Ketika Nur Hidayah pulang kekampung kerana
sekolah cuti akhir tahun, baru lah dia tahu sudah sebulan neneknya meninggal
kerana demam panas. Ketika mamanya menghubunginya dia memberi tahu mamanya pula.
“Asalamualaikum
Dayah..Dayah dah ada kat kampong ke?”
“Dah
ma..dah seminggu Dayah balik kampong”.
“Alhamdullilah..mama
lupa Dayah dah mula cuti penggal, sekarang ni mama sibuk betul, pesakit hari
hari ada sahaja. Emm macam mana periksa Dayah berapa A kali ni”.
“Alhamdullilah
Dayah dapat 7A 2B 1 C”.
“Apa
yang C tu..”
“Fizik
ma…kata cikgu dia ambil soalan Fizik SPM tahun lepas tapi memang mencabar
betullah ma.Kalau soalan tu kelaur lagi masa tahun Dayah periksa habislah. tapi
tahun depan In Syaa Allah Dayah akan cuba lagi”. Mereka saling bertukar cerita
kehidupan mereka dan saling ambil berat antara satu sama lain.
“Dayah
belajar sungguh-sungguh ye..belajar ni bukan untuk mama tapi untuk masa depan
Dayah. Kalau Dayah nak senang masuk mana-mana IPTA belajar kena
bersungguh-sungguh..Ingat niatkan kita belajar kerana Allah, In Syaa Allah
pahala dapat,Keberkatan Allah pun kita Dayah”.
“In
Syaa Allah ma dengan doa mama.. Dayah akan Berjaya, kan doa seorang ibu tu doa
yang paling mustajab apatah lagi doa mama dari tanah suci”.
“In
Sya Allah mama akan doakan yang baik-baik untuk anak mama”.
“Ma!!ada
satu berita sedeh ma, tapi kita baru dapat tahu..tak apa kan ma…”
“Berita
apa Dayah..ada berkenaan keluarga kita ke Dayah”.
“Macam
tulah kiranya..yang sebenarnya nenek dah meninggal ma”.
“Bila
nenek meninggal Dayah??dia sakit apa? tak pernah pun Dayah bagi tahu mama nenek
sakit…kenapa Dayah tak bagi tahu mama nenek sakit”.
“Dah
sebulan nenek meninggal..Dayah tahu pun minggu lepas, Alham dullilah Dayah
balik pagi Sabtu, sebab Dayah nak kemas barang-barang Dayah. Hampir tengahhari
Dayah samapai rumah nenek, tapi nenek tak ada. Dayah pergi rumah mak long, ingat kan nenek pergi rumah mak long. Dayah
Tanya mak long nenek kat mana masa tulah mak long cakap nenek dah meninggal mak
long cakap juga nenek demam empat hari lepas tu
meninggal..” Sunyi sepi mamanya dihujung talian bila mendengar berita
yang disampaikan. Kemudian kedengaran esakkan dihujung talian, Nur Hidayah tahu
mamanya menangis.
“Maa
janganlah menangis ma..nenek meninggal dalam keadaan baik .. nenek tiba-tiba demam
panas dan sakit kepala sahaja. Empat
hari dia demam tak kebah-kebah, hari kelima dia meninggal. Dia tak menderita
sakit pun. Mak long yang cerita dengan Dayah macam tu..jadi mama janganlah
sedeh sangat ye”.
“Mama
sedeh Dayah mama tak sempat jumpa nenek..tak sempat nak minta maaf dengan nenek
mama banyak melukakan hati nenek Dayah”.
“In
Syaa Allah nenek dah maafkan mama. Lagi pun kita ni manusia tak sempurna
ma..kadang-kadang kita terleka dan buat silap, janji kita tak mengulangi
kesilapan kita..itu pun dah baik ma. Ma kalau mama ada masa mama buat lah Umrah
untuk nenek ma.. sedekahkan nenek dengan Umrah ma..”.
