Tiga hari Syed
Borhan menunggu kemunculan Nur Hidayah di hotel Impian. Selama tiga hari itu
dia terpacak memerhati seperti seorang penyiasat memerhati suspek utama tetapi HAMPA. Dalam masa tiga hari itu dia menumpang
dikuarters Azrul Azam di Petaling Jaya..Di hari kedua dia menjadi pemerhati dia meluahkan rasa tidak yakinya..
“Azrul betul ke Hidayah kerja kat hotel tu”.
“Mengikut dari laporan dan siasatan kami memang dia
kerja kat situ. Mulanya dia sebangai penolong Akautan, kemudian dia kerja
sebagai PA pada cucu tuan punya hotel tu”.
“Muda lagi cucu tuan punya hotel tu Azrul”.
“Muda bang..baya saya atau muda dia setahun dari saya
macam tulah. Kalau cucu tuan punya hotel kemungkinan besar dia bersepupu dengan
Hidayah.. kalau sepupu mereka boleh nikah kan bang”. Makin berdebar jantung Syed Borhan mendengar komen sahabatnya.
“Kalau mereka dah suka sama suka abang doakan Hidayah
bahagia Azrul..Tapi tujuan abang jumpa dia ni nak cakap abang sudi nikah dengan
dia kalau tak ada siapa yang nak dia.
Abang cakap dulu, nanti bulan depan
abang cuti, dia pun dah lepas edahnya.. abang nak terus nikah dengan dia..ok
tak rancangan abang ni Azrul”. Terus sahaja dia mengeluarkan hasrat hatinya
yang tersimpan. Moga ada doa yang baik dari sahabatnya dengan rancanganya.
“Ok lah tu bang..tolong nikah dengan balu ni dapat
pahala kan bang. Saya doa kan abang yang baik-baik”.
“Amin..terima kasih Azrul..Yang sebenarnya abang
memang suka dia Azrul”.
“Ialah tu.. abangkan ada cerita masa abang beri
keterangan haritu.”
“Tapi tulah tunggu dari semalam tak nampak pun kelibat
dia. Rasa susah sangat nak dapat kan dia ni. Dulu macam tu juga abang cari masa
bila abang cuti bila abang balik cuti dia dah pergi cari kerja. Bila dia balik kampong
baliknya bukan sorang, dah berdua.. dia bawa balik suami.. abang kecewa sangat .
Itu yang abang ikut rancangan ibu abang kahwin dengan isteri abang yang ada ni.
Ni dah dua hari abang tunggu..abang takut dia menghilang lagi Azrul.”.
“Baru saya ingat bang, hari tu kawan doktor saya kata
Hidayah ada masuk hospital”.
“Haa teruk ke dia sakit sampai masuk hospital. Masa dia
dilokap tu dia dah sakit ke”. Wajah terkejut Syed Borhan bila mendengar orang
yang disayanginya masuk kehospital. Kalut jadi nya Sayed Borhan bila mendengar
Hidayah duduk diwad..
“Bang sabarlah bang tak ada apanya. Masa dia bebas
hari tu nampak ok sahaja..tapi kawan saya yang jadi doctor kata dia masuk wad
semalaman kerana badanya tak cukup air”.
“Lama tak dia masuk wad tu..teruk sangat ke keadaan
dia”.
“Hanya semalaman sahaja sebab masukkan air samapi dua
botol..tapi ialah mungkin dia masih belum sihat betullah tu. Tapi tak tahulah
masih lagi ke dia kerja kat hotel tu, kalau dia di pecat saya tak tahulah bang,
cubalah abang call dia tanya kat mana dia sekarang”.
“Itu yang susahnya Azrul, Hidayah ni dia tak akan
angkat call abang..Azrul pernah call dia”.
“Saya ni tak ada kepentinag nak call dia..tapi kalau
abang nak saya tolong… saya cubalah.”
Bila mengenangkan budi Syed Borhan dulu, Inspektor Azam berusha menolong apa
yang boleh ditolongnya. Dia cuba mendail
nombor Hidayah namun tidak berangkat juga..
“Tak angkat bang..”
“Itulah Hidayah yang abang suka Azrul. Dia seorang
gadis yang sangat menjaga peribadi dia. Selain rajin solat, menutup aurat dan
sopan. Dia memang senarai teratas calon
isteri abang tapi ialah yang kita nampak sempurna dan sesuai untuk kita.. tidak
pada ibu abang Azrul”. Nampk wajah kecewa Syed Borhan dengan halangan ibunya untuk
mengambil sepupu yang tak sah tarafnya menjadi suri hatinya.
