Waktu makan tengaharinya Sarah dan Maryam makan
bersama. Sarah meluahkan apa yang terjadi…
“Lama kak Sarah cuti, pergi Langkawi ke?”.
“Haah Yam”.
“Dapat pergi Pulau Dayang Bunting tu?”.
“Dapat, lagipun memang itu tempat tujuan kami, akak
dapat mandi kat situ, tapi pergi tiga hari sahaja, tak dapat akak nak
jalan-jalan, nak membeli belah pun tak sempat, akak tak beli apa-apa pun untuk
Yam. Suami akak tu risukan isteri tua dia”.
“Alhamdullilah tiga hari pun dah cukuplah tu, janji
dah dapat pergi kesana, kemudian tunggulah dua tiga bulan lagi
teruek-uek lah akak. Pasal Yam, akak jangan bimbang kalau ada rezeki Yam boleh
pergi sendiri.”.
“Amin,Naknya cepatlah lekat, akak dah tak sabar nak
ada baby sendiri. Yam tak kecil hati akak tak dapat belikan apa-apa untuk Yam”.
“Taklah, kalau akak tak bagi ertinya tak ada rezeki
Yamlah. Kenapa suami akak risau dengan isteri tua dia, dia kan belum cukup bulan
lagi?”
“Isteri tua suami akak dah bersalin Yam, diorang dapat
anak lelaki”.
”Haaaah.. Bukan ke dia tu belum sembilan bulan masa
kita kira haritu. Dia bersalin tak cukup bulan ke kak?.”
“Emm suami akak kata berat babynya masa lahir 3kg takkan tak cukup bulan kot. Baby 3kg besar kan Yam”.
“Ehh besarlah tu, anak sedara Yam pun lebih kurang
tu juga besarnya”.
“Itulah emak mentua akak datang semalam. Tapikan
Yam dia tak suka akak, akak rasa sedeh sangat bila mak mentua akak ungkit kisah
lama kami”.
“Kisah apa kak?”
“Masa mereka datang pinang akak dulu, arwah
mak akak ni adalah mengeluarkan perkataan yang tak sedap nak didengar. Tapi
akak tak nafikan yang arwah mak akak ni memang pentingkan kebendaan, pandang
mulia pada wang ringgit, nak buat macam mana, emak akak
memang jenis yang macam tu. Masa tu dia reject habis suami akak dan keluarga
dia. Tu yang kami putus. Tapi akak tak macam emak akak. Akak memang sayang dan
suka pada suami akak sejak kami disekolah menengah lagi.”
“Kira suami akak ni cinta pertama akak lah”.
“Macam tulah kiranya, selepas kami putus pun akak
tak rasa ingin bercinta dengan lelaki lain, tulah sebabnya bila dia ajak akak
nikah akak terus setuju saja.”
“Masa tu akak tahu tak dia dah ada isteri”.
“Tahu, tapi masa tu akak tak terfikir penerimaan
emak suami akak macam mana”.
“Keluarga dia yang lain macam mana?”.
“Masa akak balik kampong suami akak masa hari raya
tahu lepas tu mereka pun tak berapa nak ok, tapi kami dah nikah mereka terpaksa
terima lah agaknya.”
“Alah tak apalah kak nanti lama-lama oklah mak
mertua akak tu..kalau akak dah mengadung nanti tentu dengan senang hatinya dia
terima akak. Entah-entah dia lagi sayang akak dari madu akak tu”.
“Hendaknya macam tulah, tapi untuk dia sayang akak
lebih dari madu akak tu tak mungkin, madu akak ni pandai masak itu kelebihan
dia”.
“Kalau macam tu akak belajar masaklah, tawan hati
mak mertua akak tu. Nanti bukan mak mertua akak sahaja yang tertawan, tapi suami
akak juga. Lansung dia tak nak tinggal kan akak. Entah-entah dia terus terlupa pada isteri dia yang satu
lagi.”.
“Entahlah Yam, boleh ke akak pandai masak buka api
dapur pun tak reti apa lagi nak masak
segala bagai..” Mendengar cakap-cakap Maryam macam senang sahaja memasak ni.
Dia yang nak merealisasikan nya tak yakin pada dirinya sendiri detik hatinya
yang kurang yakin..
“Kalau macam tu apa kata sesekali datang rumah sewa
Yam kita masak sama-sama. Yam tak lah pandai masak, masak yang biasa-biasa
bolehlah”.
