Sampai dari KLIA tadi pukul 10mlm. tapi post juga bab ni. atas permintaan katanya ada orang jauh yg tunggu. trima ksih kerana menanti. trima ksih juga kerana meminati
“Abang tak
sangka begitu perit, rasa yang Nuri tanggung, abang merasakan dulu abang mampu
menghilangkan rasa adanya Sarah dalam hidup Nuri. Abang janji dengan diri abang dulu kehadiran Sarah tak akan Nuri rasai, tapi mungkin ini silap abang. Sebenarnya abang terpaksa nikah
dengan Sarah, sebab masa tu memang Sarah tak ada tempat berlindung, abang kasihan
kan dia, mana tahu isteri abang sendiri yang tersiksa”.
“Tindakkan
abang betul, tapi saya bukan isteri yang
baik untuk abang, saya isteri yang tamak, saya isteri yang tak memahami
kebaikan suaminya. Saya tak akan mampu memahami abang, jadi lepaskan lah saya. Saya akan menyusahkan
abang nanti dengan sikap saya ni. Lepaskan saya supya abang akan hidup lebih
tenang dengan orang yang abang cinta.”.
“Nuri!!
untuk pengetahuan Nuri cinta abang adalah Nuri. Dari dulu lagi cinta abang pada
Nuri tak berubah. Abang hanya kesihan kat Sarah saja.”
“Dahlah
bang cintan cintun dah terlepas waktunya untuk saya, yang saya mahu sekarang
adalah pembebasan. Memandangkan abang dah bahagia sekarang dengan ‘kasihan’ abang. Jadi saya tak nak kacau.
Saya nak cari bahagia saya sendiri, jadi bebaskan ikatan kita, supaya dapat
saya mencari kebahagian saya sendiri. Dengan abang saya tak rasa bahagia lagi.”
“Hidup
abang perlukan anak-anak Nuri”.
“Itulah
saya kata, lepaskan tanggungjawab abang pada saya, supaya abang dapat sentiasa
bersama Sarah dengan cara itu abang akan dapat anak dengan Sarah. Kalau dah
dapat satu, yang lain akan datang berderet-deret, tak sempat nak tarik nafas
akan ada yang lekat lagi. Untuk pengetahuan abang Wafi lekat sebulan sebelum
abang nikah dengan Sarah. Abang tahu tak kenapa kita dulu lambat dapat anak?
sebab saya ada kerja malam, kita tak dapat selalu bersama, saya rasa itulah
sebabnya. Sekarang kenapa abang lambat dapat anak dengan Sarah, sebab masa dia
dibahagi dengan saya. Fikirkanlah bang.”
“Kenapa
masa Nuri mula mengandung Wafi dulu Nuri tak bagi tahu abang?”.
“Sebab
masa tu saya pun tak tahu saya dah mengandung, empat bulan lepas tu baru saya
tahu, bila Wafi dah bergerak dalam perut, baru saya sedar yang saya dah lama
tak datang bulan, bila pergi check
doctor kata saya dah mengandung 4 bulan”. Termangu Syukri mendengar cerita
isterinya yang didepan mata. Dalam benak Syukri terdetik ‘Tentulah dia tidak sedar kerana ketika itu hidup Nuri huruhara akibat
tindakkanya menikahi Sarah tampa pengetahuanya’.
“Nuri
maafkanlah abang abang nak jadi suami Nuri sampai berhenti nafas abang. Abang
sayang kan Nuri”.
“Saya
betul-betul tak faham dengan sayang abang pada saya. Sayang ke kalau abang
sanggup menduakan saya dengan wanita lain, sayang ke kalau masa abang lebih
pada dia dari saya, sayang ke kalau abang marah saya kerana dia dimarahi oleh
emak, itukah cara abang sayag saya?”.
“Bila
abang lebihkan masa abang pada Sarah? Abang rasa setiap giliran Nuri abang tak
pernah tak datang?”.
“Bang!
