Apalah guna membawa rotan,
Kalau tidak
menjadi tali,
Apalah guna jauh dipesan,
Masa dekat tidak dipeduli.
Oleh
kerana terlalu bosan makan diluar, akhirnya Loqman bersendirian kesupermarket Giant
dibangunan AMCOB diPetaling Jaya. Memandangkan dia dan Liza baru sahaja pulang
dari tempat kerja, dia memilih supermarket yang paling hampir dengan tempat
kediamanya. Dia bercadang mencari barang yang membolehkan dia masak dirumah
hari itu. Jika diajaknya Liza menemani, mahu naik suhu badan Liza lebihi
100% agaknya. Dia sudah merancang dari tempat kerjanya lagi,
jika isterinya tidak mahu masakkan untuknya, dia akan cuba masak sendiri untuk
dirinya. Goreng telur mata kerbau dimakan bersama kicap dicampur dengan hirisan cili api,
hirisan sebiji bawang merah dan sedikit perahan limau kasturi sebagai cicahnya
itu sudah memadai. Itu yang ada dalam anganannya. Menu itu adalah hidangan
Amirah yang paling ringkas untuk dirinya sejak mereka bergelar suami isteri.
Ini kerana ketika itu Amirah tidak boleh mencium bau masakkan ketika di awal
kehamilanya.
“Bang hanya ini saja yang mampu Mirah masak untuk
abang hari ini, kalau boleh.. abang tolong kopek dan hiriskan sebiji bawang merah
masukkan dalam kicap ni ye.” Amirah telah menyediakan sedikit kicap dan hirisan
cili api didalam manggkuk kecil. Dia diam tidak bersuara walaupun menuruti segala
arahan isterinya ketika itu dia mengeluh dalam hati.. kerana menu tidak
bersesuaian dengan seleranya.
“Cukup tak dua biji telur mata kerbau tu bang..
tak ada lauk lain ni”.
“Ok cukuplah tu.” Datar sahaja suaranya memandag
lauknya hari itu.. Tapi dalam rasa tidak sedap.. dia menghabiskan dua pinggan nasi yang
berasap nipis. Mungkin telur yang berkuah kicap dimakan dengan nasi yang baru
sahaja dimasak menjadikan tajam seleranya. Sayurnya pula ketika itu hanya kobis
mentah sahaja. Amirah sudah membasuhkan dua tiga kelopak, lalu diletakkan
didalam piring. Tetapi kini dia
terbayang lauk itu dan membayangkan
kesedapanya untuk memenuhi seleranya.
Ketika
menuju kesupermaket kenangan lalunnya terimbau lagi. Dia terbanyag kenangan sewaktu
bersama Amirah dulu, sebelum Amirah
mengandung, dia rajin memasakannya masak lemak cili api daging salai, goreng
berlada ikan tengiri dan sayur kalian digoreng bersama ikan masin jeruk. Itulah
masakkan yang paling digemari oleh mereka berdua. Cita rasa mereka seakan sama maklum lah mereka berdua orang Negeri Sembilan.
Masak lemak daging salai bersama buah bacang muda, adalah masakkan kegemaran
mereka sekeluarga, sama ada keluarga Amirah maupun keluarga Loqman sendiri . Bagi
Loqman dan Amirah jika hari-hari mereka dihidangkan masak kan itupun tidak mengapa.
Tampa
sedar Loqman teringin makan masakkan yang
sering dirasainya dahulu. Entah mengapa sejak kebelakangan Loqman sering
teringat masakkan dan makan bersama Amirah. Sedang dia memilih telur, dia
seakan terdegar suara yang telah lama
tidak didengarinya. Secara spontan matanya pula memandang kekaunter pembayaran.
Alangkah berdebar hatinya, bila dia terpandang Amirah sedang berbual dengan
rakannya dikauter pembayaran. Kedudukan mereka begitu hampir tetapi Amirah
mungkin tidak menyedari kehadiran dirinya kerana dia terlindung disebalik kotak
yang tinggi sedikit. Lama dia terpaku mendengar suara perbualan itu. Terasa
meresap kekalbunya suara yang dirinduinya. Ahh masih adakah rindunya pada Amirah?.
