Pen merah,
pen biru,
pen biru,
You marah,
I kata I love you.
I kata I love you.
Sudah masuk hari
keempat Tengku Farid demam dan sudah tiga hari Nur Jannah tidak berkerja. Pagi
itu dia merasa sudah beransur pulih sedikit, walaupun belum pulih sepenuhnya. Tengku
Farid merasakan dia boleh menjaga dirinya sendiri. Dia bercadang menghantar Nur
Jannah kepejabatnya dan selepas itu dia ingin keklinik untuk membuat ujian
darah seperti yang disarankan oleh doktor tempuhhari.
“Jannah…lepas
braedfast ni jomlah abang hantar Jannah pergi kerja, abang rasa macam dah ok
sikit ni, lepas tu abang nak pergi ke klinik lagi buat bloodtest..”
“Abang ok ke, kalau tak ok lagi,
Jannah telefon nenda cakap Jannah nak ambil cuti lagi ..ambil darah untuk apa
bang?.” NurJannah terpinga memandang suaminya. Ketika itu mereka dimeja makan menikmati
sarapan pagi.
“Abang rasa dah ok sikit tapi
rasa lemah lagi, dah minum susu dan makan
bubur ni kejap lagi adalah tenaga,
Jannah jangan bimbang…jom abang hantar Jannah dulu”.
“Ialah..tapi abang buat bloodtest
untuk apa ye.” Nur Jannah bertanya lagi sebab soalanya tidak berjawab tadi.
“Jannah dah lupa lah ni..tulah
penat sangat jaga abang agaknya, malam tadi kan dah cakap bloodtest nak
tentukan abang kena demam denggi ke tidak.” Tengku Farid mengingatkan isterinya
tentang perbualan mereka malam tadi sebelum solat Isyak.
“Ohh..Jannah lupa..ni..ni dah
ingat…jangan marah nanti cepat tua. Dulu masa Jannah sekolah rendah selau
kawan-kawan berpantun kalau ada kawan-kawan yang marah. ‘pen merah, pen biru you marah I love you’. Nak tak Jannah bagi
pantun macam tu kat abang.” Tenku Farid sudah ketawa lepas, tangan Nur Jannah
memicit hidung mancung suaminya sambil tersenyum manja. Tengku Farid sudah
memusingkan badannya melihat senyuman manja isterinya kesayanganya, lalu dia
menariknya isterinya duduk dipangkuannya. Dibisikkan ditelinga isterinya apa
yang ada dihatinya “I love you too”. Dia mencium pipi isterinya dengan rasa kasih
yang mendalam. Nur Jannah pula memegang kedua belah pipi suaminya lalu
merapatkan bibirnya kebibir suaminya lembut. Hanya bersentuhan bibir sahaja,
dalam hati Tengku Farid berkata “mengapakah
dengan isterinya yang ini dia merasakan kasih sayang yang tulus darinya.. tidak
pura-pura dan tidak mengharapkan apa-apa’. Lama mereka bertatapan tampa
suara. Tengku Farid tersedar bila Nur Jannah memeluknya erat kemudian bangun
dan mengajaknya ketempat yang telah dia nyatakan tadi, menghantarnya ketempat
kerja dan kemudian keklinik.
Kebetulan ketika Nur Jannah turun dari kereta suaminya,
nendanya juga baru sampai dan sedang menuju ke pintu masuk bagunan pejabatnya.
“Assalamualaikum nenda ….lama rasanya tak jumpa nenda…nenda apa khabar” Nur
Jannah menghulur tangan untuk bersalaman lalu mencium tangan nendanya. Tengku
Farid keluar dari keretanya juga menghulur tangannya ke arah nenda isterinya
untuk bersalaman dan mencium tangannya juga.
“Waalaikumsalam..sihat..kamu dah sihat Farid?.”
“Dah baik sikit nenda, ni yang hantar Jannah ni .”
“Ehh…..nenda tengok kamu pucat lagi.”
Lalu tangannya dengan pantas memegang dahi Tengku Farid.
“Emm…panas lagi …kamu masih belum sihat sangat ni Farid.”
“Farid memang belum sihat sangat …ni nak pergi klinik lagi …nak check darah
di takuti kena demam denggi.. kata doktor hari tu sekarang ni tengah wabak
denggi” sambung Tengku Farid sambil tangannya memeluk tubuhnya yang terasa
sejuk bila ditiup angin.