Masa abang belum ada Sarah pukul berapa abang balik?Bengkel tutup pukul 6,
pukul 615 atau 630 abang sampai rumah. Tapi selepas abang ada Sarah abang
sampai rumah? Abang akan sampai rumah saya pukul 930 paling awal, kadang-kadang
pukul 11 malam baru sampai, saya dah nak tidur jadi berapa minit boleh saya
tatap wajah abang nak hilangkan rindu saya ni. Berapa minit pula abang pandang wajah saya untuk menghilangkan
rindu. Tapi saya rasa rindu abang pada saya dah tak ada. Itu sebabnya abang tak
kisah dapat tenguk saya ke tidak, dapat pandang saya ke tak. Abang datang pada
saya hanya kerana tanggung jawab. Dalam
erti lain abang datang pada saya kerana TERPAKSA.
…Abang
kena sedar sayang abang pada saya juga dah tak ada. Jangan sesedap mulut abang
kata sayang. Kata sayang abang pada saya
hanya nak gula-gulakan saya sahaja. Saya tak bodoh bang, dengar perkataan sayang
dari abang saya jadi cair. Abang kena ingat dan sedar kalau dah tak ada rasa
rindu ertinya dah tak ada sayang lagi bang. Jadi saya ambil pendekatan itu saya
tak akan memaksa abang sayangkan saya dan saya tak mahu menyiksa abang”.
“Nuri!
Bukan abang tak sayang Nuri tapi Sarah tak tahu masak jadi abang
bertanggungjawap carikan makanan untuk dia dulu. Alang-alang dah masuk waktu,
abang solat jemaah dulu dengan dia. Kalau abang balik pukul 630 nanti abang
kena pergi balik rumah dia nak cari makan untuk dia.. fahamilah abang Nuri”.
“Sekarang
saya dah memahami abang. Faham sangat. Untuk memudahkan abang supaya abang tak
terkejar-kerjar lepaskanlah tanggung jawab abang pada saya, buang saya dalam
hidup abang. Jadi semuanya mudah. Abang hanya fikir Sarah sahaja. Tak payah
abang kehulu kehilir abang balik kerana terpaksa nak tenguk saya. Saya lebih
rela berundur dari hidup abang, supaya
saya tak menyusahkan abang”.
“Nuri
kenapa susah sangat Nuri nak faham abang, abang tak maksud macam tu. Abang
sayangkan Nuri. Sayang sangat-sangat
kalau boleh abang nak tunjuk hati abang ni, abang tak tipu abang memang
sayang Nuri”.
“Dahlah
bang tak guna cakap sayang beratus kali. Saya tanya saya nak abang jawab sekali
sahaja saya nak abang jawab dengan jujur”.
“Ok
tanyalah”.
“Abang
sayangkan saya ke?”
“Sayang,
abang sayang Nuri dari hati abang ni”.
“kalau
abang sayang saya, jangan siksa saya dengan rasa ni. Rasa yang sangat sakit
bila saya masih terikat dengan abang. Jadi leraikanlah ikatan ini leraikanlah
ikatan perkahwinan kita. Saya hanya nak sedikit rasa bahagia bang. Saya dah ada
anak-anak dan saya bahagia dengan
anak-anak saya. Saya tak perlukan abang lagi. Saya ucapkan ribuan terima kasih
kerana abang bagi saya anak-anak. Kalau
betul abang sayang saya, tunaikan permintaan saya yang satu ini, ceraikan saya.
Tolong bang,”. Begitu tegas permintaan Nuri, begitu keras hati Nuri tiada air
mata yang mengalir dipipinya. Syukri menjadi buntu.
Hanya ada satu sahaja harapanya yang dapat
menghalang permintaan Nuri dan yang dapat mendiamkan mulutnya dari perkataan
cerai, Syukri akan menggunakanya. Itulah jalan terakhir.
“Nuri
biarlah abang bertanggunga jawap pada Nuri”.
“Untuk apa
bang, untuk apa? abang tak kesiankan saya ke? siksa saya macam ni, sudah dua
tahun saya tanggung rasa ni. Tanggung rasa kosong yang abang bagi”.
“Abang
akan cuba bahagiakan Nuri. Abang nak
Nuri dan anak-anak disisi abang”.
“Tak
mungkin bang, rasanya dah terlambat
bahagia yang abang janjikan. Saya tak perlu janji bahagia abang tu. Hati ni! (Nuri melekapkan tapak tangan
kedadanya) saya tak dapat nak saya
bohongi hati saya lagi. Saya tak mampu..tak mampu bang. Saya tak mahu terikat
lagi dengan abang.”. ada getar sebak
disuaranya. Syukri hanya mampu memandang tingkah isterinya denagn rasa
yang pedih. Dia tahu hati isterinya
sangat terluka. Tidak pernah sejak dia dimadukan Nuri berbicara sebanyak ini.
