Rasa rugi yang hadir
meruntun hati seorang ayah yang terlepas melihat anak-anak membesar didepan
mata. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat anak-anaknya ke sekaloh. Pembesaran
Tengku Farid juga tidak dihadapan matanya, biar pun Tengku Farid anaknya yang
sah dan lahir dihadapan matanya. Ketika
umur Tengku Farid setahun lebih, dia sudah dihantar pulang keMalaysia,
sedangkan dia tetap duduk diUK walaupun enam bulan selepas itu, dia sudah tamat
pengajianya.
“Yang ni gambar saya mendapat hadiah Permata hati SHAM bila
PMR saya dapat 8A. Masa ni mama dah kerja kat Arab. Mama saja ambil cuti nak
tenguk saya berjalan atas pentas. Entah mama, suka sangat tenguk saya berjalan
atas pentas. Haa yang ni masa tingkatan lima disekolah yang sama.” Disetiap
gambar melihat senyuman lebar Syarifah Jamilah. Nampak wajah bangga seorang ibu
meraikan kejayaan cemerlang anaknya.
Terdetik dihati Tengku Faris jika waktu boleh diputar kezaman lampau,
dia akan kezaman itu untuk merasai apa yang telah dilepaskan dan melakar
kenangan dizaman itu. Detik hati yang
tidak mungkin dicapai. Kerana masa lalu adalah perkara yang paling jauh dari
kita, yang dipetik dari kata dari Imam Ghazali. Tengku Faris tersedar dari harapannya bila
suara Nur Hidayah menerjah telinga.
"Dan yang ni gambar masa saya grad kat
UiTM.(Nur Hidayah menarik beg sandangnya lalu mengeluarkan sebuah diari lama. Dia
mengeluarkan dua tiga keping gambar di celahan diari nya lalu dimasukkan
gambar-gambar tadi kebahagian album yang masih kosong). Tapi masa ni saya
sorang sahaja meraikan kejayaan saya. Mama dah tak ada. Masa ni dah enam bulan
mama meninggal. Saya betul-betul rasa kesaorangan. Ditambah bila melihat kawan-kawan ditemani
sekurang-kurangnya salah seorang dari emak atau ayah mereka. Ada yang lagi
meriah sampai atuk, nenek dan adik-adik
mereka sama meraikan hari kejayaan mereka. Sorry Tengku saya terlebih emo pula
ni…” Nur Hidayah ketawa untuk melindungi dukanya. Tetapi tawanya kedengaran bercampur getar ditelinga Tengku Faris. Dia memandang wajah
anak merangkap isteri dihadapannya. Ada
air mata yang meleleh dipipinya. Dengan suara bergetar dia meminta..
“Tengku! boleh tak kalau saya nak menangis. Saya rasa nak menangis sebab…” Terkedu Tengku
Faris mendengar permintaan Nur Hidayah.
Sebelum sempat Tengku
Faris menjawab permintaan Nur Hidayah, dia sudah menekup kedua belah tangan
kemukanya. Mulanya kedengaran esakkan nya perlahan sahaja, tetapi tidak lama
lepas itu badannya sudah bergoyang. Nur Hidayah menahan tangisannya.Tengku
Faris mengengsut menghampiri. Diraihnya
Nur Hidayah sambil memeluk dia
menepuk-nepuk belakang badan anaknya perlahan.
“Nak MENANGIS?…Nangislah kat bahu papa. Dayah! kalau dapat papa
gantikan tempat mama..”
Tengku Faris juga
mengangis kerana terasa bangga dirinya sangat diperlukan oleh seorang anak
ketika itu. Dan dia juga menangis kerana kesal. Sepatutnya sedari Hidayah kecil
lagi dia yang memujuk bila dia menangis seperti sekarang. Tetapi apakan daya semuanya sudah berlalu
dari gapaian. Sememang tidak pernah surut rasa kesalnya. Agak reda tangisnya Nur Hidayah mengalihkan
mukanya dari bahu Tengku Faris, namun dia masih meundukkan wajah mungkin malu
kerana menangis.
“Terima kasih Tengku..pinjam kan bahu”.
“Hidayah panggilah I PAPA..sungguh I teringin menjadi papa
pada Hidayah.. teringin merasai kasih sayang seorang anak perempuan....tolong
ye panggil I papa. Hanya ada sedikit kesempatan dalam umur yang makin sedikit
setiap hari , papa nak merasa menjadi papa pada Hidayah.Nak memberi Hidayah
kasih sayang seorang papa.”