“Boleh juga macam tukan apa kata hari Sabtu dan
Ahad ni akak pergi rumah Yam, Yam ada nak kemana-mana ke?”. Sarah mula
terpanggil mahu memperbaiki diri untuk memikat keluarga mertuanya.
“Boleh lah, kita pergi supermarket kemudian kita
masak sama, tapi suami akak tak marah ke akak pergi rumah Yam ni.”
“Hari Sabtu dan Ahad ni, akak suruh dia duduk rumah
bini tua dia, sementara emak dan adik bungsu dia kat situ. Lagi pun tentu dia
nak meluangkan masa main dengan anak dia kan. Maklumlah dah empat tahun
menunggu.” Sudah ada kepedihan disitu bila melihat yang disana mempunyai
kelebihan. Semakin lama mereka berkahwin Sarah semakin terasa sakitnya bermadu.
“Ok set, minggu ni minggu kita kak Sarah”.
============================
Sarah makin hari makin tertekan, hasil dari
lawatannya kePulau Dayang Bunting tidak pernah kunjung tiba. Setiap bulan bila
darah bulanan membasahi seluar dalamnya dia akan menangis. Dia begitu kepingin
membelai seorang bayi. Yang dapat dilihat hanya anak suaminya dari isteri lain
didalam telefon bimbit suaminya sahaja.
Hari berlalu tidak pernah berhenti dan tidak juga
pernah menanti kita. Kini Syawal muncul lagi. Usia Abdul Wafi bin Mohd Syukri
sudah enam bulan. Dia sudah mengangkat punggungnya tanda sudah mahu merangkak.
Suka benar Syukri melihat perkembangan anaknya. Fizikalnya yang montel
menyebabkan sesiapa saja geram melihatnya. Kulitnya yang putih gebu. Rambutnya
yang hitam lebat. Matanya pula kecil Abdul Wafi seakan anak Cina. Menjadikan dia
sangat comel.
Abdul Wafi dijaga oleh seorang jiran yang duduk berdekatan dengan rumah
Nuri, hanya berselang lima pintu sahaja dari rumah mereka. Seorang ibu tunggal
beranak empat, bernama Zaiton berusia dalam lingkungan akhir empat puluhan. Suaminya baru setahun meninggal dunia. Dia seorang
suri rumah sepenuh masa. Arwah suaminya dulu kakitangan kerajaan, arwah suaminya
dahulu membeli rumah itu menggunakan loan kerajaan. Bila suminya meninggal
rumah belian suaminya menjadi miliknya dan anak-anak.
Nuri dan
Syukri memanggilnya Kak Ton. Kata orang suami meninggal kerana penyakit kencing
manis yang kronik hamper tiga tahun menderita apabila kakinya terpaksa dipotong
hingga ke peha.. Luka yang tidak dikawal ditambah pula culas memakan ubat. Lukanya
merebak dan akhirnya kematian menjemputnya. Semua anak-anaknya duduk
berasingan kerana tuntutan sebagai pelajar. Anak yang tua belajar diUniversiti Putra
diBangi Selangor, anak keduanya mengikuti kursus Pembantu Perubatan dia diIpoh
Perak, anaknya yang tiga belajar diMetrikulasi Selangor diBanting Selangor
hanya yang bungsu tinggal bersamanya dalam tingkata empat.
Dua minggu
sebelun Syawal menjelang, Nuri memberitahu suaminya.
“Bang tahun ni saya tak dapat cuti banyak, hanya
dapat dua hari sahaja, jadi rasanya saya tak dapat nak ikut abang balik
Pengkalan Hulu. Abang baliklah dengan Sarah”.
Bila apa yang diberi tahu oleh Nuri disampaikan kepada Sarah, Sarah
melompat kegembiraan. Sememangnya dia
akan sentiasa gembira jika bersama suminya.Dia ingin mengambil kesempatan ini
beramah mesra dan memikat hati keluarga Syukri. Dia mengharapkan kehadiranya akan
diterima sepenuhnya dalam keluarga Syukri. Dia ingin menghapuskan tanggapan
emak mertuanya yang tercalar sedikit kerana Nuri bersalin ketika dia dan
suaminya bercuti ke Langkawi tempuh hari. Tetapi ada perkara lagi yang
menyebabkan dia gembira. Kegembiraanya
dua kali ganda. Mengapa Sarah gembira dua kali ganda??.
Tiga hari lepas, selepas berbuka puasa suaminya termuntah-muntah didalam
bilik air rumahnya. Bila ditanya..
“Kenapa bang, ada yang tak kena ke dengan lauk kita hari ni”.