“Kita nak masak daging kicap atau kari daging hari
ni Mirah.” kawannya bertanya.
“Suka hati kaulah, aku tak kisah apa yang kau
sebut aku masak..kau suka masak apa?”
‘Ohh
rupanya Amirah yang menjadi tukang masak hari ini.’ bisik suara hati Loqman.
Lama dia terkaku mendengar perbualan itu.
“Aku suka masak kicap kau lah, bubuh bawang besar
banyak sikit..macam yang hari tu kau masak tu, sedap lah.” Loqman mula
terbayang masak kicap daging di hari perpisahan mereka dahulu memang
sedap..hatinya merintih. Amirah seru hatinya lagi..kalau diikutkan hatinya,
ingin rasanya dia berdepan dan memandang wajah itu lagi.
“Oklah aku masak kicap daging hari ni, lepas tu
goring kacang boncis ni, tapi masak kicap daging ni kita bubuh kuah banyak
sikit, semuanya kering tak ada kuah pulak, kau buatkan aku sambal belacan boleh
tak, sambal belacan kau sedaplah, kau bubuh apa..”.
“Aku guna limau kasturi lepas tu cilinya campurlah
sebiji lada besar bubuh gula sikit
itulah ada rasa manis sikit, aku sebetulnya tak tahan pedas..tapi ok jugakan
bukan manis sangat. Walaupun aku tak tahan pedas tapi kalau makan nak juga pedas
sikit kan Mirah.” kemudian mereka menghentikan perbualan bila tiba giliran mereka
membayar barang-barang yang mereka beli. Ohh..Amirah masih Amirah yang dahulu
dalam makanan yang tidak boleh terlepas dari rasa pedasnya seperti dirinya
juga.
Loqman
mengintai dari celah kotak memandang mereka keluar dari supermarket sambil
menyambung perbualan mereka. Dari jauh Loqman memandang bekas isterinya, ‘Dia masih tidak berubah, badannya masih langsing
seperti mereka baru nikah dulu. Kalau dilihat dari mata kasar tidak percaya
Amirah sudah mempunyai seorang anak’.Detik hatinya. Gelodak rindu menerpa hatinya.
Dia mengekori Amirah dengan pandangan matanya hingga hilang dicelah-celah orang
ramai. Bila tersedar dari khayalanya dia meneruskan apa yang hendak dibelinya
tadi. Sepuluh biji telur, sayur kacang boncis, dan sedikit daging dan 5kilo beras.
Dia cuba hendak masak daging masak kicap dan goreng kacang bonces seperti apa
yang dibincang kan oleh Amirah dan kawannya sebentar tadi.
Sampai sahaja Loqman dirumah dia
terus kedapur membawa barang-barang yang telah dibelinya. Waktu sudah menunjukkan
hamper pukul tujuh malam. Dia mengambil peruk nasi, lalu mengambil 5 kilo beras
yang baru sahaja dibelinya tadi. Dia sudah ingat-ingat lupa cara-cara menanak nasi, tetapi Loqman
mencubanya juga.
Dulu
waktu ketika dia masih bujang pernah sekali mamanya mengajar cara-cara menanak
nasi. ‘Man...Mula-mula sukat beras ni, kemudian basuh dua kali kali saja.. kalau banyak kali sangat nanti
semua zatnya hilang. Kemudian masukkan air sebanyak beras yang kita sukat tadi..
caranya..masukkan jari telunjuk kedasar periuk dan tandakan sampai takat beras
tadi..air yang diperlukan juga sebanyak
tu juga. Masa kita sukat air angkat jari kita tadi letakkan betul-betul
atas beras’. Masa bersama Amirah dulu pula, dia tidak pernah menanak nasi
kerana semuanya dilakukan oleh Amirah. Dia cuma membantu, kerja-kerja megopek
bawang dan menyiang sayur dan kadang-kadang membasuh pinggan manggkuk sahaja.
