirumah abangnya digunakan sepenuhnya dengan belajar mengaji
dengan nenek Bedah. Nenek Bedah pandai bertaranum..makin sedap suara Nur
Hidayah bila mengaji. Dia juga belajar berzanji dengan Atuk Ibrahim.
“Nek boleh tak Dayah belajar mengaji walaupun Dayah
dah duduk rumah Dayah”.
“Boleh bila-bila masa Dayah nak datang
datanglah..nenek ni memang suka kalau ada orang nak belajar..kalau kita mengajar
orang selain dapat pahala kita pun dapat menefaatnya juga”.
“Apa menefaatnya nek”.
“Nenek tak lupa apa yang nenek belajarlah”.
“Ooooh..boleh lupa ke nek”.
“Apa pula tak lupa, cuba Dayah tak mengaji lama tentu
Dayah tak ingat tajuidnya..mana berdengung mana tak kan”.
“Betullah tu nek..kalau macam tu kalau Dayah tak penat
Dayah datang malam ye nek”.
“Malam tak bahaya ke Dayah”.
“Tak lah nek malam kat KL ni kan terang..lepas tu
bacalah ayat Kursi dengan ayat seribu Dinar..In Syaa Allah selamat Nek”.
Keputusan ujian darah nya juga sudah diketahui. Untuk
ujian darah kali itu dia disahkan tidak dijangkiti. Namun dokktor kata untuk
kepastian dia harus menjalani dua kali lagi ujian darah untuk memastikan
dibenar-benar bebas dari kuman Adis. Di tiga bulan akan datang kemudian enam
bulan bulan yang seterusnya.
Segala baju dan kereta KELISAnya di kediaman Tengku
Faizal juga sudah diambilkan oleh Tengku Farid. Nur Jannah yang membantu Tengku
Farid mengemasi barang-barang adiknya. Sekarang ini Nur Jannah sudah pandai
memandu kereta, dia yang memandu kereta Kelisa Nur Hidayah.Kepandaian memandu
Nur Jannah itu diatas desakkan Tengku Farid sendiri agar isterinya belajar
memandu dan mendapatkan lessen kereta. Supaya mudah dia menghantar dan megambil anak-anak mereka
dari sekolah tadika. BHila dirasakan dirinya sudah benar-benar sihat dia
meminta izin abangnya untuk pulang kerumahnya sendiri di Taman Cheras Intan.
Aparment yang dibeli menggunakan duit simpanan mamanya.
“Abang
Farid! rasanya Dayah dah baik dah ni.
Dayah nak balik rumah Dayah lah hari ni.”. Memang sudah Nampak merah muka
Hidayah. Gerak lakunya kelihatan dia sudah sihat dan ceria.
“Betul
ni..tu jari Dayah masih ada yang bernanah lagi?. Meh abang tenguk”. Tengku Farid
berlagak seperti doctor pula untuk melihat luka-luka di hujung jari adiknya.
“Mana
ada dah kering semuanya Dayah pun dah buka balutanya. ”.
“Kalau
Dayah dah rasa sihat datang kerja boleh..abang rasa dah tak mampu nak buat
kerja sorang letih betul”.
“Masih
boleh ke Dayah kerja kat hotel dato’”.
“Ya
Allah Hidayah kita ni adik beradik, Tengku Faizal tu atuk kita tau. Jangan
panggil dia DATO’ kesian dia kalau dia denganr kecil hatinya. Dia sememangnya
tunggu Dayah datang kerjalah. Hari-hari dia tanya abang keadaan Dayah. Dia kata
kalau Dayah dah sihat datang kerja. Apa
kata Dayah duduk sini sahaja..kita pergi kerja sama-sama.”
“Tak
mahulah, Dayah nak duduk rumah Dayah sendiri. Tapi kalau Dayah ada masa Dayah
akan datang juga rumah abang ni nak belajar taranum dengan nenek Bedah boleh ye”.
“Hee
geram betul abang dengan budak ni..jangan cakap macam tu, abang ni kalau boleh abang nak jaga Dayah..Dayah
sorang adik yang abang ada..kita duduk serumah senang abang nak teguk kebajikan
adik abang”.
“Tak
apa lah abang Farid..Dayah nak berdikari..lagi pun memang dari kecil lagi Dayah
dah pandai hidu[p sendiri..Kalau dah…”
“Biasakan
panmggil atuk jangan dato’..kesian atuk tu..kalau Dayah dah boleh kerja datang
esok”.
“Ok..ok
esok In Syaa Allah Dayah datang kerja..Dayah balik dulu”. Nur Hidayah bangun
dari duduknya disofa ruang tamu rumah abangnya.
“Ehh
tak kan nak balik sekarang, petang sikitlah. Lepas makan nanti barulah balik. Kak Jannah
dengan nenek Bedah tu baru nak masak..tunggulah dulu, kita makan ramai-ramai ye.”
““Tak
boleh bailk sekarang ke..yang ramai-ramai tu siapa lagi??”.
“Tak
boleh kita makan dulu..kata kak Jannah mama dia nak datang malam ni..Dayah
tolonglah kak Jannah masak”. Tahan
Tengku Farid bila adiknya mahu pulang kerumahnya di Cheras. Dia yang sebenarnya
baru pulang dari kerja..tetapi pulangnya lebih awal sedikit..Kata Nur Jannah
keluarga mamanya mahu makan malam bersama mereka.