“Entahlah Sarah, abang rasa loya pula makan kari kepala ikan tu, bau
hanyir lah kepala ikan tu, agaknya diorang basuh tak bersih, hee.”. Syukri kegelian mengenangkan hanyir ikan yang
masih melekat di kerongkongnya. Sarah bangun mengambil sebotol minuman bergas
twister lalu menghulurkan kepada suaminya.
“Minum ni kok hilang rasa loya abang tu, Sarah makan ok aja. Kenapa
dengan abang agaknya”. Berkerut-kerut dahi Sarah mencari punca mengapa suaminya
loya bila makan kari kepala ikan kegemaranya. Tidak lama kemudian tersungging seyuman
dibibirnya. Mungkinkah??? Hatinya yang bertanya belum lagi terjawab, namun bibirnya sudah tersenyum ceria.
Tetapi alangkah hampa hatinya setelah tiga hari terlewat jawapannya dia
gagal lagi. Pagi itu sekali lagi harapanya musnah. Bendera Jepunnya berkibar
setelah dia kelewatan hamper tiga hari.
“Sarah menangis ke?? Kenapa Sarah..?”.Ketika isterinya keluar bilik air
Syukri melihat mata isterinya merah.
“Abang bulan ni hampa lagi lah
bang”. Kata-kata sayu itulah yang keluar dari mulut Sarah, sejak Nuri bersalin
enam bulan yang lalu, keinginan untuk mengandung begitu membuak-buak.
“Tak apalah, tunggulah pulak bulan depan, kot jadi”.
“Umur Sarah ni makin hari makin tua bang, tahun depan dah nak masuk tiga
puluh satu umur Sarah.” Mereka baru selesai berbuka puasa dirumah, dan ketika
itu sebenarnya mereka sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat Magrib.
“Abang tahu tu, tapi nak buat macam mana sabar sajalah. Abang sembayang
dulu ye. Lepas solat nanti kita sambung”. Syukri terpaksa juga mendengar luahan
hati isteri yang kecewa. Jika dipendam sendirian akan jadi mudharat pula.
Syukri kesihankan Sarah.
Seperti yang dijanjikan selesai solat Sarah menyambung rasa hatinya
kepada suaminya yang masih di sejadah. Sememangnya Sarah memanti suaminya bersolat dia duduk tidak jauh dari suaminya. Sarah manja orangnya, dia tidak mampu memendam rasa sedeh seorang diri. Dia ingin meluahkan kesedehannya kepada suaminya.
Yang sebetulnya Syukri akan ke rumah Nuri malam itu. Telah dirancangkann esok selepas
subuh dia dan Sarah akan bertolak
kePengkalan Hulu untuk berhari raya bersama keluarga Syukri.. Sudah menjadi
kebiasaan dibulan puasa Syukri akan bersahur dirumah Nuri. Dan jika berbuka
Syukri akan berbuka dirumah Sarah. Sudah dua kali berpuasa rutin itu, cara
mereka begitu.
“Abang tak sedeh ke?”.
“Sedeh tapi nak buat macam mana?, tapi abang ada satu cadangan kalau
Sarah setuju”.
“Apa dia cakaplah”.
“Apa kata kita ambil anak angkat, kata orang dengan ambil anak angkat
seorang wanita tu boleh hamil”.
“Sarah bukan tak nak, tapi ambil
anak angkat ni susah, kalau ambil anak lelaki.. dia bukan muhrim pada Sarah. Sampai
bila-bila pun dia tak akan jadi muhrim pada Sarah kecuali Sarah susukan dia.
Tapi kalau Sarah tak mengandung dan bersalin macam mana nak ada air susu”.
“Ehh sekarang kan ada cara untuk keluarkan air susu seorang wanita, mereka masukkan hormon dalam badan wanita yang nakkan air susunya keluar.”.
“Cara pengambilan hormon banyak yang tak berkesan, hanya berapa peratus sahaja air susu
seseorang dapat dihasilkan. Sarah tak mahu ambil risiko. Sarah tak mahu bila
gagal nak keluarkan air susu Sarah. Anak angkat dah didepan mata. Terpaksa juga kita jaga dia. Bila anak angkat lelaki kita dah besar Sarah kena
pakai tudung didepan anak lelaki, kalau tak, setiap masa kita mengutip dosa. Kalau
anak perempun, susah pula untuk abang dia bukan muhrim abang sampai bila-bila…
Dulu ada rakan sekampung Sarah
dia anak angkat. Emaknya baya-baya arwah emak. Nak dijadikan cerita dia kahwin
dulu dari Sarah masa kita kahwin, dia dah ada dua orang anak dan sedang
mengandung lagi. Masa dia mengandung anak yang ketiga emak angkatnya meninggal
dunia masa tu jugalah suaminya buat hal, nikah sorang lagi.
