~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 30 December 2013

Bab 5 Bahagia yang ku cari

           


                Mizan Khir cepat-cepat masuk kebiliknya.Dia tahu jika Sarah terlihat kelibatnya mungkin dia menjadi tidak selesa nanti. Dia akan kemasjid berhampiran pekan kampung mereka. Dia akan duduk disitu supaya anak-anak dapat melepaskan rindu kepada orang yang dipanggilnya mama. Ketika mereka sibuk bercerita didapur  Mizan Khir menyelinap keluar rumah, dia menghampiri motorsikal buruk ayahnya. Dia sudah bersiap dengan baju melayu dan berkain pelikat. Niat dihatinya ingin beri’tikaf di masjid hingga waktu Magrib nanti. Sampai sahaja diMasjid Mizan menghubungi emaknya.

“Assalammualaikum! Mak Mizan ni. Mizan nak duduk kat masjid  sampai Magrib nanti. Mak cakaplah dengan ayah nanti ayah cari  Zan pula.  ”.

“Waalaikum salam. Ok” Senyum Hajjah Nafisah menerima panggilan anak lelakinya. Hatinya berbunga riang anak dudanya pandai membawa diri bila ada wanita bukan muhrim didalam rumah mereka.

“Siapa yang call mak.” Maryam hairan melihat emaknya selepas menerima panggilan dari seseorang. Jawapanya hanya ‘Walaikumsalam dan ok’ tapi emaknya tersenyum lebar.

“Abang kamu, syuut”.Hajjah Nafisah menjawab dengan suara senyap hanya mulutnya sahaja yang bergerak kemudian jari telunjuknya menunjuk kebibirnya, menandakan agar perbualanya tidak didengari oleh Sarah yang sibuk melayani anak-anak angkatnya bertanya itu dan ini. Maryam yang faham dengan bahasa emaknya juga terseyum lebar.

Setelah puas melayani dua orang anak dara kecil Mizan, Sarah ingin menjenguk emak angkatnya pula. Tetapi langkahnya terhenti bila  dilihat ada kereta ayah Isnya terpakir dihalaman rumah emak angkatnya. Langkahnya  berhenti dimuka pintu hanya matanya sahaja dihalakan keruamah emak angkatnya yang tidak jauh dari rumah Maryam.

“Kenapa kak Sarah..kalau nak pergi pergilah cepat nanti Yam datang dengan budak berdua tu”.

“Bukan tak nak pergi, tu ada kereta ayah Is lah Yam”. Ada suara hampa kedengaran disitu.

“Ialah itu kereta Pak su Ishak tu. Bila sampainya pak su Is mak?”.Hajjah Nafisah turut menjenguk dan memandag kearah rumah Puan Siti NurBahiah untuk memastikan kehadiran birasnya.

“Baru sampai agaknya, semalam tak ada pun, kerap juga dia  datang sini sekarang ni walaupun sekejap. Minggu lepas datang juga tapi tak sempat bermalam.Datang singgah sebelum dia pergi kePenang kata mak su Yah kamu”.Untuk mengelakkan pernikahanya diketahui oleh isteri pertama, pertemuan antara Ishak dan Siti NurBahiah dilakukan secara menyorok-nyorok. Jika dia dikehendaki keluar dari Kuala Lumpur dia kan singgah sebentar menemui isterinya mudanya dan pulangnya juga akan begitu. Itulah nasib isteri nombor dua yang disorok.

“Ohh.”Hanya itu yang keluar dari mulut Maryam dan Sarah.

Sarah masuk semula tidak jadi melangkah.Bila emak Maryam mula kedapur untuk meyediakan makan tengahari Sarah turut membantu.

“Yam tengahari ni ayah kamu nak makan gulai nangka muda meh tolong emak siang nangka Yam, kamu makan tak nangka muda ni Sarah”.

“Hsyy sedap tu makcik ..apa yang tak makan pulak”.

“Ok kita masak nangka muda dengan ikan talang kering tengahari ni, Yam ambilkan emak bekas minyak goreng ikan atas para tu Yam”.

“untuk apa mak?”

“Ni mak nak lumur pisau dan tangan emak ni”.

Sarah dan Maryam hanya memerhati bagai mana Hajjah Nafisah menyiang nangka muda.

“mak cik!kenapa dilumur pisau tu dengan minyak masak tu?”.

“Supaya getah nangka tu tak melekat sangat kat pisau ni. Bila getah nangka melekat banyak sangkat hulu pisau niNanti susah pula nak ditanggalkan”.