Memang benar kira-kira hamper pukul enam petang, dua
buah kereta menjalar masuk.. Keluarga Tengku Raihana bersama Tengku Khalidah
memenuhi ruang tamu kediaman Tengku Farid dan mereka makan beramai-ramai petang
itu. Usai solat magrib berjemaah Nur Hidayah memohon diri untuk pulang rumahnya.
Sebelum keluar rumah sekali lagi, sekali
lagi Tengku Farid mengingatkan adiknya, untuk bekerja esok pagi.
=================================
Minggu sudah Azrul Azam menghubunginya mengatakan yang
Nur Hidayah sudah dibebaskan kerana didapati tidak bersalah. Hatinya yang kasih
bagai digaru mahu berjumpa untuk memastikan kesihatan adik sepupu yang sememangnya
sudah lama melekat dihatinya. Memanng sedari dia pandai menilai wanita.. sepupunya
adalah wanita teratas dalam senarai calon untuk dijadikan permaisuri hatinya
didunia dan akhirat. Kalau tidak kerana larangan dari ibunya sudah lama dia
menyunting sepupu yang dilihat sangat sempurna dari segi rupa dan tingkah
dimatanya. Kali itu hasratnya disampaikan pada isterinya yang sedang sarat
mengandungkan benihnya.
“Nisa..tahu tak minggu lepas abang pergi mana?”.
“Abang kata pergi KL kan..abang jumpa siapa kat KL”.
“Abang dipanggil untuk memberi keterangan tentang
siapa Nur Hidayah binti Abdullah”.
“Kenapa dengan Dayah bang hingga perlu abang memberi
keterangan tentang dia pula”.
“Abang pergi sana baru abang tahu Hidayah ditahan
reman kerana dituduh bersubahat membunuh suaminya kerana nakkan harta..emak
mertuanya yang tuduh dia macam tu..”.
“Ohh..jadi dia macam mana sekarang”.
“Masa abang balik hari tu dia belum dibebaskan
lagi..tapi kata kawan abang lepas abang balik tu dia dibebaskan kerana didapati
tidak bersalah.”
“Alhamdullilah..sekarang kat mana dia duduk agaknya
ye..kalau ikutkan sekiranya kita pernah
didakwa atau ditahan kadang-kadang pihak majikkan tidak akan mengambil kita
kerja lagi kan bang”.
“Inilah yang abang nak bincang dengan Nisa ni..kalau Nisa izinkan abang rasa nak ambil Dayah jadi
isteri..abang nak nikah dengan dia”. Permintaan suaminya bagai pedang yang
menusuk kejantung, bagai mahu putus nafasnya.
Mana ada isteri yang rela suaminya membahagi kasih. Tiada jawapan yang
kelaur dari bibir Syarifah Nur An Nisa. Hatinya tiba-tiba diterpa sedeh.
“Nisa abang nikah dengan Dayah bukan bererti bang tak
sayang Nisa.. Abang sayang Nisa macam dulu juga…hanya abang nak membela nasib
Dayah yang terumbang ambing. Dia macam dibuli oleh keluarga sebelah arwah suaminya.
Tak pasal-pasal dia dituduh membunuh, sedangkan dia tak bersalah pun.. kesiankan
lah dia Nisa. Abang kesian dengan Dayah dari dia kecil lagi. Abang sendiri nampak
kehidupan dia yang terbiar..Nisa bukan tak
tahu mak cik-mak cik kita pun tak ada yang ambil berat tentang dia.
Lepas nenek meninggal dia duduk sorang kat rumah nenek tu. Ibu pun tak nak
ambil bela dia. Abang kesian dia Nisa.” Berkali-kali Syed Borhan mengatakan
kasihannya kepada sang isterinya terluka dengan permintaannya. Dia tidak tahu
apa yang terluah adalah asid yang mengikis rasa hati yang berdarah luka.. Entah
mengapa para lelaki tidak pernah mahu meletakkan dirinya sebagai seorang wanita
terutama isteri bila meminta dirinya diberi madu.
Selepas menerima panggilan ada dua kali dia cuba menghubungi
Nur Hidayah namun panggilannya tidak berjawab. Biar pun tidak berjawab dia
tidak putus asa. Sekali lagi dia menghubungi
sahabatnya Azrul Azam.
“Azrul tahu tak alamat Nur Hidayah bin Abdullah
tu..abang rasa nak jumpa dialah”.
“Alamat rumah tak pastilah lah bang, tapi dia kerja di
hotel Impian..dia kerja kat hotel bapa mertuanya bang.”.
“Mungki dua tiga hari lagi abang turun KL..kalau abang
nak lepak rumah Azrul boleh tak”.
“Boleh bang..boleh datanglah”. Itulah cerita Syed
Borhan yang tidak putus asa.
Jgnlah Syed Borhan berkahwin dengan Hidayah... biarlah Azrul yang ambil Hidayah tu.
ReplyDeleteSetuju sangat2
DeleteBetul jugakan... janganlah hidayah bertemu jodoh dengan syed borhan. Dr johan pun boleh selain azrul... Boleh kawal kesihatan dayah... Manusia merancang tuhan menentukan...
ReplyDeletek.mid