..Bila dah nikah sorang lagi segala kebajikkan dia diabaikan oleh
suaminya. Akhirnya lepas dia bersalin dia dapat sakit kemurungan, kalau bahasa
orang kampun kena gila meroyan. Anaknya yang masih bayi hampir mati dicekiknya.
Allhamdullilah..bayi tu diselamat oleh
jiran mereka. Kebetulan sungguh, jiran dia prihatin datang menjenguk bila
mendengar anak-anak dia yang dua orang tu menjerit-jerit. Suaminya dah tiga
hari tak balik...
..Tak ada sesiapa jaga dia anak-beranak. Jiran kiri kanan dia
pakat-pakat hantar mereka balik kampong. Tapi yang ada kat kampong hanya bapa
angkat dia saja. Melihat kekusutan yang melanda, anak-anak dia yang dua orang dan termasuk
bayinya tak ada siapa yang diuruskan. Akhirnya
dengan persetujuan bapa angkat, merekacucunya yang bertiga diberi pada orang. Allhamdulliah ada seorang hamba Allah ni tak
ada anak dan dia sanggup ambil ketiga-tiganya sekali. Lagi pun rumah dia tak
jauh dari kampung kitaorang. Yang Sarah nak cerita tentang kawan Sarah ni ialah
tentang dia dengan bapa angkat dia ni...
...Bila anaknya dah diambil orang,
dia duduklah berdua dengan bapa agkatnya. Sakit dia teruk bang, dia dah tak
boleh nak uruskan diri sendiri. Makan dan minumnya kena suap. Mandi, buang
airnya pun kena dibantu oleh bapa angkatnya. Semua orang kampong tahu, tapi nak buat macam mana, kawan Sarah ni
memang dah tak ada siapa-siapa lagi. Dah dekat setahun mereka duduk berdua kat
rumah tu, satu hari pak imam datang bagi nasihat kat bapa angkat dia suruh bapa
angkatnya nikah saja dengan dia. Kata pak imam Walaupun mereka tu macam anak
beranak tapi pada hakikatnya mereka tu bukan muhrim dan berdosa melihat anggota
badan yang tidak sepatutnya mereka nampak. Dari mengumpul dosa setiap hari
mereka dinasihatkan supaya bernikah. Akhirnya mereka nikah.
“Suaminya mana? kenapa tak ambil anak-anak dia?”
“Dengar cerita bini barunya tengah mengandung, alahanya teruk dan dia
pun memang tak mahu jaga anak tiri..
“Kesiannya anak-anak dia.”
“Nak kesiahankan apa, orang yang ambil anak kawan Sarah tu kaya.
Sekurang-kurangnya mereka dah ada yang menguruska makan pakai mereka, tentu-tentu
mereka akan dijaga dengan baik. Lagi pun memang orang tu tak ada anak. Pada
duduk dengan emak tiri takut kena seksa dengan emak tiri sahaja. Lainlah kalau
emak tirinya yang memang rela nak jaga diorang.
...dari cerita Sarah tadi abang fahamkan kenapa Sarah tak nak ambil anak
angkat.?”
“Takkan Sarah takut abang kahwin dengan anak angkat Sarah?”
“Bukan macam tu, tapi Sarah nak cakap sampai bila-bila pun anak angkat
ni tak akan jadi muhrim kita. Abang tak rasa janggal ke nanti anak angkat
perempuan kita, bila bersalam dengan abang kena berlapik dan Sarah dengan anak
angkat lelaki kita, kena pakai tudung depan dia. Dah tak ada kebebasan dalam rumah sendiri. Sarah
lebih rela bela anak tiri dari ambil anak angkat, tapi yang sebenarnya Sarah
nak anak sendiri”.
“Kalau macam
tu sabarlah, Allah belum nak bagi Sarah lagi, berdoalah InsyaAllah akan ada
nanti”. Hanya itu yang dapat Syukri katakan apabila cadangan mengambil anak
angkat tidak dipersetujui oleh Sarah.
