Tidak
lama Syukri dan Sarah berhari raya di Pengkalan Hulu. Pagi hari raya kedua
mereka sudah pulang semula keKuala Lumpur. Mereka sampai keKuala lumpur hampir
petang. Jalan masih belum sibuk kerana kebanyakkan orang masih berhari raya
dikampung. Lancar sahaja perjalanan mereka.
Jika dikira dari jadual Nuri bekerja,
Syukri tahu hari itu isterinya bekerja diwaktu pagi. Malam itu dia ingin
mencari kepastian, jadi sampai sahaja dirumah Sarah setelah berihat sebentar
dia kerumah Nuri.
“Sarah malam ni abang pergi rumah
Nuri…”
“Abang tak nak rehat dulu? tak penat
ke?”.Itu adalah ayat yang keluar dari bibirnya untuk menjerat hati suaminya
agar suaminya mahu bermalam dirumahnya. Kemudian wajahnya disedehkan mengiringi
langkah suaminya kemuka pintu. Pandangan sayu
Sarah mengekori langkah suaminya.Berat hati Sarah melepaskan suaminya
kerumah isteri tuanya namun apakan daya suaminya bukan milik dirinya seorang.
Syukri menyedari pandangan mata Sarah yang sedeh, pandangan itulah yang selalu menyebabkan dia selalu
terlewat kerumah Nuri, namun dia harus cekal, dia tidak mahu berat sebelah bila
mendengar kata-kata emaknya semalam. Itu janjinya dalam hati tetapi mampukah
dia.
Ketika
dia sampai kerumah Nuri, Nuri sedang menyediakan makan malam mereka dua
beranak. Dengan tangan mendukung anak yang merengek, mungkin anaknya kerimasan
dalam dukungannya Nuri terus juga
mengacau sesuatu didalam periuk.
“Assalamulaikum!! Nuri abang balik”.
“Waalaikum salam! saya kat dapur
bang.”
“Alaihai kesianya anak babah, sayang
babah ni tolong umi masak ye.”
Syukri menghulur tangan untuk
mengambil anaknya dari dukungan uminya.
“Ahhh lega sikit, Wafi dah terasa
kalau didukung, nanti saya nak beli pendukunglah rasanya”. Nuri menceritakan
keadaan anaknya. Dia cuba memecah kebisuan.
“Nak beli yang macam mana? nanti abang
belikan” Syukri rasa bersalah melihat kesusahan isterinya, tapi dirinya tidak
dapat membantu selalu.
“Alah yang biasa-biasa sudahlah, kalau
abang tak tahu, biar saja saya yang beli”.
“tak apalah kalau abang terjumpa lagi
abang belikan”.
“Bang! abang dah lapar ke?.”
“Lapar juga makan kat R&R Tapah
tadi saja, lepas tu tak makan sampai sekarang, tadi emak ada juga bekal kan
lauk tapi abang tak bawa sini. Kedai makan dan gerai belum buka lagi lah Nuri”.
Nuri faham apa yang cuba disampaikan oleh suaminya. Bekalan itu untuk Sarah, dia
tahu suaminya tidak mahu madunya kelaparan.
“Orang masih raya bang, mana nak buka
kedai, tak apalah saya boleh masak. Tapi abang kena tunggulah, tak tahu abang balik. Saya masak ikan sardin tin boleh?”.
“Boleh juga masukan banyak sikit cili
api ye”.
“ok..rendang haritu pun masih ada
nanti saya panaskan”.
“Kalau abang tak balik tadi Nuri makan
apa?”
“Makan bubur Wafi, cukuplah janji ada
benda masuk perut”.
“Nuri cubalah jaga makan sikit, Nuri
menyusukan anak makanlah yang berzat sikit”. Nuri hanya mendiamkan dirinya
sahaja bila ditegur oleh suaminya. Padanya dia tahu menjaga makananya. Dia tahu
zat dibadannya bukan untuk dirinya seorang tetapi untuk anaknya juga. Akan
diushakan dia memenuhi carta makanan seimbang. Walaupun dia hanya memakan bubur
nasi anaknya namun dia menambah menu lain seperti sayur hijau dan telur untuk
tambahan zat makannya.