“Ohh..Sarah tak pernah tenguk orang siang nagka muda.Biasanya beli gulai yang dah siap dimasak sahaja.Susah juga nak siang rupanya.”

“ SiYam tu pun tak pernah nak siang nangka  Sarah. Siang nangka ni leceh getahnya. Ni mak cik potong Sarah tolong siramkan air kat tangan mak cik ni. Cara ni pun untuk mengurangkan getah nangka melekat kat tangan dan pisau kita. Kalau dah melekat kat pisau tangan kita jadi melekit-lekit nak pegang pisau pun rasa tak selesa”.

Tengah hari itu mereka makan gulai nangka muda yang dimasak bersama ikan talang kering. Sungguh berselera mereka makan. Sarah lagilah berselera, kerana rindunya sudah ada dihadapan mata dengan keletah yang tidak pernah menjemukan dirinya.

“Meh kakak ngan adik nenek yang suap,  mama nak makan dengan mak su tu”. Hajjah sudah memegang pinggan untuk meyuapi cucu-cucunya  seperti kebiasaan.

“Tak mau kakak ngan adik nak mama suap. Mama suap yeee”. Manja sahaja permintaan Zurin memandang kearah Sarah diikuti pula oleh adiknya Zira. Zira pula apa yang dilakukan oleh kakaknya dialah yang menjadi penyokong kuat dan pengikut setia. Zira sudah banyak cakapnya walaupun pelat dan tidak difahami apa yang diperkatakan. Pinggan ditangan Hajjah Nafisah bertukar tangan. Berbunga riang hati Sarah bila dirinya bagai sangat dihargai oleh anak-anak kecil itu.


Selesai dia menyuapi anak-anaknya makan dia pula makan.Dua minggu seleranya tertutup kerana rindukan anak-anak dan emak angkatnya. Dia makan bersungguh-sungguh, dah tak payah tunjuk ayu lagi. Maryam hanya tergelak melihat telatah Sarah.

“Walau hanya lauk kampong berselera sungguh  akak makan ye. Tapi kalau makan macam ni depan pak we, takut pak we nak datang meminag…”.

“Peduli apa Yam kalau dia tak nak meminag akak,  janji perut akak kenyang. Yang sebetulnya sedap sangat gulai emak Yam ni, yang kita makan kat kedai kenapa tak sedap macam ni Yam”.

“Mana ada, Yam rasa sama aja, rasa nangka juga.”

“Tak Yam akak rasa sedap, terasa lemaknya serainya pun berbau, tapi yang membuka selera ni mungkin rasa ikan masin ni”.


“Ialah mungkinlah kita ni semuanya ambil saja kat belakang rumah, kelapa tak payah beli, nangka pun yang baru petik, itu yang jadinya sedap tu. Yam rasa nak ratah saja nangka ni”. Sambil makan mereka berbual, mesra sahaja nampaknya Sarah dan Maryam.

“Ialahlah tu, akak tenguk Yam dah tiga kali tambah nasi dah Yam ni, akak tak makan lagi dia dah mula, ni akak dah nak siap dia tak habis lagi”.

“Yam makan kunyah sampai empat puluh empat kali baru telan lah kak”.

“Ialah tu”. He he he seorang dara, seorang janda terkekek-kekek  dimeja makan. Emak dan ayah Maryam hanya mengeleng melihat gelagat mereka.


Selesai makan dan berkemas Sarah membawa anak-anaknya duduk dibawah pokok jambu, mengambil angin. Hendak kerumah emak angkatnya dia segan kerana ayah Is masih ada disitu. Hendak masuk kebilik  takkan lah tetengah hari buta hendak duduk memerap didalam bilik. Dia juga tahu berbudi bahasa jika dirumah orang.Dia ingin mendandan rambut anak-anak angkatnya untuk mengisi masa lapangnya. Ditangannya ada sikat, reben dan getah rambut. Apa yang dirasanya ketika itu SANGAT BAHAGIA itulah rasa yang hadir dari lubuk hatinya. Rasa  berbaloi dia berkejar dari Damansara keMelaka tadi.

“Meh sini mama dandan rambut adik dulu ye..lepas adik kakak pula”. Sudah ada pelanggannya walaupun salonnya hanya dibawah pokok.