Nendanya menghampiri Nur Jannah
sambil mengatakan sesuatu dengan perlahan kepada Nur Jannah. Dilihat Nur Jannah
pula terangguk-angguk sambil berkerut dahinya memandang nendanya.
“Dah pergilah.” Itulah kata-kata
yang didengari oleh Tengku Farid keluar dari mulut nenek isterinya...Dia berlalu
ke pintu masuk sambil menoleh dan
melambai ke arah Tengku Farid manakala Nur Jannah pula berjalan menghampiri
suaminya.
“Bang..nenda bagi Jannah cuti
lagi …Isnin esok baru datang kerja.” tutur Nur Jannah lalu masuk semula ke
kereta suaminya. Ketika di dalam kereta Nur Jannah meluahkan kemuskilan hatinya
dengan kata-kata nendanya tadi.
“Bang nenda suruh Jannah buat urentest, sebab dia kata
mungkin Jannah mengandung, sebab itulah
abang demam….betul ke bang?, yang Jannah tahu kalau orang tu mengandung
tentulah dia yang demam.. bukan suaminya.” Jannah menyoal suaminya dengan dahi
berkerut-kerut. Tengku Farid pula sudah tersnyum bila mendengar kenyataan
isterinya dia merasa lucu pula.
“Entahlah Jannah abang pun tak
tahu..tapi tentu nenda ada pengalaman,
itu yang dia cakap tu, ikutkan sajalah...nanti lepas abang buat bloodest Jannah pulak buat urintest…mudah-mudahan
betul apa yang nenda cakap.” Tengku Farid tidak membantah apa yang disarankan
oleh nenek isterinya.
Selepas Tengku Farid menjalani
ujian darah, Nur Jannah pula menjalani ujian air kencing untuk menentukan sama
ada dia mengandung seperti yang di sarankan oleh nendanya. Hasilnya...
“Tahniah puan Nur Jannah dan
Encik Farid mengikut ujian ini positive puan mengandung, tetapi untuk mengetahui berapa usia kandungan itu,
kita buat ujian ultrasound pula nanti boleh tentukan sudah berapa minggu
kandungan puan.”
Tengku Farid dan Nur Jannah
terpinga-pinga mendengar berita yang tidak di sangka-sangka, tapi mereka
sungguh gembira, terasa kebah demam Tengku Farid.
Mereka berdua dibawa masuk kedalam sebuah
bilik untuk Nur Jannah menjalani ujian ultrasound. Setelah diteliti, doktor
yang memeriksa memberitahu kandungan Nur Jannah sudah memasuki usia dua minggu
lebih. Kegembiraan Nur Jannah dan suaminya tergambar diwajah mereka. Tengku
Farid tidak berhenti-henti tersenyum, kebah sudah rasa demamnya. Sementara
keputusan ujian darah Tengku Farid pula akan diketehui tiga atau empat jam
kemudian. Akan diberitahu melalui telefon sahaja. Mereka pulang ke rumah dengan
hati yang sungguh gembira.
“Esok kalau abang dah baik kita
pergi rumah grandpa dan lepas tu rumah nenda nak tak Jannah, lagi pun esok hari
Sabtu.” Tengku Farid mengutarakan rancangannya.
“Ok juga, abang pergi solat
Jumaat tak hari ini”.
“Insyaallah abang pergi, abang
makan ubat dulu tenguk keadaan kalau baik sikit nanti abang pergilah ”.
Petang itu
sedang Tengku Farid baring disofa dengan kepalanya diribaan isterinya, seperti
kebiasaan isterinya pula membelai
rambutnya. Sejak demam manja betul Tengku Farid dengan isterinya Nur Jannah.
Tempat yang disukainya ialah sofa ruang tamu sambil berbaring rambutnya
dibelai-belai mereka bercerita, dia merasa sungguh bahagia dimanja begitu.
Tiba-tiba mereka di kejutkan
dengan bunyi telefon bimbit Tengku Farid. Dihujung talian pihak klinik memberitahu keputusan ujian darah yang di
jalaninya pagi tadi, mengesahkan tidak ada kuman denggi di dalam darahnya.
“Alhamdulillah….abang rasa demam
abang dah baik ini, esok jadilah kita pergi ke rumah dia orang ye”.
Nur Jannah hanya mendiamkan diri
seperti memikirkan sesuatu. Tengku Farid memandang wajah isterinya dengan
pandangan hairan.
“Kenapa Jannah tak setuju ke
dengan cadangan abang.”