Melihat Syukri terkebil-kebil memandang kearahnya, Nuri menyabung katanya lagi
dengan janji.
“Anak-anak
InsyaAllah mereka akan saya ajar mengingati dan mengenali abang, yang itu abang
jangan bimbang dan itu janji saya. Saya
akan katakan pada mereka sayalah yang minta abang ceraikan saya, mereka tidak
akan menyalahkan abang, InsyaAllah”.
“Walau
apapun kata Nuri, walau apa pun janji Nuri, abang tak akan lepas kan Nuri, abang mesti bertanggunjawap pada Nuri dan
sorang lagi anak abang dalam rahim Nuri tu. Kalau tak percaya nanti abang
ambilkan buktinya, bukti yang mengatakan Nuri sedang mengandung lagi. Dua
minggu kata doctor malam tadi. Nuri muntah bukan hanya kerana gastrik sahaja
tapi alahan mengandung Nuri tu”. Akhirnya terkeluar juga. Itulah jalan terakhir
Syukri yang mahu mendiamkan Nuri dari
meminta pembebasan darinya. Sebenarnya Syukri tidak mahu mengunakan anak untuk
mengikat Nuri pada dirinya tetapi dia terpaksa.
Nuri
termangu mendengar kata-kata suaminya, dalam benaknya mengira anaknya Nuha
Syuhada baru mahu masuk ke usia empat bulan dua tiga hari lagi. Jika benar apa
yang diperkatan oleh suaminya, Nuha akan beradik lagi sebelum unmurmnya
mencapai satu tahun. Benarkah apa yang didengari tadi, betulkah apa yang
diperkatakan oleh suaminya.
Dia terjelipuk ditempat dia berdiri mukanya
disembuyikan di celah dua lututnya dia menjerit disitu melepaskan apa yang
didalam hatinya. Kemudian dia menumbuk-numbuk perutnya. Melihat keadaan itu.
Cepat-cepat Syukri datang dan memeluk isterinya untuk menenangkan.
“Sayang
jangan…”.
“Jangan
sebut perkataan sayang pada saya..saya tak suka. Kalau abang sayang mengapa
memberi saya pesaing untuk menyaingi kasih abang pada saya, mengapa menyekat
waktu abang bersama saya, mengapa abang memberi giliran waktu untuk bersama
saya Kenapaaa??. Atau abang nak ikut kata periabahasa sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Kalau itu yang abang pegang maka tinggalkan saya..tinggalkan saya.” kali ini
Nuri menjerit ditepi telinga suaminya. Dia sudah tidak mampu menahan apa yang
bergelora dalam hatinya. Dia sungguh terpukul dengan apa yang diperkatakan oleh
suaminya tadi.
“Ok..ok..abang
tak cakap..tapi jangan buat macam ni, anak kita tu tak bersalah”.
“Saya tak
mahu..saya tak mahu..saya tak mahu dia mengikat abang dengan saya lagi”. Jerit
Nuri lagi.
“Tidak
abang tak rasa diikat, abang tak rasa terikat dengan Nuri”.
“Saya tak
kisah abang rasa diikat ke, terikat kena ikat ke, tapi yang saya nak abang ceraikan saya. Saya janji saya akan jaga
kandungan ini dan anak saya ni akan selamat lahir kedunia, dan saya akan didik
sampai sempurna pelajarannya. Saya akan
pelihara seperti yang memelihara abang dan kakaknya, dia memang anak saya dan
saya memang nak dia melihat dunia dan saya juga. Tapi tolong bebaskan saya.
Saya dah tak mampu nak bertahan untuk kali yang ketiga. Kali ini saya rela anak
saya lahir tampa ayah, saya lebih relaaaa.”
Dengan suara tinggi dan air mata berjejeran. Hatinya yang sekeras
kerikil cair juga bila mengetahui keadaan dirinya.
