~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 25 October 2013

Bab 25 Siapa aku dihatimu







Waktu makan tengaharinya Sarah dan Maryam makan bersama. Sarah meluahkan apa yang terjadi…

“Lama kak Sarah cuti, pergi Langkawi ke?”.

“Haah Yam”.

“Dapat pergi Pulau Dayang Bunting tu?”.

“Dapat, lagipun memang itu tempat tujuan kami, akak dapat mandi kat situ, tapi pergi tiga hari sahaja, tak dapat akak nak jalan-jalan, nak membeli belah pun tak sempat, akak tak beli apa-apa pun untuk Yam. Suami akak tu risukan isteri tua dia”.

“Alhamdullilah tiga hari pun dah cukuplah tu, janji dah dapat pergi kesana, kemudian tunggulah  dua tiga bulan lagi teruek-uek lah akak. Pasal Yam, akak jangan bimbang kalau ada rezeki Yam boleh pergi sendiri.”.

“Amin,Naknya cepatlah lekat, akak dah tak sabar nak ada baby sendiri. Yam tak kecil hati akak tak dapat belikan apa-apa untuk Yam”.

“Taklah, kalau akak tak bagi ertinya tak ada rezeki Yamlah. Kenapa suami akak risau dengan isteri tua dia, dia kan belum cukup bulan lagi?”

“Isteri tua suami akak dah bersalin Yam, diorang dapat anak lelaki”.

”Haaaah.. Bukan ke dia tu belum sembilan bulan masa kita kira haritu. Dia bersalin tak cukup bulan ke kak?.”

“Emm suami akak kata berat babynya masa lahir  3kg takkan tak cukup bulan kot. Baby 3kg besar kan Yam”.

“Ehh besarlah tu, anak sedara Yam pun lebih kurang tu juga besarnya”.

“Itulah emak mentua akak datang semalam. Tapikan Yam dia tak suka akak, akak rasa sedeh sangat bila mak mentua akak ungkit kisah lama kami”.

“Kisah apa kak?”

“Masa mereka datang pinang akak dulu, arwah mak akak ni adalah mengeluarkan perkataan yang tak sedap nak didengar. Tapi akak tak nafikan yang arwah mak akak ni memang pentingkan kebendaan, pandang mulia pada wang ringgit, nak buat macam mana,  emak akak memang jenis yang macam tu. Masa tu dia reject habis suami akak dan keluarga dia. Tu yang kami putus. Tapi akak tak macam emak akak. Akak memang sayang dan suka pada suami akak sejak kami disekolah menengah lagi.”

“Kira suami akak ni cinta pertama akak lah”.

“Macam tulah kiranya, selepas kami putus pun akak tak rasa ingin bercinta dengan lelaki lain, tulah sebabnya bila dia ajak akak nikah akak terus setuju saja.”

“Masa tu akak tahu tak dia dah ada isteri”.

“Tahu, tapi masa tu akak tak terfikir penerimaan emak suami akak macam mana”.

“Keluarga dia yang lain macam mana?”.

“Masa akak balik kampong suami akak masa hari raya tahu lepas tu mereka pun tak berapa nak ok, tapi kami dah nikah mereka terpaksa terima lah agaknya.”

“Alah tak apalah kak nanti lama-lama oklah mak mertua akak tu..kalau akak dah mengadung nanti tentu dengan senang hatinya dia terima akak. Entah-entah dia lagi sayang akak dari madu akak tu”.

“Hendaknya macam tulah, tapi untuk dia sayang akak lebih dari madu akak tu tak mungkin, madu akak ni pandai masak itu kelebihan dia”.

“Kalau macam tu akak belajar masaklah, tawan hati mak mertua akak tu. Nanti bukan mak mertua akak sahaja yang tertawan, tapi suami akak juga. Lansung dia tak nak tinggal kan akak. Entah-entah  dia terus terlupa pada isteri dia yang satu lagi.”.

“Entahlah Yam, boleh ke akak pandai masak buka api dapur pun tak reti  apa lagi nak masak segala bagai..” Mendengar cakap-cakap Maryam macam senang sahaja memasak ni. Dia yang nak merealisasikan nya tak yakin pada dirinya sendiri detik hatinya yang kurang yakin..

“Kalau macam tu apa kata sesekali datang rumah sewa Yam kita masak sama-sama. Yam tak lah pandai masak, masak yang biasa-biasa bolehlah”.