Yang menjadikan dia selesa, kerana  sejak dia sampai tadi tiada pun kelibat Mizan ayah kepada anak-anak angkatnya. Sedang dia leka mendandan rambut Zira kedengaran sebuah motor masuk keperkarangan rumah keluarga Maryam.  Sarah yang membelakangkan jalan tidak memperdulikkan.  Injin motor sudah diberhentikan, mengikut dari peka deria telinganya tidak jauh dari tempat mereka duduk. Tangannya terus menyikat perlahan rambut pelangan kecilnya.Pada perkiraan Sarah tiadak ada kepentingan untuk mengambil tahu siapa yang menunggang motosikal, jika seseorang menuju kerumah Maryam tentu sahaja kenalan ayah atau abang Maryam yang ingin mengunjungi keluarga Maryam, dia orang luar tidak perlu ambil tahu.

Tiba-tiba ucapan  salam garau, terasa sangat  hampir dibelakangnya menyebabkan dia sungguh terkejut hingga terlepas tangan dari memeganag rambut anak angkatnya, punggungnya juga terangkat sedikit…

“Assalammulaikum”.

“Walaikum salam” Agak terjerit sedikit spontan jawapan salam disambut dengan duduk yang terkinjat kerana terperanjat.

“Is is is ayah ni, kesian mama sampai terperanjat. Lain kalau bagilah salam lembut-lembutlah sikit, macam ni kakak ajar Assalamualaikuuum. Haa barulah mama tak terperanjat”. Dengan suara kecil dan berlagu-lagu pandai sungguh sikecil Zurin mengajari ayahnya yang kurang berbudi bahasa pada pendapatnya. Dia kesian mamanya terperanjat hingga terkinjat dari duduk yang tenang.

Terhenyut-henyut badan Sarah menahan ketawa kerana rasa lucu bila melihat lakunan Zurin tadi, begitu juga dengan Mizan dia sudah terbungkuk-bungkuk ketawa kerana  kelucuan.


Sarah menoleh, dua anak angkatnya juga menoleh memandang wajah ayahnya yang menayang sengeh.

“Sorry tak sengaja, boleh join”.

“Err..err” belum sempat Sarah memberi jawapan Mizan Khir sudah duduk dihujung pangkin.

“Nak cakap sikit dengan awak”. Mizan memberi penyataan. Sarah jadi berdebar pula takut-takut Mizan mahu memberinya amaran supaya jangan rapat dengan anak-anaknya.

“Cakaplah.”Sarah tidak memandang kearah Mizan lagi. Walaupun hatinya berdebar tetapi tangannya meneruskan kerja mendandan rambut Zira yang sudah terlerai akibat terlepas tadi. Dia perlu cepat menyelesaikan kerjanya kerana seorang lagi pelangannya sedang menungggu giliran dengan sabar.  Zurin mahu rambutnya didandan juga, janjinya tadi selepas dia siap mendandan  siadik.. sikakak  pula.

“saya balik sekejap aja ni, balik nak makan. Tak tahan perut dah lapar Lepas makan nanti saya akan duduk masjid balik”.

“Ya Allah! saya datang ni menyusahkan awak ke? Saya minta maaf saya tak berniat pun macam tu, kedatangan  saya dah susah kan awak pula.”.Terkejut Sarah dengan penyataan Mizan tidak disangkanya Mizan duduk diMasjid kerana memberi nya peluang untuk melayani anak-anaknya.

“Taak awak tak menyusahkan saya. Tapi saya takut awak lari balik..bila nampak saya  ada kat rumah nanti. Sebelum awak lari balik saya cakap dulu”. Terus terang Mizan.

“Janganlah cakap macam tu, inikan rumah keluarga awak, sepatutnya awak tak payahlah lari duduk kat masjid. Saya ok, sekejap lagi saya nak pergi rumah emak saya tu. Tapi sekarang ni saya nak duduk sini kejap, nak dandan rambut anak-anak ni. Kesian awak sorry ye..”.

“Yang sepatutnya kalau awak kesian kan saya, bila dah awak angkat anak-anak saya menjadi anak angkat awak, angkatlah ayahnya  sekali”.

“Ha!!!.” Terkejut Sarah dengan perkataan yang keluar dari mulut duda dihadapanya. Bulat matanya spontan memandang kearah Mizan..dia ingin mencerana dan mencari maksud apa yang diperkatan kan oleh Mizan sebenarnya. Kemudian Sarah bangun.Entah dia jadi bingung, tak tahu tujuan dia bangun mungkin mahu masuk kedalam rumah atau mahu kerumah emak angkatnya. Dia bangun tampa tuju kemana handak dituju.