“Nuri
dengar cakap abang untuk sekali ni saja, tolong bagi abang bertanggung jawap
sampai anak abang ni lahir. Abang tak mahu mengumpul dosa menceraikan isteri
yang sendag hamil. Dah lah pahala abang tak seberapa. Nak ditambah dengan dosa
pula. kasihani lah abang Nuri.” Nuri memandang kosong kearah suaminya. Dia tidak mampu melemahkan ketegasan hati
suaminya. Makin keras dia meminta, makin keras juga suaminya mempertahankan hak
nya, akhir nya dia mengeluh. Dia tidak mengangis tetapi air matanya tetap
mengalir.Hanya itu yang mampu untuk melepaskan bukuan yang berbuku buku dialam
hatinya.
“Buat masa ni kita tutup kes dulu, jangan
sebut pasal perkataan cerai ke, pasal dilepas ke apa ke dengan abang. Abang minta tolong untuk sekali
ini saja.” Syukri memeluk isterinya dan
memegang tangan Nuri tangan yang memukul perutnya tadi dan tangan yang sebelah lagi mengusap
perut isterinya. Nuri tidak berdaya menolak perlakuan suaminya.
Segala
percakapan mereka rupanya ditotoni oleh Sarah dirumahnya sehinggakan dia lewat
sampai kebengkel. Nasib baiklah kunci bengkel ada ditangan salah seorang
pekerja suaminya. Hatinya jadi sebak, rumahtangga Syukri yang damai dulu, berantakkan kerana
kehadiranya. Hati isterinya yang lembut bak keju menjadi keras sekeras kerikil
akibat kehadiranya dicelah mereka. Haruskah dia yang berundur. Pertanyaan itu
menyelinap didalam hatinya.
Memandangkan
jam sudah mahu melewati pukul 10 pagi cepat dia ketempat kerja. Dia tidak mahu
suaminmya tahu dia mengikuti segala perbincangan yang panas antara suaminya dan
madunya. Tetapi dari apa yang dilihat tahulah dia, Nuri sememangnya tidak dapat
menerima dirinya dalam kehidupan mereka sekeluarga.
Melihat Nuri yang duduk lesu menyandar
kedinding, Syukri mahu mencempungnya untuk dibaringkan diatas katil dibilik
mereka.
“Tak payah
saya boleh jalan lagi, air matanya sudah kering, tapi matanya sembab kesan
menangis tadi”. Nuri bangun longlai kelihatanya sungguh lemah. Selangkah dia
melangkah dia tersandung kakinya sendiri hampir tertangkup dia kesimen. Cepat
tangan Syukri menyambar tubuh lemah itu dan membimbingnya.
“Duduk
sini dulu abang sendukkan bubur dan sup ayam ,Nuri tak ada tenaga ni sebab
perut tu kosong. Bubur dan sup ni pun dah masak ni, makan ye”. Sememangnya dia
sungguh lapar. Lapar kerana perutnya yang kosong tetapi kini bertambah lapar
dan lemah bila memikirkan dirinya akan
terikat lagi dengan Syukri sekurang-kurangnya sembilan bulan akan datang. Namun
dia cuba bersabar. ‘Akan sampai juga
harinya’ janjinya dalam diam untuk mencari
semangat yang tinggal dalam dirinya, tetapi seakan dendam pula.
Bagaikan
robot Nuri mengikuti segala arahan dari suaminya. Syukri menyendukkan sedikit
bubur didalam pinggan di serakkan keserata pinggan akar cepat sejuk dan
semangkuk sup ayam diletakkan dihadapan Nuri. Bila dilihat Nuri hanya memandang
kosong pada makanan dihadapanya, Syukri duduk dikerusi disebelahnya. Diambilnya
bubur tadi, disudu dan dihembus perlahan kemudian dia menyuakan sesudu bubur
kemulut isterinya. Nuri hanya memandang kosong kewajah suaminya. Matanya
berkaca namun tiada sepatah pun kata yang keluar dari bibirnya.
“Makanlah,
nanti perut masuk angin lagi, lagi pun nak makan ubat ni”. Tangan yang satu
lagi mengambil ubat-untan yang sengaja diletak dimeja makan, tujuan supaya Nuri
ingat untuk memakan ubatnya. Satu perangai Nuri yang dikenal pasti sejak dia
menjadi suamiya. Nuri tidak suka makan ubat. Makan ubatnya kena dipaksa.
Nuri
mengambil sudu ditangan suaminya lalu mula menyuap sendiri bubur yang
disediakan oleh suaminya. Habis sepinggan bubur tadi dia berjalan menuju
kebilik. Bila dia keluar kembali kepalanya sudah bertudung langkahnya menuju
kepintu utama.