“Tapi Tengku…”
“I merayau tolonglah..sudikan Hidayah panggi I papa.Papa
teringin merasa kasih seorang anak perempuan sebelum papa mati Hidayah. Malunya
papa merayu macam ni. Merayu kasih sayang anak yang tak pernah papa maknakan
dalam hidup papa. Bukan salah orang lain tapi salah papa yang menjauhkan diri
dari anak sendiri. Dulu papa tak suka budak kecil kerana akan menyekat
kebebasan papa untuk berhibur. Farid pun
tidak membesar didepan mata papa. Papa apalah I ni. Dah ada nak dibuang, ada anak tak nak jaga. Bolih
kah Hidayah memaaf kan papa..maafkan papa Hidayah.. maafkanlah papa yang
terlalai. Sepanjang hidup 53 tahun ni papa hanya sibuk mencari hiburan. Nak
tahu kenapa papa lebih suka duduk diluar Negara jauh dari daddy dan mommy,
sebab disana semua kegiatan papa tak ada siapa akan menegur. Tegar hati papa ni membiarkan daddy
bertungkus lumus membangun syarikat sendirian. Sampai dah tua sangat, masih lagi bekerja
kerana nak bagi papa duit belanja. Papa tahu nak duit sahaja. Sekarang papa tersedar
sangat. Maafkan papa Hidayah maafkanlah”. Bersungguh-sungguh Tengku Faris
merayu dan sedu sedannya.
Bagi Nur Hidayah
sememangnya panggilan itu sangat di harap sejak dia pandai mengenali siapa mama
dan siapa papa.Teringin hatinya sejak dia masuk Tadika bila melihat kawan-kawan
berpimpin tangan bersama seorang lelaki yang dipanggi abah, ayah, babah atau
pun papa. Sering juga dia bertanya kepada mamanya kenapa tiada insan yang
bergelar papa sejak dia mengenali semuanya. Namun setiap kali bertanya mamanya
akan menagis ketika itu. Mamanya akan kelihatan murung dan tidak memaninya
seharian. Walaupun ketika itu dia masih kecil dia boleh memahami jika perkataan
papa terbit dari mulutnya mamanya akan bersedeh.
..Dua orang bapa
saudaranya pula seperti menjauhkan diri, bila dia mendekati. Datuknya pula
sejak dia mengenali dunia memang sudah tiada. Mendengar cerita mamanya datuknya
meninggal ketika dia didalam kandungan. Tapi bila dirisik-risik datuknya
meninggal kerana tekanan darah tinginya mencanak naik bila mengentahui anak
perempuan bungsunya mengandung tampa nikah. Bila mendengar rayuan Tengku Faris
cepat dua tanganya mendakap lelaki itu. Perlahan sahaja seruanya untuk
memesrakan bibirnya dengan panggilan PAPA, diiringin air mata yang berjujuran…
“PAPA…Baiklah
papa..Bahagianya rasa bila saya panggil Tengku papa..terasa selamat saya dari segala
bahaya”. Kemudian dengan memejam dan air mata melelah Nur Hidayah mengulangi panggilan
papa dua tiga kali.
“Terima kasih Tuhan ku kerana memberi Kasih Mu kepada ku
..Terima kasih Allah..Alahamdulilah”.Bisik Hidayah pada dirinya sendiri. Lama
mereka berpelukkan hingga reda tangisan mereka. Tengku Faris menangis kerana
kesal dengan nikmat yang banyak dilepaskan begitu ssahaja. Bagi Nur Hidayah
menangis kerana memang selama ini dia mengharap
kasih seorang ayah..sebab selama
dia hidup dan selepas mamanya meninggal dia merasa kesaorangan. Tiada tempat
untuk meluahkan rasa suka dan duka.
Pelukkan dileraikan Tangannya
mencari tangan Tengku Faris lalu menggenggam
dan mengucupnya. Bila dia memanggugkan kepalanya, dia melihat Tengku
Faris juga sedang menangis. Dengan suara yang bersulam esakkan…
“Papaa”..tidak cukup sekali dia menyeru di serunya sekali
lagi dengan nada yang sama.. Dua beranak yang berbeza status..dan berbeza
panggilan, dikertas statusnya suami dan isteri tetapi pada hakikatnya mereka ayah
dan anak.
“Bolehkah Dayah
memanggil Tengku papa sedang kita suami isteri”.
“Kalau macam tu kita bercerai sahaja”.
“Astagfirullah..Astagfirullah..Astagfirullah..jangan ada
walau sedetik niat kearah itu papa..sebab kalau kita bercerai Dayah bukan
siapa-siapa pada papa”...
“Maafkan papa Hidayah..tak ada perkataan yang dapat papa
luahkan nak mengambarkan betapa papa sangat menyesal dengan perbuatan
papa..pada Dayah dan mama Dayah”.
