Tuah lima sekawan pahlawan
Melayu sejati,
Mereka saling bantu
membantu ,
Tuah ayam nampak dikaki,
Tuah orang siapa tahu.
Sesampai depan pintu dirumahnya, Tengku Farid
memberi salam. Amalan memberi salam tidak pernah dilupakan, sejak datuk
memeberi tahu dengan salam menghalang segala kejahatan dan hantu syaitan dari
mengikuti kita masuk kedalam rumah dan salam juga membawa rezeki dan kebaikan
masuk kerumahnya. Dengan melangkah dua anak tangga terus sahaja Tengku Farid naik
menuju biliknya. Hatinya sudah tidak sabar hendak memandang dan meliahat
keadaan isterinya yang sudah lama tidak dapat mendapat perhatian darinya. Dari pintu
bilik yang sememangnya terbuka dia nampak nenek sedang duduk birai katil
membelakang pintu dan Nur Jannah terbaring. Terdenar esakkan isterinya, bila
nenek bertanya itu dan ini. Tengku Farid cepat-cepat menghampiri, memegang dan
mengelus-gelus kepala isterinya dengan penuh kasih dan simpati. Dia bertanya.
“Jannah sakit ke, sakit kat mana?” Soalanya tidak dijawab oleh isterinya
mungkin kesakitan menyebabkan isterinya tidak dapat menjawab pertanyaan nenek
atau suaminya. Neneknya bersuara..
“Cuba Farid pegang ni …macam budak mengeras kat dalam..kalau ikut
pengalaman nenek, Jannah ni macam nak bersalin”. Tangan nenek di perut cucunya
merasa keadaan bayi didalam. Tengku Farid menghampiri nenek isterinya dan cuba
memegang perut isterinya seperti disarankan oleh nenek .. tapi nampak seperti
takut-takut, matanya pula terkebil-kebil..mungkin berfikir.
“Ehh..Jannah dah sembilan bulan ke??,tapi rasanya baru tujuh bulan kan
Jannah.” Tengku Farid bertanya lagi sambil memikir-mikir dan mengira-gira. Betul
kiraannya sejak dia demam dulu dikiranya baru tujuh bualan. Tiba-tiba isterinya
memegang tanganya meminta bantuan untuk dia bangun.
“Ehh..tak payahlah Jannah bangun..Jannah nak pergi mana.”
“Jannah nak masuk bilik air.” Dia menarik tangan suaminya meminta bantuan
untuknya berdiri.
“Jannah boleh jalan ke?“soal suaminya bimbang.
”Boleh.”jawab Nur Jannah sepatah sambil memegang pinggangnya dia berjalan terkedek-kedek
menuju kebilik air. Kerana rasa bimbang suaminya mengekori dari belakang.
“Tak payah ikut ..Jannah boleh jalan abang duduk dulu”. Ketika Tengku Farid
mencecahkan punggungnya dibirai katil Puan Zubaidah meyambung ceritanya...
“Nenek dulu masa bersalinkan arwah ayah Jannah juga tujuh bulan..rasnya
macam nilah. Budak mengeras dalam perut...” Belum habis neneknya bercerita, tiba-tiba
kedengaran NurJannah menjerit di dalam bilik air. Nenek dan Tengku Farid
serentak bangun bergegeas menuju ke bilik air.
“Nenek..” Jeritan NurJannag disulami esakkan.
”Jannah buka pintu ni, kenapa kunci pintu..buka pintu Jannah.”pintu bilik
air di ketuk bertalu-talu.. dari luar. Hati Tengku Farid dan nenek Zubaidah
menjadi cemas mendengar jeritan dan esakkan NurJannah didalam bilik air yang
berkunci. Berbagai bayangan menabiri ditubir mata... bertambah cemas bila
membayangkan isterinya rebah didalam.
“Jannah buka pintu.. Jannah” Rayu suaminya yang sudah tidak tentu arah...Bila
pintu terbuka Jannah yang menangis terus menerpa kearahnya.