Loqman
mencuba. ‘Ahh..tak apalah kalau terlebih air pun nasi akan menjadi bubur, masih
juga boleh dimakan’. Dia meneruskan juga niatnya, jika tidak dicuba sampai
bila tak akan tahu, bisik hatinya lagi penuh azam. Bukankah ada perpatah Melayu
mengatakan ‘hendak seribu daya tak hendak
seribu dalihnya’. Bila misi menanak nasinya selesai, dia mandi dan
mengambil wuduk. Dia bersiap sedia untuk solat Magrib. Ketika itu dilihatnya isterinya
sudah bersiap-siap untuk keluar makan malam, dan menantinya diruang tamu. Tetapi
bila dilihatnya suaminya hanya memakai kain pelikat, berbaju Melayu dan
berkopiah, dia menegur.
“Hai bang…takkan nak keluar makan pakai
macam ni kot?” Loqman memandang kearah isterinya sambil tersenyum.
“Malam ni abang nak makan kat rumah saja
..lepas solat Magrib ni abang nak goreng telur mata kerbau makan dengan kicap jadilah..tapi
kalau Liza tak keberatan tolonglah masakkan abang masak kicap daging, abang
teringin nak makan masak kicap daging.” Lembut suara suaminya seakan memujuk
agar isterinya dapat membantunya memasak untuk makan malam mereka. Dia teringat
dahulu kata isterinya pandai memasak kicap daging.
“Mana ada apa-apa dalam peti sejuk kita tu.”
isterinya mencari alasan lagi. Alasan itu sudah acap kali dituturkan oleh isterinya,
bila Loqman meminta supaya makan dirumah. Tetapi bila suamiya mengajaknya
membeli barang-barang dapur dia akan mengatakan suaminya teringin berjumpa
bekas isterinya disupermarket. Liza sememangnya banyak helah untuk menutup
sikap malasnya kedapur.
“Tadi abang pergi Giant AMCOB
beli kacang boncis, telur 10 biji dan daging sikit..ada dalam peti sejuk
tu.” isterinya terkedu bila mendengar jawapan suaminya seakan tiada lagi alasan
untuk mengelak.
Ketika
mereka sampai tadi suaminya menurunkan dirinya, kemudian dia keluar semula
tampa memberitahu kemana. Setelah lama menanti suaminya tidak juga pulang, di
kebilik membersihkan make-up di mukanya kemudian dia mandi.
“Kenapa tak cakap awal-awal lagi, perut
Liza dah lapar ni ..tak sempat nak masaklah”.
Rengek Liza manja dengan memek mukanya sekali. Loqman sudah biasa dengan
pemandangan sebegitu dia sudah jemu dengan kemanjaan Liza yang tak tentu tempat. Kalau berlembut kemahuanya
sahaja yang perlu dituruti.
“Masak bukanya lama, abang tolong
nanti..Liza tolong masak saja, abang tak reti nak masak kicap daging..nanti
basuh pinggan kuali dan periuk, biar abang yang basuh.” Loqman cuba bertolak
ansur dengan isterinya, agar isterinya mahu memasakkan untuknya.
“Abang ingat masak daging itu macam goreng
telur saja ke..panaskan minyak sekejap masukkan tekur tunggu sekejap dah siap
telur goreng. Masak daging tu kena lama...nak rebus dulu sampai empuk, kalau
tidak nanti liat tak boleh nak gigit..jomlah kita makan kat luar oder saja
daging masak kicap mesti ada punya..esok saja Liza masak untuk abang eeh”. Masih
dengan lenguk manjanya Liza memujuk suaminya.
“Abang dah jerang nasi tu kalau rasa tak
sempat nak masak kicap daging tu tak apalah, Liza masakkan sayur dan goreng
telur mata kerbau saja pun jadilah.” bersemangat Loqman menuturkan bila isterinya
berjanji untuk memasakkan untuknya.
