“Mak! Syukri mengaku salah,
sebab Syukri lah yang ajak Sarah nikah. Masa tu memang Syukri tak fikir
perasaan Nuri. Syukri fikir maruah Sarah yang dah tercalar sahaja. Orang
keliling dah pandang serong pada dia. Tapi pada mula nya Syukri rasa Nuri boleh
terima. Nampak pada air muka nya yang lembut dan hatinya yang baik. Tak sangka
dia boleh pendam perasaanya sampai macam ni sekali. Masa Syukri pasang CCTV
barulah Syukri tahu selama ni dia macam berdendam dengan Syukri. Masa tulah Syukri
tahu dia terluka sangat. Tapi Syukri nak buat macam mana.”
“Kamu pasang CCTV macam
cerita penyisatan kat tv tu ke Syukri tapi kenapa?”.
“Pada mulanya Syukri hanya
nak pastikan Nuri mengandung. Dua kali mengandung dia tak bagi tahu Syukri mak.
Syukri dapat tahu dia mengandungkan
Wafi, masa Wafi dah bergerak dalam perut. Nuha pun sama. Walaupun Syukri tahu awal
kehamilan dia tapi Syukri nak dia yang cakap dengan Syukri dia mengangdung tapi
sampai Nuha lima bulan dalam perut dan Syukri tanya baru dia mengaku. Masa dia sakit
nak bersalin Nuha dia pun tak cakap dengan Syukri, dia minta tolong kak Ton.
Dua kali dia bersalin Syukri terlepas, Wafi dan Nuha bukan Syukri yang azan dan
Iqamatkan. Apa yang emak rasa kalau mak duduk kat tempat Syukri, Syukri rasa
tak berguna sangat untuk jadi seorang ayah pada anak-anak, Syukri tak
diperlukan oleh seorang isteri, Syukri tak bererti apa-apa pada Nuri mak. Anak yang Syukri tunggu-tunggu tapi bila
lahir orang lain yang azan kan mereka. Syukri sedeh mak.
…Jadi Syukri nekad
memerhati pergerakkan dia, nak tahu bila dia mula mengandung. Bila Syukri
pasang CCTV memang menjadi, Syukri tahu dulu dari Nuri yang dia dah mengandungkan
Hadi, masa kandungan dia dua minggu lagi Syukri dapat tahu.”
“macam mana kamu tahu dulu
dari Nuri, Syukri??”.
“Malam tu dia kena gatrik
sampai pengsan. Syukri bawa pergi klinik, masa dia belum sedar doctor cakap dia
mengandung. Mak nak tahu masa tu, dia sakit sampai berguling-guling bukan
Syukri yang dia panggil mak, dia panggil kak Ton. Hancur hati Syukri ni mak.
Tapi Syukri datang juga bila dengar dia pesan dengan kak Ton kalau dia habis
nyawa malam tu dia minta panggilkan
Syukri lepas Subuh..Syukri tahu dia dah sakit sangat sampai fikir dia dah nak
habis nyawa.”
“Sebab apa dia suruh panggil
kamu lepas subuh”.
“Sebab dia tak nak
berhutang masa dengan Sarah. Malam tu malam gilirn Syukri kat rumah Sarah”. Puan
Noriza sudah menangis teresak-esak mendengar cerita anaknya. Dia meletakkan
dirinya ditempat Nuri. Pedih hatinya sampai ketulang hitam rasanya.
“Semuanya tu kamu tenguk
kat CCTV yang kamu pasang lah ye. Lagi apa yang dapat bila mengintip
pergerakkan dia tu”.
“Banyak mak, banyak sangat.