“Abang tak ingat Diana ke..rasa
dah lima hari abang tak jumpa dia… lagi pun abang kata demam abang dah baik.”
Mendengar pertanyaan itu bingkas
bangun Tengku Farid dari baringnya lalu duduk dan memandang Nur Jannah dengan
pandangan yang marah.
“Kenapa?? Jannah tak suka abang
kat sini ke?….Jannah dah jemu jaga abang ke?” bertalu- talu soalan yang keluar
dari mulut suaminya tanda tidak puas
hati.
“Bukan macam tu..Jannah ni kalau boleh setiap masa nak
abang temankan Jannah ..lebih-lebih lagi masa Jannah gembira dan bahagia
seperti sekarang ni, tapi Jannah sedar.. abang bukan milik Jannah seoarang.
Diana juga isteri abang, Jannah nak bantu abang menjadi suami yang adil.”
lembut Nur Jannah menuturkan ketulusanya.
“Maafkan abang sayang …abang
salah sangka tadi, sebenarnya abang rasa
bahagia bila dengan Jannah dapat bermanja-manja dengan Jannah menyebabkan abang lupa pada Diana”.
“Tak apa kitakan suami isteri
patut ingat mengingati…”
“Jannah nak abang balik malam ini ke?” Tengku Farid mengendurkan suaranya yang
marah tadi, dia tersilap andaian dengan isterinya yang begitu tulus
mengingatkanya.
“Taklah gitu, tapi kalau abang
dah sihat telefonlah dia cakap abang dah baik, kalau dia suruh abang balik,
abang baliklah”.
“Ok..abang telefon dia dulu.”
lalu Tengku Farid menghubungi nombor telefon bimbit Diana.
Bila talian di sambungkan..
“Hallo sayang.” sapa Diana lembut
tapi Tengku Farid memberi salam tanda memberi ingatan apa-apa sapaan harus di
dahului dengan salam dahulu.
“Assalmualaikum….I rasa malam ni
I balik rumah youlah, keputusan ujian darah I tadi pun menunjukkan I tak kena
demam denggi jadi bolehlah I balik ok ya..” Ketika suaminya menghubungi isteri
yang seorang lagi, NurJannah menjauhkan dirinya.. dia pura-pura masuk kebilik
tidur mereka. Ialah hati perempuan mana yang tidak cemburu..bila dia tahu
suaminya sedang bercakap dengan perempuan lain atau lebih tepat lagi isterinya
yang satu lagi. Tetapi dia sedar..itulah kenyataan yang harus dihadapi. Kalau
boleh dia tidak mahu mendengar bicara mesra antara mereka berdua.
“Kenapa mesti telefon I dulu,
kalau you nak balik you balik sajalah.”
“I tak nak you keluar malam ni,
nanti bila I sampai you dah keluar I tak
larat nak drive kehulu kehilir…lagi pun esokkan hari Sabtu bolehlah you pulak
jaga I”.
“Sebetulnya you dah baik ke belum?”
soal Diana meminta kepastian dia sememangnya malas untuk menjaga orang demam,
leceh nak siapkan makan nak siapkan minumnya. Biasanya orang sakit manjanya
berlebih-lebih itu yang dia malas.
“I dah baik hanya I belum ada
tenaga saja, masih letih lagi”.
“Kalau macam tu tak payah balik, I sebenarnya
dah janji dengan Bella,Sharon dan Anita nak pergi picnic sampai hari Ahad ni.
Lagipun malam ni kita orang nak kekelab
kalau you ikut, takut you demam balik nanti.”
Diana memberi alasan dia tahu jika suaminya ada nanti, tentu segala
rancanganya hendak keluar bersama-sama kawan-kawanya akan terkendala. Lagi pun dia mahu berada lama sedikit disisi Bella yang sudah seakan lama dibirkan, sejak Tengku Farid mengonkongnya dari aktiviti kebiasaan mereka.
“You nikan.. I demam macam ni
boleh you pergi ke hulu ke hilir bersuka ria, sampai hati you, you langsung tak
ingat dengan I kan.”
“Apa pulak ..you yang demam tak
kan I pun nak ikut demam… I boring duduk kat rumah sorang-sorang..lagi pun you
dah ada orang yang jaga..duduklah kat situ sampai betul-betul baik”.
“Bila I minta tolong you jaga I,
banyak alasan you, I ni tengah demam takkan you tak nak jumpa I, I nikan suami
you Diana, masa I tak sihat ni tolonglah jaga I”.