“In
Syaa Allah, mama akan ajak Paman teman kan mama buat Umrah nanti. Sekarang
Dayah duduk kat rumah nenek ke rumah mak long.”.
“Dayah
duduk rumah nenek”.
“Sorang???”
“Tak
apa ma, Dayah ok. Dah seminggu Dayah duduk sorang..tak ada apa-apa pun..mama
jangan risau kan Dayah ye”.
“Mak
long tak kasi Dayah duduk rumah dia ke Dayah”.
“Tak
lah, Dayah yang tak mahu duduk. Masa hari Dayah sampai hari tu lagi dia dah
ajak Dayah, tapi Dayah tak mahu. Sekarang ni rumah dia tengah ramai, anak-anak
Mak long semuanya sedang cuti. Dayah tak selesa tak bebas dalam rumah. Dayah ni
bukan mahram diaorang. Dayah tak selesa, lebih baik Dayah duduk sendiri kat
rumah nenek ni, tak pakai tudung pun tak apa kan ma.. ”Tetapi yang sebenarnya
cerita anaknya hanya untuk menyenangkan hati mamanya sahaja. Syarifah Jamilah
memanjatkan kesyukuranya anaknya tahu menjaga diri.
“Kalau
macam tu.. mama balik minggu depan”.
“Tak payahlah ma..kalau mama balik minggu
depan dua minggu lagi Dayah dah masuk sekolah. Balik sekejap sangat rasanya
macam membazir duit tambang sahaja. Lagi pun baru tahun lepas mama balik kan.”.
“mama kesiah Dayah duduk kat rumah nenek
sorang-sorang”.
“Bukan tak biasa Dayah duduk sorang ma..dari
sekolah rendah lagi kalau mama kerja syif malam Dayah akan tinggal sorang
ma..Dayah dah biasa.Lagi pun tak baik mama tinggalkan Paman. Sekarang mama kan
dah jadi isteri dia. Walaupun dia tak kisah..tapi mama jangan ambil kesempatan
atas kebaikan dia. Syurga isterikan dibawah tapak kaki suaminya”. Baru enam
bulan Syarifah Jamilah bernikah seorang warga Indonesia dibumi Mekkah. Dia juga kaum pendatang yang mencari rezeki
di bumi suci itu.
“Waahh dah pandai anak mama ni dalam bab
rumah tangga”.
“Kan kat sekolah ada ustazah, dialah yang
cakap..kita jangan melawan emak ayah..kerana syurga seorang anak dibawah tapak
kaki ibunya. Lepas tu ada orang tanya pula syurga isteri kat mana ustazah
jawaplah dibawah tapak kaki suaminya..itu yang Dayah tahu tu. Jadi mama jagalah
paman dengan baik. Dayah teringin juga jumpa paman.”.
Orangnya baik dan bersopan santun.Tetapi yang
paling penting bagi Syarifah Jamilah suaminya menerima dirinya seadanya. Dia
tidak mempertikaikan kesilapan yang pernah dilakukannya dulu. Katanya dosa masa lalu jadikan pengajaran supaya tidak
diulangi. Jadikan janji kita kepada Allah tertunai agar taubat kita diterima. Itulah kata-kata nasihat ketika dia mahu
bernikah dengan lelaki itu enam bulan dulu. Lelaki yang menerima dirinya
seadanya bernama Ahmad Solihin bin Ahmad Sobirin keturunan Aceh. Itulah ayah tirinya yang dimaksudkan ‘paman’ oleh Nur Hidayah
“Alhamdullilah
Dayah ingatkan mama. Tapi mama risaukan Dayah duduk sorang-sorang. Kesian Dayah
nak masak, kan Dayah masih kecil lagi”. Kata-kata mamanya disambut dengan
ketawa terbahak-bahak Nur Hidayah
dihujung talian. Bila mendengar reda
ketawanya mamanya menyambung kata..