“Tak apalah bang..ibu abang dah jodohkan abang dengan
anak saudaranya yang baik juga, tentu isteri abang tu cantik..sebab abang kacak.
Sah taraf dan ada gelaran Syarifah lagi dipangakal namanya.. sesuailah dengan
abang yang ada gelaran Syed, makin kukuh
lah darah keturunan Syed pada anak-anak abang nanti”.
“Abang akui isteri abang yang ada ni memang baik, sabar dan cantik..kami
muka hamper-hamper sama sahaja, maklumlah kahwin sepupu..tapi abang selalu
ingat pada yang abang suka Azrul..Entahlah Azrul abang diduga yang macam ni
pula. Azrul! abang nak tumpang duduk sini sehari lagi ye. Esok kalau abang tak dapat jumpa Hidayah jugai,
abang terpaksa balik sebab hanya tinggal lima hari cuti abang..abang dah nak
naik kapal semula”.
“Duduklah berapa hari abang nak duduk kat bilik bujang
saya ni..Jangan bimbang bang, In Syaa Allah kalau kuat jodoh abang dengan
Hidayah akan bertemu juga, janganlah
abang sedeh bang. Kalau tak ada pun abang dah isteri dan bakal ada anak jagalah
isteri dan anak abang”. Azrul Azam memberi semangat kepada abang bekas rakan
sebilik yang baik hati kepadanya dulu.
Seperti yang dikatakan keesokkan harinya terpaksa juga
Syed Borhan pulang walaupu bayangan Nur Hidayah tidak dapat dipandangnya. Oleh
kerana masa cutinya sudah sampai kepenghujung dia terpaksa pulang semula
kepangkuan isteri yang menantinya dengan resah dirumah mereka di Melaka. Isterinya seorang pensyarah disebuah kolej
dibandar Melaka. Bagi dirinya tidak menjadi masaalah dimana isterinya bekerja,
kerana pulangnya hanya sebulan sekali. Dan sebulan itu dia pulang bererti dia
bercuti dari kerja. Ada lagi tiga hari untuk dia bersiap-siap sebelum dia berangkat untuk pulang semula
kekapalnya yang beroperasi di perairan Labuan. Dihati berazam sebulan lagi
cutinya ber lansung dia akan terus berjumpa dan bernikah dengan Nur Hidayah.
Sudah sebulan Nur Hidayah bekerja semula di hotel milik
Dato’ Tengku Faizal. Dihari pertama dia
sudah diarahkan duduk didalam bilik arwah Tengku Faris. Dia diarahkan
menyelesaikan kerja-kerja perakauntan . Tetapi sememang itu adalah kerja nya
dahulu. Nur Fatihah pula sudah dilantik menjadi PA Tengku Farid sepenuhnya.
Namun sesekali jika dia tidak dapat melakukan kerja yang agak rumit, dia akan kebilik
Nur Hidayah meminta bantuan. Kini hidup Hidayah sudah tenang dan teratur. Setiap hari selepas habis bekerja dia akan
kerumah abangnya Tengku Farid untuk belajar mengaji. Usai solat Isyak dia akan
pulang kerumahnya di Cheras, itu caranya dia menghabiskan waktu edahnya.
Rupanya bukan Nur Hidayah sahaja anak murid nenek
Bedah dan atuk Ibrahim..anak-anak jiran abang nya juga ada yang belajar mengaji
dengan mereka. Termasuklah adik Nur Jannah yang
bernama Ahmad Zulfahmi. Biar pun sudah bergelar doctor dan sudah berusia
26 tahun kesedaran untuk mendalami ilmu akhirat datang dengan sendiri kedalam
dirinya. Dia belajar mengaji sementara menunggu panggilan menjalani latihan
kedoktorannya (houseman) yang belum lagi ditentukan oleh pihak Kementerian
Kesihatan. Ahmad ZulFahmi baru sahaja
menghabiskan pengajianya diluar Negara. Pulang kepangukan keluarga setelah
belajar selama lima tahun disana.. Untuk mengisi masa lapangnya dia meminta
izin papa dan mamanya belajar mengaji dengan atuk Ibrahim.