“Dahlah Farid, I ada kerja ni,
ingat balik saja malam Isninb tau. Ok…bye” talian di putuskan sebelum sempat
suaminya menyambung kata-katanya lagi.
Tengku Farid merenung telefon
bimbitnya dengan wajah yang geram. Dia mendongakkan mukanya bila mendegar
langkah isterinya keluar dari bilik mereka..dan terjengul diambang pintu bilik
mereka. Bila terpandang sahaja wajah NurJannah terus sahaja dia menyampaikan..
“Diana tak nak jaga abang, dia
suruh abang balik malam Isnin saja.” apa yang dirancangkan oleh Diana tidak di
sampaikan kepada Nur Jannah. Sebenarnya Tengku Farid malu pada Nur Jannah, dia
terasa seperti dia suami yang tidak di perlukan oleh Diana dan sebab itulah dia
terhegeh-hegeh ke rumah Nur Jannah, itulah yang ada dalam fikiranya.
“Kalau macam tu Jannah bersyukur
sangat pada Allah, Ini bermakna ada tiga hari lagi Jannah dapat peluk abang” Terus
sahaja NurJannah duduk disisi suaminya dengan wajah ceria dan memeluk bahu suaminya.
Terkedu Tengku Farid mendengar jawapan Nur Jannah dan perlakuanya. Tidak
disangka itu yang keluar dari mulut isterinya tapi hatinya juga bahagia, lalu
di tariknya Nur Jannah dalam pelukkanya dan di peluk seerat mungkin bagai tidak
mahu dilepaskan.
“Jannah bukan apa, nanti Diana
kata Jannah tak bagi abang balik jumpa dia, tentu abang kena marah dan
esok-esok dia tak bagi abang jumpa Jannah lagi”.
“Kalau Diana tak bagi abang jumpa Jannah, abang akan cari jalan jumpa
Jannah juga, abang sayang Jannah tau”. Sebuah ciuman hangat singgah kepipi
isterinya.
Berita kehamilan
NurJannah disambut gembira oleh kedua belah keluarga. Baik dari pihak Tengku
Faizal suami-isteri mahu pun Tengku Khalidah, kerana itulah cicit pertama
mereka, zuriat penyambung keturunan mereka. Malam Isnin itu giliranya Tengku
Farid dirumah Diana seperti biasa selepas solat Magrib. Tengku Farid pulang
kekondonya, sesampainya dirumah Diana
masih belum pulang lagi, lalu Tengku Farid menghubungi nombor Diana.
“Assalammualaikum…
were you Diana.. I dah sampai rumah ni.”lembut Tengku Farid memberi
salam dan bertanya Diana dimana.
“I tengah makan ni…you tunggulah kat rumah dulu..ok bye.” Diana tahu kalau suaminya
pulang dari rumah isteri tuanya, dia sudah makan terlebih dulu. Jika mereka
keluar makan pun hanya dia seorang yang makan. Suaminya akan menemaninya
sahaja. Jika dia meminta suaminya makan juga suaminya akan hanya meminta air
kosong sahaja. Dia tahu suaminya mungkin sudah kenyang. Dia sering membayangkan
tentulah isteri tua suaminya seorang yang pandai memasak hingga tidak terliur
suaminya melihat dia makan, walaupun kadang-kadang makanan yang di hidangkan
istimewa dan lazat.Terdetik juga rasa cemburu diatas kekurangan dirinya yang
tidak tahu langsung memasak. Mungkin untuk menghidupkan api dapur juga dia
tidak tahu. Dirumah mummynya dia tidak pernah disuruh kedapur atau membantu
mummynya memasak. Biasanya jika dia pulang keMelaka dia akan mengajak mummynya
makan dikedai.
Tengku Farid dengan sabar menunggu Diana dirumahnya….hingga
selesai sebahyang Isyak, Diana masih belum pulang lagi. Tengku Farid menyambung
lagi zikirnya..sambil membilang biji-biji tasbih dijarinya mulutnya menyebut
Lailahaillah, Lailahaillah, Lailahaillah Muhammadarasullah, berulang-ulang kali.
Dia teringat kata-kata NurJannah zikir ini mudah diucapkan tetapi banyak
pahalanya jika diucapkan. Akhirnya dia keletihan dan mengantuk lalu mengambil
keputusan tidur sahaja tampa menunggu isteri mudanya pulang. Diana pula jika makan
sambil berbual-bual makin panjanglah masa diambil. Berbual bersama kawan-kawannya
yang masih bujang tidak pernah habis ceritanya, menyebabkan dia terlalai hingga
pukul sebelas malam baru tersedar suaminya sedang menunggu dirumah.