“Awak nak kemana pulak tu duduklah dulu..kita tak habis bicang lagi”. Datar sahaja suara Mizan seakan dia berkecil hati, kerana bagai Sarah tidak mahu melayani dia berbual.

“Err..err”. Sarah jadi tertoleh-tertoleh antara Mizan dan pintu rumah.Tadi sebenarnya dia sudah tenang itulah sebabnya perkataanya yang keluar dari bibirnya banyak sedikit. Tetapi bila Mizan mengeluarkan pernyataan angkat mengangkat dia jadi tidak tentu arah pula. Kepala bercelaru dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Mizan hingga terkesan pada perbuatanya.

“Dah lah meh duduk sini sekejap,  saya nak tanya awak ni..Hssyy awak ni blur lah. Orang cakap sikit dah jadi bingung macam orang tak betul saja. ” Dah pula Mizan mengatakan Sarah blur dan orang tak betul…orang tak betul tu apa??? Soal Sarah dalam hati. Bukan ke orang tak betul orang gila.Hangat hati Sarah bila orang yang dihadapanya mengatakan dia begitu. Dah dia yang cakap tak jelas dia kata orang tak betul pula bebel hati Sarah yang kegeraman.

“Saya nak tanya ni..” lama Mizan mendiamkan diri sehingga Sarah jadi tidak sabar mahu mendengar apakah yang mahu diperkatakan oleh Mizan. Walaupun  hatinya membebel kegeraman dia tetap berdiri menanti Mizan bersuara.

“Ehh nak tanya tanyalah..kalau tak nak tanya saya nak masuk ni. Nak tidur meh lah kakak ngan adik ikut mama tidur”..

Ehh sedapnya dia ajak anak orang tidur dengan dia..ingat aku ni siapa ‘BAPAK’ budak-budak tu senang-senang dia ajak anak kikta tidur dengan dia pula.

“Tunggulah duduk dulu... Kakak adik tunggu dulu ayah nak tanya mama ni, duduk!!”. Arah Mizan, garang sahaja terdengar suaranya, tetapi perkataan ‘mama’ mesra pula didengari oleh telinga Sarah. Sarah dan anak-anaknya mengikuti arahan Mizan. Mereka duduk semula.

“Memandangkan awak ni tak tahu bahasa berlapik saya tanya terus terang. Kalau saya nak pinang awak pada siapa saya nak pergi meminang”. Haa kan Mizan sudah menanyakan soalan cepu berliannya. ‘Dasyat gila’Sungguh dia berterus terang detik hati Sarah yang terkejut. Tadi cakap tak terang dia jadi blur kini dia cakap berterus teranag Sarah jadi terkejut.

“Haa??” sekali lagi Sarah terkejut dia betul-betul jadi blur dengan pertanyaan Mizan duda anak dua yang dihadapanya sekarang.. Hingga ternganga dan bulat mata Sarah dibuatnya kerana terkejut, memandang kearah Mizan  duda yang tak tahu berbudi bahasa.



Sebenarnya lama Mizan memikir baik buruknya membuka hatinya untuk mejadikan  Sarah mama untuk anak-anaknya disamping itu halal untuk dirinya. Supaya merek tidak kekok bila duduk bersama seperti sekarang ini. Tujuan utama agar anak-anaknya ada tempat untuk bermanja. Dilihat pada mata kasar anak-anaknya sudah sangat serasi dengan Sarah, bagi dirinya kebahagiaan anak-anak adalah perkara utama dalam hidupnya sekarang ini. Setelah yakin dia memeberanikan diri bertanya dari hati kehati kepada Sarah, dia tidak mahu melalui orang tengah. Ini dia memulakan langkah pertama, tetapi silapnya dia orang muda mana tahu nak berkias bagai.

“Tak kan bahasa senang macam tu awak tak faham?” Garangnya Mizan ni, tak ada pujukkn atau nada suara yang lembut mahu memikat janda muda dihadapan mata.

“Faham, tapi betul ke awak tanya macam tu?” Sarah jadi tidak mengerti apakah yang dimahukan oleh Mizan, mahu meminangnya tapi bahasa dan gayanya macam orang nak bergaduh sahaja.

“Habis siapa lagi yang tanya?ada ke orang lain kat sini”. Mizan tertoleh-toleh kiri dan kanan.

“Awak!awak tahu tak siapa saya?”