Mengapa
suaminya tidak memandang apa yang terhidang diatas meja. Sudah tersedia
semanggkuk kacang boncis ditumis bersama udang dan sepiring telur dadar. Hanya
ikan sardine tin sahaja yang baru hendak dimasaknya kerana kedatangan suaminya.
Apakah suaminya hanya melihat kedaan dirinya yang kurus telah menyatakan bahawa
dia tidak cukup zat, dan air susu badanya juga tidak mengandungi zat yang cukup
untuk anaknya. Bagi isteri biasa mungkin teguran itu tidak terkesan dihati.
Tetapi bagi isteri yang dimadu hatinya sentiasa sakit tersalah cakap sikit
megandungi erti yang mendalam bagi mereka betulke?
Syukri
tidak melihatkah fizikal anaknya yang montel dan cergas, tidak pula kelihatan
seperti bayi yang kekurangan zat. Nuri terbayang keadaan anak-anak Afrika yang
kekurangan zat, berkepala besar dan berperut buncit tetapi badanya kurus
kelihatan tulang-tulang yang hanya dibaluti kulit sahaja. Tetapi anaknya tidak
begitu, sedikitpun tidak menyamai. Tangannya cekap melakukan kerja kepalanya
sibuk memikir dan mematahkan kata-kata suaminya. Entahlah seakan suaminya
mencari salahnya pula. Iulah pula yang melintas dikepalanya. Akhirnya dia
melepaskan keluhan kecil bila dadanya terasa sempit.
Syukri
sedang mengagah-agah anaknya ketika Nuri menjengah keruang tamu setelah
menyuapi anaknya dan selesai kerja-kerja dimeja makan. Terkekek anaknya ketawa kesukaan bila ada
yang melayan. Lama Nuri memandag suaminya ada rasa rindu disitu. Sebenarnya
Nuri rindu dengan suasana keluarga yang disertai oleh suaminya. Nuri berjalan
perlahan menyertai suaminya diruang tamu.
Bila
melihat isterinya sudah duduk Syukri mula membuka persoaalanya. Sebenarnya ada rasa kesal dihati Syukri
dengan apa yang diterima oleh Sarah dikampungnya tempuh hari. Dia juga merasa
kesal dengan suasana hari rayanya yang ada sedikit calar. Sudah dua tahun hari
rayanya tidak gembira. Dia merasakan Nuri sengaja untuk mengenakan Sarah itulah
suara jahat yang merasuk hatinya ketika
itu.
“Nuri! Nuri memang saja ke tak nak
balik kampongkan?”. Nuri memandang suaminya. Matanya terkebil-kebil.
“Betulkan Nuri saja minta kerja masa raya, sebab tak nak
balik kampong dengan abang”.
“Memang betul niat Nuri tak nak balik
kampong, tapi tahun ni memang giliran Nuri kerja.”
“Sebab apa Nuri tak nak balik
kampong?”
“Pertama saya rasa saudara mara abang
belum kenal sangat dengan saya. Jadi biarlah mereka lebih kenal Sarah dari
saya. Yang kedua saya tak sanggup untuk dibanding-bandingkan. Saya tahu banyak kelebihan Sarah dari saya,
itu sebab abang kahwin dengan Sarah, walau pun baru tiga tahun lebih saya
menjadi isteri abang. Yang ketiga saya memang mengharapkan semua saudara mara
abang tidak mengenali mengenali saya.” Kerana dia bekerja mengikuti giliran ini
bermakna cuti hari rayanya juga mengikuti giliran juga. Yang sebenarnya baru
dua kali hari raya Nuri mengikuti Syukri pulang kekampung, semenjak mereka berkahwin.
“Nuri tahu tak, tindakkan Nuri tu
menyebabkan emak marah Sarah. Keluarga abang menyangka Sarah lah yang merebut
peluang Nuri, dengan tindakkan Nuri,
sekarang Sarah buruk dimata mereka. Tak sangka sungguh perangai Nuri macam ni”.
“Saya tak berniat begitu, saya hanya
mahu Sarah akan lebih biasa dengan kelaurga abang.”
“Dahlah jangan nak tunjuk baik, lain kali fikir dulu sebelum bertindak”. Nuri
terkedu dengan suara tinggi Syukri.
Dia
dimarahi oleh suaminya malam itu kerana madunya dimarah oleh emak mertuanya?