“Boleh juga macam tukan apa kata hari Sabtu dan Ahad ni akak pergi rumah Yam, Yam ada nak kemana-mana ke?”. Sarah mula terpanggil mahu memperbaiki diri untuk memikat keluarga mertuanya.

“Boleh lah, kita pergi supermarket kemudian kita masak sama, tapi suami akak tak marah ke akak pergi rumah Yam ni.”

“Hari Sabtu dan Ahad ni, akak suruh dia duduk rumah bini tua dia, sementara emak dan adik bungsu dia kat situ. Lagi pun tentu dia nak meluangkan masa main dengan anak dia kan. Maklumlah dah empat tahun menunggu.” Sudah ada kepedihan disitu bila melihat yang disana mempunyai kelebihan. Semakin lama mereka berkahwin Sarah semakin terasa sakitnya bermadu.

“Ok set, minggu ni minggu kita kak Sarah”.


============================
Sarah  makin hari makin tertekan, hasil dari lawatannya kePulau Dayang Bunting tidak pernah kunjung tiba. Setiap bulan bila darah bulanan membasahi seluar dalamnya dia akan menangis. Dia begitu kepingin membelai seorang bayi. Yang dapat dilihat hanya anak suaminya dari isteri lain didalam telefon bimbit suaminya sahaja.

Hari berlalu tidak pernah berhenti dan tidak juga pernah menanti kita. Kini Syawal muncul lagi. Usia Abdul Wafi bin Mohd Syukri sudah enam bulan. Dia sudah mengangkat punggungnya tanda sudah mahu merangkak. Suka benar Syukri melihat perkembangan anaknya. Fizikalnya yang montel menyebabkan sesiapa saja geram melihatnya. Kulitnya yang putih gebu. Rambutnya yang hitam lebat. Matanya pula kecil  Abdul Wafi seakan anak Cina. Menjadikan dia sangat comel.

           Abdul Wafi dijaga oleh seorang jiran yang duduk berdekatan dengan rumah Nuri, hanya berselang lima pintu sahaja dari rumah mereka. Seorang ibu tunggal beranak empat,  bernama Zaiton berusia dalam lingkungan akhir  empat puluhan. Suaminya baru setahun meninggal dunia. Dia seorang suri rumah sepenuh masa. Arwah suaminya dulu kakitangan kerajaan, arwah suaminya dahulu membeli rumah itu menggunakan loan kerajaan. Bila suminya meninggal rumah belian suaminya menjadi miliknya dan anak-anak.

  Nuri dan Syukri memanggilnya Kak Ton. Kata orang suami meninggal kerana penyakit kencing manis yang kronik hamper tiga tahun menderita apabila kakinya terpaksa dipotong hingga ke peha.. Luka yang tidak dikawal ditambah pula culas memakan ubat. Lukanya merebak dan akhirnya kematian menjemputnya.  Semua anak-anaknya duduk berasingan kerana tuntutan sebagai pelajar.  Anak yang tua belajar diUniversiti Putra diBangi Selangor, anak keduanya mengikuti kursus Pembantu Perubatan dia diIpoh Perak, anaknya yang tiga belajar diMetrikulasi Selangor diBanting Selangor hanya yang bungsu tinggal bersamanya dalam tingkata empat.

          Dua minggu sebelun Syawal menjelang, Nuri memberitahu suaminya.

“Bang tahun ni saya tak dapat cuti banyak, hanya dapat dua hari sahaja, jadi rasanya saya tak dapat nak ikut abang balik Pengkalan Hulu. Abang baliklah dengan Sarah”.

           Bila apa yang diberi tahu oleh Nuri disampaikan kepada Sarah, Sarah melompat kegembiraan.  Sememangnya dia akan sentiasa gembira jika bersama suminya.Dia ingin mengambil kesempatan ini beramah mesra dan memikat hati keluarga Syukri. Dia mengharapkan kehadiranya akan diterima sepenuhnya dalam keluarga Syukri. Dia ingin menghapuskan tanggapan emak mertuanya yang tercalar sedikit kerana Nuri bersalin ketika dia dan suaminya bercuti ke Langkawi tempuh hari. Tetapi ada perkara lagi yang menyebabkan dia gembira.  Kegembiraanya dua kali ganda. Mengapa Sarah gembira dua kali ganda??.

Tiga hari lepas, selepas berbuka puasa suaminya termuntah-muntah didalam bilik air rumahnya. Bila ditanya..

“Kenapa bang, ada yang tak kena ke dengan lauk kita hari ni”.