“Tahulah nama awak Maisarah binti Zamri, kawan serumah dan satu tempat kerja Maryam adik saya”.

“Awak tahu tak saya ni janda?”

“Tahu awak janda tak ada anak”.

“Habis kenapa awak nak kan saya..Awak tahu tak dua tahun lebih saya jadi isteri orang dulu, tak menyesal ke  nanti.”

“Habis..Saya ni teruna ke yang nak menyesal kahwin dengan janda, kita samakan, awak janda saya duda anak dah dua atau sebab saya dah ada anak dua jadi awak tak sudi nak terima saya. Ialah bak kata orang duda kan bekas orang”.
 Tak padan dah duda sensitive pula dia ni, tadi suaranya bukan main garang, ni sensitive pula.Emosi tak setabil betullah dia ni..nak kata datang bulan.. dia ni jantan datang bulan apanya’. Bebel Sarah dalam hati mengenai orang jantan yang duduk sepangkin denganya. Wajahnya berkerut-kerut memandang Mizan yang masam mencuka.

“Hsyy awak ni merepek yang bukan-bukan kenapa?. Maksud saya.. biasanya orang kahwin nak kan anak. Saya ni pernah berkahwin dua tahun lebih tapi tak dapat anak, tak takut awak  kalau saya tak dapat memberi anak pada awak”.

“Ohh itu boleh diushakan, sekarang bidang perubatan sangat canggih, macam-macam cara ada untuk membantu orang yang berusha. Lagi pun yang memberi anak adalah saya. Awak tu hanya tolong mengandungkan anak saya sahaja itu pun kalau kita dah nikah lah”. Berbahang rasa muka Sarah mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Mizan Khir yang agak tidak bertapis. Ahhh sungguh lelaki ini berterus terang. Mungkin kerana lelaki ini pernah berkahwin itulah sebabnya ayatnya tak ada ‘water filter’. Sarah hanya mendiamkan diri dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan lagi.

“Jadi macam mana? Kalau saya nak pinang awak, pada siapa yang boleh saya pergi meminang”.

“Saya yang sebenarnya dah tak ada siap-siapa lagi yang boleh diharapkan. Masa saya kahwin dengan bekas suami saya pun kami pergi berdua sahaja kat Sempadan Siam”. Sarah juga sudah menjadi  seperti Mizan, kata-katanya terus dan telus tampa selindung.

“Awak nak yang macam tu ke? Kalau saya cara tu adalah jalan yang terakhir setelah habis ikhtiar.  Awak masih ada abang lagi kan. Dan awak tahu kat mana dia duduk, tak boleh ke diushakan kita jumpa dia. Pada saya kalau kita dah berusha jumpa dia dan dia tak mahu mewalikan awak, kita boleh berwali hakim untuk nikah ditanah tumpah darah kita sendiri.Tak payahlah kita nikah di Sempadan, pada saya nikah disempadan hanya untuk orang yang terdesak.Kita masih ada keluarga untuk merestui pernikahan kita.”Lembut sahaja nada suara Mizan memberi pandangan.Sayu hati Sarah mendengar penerangan dari Mizan. Kini sudah tertutup sikap garang Mizan dimata Sarah.

“Tahu, mereka masih di Gemencih, tapi mereka dah tak ambil berat hal saya”.

“Walaupun mererka tak ambil berat hal awak tapi mererka tetap waris awak dan wali awak kalau awak nak nikah. Atau awak memang suka nikah kat Sempadan Thai?”.

“Hsyyy awak ni saya ni perempuan Melayulah, kalau boleh hari bahagia saya nak dihadapan saudara mara, dan kalau boleh diwar-warkan. Saya sebetulnya tak mahu hari yang bermakna bagi saya, diSOROK macam dulu.Tapi betul ke awak nak nikah dengan saya? Kenal tidak, bercinta jauh sekali..tup-tup kita nikah. Macam mana kita nak menghadapai hari-hari yang mendatang bersama-sama.”.

“Alah kita ni kan dah tua tak payahlah nak bercinta bagai. Rasa cinta itu akan datang sendiri selepas kita nikah nanti. Yang sebetulnya saya perlukan awak untuk saya dan anak-anak saya. Awak tak nak tanya kenapa saya pilih awak?”

“Boleh juga kalau awak nak bagi tahu”.

“Sebab anak-anak saya sayang sangat kat awak. Awak tak nak tanya persaan saya pada awak?”