Dalam pada bertemu dan memandang..hati lelakinya kian
tertarik pada Nur Hidayah. walaupun dia mengetahui latar belakang siapa dia Nur
Hidayah dalam keluarga keluarga Tengku
Faizal. Kali pertama dia merisik siapa Nur Hidayah dari mama nya ketika dia
pulang berhari raya tiga tahu lepas. Ketika itu dia masih belajar diluar Negara
dan Nur Hidayah adalah isteri kepada bapa mertua kakaknya Nur Jannah.
“ma!
siapa budak perempuan yang sama menolong
memasak tadi tu ma”.
“Hissy
abang ni apa panggil budak perempuan pula..Dia
tu isteri uncle Faris yang baru. Panggillah aunte.”.
“Macam
mana nak panggil aunte muda sangat..macam sebaya kak Jannah sahaja..untungnya
uncle Faris dapat isteri dah lah muda, comel pula tu. Kemudian pandai dia kat
dapur. Untungnya kalau orang ada duit kan ma, tak kira umur berapa.. ada sahaja
yang sudi dijadikan isteri kan ma..”.
“Ialah
tu agaknya bang..tuah orang siapa tahu kan. Abang dah ada calon ke”.
“Belum
ma.. tak sempat nak pilih nak pandang anak dara orang pun abang tak sempat ma..”.
“Kesian
anak mama teruk cos medic ni kan..tapi Alhamdulillah dah nak habis abang
belajar. Abang buat houseman kat Malaysia kan… kira dah boleh lah kalau abang
nak tinjau-tinjau mana gadis yang nak jadikan isteri”.
“Haah
ma, abang nak buat kat Malaysia, rasa lama sangat tinggalkan mama, papa dan
adik-adik. Bab pasangan abang.. mama nak
orang mana? orang Malaysia ke nak orang luar dari Malaysia. Kalau mama nak cucu
yang ‘cun melecun’ abang cari mat
Salleh, tentu dapat hidung mancung putih melepak..tak lah macam abang ni macam
Shah Rukh Khan sahaja nampaknya”.
Bukan hitam sangat kulit Zul Fahmi hanya gelap sedikit dari kulit Tengku Farid. Orang
Melayulah katakan tetapi wajahnya kacak berambut ikal. Kulit dan wajahnya mirip
pelakun Remy Ishak.. Kacak kan. Tetapi yang bagusnya doktor Fahmi ceria dan
suka berjenaka orangnya. Tetapi memang begitu kesemua anak-anak Tengku Raihana
dan Doktor Razlan kesemuanya ceria dan suka berjenaka. Itulah anak-anak yang
lahir dalam keluarga yang bahagia mestilah terjaga dan terdidik dengan baik.
Dua tahun kemudian bila dia pulang ketanah air, dia mendengar cerita gadis comel
yang menjadi isteri Tengku Faris sudah menjadi balu. Dan cerita yang terakhir
yang didengari amat mengejutkan ..dia adalah adik kepada abang iparnya ini
bermakna Tengku Faris adalah ayahnya. Dan dia bernikah dengan ayahnya sendiri kerana dia adalah anak luar
nikah. Mendengar cerita itu hatinya sangat hairan dan rasa kasihan. Kasihan kerana seorang gadis yang baik, ceria dan
comel tetapi mempunyai latar belakang yang agak tidak sedap didengar. Tetapi setelah
mengenali Nur Hidayah, dia merupakan
seorang gadis yang lain dari yang lain. Lainnya kerana dia seorang gadis yang
meminati mencari ilmu akhirat dan sangat menjaga maruah diri. Itu yang dia tahu
dari kakaknya Nur Jannah.
“Pagi lagi abang datang, abang tak pergi jenguk mama”.
“Malas lah, biarlah mama dan nenda Helme dah ada… dia
tengah cuti semester..lagi pun dia yang akan mengambil alihkan perniagaan nenda
tu, biar dia belajar sungguh-sungguh. Abang ni masa nilah abang nak rehat. Kak
Jannah!(langkah kakinya terus sahaja menuju kedapur) nenek masak apa hari ni”.
Terus sahaja dia bertanya menu sarapan pagi keluarga kakaknya..
“Haa datang nak tanya nenek masak apalah ni ye”.
“Hmm..lempeng ke kak”. Itulah makan yang menjadi kegemaranya.. lempeng
dicicah dengan masak lemak atau pun kari
semalam. Yang sebenarnya dari malam tadi lagi Zul Fahmi sudah meminta
dibuat kan lempeng untuknya, bila melihat menu makan malam keluarga kakaknya
masak lemak daging salai menu masakkan Nur Hidayah.