Itukah tindakkan Syukri melampias rindu setelah hampir lima hari mereka tidak
berjumpa. Selepas itu keadaan mereka menjadi sunyi. Tiada lagi suara mesra
Syukri. Tiada lagi cerita gembira mereka suamiisteri. Syukri membisu Nuri juga.
Selesai solat Isyak berjemaah, terus sahaja Syukri kebilik tidur. Malam itu
juga tidur suaminya juga membelakangkan dirinya. Sikap dingin suaminya menyiksa dirinya.
Kerana tidak dapat melelapkan mata Nuri membawa diri hingga kepagi tidur disofa
diruang tamu rumah mereka. Dia tersedar apabila anaknya menangis minta
disusukan.
Sewaktu
minum pagi juga suaminya tidak bersuara, mukanya masam mencuka. Selesai minum
suaminya bermain dengan anaknya pula. Pada Nuri jika sudah suaminya tidak sudi
untuk menegur dan memandang dirinya, dia tidak akan memaksa. Dia menyibukkan
diri berkemas. Selepas itu dia
mengeluarkan bahan-bahan yang mahu dimasaknya tengahhari itu. Hampir pukul
sepuluh setengah pagi suaminya menjengah dapur.
“Nuri abang dah nak balik. Nuri malam ni Nuri kerja malam kan?”.
Syukri bergesa pulang kerana waktu itu
waktu untuk Sarah bersarapan. Dia mahu membelikan sarapan untuk Sarah. Syukri
berbuat begitu kerana kasihankan Sarah yang dimarahi emaknya tempuh hari dan
dia ingin menunjukkan sedikit kasihnya agar terubat sedikit rasa sedehnya.
Tetapi dia telah melukakan hati isteri yang satu lagi tampa sedar.
“Ialah.”Hanya itu yang keluar dari
mulut Nuri, dia juga tidak menghantar suaminya dimuka pintu. Dia juga tidak
menyalami suaminya seperti kebiasaanya.Pada Nuri dia tidak akan menyorong diri
meraih kasih suami yang semakin pudar pada dirinya.
Nuri
menghampiri anak yang hendak ditinggalkan oleh babanya. Anaknya leka bermain
dengan alat permainanya. Sesungguhnya sejak dia bermadu waktu yang diuntukkan
pada sangat terhad. Biar pun diawal pernikahan suamiya dahulu pernah berkata, ‘sayang suaminya kepada dirinya tidak pernah
luak’, tetapi masa untuk dirinya yang terasa sangat berkurangan. Itukah
cara sayang yang ditunjukkan oleh suaminya kepadanya. Sejak suaminya bernikah
seorang lagi Nuri merasa sangat kehilangan. Kehilagan kasih suami dan kehilagan
hadir suami disisinya.
Dia
sudah berusha memujuk hati agar redza akan takdir yang ditentukan untuknya.
Tapi jika itu yang dihidangkan kepadanya, bagaimanakah dia mahu memujuk hatinya supaya
dia redza, dan bagai manakah dia mahu belajar menerima madunya jika dirinya
sendiri rasa disisihkan oleh suami kerana kehadiran madunya. Kau sisih aku
kerana dia jerit hatinya yang kepedihan.
Bagi
dirinya yang bekerja mengikuti giliran keadaan itu sangat dirasai. Jika dia
digiliran malam hampir dua hari dia tidak dapat memandang wajah suaminya itu
jika dia masih seorang isteri Syukri. Terasa lama menanti waktu kedatangan
suami tetapi bila tiba pula giliranya suaminya, bagai hedak tidak hendak sahaja
datang kerumahnya. Kini Nuri makin terasa kasih suaminya terlalu condong
kesebelah Sarah. Dalam hatinya nekad, dia akan meminta dirinya dilepaskan untuk
meredakan rasa kosong yang ada. Diingin meringankan rasa berat dan pedih
hatinya. Pada Nuri dari bertiga menyakitlkan hati baik tentu dia seorang, dia
tidak ternanti-nanti.
Dirumah
Sarah kepulangan suaminya disambut dengan seyuman bahagia. Regekkan manja Sarah
memang sudah menjadi kebiasaan untuk Syukri. Dia tidak pernah melihat itu pada
diri Nurizana sekarang.
“Alhamdullilah, abang balik cepat Sarah
dah lapar sangat ni”.
