Diatas permintaan abangya yang
bersungguh malam itu Nur Hidayah bermalam dirumah abangnya.
“Kenapa abang Farid nak suruh Dayah
tidur sini pula.”
“Tak ada apa, saja abang nak
ramai-ramai kita sekeluarga”.
“Yang ramai tu siapa lagi tu”. Takut benar
Nur Hidayah ramai yang dikatakan oleh abangnya adalah kedatangan Tengku Faizal
suami isteri. Dia masih diselubungi ketakutan bila nama Tengku Faridah melintas
dimindanya dan Tengku Farid mengentahui keadaan adiknya.
“Tak ada siapa, kita-kita sahaja.Abang
kesian hari ni Dayah teruk sangat buat kerja. Jadi tak payahlah balik malam ni
jauh tu nak memandu balik Cheras. Sesekali apa salahnya Dayah tidur sini. Katil
kat bilik Dayah tu memang minta sesekali Dayah tidur kat atas nya. Jangan balik
ye..Esok abang bagi cuti pada Dayah”.
Sememang nya tadi teruk dia mengemas kini data kewangan syarikat mereka setelah
lama ditinggalkan. Sejak dia dimasukkan kelokap, papa mereka pula meninggal
dunia manakala Tengku Farid dan Tengku Faizal kehulu kehilir menangani masaalah
yang meneimpa mereka, tiada siapa yang mengambil alih kerja-kerja di bahagian
kewangan .
“haa..peliklah abang Farid ni dah suruh
tidur sini bagi cuti lagi..Jannah…”
“Panggil ‘kakak’ lah Dayah..kesian kak Jannah, dia nak rasa juga ada adik
ipar kan Jannah. Biar pun adik iparnya lebih tua dari dia. Panggilan tu kan
hormat..”.
“Haa tu yang ingatkan kita lagi tua tu
kenapa..”.Ketika itu mereka bersiap mahu mula memulakan makan malam. Mereka
yang perempuan menyusuh makanan di atas meja.
“Yang abang Farid bagi dayah cuti
kenapa kak Jannah tak sihat ke..nak kata mengandung lagi anak baru lima bulan.
Kalau ia teruk betul abang Farid ni. Bagilah masa kak Jannah rehat sikit”.
“Tak adalah.. hanya abang kesiah kat
Dayah yang kerja teruk, tolong abang dengan atuk”.
“Terima kasih abang Farid”.
“Dah..dah jom cepat makan nanti kejap
lagi anak-murid atuk dengan nenek sampai kalamkabut kita nak makan.”
“Sini ..abang ngan kakak ibu suap..mama
Dayah penat tu..sini.”.
“Tak apa lah kak Jannah biar Dayah suap
Arif dengan Aisah..meh..sini anak mama..sini mama suap abang dengan
kakak”. Sememangnya Hidayah suka duduk
dirumah abangnya terasa diri sudah menjadi ibu.
Lepas makan malam dan
berkemas didapur teus sahaja Hidayah mengaji dengan nenek Bedah sebelum anak
murid nenek Bedah yang lain dating. Nanti boleh lah dia membantu nenek Bedah
menegukkan sedikit anak –anak mengaji..dapatlah dia mengingati tajuid yang
terasa sudah lama tidak disemak bacaanya. Bukan
nya ramai anak murid nenek Bedah hanya tiga orang anak dara sunti jiran
abangnya. Untuk nenek Bedah hanya mengambil anak-anak peremapuan sahaja. Mereka
mengaji diruang tamu tempat mereka solat berjemaah. Manakala yang lelaki itu adalah bahagian atuk Ibrahim
pula mereka mengaji di luar rumah.
Bila mendengar ada derap kaki dimuka pintu Nur Hidayah
memandang kearah pintu terjengul doctor Zul Fahmi di pintu masuk kebetulan Zul
Fahmi sedang memandang kearahnya. Bila semua para pelajar sudah pulang dia mahu
masuk kedalam rumah. Dia memberi senyuman ramah pada Nur Hidayah yang sedang
mengemasi rehal yang digunakan oleh anak-anak tadi. Dia kemudian memberi salam.