Syukri nampak kesusahan dia menjaga anak mak. Balik kerja dia masak sambil
dukung anak, masa solatnya tergesa-gesa. Anak demam tiga empat kali terjaga,
sampai kadang-kadang tu, dia tidur duduk
mak. Baru Syukri tahu anak tak sihat. Nuri tak pernah bagi tahu anak-anak demam
atau selsema pada Syukri. Semunya dia tanggung sendiri mak. Baru Syukri sedar
susahnya nak besar kan anak . Syukri
sedar Syukri dah membiarkan Nuri terkontang kateng sorang membesarkan
anak. Dari situ makin terasa Syukri tak
berguna pada Nuri mak. Dan yang paling Syukri
takut Nuri dah tak memerlukan Syukri lagi. Tapi Syukri sayang kat dia mak, sayang sangat.”
“kalau ditakdirkan sampai
sekararang dia tak ada anak kamu masih sayang dia ke?”.
“Syukri sayang dia bukan
pasal anak mak, tapi Syukri sayang dia kerana dia terima Syukri dulu macam
mana. Dia tak pandang senangnya Syukri”.
“Habis kenapa kamu nikah
dengan Sarah?”
“Terus terang Syukri kata
nikah dengan Sarah itu silap Syukri. Walaupun Syukri sedar cinta Syukri pada
dia dah mati. Silap yang paling utama
mengajak dia kerja dengan Syukri. Bila dah satu tempat kerja dia selalu merintih tentang nasibnya,
menyebabkan Syukri rasa kasihan. Kehulu
kehilir dia ikut Syukri, kalau boleh
masuk tandas pun dia ikut mak, sampai buat kerja kat bengkel pun dia ikut, dia
duduk tepi Syukri temankan Syukri.Dia tak malu orang pandang serong, dia tak
kisah tempat tu kotor. Bila Syukri tegur dia dia kata dia tak kisah janji dapat
bercerita dengan Syukri meluahkan apa
yang ada dalam hatinya. jadi Syukri nak buat macam mana? Syukri ada juga suruh
dia cari kerja tempat lain dia kata tak dapat. Suatu hari Syukri ada dengar
orang mengata dia perempuan simpanan Syukri dan pekerja Syukri pun mengiakan,
itu sebabnya Syukri ajak dia nikah.
...Bila dah serumah makin
susah Syukri nak melepaskan diri dari dia, Sarah ni selalu mengingatkan dirinya
mak. Walaupun dia tak halang Syukri pergi rumah Nuri tapi dia selalu cakap ‘Kesian Sarah ni bang’ itulah perkataan
yang selalu diucapkan bila kita sedang berbual dengan dia. Jadi ‘rasa kasihan’ Syukri pada dia tak pernah
lupa mak…
..Tapi mungkin Syukri kenal
dia pun dah lama dan tahu perangai dia. Dari dulu Sarah tak pandai berdikari.
Sejak sekolah lagi perangai dia macam tu. Syukri tambah kesian dengan dia, bila
fikir semua orang tak suka dia termasuk emak dan keluarga kita. Kalau nak
dilihat nasib Nuri selalu baik, semua orang sayang dia, ditambah dia dapat
mengandungkan anak Syukri. Masa dia dapat tahu Nuri mengandung lagi nampak wajah
kecewa Sarah. Dia selalu mengeluh dengan Syukri, kenapa nasibnya tak sebaik
nasib Nuri. Walaupun latar belakang mereka sama. Itu sebabnya Syukri lebihkan masa
Syukri dengan Sarah. Mana tahu tindakkan Syukri membuat luka dihati Nuri. Dia
rasa, sayang Syukri dah berat pada Sarah. Dia minta cerai diawal dia
mengandungkan Hadi lagi. Permintaan tu dapat ditangguhkan sebab Nuri dah
mengandung masa tu. Sebenarnya
Syukri tak tahu Nuri terluka sampai macam ni sekali. Nuri tak pernah nak cakap
apa yang dia tak suka. Muka dia selamba sahaja. Walaupun Syukri perasan sejak
adanya Sarah, Nuri tak pernah ketawa gembira mak.”.
“bila kamu tahu Nuri
terluka apa tindakaan kamu”.
“Syukri mula lebihkan masa
pada Nuri, mula tolong jaga anak. Tapi rupanya tak membantu, luka Nuri macam
dah tak terubat, kalau ada peluang saja dia akan ingat Syukri tentang
perpisahan. Dia selalu mengingatkan janji yang pernah Syukri janjikan pada dia.