“Abang
masaklah sendiri..Liza dah tak tahan ni.. lapar sangat.” Bila segala pujukkan
dan tingkah manjanya juga tidak dapat mematahkan semangat suaaminya yang mahu
makan dirumah Liza menjadi geram. Dia melangkah hendak keluar dengan hentak-hentakkan kaki mukanya juga dimasam.
Hilang semua lenggok manjanya tadi.
“Kan dah nak masuk waktu Magrib ni Liza..solat lah
dulu.” tegur suaminya lembut, Loqman
masih boleh berlembut memandangkan isterinya itu sedang berbadan dua. Liza kini
sedang mengandung empat bulan, tetapi Liza tidak seperti Amirah yang mabuk
ketika awal kehamilan nya. Dilihatnya Liza seperti biasa sahaja, segala jenis
makan boleh dimakannya tidak kira yang berminyak sekali pun. Ialah lain orang
lain pula kerenahnya. Liza menoleh
kearah suaminya.
“Abang sorang bolehlah abang tahan..tapi
Liza ni dua orang ..Liza dah tak tahan ni lapar sangat.” itu hanya alasan Liza
sahaja, sebenarnya bukan dia lapar sangat tapi sikap malasnya yang membuatkan
dia begitu, kini anak dalam kandunganya pula dijadikan alasan.
“Abang buatkan air susu, makan dengan
biskut untuk alas perut..nanti lepas Magrib kita masaklah sama-sama kemudian
makan.” Lembut sahaja suara Loqman memujuk isterinya seperti memujuk anak kecil
merajuk saja lagaknya. Dia masih bertolak
ansur..supaya isterinya tidak kelur diwaktu hampir masuk waktu Magrib.
“Abang masaklah sendiri..Liza dah lapar
nasi ni ..Liza tak nak makan yang lain Liza nak makan nasi juga..kalau abang
tak nak pergi tak apa, Liza boleh pergi sendiri, bukan Liza tak biasa, mana
kunci kereta..Liza makan dekat-dekat sini saja, lepas makan nanti Liza baliklah.”
Liza berkeras mahu makan diluar juga. Waktu itu kedengaran azan Magrib
berkumandang dari masjid berdekatan.
“Dah masuk waktu Liza..hormatlah sikit
waktu sembahyang, sembayanglah dulu, baru pergi.”
“Abang ni tak faham-fahamlah..Liza dah tak
tahan lapar sangat ni..Liza pergi dulu nanti balik Liza solatlah..abang jangan
bimbang Liza pergi dekat-dekat sini saja.” Itu juga salah satu perangai Liza ‘keras kepala dan dan tak makan nasihat’
kata-katanya tidak boleh dibantah. Dia mencapai kunci kereta suaminya, lalu
keluar dari rumah untuk mengisi perutnya yang lapar sangat kononnya. Loqman
sudah tidak dapat berkata apa-apa lagi melihat kesungguhan isterinya untuk
menjamu selera.
Selesai
solat, Loqman kedapur meneruskan misi untuk masak makan malamnya. Dia nekad
walaupun isterinya tidak membantunya memasak, dia akan mencubanya juga. Dia
mengopek bawang bawang besar. Menunya sudah bertukar, dia ingin masak ringkas dan
yang dia tahu sahaja dahulu yaitu telur dadar. Dia tidak tahu hendak masak
kicap, dia terpaksa belajar dahulu dengan mamanya bagai mana mahu memasak kicap
daging itu nanti.