Nur Hidayah teroleh kiri dan kanan untuk memastikan masih ada orang lagi kah
diruang tamu..
“Kenapa Hidayah takut sangat nak
mendoakan kesejahteraan I”.
“Ehh apa pula Zul cakap macam tu, akak
dah jawab dalam hati.. cari abang Farid ke..dia kat atas nanti akak panggil kan
dia ye”.
“Ehh..tak payah..tak payah kita nak
jumpa awak saja”.
“Awak tu sapa akak ke??”
“Ialah.. dah tak pandai bahasa Melayu
pulak..awak tu youlah”.. ha haha dua teruna dan balu gelak bahagia bila usik
mengusik macam tu.
“Zul selalu kacap I..you I..you
tiba-tiba kita awak pula tu yang keliru tu”
“Meh kita duduk luar Hidayah..tak lama
lagi kita dah nak pergi Kuantan, buat houseman kat sana”.
“Kita pula..bukan Zul sorang ke?.
Gunalah bahasa Melayu yang betul Zul”.
“Hssy Hidayah ni ada saja yang tak betul
bila kita cakap”.
“Iala..ialah. Zul dapat buat haouseman
kat sana..kenapa tak minta kawasan Lemabah Klang sahaja. Boleh berulang duduk
dengan keluarga.”.
“Dah rezekinya kat sana nak buat macam
mana. Kita ni kalau boleh memang nak yang dekat-dekat sini sahaja..boleh terus
belajar mengaji dan berzanji..ni baru dapat satu juzuk dah kena berhenti
sekejap..takut lupa sahaja”.
“In Syaa Allah tak lupa, kalau Zul
terus amalkan walaupun tak kat depan atuk Ib”.
“Tapi kat sini ada perangsang yang
menaikkan semangat nak belajar”.
“Sebagai orang yang lebih tua suka akak ingatkan Zul.. buat sesuatu tu kerana
Allah.. In Syaa Allah melekat ilmu yang kita cari Zul”.
”Ialah..Hidayah jom kita duduk kat
bangku luar tu..kita ada benda nak cakap dengan awak”.
“Nak cakap apalah Zul dengan akak ni”.
Nur Hidayah mengikuti juga langkah birasnya yang meminta mereka duduk diluar
rumah. Di perkarangan rumah Tengku Farid ada satu set meja batu untuk mereka
minum petang tidak jauh daripintu masuk
kerumah. Bila tiba dibangku batu.. Zul duduk di bangku manakala Hidayah memilih
untuk duduk dibuaian anak-anak buahnya.
“Apa yang Zul nak cakap dengan akak.
Cakaplah cepat”.
“Sebelum kita pergi Kuantan kita nak
cakap sesuatu yang dah lama kita fikirkan”. Sudah lama mereka berbual biar pun
selalunya Zul akan mengunakan ganti nama I dan you tetapi Hidayah tetap akan
menggunakkan ganti nama awak dan saya sahaja biar pun dia bukanlah tidak
berpelajaran. Dia juga lepasan Universiti, walaupun hanya Universiti tempatan (UiTM)dan
mempunyai Ijazah perakuanan. Pada Zul mungkin Hidayah tidak mahu memperlekehkan
bahasa ibunda itu yang dia tidak terikut-ikut mengunanakan perkataan separuh Inggeris
dan separuh Melayu. Jadi sekarang ini Zul mencuba mengunakan parkataan kita dan
awak untuk memesrakan dirinya dengan Nur Hidayah.
“Nampak macam penting sahaja..takut
akak”.
“Penting untuk kita Hidayah.. Hidayah
kalau kita cakap kita suka awak boleh ke?”
“Cuba Zul cakap terang-terang, akak tak
faham..Suka yang macam mana?”.
“Hidayah!! kita tak pernah anggap
Hidayah akak kita tau..kenapa selalu bahasakan diri akak dengan kita”.