Janji dirinya akan dilepaskan selepas keringnya nifasnya. Bila Syukri lebih
dirumah Nuri, Sarah pula rasa dirinya terabai dia bersungguh minta cerai.
Syukri rasa ini lorong Syukri terus
kekalkan perkahwinan dengan Nuri. Itu yang Syukri teruskan permintaan Sarah”.
“Syukri!! Macam mana cara
kamu janji Syukri. Kalau kamu janji dengan lafaz ertinya talak dah jatuh”.
Terkejut Puan Noriza mendengar cerita anaknya. Sebab lafaz jangan dibuat main,
lafaz talak lagi ngeri puan Noriza memikirkan.
“Taak Syukri tak lafaz
apa-apa. Syukri hanya cakap perbincangan tentang dirinya mahu dilepaskan
ditangguhkkan sehingga dia selamat bersalin itu saja.”
“Ohh, Sarah tahu Nuri minta
cerai selepas bersalin yang ni”.
“Tahu itu sebabnya dia
minta cerai seminggu lepas Nuri bersalin. Selain dia nak anak sendiri dia nak
tolong Syukri kekal dengan Nuri”.
“Tapi mudah sangat kamu
tunaikan permintaan Sarah kenapa?”
“kan Syukri dah cakap tadi,
cinta Syukri pada Sarah memang dah tak ada sejak emak dia tak terima pinganan
Syukri dulu, tapi Syukri keliru anatara rasa cinta dan kasihan, itu yang Syukri
ajak dia nikah. Tapi mak kenapa agaknya, masa lepas kami bercerai tempuh hari
Syukri cakap dengan Sarah agar dia cepat dapat jodoh Syukri tak rasa apa-apa.
Tapi bila mengenangkan Nuri akan kahwin dengan orang lain hati Syukri sakit
sangat. Itu pasal Syukri tak mampu nak lafazkan perkataan itu untuk Nuri,
Syukri takut kehilangan Nuri”.
“Kamu kata kamu tak cintakn
Sarah kenapa kamu tak ceraikan dia selepas kamu tahu Nuri tak dapat terima
dirinya di madu”.
“macam mana Syukri nak
ceraikan dia mak, dia tak pernah minta. Mak tahu, Sykri dengan Sarah tak pernah
bergaduh sepanjang dua tahun kami serumah. Jadi apa alasan Syukri nak ceraikan
dia. Boleh ke bawa kehadapan kahdi cakap saya nak bercerai sebab saya tak
cintakan isteri saya. Lagi lah tak boleh kalau Syukri nak bercerai tapi Sarah
tak mahu. Susah rupanya nak melepaskan diri bila kita dah diikat oleh ijab dan
qabul”.
“tapi macam mana tiba-tiba
dia nak minta cerai pula”.
“Mungkin kerana dilihat
Nuri dah bersalin tiga kali, dia tak lagi. Sarah sebetulnya nak sangat anak,
tapi dia nak anak sendiri. Dia dah pergi check masa Nuri bersalinkan Nuha. Masa
kita sibuk uruskan Nuri bersalin dia pergi hospital pakar sakit puan dah disah
kan dia tidak ada masaalah kemandulan. Dia normal dan boleh mengandung. Kemudian
dia teringat kata-kata arwah emaknya yang tak mahu dia mengandungkan anak
Syukri. Dia kata mungkin dia tak mengandung kerana kata-kata arwah emaknya. Dia
rasa kalau dia tetap dengan Syukri
sampai bila-bila pun dia tak akan mengandung. Ia ke mak arwah emak dia ada
cakap macam tu?”.
“Memang itulah yang arwah
emak dia cakapkan. Dia tak rela Sarah mengandungkan anak kamu takut cucu emak
tu nanti akan menghabiskan harta keluarga dia. Emak pun tak harap dia jadi
menantu emak sebab cakap arwah emak dia juga cakap juga”.