“Kenapa
yang Dayah ketawa macam nak pecah gegendang telinga mama ni”.
“Taaak
..Apalah mama ni, kata Dayah ni masih kecik, Dayah kan dah enam belas tahun ma.
Mama balik yang dulu tu pun Dayah dah lebih tinggi dari mama. Bab masak ni dari
Dayah umur sepuluh tahun lagi Dayah dah masakkan mama nasi. Dah lah mama jangan
bimbangkan Dayah. Ma!! Dayah cadangkan mama balik masa Dayah dah habis periksa
SPM nanti..sebab Dayah rasa nak duduk dengan mama kat Arab sepanjang Dayah
tunggu keputusan SPM..Boleh ma”.Kedengaran ceria sahaja suara anaknya
menyebabkan hilang rasa risau dihati Syarifah Jamilah.
“Boleh
tu memanglah boleh..Tapi betul ke Dayah tak takut duduk sorang kat rumah nenek
tu”.
“Betul
ma..Dayah ok..lagi pun mak long selalu juga jenguk dan bagi makanan pada Dayah,
tadi dia bagi masak lemak daging salai, ada lagi tu.Esok Dayah rasa nak
masakkan cucur tepung dan cicah dengan kuah lemak tu”.
“Hissy
Dayaaah..apa cerita pasal makan dengan mama ni..mama jadi teringin pula..”.
“Mama
mengidam ke ma..ada ura-ura Dayah nak dapat adik ke ma?”.
“Hissy
Dayah ni kesitu pula, tak ada lah mama tengah bendera merah ni. Dayah! tiap-tiap hari ke mak long bagi Dayah
makanan”.
“Taklah
tiap-tiap hari..sekarang ni kan anak-anak dia semuanya balik, jadi rajinlah dia
buat makanan. Semalam dia bagi sambal udang mungkin ada berlebih itu yang dia
bagi Dayah sikit”.
“Habis
Dayah makan apa kalau mak long tak kasi Dayah makanan”.
“Mama
niii, macam lah Dayah tak tahu nak masak..setakat masak nasi, goreng telur,
tumis sayur itukan dah biasa Dayah buat. Kan dari darjah lima lagi mama dah
suruh Dayah masak. Mama tak ingat ke pertama kali Dayah masak nasi nasi tak
cukup air dari pengalaman tu Dayah dah cekap masak nasi ma. Dayah dah beli
keperluan Dayah untuk sebulan ma..ikan sardine tin dengan telur satu tray dan
beras lima kilo cukup lah untuk sampai Dayah balik asrama nanti. Dahlah mama janganlah bimbang”. Di hujung talian
Syarifah Jamilah bersyukur kerana anaknya sudah pandai berdikari. Secara tak
sedar anaknya sudah besar dan pandai mengurus diri.
Dia terkenang kembali peristiwa anaknya
berbuka dengan nasi yang ditanak tak cukup air. Ketika itu dia dikehendaki
bekerja menggantikan kawanya yang terpaksa bercuti kerana anaknya sakit. Kerana
lari dari jadual kerjanya dia tidak menyediakan makan berbuka untuk anaknya. Cepat-cepat
dia menghubungi anaknya.
“Assalamualaikum Dayah..mama tak dapat balik
petang ni..mama kena ganti kawan mama..anak dia sakit. Dayah pergi masak nasi
sekarang mama ajar”.
“Ok.. Dayah dah pengang periuk nasi. Masukkan
beras dua pot..basuh tiga kali sahaja. Lepas masukkan air sebagank mana beras
nya, masukkan periuk nasi dalam sangkarnya lepas tu tekan..butang
cooking..kalau dah menyala apinya tanda dia tengan masak lah tu..Kemudian Dayah
goring telur hancur..Dayah berbuka nasi dengan telur hancur sahaja ye. Nanti
mama balik mama belikan Dayah makan lain”.