“Dah kita lagi tua dari Zul..kenalah
panggil kakak. Zul nak tahu akak ni dengan Jannah pun tua akak lagi tau”.
“Tapi kita tak nampak yang Hidayah
lebih tua dari kita. Dahlah saiz kita pun kita lebih tinggi dan lebih besar
dari awak. Cuba tenguk.” Zul Fahmi memandang dirinya sendiri kemudian
mangarahkan matanya kearah Nur Hidayah pula.
“Memanglah.. dah fitrah alam fizikal
lelaki mesti besar dari wanita.”
“Hidayah..Saya yang sebetulnya tak
pandai nak kata berkias dan tak pandai kata berlapik..jadi saya cakap terus
terang sahaja.. Saya suka awak..saya nak awak jadi pasangan saya didunia dan
akhirat. Kalau Hidayah rasa saya terlalu berterus terang maaf ye”.
“Zul..Zul tak tahu tak siapa akak yang
sebenarnya..kalau Zul tahu Zul akan merasakan kita bukan pasangan yang sesuai”.
“Apa yang menyebabkan kita tak sesuai
sebab perbezaan usia kita?”.
“Selain dari usia yang berjarak 4 tahun,
ada perkara lain yang akak malas nak sebut..tapi dalam erti kata lain memang kita tak sesuai..jadi
anggaplah saya ni kakak awak dan saya lebih selesa macam tu”.
“Hidayah sebelum saya cakap ni, saya
dah selidik siapa Hidayah dan saya tak kisah itu semuanya. Pada saya, Hidayah
adalah ciri wanita yang saya suka..bukan pasal fizikalnya sahaja tapi
semuanya”.
“Apa yang Zul tahu akak dah boleh
agak..malas akak nak cakap dan itu memang salah satu dari sebabnya.Yang kedua
yang Zul tak tahu dan mungkin mama Zul juga tak sangka”.
“Apa dia..cakaplah”.
“Akak ni adalah anak bekas kekasih
tunang mama Zul”.
“Tak faham cuba jelaskan lebih
terperinci”.
“Papa akak ada cerita..aunty Hana
adalah bekas tunangnya. Aunty putus kan
pertunganan mereka kerana dia terserenpak papa akak berdating dengan mama akak di
Universiti Sains Pulau Pinang..jadi kalau akak jadi menantu dia apa pula
perasaan dia Zul.” Terkedu Zul Fahmi mendengar apa yang diceritakan oleh Nur
Hidayah.Melihat Zul Fahmi kaku dengan ceritanya dia menyambung ceritanya.
“Zul bukan senang untuk membawa kita
lahir kedunia. Zul sebagai doctor mungkin
pernah melihat kepayahan seorang wanita melahirkan anak..jadi hargailah
kepayahan ibu yang melahirkan kita…
senang kan hatinya. Jangan diminta mereka memaksa hatinya menerima apa yang
kita suka. Zul masih muda..masih banyak peluang
mencari wanita yang sesuai untuk Zul dan sesuai untuk seluruh keluarga
Zul. Ingat jangan pentingkan perasaan kita sahaja..pentingkan juga perasaan
orang yang berjasa dengan kita sekali. Restu mereka, doa mereka.. adalah yang
paling mutajab untuk kita Zul”.
“Tapi saya suka awak Hidayah. Kenapa
Hidayah tak cuba dulu. Mama saya baik Hidayah mungkin dia boleh terima awak
seadanya”.
“Zul nak tahu tak hati seorang ibu..dia
akan mendahulukan perasaan anaknya..dia lebih rela menderita dari melihat
anaknya bersedeh. Sekarang ni kita belum ada apa-apa lagi, kita masih boleh
mengelak perkara yang akan membuatkan dia rasa tak selesa jadi elaklah..jangan
sampai dia terpaksa memilih pilihan kita Zul. Lagi pun akak tak mahu dia rasa
tak selesa dengan akak. Akak harap Zul pindahkan perasaan ‘suka’ Zul tu pada perempuan yang lebih sesuai untuk Zul. Saya
lebih selesa menjadi kakak awak dari menjadi pasangan hidup awak Zul. Saya
memerlukan orang keliling yang menyayangi dari seorang sahaja yang akan sayang saya. Kalau Zul
kasihankan akak, jangan disebut perkataan ‘suka’
pada akak lagi. Jangan mengulangi perkataan yang boleh menebalikkan hati
dan akhirnya akan menyiksa kehidupan kita dan orang yang paling rapat dengan
kita”.