“Tak apa lah papa semuanya dah terjadi. Tapi memang sudah
lama saya teringin memenaggil seorang lelaki dengan panggilan ini. Saya tak
pernah mengungkap panggilan papa atau bapa
atau ayah atau abi untuk seorang lelaki, akhirnya dapat juga Dayah
mengucapkanya..Terima kasih papa. Untuk
pengetahun papa Dayah ada juga seorang ayah tiri, tapi dia suruh Dayah panggil
dia PAMAN. Dia warga Indonesia. Dialah satu-satunya mahram Dayah kat dunia ni”.
“Dia masih ada ke? kenapa tak jemput dia masa kita nak nikah
hari tu?”.
“Walau pun dia mahram Dayah tapi dia tak boleh jadi wali
Dayah, kerana dia hanya ayah tiri. Dia tak duduk sini, dia kerja kat Mekah.
Mama nikah dengan dia masa mama kerja kat Arab Saudi dulu. Dia pun tak pernah
datang Malaysia”.
“Kalau Hidayah bagi tahu hari tu, boleh papa uruskan tiket
kapal terbangnya”.
“Tak apa lah papa..masa mama meninggal pun dia tak datang
Malaysia. Mama kata..pada dia balik jumpa mama kat sini, ada lebih baik dia
cuti jumpa ahli keluarganya di Indonesia. Dia masih ada anak dan emak ayah kat
sana. Mama pesan macam tu. Tapi Dayah ada bagi tahu dia mama dah meninggal. Tapi
dia kata tak mahuDayah menangguhkan
pengebumian mama, dia tak mahu mama tersiksa, dia kata dia tak dapat hadir.”
“Ohh..Habis bila Hidayah jumpa dia?”
“Masa Dayah tunggu keputusan SPM, Dayah duduk dengan mama
kat Mekah lebih kurang tiga bulan”.
“Oh Hidayah pernah pergi Mekkah..dah pernah buat Haji atau
Umrah?”
“Untuk Haji belum lagi tapi Umrah adalah lebih dari tujuh
kali. Paman dan mama yang ajarkan macam mana nak buat Umrah masa kat sana”.
“Papa teringin nak buat Haji atau pun Umrah..Tapi kalau nak
buat Haji rasanya tak sempat sebab nak kena daftar sekurang-kurangnya lima
tahun baru sampai giliran kita. Sedangkan waktu itu umur papa masih ada lagi ke
tidak.”.
“Kita cubalah yang mana satu dulu..kalau tak dapat buat Haji
dapat buat Umrah pun dah Alhamdullilah”.
“Apa persediaan kita untuk kesana Hidayah?”
“Dari cerita Paman..sebelum kesana buat lah solat taubat
banyak-banyak..supaya gugur semua dosa-dosa kita. Kalau kita pergi dengan membawa
dosa-dosa kita, takut tak lancar perjalan kita kesana, lunaskan hutang-hutang
papa dengan Allah.”
“Hutang apa Hidayah”.
“hutang puasa dan hutang solat lima waktu”.
“Sempat ke papa bayar hutang-hutang tu Hidayah..papa dah
lama sangat tak sembayang.”
“In Syaa Allah, kalau papa bersungguh-sungguh membayarnya. Hari-hari
buatlah sikit-sikit”.
“Terima kasih Hidayah kerana memberitahu papa. Papa memang
berharap sangat bantuan Hidayah, ingatkan papa kalau papa lalai dan kalau papa mula
malas nak bayar hutang nanti ye”..
“In Syaa Allah papa akan ingat. Papa! satu yang Dayah nak
bagi tahu, dulu ustaz Dayah ada cakap ..sesuatu kalau kita buat dengan
kesedaran diri kita sendiri, kita akan lebih ikhlas dan menghayati. Papa nak tahu dengan rasa ikhklas dan menghayati,
kita akan merasakan keinsafan. Kalau dah ada keinsafan kita akan redha. Tapi
sebelum tu papa kena niat, segalanya
yang kita buat KERANA ALLAH, takutlah dengan siksaan Allah papa”.
“Papa memang takut dengan siksa Allah Hidayah..dengan umur yang tinggal
sedikit ni boleh ke papa meraih kasih Allah. Sedang hidup papa selama 53 tahun
tak pernah papa buat apa yang diperintahkanNya, malah papa membuat
perkara-perkara yang dilarang oleh
Allah.. Hidayah. Bukan sekali papa melakukan dosa berzina ..berkali-kali
..ya Allah ampunkan kesalahan ku. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku..” Tengku
Faris sudah teresak lagi, bila mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan.Ngeri
mengenangkan siksa kubur dan siksa dihari akhirat nanti. Melihat keadaan Tengku
Faris yang begitu kuat esaknya, Nur Hidayah menghampiri dan memeluk lalu mengusap-ngusap
belakang suaminya merangkap bapa biologinya dan berkata dengan lembut… memujuk.