“ok ma..dah siap”. Biar pun jadi juga nasinya
namun nasinya sebiji sebiji dan keras pula. Nasi itu dimakan bersama telur hancur
(scramble age) dan kicap pekat manis untuk berbuka. Dia pulang dari tempat
kerjanya hamper pukul 11 malam anaknya sudah lena ditempat peraduanya.
Dipandangnya denga berbagai rasa anak yang sedang lena. Biar pun ketika itu dia
merasa sedeh menjadikan anaknya seperti anak terbiar namun pengajaran itu
menjadi pengalaman yang baik buat anaknya. Selepas kejadian itu anaknya
bersungguh belajar memasak nasi dan lauk. Setiap kali dia bercuti anaknya
meminta dia mengajari berbagai menu. Hinggalah dia pandai memasak dua tiga
jenis lauk untuk makan mereka.Ketika itu umur Hidayah baru mencapai usia 10
tahun.
“Mama esok mama ajar Dayah masa ikan sardine
tin ye Dayah suka yang macam nenek masak tu bubuh bawang besar dan cili api ma.”
“Ingat
ye kalau Dayah masak lepas tu pastikan api dapur betul-betul ditutup.. kemudian
tutup sekali punat yang kat tong gas. Sebelum Dayah tidur tenguk grill, pintu
dan tingkap dikunci betul-betul. Pintu dapur tak payah nak buka ye. Lagi satu,
masa kunci pintu dan tingkap rumah baca surah Al-Ikhlas ye.... Sebelum tidur
baca ayat Kursyi dan ayat Seribu Dinar”.Berderet-deret pesanan Syarifah Jamilah
kepada anaknya yang tak terjangkau dek tangan untuk digapai dan terpandang dek
mata untuk dilihat dan dipantau. Hanya suara dapat didengar dari dalam telefon
yang menghubungkan mereka. Ingin hatinya menemani namun dia di Arab Saudi
mencari rezeki sementara anaknya di Jelebu Negeri Sembilan Malaysia.
“In
Syaa Allah ma, Dayah ingat pesan mama tu”.
“Betul
ni Dayah mama tak perlu balik.” Sekali
lagi Syarifah Jamilah mengulangi pertayaannya untuk mencari kepastian.
“Betul
ma ..mama janganlah bimbang, Dayah ok kat sini”.
Kehidupan mereka wajib diteruskan. Walaupun
ada rasa terkilan dihati Syarifah Jamilah dan Nur Hidayah dengan tidakkan ahli
keluarganya yang tidak memberitahu tentang pemergian neneknya, namun dua
beranak cuba menelanya dan tidak perlu diluahkan diantara satu sama lain. Bagi
Syarifah Jamilah dia tahu adik beradik seibu dan sebapanya sudah membuang
dirinya kerana kesilapan yang meninggalkan tanda yang pernah dilakukannya dulu.
Tandanya adalah anak luar nikahnya Nur Hidayah. Tetapi apa yang boleh
dilakukan..perkara sudah terjadi..nasi sudah menjadi bubur. Tak kan mahu
dibunuh anaknya untuk menghapus bukti kesilapanya tetapi anaknya tidak bersalah
dan berdosa. Dialah yang berdosa dan
dialah yang bersalah. Anaknya juga sudah besar dan sudah menjadi seorang gadis.
Dia juga tahu apa yang adik-beradiknya
fikirkan… jika anaknya hidup dikalangan
mereka, tentu masyarakat sekeliling akan memandang mereka hina. Yang sebetulnya
dia kasihan kepada ibunya yang dihina dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling
kerana perbuatanya. Dia juga kasihan anaknya turut menanggung akibat kesilapanya
di masa lalu. Sungguh banyak hati yang terluka akibat perbuatanya. Dia sungguh menyesal dengan kesilapanya. Tapi
apakan daya nasi sudah menjadi bubur perbuatan yang terjadi tidak boleh ditarik
balik.. Hanya satu harapanya, akan diushakan mendidik anaknya menjadi seorang
muslimah yang sejati. Dia mengharapkan Allah meRahmati dan memBerkati anak nya
didunia dan akhirat, biar pun dia tidak dapat diterima sepenuhnya oleh keluarga
dan masyarakat disekeliling mereka.