“Awak sangat baik Hidayah walau pun
cara lahir awak…hssy saya ni menginagtakan awak pada benda yang tak suka awak
sebut kan”.
“Tak apa itu sebagai satu
pengajaran..bukan semua yang seperti saya bernasib baik diberi kesedaran dan
kekuatan..Hanya satu yang akak nak ingatkan, benih kita jangan ditabur
sebarangan, jadikan akak ni iktibar..kepayahan anak-anak yang seperti akak
meraih kasih orang, payah untuk meyakinkan diri. Itu sebabnya akak perlukan
kasih orang sekeliling kerana itu sumber kekuatan akak. Harap Zul faham apa
yang akak maksudkan”.
“Faham kak, sangat faham dan saya
bersimpati dengan akak. Memang akak wanita yang
sangat baik”.
“Zul juga baik, dan akan menjadi anak
yang sangat baik jika mendahulukan rasa senang ibu kita dulu. In Syaa Allah
anak yang baik akan mendapat jodoh yang baik juga..semoga Zul mendapat jodoh
yang berkali-kali lebih baik”. Lama mereka mendiamkan diri dan akhirnya Nur
Hidayah yang bersuara..
“Kalau dah tak ada apa-apa lagi akak
nak masuklah”.
“Kak Dayah terima kasih diatas ingatan
tadi”.
“Tak ada apa yang nak diterima kasihkan
Zul kita sesama manusia harus ingat-mengingati..kalau sorang terlupa yang
dengar dan yang tahu wajib menginagti. Yang ada dikeliling dipandang, kalau baik jadikan contoh ikutan, mana yang
tak elok jadikan pengajaran. Hanya satu akak nak ingatkan Zul yang tak lama lagi jauh dari keluarga..jadikanlah
ayat Kursyi dan ayat Seribu Dinar sebagai zikir, In Syaa Allah akan datang
pertolongan yang tak di sangka-sangka pada orang yang mengamalkan ayat tu. Tapi
dengan amalanya sekali.. taat perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. Ingat!
ini nasihat seorang kakak yang sayang
pada adiknya.”
Terjemahan ayat Seribu Dinar
“Barangsiapa bertakwa
kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki
kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap
sesuatu.”
Khasiat Ayat Kursi:
Sesiapa yang membaca ayat
Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan
petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat
tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan
raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan
kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya,
anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Yang sebenarnya perbualan
mereka telah dikupingi (curi dengar) oleh Tengku Farid dibalik pintu. Insaf dirinya
melihat keperitan adiknya meraih kasih orang sekeliling. Begitu sukar adiknya
mahu memasukkan diri kedalam keluarga orang lain kerana status dirinya.
Yang sebenarnya Nur Hidayah tidak yakin
orang lain menerima dirinya setelah tahu siapa dia.
“Kak Dayah! abang nak
balik lah ni..Kalau ini pertemuan kita yang terakhir abang minta maaf
banyak-banyak ye”.
“Ehh abang ni jangan
cakap macam ni..akak tak sukalah”.
“Bukan ada maksud tersirat pun..lusa abang dah nak
pergi Kuantan buat houseman kat sana. Akak tak tahu ke..masa houseman tak ada
cuti.. mungkin dua tahun abang tak dapat balik tau..nanti dua tahun kita tak
dapat jumpa..jadi untuk raya yang dua tahun tulah abang minta maaf dulu ada fahaaam”. Tetapi yang sebenarnya dua tahu
menjalani latihan kedoktoranya dia mahu mengubati kepedihan hatinya mahu
belajar menerima Nur Hidayah sebagai kakaknya. Itu azam ZulFahmi sebenarnya.