“Jangan putus asa papa..Allah maha Pengasih pada
hamba-hambaNya. Pintu taubat akan dibuka seluas-luasnya kalau kita betul-betul
mahu bertaubat kepadaNya. Tak kira kesalahan apa pun, walau sebanya mana pun
dosa kita papa Allah tetap akan ampunkan kalau kita meminta ampun…tapi dosa
yang Allah tak ampunkan hanya jika kita syirik kepadaNya. Syirik ertinya kita
meminta selain dari Allah dan menyembah selain dari Allah. Dosa lain In Sayaa
Allah..Rahmat dan kasih sayang Allah
akan sampai pada papa.Papa pohonlah dengan bersungguh-sungguh, semoga Allah
mendengar rintihan papa.”. Makin erat dakapan NurHidayah makin kuat esakkan
Tengku Faris. Agak reda tangisanya Tengku Faris mengangankat kepalanya..
“Betulkah macam tu Hidayah..tapi jelas sekarang Allah
memberi bala pada papa dengan memberi papa penmyakit yang tak ada
ubatnya..diberi kuman virus yang akan mengambil umur papa tak berapa lama
lagi..bukan itu tandanya Allah benci papa?”.
“Di beri penyakit bukan tanda Dia marah..tapi sebagai
peringatan..agar kita bersiap sedia menghadapi kematian. Papa masih diberi masa
untuk bertaubat, jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh dengan masa yang dia
bagi. Tengkuuu KEMATIAN tu semua orang akan menghadapi. Itu janji Allah, tiada
mahluk yang kekal didunia ni kecuali Allah..hanya cepat dan lambatnya sahaja.
Kalau kita hidup lama pun tapi kita tak menjadi hamba yang patuh tak guna juga.
Jadi masa yang ada nilah kita menutupi segala kekurangan kita yang dulu. Cuba
papa fikir papa di beri petunjuk untuk membetulkan diri sebelum ajal papa
sampai. Itulah caranya Allah tunjuk dia
sayangkan papa. Dia beri peringatan supaya kita bersiap sedia. Macam saya, saya
tak tahu kematian saya..biasanya kalau kita tak tahu kita suka
bertangguh-tangguh melakukan apa yang diperintahkan ..tup..tup esok atau malam
nanti saya mati, saya tak betaubat. Ataupun tiba-tiba saya mati tampa sempat
mengucap, ialah mati kemalangan yang mati ditempat kejadian..betapa ruginya
saya Nauzubillah.”. Mendengar kata-kata Hidayah hati Tengku Faris yang lubang
libu menjadi tenang.
Memang ada kebenaranya akan semua kata-kata anak merangkap
isterinya sekarang. Ditanam dalam benaknya mahu mencari keredaan ILAHI dengan
tidak memanoleh kebelakang lagi. Dia tidak mahu mengenang waktu dulunya, waktu
dirinya di zaman jahiliah.
“Terima kasih Hidayah, papa bersyukur sangat berjumpa dan
mengenali Hidayah. Ingin rasa nya papa berjumpa dengan mama Dayah nak ucapkan
terima kasih kerana mendidik anak papa menjadi orang yang bersih hatinya. Biar pun kerana papa kelahiran Hidayah di
pandang hina oleh keluarga Hidayah dan masysrakat tapi Hidayah tak berdendam
dengan papa..Terima kasih Hidayah”.Berulang kali Tengku Faris mengucapkan terima
kasihnya.
“Papa!! Saya tak pernah menyimpan dendam, seorang Muslim
akan cuba membantu jika seorang muslim lain ingin membuat kebaikkan dan ingin mendekatkan
diri kepada Penciptanya. Malah jika seorang kafir mahu mencari jalan kebenaran
mencari atau mengenali Allah yang agung, kita sebagai muslim wajib
membimbingnya, apatah lagi kita sesama muslim. Papa Dayah ingin memiliki sifat seorang muslim sejati
papa..”
“Kasihanya anak papa yang lahir tampa ayah yang sah..menjadi
cercaan keluarga pula tu. Mengapa Allah
tak beri kesedaran pada papa dulu.”.