“Nak
kemana tu?..”Laung Syukri dari dapur bekejar dia mendapatkan isterinya yang
sudah hampir kemuka pintu. Langkah Nuri terhenti dan dia menoleh kearah
suaminya yang menegur.
“Nak ambil
anak”.
“Biarlah
anak kat rumah kak Ton, Nuri pulihkan tenaga dulu. Nanti petang abang pergi
ambil”.
“Kesian
kak Ton dari malam tadi dia jaga abang dengan adik”.
“Tak apa,
abang dah call kak Ton tadi, dia kat tak apa. Nanti cukup bulan kita bayar
lebih lah kat dia. Pergilah Nuri tidur kalau rasa lapar lagi makan bubur ni
lagi ye”. Nuri mengikuti arahan suaminya dia menuju kebilik tidurnya semula dia
ingin merehatkan diri hari ini. Tidak lama dia merebahkan diri dia terlena.
Sememangnya dia tidak berdaya, menanggung masaalah yang bertimpa-timpa.
Didapur setelah
ditinggalkan isterinya kedalam bilik, Syukri mula membasuh beras untuk menanak
nasi pula. Dia sebetulnya lapar juga kerana belum lagi menjamah makanan dari
pagi tadi lagi. Hari itu dia mahu masak nasi goreng sahaja. Setelah beras
dijerang didalam periuk eletrik dia mula menumbuk cili api untuk dijadikan
sambal jawanya (Cili api ditumbuk bersama seulas bawang putih dan kemudian
dicampur dengan kicap pekat manis). Sementara menunggu nasi masak Syukri,
mengambil semangkuk bubur dan semangkuk sup untuk alas perutnya. Terasa kenyang
sedikit perutnya. Dia berjalan menuju kebilik tidur dilihat isterinya sudah
terlena. Dia mengambil kesempatan untuk merehatkan diri. Sememangnya dia
keletihan. Dia baring perlahan disebelah
isterinya, tanganya mula memeluk pinggang yang masih ramping milik isteri
tuanya kerana kandungan baru berusia dua minggu.
Tiba
dirumah Sarah malam tadi pun sudah menghampiri pukul 2 pagi. Pagi tadi awal
subuh dia menunaikan solat, selesai solat dia datang kerumah Nuri pula. Dia
bercadang lewat tengahari nanti barulah dia masuk kerja.
Tengahari
itu Sarah keluar makan dengan Maryam dikawasan mereka itu sahaja, mereka keluar
agak awal sedikit. Mereka duduk disatu sudut adalah privesi sedikit. Setelah
menambil makan mereka makan sambil berbual.
“Yam! Yam
tahu, isteri tua suami akak mengandung lagi dah dua minggu”.
“Ehh kan
dia tu baru saja bersalinnya rasanya baru sangat dia bersalin dah mengandung
lagi. Hebat betul suami akak.”
“Hebat tak
hebat tapi akak ni kenapa tak mengandung juga. Entahlah Yam anak diaorang yang
perempuan tu baru nak masuk 4 bulan”.
“Ohh
rapatnya, diaorang tak merancang ke?”.
“Mana nak
merancangnya dia mengadung pun dia tak tahu. Malam tadi tu dia muntah-muntah
dengar dia cakap dia kena gastric, malam tadilah baru tahu dia tu muntah bukan
kerana gastric tapi kerana alahan mengandung”.
“Senangnya
dia lekat, akak yang beria nak mengandung tak jadi..jadi”
“Betul
Yam, dia yang tak nak, senang pulak lekatnya, pagi tadi
tu akak nampak di pukul-pukul perut dia, kerana marah ada baby dalam rahim dia.
Sekarang ni akak terfikir adakah sebab doa mak mertua akak yang tak nak akak
mengadung kan cucu dia, itu yang akak susah nak mengadung?”
“Hsyy
takkan macam tu, belum rezeki lagi kak, sabarlah.” Selepas waktu makan ketika
Sarah masuk ke pejabatnya dari balik didinding kaca dia melihat suaminya sudah
tercongok membuat kerja. Sarah membiarkan sahaja.