“Ehh…I kena balik, suami I dah tunggu kat rumah ni,nanti
marah pula dia. Menyesal I kawin cepat, macam ni hah baru pukul sebelas ..dah
terkejar-kejar nak balik.” rungut Diana didepan kawan-kawanya.
“Itulah you, ingat you perangkap dia supaya jadi suami
you..rupanya you yang terperangkap….lepas ni kita orang nak kekelab…you dah ada
tanggungjawab pergilah balik.” berderai ketawa kawan-kawan Diana mentertawakan
dirinya. Kesal sungguh hati Diana, terasa dirinya terikat kini. Sebenarnya
Diana belum bersedia lagi untuk menjadi
seorang isteri apatah lagi menjadi seorang ibu, sekiranya Tengku Farid
belum berkahwin dengan Nur Jannah lagi, belum tentu dia mahu meneruskan
kandunganya.
Sesampainya
dia dirumah dilihat suaminya telah tidur dibilik mereka. Dengan perlahan dia
baring disebelah suaminya takut kalau suaminya terjaga tentu dia kena marah. Dia
juga cepat terlena kerana badan yang letih dan jam juga telah menghampiri waktu
tengah malam. Tetapi pada hari-hari biasa waktu begitu terawal baginya. Pagi
itu Diana terjaga pukul lapan pagi…suaminya sudah tidak ada disebelahnya. Dia tahu
suaminya akan kerumah NurJannah isterinya yang satu lagi. Dia tidak pernah
ambil tahu pukul berapa suaminya kerumah NurJannah mungkin pukul enam atau pukul
tujuh pagi untuk menghantarnya ketempat kerja. Timbul rasa kesal dihati, rindunya masih ada, terasa
lama dia tidak bertemu dan bermesra dengan suaminya.
Diana mandi dan bersiap untuk kepejabat. Masih banyak
masa lagi untuknya, kerana dia masuk pada pukul sembilan setengah pagi. Diana
bekerja disebuah pejabat perakaunan yang besar di tengah Kuala Lumpur. Dia
merupakan seorang pekerja kesayangan boss, kerana pengalaman dan mutu kerjanya
yang baik. Dari segi kerja Diana memang seorang yang berdidikasi dan rajin.
Selepas solat Isyak telefon bimbit Tengku
Farid berbunyi apabila dilihat nama Diana tertera discreen . Malam itu Diana
menghubungi suaminya..sebenarnya dia ingin mencuba..dia mahu mencari dimana
kelemahan suaminya. Dia takut jika jika suaminya sering dirumah NurJannah
dirinya akan dilupakan oleh Tengku Farid..
“Hallo….you balik sini malam inikan….I tunggu you tau, I tak
makan lagi ni.” Diana memancing simpati suaminya pada hal dia tahu malam itu
giliran suaminya di rumah Nur Jannah.
“Assalamualaikum…kenapa you tak makan lagi…kan dah lewat ni…you
tahu tak malam ni ‘turn’ I kat sini.”
tutur suaminya lembut.
“Balik sinilah… malam tadi pun kita tak dapat nak cakap-cakap
…you dah tidur..”
“Itu salah you… pukul berapa you balik malam tadi? you
tahu I dah tunggu you kat rumah, you masih berlengah-lengah dengan kawan-kawan
you, you nikan lebih pentingkan kawan dari I suami you” garang bunyi suara
suaminya..
“Oklah..oklah lain
kali I tak buat lagi, you balik tak …kalau tak I makan saja dengan kawan-kawan
I dan terus pergi rumah diorang.” talian diputuskan itu adalah ugutan Diana.
Dia tahu suaminya tidak suka dia keluar malam bercampur dan tidur dirumah
kawan-kawannya. Tengku Farid termenung disofa..pening kepalanya memikirkan
perangai Diana sudah menjadi isteri dan sudah pun mengandung tapi berperangai
seperti orang bujang saja. Lagi pun Tengku Farid tahu jika Diana bermalam
dirumah kawan-kawanya mereka akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral..hubungan
sesama jenis. Menginatkan perkara itu Tengku Farid menjadi cemas. Dia
bimbangkan anaknya yang didalam kandungan Diana. Melihatkan kemurungan suaminya
Nur Jannah menghampiri suaminya.