“Hssy ialah tu”. Begitu
mudah mereka menerima keadaan yang tidak menyenangkan. Biar pun jauh disudut
hati Zul Fahmi ada kesedehan diatas penolakkan Nur Hidayah, namun dia harus
menerimanya dengan hati terbuka. Penolakkan Nur Hidayah ada hikmahnya.
Ketika Nur Hidayah masuk
kedalam rumah, Tengku Farid ada duduk diruang tamu.
“Abang Farid esok tak payah lah Dayah cuti. Rasanya Dayah
tahu kenapa abang Farid bagi Dayah cuti..semuanya dah selesai..jadi Dayah nak
balik lah. Esok nak kerja”.
“Tak payahlah Dayah balik,
esok pergi kerja dengan abang sahaja .. petang balik sini lepas mengaji baru
balik rumah Dayah boleh kan”. Nur Hidayah hanya terkebil-kebil memandang
abangnya yang duduk disofa sambil matanya memandag ke TV yang menyiarkan siaran
sukan ketika itu.
“Hidayah abang nak
Tanya…betul ke aunty Hana putuskan pertunangan dengan papa selepas tenguk papa
dengan mama Dayah.”
“Betul bang..masa papa
terserempak dengan aunty Hana.. masa tu mama dah mengandungkan Dayah. Itu yang
mama Dayah cerita masa Dayah ditingkatan tiga.. sebelum dia pergi ke Arab Saudi
bekerja. Lepas tu papa ada cerita masa dua tahun lepas balik berbuka dari
sini..dia kata aunty Hana adalah bekas tunagnya..itu yang Dayah dapat teka ada
kesinambungan cerita mama Dayah dan cerita papa”.
“Jadi kenapa Dayah tolak
Fahmi..Dayah dendam dengan aunty Hana ke”.
“Apa pula nak dendam. Cuba
abang Farid fikir..wanita yang bakal menjadi menantunya adalah anak bekas
tunangnya. Dalam erti kata lain, apa rasa hati aunty Hana bila dia tahu bakal
menantunya adalah anak bekas tunang dengan wanita yang menyebabkan mereka putus tunang. Kalau
Dayah ..Dayah akan sakit hati. Dayah tak mahu aunty Hana rasa serba salah nak
terima Dayah..dah lah Dayah anak tak sah taraf, ditambah pula dah jadi balu,
ditambah lagi anak kepada wanita yang menyebabkan mereka putus tunang. Abang
kira tak, berapa keburukan yang Dayah pegang.
Sedangkan kalau satu pun dah boleh menutup sepuluh kebaikkan, inikan
pula yang berpuluh keburukan dan tak ada satu pun kebaikkan.”.
“Tapi abang rasa Hidayah
terlalu merendah diri..tak elok kalau merendah diri sangat”.
“Abang Farid, pada Dayah
lebih baik kita merendah diri dari menyusahkan kehidupan jenerasi yang bakal
lahir. Sebab Dayah dah lalui betapa peritnya. Esok pesan dengan kak Jannah
suruh adik dia tu berhati-hati..Dayah takut mendengar kata-katanya tadi.”
“Kenapa Dayah nak bimbangkan
dia. You sayangkan dia ke”.
“Sayang sebagai seorang
lelaki Islam yang dilihat dapat membela
ugama, Negara dan kaum keluarganya. Susah nak dapat bangsa kita yang pandai dan
taat pada ugamanya kan bang. Untung aunty Hana dan uncle Razlan dapat anak
semuanya menjadi”. Tengku Farid mengiakan kata-kata adiknya didalam hati. Dia
juga rasa sangat beruntung mendapat
satu-satunya anak perempuan Tengku Raihana dan menjadikan dia seorang lelaki,
suami dan ayah yang berkesedaran.
Kesiannya dayah, sampai bila nak hidup sorang2
ReplyDelete