“Tenguklah apa yang ada kat bawah tudung tu bang”. Setelah
mengurusi anak-anaknya Nur Jannah menemani adiknya makan. Sambil makan mereka
berbual.. Rupanya kedatangannya ada dua
tujuan hendak makan lempeng dan hendak mengorek cerita peribadi adik ipar kakaknya
yang comel dimatanya.
“Kak boleh tak kalau abang nak tanya sikit tentang
Hidayah tu”.
“Abang nak tanya pasal apa?”. Untuk memenuhi
permintaan adiknya Nur Jannah menceritakan serba sedikit apa yang dia tahu.
“Bang akak cerita macam ni tak di kira mengumpat ke”.
“Akak bukan cerita yang tak elok tentang dia, semuanya
elok-elok menjadikan hati abang makin bertambah yakin, wanita macam dia yang
abang cari..lagi pun abang memang nak tahu pasal dia”.
“Ehh lain macam saja abang ni..Kenapa abang suka dia
ke”.
“Entahlah..Kak Jannah apa pendapat akak dengan Hidayah
tu “.
“Pada akak dia wanita yang sempurna, pandai ilmu rumah
tangga, baik dan pandai jaga diri. Tapi
yang paling penting pada akak, dia kuat pada pegangan ugamanya”.
“Tapi macam mana dia boleh terkahwin dengan uncle
Faris sedang kan dia tahu arwah uncle kan ayah dia”.
“Entahlah, itu takdir orang bang. Tapi pada akak kalau
syarak dah membolehkan ayah boleh bernikah dengan anak luar nikahnya tak salahkan
dia buat macam tu..kalau dia berzina memang itu tak boleh dimaafkan . Ia kan”.
“Bertullah cakap kak Jannah tu. Dah syarak kata boleh
apa nak dipertikaikan pula kan.”
“Kenapa abang tanya?..ada apa-apa ke yang akak tak
tahu berkenaan Hirayah tu.”
“Ta adalah apa-apa..tapi abang rasa berkenan dengan
dia tu. Ok tak kalau abang dengan dia”.
“Ok tu oklah tapi mama, papa dan nenda macam mana..Dia
tu balu.. abang pula masih teruna..nenda tentu nak cucu menantunya yang baik
dan belum pernah bernikah. Jangan abang tak kenal nenda tu..dia tegas orangnya.”.
“Alah apa bezanya balu dengan teruna, pada abang sama saja. Mereka pun manusia macam kita juga.Pada
kak Jannah dah jadi balu ni jahat ke. Pada abang janji dia tak jahat tak tergedik-gedik
cukuplah. Lagipun kerja macam abang ni..akan selalu pergi kerja, tak kira masa, perlukan isteri yang kuat pegangan ugamanya.
Dia akan selalu kena tinggal.. kalau tak kuat iman mahu nanti abang keluar
pintu depan dia akan kelaur pintu belakang pula”.
“Abang dah tanya mama ke belum”.
“Belum”.
“Tanyalah dulu jangan belakangkan orang tua kita
bang..kita masih ada orang tua”.
“Abang rasa nak tanya dia dulu.. Macam mana abang nak cakap dengan dia, yang abang suka
dia. Kalau jadi orang dulu-dulu kan senang, kalau suka cakap sahaja dengan emak
ayah kita, mereka akan uruskan semuanya ..rasa nak jadi orang dulu-dululah pula.”
“Hissy abang ni..orang dah naik keangkasa dia nak
duduk zaman batu pula. Abang ada minta pendapat mama atau pun papa atau
pun nenda ke apa yang abang rasa ni?”.
“nantilah”. Itu rahsia hati Ahmad Zul Fahmi. Sudah
sebulan dia memandang Nur Hidayah yang sama belajar mengaji dirumah Tengku
Farid. Dihatinya timbul rasa suka.. Itulah kata orang ‘dari mana datangnya suka kalau tidak dari mata turun kehati’.Dia menyukai
gadis comel yang sudah menjadi balu.Dia juga tahu umur Nur Hidayah lebih tua 4 tahun dari umurnya sendiri. Tetapi pada diri
doctor Zulfahmi 4 tahun tidak menjadi
masaalah kepadanya. Malah jika dilihat pada mata kasar dia lebih berusia dari
Nur Hidayah.