“Nenek.. Jannah keluar darah banyak nenek…Jannah keguguran ke nek, kesianya
baby kita bang”. Tangan yang sebelah memegang erat lengan suaminya mencari
sokongan dan yang sebelah lagi memegang kain batik yang dipakainya..Melihat darah
sudah menitik-nitik kelantai Tengku Farid jadi bertambah cemas.
“Jannah...Jannah sakit ke..meh abang dukung”.
“Tak payah...tak payah, tapi abang tolong ambilkan tuala wanita dan seluar
kecik Jannah dalam laci..” Tengku Farid mengambilkan apa yang diberitahu oleh
isterinya. Kemudian isterinya masuk kebilik air semula. Ketika isterinya mahu
menutup punti dia dihalang oleh suaminya..
“Jangan tutup pintu tak ada siapa yang pandang”. Suaminya berdiri diambang
pintu bilik air...
“Farid kita kena cepat pergi hospital Jannah bertahan dulu.” kata nenek,
Jannah dipapah duduk dikatil oleh suaminya. Datuk yang terjengul dimuka pintu,
dia bergegas naik bila mendengar jeritan cucunya tadi dia panik juga. Dia
teringat kejadian berpuluh tahun dulu ketika isterinya hendak melahirkan
satu-satu anaknya yaitu arwah ayah NurJannah, lalu dia bersuara dimuka pintu
bilik cucunya.
“Farid cepat siapkan kain baju Jannah, kad klinik, kad yang buat
pemerikasaan tiap-tiap bulan dan sehelai dua baju bayi..cepat Farid cepat”.
“Bang Jannah dah siapkan.. ada dalam almari, Jannah letak beg tu sudut sebelah dalam, tapi
kad mengandung dalam laci meja solek tu”.
“Jannah tukar kain batik tu dah kena darah.. ni nenek dah ambilkan kain
batik..kemudian pakai baju yang ada
butang depan, nanti senang nak buka ..Farid kamu angkat beg masuk dalam kereta.”arah nenek. Apabila
Tengku Farid sampai dimuka pintu utama untuk menuju kekeretanya datuk Ibrahim
menegurnya pula...
“Farid kad mengandung dan kad
pengenalan Jannah dah bawa sekali.”peringat datuk pula..
“Allah...lupa pulak.” Tengku Farid berpatah balik kebiliknya untuk
mengambil kad pengenalan isterinya, kelam-kabut betul pagi itu. Sampai didalam
bilik dia memandang NurJannah hendak keluar dari bilik sementara nenek sudah
menuruni anak tangga.
“Jannah boleh jalan lagi ke ..kalau tak boleh abang dukung.” simpati Tengku
Farid pada isterinya.
“Boleh..boleh Jannah jalan perlahan-lahan ni.” sambil terus berjalan menuju
ketangga, tetapi suaminya cepat-cepat memimpin tangan isterinya sambil perlahan
menuruni anak tangga.
==================================================
Sesampai dihospital
Tengku Farid memakir didepan pintu hospital dia membuat pendaftaran di kaunter.. kemudian NurJannah segera
disorong masuk dengan sebuah kerusi roda oleh seorang petugas diikuti oleh
suaminya kebilik pemeriksaan doktor, sementara datuk dan nenek menunggu dibilik
yang disediakan.
Setelah selesai pemeriksaan.. seorang doktor wanita keluar dari balik kain skrin
“Encik….”
“Farid” Tengku Farid memperkenalkan diri.
“Encik Farid kalau ikutkan pemerikasaan saya, isteri encik Farid memang nak
bersalin. Bukaan pintu rahimnya telah mencapai 4cm, tapi anak encik kecil sedikit.”
Kemudian doktor tersebut meneliti kad pemeriksaan mengandung NurJannah.
“Kalau ikut kad pemerikasaan ni, kandungan isteri encik baru masuk 32
minggu, tapi tak apa nanti saya bagi satu suntikkan untuk menguatkan paru-paru
bayi. Saya akan pasangkan alat mengesan denyutan jantung bayi diperut isteri
encik,encik boleh tenguk sekejap, kemudian encik tunggu diluar ya”.
Bila alat siap dipasang di perut NurJannah, Tengku Farid nampak ada geraf-geraf
yang turun naik diikuti dengan bunyi, lalu doktor itu menerangkan lagi.
“Jatung bayi encik ok tak ada masaalah, kita tunggulah kelahirannya secara
normal, encik boleh tunggu dibilik yang disediakan dulu ya.” sebelum keluar
Tengku Farid menggenggam tangan isterinya memberi semangat.
Tengku Farid keluar mendapatkan datuk dan nenek isterinya yang menunggu dibilik
menuggu. Melihat sahaja kelibat Tengku Farid keluar seorang diri, nenek
melambai supaya suami cucunya duduk disebelahnya.
“Doktor kata apa Farid?.”
“Doktor kata Jannah memang nak bersalin..pintu rahim sudah terbuka
4cm..datuk dan nenek dah sarapan ke pagi tadi?” dia bertanya kerana
dirasakannya lututnya terasa lemah, mungkin kerana lapar, sebab dari pagi tadi
dia belum makan atau minum sedikit pun.
“Kami dah makan nasi goreng pagi tadi. Malam tadi tu Jannah cakap dengan
nenek dia cuti sampai Helmi balik dari luar negeri..itu yang nenek biarkan dia
kat atas. Bila kami selesai makan Jannah tak turun-turun itu yang nenek jenguk
dia kat atas. Baru nenek nak ketuk pintu..nenek dengar Jannah menangis, bila
nenek buka pintu Jannah kata dia tak boleh bergerak kalau dia bergerak perutnya
terasa sakit sangat dan dia kata perutnya terasa keras”.
“Kenapa Jannah tak telefon Farid saja malam tadi, atuk kata dia sakit dari
malam tadi lagi?”
“Entahlah Farid, dia yang cakap dia sakit dari malam tadi lagi. Mungkin
telefon dia jauh kot itu yang dia tak dapat nak ambil. Kami tahu pun bila nenek
jenguk dia kat atas, yang kami kesalkan dia tak jerit panggil kami..rasanya
kalau dia menjerit pun kami boleh dengar.” Setelah lama mereka mendiamkan
diri....
“Farid pukul berapa sekarang, dah
masuk zohor ni kita nak solat kat mana?” datuk memecah kebisuan bila mendengar
suara azan zohor dari kaca tv yang disediakan dibilik menunggu.
“Jomlah kita pergi surau hospital ni, kita solat dulu.” kata Tengku Farid
mereka beriringan jalan menuju kesurau untuk solat zohor.
“Atuknya jangan lama-lama sangat ya, nanti Jannah tak siapa tunggu.” Pesan
nenek kepada suaminya.
“Ialah.. kalau kamu sudah nanti, tunggu kami kat sini ya, jangan jalan
sorang-sorang nanti sesat, susah nak cari.” ingat datuk kepada isterinya.
Sungguh serasi pasangan datuk dan nenek NurJannah saling mengingat antara satu
sama lain.
Selesai solat mereka pergi kebilik menunggu sekali
lagi, baru duduk tidak sampai lima minit doktor yang memeriksa NurJannah tadi
muncul dihadapan pintu bilik mereka. Tengku Farid bangun mendapatkan doktor
tersebut, jika dilihat dari kad namanya doktor itu bernama Nur Fatimah.
“Bagaimana isteri saya doktor.”
“Ya encik Farid isteri encik dah bersalin,
anak dan isteri encik selamat, encik dapat anak perempuan tetapi anak
encik kecil sikit hanya 1.85kg sahaja, jadi kami masukkan dulu kedalam
inkuabator. Ikut nurse ni dia akan tunjukkan pada encik nanti.” terang doktor
wanita itu dan pergi meninggalkan mereka.
Tengku Farid, datuk dan nenek dibawa kebilik yang menempatkan bayi
NurJannah, kemudian nurse tadi mengeluarkan dan memberinya kepada Tengku Farid,
Tengku Farid pula menyerahkan anaknya kepada datuk untuk diperdengarkan azan
ditelinga kanannya dan dibisikkan iqamat ditelinga kirinya. Setelah selesai
mereka meletakkan semula bayinya kedalam inkuabator. Mereka sama-sama masuk
kebilik yang menempatkan Nur Jannah pula. Berlinang air mata NurJannah bila dia
dihampiri oleh mereka bertiga, NurJannah menghulur tangan pula mencapai tangan
suaminya dia menangis teresak-esak.
“Kenapa Jannah sakit lagi ke...abang panggilkan nurse..tunggu kejap.”
“Tak bang, Jannah dah tak rasa sakit..tapi Jannah nak minta maaf pada abang
..abang dah tenguk anak kita... macam mana dengan anak kita bang. Jannah rasa
bersalah sangat anak kita lahir cepat.” esak NurJannah, dia rasa terkilan
dengan kelahiran ‘tercepat’ anak
mereka, mungkin disebabkan dia tidak menjaga diri dengan baik.
“Jangan cakap macam tu nenek kata ayah Jannah pun lahir tak cukup bulan
juga. Jannah jangan bimbang anak kita selamat cukup sifat hanya kecil sedikit.”
Tengku Farid menenangkan isterinya sambil mengelus-gelus rambut isterinya NurJannah.
“Mungkin keturunan kita dia lahir tak cukup bulan.”sambung datuk lagi, menenangkan
hati cucunya. Lama mereka berbual-bual dan Nur Jannah juga sudah tenang, dia
ceria semula.
“Jannah rasa dah ok ni. Tentu abang, atuk dan nenek belum makan lagi, pergilah
abang balik dulu hantar nenek dengan
atuk. Mandi ,solat, makan dan rehat petang nanti abang boleh datang lagi, tapi
atuk dan nenek tak payah datang lagi ya, Jannah dah selamat ni.” pesan Nur
Jannah.
==========================================
Setelah memastikan Nur Jannah benar-benar selamat dan
riaknya juga sudah stabil seperti biasa mereka pulang untuk berehat sekejap..dalam
perjalanan pulang...
“Nek kita singgah sekejap beli makanan dulu nek...kita ni belum makan
tengahari lagi ni. Dah pukul tiga lebih ni nek.”
“Tak payahlah Farid atuk kamu tak suka makanan kat kedai, biar nenek masak..kalau
nak cepat, nanti nenek masak nasi guna air panas..setengah jam nasi dah boleh
dimakan.. goreng telur mata kerbau makan dengan kicap pun boleh kan.” nenek
bertanya pada kedua lelaki yang ada dalam kereta itu.
“Boleh.” serentak mereka menjawab.
Sampai dirumah nenek mengambil bungkusan yang berisi uri bayi NurJannah
tadi dan dia kepili air yang ada
dihadapan rumah. Pili itu digunakan oleh datuk untuk menyirm tanaman mereka dan
memanggil Tenku Farid.
“Farid kesini kejap.” Tengku Farid menghampiri nenek diikuti oleh datuk
dibelakangnya.
“Ini uri anak kamu, kena cuci dulu sebelum ditanam nanti nenek buatkan air asam
jawa..atuknya tolong ajar Farid ni.” Arah nenek kepada dua orang lelaki
dihadapanya..macam pegawai perisik wajah nenek serius memberi arahan...nenek berlalu
kedapur.
“Farid ambil sapu tangan renjiskan sedikit bedak ke.. minyak wangi ke kat
sapu tangan tu.” datuk Ibrahim pula memeberi arahan. Tengku Farid akur menerima
arahan kedua..dia naik kebiliknya
mencari sehelai tuala kecil dan menyemburnya dengan sedikit wangian yang selalu
digunakan. Dia mengikuti sahaja segala arahan datuknya. Dalam hatinya
tertanya-tanya untuk tujuan apakah semua itu, tetapi pertanyaan itu tidak
terkeluar dari mulutnya. Dia mendapatkan datuk Ibrahimnya semula.
“Ikat tuala tutup hidung kamu, macam Zorro tu.”datuk tergelak dengan
kelakarnya, Tengku Farid juga tersenyum, dalam hatinya berkata..‘datuk ni masa kritikal macam ni pun boleh
bergurau lagi’, dia teringat kata-kata NurJannah malam tadi.
“Buka air paip tu besar-besar dan cuci ni.” apa bila dibuka bungkusan tadi
terbaulah hanyir darah, macam nak termuntah Tengku Farid dibuatnya.
“Dah atuknya, ni air asam jawa.” nenek menghulurkan semanggkuk air asam
jawa yang pekat dan sehelai kain kepada datuk.
“Lepas tu basuh dengan air asam ni.”
datuk menghulurkan manggkuk yang mengandungi air asam kepada Tengku Farid.
“Ini kepercayaan orang tua-tua..diaorang kata sebelum uri ni tanam cuci
bersih-bersih nanti taklah mudah anak kita kena sakit kulit” terang datuk
diluar pintu bilik air setelah menyerahkan air asam jawa kepada suami cucunya. ...setelah selesai
“Dah bersih kita bungkus dengan kain ini.” datuk menghulurkan sehelai kain sebesar
2x kertas A4 untuk membungkus uri tadi.
“Masukkan dalam mangkuk tadi, jom kita keluar cari tempat nak tanam pulak.”datuk
membawa cangkul mencari tempat untuk menanam uri tadi.
“Kat sini pun bolehlah Farid.” datuk Ibrahim mula menggali tanah ditepi
pagar. Sedari tadi hanya datuk Ibrahim yang berkata-kata itu dan ini..Tengku
Farid diam membisu tetapi mengikuti segala arahan datuk isterinya.
“Ini kepercayaan orang kita Farid, katanya uri ni teman anak kita masa
dalam perut ibunya, itulah sebabnya harus dibersihkan dan ditanam di tempat
yang selamat. Jangan ditanam ditempat yang terpencil, ditepi hutan ke..nanti
anak kita kuat menangis, sebab uri tadi diganggu oleh mahluk halus. Jadi bayi
kita tadi takut dan dia pun menangis, itu kepercayaan saja...tapi sebelum kita
susah baik kita berjaga-jaga, betul tak Farid”.
“Betul tu tuk.” barulah Tengku Farid bersuara sejak dari tadi terdiam
terkedu mendapat pengalaman yang tidak pernah terfikir olehnya. Waktu Diana bersalin hari itu entah
dimana uri tersebut.. dia pun tak tahu. Datuk dan Tengku Farid sudah selesai
menanam uri tadi dan beriringan masuk kedapur.
“Tak bercakap Farid ni sampai habis tanam tadi neneknya.” usik datuk kepada
Tengku Farid, tetapi Tengku Farid hanya tersengih sahaja, itulah juga
pengalaman datuk ketika isterinya melahirkan arwah ayah Nur Jannah dulu.
Datuk terus kebilik air, mandi dan berwuduk untuk
menyambung zikirnya yang tidak dapat dilakukan ketika dihospital tadi. Tengku
Farid pula kebiliknya di atas sementara nenek pula didapur tadi sedang mengoreng ikan bilis.
Tidak lama kemudian Tengku Farid muncul semula didapur dia ingin membantu nenek
memasak.
“Tak payahlah Farid, Farid pergi rehat, sekejap saja masak ni, nenek boleh
buat sendiri, nanti siap nenek panggil.”
“Tak apalah nek, Farid selalu tolong Jannah. Farid tolong kopek bawang saja,
lagi pun kalau dua orang cepat sikit, Farid dah lapar ni nek dari pagi tadi
Farid tak makan apa-apa. Makan kat sini saja malam tadi yang Farid balik
sekejap tu. Pagi tadi Farid lambat pergi kerja, itu yang tak sempat minum itu, lepas
tu atuk telefon langsung terlupa nak sarapan.” Tengku Farid bercerita berkenaan
dirinya dengan nenek Zubaidahnya didapur sambil tangannya mengopek bawang.
“Lepas ni nak buat apa nek?”Tengku Farid bertanya bila selesai mengopek
bawang.
“Potong kobis pulak, kita rebus saja kobis ni, airnya boleh dibuat kuah. Kalau
Jannah masak macam ni dia kata sup kobis sedap sikit bunyinya, padahal bukan
dibubuh apa-apa pun hanya ikan bilis dengan bawang merah dihiris kemudian
direbus, setelah mengelegak airnya masukkan kobis.. jadilah sup kobis ahh
apa-apa lah Jannah tu.” Tengku Farid tergelak mendengar nenek bercerita.
“Dah siap pun masakkan kita tengahari ni Farid, telur dadar, sayur kobis rebus dan goreng belada ikan bilis”
kata nenek sambil menagmbil pinggan lalu menghulurkan pinggan kepada Tengku
Farid.
“Ambil ni letak atas meja nenek nak panggil atuk kamu dalam bilik”.
Tengku Farid terdengar nenek memberi salam kepada
suaminya, lepas itu terdengar suara nenek lagi menjemput suaminya makan. Sungguh
tertip kehidupan keluarga datuk dan nenek Nur Jannah. Tengku Farid mengambil
periuk nasi dan meletakkannya diatas meja terus menyenduk nasi supaya sejuk
sedikit, supaya senang dimakan. Semenjak dia menjadi suami Nur Jannah kerja-kerja
seperti itu tidak kekok lagi dilakukan. Dia tidak hanya tahu duduk sahaja semua
siap terhidang. Kini dia sudah terbiasa melakukan kerja-kerja dapur membasuh
pinggan dan cawan membantu isterinya didapur. Berselera betul mereka makan
terutama Tengku Farid, walaupun begitu ringkas masakkan tengahari itu, tapi dia
makan sampai bertambah-tambah. Dia juga menyudu dan menghirup kuah sup kobis
berulang kali. Memang lapar sungguh dia hari ini. Sambil makan mereka
berbual-bual.
“Kalau orang kampong membasuh uri ni emak suami kita pun boleh tolong
cucikan, tapi yang seeloknya biarlah suami sendiri yang cuci. Dari situ timbul
rasa insaf dihati dan lebih menyayangi isteri kita. Kita boleh bayangkan berapa
banyak darah yang tumpah bila isteri kita melahirkan zuriat kita, disitulah
timbulnya rasa kasih kita Farid.” datuk becerita.
“Tapi yang Farid tak tahan tu.. bau hanyir darah tuk, Alhamdulilah atuk
suruh Farid tutup hidung dengan tuala yang dah disembur minyak wangi, kalau tak..
mahu termuntah tadi, itulah sebabnya Farid tak bercakap.” berderai ketawa datuk
dan nenek dibuatnya.
“Dulu atuk pun sama..tak ada orang yang bagi tahu pun supaya tutup hidung
dengan kain.. Farid. Masa tu arwah ayah atuk sedang hisap rokok daun, terus
saja atuk sambar rokok dia nak hilangkan bau darah tu. Lepas tu setengah hari
atuk peningkan tembakau jawa yang atuk hisap tu.” datuk Ibrahim pula
menceritakan pengalamanya mereka bertiga ketawa lagi. Datuk Ibrahim tidak
merokok orangnya.
“Petang nanti Farid nak jenguk Jannah lagi..atuk dengan nenek nak ikut tak?”Tengku
Farid bertanya datuk dan neneknya.
“Tak payahlah Farid nanti kalau dibenarkan kamu tidur kat hospital, taklah
susah nak hantar kami balik pulak. Kalau Farid pergi tenguk Jannah nanti jangan
lupa bawa sekurang-kurangnya baju sejuk dan stokin tebal, kalau bawa selimut
tebal sikit lagi bagus, iyalah tadi nenek rasa sejuk betulah. Ini lepas makan ni
pergi baring sekejap nanti selepas solat
asar baru jenguk Jannah ya.” keluarga
Jannah ni prihatin orang nya dari cucu(NurJannahlah),datuk dan neneknya
prihatin sungguh orangnya detik hatinya. Dia merasa sungguh bertuah..kerana dirinya menjadi
sebahagian dari keluarga Nur Jannah.
Nasib baik dapat Tok mentua dan nenek mentua baik.Kesian tengok nasib Farid.
ReplyDeleteTeruja sungguh baca ceriter ni.