“Kenapa tak panaskan rending yang emak
bagi tu, makan dengan roti pun sedap kan”.
“Kalau abang tak ada Sarah takut nak
buka api dapur, nanti terbakar kan susah.” Tanganya sudah memaut lengan
suaminya, manja betul perlakuanya.
“Habis kenapa tak keluar makan?.”
“Nak kelaur sorang malas, abang makan
apa kat rumah Nuri tadi.”
“Dia masakkan abang nasi goring sikit.
Nasi semalam tinggal sikit, sebab abang makan banyak semalam. Semalam memang
abang lapar betul, kebetulan Nuri
masakkan abang sardine tin dengan cili api dan bawang besar, lama abang tak
makan sardine tin macam tu jadi abang berselera betul.”
“Sedap ke bang ikan sardein ditumis
dengan cili api dan bawang besar.”
“Pada abang yang tengah lapar masa tu
sedaplah”.
“Kenyang ke abang makan nasi goring
sikit”.
“Kenyaang, sepinggan nasi goring makan
dengan telur dadar bercampur bawang besar kemudian dia potongkan timun sebiji
semuanya masuk perut abang. Kenyanglah perut abang”. Sarah boleh membayangkan
selera suaminya makan masakkan madunya. Dia rasa cemburu dengan kelebihan yang
ada pada Nuri.
“Nasi tu abang tak tinggal kan untuk
dia ke?” Habis dia makan apa?”
“Dah dia suruh habiskan nasi goreng
tu. Dia kata dia nak makan bubur Wafi saja, abang tenguk memang dia masak bubur
banyak tadi. Abang tinggalkan sedikit telur dadar tu supaya dia makan dengan
bubur.”
Kadang-kadang
perbuatan Syukri tidak disedari dia melebihkan masa dirumah Sarah. Entahlah
mungkin dengan sifat Sarah yang manja dan keletah, menyebabkan dia terhibur. Syukri
tidak menyedari sikapnya itu tidak adil pada Nuri. Dia juga tidak menyedari Nuri sangat merasai
kehilangannya.
“Bang Nuri kerja apa hari ni”.
“Semalam dia kerja pagi, malam ni dia
kerja malam, kenapa?”.
“Oh..tak apalah saja nak tahu.”Ada
yang dirancangkan oleh Sarah dalam kepalanya.
Didalam
kepalanya tadi Syukri mahu menjenguk Nuri sebelum isterinya ketempat kerja.
Pulangnya hanya untuk memastikan Sarah isterinya dapat mencari makanan. Tetapi
dia terleka diuliti dengan keletah dan
kemanjaan Sarah.
“Ehh dah nak dekat pukul 6 petang
rupanya.”
“Kenapa bang? abang janji dengan
siapa?”
“Tak! abang ingat nak jeguk Nuri
sebelum dia pergi kerja tadi, ni dah dekat pukul enam tentu dia dah pergi kerja.
Tak apalah esok pagi sajalah abang jenguk dia.” Sebenarnya Syukri merasa tidak
sedap hati dengan sikap dinginnya terhadap Nuri malam tadi. Dia rasa bersalah.
Selepas solat Magrib sekali lagi
pasangan Syukri dan Sarah kekedai makan. Selesai makan ketika didalam kereta.
“Abang kata malam ni Nuri kerja kan
bang, apa kata kita jaga Wafi malam ni. Sarah teringin sangat nak pengang dan
main dengan dia lah bang. Yam kata kalau kita selalu main dengan budak kecil
lama-lama boleh mengadung. Jom bang kita ambil Wafi dari pengasuh dia”. Memang
itulah keinginan Sarah sebenarnya. Ingin
membelai seorang bayi. Ingin merasai nikmat seorang ibu membelai dan mencium
anak.
“Tak payahlah, biar lah dia dengan
pengasuh dia, lagi pun tentu Nuri tak suka nanti. Abang tak suka cari gaduh
dengan dia”.
“Alaaah bang tentu Nuri suka anak dia abang yang jaga, lagi pun apa
salahnya, Wafi kan anak abang, biarlah
dia rapat dengan abang. Dah lah raya hari tu lima hari abang tak jumpa Wafi
balik sekejap ni dah kat rumah pengasuh pula lama-lama dia tak cam bau abang
tau nanti.” Jerat Sarah supaya suaminya mahu mengambil anak itu dari
pengasuhnya.