“Tak mengapa papa saya redha dengan semuanya. Mungkin ada
hikmahnya saya dilahir kan cara macam ni. Mungkin saya akan lupa diri jika
Tengku sah menjadi papa saya. Mungkin saya menjadi orang yang riak dan
melakukan banyak kerosakkan jika saya menjadi anak yang sah taraf atau saya
akan menjadi perosak ugama jika saya menjadi orang yang diterima masyarakat.
Kemungkinan-kemungkinan itu ada bila seseorang itu berada dalam kemewahan”.
“Tidak Hidayah ..tidak ..Hidayah adalah anak yang baik. Papa
nilah yang tidak baik. Mengapa Allah tak menjadikan papa manusia yang baik..”.
“Jangan cakap macam tu papa..kita harus bersangka baik pada
Allah..Diakan Maha Pengasih dan Maha Penyayang pada hamba-hambanya.Tanamklan
sifat bersangka baik pada Allah papa”.
Sedang mereka
bercakap-cakap kedengaran seruan azan asar berkumandang dari masjid dan surau
berdekatan. Sekali lagi mereka kemasjid untuk menunaikan solat Asar berjemaah.
Pulang dari masjid..
Magrib itu NurHidayah mengajak Tengku Faris bersolat
dimasjid..
“Papa kita makan malam awal atau kita nak makan malam
lewat.”
“Nak makan malam awal
macam mana dan nak makan lewat macam mana maksud Hidayah.?”
“Kalau nak makan awal kita makan sebelum magrib
sekurang-kurang kita makan pukul 6.30
petang ..sebab magrib nanti kita pergi solat kat masjid. Kalau kita makan lewat
kita makan selepas Isyak nanti..balik masjid
baru kita makan. Jadi papa nak makan pukul berapa.”
“Entahlah ..nak makan pukul 6.30 rasa masih kenyang kan.
Kita makan tadi pun pukul 2 petang.
Rasa makan balik masjidlah ye. Baik anak papa ni..agaknya dah menjadi kebiasaan
Hidayah solat kat masjid ye”.
“In Syaa Allah pa kalau tak uzur Dayah solat kat masjid. Allah
dah janjikan banyak kebaikkan kalau kita solat dimasjid. Selagi kita ada waktu
kutip lah apa-apa yang Allah suka. Dayah nak menjadi hamba yang dipandang oleh
Allah pa. Manusia tak pandang kita tak apa.”
“Apa lagi yang Allah suka hambanya buat Hidayah”.
“Semua yang mendatangkan kebaikkan. Sesuatau kebaikkan yang
kita buat dengan NIAT KERANA ALLAH..Allah akan bagi pahala pa. Sampaikan kalau
kita bersuci dari kencing dan berak pun kalau kita niatkan perbuatan kita
kerana Allah.. Allah akan bagi pahala”.
“Ia ke?. Hidayah bagitahulah papa apa-apa yang Hidayah
tahu..papa ni bab ugama memang kosong..kalau tanya bab kelap malam papalah
juaranya..berbezanya pengetahuan kita Hidayah tapi papa malu dengan Hidayah.
Walaupun Hidayah wanita dan masih muda lagi tapi Hidayah dah tahu apa yang Allah
suka dan Allah tak suka. Hidayah dah bersedia untuk alam akhirat Hidayah. Papa
ni kubur dah melambai tapi semuanya masih kosong..macam mana papa nak
memberatkan timbangan pahala papa dengan waktu papa yang semakin singkat Hidayah.”
“Kita solat dimasjid ni pun boleh memberatkan timbangan
pahala kita papa. Tetapi semua diniatkan kerana Allah. Jangan kita pergi masjid
niat kita nak dapat pahala sahaja.
Jika kita solat berjemaah dimasjid: Masuk Syurga Tanpa Hisab.
Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke
dalam syurga tanpa hisab:
Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di
dalam masjid (menunggu azan di masjid).
Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika
azan dikumandangkan.
Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya menuju
ke masjid setelah mendengar azan tempat azan dikumandangkan.
Alhamdulillah.. kisah ni benar-benar memberi keinsafan... Tahniah mak teh atas garapan cerita yang menarik... dari tak setuju hidayah kahwin dengan tg faris ni dah jadi syukur pula sebaa sebab beliau dapat memberi kesedaran kepada tg faris atas segala kesilapan dan kelalaiannya selama ini.
ReplyDeleteMmg saya x suka Hidayah kahwin dgn Faris tapi semuanya ketentuan Allah kerana Hidayah dapat membimbing Faris kembali kepada Allah. Sedih setiap kali baca entri...
ReplyDeleteMmg saya x suka Hidayah kahwin dgn Faris tapi semuanya ketentuan Allah kerana Hidayah dapat membimbing Faris kembali kepada Allah. Sedih setiap kali baca entri...
ReplyDelete