Asyik leka mendengar cerita Sarah, Syukri terlambat
kerumah Nuri. Selepas Isyak dia bergesa kerumah Nuri. Dia mahu menyampaikan
satu lagi misi. Misi mahu menjadikan Sarah menantu yang akan diterima oleh
emaknya. Dia berdoa agar hati Nuri lembut dan menerima dengan baik
permintaanya.
tak sedar sedar syukri ni....adyik melebihkn sisarah je...rasanya midi dia.mestile nk bw anak dia blik kg sama. tak de peradaan ke dia fh le thn lpas raya di kg dgn sarah 7hari pulak tu apa salahnya thn ni raya dgn nuri di rumah senfiri...2 hari je pun. lpas tu balikle kg. menyampah betul
ReplyDeleteklu niat syukri nk bw wafi blik kg sama dgn sisarah..jgn le nuri mengalah.
-dibah-
Aah mst nk bw wafi blk kmpng. Ples la nuri tegas n jgn kasi. Awk dh la kongsi bhagia awk ngn orng lain. Pastu nk bg orng yh hancurkan idup awk amk apa yg awk ada. Thn lps raya srg thn ni xde suami pn ay least ade la anak wt penyeri hdp awk nk braua sama2. Jahat syukri xde prssaan lnsng. Amk kesempatan ats kebaikan nuri. Smpai bile2 pn akn mcm tu. Xpnh nk brubah. Nuri ples la tegas sket. Goda blk suami awk. Jgn bg sarah rampas suami awk srng2. Huhu
DeleteSyukri ni sampai bila2 pun takkan berlaku adil. Nuri nak uji lag ke? Cuti 2hari pun boleh balik Pgkalan Hulu. Saje nak tengok Syukri suka sangat dapat bawak bini muda yg dah tua. Menyampah sisarah ni, mengada2. Kot Tuhan balas jd mandul baru tau. Jangan la Nuri lepaskan anaknya kat sarah. Cukup la sarah ambik laki dia. Jangan anak pun nak dirampas. Semoga emak Syukri tetap dengan pendiriannya....
ReplyDeleteterlalu excited untuk n3 tapi kecewa sikit bila baca cuma pasal si Sarah. tak best lah hari ini. Bila si Nuri nak tinggalkan Syukri tu. dia memang tak adil. kenapa si ibu pun tak cakap aje ape yg arwah emak Sarah cakap. dia kan bersumpah tak mahu ada keturunan dari Syukri itu lah terkabul doa ibu dia. Bottom line is sampai bila2 pun mereka tak akan dapat anak unless Sarah marry someone else. Agaknya kalau Syukri tahu apa yg arwab ibu mertua dia cakap pasti dia tak akn nikahi Sarah. Hampa lah hari ini sebab tak ada bab Nuri
ReplyDeleteMak teh harap anda semua jangan jemu membaca cerita ni sebab masih lama lagi nuri kena buli dng syukri. sbab dlm dibuli mak teh nak selitkan sdikit pengalamn mak teh sebangai pngajaran. trima ksih diatas komen yang panjang lebar dari anda
ReplyDeletelg lama kena bulu mak teh..agi la lama kami sakit hyati membacanya huhuhu
ReplyDeletesilap buli
ReplyDeleterssanya nuri tu mgandung lagi sb si syukri loya2 dn sisarah tak mgandung.
ReplyDeletemak teh akak ni dh mnyampah benar dkat si syukri yg tak berubah...tlg berile ketegasan dlm diri nuri dn cpatle nuri brtindak...jgn smpi jadi mcm nek dia...bila dh tua bru nk bercerai atau bertegas nanti nk kahwin lain pulak susah.
biarle nuri berpisah dgn sisyukri yg tak tau mnhargai pengorbanan nuri....tetap balik lmbat kerumah nuri dn tetap hnya bersahur di rumah nuri sb sipemalas sarah tak bgn sahur.
-dibah-
awat Nuri kena buli lagi mak teh? Camne azam dia dlu. Cerai je la. makin menyampah dengan sisarah tu. Yang maryam tu penasihat ke batu api. sebab dia la Nuri bersalin sorang2. Kalau dah Allah blm nak bg berendam la sampai kecut kat dyg bunting tu, tak mau nya nak bunting gak. Hehehe....
ReplyDeleteMmang lama lgi Nuri kena buli sbr ye jnganlah marah. kjap lagi nak crita sarah nak meraih kasih emak mertua pula.kta yg pndng ni memng kta suruh mreka brcerai sja tpi bukan boleh crai gitu2 sja kna ada sbab.
ReplyDeleteDarah up aje baca kisah Si Sarah dan Syukri. naik hot baca lemah sangat si Nuri boleh tak cergas sikit
ReplyDelete