“Selain tu apa lagi yang
arwah emak dia cakap, emak pun macam berat hati nak terima Sarah menjadi
menantu?”.
“Ni sebab kita dah terbuka
kisah lama jadi mak ceritalah. Arwah emak dia cakap.. dia memang tak rela kamu
kahwin dengan Sarah sampai bila-bila pun. Dia takut bila kamu susah, nanti kamu
suruh dia jual diri, untuk makan minum kamu”.
“Amboi sampai macam tu
sekali dia pandang Syukri. Apa muka Syukri ni muka penyangak ke mak”.
“Ialah kamu tu tak bekerja
masa tu, dia tenguk emak pun miskin tak berduit. Kalau masa tu mak datang
dengan beg tangan yang mahal baju pun lip lap lip lap tentu dia terima pinagan
kamu. Silap emak dulu tu kenapa tak beli beg tangan kat sempadan Siam saja,
bergaya sikitkan”.
“Hiss emak ni, dah lepas,
apa nak berangan lagi. Tapi sombong betul arwah emak Sarah, Syukri tak tahu
pula dia sesombang itu. Muka nampak baik saja masa Syukri jumpa dia waktu
sekolah menengah dulu”.
“Kita tak boleh menilai
orang dari luar saja Syukri, tapi mungkinlah dia memang tak yakin kamu boleh
senang macam ni. Boleh bagi anak dia makan pakai tempat tinggal dan kereta
macam sekarang ni”.
“Rezeki kan Allah yang
tentukan, kalau kita berusha tentu Allah akan lorongkan jalannya. Tapi mak,
kalau tak pertolongan Nuri, Syukri pun tak akan jadi macam ni. Mak macam mana
kalau Nuri tak balik mak. Syukri takut dia akan terus tinggal dengan
abang-abangnya kat sana. Macam mana dengan Syukri mak. Syukri tak boleh nak
bernafas bila kenangkan Nuri tinggalkan Syukri mak”. Wajah Syukri bertukar
mendung bila mengenangkan Nuri seakan semakin jauh darinya.
“InsyAllah dia balik. Tapi
kamu kena kuat. Ni pergi mandi segarkan badan, lepas tu makan bubur yang emak
masak tu, kemudian makan ubat. Cepat kamu baik dari demam, cepat kamu pergi
bengkel. Kalau kamu banyak buat kerja taklah teringat dia sangat. Taklah kamu
rungsing Syukri. Ubati ingatan kamu tu dengan kerja. Kamu tu berniaga, kalau
kamu tak kerja macam mana duit nak masuk, macam mana kamu nak tanggung anak
isteri kamu bila diaorang balik nanti”. Satu, satu puan Noriza menyusun
arahannya agar diikuti oleh anaknya yang sudah tidak keruan hidupnya kerana
ditinggalkan isteri.
Baik sahaja dari demam Syukri
kebengkelnya. Dia bekerja dan terus bekerja. Tetapi keadaan dirinya tidak
terjaga. Misai dan janggutnya tumbuh meliar. Rambutnya juga sudah panjang tidak
bergunting. Hampir sebulan dia begitu hari Ahadnya juga dia bekerja. Kini
fizikal Syukri jelas merusut, dirinya kelihatan sangat kurus.
Semalam dia dihubungi oleh
seseorang. Seseorang yang telah dilepaskan dari hidupnya.
“Asalalmualaikum, abang apa
kahbar?”
“Walaikumsalam,
Alhamdullilah Baik, Sarah apa kabar harap pun baik jugalah, macam mana dengan
kerja?” Syukri terkejut sebenarnya, bila
Sarah menghubunginya.
“pandai abang teka memang
Sarah baik kerja pun ok. Kat sini ramai kawan, Sarah tak sunyi. Apa khabar
Nuri. Dia dah habis pantang bang”.
“Dah Sarah. Tapi dia tak
kat sini dia ikut abangnya balik Australia, dah dua minggu lebih dia kat sana”.
“Abang tinggal sorang kat
sini ke? kenapa abang tak ikut sekali”.