Pening saya memikirkan maksud kasihan syukri pada sarah.. Yg nampaknya sayang berlebih lebihan. Baru gelabah syukri bila nuri bertegas. Masih ada rasa sabar di hati nuri. Kalau saya xtaula
ReplyDeleteyippi saya orang jauh dari switzerland dapat baca n comment dulu, rezeki Allah SAW nak bagi memang semua tahu. Si Sarah bodoh nie bukan dia nak cakap yg arwah ibu dia sendiri yg sumpah ada ke mak mertua dia. She only tell her fren Yam want need to be heard lain dia tutup benci betul dgn Sarah. Walaibagaimana pun tahniah terhibur n of cos sedih baca bab nie
ReplyDeleteNuri seorang yg tabah kalau dia mengadu perbuatan Syukri kepada keluarganya pasti mereka menyokong tindakan Nuri. Perbuatan Syukri memang tidak boleh dimaafkan kerana asyik berulang kesilapan yang sama. Kalau sayangkan Sarah cuba bimbing Sarah baik-baik. Kesilapan Sarah pula dah tahu ambil hak orang tak pernah nak besemuka dengan Nuri menyatakan kemaafan dan cuba bebaik-baik dengan Nuri bahkan ingin memiliki Syukri seorang dan menafikan hak Nuri. Sarah sepatutnya tahu bukan sumpahan emak Syukri tetapi sumpahan ibu kandungnya yang mengharam dia melahirkan keturunan Syukri. Sarah patut tahu sebab ini emak Syukri sakit hati dan tidak menerima Sarah.
ReplyDeleteTerima kasih mak teh utk n3 baru....
ReplyDeleteJodoh Syukri & Nuri kuat. Allah sayang Nuri sbb itu diberi dugaan spt ini...
ReplyDeletesaya sokong tu.... kalau Allah tak sayang memang dah terlerai dah ikatan tu rasanya... Best sangat sbb nuri berani luahkan segala isi hati.. Biar syukr berfikir panjang... tenoklah dia masih lagi di perangai lama atau berubah lepas ni.. kalau tak berubah juga... Hah lepas habis patang je heret terus dia ke pejabat kadi dan gunakan semua kuasa perundangan yang ada... Bau padan muka syukri..
Deletebodoh punya sarah. tak kan fia tak ingat sumpah arwah mak dia yg tak nk cucu keturunanvdi syukri...bkn dos mak mertua dia.
ReplyDeletesi syukri ni punya sayang dn kesian terbslik kot...sb tu le dia camtu...org yg tak layak jadi pembimbing.
setiap kali bc cite ni mesti perasaan menyampah si syukri dn si sarah membuak buak. blh dia kata dia tak lebihkn masa pd si sarsh
banggang banggang.
-dibah-
Entah la sampai bila syukri nak sedar kesilapannya. Banyak yang Nuri dah lepaskan. Tapi psl ke Langkawi tu Nuri tak tau. Ada 9bln utk ubah keadaan. Mengandung kali ni Nuri mcm ada alahan. Macam mana nak jaga mkn minum bini gedik tu lg. Silap step menyesal tak sudah...
ReplyDeleteKesiannya Nuri. Dah dua tahun menahan sakit, tertangguh lagi sembilan bulan. Semoga lepas ni bahagia miliknya...
DeleteMemang pun Dibah oooiiii,Syukri memang tak adil n tamak pun. Masa 3 x yg dia minta untuk jangan call si madu boleh pulak call n kan Nuri nampak n sakit mata bila tengok dia berkemban ingat lagi
ReplyDeleteSarah tak payah la teringin nak mengandung bagai. Bangun sahor pun malas, kalau ada anak macam mana nak jaga, kena bangun 2,3@++ tiap2 malam.
ReplyDeleteBodoh punya akalan sisarah ni.. ada ke patut dituduh mak mertuanya begitu... Nak tutup kesalahan mak sendiri punya sumpahan mak mertua jadi mangsa... Elok sangatlah perangai macam tu.... Perangai tak semengah begini jadi junjungan kasih dan kasihan sisyukri... Pandai pulak menuduh orang lain untuk kesilapan sendiri... sedar diri waktu terdesak aje lepas tu kembali asalnya.. alahai..
ReplyDeleteApa-apapun tq mak teh atas post n3 ni... Terbaik mak teh... Karya yang menyentap rasa....
wahhh..langkah kanan saya..