Hai dia ni menyuruh kita bertanya pulak, kalau nak bagi tahu cakap sajalah banyak songeh lah dia ni’. Pada Sarah dia sedang malu bila berhadapan dengan seorang lelaki yang melamar dirinya secara terus terang. Ialah dia kan wanita Melayu yang masih ada sifat malu. Betulkah semua  wanita Melayu tebal dengan sifat malu didalam dirinya?.

“Tak perlu. Yang saya perlukan sayang anak-anak awak pada saya itu pun sudah cukup”.

Oleh kerana terlalu lama mereka bercerita kedua-dua akak-anak Mizan sudah baring dipangkin berbantalkan peha Sarah. Tangan Sarah pula secara  spontan membelai rambit keduanya akhirnya  mereka terlena disitu. Mizan hanya memandang tingkah anak-anaknya. Hatinya mengakui anak-anaknya perlukan kemanjaan dan belaian tangan seorang wanita yang bergelar mama atau ibu atau emak.

“Jadi oklah kalau kita nikah”.

“Saya sebenarnya dah tak ada apa- apa rancangan untuk hari depan saya. Untuk mengharap kekasih datang menunaikan  janji pada saya pun tak ada. Harapan untuk saya bahagia dalam rumah tangga pun rasanya dah jauh dari gapaian. Pada saya hidup saya akan berlalu begitu sahaja, saya ingin memberi kasih pada anak-anak awak yang dah tak ada ibu. Bila saya berkenalan dengan anak-anak awak yang comel ni bertambah kuat semangat saya. Awak nak tahu apa perasaan saya bila kasih saya diterima oleh anak-anak awak?”

“Apa perasaan awak?”Tanya Mizan ingin tahu.

“Sangat bahagia. Kata mak su Yah kalau kita dapat mengembirakan hati anak yatim kita akan diBerkati dan diRahmati Allah. Inilah nikmat yang saya rasa kerana mengembirakan hati anak yatim BAHAGIA”.Mizan memandang Sarah dengan wajah yang berseri-seri terpancar kebahagian diwajahnya. Mungkin benar dia bahagia. Bila Mizan tidak bersuara Sarah mengambil peluang menyampaikan apa yang ada diahatinya.

“Sebetulnya setelah saya menjadi isteri dulu saya sangat mengharapkan dapat membelai anak-anak kecil. Tapi ialah Allah tak beri rezeki  itu  pada saya. Awak!! Awak jangan salah faham pada saya, saya tak pernah mengharapkan awak ambil saya sebagai isteri. Cukup kalau awak  izinkan saya mengasihi anak-anak awak.”

“Saya pun macam awak juga, nak harapkan kekasih datang pun dah tak ada, nak mengharapkan janji ditunaikan pun dah tak ada, jadi pada hidup saya berlalu begitu sahaja saya nak balas kasih pada orang yang sudi mengulur kasih ibu kepada anak-anak saya. Saya tersedar fitrah anak-anak saya dengan kehadiran awak,  yang sebenarnya mereka sangat mengharapkan kasih ibu. Ini fitrah setiap anak memerlukan kasih ibu dan ayah barulah lengkap hidup mereka. Jadi bila boleh kita ikat hubungan kita, supaya mudah kita memberi kasih pada anak-anak. Mereka dapat melihat kita bersama-sama dalam keadaan yang  halal. Kita pun tak lah kekok macam sekarang ni. Jadi bila yang boleh kita menghalalkan hubungan kita”.

“Saya tak kisah sebenarnya, ikut pada kelapangan masa awak lah”.

“Ikutkan saya sekarang ni pun boleh.Tak payahlah saya duduk masjid lagi”. Ada senyum dihujung bibir Sarah, Mizan pula ada tawa perlahan dihujung katanya. Hati mereka  bagai dijentik kelucuan bila Mizan berkata begitu. Apakah itun putik bahagia mereka.

“Ohh!! tak payah lah pergi lagi, lagipun  sekejap lagi saya dah nak balik KL dah. Mereka berdua ni  dah ok rasanya, saya pun dah ok ni”.

“Awak pun tak ok ke sebelum ini??”. Mizan ingin tahu  perasaan Sarah.


2 comments:

  1. Amboi Mizan. Terus nak pinang. Lurus takde kona-kona. Tak menyempat.

    ReplyDelete
  2. Baguslah tu..dah dua2 pn single n available..akhirnya tercapai hajat sarah nak ada anak walaupn anak tiri..

    ReplyDelete