Sudah sebulan mereka bertemu muka dikediaman Tengku
Farid sekeluarga. Dari mula hanya pandang memandang akhirnya mereka sudah
bertegur sikit-sikit. Apatah lagi bila ada anak-anak buah yang menjadi
penghubung antara mereka. Anak-anak Nur Jannah menggelar mererka mama Dayah dan
daddy Zul.
“Kak Jannah abang rasa abang nak cakap dulu lah rasa
hati abang ni pada Hidayah”.
“Abang dah Tanya mama ke belum”.
“Tak apa itu nanti sahaja..abang dah tahu posting
abang kat mana lusa abang dah kena pergi. Abang nak tahu penerimaan dia dulu
baru senang hati abang nak pergi buat houseman”.
“Dari hari tu kenapa abang tak tanya mama..Abang dapat
posting kat mana”.
“Hospital Kuantan kak..jauh tu tak boleh nak berulang.
Mau dua tahun abang tak balik”.
“Ialah tu. Yang kat Manchester tu pun tiap-tiap tahun balik inikan pula hanya kat Kuantan”.
“houseman ni teruk kak..hari-hari kerja. Akak cakapkan
ye, Abang nak cakap dengan dia kat
rumanh ni pun tak apa. Abang tahu dia tak akan mahu, kalau abang ajak dia
kelaur”.
Petang itu sampai sahaja suaminya dari tempat kerja
Nur Jannah mengekori nya hingga kebilik. Dia mahu bertanya pendapat suaminya
tentang kemahuan adiknya.
“Bang! abang penat ke
boleh Jannah nak cakap sikit”.
“Cakaplah abang dengar..sayang nak cakap pasal apa”. Ketika itu suaminya duduk dibirai
katil mahu membuka baju.. cepat-cepat Nur Jannah membantu suaminya membuka
butang kemejanya.
“Pasal adik-adik kitalah”.
“Adik abang ke adik sayang”.
“Pasal Fahmi dengan Hidayah adik kitalah..”.
“Haa pasal apa pulak tu”.
“Fahmi.. dia kata suka dengan Hidayah, jadi sebelum
dia pergi posting keKuantan dia minta ada kan masa supaya dia boleh cakap
sendiri dengan Hidayah tentang isi hatinya tu”.
“Sayaang.. Fahmi tahu tak siapa Hidayah yang
sebenarnya.”
“Tahu..Jannah dah cerita dengan dia. Minggu lepas dia
ada datang jumpa Jannah..dia nak tahu tentang Hidayah..jadi Jannah ceritalah
apa yang Jannah tahu”.
“Dia tahu yang Hidayah anak luar nikah papa”.
“Itu pun Jannah cakap juga..tapi dia kata dia tak
kisah. Dia tak pandang latar belakang Hidayah, yang dia pandang Hidayah gadis
yang baik dan berpengang teguh pada ugama. Dia perlukan isteri yang macam tu
sebab kerjanya akan selalu meninggalkan isterinya kelak. Itu yang dia cakap dengan Jannah”.
“Jannah cerita juga ke yang papa ada HIV positive”.
“Haa yang itu Jannah tak cerita”.
“Fahmi pergi Kuantan bila?.”
“Lusa katanya”.
“Ok..Kalau macam tu malam ni kita suruh Hidayah tidur
sini. Esok abang bagi dia cuti. Jannah suruh Fahmi datang pagi esok. Suruh dia
cakap kat rumah kita sahaja tak payah nak bawa Hidayah keluar ye. Jadi kalau
tengahhari Hidayah nak kerja dia boleh datang kerja”.
“Abang ni dah bagi cuti biarlah dia cuti satu hari
..ini nak suruh juga dia datang kerja”.
“Abang penat kerja sorang sayang..Kerja-kerja papa
hari tu banyak yang tertangguh itu yang tak terkejar. Allahdulillah Hidayah ni
cekap buat kerja”.
Jgnlah ada masalah kalau mama dayah dgn daddy zul nak kahwin
ReplyDeleteHarap Hidayah dapat jodoh yang sesuai
ReplyDeleteKesian juga syed borhan ni. Masa dia bujang pun Dayah dah tolak inikan pulak dah nak jadi bapak orang.
ReplyDeleteTak sabar pulak nak tau Raihana boleh terima Dayah ke tak. Mama Dayah dulu sama study dengan dia kan.
Mak teh nak cuba buat orng bnyak pmintat tapi susah btul nak mbnyangkan..tak jadi2. mungkin mlm ni tak ada yer.
ReplyDelete