ReplyDeletemasuk2 je ada n3 baru..mekasih mak teh..
mak teh mmg terbaik..
dan saya bertambah teruja bila baca setiap perbualan nuri n syukri, mak teh mengambil kira komen kitorang semua..terima kasih mak teh..
tapi hati saya tetap sakit si mamat ni dok ulang2 kesian kat gedik pasal x reti masak...
oooo plz la...anak saya yg sekolah rendah ni pun pandai masak nasik n goreng telur...
dah tu tak pernah lak dgr yg derang ni masak..
asik makan di kedai je..
patut2 si kecik yg 2 orang tu di risaukan samada makan ke idak..
setakat gedik yg dah tua tu apa la nak di kisahkan..
Anak i yg umur 8 tahun pandai buat cake n her fav is buat `crepes`letak kaya or nutella. memang suka sangat. memang tak logic lah. One word for her is pemalas n orang Jawa cakap `kompro`pengontor. rumah tak kemas dapus kotor n busuk. hmmm
ReplyDeleteSi sarahtu sorang diri leh je bli makanan sendiri lainla nuri mgan anak kecil patut dibantu. Akal pendek betul. Kalau nak kasihan..kasihankan si nuri... Ini. .eiii still geram ngan syukri. Bila la nak insaf
ReplyDeletegedik budget ala2 comel n manja kunun2 tak reti masak sampai laki tak peduli nuri...meluat tgk orang tua perangai gini..kita dulu2 belum kahwin pun tak reti masak tapi tak de la nak ngada2 merengek kat laki...laki lak otak kt lutut sampai tak bole pikir camne mak gedik malukan mak mak dia dan sumpah dia..sume pun dah di tutup mata n hati dia sebabkan nafsu..maklum le rengekan gedik lagi ghairah di bandingkan rengekan si anak2..agaknya dalam hati buat menyemak je..tu yg takde rasa kasih sayang kt nuri dan anak2..bila nuri bertegas baru nak terhegeh2..takut kot harta sepencarian kena bagi dua..duit modal nuri nak kena bayar..maintenance gedik pun nak kena jaga..dia pun tau bukannya senang nak bercerai gitu je...nafkah anak2 pn nak kena bagi..agaknya sekarang sbbkan nuri jenis tak kisah..ntah2 nafkah nuri pn dia x bagi..kalau gitu la gayanya dia layan nuri camne..
ReplyDeletemakin lama makin terasa sedih sampai menusuk di hati bila membaca kata2 nuri pada syukri..saya betul2 menangis sebab menghayati sungguh setiap ayat2 yg di luahkan..kalau saya merasakn kesengsaraan dan kesedihan nuri, tak tahu la apa perassan syukri bila mendengarnya..apa2 pun saya tetap tidak puas hati bila dia masih mempertahankan perempuan sorang tu bila dia menghabiskan banyak masa dgn perempuan tu..reason yg tak bole di terima..makin sakit hati saya...
ReplyDeleteMak teh..kalau nak sedapkan.lg jln cerita..apa kata mak teh buatkan nuri sambung belajar ke luar negara..kira hi hi bai bai dgn si syukri tu..walaupn syukri tak mau lepaskan nuri..jd nuri mnta izin lepaskan dia pergi dan bawa anak2 sekali..jd ngadap la si minah gedik tu sampai bosan kerana bila nuri jauh baru dia terasa betapa kosongnya hati dia..jd bila hati dah kosong mesti kehidupan dia dgn gwdik pn tawar je kan..ha masa tu baru gedik rasa macamana sakitnya hati nuri...naj lg sadis nuri mnta fasakh..ecece pandai2 je saya ni kan... :-P
ReplyDeleteKadang kala bila kita kehilangan baru kita menghargainya.itulah sebab bila bercerai dlm tempoh 3 bulan blh rujuk balik.memberi peluang kpd pasangan menilai diri masing2.pelik sayang syukri.itu bukan sayang tp ego.sabar nuri lepas bersalin terus je minta cerai.belajar untuk pentingkan diri sendiri jgn biarkan syukri menindas nuri.cari kebahagiaan nuri. Hidup sendiri lebih baik dari merana diri.