Yang
ada didalam kepalanya hanya..telur dadar dengan hirisan bawang 360 darjah
dengan sedikit cili api. Dia teringat telur dadar masakkan Amirah, ketika itu sambil
memasak Amirah suka berceloteh tentang menunya.. ’Bang kita masak telur dadar
dengan bawang besar dihiris 360 darjah, cili api pun potong 360 darjah
juga’ masa itu Loqman termenung
memikir bawang dan cili api yang dipotong 360 darjah, setelah dilihatnya.. 360
darjah yang dimaksudkan oleh Amirah bawang yang dipotong bulat, jika potong 180
darjah bawang yang dibelah dua kemudian dipotong bulat seperti biasa. Dia
tersenyum sendirian mengenangkan perangai bekas isterinya ‘mentang-mentang mengambil bidang matamatik ketika diUniversiti dulu hinggakan masak pun menggunakan
istilah matamatik’ detik hatinya. Dia jadi terhibur bila terkenang tingkahlaku
bekas isterinya. Sambil memasak Loqman membayangkan Amirah ketika itu. Kemudian
dia menyiang lima enam biji kacang buncis. Memadailah hanya untuk dirinya
seorang akan ditumisnya bersama daging yang dihiri nipis supaya senang empuk
itu kata mamanya. Sedang dia memasak
didapur terdengar pintu rumahnya dibuka dari luar, Liza memberi salam.. tidak
lama kemudian dia menjenguk suaminya yang sedang memasak didapur..
“Yang abang susah-susah nak masak
kenapa..Liza dah kenyang ni..hulur saja duit pilih saja menu yang kita nak..
dah siap terhidang depan mata.”
“Tak apalah ..abang rasa dah jemu sangat
makan kat kedai…abang masak sekejap lagi siaplah..dah pergilah solat.” Lembut
sahaja suara Loqman, dihatinya berbisik dia perlu bersabar menangani isteri
yang sedang mengandung. Liza hanya mencebek dia menuruti juga kata-kata
suaminya, masuk kebiliknya berwuduk dan solat Magrib tampa menghiraukan lagi
suaminya didapur.
Setelah
semua masakkanya siap dimasak, Loqman
mencapai pinggan lalu menyenduk nasi yang telah dimasak sebelum solat Magrib
tadi.. ‘Hmm..jadi nasi juga beras aku
tadi..berkesan juga ilmu yang mamanya berikan kepada aku dahulu’. Dia berkata
perlahan sambil tersenyum sendirian, terasa puas hati apabila apa yang
dihajatinya menjadi. Melihat hidanganya malam itu nampak sungguh menyelerakan.
Dia meletakkan sepinggan nasi yang berasap nipis dia atas meja.
‘Hmm..telur
dadar dicampur bawang besar dan cili api hiris,berserta goreng kacang boncis berperencah
hirisian daging dan cili api juga yang dibelinya tadi..orang Negori ni kalau
tak makan cili api tak sah’ detik hatinya sambil tersenyum simpul. Dia menadah tangan dimulakan dengan bacaan
Bismilah dan membaca doa makan dia memulakan suapannya..rasanya enak dan lazat
dilidahnya.
‘Sedap
juga aku masak ni..esok boleh masak lagi lah..rasanya macam nak goreng ayam lah
pulak esok.’ Loqman berkata sendirian dengan perlahan
mengenai menunya esok.
Kini sudah menjadi kebiasaan Loqman sering berkata-kata
dengan dirinya sendiri. Seolah-olah ada seseorang disampingnya. Walaupun sebenarnya
dia bercerita dengan dirinya sendiri.
Selesai makan dia mengemas dan mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan. Dalam
hatinya berkata lagi ‘kalau dengan Mirah
tentu dia akan bersama-sama didapur dan sama mengemas sambil bergelak ketawa
dan bergurau senda. Setelah selesai, mereka akan sama-sama keruang tamu duduk menyambung
bualan mereka lagi. Yang hairanya jika mereka berdua cerita bagaikan tidak
pernah habis walau pun Amirah pendiam orangnya, tetapi jika bersama denganya
ada pula bualanya’.. kini Loqman terasa sunyi pula. Apalah aku ni memikir
perkara sudah terlepas ..barang yang lepas jangan dikenang, jika dikenang
merosak badan itu adalah senikata sebuah lagu nanyian Allahyarham P.Ramle,
hatinya memujuk.