“Kenapa bang ada masaalah ke?”…
“Tak ada apa-apa, masaalah kecil saja…” Tengku Farid
menepuk-nepuk sofa disebelahnya mengisyaratkan agar Nur Jannah duduk
disebelahnya. Matanya tertumpu kepeti televisyen siaran berita, tapi fikiranya
melayang terkenangkan Diana, ‘ahhh
merambu lagilah dia malam ni’ detik hatinya yang gusar. Dari raut wajah
suaminya NurJannah dapat menbaca kegusaran hati suaminya..dia tahu fikiran
suaminya tidak pada tv yang dipandangnya.
“Bang
cakaplah …apa masaalahnya, biarpun kecil kita sama-sama cuba selesaikan kalau
dah besar nanti lagi susah nak di huraikan” Nur Jannah memandang suaminya, dia
tahu suaminya memikirkan sesuatu fikirannya tidak tertumpu ke peti televisyen.
“Alahh…
Diana ugut abang kalau abang tak balik malam ni dia akan keluar dengan
kawan-kawan dia”.
NurJannah
memandang suaminya lama….
“Jangan
pandang abang macam tu..abang tak balik sana, malam nikan giliran abang dengan
Jannah.” Tengku Farid menarik isterinya dalam pelukkannya.
“Abang…
Jannah tak kisah giliran Jannah ….Jannah rasa abang patut balik, Diana kan mengandung, tak elok
dia balik malam-malam, nikan dah nak pukul sembilan malam kalau apa-apa terjadi pada dia nanti abang juga yang
susah.”
“Biarkan
dia… diakan dah besar tahulah dia jaga diri dan tahulah dia mana baik mana
buruk.” Tengku Farid mengemaskan pelukanya.
“Jangan
macam tu bang dia tanggungjawab abang….baliklah …”
“Habis
Jannah macamana.”
“Jannah
kan dalam rumah kalau abang tak ada, Jannah kuncilah pintu dan tingkap semuakan
dah kunci sebelum abang pergi tu baca lah doa ‘bismillahitawakkalu a’lallahi haulawala quwwata illa billahil a’liyyil
a’zim’ ertinya kita berTawakkal dia atas apa yang kita tinggalkan kepada Allah,
Insaallah Jannah selamat. Nanti Jannah tengok dapur ada ke yang tak tutup
suisnya” isterinya bangun dan menuju
kedapur.
“OK..semuanya ok bang.”
“Tapi
Jannah kalau abang balikpun tentu dia dah keluar.”
“Telefonlah
sekarang ..jangan bagi dia keluar.”
“Oklah…..”Tengku
Farid mencapai telefon bimbitnya mencari nombor Diana.
“Assalamuallaikum…I balik
malam ni ok..tunggu, I dalam perjalan ni…tunggu tau..I akan sampai kejap lagi.” Tengku Farid
memutuskan talianya dan memandang isteri yang sedang memerhatikan nya.
“Diana
dah keluar ke bang?”
“Dia
baru nak keluar… abang balik dululah sayang..mari sini..abang bagi pelukkan
dan kucupan azimat buat bekal malam ni.”
Ketika itu Tengku Farid sudah berlajan dan berhenti dimuka pintu untuk keluar.
Sambil melambai dan tersenyum Tengku Farid memandang Nur Jannah. Jannah meluru
kedalam dakapan suaminya. Itulah kebiasaan yang di minta oleh Nur Jannah setiap
kali mereka berpisah untuk sementara waktu.
“Pandu
kereta elok-elok ye bang, ingat orang yang menanti dan jangan lupa baca doa
naik keenderaan. Esok pagi kita jumpa lagi, Asalammualaikum”..pesanan Nur
Jannah sambil menghantar suaminya dengan pandangan mata.
Doa naik keendaraan yang dimaksudkan oleh isterinya
ialah ‘subhanallazi sakhharalana
hadzawama kunnalahu muqrinina wainnailla rabbina lamunqaalibun’. Tengku
Farid sudah lancar doa itu kerana setiap kali menaiki kereta bersama istrerinya
Nur Jannah dia akan membaca doa itu dengan kuat. Secara tidak langsung
NurJannah mengajar suaminya rupanya.
“Waalaikumsalam
.. sayang kunci pintu elok-elok ” pesan Tengku Farid kapada isterinya.
Kesian pulak tengok kedua suami isteri ni ,tak pasal-pasal dapat masaalah.Bila agaknya Si Diana ni nak dapat balasan setimpal. Best sangat ceriter ni.
ReplyDelete