“Susah nanti, abang bukannya pandai sangat
nak jaga anak kecil. Kalau dia menangis nanti abang tak tahu nak bagi apa”.
“Sarah kan ada, abang tak payah jaga
biar Sarah yang jaga. Baaang tolong lah bang Sarah teringin sangat nak pengang
budak kecil boleh lah, ye bang”.
Mendengar rengekkan Sarah, Syukri
menjadi tidak sampai hati, akhirnya dia kerumah kak Ton untuk mengambil Wafi
anaknya.
“Kak Ton biar saya jaga Wafi malam ni.
Rindu betul saya kat dia. Saya baru balik dari kampong, lima hari tak jumpa dia rindu betul saya.
Ingatkan malam ni bolehlah main dengan dia. Nuri kerja pula.”
“Syukri! akak sebenarnya tak berani
nak bagi, takut Nuri marah nanti”.
“Apalah kak Ton saya nikan ayah Wafi apa pula Nuri nak
marah. Takkan kak Ton tak percayakan saya”.
“Bukan tak percaya..”.
“Janganlah macam tu kak Ton, esok
sebelum Nuri balik saya hantar balik. Kak Ton jangan bimbang”.
“Kalau macam tu bolehlah, tapi ingat
ye Syukri sebelum pukul sembilan mesti hantar Wafi rumah kak Ton, biasanya Nuri
sampai pukul Sembilan lebih sikit sahaja. Lagi satu kalau dah dekat pukul
Sembilan tu jangan bagi Wafi susu lagi ye”. Akhirnya
kak Ton berjaya juga dipujuk. Syukri mengambil anaknya dari dukungan kak Ton.
Diciumnya pipi Wafi kiri dan kanan bertubi-tubi, menunjukkan kerinduanya.
Sianak pula sudah ketawa terkekek bila kegelian digesel oleh misai nipis
babanya.
“Kenapa pula kak Ton, tak boleh bagi
susu masa tu?”.
“Biasanya sampai sahaja Nuri terus
bagi susu dia pada Wafi.”
“Syukri ni susu badan Nuri, kalau nak
bagi nanti panaskan sekejap dalam air panas”. Berkerut-kerut dahi Syukri
menerima arahan dari Kak Ton. Kak Ton
meletakan bekas yang mengadungi susu Nuri diatas meja. Ada tiga botol didalam
bekas itu.
“Susu Nuri ???”Sebenarnya Syukri rasa
jijik pula hendak memegang botol susu yang berisi dengan susu badan Nuri.
“Ia air susu Nuri, kan Nuri perah susu
dia untuk Wafi, dia tak pakai susu tin. Dia perah susu dia sendiri.”
Syukri bangun dari duduknya dengan wajah yang
gembira. Sebelum dia melangkah sempat lagi kak Ton menyampaikan pesan apa
kebiasaan yang dilakukan oleh Nuri .
“Esok pagi agak-agak dah dekat pukul
845 jangan bagi Wafi susu. Biasanya
sampai saja Nuri akan susukan Wafi, kadang-kadang tak sampat balik rumah dia
susukan kat sini. Dia kata susu dia dah bengkak dan sakit bila lama Wafi tak
menyusu”.
“Ialah kak Ton”. Ketika dia mahu
melagkah keluar Kak Ton memanggilnya.
“Syukri!! susu ni” (Merujuk susu badan
Nuri yang telah diperah dan dimasukkan kedalam botol) Kak Ton menginagatkan
susu yang telah diletakkan di atas meja tidak diambil oleh Syukri.
“Rasanya tak payah lah kak Ton nanti
saya belikan susu tin, susu tu simpan untuk esok.”. Syukri sudah menonong
sambil mendukung anaknya. Anaknya mengegekek-ngekek bila diagah oleh babanya.
Sarah hanya menunggu didalam kereta ketika itu begitu teruja melihat anak yang
sudah didukungan suaminya. Malam itu
Syukri membawa anaknya kerumah Sarah. Betapa gembiranya Sarah.
kurang ajar syukri...sendiri yg tak adil nuri pulak di salahkn.. leka sgt dgn kegedikn sarah.