Selesai mengemas dan mencuci pinggan mangkuk,
periuk dan kuali yang digunakan, dia keruang tamu untuk berihat menantikan
masuknya waktu Isyak, sambil menonton televesyen. Sedang dia leka menonton berita ditelevisyen, Liza keluar dari bilik
tidur mereka, mungkin dia telah selesai menunaikan solat Magribnya. Dari
pandangan matanya walaupun matanya suaminya memandang televisyen, tetapi
fikiranya sedang melayang entah kemana. Dia seakan termenung. Dia tahu suaminya
tidak menyedari dia sedang memerhatikan dirinya dari ambang pintu bilik mereka,
dia menegur suaminya yang sedang berkhayal..
“Abang termenung kenapa, dah kenyang teringat Amirah
ke?..rasa macam Amirah yang masak tadi ye.” ejek Liza bagai mahu mengocak ketenangan jiwa
suaminya..’Liza ni kalau sehari tidak disebut
nama Amirah tak sah..kenapa agaknya’ bisik hati Loqman. Loqman hanya
mendiam kan diri, tapi dimata mula terbayang kejadian diGiant tadi…hatinya
semakin rindu pada Amirah.
“Kalau abang diam tu betullah… entah-entah abang
jumpa Amirah tadi..ye?” tidak disangka oleh Liza sangkaannya tepat mengenai
sasaranya. Kini suaminya sedang membanyangkan wajah bekas isterinya. Yang
sebenarnya Liza hanya ingin tahu dan menyelidiki hati dan perasaan suaminya sahaja.
Tetapi perbuatanya memakan dirinya sendiri.
Rasa
cemburu Liza pada Amirah tidak pernah padam, walau pun kini dia memiliki Loqman.
Dia ingin sekali mendengar suaminya menyatakan
yang hatinya tidak lagi pada Amirah.. sayang dan cintanya hanya pada dirinya seorang
sahaja. Tapi kenapa suaminya tidak pernah hendak memperkatakan itu kepadanya.
Mengapa dia tidak pernah menyatakan yang dia telah melupakan Amirah sepenuhnya.
Tujuan utama dia menyebut nama Amirah, supaya Loqman membuat pengakuan, bahawa
Amirah sudah tidak memberi makna dalam hidupnya lagi. Liza menjadi penasaran
begitu kerana, dia pernah mendengar suaminya meyebut nama bekas isterinya
ketika dia mengigau. Walaupun hanya diadalam igaunya tetapi jika hatinya tidak
terkenang mungkinkah nama itu tersebut. Entahlah...hatinya makin hari semakin terasa
ingin mencari kepastian.
Setiap
kali dia menyebut nama Amirah, suaminya akan mendiamkan diri..atau paling
kurang dia akan menjawab ‘Jangan sebut
nama dia boleh tak’. Pada Liza dengan cara seperti itu tidak memadai. Dia ingin suaminya bersumpah, dia telah
melupakan bekas isterinya 100%. Sumpah itu sebagai bukti hanya dirinya yang
dikasihi. Begitu tamak Liza terhadap kasih suami nya, dia tidak mahu dirinya
disaingi walau hanya didalam mimpi
sekali pun.
Ketika itu azan Isyak berkumandang di kaca tv.
Loqman bangun menuju bilik air untuk berwuduk. Dia ingin mengerjakan solat
Isyak kemudian dia akan tidur. Itu adalah lebih baik dari melayani kerenah Liza. Liza
hanya memandang tingkah laku suaminya dengan perasaan yang sebal. Dihatinya
berazam akan mencari kepastian kasih suaminya terhadap dirinya. Itulah sikap
tidak matang Liza.. kepastian yang dicari akan menjerat dirinya sendiri. Bila
dari sehari kesehari suaminya mula jemu dengan tingkahnya.
Nape ulang bab 18, mana bab 29. ^_^
ReplyDeleteTak boleh nak buka cuba dari 19-27. Tapi tak tahu nak buat macam mana. tulah rasanya kena tunggu anak mak teh tolong betulkan...
ReplyDeleteSalam, tulah terkejut nape dari bab 28 tiba-tiba bab 18... tak sabar ni..
ReplyDelete