Setelah kematian neneknya Hidayah tinggal
seorang diri dirumah pusaka neneknya.Tiada seorang pun makcik yang mahu
mengutip dirinya. Dihari pertama tinggal bersendirian dia merasa takut. Bulu
romanya meremang setiap kali mendengar burung hantu menguguk diluar rumah. Kalau
dah takut macam-macam pula yang difikirkan bukan yang baik-baik pula tu. Mendengar
desiran angin bermain-main dengan dedaun
ditepi rumah menimbulkan bunyi seram ditelinganya. Mulalah dia terbayang dan
terkenang cerita seram yang ditonton dikaca tv. Mulalah fikiran jahatnya
membayangkan mahluk bodoh yang mengaru-garu dinding rumah neneknya. Tetapi
segala ketakutan dipendamkan didalam hati. Dia berselimut menyelubungi diri.
Akhirnya dia terlena hingga kepagi. Dua tiga hari dia berkeadaan begitu, tetapi
lama kelaman dia sudah menjadi biasa, biasa
dengan keadaan itu. Dia hidup seperti biasa. Tetapi dia tetap bersyukur
kerana hanya musim cuti penggal sekolah sahaja dia terpaksa duduk sendirian
dirumah pusaka neneknya. Jika waktu persekolahan dia tinggal diasrama.
Yang sebenarnya bukan dia tidak mahu menumpang dirumah emak
saudaranya, tetapi awal-awal lagi dia sudah diberi amaran oleh emak saudaranya
agar tidak menumpang dirumah mereka. Dia akur dia anak yang tidak sah taraf
sangat hina dipandangan mata mereka. Rasa terkilan itu dipendam jauh kedasar
hatinya. Dia tidak akan merayu meminta simpati dan dia tidak akan mengadu
kepada mamanya yang jauh diArab Saudi. Biar lah cabaran itu menjadi pengajaran
kepadanya. Dia berusha berdikari dan
membina semangat yang kental untuk mengharungi di dunia yang sememangnya banyak cabarannya. Pernah
dia terdengar pertelagahan ahli keluarga mak longnya kerana dirinya.
“Bu along nak jenguk Dayah boleh bu”.
“Hssy along ni apa kejadahnya kamu nak jenguk
dia”.
“Nak tanya dia makan ke tidak ..tak pernah
along nampak dia keluar rumah beli makanan”.
“Pandailah dia makan kalau dia lapar
long..mungkin dia dah beli roti banyak-banyak. Ibu ada nampak dia balik naik
teksi beli barang hari tu”. Memang benar dihari
Nur Hidayah pulang bercuti petangnya dia keluar membeli barangan dapur
di supermarket berhampiran kampong mereka. Dia membeli lima kilo beras, lima
tin sardine dan satu tray telur dan sedikit sayuran.
“Ohh dia dah beli barang makan lah..along
bukan apa kalau dia nak kekedai along boleh hantarkan..kesian juga kalau dia
naik basikal tua tu sahaja..entah elok lagi entahkan tidak basikal arwah nenek
tu..entah-entah tayar nya dah tak ada angin”
Keesokkan
harinya sekali lagi Syed Borhan menegur perbuatan ibunya. Ketika itu dia melihat
ibunya sendang membuang lauk-lauk yang tidak habis dibelakang rumah.
“Bu
bagilah sikit lauk yang ibu masak tu pada Dayah bu, dapat juga ibu pahala. Lauk
yang ibu masak pun selalu tak habis dan ibu buang macam tu sahaja”.