“Entahlah Sarah, abang rasa loya pula makan kari kepala ikan tu, bau hanyir lah kepala ikan tu, agaknya diorang basuh tak bersih, hee.”.  Syukri kegelian mengenangkan hanyir ikan yang masih melekat di kerongkongnya. Sarah bangun mengambil sebotol minuman bergas twister lalu menghulurkan kepada suaminya.

“Minum ni kok hilang rasa loya abang tu, Sarah makan ok aja. Kenapa dengan abang agaknya”. Berkerut-kerut dahi Sarah mencari punca mengapa suaminya loya bila makan kari kepala ikan kegemaranya. Tidak lama kemudian tersungging seyuman dibibirnya. Mungkinkah??? Hatinya yang bertanya belum lagi terjawab, namun bibirnya  sudah tersenyum ceria.

     Tetapi alangkah hampa hatinya setelah tiga hari terlewat jawapannya dia gagal lagi. Pagi itu sekali lagi harapanya musnah. Bendera Jepunnya berkibar setelah dia kelewatan hamper tiga hari.

“Sarah menangis ke?? Kenapa Sarah..?”.Ketika isterinya keluar bilik air Syukri melihat mata isterinya merah.

“Abang  bulan ni hampa lagi lah bang”. Kata-kata sayu itulah yang keluar dari mulut Sarah, sejak Nuri bersalin enam bulan yang lalu, keinginan untuk mengandung begitu membuak-buak.

“Tak apalah,  tunggulah pulak  bulan depan, kot jadi”.

“Umur Sarah ni makin hari makin tua bang, tahun depan dah nak masuk tiga puluh satu umur Sarah.” Mereka baru selesai berbuka puasa dirumah, dan ketika itu sebenarnya mereka sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat Magrib.

“Abang tahu tu, tapi nak buat macam mana sabar sajalah. Abang sembayang dulu ye. Lepas solat nanti kita sambung”. Syukri terpaksa juga mendengar luahan hati isteri yang kecewa. Jika dipendam sendirian akan jadi mudharat pula. Syukri kesihankan Sarah.

             Seperti yang dijanjikan selesai solat Sarah menyambung rasa hatinya kepada suaminya yang masih di sejadah. Sememangnya Sarah memanti suaminya bersolat dia duduk tidak jauh dari suaminya. Sarah manja orangnya, dia tidak mampu memendam rasa sedeh seorang diri. Dia ingin meluahkan kesedehannya kepada suaminya.


          Yang sebetulnya Syukri  akan ke rumah Nuri  malam itu. Telah dirancangkann esok selepas subuh dia dan Sarah  akan bertolak kePengkalan Hulu untuk berhari raya bersama keluarga Syukri.. Sudah menjadi kebiasaan dibulan puasa Syukri akan bersahur dirumah Nuri. Dan jika berbuka Syukri akan berbuka dirumah Sarah. Sudah dua kali berpuasa rutin itu, cara mereka begitu.

“Abang tak sedeh ke?”.

“Sedeh tapi nak buat macam mana?, tapi abang ada satu cadangan kalau Sarah setuju”.

“Apa dia cakaplah”.

“Apa kata kita ambil anak angkat, kata orang dengan ambil anak angkat seorang wanita tu boleh hamil”.

“Sarah bukan tak nak,  tapi ambil anak angkat ni susah, kalau ambil anak lelaki.. dia bukan muhrim pada Sarah. Sampai bila-bila pun dia tak akan jadi muhrim pada Sarah kecuali Sarah susukan dia. Tapi kalau Sarah tak mengandung dan bersalin macam mana nak ada air susu”.

“Ehh sekarang kan ada cara untuk keluarkan air susu seorang wanita, mereka masukkan hormon dalam badan wanita yang nakkan air susunya keluar.”.

“Cara  pengambilan hormon  banyak yang tak berkesan,  hanya berapa peratus sahaja air susu seseorang dapat dihasilkan. Sarah tak mahu ambil risiko. Sarah tak mahu bila gagal nak keluarkan air susu Sarah. Anak angkat dah didepan mata. Terpaksa juga kita jaga dia. Bila anak angkat  lelaki kita dah besar Sarah kena pakai tudung didepan anak lelaki, kalau tak, setiap masa kita mengutip dosa. Kalau anak perempun, susah pula untuk abang dia bukan muhrim abang sampai bila-bila…

 Dulu ada rakan sekampung Sarah dia anak angkat. Emaknya baya-baya arwah emak. Nak dijadikan cerita dia kahwin dulu dari Sarah masa kita kahwin, dia dah ada dua orang anak dan sedang mengandung lagi. Masa dia mengandung anak yang ketiga emak angkatnya meninggal dunia masa tu jugalah suaminya buat hal,  nikah sorang lagi.

..Bila dah nikah sorang lagi segala kebajikkan dia diabaikan oleh suaminya. Akhirnya lepas dia bersalin dia dapat sakit kemurungan, kalau bahasa orang kampun kena gila meroyan. Anaknya yang masih bayi hampir mati dicekiknya.  Allhamdullilah..bayi tu diselamat oleh jiran mereka. Kebetulan sungguh, jiran dia prihatin datang menjenguk bila mendengar anak-anak dia yang dua orang tu menjerit-jerit. Suaminya dah tiga hari tak balik...

..Tak ada sesiapa jaga dia anak-beranak. Jiran kiri kanan dia pakat-pakat hantar mereka balik kampong. Tapi yang ada kat kampong hanya bapa angkat dia saja. Melihat kekusutan yang melanda,  anak-anak dia yang dua orang dan termasuk bayinya tak ada siapa yang diuruskan. Akhirnya  dengan persetujuan bapa angkat, merekacucunya yang  bertiga diberi pada orang.  Allhamdulliah ada seorang hamba Allah ni tak ada anak dan dia sanggup ambil ketiga-tiganya sekali. Lagi pun rumah dia tak jauh dari kampung kitaorang. Yang Sarah nak cerita tentang kawan Sarah ni ialah tentang dia dengan bapa angkat dia ni...


  ...Bila anaknya dah diambil orang, dia duduklah berdua dengan bapa agkatnya. Sakit dia teruk bang, dia dah tak boleh nak uruskan diri sendiri. Makan dan minumnya kena suap. Mandi, buang airnya pun kena dibantu oleh bapa angkatnya. Semua orang kampong tahu,  tapi nak buat macam mana, kawan Sarah ni memang dah tak ada siapa-siapa lagi. Dah dekat setahun mereka duduk berdua kat rumah tu, satu hari pak imam datang bagi nasihat kat bapa angkat dia suruh bapa angkatnya nikah saja dengan dia. Kata pak imam Walaupun mereka tu macam anak beranak tapi pada hakikatnya mereka tu bukan muhrim dan berdosa melihat anggota badan yang tidak sepatutnya mereka nampak. Dari mengumpul dosa setiap hari mereka dinasihatkan supaya bernikah. Akhirnya mereka nikah.

“Suaminya mana? kenapa tak ambil anak-anak dia?”

“Dengar cerita bini barunya tengah mengandung, alahanya teruk dan dia pun memang  tak mahu jaga anak tiri..

“Kesiannya anak-anak dia.”

“Nak kesiahankan apa, orang yang ambil anak kawan Sarah tu kaya. Sekurang-kurangnya mereka dah ada yang menguruska makan pakai mereka, tentu-tentu mereka akan dijaga dengan baik. Lagi pun memang orang tu tak ada anak. Pada duduk dengan emak tiri takut kena seksa dengan emak tiri sahaja. Lainlah kalau emak tirinya yang memang rela nak jaga diorang.
...dari cerita Sarah tadi abang fahamkan kenapa Sarah tak nak ambil anak angkat.?”

“Takkan Sarah takut abang kahwin dengan anak angkat Sarah?”

“Bukan macam tu, tapi Sarah nak cakap sampai bila-bila pun anak angkat ni tak akan jadi muhrim kita. Abang tak rasa janggal ke nanti anak angkat perempuan kita, bila bersalam dengan abang kena berlapik dan Sarah dengan anak angkat lelaki kita, kena pakai tudung depan dia. Dah  tak ada kebebasan dalam rumah sendiri. Sarah lebih rela bela anak tiri dari ambil anak angkat, tapi yang sebenarnya Sarah nak anak sendiri”.

 “Kalau macam tu sabarlah, Allah belum nak bagi Sarah lagi, berdoalah InsyaAllah akan ada nanti”. Hanya itu yang dapat Syukri katakan apabila cadangan mengambil anak angkat tidak dipersetujui oleh Sarah.

Asyik leka mendengar cerita Sarah, Syukri terlambat kerumah Nuri. Selepas Isyak dia bergesa kerumah Nuri. Dia mahu menyampaikan satu lagi misi. Misi mahu menjadikan Sarah menantu yang akan diterima oleh emaknya. Dia berdoa agar hati Nuri lembut dan menerima dengan baik permintaanya.

11 comments:

  1. tak sedar sedar syukri ni....adyik melebihkn sisarah je...rasanya midi dia.mestile nk bw anak dia blik kg sama. tak de peradaan ke dia fh le thn lpas raya di kg dgn sarah 7hari pulak tu apa salahnya thn ni raya dgn nuri di rumah senfiri...2 hari je pun. lpas tu balikle kg. menyampah betul
    klu niat syukri nk bw wafi blik kg sama dgn sisarah..jgn le nuri mengalah.
    -dibah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mst nk bw wafi blk kmpng. Ples la nuri tegas n jgn kasi. Awk dh la kongsi bhagia awk ngn orng lain. Pastu nk bg orng yh hancurkan idup awk amk apa yg awk ada. Thn lps raya srg thn ni xde suami pn ay least ade la anak wt penyeri hdp awk nk braua sama2. Jahat syukri xde prssaan lnsng. Amk kesempatan ats kebaikan nuri. Smpai bile2 pn akn mcm tu. Xpnh nk brubah. Nuri ples la tegas sket. Goda blk suami awk. Jgn bg sarah rampas suami awk srng2. Huhu

      Delete
  2. Syukri ni sampai bila2 pun takkan berlaku adil. Nuri nak uji lag ke? Cuti 2hari pun boleh balik Pgkalan Hulu. Saje nak tengok Syukri suka sangat dapat bawak bini muda yg dah tua. Menyampah sisarah ni, mengada2. Kot Tuhan balas jd mandul baru tau. Jangan la Nuri lepaskan anaknya kat sarah. Cukup la sarah ambik laki dia. Jangan anak pun nak dirampas. Semoga emak Syukri tetap dengan pendiriannya....

    ReplyDelete
  3. terlalu excited untuk n3 tapi kecewa sikit bila baca cuma pasal si Sarah. tak best lah hari ini. Bila si Nuri nak tinggalkan Syukri tu. dia memang tak adil. kenapa si ibu pun tak cakap aje ape yg arwah emak Sarah cakap. dia kan bersumpah tak mahu ada keturunan dari Syukri itu lah terkabul doa ibu dia. Bottom line is sampai bila2 pun mereka tak akan dapat anak unless Sarah marry someone else. Agaknya kalau Syukri tahu apa yg arwab ibu mertua dia cakap pasti dia tak akn nikahi Sarah. Hampa lah hari ini sebab tak ada bab Nuri


    ReplyDelete
  4. Mak teh harap anda semua jangan jemu membaca cerita ni sebab masih lama lagi nuri kena buli dng syukri. sbab dlm dibuli mak teh nak selitkan sdikit pengalamn mak teh sebangai pngajaran. trima ksih diatas komen yang panjang lebar dari anda

    ReplyDelete
  5. lg lama kena bulu mak teh..agi la lama kami sakit hyati membacanya huhuhu

    ReplyDelete
  6. rssanya nuri tu mgandung lagi sb si syukri loya2 dn sisarah tak mgandung.
    mak teh akak ni dh mnyampah benar dkat si syukri yg tak berubah...tlg berile ketegasan dlm diri nuri dn cpatle nuri brtindak...jgn smpi jadi mcm nek dia...bila dh tua bru nk bercerai atau bertegas nanti nk kahwin lain pulak susah.
    biarle nuri berpisah dgn sisyukri yg tak tau mnhargai pengorbanan nuri....tetap balik lmbat kerumah nuri dn tetap hnya bersahur di rumah nuri sb sipemalas sarah tak bgn sahur.
    -dibah-

    ReplyDelete
  7. awat Nuri kena buli lagi mak teh? Camne azam dia dlu. Cerai je la. makin menyampah dengan sisarah tu. Yang maryam tu penasihat ke batu api. sebab dia la Nuri bersalin sorang2. Kalau dah Allah blm nak bg berendam la sampai kecut kat dyg bunting tu, tak mau nya nak bunting gak. Hehehe....

    ReplyDelete
  8. Mmang lama lgi Nuri kena buli sbr ye jnganlah marah. kjap lagi nak crita sarah nak meraih kasih emak mertua pula.kta yg pndng ni memng kta suruh mreka brcerai sja tpi bukan boleh crai gitu2 sja kna ada sbab.

    ReplyDelete
  9. Darah up aje baca kisah Si Sarah dan Syukri. naik hot baca lemah sangat si Nuri boleh tak cergas sikit

    ReplyDelete