“Dia tinggalkan abang
Sarah. Abang ni macam kena gantung tak bertali”. Berkerut-kerut dahi Sarah
mencerana yang yang diberitakan oleh
Syukri. Yang dia tahu orang perempuan yang digantung tak bertali ini. Dia
seorang lelaki seorang suami yang digantung tak bertali oleh isterinya pelik.
“apa cerita ni bang, abang
ni betul ke tak betul ni”.
“Betul Sarah. Dia
tinggalkan abang. Masa dia pergi sana pun masa emosi dia tak stabil. Abang tak
tahulah dia terus menetap kat sana atau balik lagi kesini.”
“Macam mana boleh sampai
emosi dia tak stabil?”
“Masa dia dah bersih dari
nifas dia minta abang ceraikan dia, tapi abang dapat nak lepaskan dia. Itu yang
jadi emosi dia tak stabil. Pak su dia panggil abang dia datang sini kemudian
dia bawa balik Australia bersama dia”.
“Habis abang macam mana?”
“Macam nilah. Dah isteri
tak nak kat kita nak buat macam mana”.Begitu mudah Syukri menceritakan kisah
rumah tangganya kepada Sarah. Mungkin mereka pernah sebumbung jadi kemesraan
mereka belum lagi luntur.
“Bang! Sebenarnya Sarah
masih sayang kat abang. Kalau abang sudi kita rujuk balik. Sarah call abang ni
sebab Sarah rindu sangat kat abang”. Terus sahaja Sarah menyatakan hasrat
hatinya. Padanya kesempatan didepan mata, bekas suaminya dalam kesedehan
mungkin memudahkan dirinya untuk pulang semula kepangkuan bekas suaminya.
“Sabarlah Sarah, kebiasaan
yang terpaksa kita tinggalkan memangnya payah sikit, tapi lama-lama Sarah akan
ok. InsyaAllah Sarah akan dapat lupakan abang”.
“Abang tak nak rujuk balik
dengan Sarah ke? Hari tu abang kata kalau Sarah tak dapat jodoh lain Sarah
boleh datang pada abang”.
“Baru sangat kita berpisah
Sarah, tunggulah sikit masa lagi, tentu ada jodoh untuk Sarah nanti. Untuk kita
rujuk abang rasa banyak buruk dari
baiknya. Sarah akan menderita kalau Sarah terus duduk disisi abang. Lebih baik
kita macam ni. Sarah dengan hidup Sarah, abang dengan hidup abang. Kita hanya
boleh jadi kawan atau antara abang
angkat dan adik angkat sahaja itu lebih baik.”
“Kenapa abang cakap macam
tu. Sarah tahu Sarah ni banyak kurangnya untuk jadi isteri yang baik. Tak macam Nuri dia memang sempurna, sebagai isteri
yang bertimbang rasa dan ibu yang penyayang, tapi Sarah janji akan memperbaiki
diri Sarah. Sarah nak menjadikan Nuri
contoh. Sekarang Sarah tak kisah nak ada anak ke tidak, ada abang depan mata
Sarah pun Sarah dah bahagia sangat. Kalau bab masak yang menjadi masaalah,
sekarang Sarah dah pandai masak. Sekarang ni sejak Sarah duduk serumah dengan
Maryam hari-hari kami masak. Tentu emak dah boleh terima Sarah jadi menantu
dia. Lagi pun masa pertemuan kami dulu, emak dah baik dengan Sarah. Kami boleh
berbual bang. Emak pun ada cakap yang dia sebetulnya terima Sarah sebagai
menantu, yang dia marah tu sebab Sarah tak bersungguh belajar masak.” Panjang
lebar Sarah menerangkan tentang dirinya.