ReplyDeleteOrang penyabar ni dia akan pendam semua amarahnya dalam hati. bila sampai satu tahap kebabum tindakan drastik diambil. Macam Nuri ni lah. Kan dah terluah segala yang terbuku di hati... suka sangat sbb dia mampu meluahkan semua perasaan sakitnya kpd syukri.... tengok lah apaperubahan syukri lepas ni... dulu dia tak ambik cakna pasal kesihatan dan keadaan nuri masa mengandung dengan alasan dia tak tahu nuri mengandung kerana tak diberitahu oleh nuri. Walaupun tahu nuri dah sarat masih juga ditinggalkan kerana KASIHANKAN sisarah dan mengikut segala rengetan sisarah. Kali ini dia tahu dahulu nuri mengandung... dia ambik cakna tak keadaan kesihatan dan kesukaran nuri yang mengandung terpaksa melayani anak2 yang masih terlalu kecil... Kalau syukri tak ambil iktibar lagi, terajang je dia cepat-cepat..
ReplyDeletebtul tu terajang je. dia tak de dlm hidup nuri pun bagus. lebih tenang hidup nuri.
ReplyDeletedia ingat giliran tu waktu tido shj. si syukri ni mmg org yg senget. org camni mmg tak layak jadi imam dlm kluarga...klu imam dh senget camne makmum nk btul nanti.
apa apa pun nuri tetapkn hati jgn cair dgn alasan dn rayuan tak masuk akal si syukri.......kesian si sarah konon smpi melebih lebihkn. dia mnta nuri fahamkn dia tp pernah ke dia fahamkn nuri...dia asyik ambil jln mudah je no mlepaskn diri.
MENYAMPAH bkali kali dgn si syukri. rasanya nanti dia mesti mnta tlg mak dia sb nuri mabuk dn dia tak terkejar nk layan anak anak. biar mak dia basuh dia lagi.
-dibah-
Ajar je syukri ni ckup2. Memang pelik sayang dia. Disebabkan kasihan yang begitu tinggi pada sarah, dia selalu bohong Nuri. Pembohongan dia belum lagi Nuri tau. Kalau tau lagi masak la.
ReplyDeleteSarah ni tak habis² kata mak mertua doakan dia tak ada anak. Memang menantu tak guna betul la dia ni.
ReplyDeleteTak sabar nak baca next entry. Apa pulak tindakan sisarah dan syukri lepas ni.
owh mai..syukri masih lagi mempertahankan reason bodoh dia tu kenapa dia kahwin dgn gedik..bukan ke itu menambahkan luka lagi di hati nuri..kita orang perempuan ni pun rasa malu sbbkan sikap pemalas n kebodohan gedik tu yg kunun2 takut nak buka api dapur la, tak reti masak la...aduiiii ntah berapa tingkek la kebodohan syukri ni sampai tak dpt mengenal antara kaca dan permata..yg patut2 di kesiani anak2 ko n nuri le yg kelam kelibut nak buat semua benda le syukri vanganggggggg...
ReplyDeletetak payah la syukri nak cakap tak sangka..tak sangka..tak sangka nuri kecik hati bila dia kahwin lain..takkan tak bole pikir hati isteri mana tak sakit kalau di curangi..jgn kan kahwin lain..kalau ralit tgk perempuan lain pun kita dah cemburu..ini kan pulak bila dah kahwin tak berlaku adil..harap2 nuri firm dgn keputusannya itu dan berjumpa dengan orang yang lebih baik...biar laki tak guna dia tu mengadap je muka gedik sampai muntah2 sbb itu yg dia nak....ha..bole la layan gedikkan..masakkan tok gedik..kemas rumah tok gedik..dengar rengetan gedik sampai muntah hijau keluar..masa ni baru dia kenal antara kaca dan permata...jadi lah hamba gedik hingga akhir hayat..
ReplyDeleteHidup la dengan 'kasihan' dia tu. Dah la asyik burukkan mak mertua je. Memang menantu tak guna sisarah ni.
Deletejangan nak drama sangatlah syuri
ReplyDeletenak menangis2 bagai
yang si gedik tu dah takde kerja ke dok sekodeng orang
bagi perabih reta laki je
menyampah tenggok dua2 tu
mak teh.... dah tak sabar bak tahu kisah lanjutnya..... sayang mak teh..
ReplyDeleteSalam semua selamat tengahari kawan2 n of cos Mak Teh kita, n still morning in Zurich. Sabar menanti n3 selanjutnya
ReplyDeletesabar menantiiiiii.
ReplyDelete-dibah-