“Ahh
pahala apanya, bukan dia tu anak yatim piatu yang ibu dapat pahala kalau ibu
bagi dia. Kalau dia tu anak fakir miskin atau anak yatim piatu boleh along kata
ibu dapat pahala. Long!! ibu lebih suka bagi itik ayam ibu makan dari nak bagi
anak haram tu makan masakkan yang ibu masak ni tau. Kalau ibu bagi ayam itik
ibu ni makan, tentu sahaja dia akan bagi ibu telur dia long.” Ketika itu Puan
Syarifah Aminah sedang menuang semanggkuk lauk yang telah basi di tepi
longkang.
“Astagfirullah,
kalau buat kebaikkan jangan nak harapkan pahala Allah sahaja. Buat dengan
ikhlas barulah Allah bagi pahala. Lagi pun diakan anak saudara ibu.. kenapalah
ibu cakap macam tu..kenapa nak disama kan dia dengan ayam itik ibu pula”.
“Hai
long, tak betul ke apa yang ibu cakap, dia tu entah anak siapa..dia kan anak
luar nikah, along jangan tak tahu..kita
tak tahu siapa bapaknya”.
“Memang
betul kita tak tahu siapa bapanya, tapi kan kita tahu mak su yang lahirkan dia,
bukan kah Syarifah Jamilah tu adik ibu..tak boleh nak dipertikaikan lagi, dia
tu memang anak saudara ibu”.
“Dahlah
long!!! apa kita nak bertekak anak beranak pasal Dayah tu pula. Along balik sesekali
cubalah senangkan hati ibu ni”. Tegah anak kedua Syarifah Aminah yang bernama
Syed Bukahri kepada abang sulong mereka
yang seakan mempertahankan sepupu perempuan
mereka.
“Entah
along ni, suka sangat dia membela Hidayah tu..along ada hati kat dia ke?. Ingat
long walaupun apa yang ada dalam hati along ibu tak pernah restu kalau along nak
ambil dia jadi ahli keluarga kita..tak akan sekali. Biar pun ibu mati sekali
pun ibu tak akan redha along ambil dia
sebagi isteri ingat tu long”. Tembak
Syarifah Aminah berkenaan hati anak sulongnya namun dihujung kata amarannya kedengaran
tegas sekali.
Pada Syed Borhan dia kasihan melihat
NurHidayah kalau hendak dikira usianya dia masih terlalu muda. Baru berumur 16 tahun duduk bersendirian
dirumah arwah nenek mereka.Terfikir juga dibenak Syed Borhan bolehkah gadis
semuda itu memasak makanan. Dia memerhatikan juga dari jauh kelibat sepupunya
keluar dari rumah. Namun jarang sekali dia keluar rumah. Sudahlah baju-baju
yang dibasuhnya juga dijemur didalam
rumah. Memang payah untuk melihat kelibat sepupu perempuannya yang tinggal
tidak jauh dari rumah keluarganya. Ingin juga dia menjengah kerumah neneknya
untuk mengetahui keadaannya, tetapi dia di tegah oleh sang ibu. Biar pun mereka
berdua adalah sepupu namun mereka bukan
mahram dan mereka halal untuk bernikah. Sering
kali hatinya yang kasihan bertanya entah makan entah kan tidak sigadis yang mula
menyusup dihati lelaki Syed Borhan.
. Dalam diam Syarifah Aminah merasakan anak
sulongnya ada menaruh hati pada anak saudara yang tak sah taraf . Dia akan
menghalang rasa suka si anak dengan apa cara sekali pun.
Kesiannya pada Hidayah. Ketabahan Hidayah patut kita contohi bagi menjadi seorang sentiasa redha dengan ketentuan Allah.
ReplyDeleteK.Mid
Syarifah Aminah ni takde anak perempuan ke? Itulah manusia suka memandang darjat dan harta benda, anggap diri sendiri macam malaikat tak berdosa. Semoga Allah memberikan petujuk dan hidayah kepada Syarifah Aminah supaya insaf.
ReplyDelete