“Sarah! abang sebenarnya
sayangkan Nuri, hidup abang tak sempurna kalau tak ada Nuri. Dengan Sarah abang
hanya ada rasa kasihan sahaja. Tapi dulu abang keliru. Abang tak boleh nak
bezakan antara sayang dengan kasihan maafkan abang Sarah. Sekarang abang tunggu
Nuri. Kalau Sarah ada dalam hidup abang, abang akan kehilagan Nuri untuk
selamanya. Abang tak sanggup Sarah, abang tak sanggup kehilangan Nuri. Sekarang
ni hilang Nuri sekejap dalam hidup abang,
abang rasa dah tak tentu arah”.
“Kalau ditakdirkan Nuri tak
balik lagi keMalaysia dia menetap di sana mahukah abang rujuk balik pada
Sarah?”
“Tidak Sarah, rasanya
cukuplah kita dapat hidup bersama selama dua tahun, Abang tak mampu hidup dengan Sarah tampa Nuri. Kalau Nuri tak
balik abang lebih rela hidup sorang Sarah. Abang akan hidup dengan kenangan
bersama dia. Kalau Sarah menemani abang itu tidak adil untuk Sarah. Sekarang
azam abang nak ushakan dengan bersungguh
apa yang dia tinggal kan untuk abang. Abang akan berusha membayar segala hutang
abang pada dia. Itu azam abang sekarang”.
“Untuk abang kenang dia
Sarah tak halang dan Sarah akan memahami. Tapi bang, dulu Sarah ada baca surat
perjanjian dia yang mengatakan apa yang dia bagi kat abang dia tak minta balik.
Kenapa abang kata hutang pula.”
“Walaupun dia tak minta,
tapi abang akan bayar Sarah. Abang sepatutnya berusha untuk membayar segala
duit yang dikeluarkan untuk abang. Sebelum dia pergi hari tu abang ada tenguk
buku simpanan dia. Memang dah kosong kerana semuanya dia bagi kat abang. Abang
malu pada diri abang sendiri. Kalau abang tak bayar balik semua yang dia bagi
kat abang seolah-olah abang kikis duit dia.”.
“Besar sungguh pengorbanan
dia kat abang, untung abang jumpa dia, tapi memang patut pun, kan dia ada duit
wajiblah tolong suaminya yang tak ada duit masa tu. Lagi pun abang bukan yang
minta, dia yang suka rela bagikan.”.
check in..check in..
ReplyDeletewow mak teh..ni salah satu bab yg paling saya suka..
sarah sekarang dah jadi watak hitam..
saya suka dalam cerita ada watak hitam dah watak putih..
terima kasih mak teh..
saya menunggu kalau sarah menggoda syukri balik..
u're in the last leg syukri..
ReplyDeletekalau anda tergoda, anda habis..
mak teh buat la cerita yg sarah mmg goda syukri kaw2 punya..
sampai jumpa nuri bagai..
biar cerita ni lama pun tak pe sebab kita nak tgk macamana syukri menepis godaan sarah..
mungkin dari situ pintu hati nuri terbuka untuk menerima syukri..
tapi mmg kena bagi sarah watak penggoda habis..
kalau baik sangat pun takde thrill..
apa2 pun terima kasih mak teh untuk n3 ni..
mak teh memang terbaekkkk..
Ewah sarah.. gila talak ke? Nak rujuk balik dgn syukri ya.. Alahai syukri... kalau rujuk semula dgn sarah maknanya memang dia akan kehilangan nuri buat selama-lamanya. Dia dah tahu penghinaan mak sarah padanya dulu kalau masih memilih utk rujuk lagi memang hati beballah syukri ni.. Nice n3 mak teh. TQ mak teh.
ReplyDeleteAmboi Sarah. Dah tak laku ke? Memang dari dulu pun macam tu. Lepas tolak Syukri harapan dia+maknya tunggu laki kaya pinang tak kesampaian. Tu yang cari Syukri balik. Syukri pun dah cerai nak gurau agak2 la. Kan dah dicari lagi. Satu masalah blm selesai dah masalah sarah plk dtg. Desprate btul la sarah ni. Baru brp bulan dah tak le tahan.
ReplyDeleteNuri baru nak sekolahkan Syukri, sarah pegi main jauh2 yer.