ReplyDeletepatutle mak dia sruh dia balik je tak payah beraya di kg dn marahkn dia. mak dia org tua dn nampak syikri tak adil dn tak layak beristeti dua.
kuatkn dn tabahknvhati nuri...mnta le dilepaskn dr hidup disisihkn dn mkn hati.
lupa diri btul si syukri.
-dibah-
alahai mak teh..akak dh sebak sgt ni.
ReplyDeletekesian wafi pulak diambil bw kerumah sarah..dh tu geli konon dgn susu nuri. jantan tak guna.
sisarah pun tak sedar diri..dlm manja mengapi.
mmg syukri tak layak beristeri dua dn mnjadi imam...tlg le abg nuri dtg membela nuri....
-dibah-
Masuk wad pulak Wafi nanti. Setengah budak tak tahan susu formula, sebab dah dari awal susu ibu. Tak pe la kalau masuk wad boleh jumpa wafi senior. hehe...
ReplyDeleteTak guna punya Syukri. Betul la apa yang mak dia rasa. Sarah tu sama dengan maknya. Hati busuk. Syukri pun dah jangkit. Ingatkan nasihat maknya boleh ubah jadi baik. Rupanya tambah teruk. Memang patut dibenci, Syukri pun patut disisihkan dari keluarganya.
Mak teh sambung la cepat. Bukan sedih ni, tapi marah... bukan marah mak teh, marah dua melaun tu.
Yela.. Sebenarnya syukri melebihkan sarah. Mesti meragam wafi tu. Bukannya biasa minum susu lain dr susu ibu. Anak saya yg masa kecil pun jenuh nak cr susu formula yg sesuai..
ReplyDeletealahai poyo lah si syukri ni... sabor je lah... memang terbakar habis rasanya hati kita ni baca bab ini mak teh... hebat benar mak teh mengolah cerita ni mengasai seluruh minda kami... tahniah mak teh..
ReplyDeleteBenci si mamat ni n perempuan tak guna tu. marah sangat nie sampai menyampah nak sibut nama. Tak sadar diri betul. Cepat2 lah tinggalkan si mamat poyo tu, biarlah mereka bahgia sendiri. Betul emak Syukri cakap sidikit sebanyak ada juga perangai arwah emak dia tu.iiiiiiiii tak sabor cepat2 lah sambung!!!
ReplyDeleteAah. Syukri jahat. Sngt tdk adil. Nuri punyala baik bg balk kmpng. Bkn nk ckp trime kasih. Sangka buruk plak geram nya. Kesian nuri. Mntk lepas je la. Nmpk sngt kasih suami mkn jauh. Lps case amk anaknya bw bni muda mmng ngamok la nuri amk tanpa pemgeyahuan. Nk2 mst kercunan wafi minum susu tin.gerammmm
ReplyDeleteLambat lagi ke nak sampai bab Syukri pasang cctv kat umah Nuri.
ReplyDeleteRasanya Wafi akan sakit sebab minum susu tin. Sudahlah Sarah tu kurang pembersih, tak reti ke dapur boleh jaga budak kecil ke. Yang saya nampak sebenarnya Sarah berniat hendakkan Wafi dan singkirkan Nuri.
ReplyDeleteBoleh ke sisarah ni jaga wafi, bangun malam buat susu. Nak bangun sahor pun pemalas. Si syukri ni asal sarah merengek je cair. Tak reti nak timbang buruk baik permintaan dia.
ReplyDeleteDlm bab 30 Syukri psng cctv tpi critanya dlm bab31. Tak Wafi tk jdi apa isap susu tin sbab anti bodynya dah kuat.tpi anak mat teh dulu jadi beraknya keras dua tiga hari tak buang air besr. psal Srah plak bru dpt, orng kta kentutnya pun bau wangi btul ke?
ReplyDeleteBengong la syukri!! .... geram nya dgn dia ...!!!
ReplyDeleteKata sayang!! ... tapi buat cam tu kenapa!!! ...
waarrghhhh .... tension nyaaaa dgn syukri
sisarah tu mmg tamak..mmg patut mak syukri tak suka..
ReplyDelete-dibah-
lambat lg cctvnya. tak sabar nak tunggu Nuri mintak dilepaskan. sesak nafas baca Nuri asyik kena buli zahir & batin.
ReplyDelete*misza*
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete