~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 31 January 2015

Nur Hidayah 13





p/s: ingatkan tak dapat post malam ni..siap sahaja mak teh terus post..

Entah mengapa godaan Syakira dan Ane tidak menjadi malam itu. Akhirnya di awal malam Tengku Faris sudah pulang ke rumah. Dia tidak menghiraukan rengekkan manja Syakira dan Ane yang mahu mereka dibelai dan membelai.

            Ketika Tengku Faris membuka pintu, kemunculan mengejutkan kedua daddy dan mommya yang masih duduk bersantai diruang keluarga.Tengku Faris duduk sebentar menyertai mereka yang sedang menonton television.Dia duduk disebelah daddynya.Dan yang pasti bagi dua ibu bapanya dia tidak mabuk malam itu.Tidak lama dia menyertai daddy dan mummynya diruang tamu Tengku Faris meminta diri. Dia mahu melayani apa yang terlayar dimindanya. Melayani  wajah polos Nur Hidayah.

“Ris nak naik dulu, Ris nak tidur lah mummy..esok nak kerja”. Dengan ucapan itu tertegak macam kepala burung wak-wak Tengku Faizal suami isteri.Tengku Faris yang meneruskan misinya berjalan menaiki tangga diiringin dengan pandagan mata dua suami isteri warga emas disofa tempat mereka beristirehat.

“Bang!! Abang dengar tak apa yang Faris kata tadi… dia nak pergi kerja esok..ke  Idah yang tersalah dengar”.

“Abang baru nak tanya Ida..takut abang yang salah dengar”. Dua suami isteri ketawa kecil dengan kelucuan yang menjentik hati tapi yang sebenarnya mereka gembira terlalu gembira mendengar perkataan anaknya yang sememangnya sudah terlalu lama mereka nantikan. Hati meraka sama-sama mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH.. Kesyukuran dipanjatkan kepada yang Mengasihani.  Akhirnya termakbul juga apa yang mereka doakan selama ini. Dek kerana terlalu gembira terkeluar juga apa yang bergema dihati mereka

“Alhamdulillah”.Serentak Tengku Faizal suami isteri mengucapkan diatas perubahan anaknya.

“Hendaknya berkekalanlah sikap anak kita ya bang”. Itulah yang keluar dari mulut Tengku Faridah melihat perubahan mendadak anaknya.Tubir matanya basah lagi, kini dia sudah teresak dibahu suaminya.

“In Syaa Allah jangan putus berdoa, agar dia tetap macam tu hingga keakhirnya.. Abang akan duduk rumah temankan Ida, kalau Faris kerja tolong Farid. Berdoalah ye..”. sambil menepuk-nepuk belakang tangan isterinya berkata pada isterinya yang menangis kegembiraan dibahunya.

“terimakasih bang..ada niat abang nak temankan Ida. Dah lama sangat Ida harapkan abang berehat dari kerja dan dapat temankan Ida berbual kat rumah ni”.

Didalam bilik setelah selesai mandi Tengku Faris berbaring di katilnya. Bibirnya asyik tersenyum. Entah mengapa bibir tidak boleh surut dari tersenyum bila membayangkan wajah ayu Nur Hidayah. Kemudian hatinya berkata-kata menyoal dirinya sendiri.
‘Tidak terlalu tuakah dirinya   jika dia bergandingan dengan Nur Hidayah.. mahukah Nur Hidayah kepadanya yang sudah berumur sebaya dengan ayahnya..kalau dilihat dari wajahnya rasanya umur Nur Hidayah mungkin lebih muda dari Tengku Farid..(namun ada perkataan angkuh terselit dihujung aganannya)…tak jadi masaalah jika duit ada’.

Tengku Faris berkira-kira sendirian.Detik hatinya mahu mengambil Nur Hidayah sebagai penemanya. Tidak kiralah hanya untuk dijadikan teman wanita jika  Nur Hidayah tidak mahu menjadikan dia suami. Manalah tahu Nur Hidayah tidak mahu bersuami tua. Jika sebagai suami dia tidak mahu dan sebagai teman wanita juga tidak mahu, dia akan menggunakan duitnya pula menjerat hati gadis Nur Hidayah. Dengan kata lain dia akan berusha bersungguh-sungguh Nur Hidayah agar jatuh kepangkuanya. Dalam berangan dan berkira-kira akhirnya Tengku Faris terlena dalam senyuman.

Tengku Faris kalau dah tidur memang tak ingat dunia. Pagi itu seperti biasa mommynya mengejutkanya berulang kali namun tidak berjaya. Akhirnya Tengku Faizal ketempat kerja bersama pemandunya sahaja.

“Ida kalau Faris nak pergi kerja pakai saja BMW tu. Kereta dia tu rasanya hari ni sampai. Tapi kalau dia malas nak memandu panggil sahaja Razali, abang pun tak pergi mana hari ni”. Kereta yang sedang ditempah oleh Tengku Faizal untuk anaknya sebuah kereta VOLKSWAGEN  JETTA, itu yang diminta oleh anaknya jika mereka  mahu dia pulang ketanah air. Demi ingin melihat anak didepan mata Tengku Faizal mengikuti semua kemahuanya. Sememangnya sedari dulu segala kemahuan Tengku Faris tidak pandai ditolak oleh mereka suami isteri. Dari kanak-kanak menjelang remaja mengikuti hingga kedewasa dan sehingga kini telah tua bangka mereka bergitu sukar untuk menolak permintaan anak nan seorang itu.

“Ialah bang..”.

Terasa begitu lama dia tidur ialah selalu dia tidur bila jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Jika orang yang mencari keredaan Allah pukul tiga pagi merupakan waktu yang sangat sesuai untuk mengadap dan bercinta dengan Penciptanya. Pukul tiga pagi adalah sepertiga malam watku-waktu seorang hamba yang mencari Cinta sang Penciptanya. Tapi Tengku Faris ketika itu baru pulang dari sarang maksiat, dalam keadaan mabuk pula. Masuk kebilik pun dia terpaksa dipimpin kalau tidak entah kemana jalanya. Sampai dibilik terus sahaja dia mengelunsur keatas katil..biar pun mulutnya tidak berhenti membebel namun entak apa yang dibebelkan, maklumlah orang yang sedang dikuasai oleh air syaitan tentulah dia sedang berbicara dengan sayitan juga agaknya. Ketika orang alim berzikir memuji dan mencari Rahmat Allah, dia pula menjauhkah Rahmat dan kasih Allah. Tetapi tidak pada hari itu, dia mula terlena semalam ketika jam baru menunjukkan pukul 12 tengah malam. Boleh dimasukkan kedalam buku Genius Book of World Record ni, bila Tengku Faris sudah diatas katil seperti kebiasaan orang-orang yang lain terlena.

Terjaga  sahaja dari tidurnya, tiba-tiba melintas pula bayangan wajah Nur Hidayah dimindanya. Sebab sudah diniatkan didalam hati, dia akan memulakan misinya hari itu. Apalah yang diniatkan..MAHU MENJERAT siGADIS POLOS. Sambil turun dari katilnya bibir Tengku Faris menyambung  senyum semalam. Dia membayangkan NurHidayah mungkin dalam gengamanya tidak lama lagi. Bila sigadis sudah digengamanya.. dia akan mengajar NurHidayah berhibur di kelab malam. Mahu mengajar Nur Hidayah bagaimana mahu menghias diri agar kelihatan seksi dan menarik. Biar bibir pucatnya merah menyala menimbulkan gairah sang lelaki untuk mengucupnya. Biar bodynya yang berbungkus diselak sedikit, untuk  menunjukkan aset wanitanya  yang menjadi idaman para lelaki, bila sudah terserlah meleleh air liur lelaki yang melihatnya. Tapi yang untung dia kerana dia peneroka pertama. Wahh otak kuning Tengku Faris mula bekerja membayangkan perkara-perkara yang akan dilalui bersama gadis yang bernama Nur Hidayah..

Tengku Faris begitu yakin dapat menundukkan gadis naïf seperti Nur Hidayah dengan senjatanya ampuhnya  KEMEWAHAN. Dan mulalah dia membayangkan Nur Hidayah akan cair dengan sekali hulur sahaja. Jika nasibnya baik tudung nya juga akan melayang, baju kurung longgarnya juga akan bertukar pada baju ketat dan singkat seperti baju yang tak cukup kain, baju yang dipaksa membalut badan. Ketika itu dia tak perlu lagi memerah otak untuk membayang kan lekuk dan ketak yang ada dibadan Nur Hidayah, semuanya akan jelas terhidang seperti sengaja ditayangkan.

Tengku Faris bergolot-golot (cepat yang tergesa-gesa mak teh cakap bergolot-golot)  menyiapkan diri bila dilihat jam di dinding biliknya sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Semalam rancangan awalnya mahu mengajak Nur Hidayah minum pagi bersama. Ni dah pukul Sembilan pagi, tentu sahaja Nur Hidayah sudah minum. Sudah terlepas satu peluangnya untuk hari itu. Tapi tak mengapa dia akan mencuba juga,  jika sudah minum dan masih kenyang.. dia akan  mencuba diwaktu makan tengahhari nanti. Itulah senarai langkah-lanmgkah oertama mahu menjerat Tengku faris. Tetapi jika di fikir-fikir mana ada orang menolak rezeki yang datang bergolek. Apatah lagi yang mengajak adalah anak tunggal  taukeh hotel itu sendiri. Bakal pewaris perniagaan Dato’ Tengku Faizal. Dahlah dapat makan dan minum percuma..ditemani pula oleh  orang yang sempurna  seperti dirinya ( kacak, kaya dan bergaya).Wahh Tengku Faris sudah perasan tentang dirinya yang hebat. Jangan lebih-lebih nanti jadi macam FIRUN pula yang bongkak dan tak sedar diri.

Hatinya begitu yakin jeratnya akan mengena tidak lama lagi ialah mana lah  ada wanita yang menolak ajakkan  bila melihat segak dirinya . Ditambah bila orang itu tahu siapa dia. Hari itu dia menenakan baju berjalur biru dan seluar slack biru tua. Rambutnya disisir rapi seperti biasa, biar nampak santai dan berkarisma.

 Bila melintas ruang tamu keluarganya  tiada orang disitu. Mungkin mommynya masih dibiliknya.Terus sahaja dia mencari kunci kereta. Dia memilih dan mengambil kunci kereta BMW, kemudian berjalan menuju pintu.  Dia menekan kunci kereta, berkelip-kelip lampu kereta pilihannya memandakan kuncinya sudah dibuka. Diluar rumah dia ditegur oleh mommynya yang sedang membelek bunga ditaman mininya.

“Faris nak kemana tu?”. Sergah mommynya dari taman orkednya.

“Ris nak pergi kerja tolong daddy…mommy”.. Seakan mahu melompat Tengku Faridah bila mendengar jawapan dari anaknya.  Tetapi rasa keterlaluan pula, namun tampa sedar dia mencampakkan gunting  untuk menguting bunga ditangannya dan berlari mendapatkan anak dudanya. Dipeluknya dengan kemas dengan jujuran air mata gembira.

“Alhamdullilah, Alhamdulillah syukur mommy, Ris nak tolong daddy”.

“Apalah mommy ni, Ris nak pergi kerja pun mommy nak menangis”.

“Mommy bersyukur sangat Ris nak tolong daddy. Kita minum dulu. Sarapan.. bibik dah siapkan atas meja tu..jom kita minum sama, mommy pun belum minum lagi ni.” syukur Tengku Faridah kepada Allah yang telah mengubah sikap anaknya.

Bahagia Tengku Faridah dengan perubahan besar anakmya. Malam tadi pun pulangnya lebih awal dari kebiasaan dan tidak mabuk.  Pagi ini tampa dikejutkan dia bangun sendiri bertambah berperatus-peratus  markahnya kerana baru pukul 9.30 pagi diri sudah bersiap untuk ketempat kerja. Dan yang paling mengujakan dia ingin bekerja menolong daddynya pula. Rupanya memang benar apa yang diperkatakan oleh anaknya malam tadi.  Dia akan bekerja.

“Tak payah lah mommy,  Ris dah lambat ni dah dekat pukul sepuluh.Kerja apa kalau masuk kerja pun pukul sepuluh.” Tengku Faris memberi alasan. Makin makin laju air mata yang terjun dari tubir mata tetapi senyum Tengku Faridah makin lebar bila mendengar jawapan anaknya.

“Dahlah mommy janganlah menangis..mommy ni”.

“Ialah..ialah ..Itulah lain kali bangunlah cepat sikit ni mommy kejut dua tiga kali Ris tak nak bangun”. Tangan Tengku Faridah laju  mengesat air mata dipipi.

“Mommy ada kejutkan Ris ke pagi tadi, tak terasa pun. Oklah my..kalau esok mommy kejut Ris mesti bangun, Ris pergi dulu ye”.Tengku Faris sudah membuka pintu keretanya.  Dia mahu cepat, nanti terlepas pula waktu rehat pekerja pukul sepuluh pagi.

Sampai sahaja Tengku Faris di pejabat daddynya terus sajaha dia ke ruang kerja anaknya.. Tengku Farid. Hatinya tidak sabar mahu menyapa NurHidayah dan dia mahu memperlihatkan dirinya yang  segak bergaya.

Sambil berjalan masuk dia bersuara ramah kepada semua pekerja disitu..

“Hai good morning every one”.

“Good morning”..Sahut suara pekerja yang ada disitu sambil memanggungkan kepala mereka.Yang sebenarnya mereka semua tidak tahu mahu memanggil apa pada Tengku Faris. Mereka juga tidak begitu mengenali dirinya kerana dia lama  tinggal diluar negera hanya sesekali sahaja menjenguk daddynya jika dia pulang bercuti. Langkahnya terus sahaja ke meja Nur Hidayah. Sampai di meja Nur Hidayah..

“Good morning Hidayah..Tengku Farid dah sampai ke?”.

“Dia kata dia sampai lambat sikit”.

“Kalau macam tu jom kita minum. Dah nak waktu rehat ni”.

“Terima kasih Tengku saya dah minum”.

“Itu minum pagi tadi..ni dah pukul sepuluh tentu yang pagi tadi dah hadam dan you dah lapar lagi..jomlah I belanja you hari ni”.

“Terima kasih, saya hanya makan sekali sahaja sehari. Nanti sekali lagi saya makan waktu Magrib”. Kalau dijawab masih kenyang takut waktu makan tengahari dia datang lagi, jadi senang dirinya jika dia berterus terang. Tetapi tidak pada Tengku Faris..dia tidak akan cepat mengaku kalah..

“Kenapa macam tu..you diet atau you berjimat nak kumpul duit”.

“Kedua-duanya sekali Tengku”.

“Wahh hebatnya you, muda lagi dah pandai berjimat. Tapi hari ni tak apa, you nak makan apa ambil sahaja I yang belanja..jom lah. Jangan diet sangat, badan you dah cantik tu, kalau kurus sangat pun tak cantik juga jomlah.. rezeki jangan ditolaak”. bersunggh-sungguh Tengku Faris mempelawa Nur Hidayah untuk minum bersamanya. Sambil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.  Aksinya sungguh ramah dan periang dihidangkan pada gadis dihadapanya.  Aksi sebegitu sering dilakukan untuk menggoda gadis yang baru pertama kali disapa. Dengan aksi sebegitu biasanya para gadis menjadi selesa dan mesra kepadanya.  

“Maafkan saya Tengku, saya sebenarnya dah berjanji, saya akan makan waktu Magrib nanti..saya tak boleh mungkir janji”.  Mendengar ajakkan Tengku Faris yang bersungguh-sungguh tetapi ditolak secara halus oleh Nur Hidayah  sahabat disebalik partition rasa tidak sedap hati. Lalu dia tolong berterus terang bagi pihak Nur Hidayah. Sememangnya Nur Hidayah tidak akan berkata dia sedang berpuasa kepada orang yang tidak rapat dengannya. Walau bagai mana pun dia tidak akan  berbuka untuk memenuhi ajakkan orang.

“Dia puasa Tengku.. setiap hari Hidayah puasa”  Entah mengapa ayah kepada bos mereka seperti tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Nur Hdiayah. Jika lelaki lain sekali dua diberi alasan dia kan beredar.

Tengku Faris merenung Nur Hidayah atas bawah. Mengapa dia begitu tertarik dengan wajah yang dihadapanya. Makin di pandang makin cantik pula dimatanya. Hari ini seperti semalam Nur Hidayah berbaju kurung kuning pucat  dan bunganya mewarna ungu, begitu juga dengan tudungnya yang berwarna ungu pucat. Biar pun warna baju dan tudungnya agak pucat dan nampak sudah agak lama, namun tidak menjejaskan penampilannya.  Dia masih menarik dan tidak jemu untuk dipandang mata.

Tajam mata Tengku Faris merenung ..terlupa pula umurnya  dua kali ganda lebih tua dari gadis yang sedang ditenungnya.  Bila melihat dirinya ditengung dengan tenungan lama Nur Hidayah jadi tersipu-sipu. Tapi tersipu Nur Hidayah begitu comel dimata Tengku Faris..lalu terbit senyum dibibi maconya.

“Maaf kan saya Tengku, saya tak bermaksud saya nak mempermainkan Tengku tadi. Saya tak suka cakap saya puasa…” Belum habis kata-katanya sudah dipintas oleh Tengku Faris..

“Kenapa you tak cakap you puasa, puas lah I merayu emm. Esok jangan puasa tau. I nak ajak you dari munim pagi sampai makan malam ye”. Dengan berani Tengku Faris mengenyit mata pada sigadis yang mula menjentik rasa. Tetapi alangkah sayangnya, ketika mata dikenyit ketika itu juga Nur Hidayah menundukkan wajah..

“Maaf kan saya Tengku”. Huluran maaf seperti seorang pekerja yang melakukan kesalahan Nur Hidayah menundukkan wajah... dan tunduk kepala Nur Hidayah tidak diangkat sehingga Tengku Faris berlalu dari mejanya.

Sambil berjalan pergi dari meja Nur Hidayah Tengku Faris berfikir… Dia merasakan Nur Hidayah hanya mencari alasan sahaja.  Kerana hatinya yang tidak mahu mengalah.…Tengku Faris memusingkan badannya dan menghampiri meja Nur Hidayah semula.

“You puasa apa,  sekarang ni bukan bulan puasa”.

“Saja-saja puasa sunat hari Khamis, Tengku”.

“Selalu ke you puasa hari Khamis”.

“In Syaa Allah kalau tiada keuzuran”.

“Emm”..Sambil terangguk-anggukan kepalanya dan melangkah berat Tengku Faris beredar dari meja Nur Hidayah. Nampak longlai sahaja langkahnya tapi sememang nya dia sudah lapar sedari pagi perutnya belum berisi walaupun dengan secawan air. Pertama kali pelawaanya ditolak oleh seorang gadis dia rasa sungguh kecewa. Bagi Nur Hidayah bila dia dipandang oleh ayah bossnya, dia  merasakan dirinya bersalah pula.  Tidak sepatutnya dia berdolak dalik, terasa dirinya cuba untuk menarik perhatian pula. Tetapi untuk  berterus terang terasa tidak elok pula. Dia tidak mahu timbul rasa riak dihatinya dengan ibadat yang tak seberapa.

Sudah seminggu Tengku Faris bekerja, dan setiap kali juga ajakkanya di tolak oleh sigadis dengan alasan sedang berpuasa. Pada hari Isnin minggu berikutnya dia sudah tidak sabar lagi. Pagi itu dia bersuara garang..

“You jangan cakap yopu puasa hari ni”.

“Tapi memang benar saya puasa hari”.

“Kenapa you hari-hari puasa  ..gaji you tak cukup ke..sampai setiap hari you puasa”.

“Alhamdullilah gaji saya lebih dari cukup. Sebab saya hanya menanggung diri saya sahaja, Tengku”

“Habis yang you puasa sepanjang minggu kenapa??”.

“Tujuan puasa bukan sahaja menyekat makan dan minum..tapi untuk mendidik diri dengan sifat Sabar. Mendidik diri bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Kemudian menginsafi diri pada hamba Allah lain yang kesusahan”. Termagu Tengku Faris mendengar kata-kata Nur Hidayah.

“Habis bila masa I boleh belanja you makan..Cakap dengan I,  bila you tak puasa..I nak belanja you makan”. Yang sebenar nya Tengku Faris tidak dapat menerima diri nya di tolak oleh seorang gadis yang  nampak naïf dan polos..kelihatanya seperti gadis kampong yang tidak berpengalaman. Kejantanannya rasa sangat tercabar. Dia akan berusha sampai Nur Hidayah  keluar memenainya makan atau minum.

“Tengku tak payahlah belanja saya..”

“Nur Hidayah!!” . Tinggi suara Tengku Faris menyebabkan Nur Hidayah dan pekerja disekelilingnya menikus takut..Tengku Farus jadi tersedar dari tingkahnya lalu meninggalkan Nur Hidayah dengan rasa radang yang belum hilang.



1 comment:

  1. Padan muka Tengku Faris...ingat perempuan kampung takde maruah ke...apalah perasaan Tengku Faris bila tahu yang digilainya itu..dari darah dagingnya sendiri.

    ReplyDelete