Tq mak teh, tak sabar tunggu next part. Rasa mcm pendek jer. Tak puas baca takde Nuri+anak2.
Kan dah kata Sarah hanya main wayang. Harap Syukri x termakan pujuk rayu Sarah sebab dia nak Syukri x perlu keluar duit untuk sara hidup. Harap Syukri celik mata dan bersabar x lama lagi Nuri balik. Isteri memang boleh bantu suami tetapi suami x boleh lupa diri. Bengkel tu adalah harta sepencarian Syukri dan Nuri dan Sarah langsung takde hak.
ReplyDeletesyukri tak bercerita habis perbuatan dia terhadap nuri pada puan noriza..ada yang dia cover..kalau dia cerita habis mau kena tendang lak dengan puan noriza..
ReplyDeletemau sarah nak lepaskan syukri sebab syukri lelaki yang paling vodoh dok ngikut je kehendak dia..apa yang dia tak dapat..duit dapat, kereta dapat, belanja dapat sampai anu syukri pun dia konker..syukri baru cakap sikit je dah nak merajuk tahap petala..last2 mamat dok layan dia je sampai nuri dan anak2 terabai..manja la kunun2..taik kucen..
Wahhh...sarah ingin kembali..
ReplyDeleteMenarik..menarik..
X sabar nak tunggu besok nak tau apa kesudahannya..
Tq mak teh..
Yess.. itu perbualan semalam. Apa yang syukri fikirkan erk. Sarah ni memang jenis terdesak nak berlaki. Tak reti nak sabar. Baru bercerai, tak dapat boipren terus ingat nak rujuk. Masa nak bercerai dulu dia ingat seronok kot jadi janda.
DeleteSyukri bagitau maknya seolah2 Nuri mintak dilepaskan sekali jer. Padahal yang kali pertama tu kalau maknya tau memang lagi berasap dibuatnya. Agaknya tak ingin maknya nak berbaik dgn Sarah.
ReplyDeleteBoleh bertahan ke Syukri dengan rayuan Sarah. W'pun 2thn bersama tak pernah bergaduh dia patut dah kenal hati budi sarah. Dah menumpang senang dalam diam menyibuk psl harta syukri+nuri. Yg syukri pun semua nak citer dgn sarah. Menyampah depa dua ni.
ReplyDeleteSarah cakap tak serupa bikin, hipokrit. Cakap kalau call pasal kerja je. Bila tau Nuri takde, laju je nak ambil kesempatan. Pastu siap hasut syukri tak yah bayar duit Nuri. Menyibuk betul minah gedik ni.
ReplyDeleteHarap syukri dah serik betapa susah nak lepaskan diri bila dah terikat dgn sarah dulu. Bykkan berdoa dan tggu Nuri+anak2 balik. Tak pun pegi la jengok mereka disana. Jumpa dlm suasana lain. Sorry mak teh. memandai jer. hehehe....
Ha...reti lak rasa malu pakai duit nuri bila nuri dah pergi jauh..
ReplyDeleteKalau nuri di depan mata, kemain mencurah duit kat gedikkan..
Patut2 duit nuri tu diganti dulu bahkan di beri setiap bulan untuk ambil berkat seorang isteri yang banyak berkorban..
Ni bagi perabih kat gedik, makan dari pagi sampai ke makan malam di kedai..
bawa gedik berseronok2 ke hulu ke hilir seolah2 kereta curah air paip..
Belikan gedik kereta, padahal dah ngadap dari pagi tumpang je la kereta sendiri..
Kalau tgk mmg macam banyak duit sangat padahal ac bank nuri kosong..
Jadi boleh di bayangkan mungkin perbelanjaan harian nuri dan anak2 pun pakai duit nuri jugak..
Sebab kalau nuri bekerja mengikut ijazah dia dan bekerja kerajaan, mau gaji dia lebih 3 ribu..
Kalau ac kosong, bermakna nuri menggunakan duit gajinya untuk keperluan dia dan anak2..
Lagipun kita tgk cara pemakanan nuri pun sangat simple dan jimat..
Mungkin duitnya habis untuk susu, diapers dan upah jaga wafi dan nuha..
Harap2 bila nuri dah ok, dia boleh spend sikit duit dia untuk kecantikan diri..
Makan vitamin, pergi spa, beli baju cantik..
Sebab ada satu ketika saya sangat sedih bila syukri mengata nuri terlalu kurus pada gedik..
Mentang2 la gedik seksi dan menggoda..
Terus hilang kebaikan nuri..
Gedik tu nampak cantik sebab malas bekerja rumah..
Makan pun ulang alik di kedai..
Memang la nampak berjaga semua sebab ada orang bodoh yang sponsorkan..
si sarah main wayang je...dia tahu nuri mnta cerai jadi dia mnta cerai dulu jadi tak le nampak dia jahat sgt....dgn harapan kot si syukri lpas ceraikn nuri akan rujuk kpd dia dn merayu dia kot.
ReplyDeleteklu si syukri yg sengal dn bengap ni masih tak ingat dn sedar diri juga tak tau le nk ckp apa. kata-kata si syukri ni sentaisa nk melapskn diri. berbelit je.
apa-apa pun harap nuri sentiasa bertegas dn jgn beri muka lagi kpd si syukri. sekiranya nuri berbalik kpd si syukri demi anak-anank biar le bersyarat agar si syukri tak boleh lagi memperbodohkn nuri.
masih tak suka dgn si syukri dn bertambah-tambah tak suka dgn si sarah.
-dibah-
Perempuan macam sarah ni memang tak boleh percaya. Masih lagi nak menghasut supaya syukri tak bayar duit Nuri.Memang menyibuk + tak sedar diri. Pastu muka tak malu merayu nak rujuk.
ReplyDeleteHarap Syukri tegas mempertahankan rumahtangga bersama Nuri. Bila dah jauh baru ingat nak ganti duit Nuri. Dulu boleh dia pertikaikan keikhlasan. Biarlah lepas ni Nuri + anak² yang dapat kesenangan.
Teruknya perangai sarah sebelum kawin(lepas kawin pun teruk gak), tak hirau pandangan orang sekeliling. Tak jaga maruah langsung. Kalau kali ni Syukri tak elak memang cari bala la jawabnya.
ReplyDeleteSiyam pun dah serumah dengan sarah dah tau perangai pemalas dan pengotornya. Pasal tu tak nak jadikan kakak ipar. Agak² jer. Heheh...
Deletehahaha..kelakar orang atas punya statement..
ReplyDeletemana la tau kan atau gedik lak tgk abang siyam tak kaya..
nanti habis la duit dia kena tarah camne dia menarah duit syukri sengal...
sarah umpama api dalam sekam. dalam masa dia dok puji2 sarah depan syukri tp dalam masa yang sama dia mencucuk syukri. memang bahaya orang gini.
ReplyDeletesarah nak test market..untung sabut timbul, untung batu tenggelam..
ReplyDeleterugi woooo lepaskan syukri yang tersangatlah prihatin tu...
sanggup perabihkan duit dan masa asalkan pandai merengek..
macamana nak bergaduh syukri oiiiiii. dah ko tu yang vangang. tak nak masak layan, tak nak kemas rumah layan, kena tegur sikit merajuk, pastu ko rendahkan diri ko pujuk padahal apa yang ko tegur gedik tu sume pun betul. semua ko buat. ntah2 mandikan gedik dulu pun ko gak yang mandikan kalau tgk tahap pemalas sampai pagi2 nak buat air tok laki pun tak reti. kalau laki aku dah lama kena tinggal. setakat pandai layan kat tempat tidur, nuri pun pandai. cuma hati ko tu digelapkan oleh ngada2 dia tu je..padan muka kena tinggal dan pandai lak nak ngadu2 kat emak. masa ko buat nuri, takde lak ko ngadu2 kat emak kan. ha, ko layan je la gedik tu. dia pun sayang nak tinggalkan ko.
ReplyDelete